Assalamualaikum... Salam untuk seluruh alam maya.
Sudah lama sy tidak kembali menaip di sini. Sy baca semula apa yg sy taip dahulu, sy ketawa sendirian. Teruknya apa yg sy taip dan ianya byk kpd kaitan². Dan telah banyak juga apa yg sy nak taip, telah dilupakan oleh kesibukan dunia. Mungkin satu saat nanti sy akan ingat kembali apa yg sy nak taip di sini dan ianya adalah untuk diri sy sendiri yg pertamanya kerana yg pertama membaca adalah diri sy. Kadang² ingatan terhadap sesuatu itu juga adalah 'sementara' tetapi ingatan kpd Allah s.w.t kena kekalkan...
Allah s.w.t telah memberikan kehidupan yg sementara kpd kita di dunia ini. Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya penuh dengan tipu daya yg mana tipu daya itu diadakan adalah utk menguji keimanan kita. Setiap manusia yang datang ke dunia ini adalah untuk meninggalkan dunia ini. Semasa seseorang manusia itu datang (lahir) ke dunia ini, Allah s.w.t telah buat tertib di mana tiada datangnya (lahirnya) seorang anak itu dahulu baru datang (lahir) ayahnya. Tiada datang (lahir) ayahnya dahulu, baru datang (lahir) datuknya.
Kehidupan dunia ini adalah mengikut tertib iaitu bapa dahulu baru anak (melalui rahim ibunya). Untuk meninggalkan dunia ini, Allah s.w.t tidak membuat tertib. Ada datuk yg berumur lebih 100 tahun, masih lagi hidup tetapi anaknya yg berumur 18 tahun telah meninggal dunia terlebih dahulu. Selalunya orang fikir, orang yg umurnya lebih panjang (tua) akan terlebih dahulu meninggalkan dunia ini dari yg muda, tetapi sebaliknya tidak, fikiran begitu tidak memihak kepada orang yg pernah mengalami kematian anaknya atau sahabat²nya. Ada orang yg umurnya panjang dan masih hidup di dunia ini. Sebaliknya, umur yg muda telah meninggalkan dunia ini di depan mata orang yang berumur lebih panjang itu.
Ada satu kisah dahulu, menceritakan, tentang seorang raja telah berkeinginan utk berjalan jauh. Maka dibawa kepadanya pakaian. Pakaian yg pertama dia tidak suka. Dibawa pakaian yg kedua pun dia tidak setuju dan dibawa pakaian seterusnya, barulah dia setuju. Kemudian, dibawa pula kuda kepadanya. Kuda yg pertama dia tidak suka. Dibawa kedua pun, dia tidak suka. Dibawa kuda seterusnya barulah dia setuju.Pada masa itu, pembesar² bagi pihak kerajaannya pun ada bersama. Diletakkan mahkota dikepalanya, siapa sahaja yg datang dihadapannya akan sembah dan salam dengannya.
Maka datang seorang lelaki tua yg berpakaian sederhana, janggutnya dan rambutnya pun sudah putih. Dia berdiri di atas jalan yg dilalui oleh raja tersebut. Dia tidak salam dan tidak menghormati raja bahkan dia mengarahkan kepada raja supaya datang kepadanya kerana dia hendak beritahu sesuatu perkara yang penting kepada raja. Raja tidak bangun dan tidak pergi kepadanya, maka orang tua tadi telah datang dekat kepada raja dan telah pegang tali kekang kuda raja itu dan mengarahkan raja duduk sambil berkata "Tiada siapa dapat mengingkari kata-kata aku".
Maka raja tanya apa yg orang tua itu hendak beritahu kepadanya. Orang tua itu beritahu "Rapatkan telingamu ke mulutku". Orang tua itu beritahu :
"Aku adalah malaikat yg diperintahkan utk mengambil nyawa kamu".
Mendengar kata-kata orang tua itu tadi, lidah raja terkedu dan badan raja menggeletar. Raja merayu supaya jangan mengambil nyawanya. Raja kata :
"Aku sedang mabuk dengan masa muda ku, aku tiada persediaan pun utk akhirat ku".
Maka orang tua (malaikat maut) tadi telah mengambil nyawa raja tadi pada masa itu juga dan raja telah jatuh dari kudanya ke bawah.
Inilah keadaan kehidupan dunia kita...
Janganlah kita terlalu lalai dengan kehidupan di dunia sehingga kita tidak ada masa sedikit pun utk buat persediaan utk akhirat. Sekiranya ada masa lapang, isikanlah masa itu dgn 'buat persediaan utk ke akhirat'. Kita kena timbulkan 'risau' kita terhadap hidup kita di akhirat nanti, dari dalam diri kita sendiri. Kita kena usaha. Usaha utk dunia, dapatlah dunia. Usaha utk akhirat, dapatlah akhirat. Kita tidak tahu bilakah kita akan meninggalkan dunia ini sebab itu kita tidak risau sangat akan akhirat kita (tidaklah semua orang begitu). Tika nyawa mahu diambil barulah kita sedar tetapi ianya sudah amat terlambat utk membuat persediaan. Sy tidak tahu bila nyawa sy akan diambil... Sebelum menghentikan taipan ini, sy memohon maaf dari semua pembaca sekiranya ada salah dan silap yg menyentuh hati kalian semua...
"Ya Allah, Engkau melihat apa yg aku kerjakan dan pembaca yg datang membaca ke sini.. Ampunkanlah dosa kami dan berilah kekuatan dan kesedaran kepada kami utk terus mendekati-Mu ya Allah."
Nukilan : Kun Musafir Maya
Rujukan : Sumber Bayan Ijtima' 2009
" Sy tidak tahu bila nyawa sy akan diambil... Sebelum menghentikan taipan ini, sy memohon maaf dari semua pembaca sekiranya ada salah dan silap yg menyentuh hati kalian semua... " May God bless you bro
ReplyDelete" BERPRINSIP jangan JUMUD, TERBUKA jangan HANYUT "
ReplyDeleteSemoga jadi pedoman kita bersama. Amin....
Terima kasih atas peringatan itu vinniemoore... Amin...
ReplyDelete