Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Tidak lama lagi akan tiba 1 Muharram 1432H jatuh pada Hari Selasa, 7 Disember 2010. Seperti biasa, mesti ada kaitan punya. Setiap hari yang kita lalui ianya berbeza kerana hari juga adalah ciptaan Allah. Mana tidak, setiap tahun pasti ada sejarah yang tercipta dan direkodkan kejadiannya untuk tatapan generasi akan datang agar pengajaran dapat diambil dari apa yang terjadi.
Aku teruskan apa yg aku nak sampaikan. Jadi, sejarah mengatakan di antara 25 Rasul Tuhan, adalah Nabi Idris a.s yang mempunyai keahlian di dalam ilmu falak atau ilmu nujum atau ilmu perbintangan. Beliaulah orang pertama yang dianugerahi Tuhan ilmu perbintangan atau ilmu nujum. Bukanlah orang Barat yang pertama kali mengenali ilmu falak ini sebaliknya, Nabi Idris a.s. Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang-orang terdahulu terhadap 1 Muharram yang jatuh pada Hari Selasa.
2. Menandakan pada tahun itu akan terjadi satu perkara di mana raja² yang berperang akan mendapat kemenangan daripada musuhnya yang zalim.
3. Raja-raja itu akan menguasai musuh itu secara diam-diam atau terang-terangan dan banyak tersiar berita atau informasi mengenai itu.
4. Air² sungai membanjiri- Banjir di Bangkok, Thailand - Oktober 2011
5. Raja² berperang
6. Akan timbul penyakit yang bermaharajalela di mana-mana
7. Meskipun terjadi peperangan, namun tidak banyak membawa kepada korban jiwa.
8. Banyak kaum petani mengeluh kerana hasil pertanian tidak seberapa dan banyak menderita kerugian kerana hasil pertanian tidak mencapai target yang telah ditentukan.
9. Kerana itu kaum petani terpaksa melibatkan diri dalam kancah peperangan.
10. Sebahagian kecil terjadi peperangan di antara bangsa Arab dengan bangsa 'Ajam (bukan Arab).
- Libya diserang oleh Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Itali - 20 Mac 2011
11. Pada tahun tersebut juga, harga emas dan perak akan meningkat (sekarang ni pun berita-berita pasal emas dah rancak dah, perhatikanlah...)
12. Suasana sejak pada akhirnya, boleh jadi juga akan terjadi pengrosakan pada pembangunan yang disebabkan timbulnya peperangan atau kerosakan-kerosakan yang ditimbulkan oleh tangan-tangan jahil dari golongan yang tidak bertanggungjawab dalam pemerintahan atau di dalam negeri.
- Pergolakkan di Mesir, Presiden Mesir, Hosni Mubarak letak jawatan - Februari 2011
- Gempa Bumi di Jepun menghasilkan Tsunami - 11 Mac 2011
Itulah antara yang disenaraikan oleh kitab-kitab lama yang direkodkan. Apatah lagi yang tidak direkodkan? Ada juga ilmu itu disebarkan tanpa direkodkan tapi hanyalah diingati bagi setiap orang yang mengamalkannya dan ada yang mengetahuinya dengan izin-Nya jua. Semua yang terjadi kat dunia ini adalah dengan izin-Nya. Kenapa mereka tidak merekodkan? Mungkin itu juga adalah ketentuan Allah yang mengaturkan segala urusan makhluk-Nya. Sebab itu ada yang tahu dan ada yang tidak tahu.
Apa yang perlu diberi perhatian adalah perkataan 'raja', 'peperangan' dan 'musuh'. Apakah maksud tersembunyi disebalik perkataan-perkataan itu? Contoh terdekat, apabila orang baru melangsungkan perkahwinan mereka juga digelar 'Raja Sehari'. Perkataan 'raja' juga digunakan. Begitulah secara kaitan. Dan dalam Agama Islam pula, 'musuh' yang nyata tapi tidak ternampak oleh mata adalah Syaitan. Begitulah lagi, secara kaitannya. Dan lagi, ada juga kita terdengar, 'peperangan' minda. Juga perkataan 'peperangan' digunakan. Ianya terlalu abstrak dan subjektif. Semua perkataan ada maksud yg tersirat. Macam-macam boleh ditafsirkan.
Sekali lagi, carilah kebenarannya pd orang yang lebih arif. Di sini hanyalah kaitan-kaitan yang dibicarakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu itu.
Apapun, sama-samalah kita perhatikan apa yang akan berlaku nanti satu persatu dan bukan untuk apa, hanya untuk peringatan diri sendiri dan untuk ambil pengajaran....
CATATAN PERIBADI:
1 Muharram 1435H jatuh pada Hari Selasa, 5 November 2013
- Terengganu dan Pahang banjir besar - Disember 2013
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
doa yg terbaik tuk thn ni..amin
ReplyDeletealhamdulillah..semoga kun musafir akn sentiasa terus menyumbang artikel2 yg bermanfaat...good job
ReplyDeletesentiasa menunggu- call aku balik at 0146639387/amin
ReplyDeletei have been looking u for so long. u were a good guy. i will remember u till we meet again.
ReplyDeleteplease contact me @0146639387(Amin)
Thanks for ur kindness bro. it was a bad moment and u came to save me. thanks a lot. i will be waiting till we see each other again. salute
dalam nya tafsiran..thanks for sharing. i guess i need read more
ReplyDelete