Tuesday, February 28, 2012

Kisah2: Keberkatan Sehelai Rambut Mata


     Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya". Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Gambar Hiasan
     Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada-Mu, maka Engkau mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku (mata) menangis kerana amat takut kepada-Mu".
     Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, "telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut".

Pengajaran di dalam kisah ini:
     Perkisahan ini adalah mengenai seorang hamba yang telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka disebabkan perbuatan jahatnya. Al Quran memberitakan :

Sehingga apabila mereka (musuh² Allah) sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka, tentang apa yang telah mereka kerjakan. 
Fushshilat, 20

     Jelas. Ada saksi terhadap apa yang manusia (musuh² Allah) telah kerjakan. Mungkin kita tertanya² siapakah pula musuh Allah? Lihat firman Allah ini:

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.
Al-Baqarah, 98

     Maka, fikirlah siapakah musuh Allah itu. Adakah diri kita sendiri? Namun dalam kisah ini, di hari kiamat nanti, ada manusia yang berbuat jahat telah mendapat pembelaan dari rambut matanya sendiri. Rambut matanya telah memberitahu kepada Allah bahawa hamba-Nya itu pernah menangis kerana takut kepada Allah. Dia terselamat dari azab api neraka dan Malaikat Jibril telah membuat pengumuman "telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut". Rahmat Allah. Lagipun, Nabi s.a.w telah bersabda "bahawa tidak akan masuk neraka, orang menangis kerana takut kepada Allah".
     Di akhirat, segala perhitungan terhadap apa yang diusahakan oleh seseorang manusia di dunia ini samada baik atau jahat berlaku dengan amat cepat. Firman Allah:

"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.
Ghaafir, 17

Setiap diri di balas dengan apa yang telah diusahakannya. Di akhirat nanti, semuanya adil. TIDAK ADA HUKUMAN YANG TIDAK ADIL. Maka dari kisah ini dapatlah difahami bahawa,

Perbuatan "BAIK dan kerana Allah", ada PEMBELAAN dari anggota tubuh badan sendiri
Perbuatan "TIDAK BAIK", ada PERSAKSIAN dari anggota tubuh badan sendiri

Begitulah kisah mengenai pembelaan dari sehelai rambut mata kerana mata manusia yang berbuat jahat itu pernah menangis kerana takut kepada Allah. Keberkatan dari sehelai rambut mata. Ini baru SEHELAI RAMBUT MATA.. SEHELAI RAMBUT MATA..

Gambar Hiasan
Bagaimanakah dengan rambut-rambut yang lain?
Bagaimanakah dengan rambut-rambut yang lain?

    Hhmm.. Walau apapun, kita cubalah mentaati perintah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w dengan ketaatan yang sebenar-benarnya selagi ada nyawa. Sekurang-kurangnya kita berusaha. Andai gagal dalam usaha untuk berhijrah kepada Allah, janganlah diputuskan harapan kepada rahmat Allah. Usaha dan terus berusaha untuk mendapatkan sebuah iman yang bernilai sehingga dapat merasai apakah iman itu. Jangan berhenti. Sebenarnya, rahmat Allah-lah yang menyelamatkan seseorang manusia itu dari azab-Nya. Al Quran memberitakan:

Barangsiapa yang dijauhkan azab padanya pada hari itu, maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah keberuntungan yang nyata.
Al An'aam, 16

Gambaran Timbangan di Hari Akhirat
     Dalam kisah ini, keberuntungan yang nyata bagi manusia yang timbangan kejahatannya (dosa) amat amat berat adalah beliau telah terselamat dari api neraka (azab Allah). "Terselamat" itu adalah disebabkan rahmat Allah jua. Segala-galanya adalah di bawah penguasaan Allah. Allah Yang Menguasai kesemuanya. Kisah ini adalah sebagai galakkan kepada kita untuk menangis kerana takut kepada Allah. Berkatnya sehelai rambut mata..  
     Dapatlah diketahui bahawa, perbuatan baik yang dilakukan "kerana takut kepada Allah" telah mendapat pembelaan di akhirat. Maka, marilah kita semua berbuat baik "kerana takut kepada Allah", InsyaAllah, ada keberkatan dari anggota tubuh badan.
     Al-Quran memberitakan, "berbuatlah kebaikan". Walaupun sebesar zarah, yang baik itu semuanya datang dari Allah (termasuklah kita dapat berbuat kebaikan) dan yang tidak baik itu semuanya datang dari diri kita sendiri. Baca Surah An-Nisaa', ayat 79 di bawah. Apapun, yang pasti, Allah menjadi saksi atas segalanya kerana Allah tidak tidur.. Mohon maaf dari semua.. Sy tak pandai. Sekadar berkongsi. Esok tidak diketahui apa akan terjadi pada saya. Fikir-fikirkan hadis Nabi s.a.w ini, anggota tubuh badan menanggung apa yang diperbuat oleh lidah:

Nabi s.a.w bersabda :
"Apabila manusia bangun di pagi hari, maka tubuhnya merayu kepada lidah, bahawa 'takutlah kepada Allah berkenaan dengan kami (tubuh), kerana urusan kami disimpul denganmu. Jika engkau(lidah) lurus, maka kami juga akan lurus, jika engkau bengkok, maka kami juga akan bengkok' dan kami (anggota tubuh) dipaksa tanggung ciptaannya (kata² dari lidah)"

Pepatah Melayu: Disebabkan lidah badan binasa... Wollohua'lam...

PERINGATAN : Surah An-Nisaa', ayat 79
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

Catatan: Kun Musafir Maya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar