Sesungguhnya orang² yang menjadikan patung anak sapi (sebagai sesembahannya), kelak akan menimpa mereka, kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan di dunia. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang² yang membuat-buat kebohongan.
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 152]
Allah beritahu, orang² yg menjadikan patung (anak sapi) sebagai sesembahan (satu sembahan) mereka, merekalah orang² yg mem-buat² kebohongan di Dunia ini. Allah beritahu, tiada sesembahan lain yg berhak disembah selain DiriNya. Di Dunia ini, ada manusia yg tidak menyembah Allah tetapi menyembah kpd sesembahan yg lain. Allah (Raja Manusia) telah beri peringatan kpd orang² yg mem-buat² kebohongan di Dunia ini, bahawa kemurkaan dariNya dan kehinaan dalam kehidupan di Dunia akan menimpa ke atas mereka. Demikianlah Allah beritahu, bahawa Allah akan memberi balasan kpd orang² yg mem-buat² kebohongan. Dalam hal ini, orang² yg mem-buat² kebohongan adalah kaum Nabi Musa yg menjadikan patung (anak sapi) sebagai sesembahan (tuhan) mereka.
Manusia hanya boleh membuat kebohongan hanya di Dunia ini sahaja tetapi tidak lagi di Akhirat. Jauhilah perbuatan mem-buat² kebohongan di Dunia ini. Lihatlah balasan yg telah Allah timpakan kpd orang² terdahulu yg telah mem-buat² kebohongan di Dunia ini (yg mana yg diperlihatkan olehNya). Maka pengajarannya, JANGANLAH KAMU MEM-BUAT² KEBOHONGAN DI DUNIA INI.
 |
Azab yg menimpa kaum Nabi Luth |
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
8👉Manusia yg percaya kpd kebatilan.
Kaum ‘Ad berkata: 'Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan² kami kerana perkataanmu dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu'
[Al-Qur-An, Surath 11, Ayat 53-54]
Allah ceritakan kpd kamu tentang Kaum 'Ad. Mereka tidak menyembah Allah. Nabi Hud telah mendatangi mereka dan memberitahu kpd mereka bahawa tiada sesembahan lain selain Allah. Hanya Allah yg berhak disembah. Disebabkan Nabi Hud tidak mendatangkan kpd mereka suatu bukti yg nyata tentang Allah, mereka tidak percaya kpd kata² Nabi Hud dan mereka tidak akan meninggalkan sesembahan yg mereka sembah. Oleh kerana Nabi Hud telah memberitahu tentang Allah kpd mereka, suatu perkara yg tidak dapat diterima oleh akal mereka, lalu mereka mengatakan bahawa sesembahan mereka telah menimpakan penyakit gila ke atas Nabi Hud. Mereka percaya dan yakin kpd sesembahan mereka. Mereka percaya kpd kebatilan (perkara yg tidak benar). Begitulah kepercayaan Kaum 'Ad terhadap sesembahannya.
Sebenarnya, sesembahan Kaum 'Ad itu tidak menimpakan penyakit gilapun ke atas Nabi Hud kerana sesembahan mereka tidak ada kuasa apapun. Hanya kepercayaan mereka sahajalah yg mengatakan sedemikian. Mereka percaya, apa yg mereka sembah selain Allah itu ada kuasa. Andainya mereka tahu dan yakin bahawa hanya Allah yg berkuasa, tentu mereka tidak akan menyembah sesembahan mereka. Namun, Kaum 'Ad percaya kpd sesembahan mereka, sebab itu mereka kata sesembahan merekalah yg menimpakan penyakit gila ke atas Nabi Hud tetapi sebenarnya tidaklah begitu kerana yg berkuasa hanyalah Allah. Siapakah sebenarnya yg telah menganiayai Kaum 'Ad sehingga mereka tidak mahu menyembah Allah walaupun Nabi Hud telah menyampaikan kebenaran mengenai Allah kpd mereka? Jawapannya: DIRI MEREKA SENDIRI.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
9👉Allah tidak pernah menganiayai manusia.
dan Kami tidaklah menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka, sembahan² yang mereka seru selain ALLAH, di waktu azab Tuhanmu datang dan sembahan² itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.
[Al-Qur-An, Surath 11, Ayat 101]
Allah beritahu bahawa
DIA tidak menganiayai manusia yg tidak menyembah
DiriNya tetapi mereka sendirilah yg menganiayai diri mereka. Sebabnya
Allah telah beritahu kpd manusia, sekiranya manusia tidak menyembah
Dia,
manusia akan diazab.
'Tiada sesembahan (tuhan) yg lain selain DiriNya', itulah yg
Allah beritahu kpd manusia melalui Utusan²
Nya. Tetapi ada manusia yg tidak mahu menyembah
Nya.
Salah siapa? Salah mereka sendiri kerana mereka tidak tunduk kpd perintah
Allah, mereka tidak mahu menyembah
Allah, mereka tidak percaya dan yakin kpd
Allah.
Allah beritahu lagi, apabila azab
Nya datang
(Hari Qiyamat / Hari Kematian) kpd orang² yg tidak menyembah
Nya,
sesembahan yg mereka sembah selain
Allah di Dunia ini, tidak dapat memberi manfaat sedikitpun kpd mereka. Malahan, sesembahan yg mereka sembah itu semakin menambah kebinasaan kpd mereka di Akhirat kelak.
Maka, manusialah yg menganiayai diri mereka sendiri sebab manusia tidak mahu tunduk kpd perintah
Allah,
manusia tidak mahu beriman kpd Allah.
Ramaikah manusia yg tidak beriman kpd Allah?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
10👉Sebahagian besar manusia tidak beriman kpd Allah.
dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada ALLAH, melainkan dalam keadaan mempersekutukan ALLAH (dengan sembahan² yg lain).
[Al-Qur-An, Surath 12, Ayat 106]
Allah Yang Maha Mengetahui beritahu lagi, sebahagian besar manusia di Dunia ini tidak beriman kpd
Nya, melainkan dalam keadaan mempersekutukan
Nya dgn
sesembahan yg lain. Benarkah apa yg
Allah beritahu?
Mestilah benar sebab Allah Maha Mengetahui akan segala apa yg manusia kerjakan. Mereka beriman kpd
sesembahan yg lain selain
Allah. Mereka mempersekutukan
Allah dgn
sesembahan yg lain.
Siapakah manusia² itu? Merekalah yg
Allah panggil sebagai orang² kafir.
Orang² kafir adalah orang² yg ingkar kpd perintah² Allah. Benar atau tidak apa yg
Allah beritahu dalam ayat di atas?
Sebahagian besar dari mereka tidak beriman kpd Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah. Cobalah, kamu lihat di Dunia luar sana.
Allah Maha Mengetahui telah beritahu kepada kamu melalui surat²
(surath) yg ada di dalam Al-Qur-An.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
12👉Sesembahan selain Allah akan menjadi musuh kpd penyembahnya di Akhirat.
Sekali-kali tidak! Kelak mereka (sembahan²) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut²nya) terhadapnya, dan mereka (sembahan²) itu akan menjadi musuh bagi mereka.
[Al-Qur-An, Surath 19, Ayat 82]
Tidak! Allah (Maha Mengetahui) beritahu, di Akhirat nanti sesembahan itu akan mengingkari penyembahan para penyembahnya dan menjadi musuh kpd para penyembahnya. Inilah yg akan berlaku di Akhirat. Seperti itulah yg Allah beritahu di dalam Al-Qur-An. Sesembahan yg mereka anggap pelindung mereka selama di Dunia ini akan menjadi musuh bagi mereka di Akhirat kelak. Akhirat? Ya Akhirat. Satu tempat yg ada kehidupan selepas manusia mati di Dunia ini.
Sebab itulah Allah perintahkan manusia untuk beriman kpd Akhirat. Sebabnya, memang Akhirat itu ada. Bagaimanakah keadaan Akhirat itu? Ianya seperti Dunia ini juga iaitu ADA KEHIDUPAN. Manusia akan dihidupkan lagi di Akhirat selepas meninggalkan Dunia ini (mati). Perkara inilah yg manusia perlu yakin yg benar. Berita² seperti ini telah disampaikan oleh Utusan² Allah pada waktu dahulu. Maka terserahlah kpd orang² kafir (orang² ingkar) sama ada hendak yakin atau tidak terhadap apa yg telah disampaikan.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
13👉Utusan Allah diejek oleh orang² kafir.
dan apabila mereka melihat kamu (Mhmd), mereka hanyalah menjadikan kamu sebagai ejekan (dengan mengatakan): 'Inikah orangnya, yang diutus ALLAH sebagai Rasul? Sesungguhnya hampirlah dia menyesatkan kita dari sembahan² kita, seandainya kita tidak sabar (menyembahnya)' dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya.
[Al-Qur-An, Surath 25, Ayat 41-42]
Allah menceritakan, orang² kafir telah mengejek-ejek Utusan² Nya yg menyampaikan kebenaran tentang DiriNya kpd mereka. Utusan² Allah itu telah mendatangi mereka adalah kerana hendak membawa mereka kembali kpd kebenaran iaitu kembali kpd Allah. Mereka hendak membawa orang² kafir menyembah kpd Allah sahaja tetapi begitulah, mereka diejek-ejek pula. Orang² kafir yg terdahulu telah berkata seandainya mereka tidak sabar menyembah sesembahannya tentu mereka telah disesatkan oleh Utusan Allah. Itulah kata mereka.
Tidak mengapalah mereka tidak mahu menyembah Allah. Allah beritahu lagi, setelah mereka melihat azab yg Allah sediakan untuk orang² yg ingkar menyembah Nya di Akhirat nanti, ketika itulah mereka tahu siapa yg paling sesat jalannya ketika berada di Dunia ini. Macamana mereka tahu mereka yg paling sesat jalannya? Sebabnya mereka telah melihat azab yg memang disediakan untuk mereka di Akhirat nanti. Ke manakah orang² kafir yg sesat itu akan pergi di Akhirat nanti?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
14👉Sesembahan selain Allah di dalam Neraka.
Maka mereka (sembahan² itu) dijungkirkan ke dalam Neraka bersama-sama orang² yang sesat, dan bala tentera iblis semuanya.
[Al-Qur-An, Surath 26, Ayat 94-95]
Allah beritahu, sesembahan selain DiriNya akan dijungkirkan ke dalam Neraka ber-sama² orang² yg menyembahnya dan juga semua bala tentera iblis. Allah beritahu dengan jelas (di dalam Al-Qur-An) bahawa siapa yg tidak menyembah Nya ketika berada di Dunia ini akan dimasukkan ke dalam Neraka. Allah beritahu, kitab Al-Qur-An yg diturunkan oleh Nya tidak ada keraguan padanya, maka janganlah kamu ragu² terhadap apa yg ada di dalam Al-Qur-An dan Allah telahpun memberi penjelasan tentang DiriNya (di dalam Al-Qur-An) bahawa Dia lah Pencipta Manusia.
Hanya Allah lah yg berhak disembah. Tidak ada sesembahan yg lain selain Nya tetapi ada manusia yg tidak dapat menerima kebenaran tentang kenyataan tersebut. Utusan² Allah telah beritahu bahawa Allah lah yg menciptakan Alam ini. Banyak yg telah Allah beritahu di dalam Al-Qur-An. Bacalah Al-Qur-An.
 |
Ilustrasi: Neraka |
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
15👉Sesembahan selain Allah bukanlah Pencipta.
'DIA (Allah) menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan DIA meletakkan gunung² (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang, dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuhan² yang baik. Inilah ciptaan ALLAH. Maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan²(mu) selain ALLAH' Sebenarnya, orang² yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata,
[Al-Qur-An, Surath 31, Ayat10-11]
Nabi Muhammad s.a.w (Utusan Allah) telah menyampaikan kpd orang² yg zalim iaitu orang² yg menyembah sesembahan selain Allah tentang penciptaan Allah di Dunia ini. Bukti² tentang apa yg Nabi beritahu ada di Dunia ini dan manusia boleh melihat dan merasainya sendiri. Kamu perhatikanlah apa yg Allah ciptakan. Allah meminta kpd orang² yg zalim untuk memperlihatkan kpd Nya apa yg telah diciptakan oleh sesembahan mereka.
Apakah sesembahan yg orang² zalim itu sembah boleh memperlihatkan ciptaan²nya? Tidak sekali kerana mereka bukanlah pencipta. Lantas Allah beritahu, sebenarnya orang² yg zalim itu berada di dalam kesesatan yg nyata. Kenapa orang² zalim itu menyembah sesembahan (selain Allah)?
 |
Ciptaan Allah |
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
16👉Orang² zalim mengharapkan pertolongan sesembahan selain Allah.
17👉Pertanyaan 'kenapa kamu tidak tolong menolong?'
(kepada malaikat diperintahkan): 'Kumpulkanlah orang² yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan² yang selalu mereka sembah selain ALLAH. Maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke Neraka dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya; 'Kenapa kamu tidak tolong menolong?'
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 25]
Allah beritahu lagi, selepas kamu meninggalkan Dunia ini (mati), kamu akan dihidupkan (dibangkitkan) sekali lagi di Akhirat. Sebab itulah, Allah menyuruh kamu untuk beriman kpd Hari Akhirat agar kamu yakin bahawa kamu akan dihidupkan sekali lagi di Akhirat dan yakin tentang apa yg akan berlaku di sana kelak. Di sana, Allah akan membuat perhitungan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan di Dunia ini. Di sanalah nanti, kamu akan menemui Raja Manusia, Pencipta Manusia, Sesembahan Manusia yg sebenar iaitu Allah. Apa yg kamu lakukan selama ini di Dunia akan dibicarakan di Akhirat. Apakah kamu yakin bahawa kamu akan terselamat dari azab Allah?

Di Akhirat nanti, hanya Allah yg berkuasa dan menguasai segalanya kerana Dia lah RAJA MANUSIA, Dia lah yg memiliki Kerajaan (pemerintahan). Allah perintahkan kpd malaikat utk kumpulkan orang² yg zalim beserta teman sejawat mereka dan juga sesembahan (selain Allah) yg selalu mereka sembah ketika mereka berada di Dunia ini. Selepas mereka dikumpulkan, mereka akan dibawa menuju ke Neraka dan akan dibawa juga bersama mereka sesembahan (selain Allah) yg mereka harapkan pertolongan darinya selama ini.
Di dalam perjalanan menuju ke Neraka, mereka akan di tahan di tempat perhentian dan mereka akan ditanya 'kenapa kamu tidak tolong menolong?’ Dahulunya di Dunia, mereka menyembah sesembahan (selain Allah) itu agar mereka mendapat pertolongan. Tetapi di Akhirat, sesembahan (selain Allah) yg mereka sembah selama di Dunia ini serta teman² sejawat mereka tidak dapat menolong mereka. Itu yg malaikat bertanya, 'kenapa kamu tidak tolong menolong?' dan begitulah apa yg diberitahukan di dalam Al-Qur-An.
Kenapa orang² yg zalim itu di bawa ke Neraka?
Itulah orang² yg sombong. Orang² yg tidak mahu menyembah
Allah setelah diberitahu kpd mereka bahawa
tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain Allah ketika mereka berada di Dunia ini.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
18👉Orang yg sombong adalah termasuk orang yg tidak mahu menyembah Allah.
Sesungguhnya, mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: 'La-ilaha-illaALLAH' (Tiada sembahan yg lain selain Allah) mereka menyombongkan diri dan mereka berkata: 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan² kami kerana seorang penyair gila?'
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 35-36]
Orang² yg sombong di bawa ke Neraka kerananya mereka telah menyombongkan diri mereka apabila diberitahu kpd mereka bahawa tiada sesembahan yg berhak disembah selain Allah. Apabila diberitahu kpd mereka, hanya Allah yg berhak disembah di Dunia ini, mereka menyombongkan diri, mereka tidak mahu menyembah Allah, mereka tidak mahu meninggalkan sesembahan yg mereka sembah. Mereka kata 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan² kami kerana seorang penyair gila?' Lihatlah sikap mereka.
Lihatlah. Setelah diberitahu kpd mereka tentang kebenaran, mereka bersikap sombong. Mereka sayang nak meninggalkan sesembahan mereka. Akhirnya selepas mereka mati, mereka dikumpulkan dan dibawa ke Neraka. Kerana apa? Kerana mereka tidak menjadikan Allah sebagai sesembahan (tuhan) mereka setelah kebenaran sampai kpd mereka. Allah yg menciptakan manusia telah beritahu bahawa tiada sesembahan yg lain selain Nya tetapi mereka tidak mahu menyembah Allah. Allah beri peringatan kpd manusia² yg tidak mahu menyembah DiriNya. Allah kata;
Sesungguhnya, kamu pasti akan merasakan azab yang pedih.
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 38]
Begitulah juga dgn manusia di zaman ini, apabila diberitahukan tentang sesuatu kebenaran, agak berat untuk mereka tinggalkan apa yg telah mereka amalkan selama ini. Mereka sombong dan sayang hendak meninggalkan sesembahan mereka termasuklah HAWA NAFSU mereka yg mereka telah jadikan sebagai tuhan mereka.
Terangkan kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?
[Al-Qur-An, Surath 25, Ayat 43]
Ada manusia di Dunia ini yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka. Mereka mengikuti hawa nafsunya. Bacalah Al-Qur-An tentang hawa nafsu.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
19👉Mengapa mereka mengambil sesembahan yg lain selain Allah?
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba²Nya? dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan²) yang selain Allah? dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.
[Al-Qur-An, Surath 39, Ayat 36]
Mereka mengambil sesembahan (selain Allah) adalah kerana mereka yakin bahawa sesembahan itu akan melindungi mereka. Memang ada manusia di Dunia ini yg mengambil sesembahan (selain Allah) untuk melindungi dirinya kerana mereka tidak percaya dan yakin kpd Allah. Ditambah pula, mereka menakut-nakutkan manusia yg lain dgn sesembahan mereka. Mereka mengatakan sesembahan mereka ada kuasa. Itu hanyalah disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap sesembahan itu dan sebenarnya sesembahan itu tidak ada kuasa apapun ke atas manusia kerana yg berkuasa hanyalah Allah. Allah telah menceritakan tentang Kaum Nabi Musa agar manusia berfikir;
Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu (sesembahan yg dibuat oleh Kaum Nabi Musa) itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan?
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 89]
Katakanlah: 'Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah jika Dia menghendaki kemudharatan bagimu atau jika Dia menghendaki manfaat bagimu. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan'
[Al-Qur-An, Surath 48, Ayat 11]
Walaupun berulang kali diperingatkan kpd mereka tentang sembahlah Allah tetapi mereka tidak mengendahkah peringatan yg diberikan. Mereka tidak mahu menyembah Allah, mereka lebih cinta kpd sesembahan selain Allah. Akhirnya, Allah sesatkan mereka sebab mereka keras kepala, ingkar kpd perintah Allah dan tidak mahu menyembah Allah. Itulah Allah beritahu, siapa yg disesatkan Allah, maka tiada seorangpun yg akan memberi petunjuk baginya. Allah masukkan ke dalam hati mereka, rasa cinta yg mendalam terhadap sesembahan yg mereka sembah selain Allah sehinggakan apabila nama Allah disebut mereka tidak suka mendengarnya.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
20👉Manusia yg tidak suka apabila nama Allah disebut.
dan Apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang² yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama sembahan² selain Allah yang disebut, tiba² mereka bergirang hati.
[Al-Qur-An, Surath 39, Ayat 45]
Allah beritahu, ada manusia yg diciptakan oleh Nya tidak suka apabila nama Nya disebut. Sebaliknya, apabila nama sesembahan mereka disebut mereka bergembira. Itulah tanda² orang² yg tidak beriman kpd kehidupan di Akhirat (kehidupan selepas kematian). Jika nama Allah disebut dan hati kamu bergembira, itulah tandanya kamu benar² mencintai Allah. Perhatikanlah manusia² yg bergembira apabila nama sesembahan lain selain Allah disebut.
Perhatikanlah juga keadaan diri kamu. Adakah kamu gembira apabila nama orang yg kamu cintai / sayangi disebut? Jika kamu gembira, apakah kegembiraan yg kamu rasai itu sama apabila nama Allah disebut? Jika tidak, tanyalah diri kamu, apakah kamu benar² mencintai Allah dan apakah kamu benar² beriman kpd kehidupan di Akhirat? Sentiasalah periksa hati kamu kerana manusia tidak akan terlepas dari hukuman Allah.
Siapakah yg sebenarnya yg akan menjatuhkan hukuman kpd manusia?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
21👉Allah menghukum manusia dgn keadilan.
dan ALLAH menghukum dengan keadilan. dan Sembahan² yang mereka sembah selain ALLAH tiada dapat menghukum dengan sesuatu apapun. Sesungguhnya ALLAH, Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 20]
Di Akhirat kelak, Allah akan menghukum manusia dgn penuh keadilan. Sebabnya, Allah Maha Mendengar apa yg kamu perkatakan, Dia Maha Melihat apa yg kamu kerjakan di Dunia ini. Sesembahan yg manusia sembah (selain Dia) di Dunia ini tiadalah dapat menjatuhkan hukuman apapun kpd manusia di Akhirat kelak. Sesembahan (selain Allah) tiadalah dapat menghukum kamu sama ada kamu ke Syurga ataupun ke Neraka. Sembalah Allah kerana Dia lah yg akan menjatuhkan hukuman ke atas semua manusia dgn keadilan Nya. Sebab itulah, Allah telah utuskan Utusan² Nya untuk beritahu kpd manusia bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain DiriNya. Allah telah hantar Utusan² Nya untuk memperingatkan manusia tentang hukuman² Nya di Akhirat kelak. Apakah kamu tahu akan hukuman² Nya yg telah diceritakan di dalam Al-Qur-An? Bacalah Al-Qur-An.
Apakah peringatan² yg telah disampaikan oleh Utusan² Nya?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
22👉Allah menghantar utusanNya untuk beritahu kpd manusia tentang DiriNya.
Katakanlah (ya Mhmd): 'Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain ALLAH setelah datang kepadaku keterangan² dari Tuhanku, dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Tuhan Semesta Alam. DIA lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak. Kemudian (kamu dibiarkan hidup supaya) kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (kamu dibiarkan hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). DIA lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila DIA menetapkan sesuatu urusan, DIA hanya berkata kepadanya: 'Jadilah', maka jadilah ia' '
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 66-68]
Utusan Allah (berpangkat Rasul) terakhir yg diutuskan oleh Nya kpd manusia ialah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah utuskan Utusan Nya itu untuk memberikan penjelasan serta peringatan kpd manusia mengenai DiriNya, perintah² Nya dan larangan² Nya. Allah (Pencipta Manusia) melarang manusia menyembah sesembahan yg lain selain Nya. Allah perintahkan manusia untuk TUNDUK, PATUH dan TAAT kepada Nya. Allah beritahu lagi, Dia lah yg menghidupkan dan mematikan manusia.
Allah telah hantar utusan² Nya untuk menerangkan tentang DiriNya. Namun ada manusia yg tidak menyembah Nya setelah mengetahuinya tetapi mereka menyembah sesembahan yg lain selain Dia. Ada manusia yg tidak tunduk, patuh dan taat kepada Nya setelah datang keterangan² yg benar mengenai DiriNya. Mereka tidak percaya dan yakin kpd Allah. Bilakah agaknya waktu yg mereka akan beriman (percaya dan yakin) kepada Allah?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
23👉Apabila azab Allah tiba, barulah orang² yg tidak menyembah Allah hendak beriman kpd Allah.
Maka tatkala mereka melihat azab Kami, mereka berkata: 'kami beriman hanya kepada ALLAH saja dan kami kafir (ingkar) kepada sembahan² yang telah kami persekutukan dengan ALLAH' Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat seksa Kami. Itulah sunnah ALLAH yang telah berlaku terhadap hamba²Nya, dan di waktu itu binasalah orang² kafir.
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 84-85]
Allah beritahu, tatkala orang² yg menyembah sesembahan (selain Allah) termasuklah manusia yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya di Dunia ini (Firaun), melihat azab yg Allah sediakan untuknya, barulah mereka mengatakan bahawa mereka hanya beriman kpd Allah sahaja dan mereka ingkar kpd sesembahan yang telah mereka persekutukan dengan Allah selama ini. Allah beritahu lagi, pengakuan keimanan (keyakinan) mereka di tatkala mereka melihat azab Allah itu, tidak berguna lagi. Orang kata 'tidak adil', 'tak aci'. Sudah melihat azab baru hendak beriman kpd Allah.
Dan di waktu mereka melihat azab itu, mereka mengaku bahawa mereka beriman kpd Allah tetapi di waktu itu jugalah mereka dibinasakan seperti mana yg telah terjadi kpd Firaun. Maka, binasalah orang² kafir iaitu orang² yg ingkar kpd Allah, orang² yg menyembah sesembahan selain Allah. Begitulah Sunnah Allah (perbuatan Allah) yg telah berlaku terhadap hamba²Nya (manusia² yg diciptakan olehNya) yg tidak menyembah Allah, yg telah mempersekutukan Allah pada waktu dahulu.
 |
Firaun yg telah dimatikan Allah
Mengapa kamu tidak mahu mengambil pelajaran di atas apa yg telah terjadi pada waktu dahulu? Marilah menyembah Allah... Marilah beriman kpd Allah sebelum datangnya azab (kematian) Allah kepada kamu. Allah telah aturkan peraturan² kehidupan yg diizinkan oleh Nya untuk manusia ikuti.
|
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
24👉Allah lah yg mensyariatkan (mengaturkan) agama (tertib/aturan) yg diizin olehNya.
Apakah mereka mempunyai sembahan² selain ALLAH yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan ALLAH? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan, dan sesungguhnya orang² yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.
[Al-Qur-An, Surath 42, Ayat 21]
Allah bertanya, apakah orang² yg zalim itu mempunyai sesembahan (selain Allah) yg telah mensyariatkan (yg telah mengaturkan) untuk mereka agama (tertib/aturan) yg diizinkan Allah? Tidak ada sama sekali. Ini adalah kerana sesembahan (selain Allah) itu tidaklah dapat ber-kata². Jika diperhatikan sejarah yg lampau, memang ada manusia² yg menciptakan syariat²nya sendiri untuk mereka amalkan. Sebenarnya, mereka itu hanyalah mengikuti syariat² yg disediakan oleh syaitan dari golongan jin dan manusia (Rujuk Tafsir Al-Qur-An Ibnu Katsir).
Sebenarnya, Allah lah yg mensyariatkan (aturan kehidupan) untuk manusia satu agama yg diizinkan oleh Nya (iaitu agama Islam) untuk manusia amalkan tetapi ada manusia yg ingkar kpd Nya. Mereka tidak mengikutinya. Allah (Maha Sabar) berkata, sekiranya tidak ada ketetapan yg menentukan dari Nya, tentulah orang² yg zalim itu telah dibinasakan Nya dgn segera tetapi Allah menundanya hingga ke hari Akhirat. Allah telah menetapkan orang² yg zalim itu akan mendapat azab yg pedih di Akhirat kelak.
Lihatlah di Dunia luar sana. Manusia bebas mengamalkan agama mereka kerana ketetapan Allah akan berlaku di Akhirat (selepas manusia meninggalkan Dunia ini) iaitu mereka akan mendapat azab yg amat pedih. Di manakah azab yg amat pedih itu berada?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
25👉Awas! Neraka Jahannam ada di hadapan orang² yg tidak menyembah Allah!
Dihadapan mereka Neraka Jahannam dan tidak akan berguna bagi mereka sedikitpun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan² (mereka) dari selain ALLAH, dan bagi mereka azab yang besar.
[Al-Qur-An, Surath 45, Ayat 10]
Allah beritahu, Neraka Jahannam disediakan untuk orang² yg tidak menyembah Nya. Neraka Jahannam sedang menunggu orang² yg zalim iaitu orang² yg menyembah sesembahan selain DiriNya. Tidak akan berguna sedikitpun bagi mereka apa yg telah mereka kerjakan di Dunia ini iaitu penyembahan mereka kpd sesembahan (selain Allah) dan begitu juga dgn sesembahan yg mereka telah sembah. Tidak berguna sedikitpun kpd para penyembahnya. Bagi mereka hanyalah azab yg besar.
Allah telah beritahu tentang perkara ini di dalam Al-Qur-An. Memang di Dunia ini, Neraka itu tidak dapat dilihat tetapi Allah telah beritahu bahawa Neraka Jahannam itu ada di Akhirat. Sebab itulah Allah perintahkan manusia untuk beriman kpd kehidupan di Akhirat. Yakinlah bahawa ada kehidupan di Akhirat. Siapakah manusia yg telah sesat dari jalan Nya?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
26👉 Manusia yg lebih kesesatannya adalah manusia yg menyembah sesembahan selain Allah.
dan Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan² selain ALLAH yang tiada dapat memperkenankannya (doanya) sampai Hari Qiyamat dan mereka (sembahan²) lalai dari (memperhatikan) doa mereka (yang menyembah sembahan² selain Allah)?
[Al-Qur-An, Surath 46, Ayat 5]
Di Dunia ini,
ada manusia yg dikatakan sesat oleh sesama manusia sendiri walhal manusia yg dikatakan sesat itu juga menyembah Allah. Itulah yg berlaku di antara sesama manusia yg menyembah
Allah di Dunia ini. Namun begitu,
Allah bertanya '
Siapakah yg lebih sesat daripada orang yg menyembah sesembahan selain Allah?' Ini bermakna, manusia yg menyembah
sesembahan selain
Allah adalah manusia yg paling sesat di Dunia ini sebab Nabi Muhammad s.a.w telah beritahu '
tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain Allah' tetapi mereka menyembah
sesembahan selain
Allah.
Manusia² yg berdoa
(meminta) kpd
sesembahan selain
Allah itu,
Allah beritahu,
sesembahan itu tiadalah dapat memperkenankan doa mereka sehingga Hari Qiyamat, Hari Pengakhiran Dunia. Malahan,
sesembahan yg mereka sembah itu lalai dari doa mereka kerana
sesembahan itu tidak dapat mendengar, tidak dapat melihat dan tidak pula dapat bertindak. Sebab itulah
sesembahan (selain Allah) dikatakan
lalai dari doa mereka. Itulah yg
Allah beritahu dan itulah yg
Allah tanya,
siapakah yg lebih sesat daripada orang yg menyembah sesembahan selain Allah?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
27👉 Sesembahan manusia selain Allah akan menjadi musuh kpd manusia yg menyembahnya.
dan Apabila manusia dikumpulkan (selepas berlakunya Hari Qiyamat), nescaya sembahan² itu menjadi musuh kepada mereka dan mengingkari pemujaan² mereka.
[Al-Qur-An, Surath 46, Ayat 6]
 |
Ilustrasi: Manusia menyembah Wang |
Allah beritahu lagi, apabila manusia² yg menyembah sesembahan selain Nya dikumpulkan di Akhirat kelak ber-sama² sesembahan yg mereka sembah ketika mereka berada di Dunia ini, nescaya sesembahan itu akan menjadi musuh kpd mereka. Sesembahan itu akan mengingkari pemujaan² mereka terhadapnya. Apakah sesembahan yg mereka sembah selain Allah itu akan ber-kata² di Akhirat kelak? Jawapannya akan dapat diketahui di Akhirat kelak. Amat mudah bagi Allah untuk membuatkan sesembahan itu dapat ber-kata². Allah Maha Kuasa menciptakan segala sesuatu. Tontonlah cerita kartun. Siapakah yg membuatkan watak² kartun itu dapat ber-kata²? Apakah orang² yg zalim dapat menipu Allah? Coba baca apa yg Allah beritahu di bawah;
Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh² ALLAH digiring ke dalam Neraka lalu mereka dikumpulkan (semuanya). Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: 'Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?' Kulit mereka menjawab: 'ALLAH yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan' Kamu se-kali² tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa ALLAH tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Qur-An, Surath 41, Ayat 19-22]
Lihat apa yg Allah beritahu. Pendengaran, penglihatan dan KULIT manusia menjadi saksi terhadap apa yang telah manusia kerjakan di Dunia ini. KULIT manusia dapat berkata-kata di Akhirat kelak!!! Maka, kamu tidaklah dapat untuk menipu Allah kerana kulitmu akan menjadi saksi terhadap dirimu sendiri. Lihatlah kpd kulitmu sekarang.
Ke manakah orang² yg ingkar kpd Allah akan pergi?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
28👉 Manusia yg ingkar akan dilemparkan ke dalam Neraka!!!
Allah berfirman: 'Lemparkanlah olehmu berdua (Malaikat) ke dalam Neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala, yang sangat enggan melakukan kebajikan, melanggar batas lagi ragu², yang menyembah sembahan yang lain beserta ALLAH maka lemparkanlah dia ke dalam seksaan yang sangat'
[Al-Qur-An, Surath 50, Ayat 24-26]
Allah perintahkan kpd Malaikat untuk melemparkan semua manusia yg sangat ingkar dan keras kepala, yg sangat enggan melakukan kebajikan, yg melanggar batas lagi ragu², yg menyembah sesembahan yg lain beserta Allah ke dalam Neraka. Setelah kamu mengetahui, Apakah kamu tidak merasa takut kpd azab yang Allah sediakan untuk manusia yg mempersekutukan Allah, untuk manusia yg menyembah sesembahan selain Allah?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
29👉
Doa (permohonan) mohon perlindungan kpd Allah dari syaitan.
Allah beritahu, musuh manusia yg nyata ialah syaitan. Syaitan itu ada yg datangnya dari golongan jin dan manusia. Mereka membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia (hati) untuk membawa manusia ke Neraka. Namun, Allah (Maha Penyayang, Maha Pengasih) telah menyediakan kata² untuk kamu memohon perlindungan kepada Nya. Sentiasalah baca kata² di bawah.
Katakanlah:
'Aku berlindung kepada
TUHAN MANUSIA (ALLAH),
RAJA MANUSIA (ALLAH),
SEMBAHAN MANUSIA (ALLAH),
dari kejahatan (bisikan jahat) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia'
[Al-Qur-An, Surath 114, Ayat 1-6]
Benarkah hanya Allah yg kamu sembah?
Apakah dalam masa yg sama kamu juga sedang menyembah sembahan² moden yg lain selain Allah sehingga kamu abaikan perintah² dan larangan² Allah?
Apakah kamu juga sedang mempersekutukan Allah?
Sentiasalah lihat apa yg ada di dalam hati kamu.
Periksalah hatimu dgn Al-Qur-An dan Al-Hadis.
Sentiasalah tanam kalimah di bawah ke dalam hatimu.
'tiada tuhan selain Allah'
'tiada sembahan lain selain Allah'
'tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah'
'tiada sembahan lain yg berhak disembah selain Allah'
'tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah'
'tiada sembahan lain selain Allah'
'tiada tuhan selain Allah'
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
30👉 Marilah menyembah Allah, Raja Manusia, Sembahan Manusia.
Hanya Allah, sembahan manusia yg sebenarnya. Dia lah Raja. Raja Manusia. Sembahlah Allah kerana Dia lah yang menciptakan manusia. Sembahlah Allah kerana Dia telah beritahu tiada sesembahan yg lain selain DiriNya. Allah sahaja yg berhak disembah oleh manusia sebabnya Dia lah yg menciptakan manusia. Allah telah menurunkan Kitab Al-Qur-An untuk bacaan manusia. Namun, ada manusia yg membacanya dan ada manusia yg tidak membacanya. Manusia diperintah untuk beriman kpd kata² Allah (Al-Qur-An). Namun, ada manusia yg beriman kpdnya, ada manusia yg tidak beriman kpdnya. Manusia diperintah untuk patuh kpd peraturan yg ada di dalam Al-Qur-An. Namun, ada manusia yg patuh dan ada yg tidak patuh, ada juga yg patuh hanya sebahagiannya sahaja.
- Bagaimana pula dgn manusia² yg lain yg masih belum tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, Sembahan Manusia yg sebenar?
- Adakah mereka tahu bahawa Allah telah perintahkan manusia untuk menyembah Nya?
- Adakah manusia lain mengetahui bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah?
- Apakah kamu (orang yg beriman kpd Allah) telah memberitahu kpd mereka yg tidak mengetahui bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah?
Nah... lihatlah sendiri sejauh mana kekuatan iman yg ada di dalam hati kita. Beratnya tangan kita untuk mengubah kemungkaran, beratnya lidah kita untuk memberitahu kpd orang² yg ingkar kpd Allah. Lemahnya iman kita untuk memberitahu kpd orang² yg ingkar (kafir) bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah.
Al-Hadis:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
PESAN RASULULLAH S.A.W:
Katakanlah:
‘Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain ALLAH, tetapi aku menyembah ALLAH yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang² yang beriman dan (aku telah diperintah): Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang² yang musyrik dan janganlah kamu menyembah apa² yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain ALLAH sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang² yang zalim’
[Al-Qur-An, Surath 10, Ayat 104-106]
dan Demikianlah Kami menjelaskan ayat² itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 174]
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)
Bagaimana cara menyembah Allah?
Apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah?
Bersambung....
Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...