Sunday, August 25, 2013

Wajah 6236 - 2 of 4

     Dunia sudah sangat terlalu tua tetapi ajalnya masih belum tiba (kiamat). Dunia juga sepertinya manusia. Tua² manusia, selagi ajal belum tiba, tetap hidup walaupun lemah tiada daya. Masih hidup walaupun berseorangan, keseorangan menanti jemputan "pulang". Semakin tua dunia, semakin banyak hal yg ada di dalamnya, semakin banyak perkara yg nak ditulis. Macam² hal ada di dalam dunia ini. Aku hadapi, kamu pun hadapi. Dari hal² kecil hinggalah hal² besar. Aduhai.. Begitulah dunia. Keseronokkan duduk di dunia tiadalah berterusan kerana sudah diperingatkan dunia hanyalah sementara dan penuh dengan tipu daya. Kamu tertipu, aku tertipu. Jatuh bangun dalam perjalanan kehidupan ini, sudah menjadi lumrah kehidupan. Ketika lemah, kamu jatuh, aku jatuh. Ketika kuat, aku bangkit, kamu bangkit. Masa menyaksikan kegembiraan kamu, kedukaan kamu dan sebagainya. Apapun, 'teruskanlah berkehidupan' dan bersentiasalah membawa kalimah 'Laa Illa Ha Illallah' di dalam hati walau di mana jua kamu berada seperti mana kamu sentiasa membawa diri kamu sendiri ke mana-mana yg kamu tujui.
    Kekurangan pada diri ini, membuatkan diri ini menyukai berfikir. Tiada kemampuan pada diri melainkan pertolongan Allah s.w.t jua. 3 perkara bergabung untuk berkongsikan fikir. Dari penglihatanku dan pendengaranku dan pengalamanku, aku melihat manusia telah membenarkan bahawa kadang² dengan berfikir, perjalanan hidup seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik dari harinya yg semalam. Apabila berfikir terhadap Allah s.w.t (azab-Nya, kasih-Nya, takdir-Nya dan sebagainya), dan juga terhadap Nabi s.a.w (susah payah baginda dalam menyampaikan peringatan, kasih sayangnya terhadap umat baginda dan sebagainya), ianya boleh mendatangkan sesuatu rasa dari dalam diri kita. Rasa apa? Rasailah...
     Sebenarnya, artikel ini adalah susulan daripada artikel 'Wajah 6236'. Aku, yang menulis bukanlah ahli dalam bidang agama dan bukanlah berkelulusan dalam bidang agama tetapi aku hanyalah beragama Islam. Namun, fikir memaksa aku meluahkan rasa bagi yang memahami apa yg aku rasai, yg tiada dengki. Rasulullah s.a.w bersabda "Berfikir SATU SAAT adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun". Semoga SATU SAAT YG BAIK itu aku dapat merasainya dan kamu juga dapat merasai akan nikmatnya.

1. Kedatangan Ilham Menaip Artikel Wajah 6236
     Gambar di sebelah ini aku 'tangkap' ketika aku berada di Rawang, Selangor, Malaya (Malaysia) pada 8 Mac 2013. Nak tangkap awan tak dapat, jadi aku tangkap gambarnya sahaja. Awan membentuk wajah manusia. Apakah ada mesej yg sedang disampaikan oleh awan? Aku tidak tahu dan aku tidak tahu tentang ilmu awan. Yg aku tahu, awan adalah makhluk ciptaan Allah. Awan juga bertasbih kepada Allah. Memandang langit, melihat awan, sering membawa aku untuk berfikir tentang firman Allah ini.

Ayat ke 2073 dari 6236 [QS17:44]:
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

     Benar. Semua yg ada di langit bertasbih kepada Allah dan sememangnya, aku tidak mengerti tasbih awan. Kamu mengerti? Tasbih manusia, aku mengertilah (yg mana aku faham sahaja). Sesungguhnya, ciptaan Allah itu sungguh sempurna termasuklah diri kamu sendiri walaupun kamu merasa diri kamu serba kekurangan. Kamulah yg tidak sempurnakan diri kamu. Aku berkata kepada kamu. Siapakah kamu? Kamu adalah aku yg menaip dan bukannya diri kamu yg membaca. Panggillah diri kamu sendirian. Apa yg ada pada diri kamu? Tiada apa. Hebatkah kamu? Tidak. Nyawa dicabut, matilah kamu. Kamu milik Allah. Kenapa kamu tidak memerhatikan ciptaan² Tuhan kamu dan berfikir? Maka, PERHATIKANLAH DIRI KAMU SENDIRI. Sambil² kamu memerhati ciptaan² Allah (termasuk diri kamu sendiri), berkatalah "Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia". Kenapa? Banyak manfaatnya jika kamu selalu fikirkan tentang makhluk ciptaan Allah (termasuk diri kamu sendiri). Lihat jari kamu, lihat kaki kamu, lihat jasad kamu dan lihatlah semahumu pada diri kamu sendiri. Hairankah? Hairankan? Tak percaya kamu boleh ada di dunia ini? Untuk apa? Ouh... Fikirlah nanti. Masih ada waktu, masih ada masa, masih ada kesempatan untuk berfikir

Firman Allah:

Ayat ke 483-484 dari 6236 (QS3190-191):
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda² bagi orang² yang berakal, (yaitu) orang² yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka".

Awan bentuk nama ALLAH
     Apabila melihat, datanglah fikir (jika hendak berfikir). Dalam ayat Al Quran di atas, apabila orang² yg memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi itu, dia berkata "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka". Kenapa? Ya, ada sesuatu yg dirasainya. Byk yg dapat dirasai, antaranya adalah dapat merasakan bahawa awan sedang bertasbih memuji Allah, apatah lagi kita ini? Pernahkah kamu lihat awan membentuk nama Allah dan Nabi s.a.w (huruf Arab)? Kenapa boleh jadi begitu? Gambar di sebelah aku 'tangkap' ketika berada di UNITEN (tahun 2013). Ada rupa seakan² bentuk nama ALLAH. Kadang², apabila kamu melihat awan membentuk nama Allah dan juga nama Nabi Muhammad s.a.w, yg mana apabila kamu melihat akan bentuknya itu, kamu pun memuji Allah. Kan? Bagus juga awan ini kerana dapat mengingatkan kamu kepada Allah dan dapat merasainya. Kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t sentiasa "wujud". Perhatikanlah...
     Hehe.. Berkata-kata memang senang. Lupakan kata² serius itu. Sebenarnya, dari penglihatan dan fikir tentang langit dan bumi inilah, bermulanya idea/ilham untuk aku menaip artikel yg tidak sesekali sempurna ini. Fikirku, kalaulah awan itu boleh membentuk wajah manusia, mungkin ianya juga ada pada perkara² yg lain, yg mana kita perlu fikir untuk menyatakannya. Tiada sekali kepandaian pada aku untuk aku berbicara seperti ini. Banyak kelemahannya. Namun, hasrat di hati akan kuteruskan jua. Kamu ada akal, aku juga ada akal, aku fikir, lepas tu aku kongsi. Kalau salah apa yg aku fikir ini, sila perbetulkanlah kerana aku tahu "ANTARA YANG TAHU, ADA LAGI YANG LEBIH TAHU, ANTARA YANG HEBAT, ADA LAGI YANG LEBIH HEBAT".
     Wajah 6236. Aku kaitkan nombor 6236 ini dengan wajah manusia kerana ilham datang ketika aku sedang memerhatikan, memikirkan awan di langit. Ok, maka begitulah penceritaan tentang kedatangan ilham untuk menaip artikel ini. Kenapa nombor 6236 dikaitkan dengan wajah manusia? Nanti aku terangkan.

2. Kenapa Nombor 6236 Dikaitkan Dengan Wajah Manusia?
    Manusia boleh merasa, boleh memikir (termasuk hati), boleh melihat, boleh mendengar, boleh menghidu dan kesemuanya itu boleh mendatangkan PERSOALAN pada diri sendiri, lantas melahirkan sesuatu. Apa yg lahir? Antaranya "SOALAN" LAH. Macamana boleh berlaku begitu? Sebab manusia ada AKAL. Ok. Pada persoalan itu, pada penglihatan itu, pada pendengaran itu, pada perasaan itu, pada penghiduan itu serta penghayatan itu, ada pelbagai jawapan yg menyusul. Aku fikir macam ni, dia fikir macam tu dan sebagainya.. Apapun, yg penting adalah semoga yg dikatakan "sesuatu" itu dapat membawa diri kita kepada kebaikan dan juga dapat membawa kebaikan kepada diri kita serta seterusnya dapat memberikan kebaikan kepada orang lain pula (kongsi²lah).

Soalan yg aku tanya pada diri aku sendiri satu tika dulu, apa kaitan nombor 6236 ini dengan manusia? Kenapa nombor 6236 yg dikaitkan dgn manusia? Ok.

Sebab yg pertamanya adalah kerana jumlah ayat Al Quran dari Surat 1 hingga Surat ke 114 adalah sebanyak 6236 ayat. Aku kira sendiri dalam Kitab Al Quran. Ayat terakhir di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236. Tempat ayat yg ke 6236 adalah pada Surat yg ke 114, Surat An Naas (Manusia) dan pada ayat yg ke 6.

Sebab yg keduanya adalah terjemahan terakhir di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236 dan terjemahan ayat tersebut adalah "dari (golongan) jin dan MANUSIA". [QS114:6]. Perkataan terakhir pada ayat itu adalah MANUSIA. Dari situ, aku kaitkan nombor 6236 dengan perkataan 'manusia'. Bagaimana kaitan itu terjadi? Nanti aku terangkan di bawah.

     Maka, dari pemerhatian aku, ada sesuatu yg tersembunyi, sesuatu yg berkaitan antara nombor 6236 dengan perkataan MANUSIA. Tapi, ini semua hanya kaitan. Apa saja boleh terjadi. Cuma di sepanjang perjalanan perkongsian ini, ada perkongsian yg boleh dimanfaatkan. Ok. Sedikit pengiraan matematik.
■ Analisa Angka Ayat terakhir Kitab Al Quran ■

Penomboran Ayat Al Quran terakhir di dalam Kitab Al Quran adalah 6236 = Surat 114, An Naas, ayat ke 6
6236 = 114 : 6
6236 = (1+1+4) : 6
6236 = 6 : 6

     Hasil pemikiran, itulah persamaan kaitan yg diperolehi. Kesamaan yg didapati dalam persamaan itu adalah angka 6. Pada pandangan aku, angka 6 di dalam persamaan itu, ada menunjukkan satu hubungan yg unik, yg dapat aku terjemahkan kpd satu bentuk yg lain. Eh, tadi bagitau, nombor 6236 dikaitkan dgn manusia? Macamana tu? Apa kaitan persamaan 6236 = 6 : 6 dengan perkataan 'MANUSIA'? Sedikit analisa matematik perkataan huruf Rumi (bukan huruf Arab).

MANUSIA
M=13 A=1 N=14 U=21 S=19 I=9 A=1

     Dari mana dapat M=13 tu? Kalau kita susun huruf A sampai Z, kita akan dapati kedudukan huruf M adalah pada angka 13, huruf A pada angka 1 dan begitulah seterusnya. Kenapa aku suka campur? Sebab semuanya akan kembali (dikumpulkan) kepada Yang Maha ESA. Berapa banyak harta yg kamu ada, ianya tetap akan "DIKUMPULKAN" di hari akhirat untuk dihisab (dihitung). Itu sahaja perumpamaan aku.
 
MANUSIA = 13+1+14+21+19+9+1
MANUSIA = 78
MANUSIA = 7+8
MANUSIA = 15
MANUSIA = 1+5
MANUSIA = 6

     Ok. Kembali. Selepas pencampuran huruf² "MANUSIA" itu dibuat, akhirnya perkataan "MANUSIA = 6". Dilihat sekali lagi, perkataan 'manusia' itu ada pada ayat ke 6, ayat terakhir di dalam Kitab Al Quran. Ayat ke 6 (Surat An Naas, Surat Terakhir)  = Ayat ke 6236 seperti yg telah aku tunjukkan sebelum ini dalam analisa angka ayat terakhir. Sekali lagi kita tengok,

"dari (golongan) JIN dan MANUSIA". [QS114:6] → ada angka 6
Analisa pengiraan perkataan 'MANUSIA' = 6, [QS114:6], 6236ada angka 6
Perkataan terakhir: MANUSIA = 6, → ada angka 6
Surat terakhir dan ayat terakhir: [6:6], → ada angka 6
Ayat terakhir (sistem 6236): 6236ada angka 6

Wajah Asal '6236'
    Antara 6236, 6 : 6, 'MANUSIA=6', kesemua mereka terkait dengan angka 6. Itulah sebabnya, aku kaitkan nombor 6236 ini dengan manusia dan bukan dengan jin. Hehe... Dan juga telah aku lukiskan Wajah 6236 sebelum ini. Ok. MANUSIA = 6. Apa kaitan angka 6 dengan manusia ni? Lahir dari fikir, kaitannya adalah Kita sebagai seorang manusia yg beriman, perlu ada di dalam diri (hati) kita Rukun Iman yg 6 perkara iaitu:

(1) Beriman kepada Allah s.w.t
(2) Beriman kepada Malaikat²
(3) Beriman kepada Kitab²
(4) Beriman kepada Rasul²
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qadha dan Qadar

Ya. Itulah 6 perkara yg wajib ada pada manusia. Maka, itulah sebab utama mengapa nombor 6236 ini aku kaitkan dgn Wajah Manusia dan telah aku lukiskan 'Wajah 6236' dulu seperti dalam gambar di atas (rujuk artikel sebelum ini Wajah 6236'). Orait, mari kita lihat pula tentang Organ 6236.

3. Organ 6236
     Apa yg ada di dalam fikiran aku, tidaklah dapat aku gambarkan setepatnyaPada Wajah Asal 6236 yg aku lukiskan itu, digambarkan ada mata, ada mulut dan ada hidung. Sebenarnya, pada nombor 6236 itu telinga pun ada. Sabar ye. Organ mata, hidung, mulut dan telinga itu aku namakan Organ 6236. Untuk memulakan penerangan tentang kaitan Organ 6236 ini, aku akan mulakan dari persamaan yg telah aku tunjukkan sebelum ini. Perhatikan persamaan di bawah :

Penomboran Ayat Al Quran terakhir di dalam Kitab Al Quran adalah 6236 = Surat 114, An Naas, ayat ke 6

6236 = (1+1+4) : 6
6236 = 6 : 6

Kaitan  6236 = 6 : 6 dengan Organ Mata, Hidung, Mulut, Telinga
     Ok, begitulah kaitan yg aku buat. Perhatikan bentuk angka yg dikaitkan pada gambar di atas. Diperhatikan bahawa bentuk angka 6 ada pada mata, bentuk angka 2 ada pada hidung, bentuk angka 3 ada pada mulut dan bentuk angka 6 juga ada pada telinga dan dari situlah aku namakan organ pada bahagian kepala manusia itu sebagai Organ 6236. Macamana Wajah 6236 boleh dilukiskan?

4. Melukis Wajah 6236.
Perhatikan sekali lagi persamaan ini 6236 = 6 : 6

Dari persamaan di atas, didapati, angka 6 itu BERPASANGAN. Maksudnya, persamaan di sebelah kanan ada 2 angka 6 dan persamaan di sebelah kiri juga ada 2 angka 6. Jika diperhatikan pada diri sendiri, di bahagian kepala, didapati Organ Mata ada 2 (berpasangan - bentuk angka 6) dan Organ Telinga ada 2 (berpasangan - bentuk angka 6). Disebabkan itu, aku selesaikan persamaan 6236 = 6 : 6 seperti di bawah :

Penyelesaian Persamaan
Aku selesaikan persamaan 6236 = 6 : 6 dengan cara di atas sebab aku nak bagitau bahawa nombor 6236 hanyalah diwakili oleh 4 organ manusia iaitu mata, hidung, mulut dan telinga. Maka kesimpulannya, nombor 6236 adalah mewakili 4 organ pada bahagian kepala iaitu mata, hidung, mulut dan telinga seperti yg aku gambarkan di bawah.
Wajah Sebenar 6236


Ya, itulah Wajah 6236 yg sebenar. Sebelum ini, Wajah 6236 yg aku lukis, padanya hanya kelihatan mata (bentuk angka 6), hidung (bentuk angka 2) dan mulut (bentuk angka 3), telinga tak nampak pun, sedangkan pada telinga juga ada bentuk angka 6. Maka, dalam artikel ini, aku lukis Wajah 6236 yg baru di mana aku lukiskan telinga sekali. Gambar di bawah adalah Wajah Baru 6236 yg aku lukiskan. Sudah nampak telinganya. Kenapa aku buat macam ini? Bukan apa, ada sesuatu yg aku nak sampaikan untuk peringatan diri aku sendiri.

Wajah 6236 yg baru
     Mungkin kamu faham lain, aku faham lain. Aku tak nampak apa yg kamu faham sebab kefahaman itu termasuk benda ghaib. Sebab itu ada manusia yg berkata "aku faham macam ini, kau faham macam ini". Bila fahaman berbeza, mungkin berlaku sedikit perselisihan dan mungkin perkara² yg tidak diingini berlaku. DALAM KESABARAN, KEFAHAMAN AKAN DATANG. Maka, BERSABARLAH. Maka dari wajah yg baru ini, telah ditunjukkan padanya; 6 - Mata, 2 - Hidung, 3 - Mulut dan 6 - Telinga. Ingat ye, nombor 6236 adalah jumlah ayat Al Quran dan ini hanyalah kaitan. Apa kaitan yg seterusnya?

5. Imaginasi Reaksi Wajah 6236 di Akhirat.   
     Dalam dunia ini, kita telah melihat pelbagai reaksi wajah manusia. Lihatlah cermin, dan buatlah reaksi wajahmu sendiri. Macamana reaksi wajah kamu ketika gembira, ketika kamu sedih, ketika kamu murung, ketika kamu berfikir, ketika kamu bercakap, ketika kamu solat, ketika kamu mengaji Al Quran, pelbagai reaksi wajah yg ada. Namun hakikatnya, di akhirat kelak, hanya ada 2 wajah iaitu Wajah yg Berseri dan Wajah yg Muram. Dapatlah kita bayangkan wajah² tersebut seperti yg dinyatakan dalam Firman Allah ini:

Ayat 399 dari 6236 [QS3:106]:
"pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram..."

     Hitam putih kehidupan. Orait. 'Wajah 6236', nombor 6236 adalah angka² yg merujuk kepada jumlah ayat Al Quran. Begitulah yg diketahui bahawa bagi manusia yg beriman kpd Kitab Allah, sudah pasti wajah mereka akan berseri nanti di akhirat dan bagi manusia yg tidak beriman kpd Kitab Allah, sudah pasti wajah mereka akan muram di akhirat kelak. Oleh sebab aku kaitkan Wajah 6236 ini dgn Al Quran, maka aku lukiskan reaksi wajah² manusia di akhirat kelak (imaginasi) seperti di bawah ini.
Reaksi Wajah 6236
Dari segi kezahirannya begitulah akhir kehidupan seseorang manusia. Bagi yg membaca Al Quran dan yg mengamalkannya ketika berada di dunia, pasti kehidupannya ceria dan bahagia di akhirat kelak (syurga hadiahnya) dan sebaliknya pula bagi yg tidak membaca Al Quran dan tidak mengamalkannya ketika berada di dunia, pasti kehidupannya sengsara dan derita di akhirat kelak (neraka hadiahnya). Itu dari segi pengetahuan namun RAHMAT Allah mengatasi segalanya. Kita hidup di dunia ini, bukannya sebegitu sahaja, akan ada hadiahnya nanti di akhirat dari Allah s.w.t. Ampunkanlah dosa kami, ya Allah. Semoga kita terus mendapat petunjuk dari Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan yg sementara ini. Marilah kita baca terjemahan Firman Allah di bawah ini.

Ayat 292 dari 6236 [QS2:285]:
"Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang² yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat²-Nya, kitab²-Nya dan rasul²-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak mem-beza²-kan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul²-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”."

Ayat 293 dari 6236 [QS2:286]:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang² yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

     Ok, begitulah tentang Reaksi Wajah 6236. Janganlah kamu sangka bahawa apa yg aku taip ini adalah untuk diri kamu tetapi sebenarnya, ianya adalah untuk aku memperingatkan diri "rohani" aku sendiri. Aku sanggup menghabiskan masa untuk ini dan terserah kpd Allah yg menyaksikan segalanya. Apa yg aku peringatkan diri aku, aku kongsi dgn kamu.

APAPUN, NASIB KITA DI AKHIRAT KELAK BELUM DIKETAHUI KEADAANNYA BAGAIMANA, CERIAKAH? DERITAKAH? WALAUPUN KITA DI DUNIA INI BANYAK MELAKUKAN PELBAGAI RAGAM IBADAH. NAMUN, YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH.
Semoga rahmat Allah menyelamatkan aku dan kamu dan teruskanlah beribadah dan teruslah mencari dan jangan lepaskan Al Quran dan As Sunnah.

Apa yg penting pada nombor 6236 sekarang ini adalah angka 6 = Mata, angka 2 = Hidung, angka 3 = Mulut dan angka 6 = Telinga. Aku namakan mereka ORGAN 6236.
  • Bila nampak perkataan Organ 6236, ingatlah bahawa ianya adalah mata(6), hidung(2), mulut(3) dan telinga(6).
  • Bila nampak perkataan Wajah 6236, ingatlah ianya adalah reaksi wajah kita apabila di akhirat kelak yg melibatkan pergerakkan mata, hidung, mulut dan telinga.

6. Bersyukurlah Dengan Pemberian Organ 6236
     Imbas kembali berkenaan Organ 6236.
Organ 6236

  • Bentuk angka 6 telah dikaitkan dgn anggota MATA.
  • Bentuk angka 2, telah dikaitkan dgn anggota HIDUNG.
  • Bentuk angka 3, telah dikaitkan dgn anggota MULUT.
  • Bentuk angka 6, telah dikaitkan dgn anggota TELINGA.

Kesemua organ 6236 ini terletak di bahagian kepala. Kenapa? Pernahkah kamu mendengar apa yang dikatakan MAKRIFAT? Pengetahuan yg aku ada menyatakan bahawa MAKRIFAT itu adalah dari kawasan leher hingga ke atas tubuh badan manusia. Dan yang dikatakan HAKIKAT itu adalah dari kawasan leher hingga ke bawah tubuh badan manusia. Takpe, nanti sama² kita cari dan kongsi. Semoga diberi kefahaman yg benar. Bagi manusia normal, kesamaan utama yg ada pada bahagian kepala manusia adalah manusia dilahirkan dengan diberikan oleh Allah;
  • Ada sepasang Mata (angka 6)
  • Ada sebatang Hidung (angka 2)
  • Ada sebuah Mulut (angka 3)
  • Ada sepasang Telinga (angka 6)

     Samada mata itu cantik, hidung itu cantik, bibir itu cantik dan telinga itu cantik, itu semua tidak penting. Dalam artikel ini, yang penting adalah semua manusia normal ada mata, ada hidung, ada mulut dan ada telinga dan kesemua itu terletak pada wajah. Samada wajah cantik atau tidak, itu juga tidak penting. Allah tidak memandang itu semua kerana Allah hanya memandang amal dan hati kita. Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa paras kamu dan warna kulit kamu, akan tetapi Allah memandang pada hati kamu dan amalan² kamu" – (Hadis riwayat Muslim).
     Itulah, samada kamu cantik atau tidak, Allah tidak memandangnya, yg Allah pandang hanyalah amalan dan hati kamu. Tidaklah Allah mengatakan bahawa orang yg cantik itu akan masuk syurga. Tidak ada. Orait. Alhamdullillah... Pemberian Allah yg amat bernilai. Kamu sayang atau tidak dengan pemberian organ 6236 ini? Mesti kamu sayang punya. Aku pun sayang. Tidakkah kamu bersyukur dengan pemberian itu semua? Al Quran mencatatkan, tidak ramai yg bersyukur. Berapa ramai yg bersyukur? Berapa kalikah kita bersyukur dgn pemberian itu dalam satu hari? Aku amat tidaklah mengetahui akannya. Firman Allah:

Ayat ke 1979 dari 6236 [QS16:78]:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."

Ayat ke 2751 dari 6236 [QS23:78]:
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur."

     Bagi aku, bersyukur di sini bermaksud kita menggunakan Organ 6236, pemberian Allah tadi untuk memerhatikan bukti² kebesaran dan keEsaan Tuhan, melakukan apa yg diperintahkan dan menjauhi apa yg dilarang, yg mana dengan pemberian itu semua, sebenarnya ianya dapat membawa seseorang manusia itu beriman kpd Allah serta taat dan patuh kepada-Nya. Itulah yg aku katakan tadi, MAKRIFAT (sedikit sahaja aku sentuh). Perhatikan... Ingat, aku kaitkan ini dgn Kitab Al Quran sahaja.
  • Ada manusia diberi mata tetapi tidak mahu melihat kebesaran Allah.
  • Ada manusia diberi telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat² Allah.
  • Ada manusia diberi mulut tetapi tidak mahu membaca Al Quran.
  • Ada manusia diberi hati tetapi tidak mahu mengisi hatinya dengan keimanan.
Perhatikan manusia² itu dan muhasabahkanlah diri... Bagi manusia yg diberi cukup anggota tubuh badannya (tiada kekurangan), bersyukurlah sangat². Semua pemberian itu akan dipertanggungjawabkan kelak. Firman Allah:

Ayat ke 2065 dari 6236 [QS17:36]:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungan jawabnya."

     Ya, pada ayat 292 tadi (QS2:285), ada diberitahu bahawa "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya...". Maka, kita yg mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, perlulah beriman kepada Kitab Al Quran, ikut Nabi s.a.w. Perhatikan pada ayat 2065 (QS17:36). Ya, sungguh. Ianya sungguh bahawa pendengaran, penglihatan dan hati kita, semuanya akan dipertanggung jawabkan. Maka, dengan pemberian Organ 6236 ini, hendaklah kita gunakan ia untuk beriman kepada Al Quran seperti mana yg telah diberitahu pada ayat 292 (QS2:285). Hendaklah kita fungsikan ia. Nabi Muhammad s.a.w telah beriman kepada Kitab Al Quran, maka kita hendaklah juga seperti itu. Ada apa-apa ke nak bagitau ni? Ada kaitan ke Organ 6236 ini dengan Nabi Muhammad s.a.w? Nanti kita lihat ye... 

7. Disebalik Fungsi Organ 6236
     Hhhmm... Telah diketahui bahawa Organ 6236 itu adalah terdiri daripada mata, hidung, mulut dan telinga. Kamu yg sedang membaca artikel ini, pasti sedang menggunakannya. Pasti, sebab kamu masih BERNYAWA dan kamu sedang menggunakannya. Lihatlah kepada mayat yg sempurna, kita masih dapat melihat, dia ada matanya, ada hidungnya, ada mulutnya dan ada telinganya tetapi.... organ itu TIDAK BERFUNGSI LAGI. FUNGSINYA SUDAH HILANG. Dalam artikel ini, aku hanya kaitkan fungsi Organ 6236 dengan Kitab Al Quran sahaja. Ini hanyalah kaitan.

6Mata : Fungsinya untuk MELIHAT
** M pada perkataan Mata memberitahu bahawa fungsinya adalah "Melihat". Fungsinya untuk MELIHAT ayat² Al Quran dan Kitab Al Quran.

2Hidung : Fungsinya untuk HIDUP
** H pada perkataan Hidung memberitahu bahawa fungsinya adalah "Hidup". Fungsinya untuk HIDUPKAN ayat² Al Quran pada diri. Hidup di sini maksudnya untuk Hidupkan ayat² Allah pada diri atau dengan kata lain untuk amalkan ayat² Allah pada diri. Melalui hidunglah, kita menyedut udara untuk terus hidup selagi tidak dimatikan dan untuk terus hidupkan (amalkan) ayat-ayat Al Quran pada diri kita.

3 - Mulut : Fungsinya untuk MEMBACA
** M pada perkataan Mulut memberitahu bahawa fungsinya adalah "Membaca" atau "Menyebut". Fungsinya untuk MEMBACA, MENYEBUT, ayat² Al Quran.

Bentuk Huruf 'D'
     Apa yg ada dalam fikiran aku ini, tidak dapat aku gambarkan di sini dgn tepat tapi aku cubalah untuk nyatakannya. Bagaimana dengan fungsi Telinga? Aku gagal untuk menyatakan fungsi Telinga dari huruf T pada perkataan Telinga. Di awal kaitan, didapati bentuk angka 6 ada pada telinga. Diperhatikan lagi, bentuk huruf D pun ada pada telinga. Jika diperhatikan lagi pada telinga, ada lagi bentuk lain pada telinga. Nanti aku tunjukkan kemudian. Lihat gambar. Maka, dari bentuk huruf D itulah, dapatlah aku nyatakan fungsi Telinga iaitu DENGAR.

6 - Telinga : Fungsinya untuk DENGAR
** dari bentuk huruf D pada Telinga, D memberitahu bahawa fungsinya adalah "Dengar". Fungsinya untuk DENGAR bacaan ayat² Al Quran.

     Begitulah fungsi Organ 6236 yg dikaitkan dgn Kitab Al Quran. Ingat lagi tak soalan "Ada kaitan ke Organ 6236 ini dengan Nabi Muhammad s.a.w?" Mari kita lihat jawapannya. Aku himpunkan fungsi Organ 6236 di bawah :

Kaitan Fungsi Organ 6236

6 → Mata → Melihat → M.
2 → Hidung → Hidup → H.
3 → Mulut → Membaca → M.
6 → Telinga → Dengar → D.

      6236 memunculkan gabungan huruf-huruf  MHMD. Singkatan ini datangnya dari huruf pertama pada setiap fungsi Organ 6236. Apa maksud sebenar disebalik singkatan MHMD ini? Dengan menggunakan tulisan Arab, nama Nabi Muhammad s.a.w adalah terdiri dari huruf Mim, Haa, Mim, Daa (MHMD), محمد . Maka, secara tidak langsungnya, fungsi Organ 6236 ini telah menyatakan bahawa mata, hidung, mulut dan telinga yg diberikan oleh Allah s.w.t hendaklah kita gunakan bagi melihat, menghidupkan, membaca, menyampaikan, mendengar dan akhir sekali, mengikuti akan segala apa yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan pesanan baginda kepada kita dan pesanan ini telah direkodkan di dalam Kitab Al Quran dan Hadis² kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa sifat manusia itu mudah mengikut akan sesuatu perkara itu. Orang buat dia pun nak buat. Nak ikut. Allah s.w.t yg mencipta manusia, sudah pasti Maha Pencipta mengetahui segalanya tentang apa yg dicipta-Nya. Firman Allah:

Ayat 324 dari 6236 [QS3:31]:
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, IKUTILAH AKU, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa²-mu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

     Lihat. Ayat di atas mengatakan bahawa jika kita benar-benar MENCINTAI ALLAH, maka kita hendaklah MENGIKUTI AJARAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Apabila kita ikut apa yg Nabi Muhammad s.a.w telah ajarkan kepada kita, apa yg telah Nabi s.a.w sampaikan kepada kita, nescaya kita akan DIKASIHI ALLAH S.W.T dan disebabkan itu, NESCAYA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNI DOSA-DOSA KITA. Mudah sahaja kan? Ikut apa yg Nabi Muhammad s.a.w ajarkan, nescaya Allah s.w.t ampunkan dosa-dosa kita. Bagaimana kita nak ikut? Ya, ianya melalui Organ 6236 yg telah diberikan kpd kita. Kita lihat, kita amalkan, kita dengar, kita amalkan, kita cakap, kita amalkan. Mudah-mudahan begitulah.... tapi begitulah terlalu banyak dugaannya.
     Bila dah menaip, panjanglah jadinya sebab aku tak pandai nak sampaikan. Mohon maaf sekali lagi. Kita sebagai penganut agama Islam (berfahaman yg benar), sudah tentu kita akui bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w dan sudah semestinya kita mengetahui bahawa Kitab Al Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan itulah kitab yg menjadi "panduan hidup" kita, kitab yg TIADA KERAGUAN di dalamnya. Kamu tak baca, tak beriman kepadanya, tak dapatlah PETUNJUK. Tetapi bagaimana kita boleh tahu bahawa Kitab Al Quran itu diturunkan kepada baginda dan kita boleh tahu bahawa Muhammad s.a.w itu Pesuruh Allah?
     Itulah yg aku katakan tadi, melalui Fungsi Organ 6236, kita dapat mengetahui dan mengenali siapakah Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdullillah.... Nikmat dapat menjadi umat Nabi s.a.w. Maka, kita patutnya bersyukur bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w lagi, mungkin kamu pernah melihat. Eh tak pernah juga? Benar. Ada yg pernah melihat melalui mimpi dan juga dgn cara² yg lain (dari pengalaman aku, aku mendengar cerita sahaja). Sebab Nabi s.a.w sudah wafat ketika aku dilahirkan. Namun begitu, hendaklah kita bersaksikan dengan hati bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Yakin bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Kenapa Allah utuskan Rasulullah s.a.w? Jawapannya telah diberikan oleh Allah:

Ayat 837 dari 6236 [QS6:48]:
"Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

Rasulullah s.a.w lah yg telah memberi khabar gembira kepada kita melalui kata²nya yg ditinggalkan dan juga telah memberi peringatan kpd kita. Bagaimana kita nak tahu khabar gembira dan peringatan itu? Ya, melalui organ 6236. Maka, bersyukurlah kerana kita telah dianugerahi Organ 6236 ini. Alhamdullillah...

Ayat 2751 dari 6236 [QS23:78]:
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur."

     Melalui Nabi Muhammad s.a.w, barulah kita tahu bahawa kita ada Tuhan yg wajib disembah iaitu Allah s.w.t. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w tidak menyampaikan ayat² Allah kpd kita, pasti kita akan berada dalam kesesatan dan kita tidak tahu pun bahawa Allah itu ada. Alhamdullillah... Terima kasih ya Allah.. kerana kita ada Kitab Al Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan ini. Dari kaitan ini, kenapa nama MHMD dulu yg muncul? Sebabnya kalau tiada MHMD kita tak dapat nak kenal Allah, kita tak tahu bahawa Allah itu Wujud, Ada. Maka, fungsi² anggota 6236 ini telah menyatakan sesuatu iaitu nama MHMD dan dengan sendirinya kita memahami bahawa ayat² Al Quran ini telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Nabi s.a.w. Ada yg menerima dan ada yg tidak menerima.
     Awalan huruf fungsi² anggota 6236 ini telah memberitahu kepada kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah MEMPERINGATKAN KITA DENGAN AYAT² AL QURAN DAN SEMEMANGNYA KITA HENDAKLAH MENGGUNAKAN ORGAN 6236 INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. TINGGAL LAGI DIRI KITA SENDIRI-LAH YANG PERLU PERINGATKAN DIRI KITA DENGAN AYAT² ALLAH. Bagaimana kita tahu ya? Yaa.. sekali lagi aku bagitau, Melalui penglihatan kita (MATA), melalui penghayat(hidup)an kita (HIDUNG), melalui pembacaan kita (MULUT) dan melalui pendengaran kita (TELINGA). Itulah antara pintu² masuk untuk membersihkan HATI, membina iman serta menguatkan iman dan yg aku sebut pada awal tadi MAKRIFAT. Di situlah tempat masuknya. Sekejap lagi kita tengok kaitan yg lain pula. Sebelum itu, aku petik terjemahan ayat² Allah ini untuk aku peringatkan diri aku sendiri (sebab nanti aku baca apa yg aku tulis). Ayat² Allah berjumlah 6236 ayat di dalam Kitab Al Quran.

Ayat 3689-3690 dari 6236 [QS35: 29-30]:
Sesungguhnya orang² yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam² dan terang²-an, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Ayat 3774-3775 dari 6236 [QS36: 69-70]:
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Qur'an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan, supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang² yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang² kafir.

     Cuba tanya pada diri kita sendiri sekejap. Apasal aku baca artikel ini? Eh takdelah, bukan soalan tu. Cuba tanya pada diri, Macamana aku dapat tahu akan sesuatu perkara itu? Misalnya, macamana aku dapat tahu bahawa Kitab yg aku baca itu adalah Kitab Al Quran? Adakah melalui penglihatan kita? Atau adakah melalui kehidupan kita? Atau adakah melalui pembacaan kita? Atau adakah melalui pendengaran kita? Mesti ada satu jawapannya. Boleh juga tanya pada diri, kenapa Allah bagi aku mata, hidung, mulut dan telinga? Fikir juga boleh membantu kita utk mengetahui sesuatu.

Melalui penglihatan, kita dapat tahu..ooo.. macam tu,
Melalui pendengaran, kita dapat tahu..ooo.. macam tu,
Melalui pembacaan, kita dapat tahu..ooo.. macam tu,
Melalui penghidupan, kita dapat tahu..ooo.. macam tu,
Melalui fikiran, kita dapat tahu..ooo.. macam tu.

    Sebenarnya ke-empat² Organ 6236 ini banyak membantu makhluk yg dinamakan MANUSIA, untuk mengetahui sesuatu dan pengetahuan yg paling bermakna dan yg paling dikatakan rahmat dari Allah (bagi aku) adalah pengutusan Rasulullah s.a.w / Nabi Muhammad s.a.w kepada kita. Namun begitu, ada antara manusia yg beriman (yakin) dan ada juga yg tidak beriman (tidak yakin) kepada apa yg disampaikan dan diajarkan oleh Nabi s.a.w. Maka, pergunakanlah Organ 6236 ini untuk meyakini apa yg telah disampaikan oleh Nabi s.a.w dan perjalanan terakhir adalah dapat mengikuti apa yg telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Nak ikut siapa lagi???
     Itulah… ya.. itulah sebabnya apabila kaitan ini dibuat, akhirnya tulisan MHMD yg muncul. Kaitan Fungsi Organ 6236 memberitahu bahawa, gunakanlah Organ 6236 ini untuk mengikuti apa yg telah Nabi Muhammad s.a.w sampaikan, gunakanlah Organ 6236 ini untuk mengenal Nabi Muhammad s.a.w. Begitulah secara ringkasnya perkongsian. Maaflah, aku tak pandai nak buat ayat.
     Orait. Kita sudah tahu, apa yg perlu kita buat dgn nikmat pemberian Organ 6236 dari Allah s.w.t ini. Semoga kita dapat menggunakannya dgn sebaik-baiknya. Lihatlah, Dengarlah, Sampaikanlah, Amalkanlah... Apa lagi yg boleh dikaitkan dgn Organ 6236 ini? Nanti kita lihat kaitan yg seterusnya. Sabar ye...

8. Pemilik Kitab Al Quran

     Dari mana datangnya nama Organ 6236 ini, telah aku tunjukkan sebelum ini. Wajah 6236 yg baru juga telah dilukiskan, di mana pada Wajah 6236 itu aku lukiskan mata, hidung, mulut dan telinga dan telah aku tunjukkan kaitan angka² 6236 antaranya. Namun, sekali lagi aku ingin tunjukkan kaitan Organ 6236 ini dgn persamaan 6236 = 6 : 6, sebab kaitan yg seterusnya memerlukan penerangan ini.

  1. Angka 6 pada '6236' mewakili Mata (ada 2 mata).
  2. Angka 6 pada '6 : 6' mewakili Telinga (ada 2 telinga).
  3. Angka 2 pada '6236' mewakili Hidung.
  4. Angka 3 pada '6236' mewakili Mulut (ada 2 bibir).
  5. Satu tanda '.' pada '6 : 6' mewakili Lubang Hidung.
  6. Satu tanda '.' pada '6 : 6' mewakili Lubang Telinga.
     Kaitan di atas itu, aku buat sendiri. Apasal lubang hidung dan lubang telinga pun terlibat ini? Sabar... ada kaitannya nanti. Cuma nanti, ada sedikit masalah perkaitan ini apabila melibatkan Organ Telinga kerana Organ Telinga ini datangnya dari persamaan sebelah kanan iaitu 6 : 6 seperti mana yg telah berlaku sebelum ini. Masalah apa? Nantilah... Perlahan-lahan...
     Point utama dalam kaitan dgn nombor 6236 ini adalah nak bagitau bahawa ayat² Al Quran yg berjumlah sebanyak 6236 telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w (sebutan), Nabi MHMD s.a.w (tulisan Arab - Mim Haa Mim Daa - MHMD). Itu sahaja. Dari kaitan nombor 6236 ini, kita sudah melihat (membaca) dari mana tulisan nama MHMD muncul. Ya.. Akhirnya, tulisan nama MHMD telah muncul dari Fungsi Organ 6236. Perlihatan itu, pemunculan tulisan nama  MHMD itu, HANYAlah untuk memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w SAHAJAlah yg menerima ayat² Al Quran dan menyampaikan kepada umatnya (termasuklah kita yg mengaku umatnya). Sudahkah kamu baca atau dengar ayat² Al Quran? Kenalah baca, kenalah dengar. Barulah tahu, barulah sedar.
     Dan bagi manusia Islam, sudah pasti mereka tahu bahawa Al Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui pembacaan Malaikat Jibril kepada baginda s.a.w.  Kalau kita bercakap dgn orang yg tidak tahu tentang Islam, tentu mereka akan bertanya, siapakah yg menurunkan ayat² Al Quran kepada Nabi s.a.w? Mungkin kita akan menjawab, "Allah, Tuhanku yg menurunkannya kepada Nabiku, Muhammad s.a.w" dan mungkin ada jawapan yg selain itu. Itu PENGETAHUAN. Bagaimana kita tahu? Ya, melalui Organ 6236 tadilah (mata, hidung, mulut, telinga). Nak tahu lagi? Firman Allah:

Ayat ke 1811 dari 6236 [QS15:9]:
"Sesungguhnya, Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya".

     Dari ayat di atas, kita tahu bahawa Allah-lah yg menurunkan Al Quran dan ayat² Al Quran itu benar² dipelihara. Kalau ada manusia yg nak ubah Al Quran, pasti ada manusia yg dapat mengesannya. Itulah maksud aku, Al Quran itu benar² dipelihara. Sememangnya kita tahu bahawa Allah-lah Pemilik Kitab Al Quran dan juga dinamakan Kitab Allah. Berapa jumlah ayatnya? Ya.. Bagus, 6236 ayat kesemuanya. Namun begitu, aku akan tunjukkan pemilik Kitab Al Quran ini melalui kaitan Organ 6236. Organ 6236 yg aku bagitau adalah mata, hidung, mulut dan telinga. "ANTARA YANG PENTING, ADA LAGI YANG LEBIH PENTING". Begitulah juga dgn Organ 6236, apabila kita fikir lebih sikit, baru kita tahu, ada lagi benda yg lebih penting, yg ada padanya. Mari kita baca lagi...
  • Dalam Mata, masih ada yg penting iaitu Anak mata. Tanpa anak mata, kita tidak akan dapat melihat.
  • Dalam Hidung, ada lagi yg lebih penting iaitu Lubang hidung. Opps jangan ketawa. Tanpa lubang hidung, kita tidak dapat menyedut oksigen dengan selesa. Ada ke orang takde lubang hidung? Cuba korek sekarang. Ada kan? Semua manusia ada lubang hidung.
  • Dalam Mulut, ada lagi yg lebih penting iaitu Lidah. Tanpa lidah, kita tidak dapat untuk ber-kata² dan untuk merasa.
  • Tiba bahagian Telinga. Seperti yg aku taipkan tadi, mesti ianya ada masalah sikit sebab telinga didatangkan dari persamaan sebelah kanan iaitu 6 : 6 dan telinga terletak di bahagian belakang sedikit dari kawasan wajah. Tadi kita dah lihat, bentuk huruf D ada pada Telinga. Dari situ, aku kaitkan huruf D dengan fungsi telinga iaitu "Dengar". Kini, yg aku maksudkan ada lagi yg lebih penting adalah pada telinga ada bentuk huruf Ha (tempat duduknya Lubang telinga). Itulah satu-satunya organ 6236 yg dapat mendengar ayat² Allah. Apakah Ha itu? Itulah HALWA (DENGAR). Nampakkan? Aku nak habiskan kaitan ini... Penat dah ni... Huhu...
MHMD (Mim, Haa, Mim, Da) = MUHAMMAD
Kita telah melihat kaitan Fungsi Organ 6236;

6 - Mata - Melihat - M
2 - Hidung - Hidup - H
3 - Mulut - Membaca - M
6 - Telinga - Dengar- D

Muncul nama MHMD (Mim Haa Mim Daa).

 "MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"


ALLH (Alif, Lam, Lam, Ha) = ALLAH
Kaitan seterusnya;

6 - Mata - Yg penting padanya adalah Anak mata - A
2 - Hidung - Yg penting padanya adalah Lubang hidung - L
3 - Mulut - Yg penting padanya adalah Lidah - L
6 - Telinga - Yg penting padanya adalah bentuk huruf Ha dan apa yg penting adalah Halwa (dengar) - H

Muncul nama ALLH (Alif Lam Lam Ha).

"TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH"

     Nah.. Akhirnya, kaitan nombor 6236 ini memunculkan tulisan Arab nama Allah (Alif Lam Lam Ha). Lihat betul², Dengar betul², Sebut betul², Faham betul², Amal betul², barulah tahu "TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH". Diri kamu sendiri akan kembali kepada Allah. Diri aku akan kembali kepada Allah. Apa yg kamu miliki, akan kembali kepada Allah. Dunia ini? Akan kembali kepada Allah yakni akan dihancurkan dan itulah Hari Kiamat. Sekarang, semuanya akan kembali kepada ALLAH (ALLH) jua tentang apa yg kita miliki. Maka, apa yg ada pada Organ 6236 itu juga telah menyatakan bahawa semuanya adalah milik Allah. Itu semua adalah nikmat pemberian Allah kepada kita semua. Dan semua nikmat² itu akan ditarik kembali sekiranya ALLAH (ALLH) mahu menariknya. Milik siapa? Yaa.. Milik Allah...
     Dalam kaitan nombor 6236 ini, kenapa tulisan nama MHMD muncul dahulu, kemudian barulah tulisan nama ALLH muncul? Siapa yg bagitau adanya Allah? Ya.. Nabi Muhammad s.a.w (sebab kita umat Nabi Muhammad s.a.w). Kenal Muhammad s.a.w, maka kita akan kenal Allah s.w.t. Firman Allah:

Ayat ke 324 dari 6236 [QS3:31]:
"Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa²-mu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

     (Aku dah ringkaskan kaitan ini). Begitulah firman Allah. Selepas Nabi Muhammad s.a.w memberitahu bahawa adanya Tuhan, barulah kita tahu dan kenal bahawa TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T dan NABI MUHAMMAD S.A.W ITU ADALAH PESURUH ALLAH. Maka, manusia pun mengucaplah 2 kalimah syahadah.. (kita pun ada mengucap 2 kalimah syahadah di dalam solat - duduk tahiyat).
     Berbalik kepada kata² "Kenal Muhammad s.a.w, maka kita akan kenal Allah s.w.t" tadi. Benar, Nabi Muhammad s.a.w lah yg menyampaikan ayat² Allah dan memberi peringatan kpd kita. Secara ringkasnya, melalui penyampaian Nabi s.a.w, kita tahu bahawa Allah lah yg mencipta kita, yg memberi rezeki kpd kita, yg menghidupkan kita, yg mematikan kita dan sebagainya. Begitulah.. Namun, kata² "Kenal Muhammad s.a.w, maka kita akan kenal Allah s.w.t" ianya akan berlanjutan sehingga kepada kata² "KENAL DIRI maka KENALLAH ALLAH" dan juga ada kata² "Kenallah diri kamu rata-rata, sebelum kenal Tuhan yang nyata, sekiranya kamu kenal, maka binasalah diri kamu". Yang ini perlukan fahaman yg tinggi. Aku tak berani lagi untuk menulis tentangnya. Maafkan aku. Orang yg pertama mengucapkan kata² itu pasti mempunyai RASA NIKMAT KEIMANAN yg tinggi. Nanti carilah sendiri ye perlahan-lahan... Apa yg penting, lihat pada ayat Ayat ke 324 dari 6236 [QS3:31]. Jika kita nak Allah Mengasihi kita dan Mengampuni dosa² kita, maka IKUTLAH AJARAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Mudah saja bila ber-kata².
     Orait. Nak habis dah artikel ini. Kembali kepada Organ 6236.

  • Maka apakah kita telah menggunakan mata kita untuk melihat ayat² Al Quran?
  • Udara yg masuk melalui hidung, yg membolehkan kita dapat bernafas, yg kita dapat hidup dgn selesa, yg diberikan adakah digunakan untuk mengamalkan ayat² Al Quran? Pernah dengar, "setiap nafas, ada takdir yg melaluinya?"
  • Mulut yg diberikan adakah digunakan untuk membaca ayat² Al Quran? 
  • Telinga yg diberikan adakah digunakan untuk mendengar ayat² Al Quran?

Tetapi jawapan di dalam Al Quran sudah ada. Firman Allah:

Ayat ke 3512 dari 6236 [QS32:9]:
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur".

Hhhmmm... Kamu mesti ada jawapannya. Begitulah, SEDIKIT SEKALI YANG BERSYUKUR dengan PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI YANG DIBERIKAN. Dikatakan dibahagian kepala itu adalah pintu masuk (mata, hidung, mulut, telinga) untuk pelbagai rahsia keTuhanan bagi menyinarkan hati (dengan izin Allah). Maka,

BERSYUKURLAH PADA ALLAH YANG TELAH MEMBERI PENGLIHATAN, PENDENGARAN, PERCAKAPAN DAN HATI KEPADA KITA.

Ada orang berkata "Aku ada hati dengan dia". Apa maksudnya? Orang yg mengucapkannya mesti tahu dan faham. Begitulah maksud aku dengan ayat di atas "Bersyukurlah pada Allah yang telah memberi hati kepada kita".

Hiasan dari...
Lihatlah kepada orang yg hendak MATI. Ketika diri mereka didiamkan (anggota tidak dapat bergerak).. Mata masih lagi dapat melihat, Telinga masih lagi dapat mendengar, Hidung masih lagi dapat menyedut udara dan yang paling berguna diberikan oleh Allah s.w.t adalah Lidah yg masih boleh menyebut 'LAA ILA HAA ILLALLAH'.. walaupun suara tidak kedengaran. Cuba ngangakan mulut dan cuba sebut kalimah lain selain daripada kalimah 'LAA ILA HAA ILLALLAH' dan 'ALLAH'? Tak boleh kan? Hanya kalimah 'LAA ILA HAA ILLALLAH' dan 'ALLAH' yg boleh disebutkan apabila mulut dingangakan. Fikirlah sendiri....  Betapa hebatnya Allah, Betapa kasihnya Allah, Betapa baiknya Allah s.w.t, dalam keadaan seseorang itu tidak bermaya, seseorang itu masih boleh menyebut kalimah 'LAA ILA HAA ILLALLAH' dengan hanya menggerakkan lidah sahaja. Itulah maksud aku tadi, "antara yg penting, ada lagi yg lebih penting".

Begitulah angka 6236 ini menceritakan yg akhirnya membawa kepada munculnya nama MHMD (MUHAMMAD S.A.W) dan ALLH (ALLAH S.W.T). Itulah Muhammad s.a.w yg menyampaikan ayat² Allah dan itulah Allah s.w.t yg menurunkan Kitab Al Quran (Pemilik Kitab Al Quran). Itulah... Itulah... Itulah sahaja setakat ini apa yg aku ingin sampaikan berkenaan Organ 6236 dan Wajah 6236. Fuuuhhh.....

9. Mohon Maaf
     Kepenatan berfikir, menghentikan perkongsian ini. Ada 2 lagi artikel yg berkaitan angka 6236 akan menyusul sekiranya aku masih hidup tetapi kaitan seterusnya tiada lagi berkenaan wajah 6236 tetapi tajuknya masih lagi Wajah 6236. Insya Allah. Setiap apa yg hendak dibaca, mohonlah kepada Allah akan perlindungan dari gangguan syaitan yg boleh meracuni fikiran kita dan mohon juga agar diberi kefahaman yg benar serta mohonlah juga agar diberi kekuatan untuk mengamalkan apa yg dibaca (perkara yg baik²). KEFAHAMAN ITU ADALAH REZEKI. KEKUATAN ITU ADALAH ANUGERAH. Kita perlu membaca cerita² untuk kita fikir seperti mana ada disebut di dalam Al Quran :
Ayat 1130 dari 6236 [QS7:176]:
...Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah² itu agar mereka berfikir.

     Tidak membaca / mendengar cerita², takdelah fikir. Fikirlah terhadap kekuasaan Allah s.w.t atau sebagainya yg berkaitan dgn Allah s.w.t. Banyak kisah cerita yg ada di dalam Al Quran dan juga kisah² teladan yg lain. Maka, aku bercerita (berkongsi), agar sama² berfikir untuk mendatangkan manfaat pada diri sendiri. Aku menaip untuk diri aku sendiri. Mohon maaf atas segala kekurangan yg terdedah. Wollohua'lam.


"Aku dengan rendah hati mohon agar para pembaca sekalian mendoakan aku dan keluarga aku selamat sejahtera di dunia dan juga di akhirat. Aku doakan juga kepada yg membaca artikel ini semoga kamu dan keluarga kamu selamat sejahtera di dunia dan juga di akhirat"
~ Ameen ~

PERINGATAN : Ayat 667 dari 6236 [An Nisaa', QS4:174]

Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar