Thursday, February 27, 2014

Curahan Rasa 5: Fikir Hati


"Fikir Hati"

Cahaya matahari...
Hadirkan indah...
Hingga dahan terdiri...
Terputus sudah...

Ingat kisah Nur Ilahi...
Bila masuk ke dalam hati...
Binasalah diri...
Terus tidak mengerti...

Mengapa hidup di dunia ini?...
Sedangkan nanti pasti mati...
Apa yg perlu di bawa utk Ilahi?...
Sebelum tinggalkan dunia ini...

Duduklah sebentar...
Renunglah sendiri...
Ajaklah akal berputar-putar...
Memahami apa yg dinasihati...

Senja Tepi Tasek Putrajaya - 12 Feb 2014
Nukilan: Kun Musafir Maya

Wednesday, February 26, 2014

Curahan Rasa 4: Rindu Alam


"Rindu Alam"

Tikaku lihat ciptaanMu...
Aku memujiMu..
Engkau hadirkan kasih sayangMu...
Rasa aman bila bersamaMu...

Ku disinggah ke dunia ini...
Terlihat Engkaulah tujuan hidupku...
Bukalah jalan di hati ini...
Agar sentiasa ingat kepadaMu...

Senja di Putrajaya - 11 Feb 2014
 Nukilan : Kun Musafir Maya

Tuesday, February 25, 2014

Curahan Rasa 3: Mencari Jalan Alam


"Mencari Jalan Alam"

Di sana jalan...
Di sini pun jalan...
Jalan jalan mencari jalan...
Mencari jalan untuk berjalan...

Jalan yang lurus makin kelam...
Jangan dibiar ia tenggelam...
Masuklah ke dalam alam...
Sujudkanlah hati kepada Pencipta alam...

Nukilan: Kun Musafir Maya

Monday, February 17, 2014

Curahan Rasa 2: Sepetang Di Perbatasan Alam




"Sepetang Di Perbatasan Alam"

Duduk di tepian tasik...
Nanti sesuatu dari alam...
Alam mula berbisik...
"Seketika nanti hadirnya malam"...

Seolah matahari bersuara...
"Aku akan kembali lagi"...
"Akan membawa cahayaku merasa"...
"Alam ciptaan Tuhan ini"...

Terhenti lamunan di sini...
Habiskan sedikit sisa petang...
Datang menghalau pergi...
Pergi menghalau datang...

Satu pelajaran di ambil dari alam...
Matahari semakin terbenam...
Tinggalkan sedikit cahaya untuk malam...
Cari jalan pulang ke makam...

Inilah kehidupan yg bersalam...
Ada cahaya dalam Al Quran...
Salam lah ia dan suluhlah alam...
Sebelum bergelap di dalam kuburan...

Gambar di rakam di Tepi Tasek Putrajaya
Nukilan: Kun Musafir Maya

Friday, February 14, 2014

Curahan Rasa 1: Sebuah Cerita Pasti Sudah


Dari tiada kepada ada
Hidup sementara mencari Dia
Dari mana hendak ke mana
Dari sini hendak ke sana sahaja

Dia ada di mana-mana
Tidak aku ke sana sana
Dia ada merata rata
Tidak aku ke mana mana

Kenal sini kenal sana
Di sana pun Dia ada
Di sini pun Dia ada
Kenal untuk kenal Dia
Kerna Dia lah yg Maha Esa

Hidup hanya sementara
Untuk dapat kenal Dia
Nyawa jangan di sia sia
Setiap nafas akan dikira

Buatlah apa yang ada dalam KitabNya
Agar Dia gembira
Buat jangan kerna selain Dia
Kelak Dia akan murka

Hidup jangan pura-pura
Kena tahu dan sedia
Kerna bila-bila masa sahaja
Diri yang ada menjadi tiada

Berkata memang mudah
Berbuat itu yang susah
Sudah menjadi adat kisah
Sebuah cerita pasti sudah


Nukilan: Kun Musafir Maya
 


Saturday, February 8, 2014

Perang Antara Timur dan Barat Pada '6236' - 5 of 5


    Bangun dari tidur, memikirkan apakah takdir yg ditentukan oleh Allah untuk diri pada hari ini. Berdebar-debar untuk menghadapinya. Apakah aku mampu menghadapinya? Namun hidup perlu diteruskan selagi ada nyawa. Perjuangan perlu diteruskan. Ingatan kpd Allah tidak boleh berhenti kerana itulah nikmat diberikan ingatan. Bila datang idea / ilham untuk menaip, aku lepaskan di sini. Samada benar atau tidak, hanya Allah Maha Mengetahui. Ya Tuhan, Ya Allah.. Ampunkanlah dosa²ku dan pembaca² yg singgah di blog ini. Kami mohon limpahan rahmat dariMu agar ianya mengalir di setiap anggota tubuh badan kami. Ameen.
     Lihatlah dunia. Dunia masih tidak aman dari peperangan tetapi manusia yg berperang itu ada sebabnya, ada tujuannya, ada kerjanya, ada pengaruhnya dan sebagainya. Ada yg berperang kerana Allah, ada yg berperang kerana dengki, ada yg berperang kerana nafsu, ada yg berperang kerana harta, ada yg berperang kerana pangkat, ada yg berperang kerana inginkan kuasa dan sebagainya. Malahan, ada juga manusia yg berperang dengan diri sendiri !!! Allahu Akbar...
   Orait. Tajuk artikel ini adalah berkenaan Perang Antara Timur Dan Barat Pada '6236' - 5 of 5. Macam pelik je. Tiada apa sebenarnya. Maklumat ini sudah diketahui lebih awal lagi, cuma aku nak kaitkan dgn nombor '6236' sahaja. '6236' seperti mana yg telah diberitahu adalah jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Apa yg aku taip adalah sekadar perkongsian. Soal 'rasa' memang sukar untuk di kongsi sebab ada juga manusia dgn hanya melihat awan yg digantung tidak bertali telah timbul rasa gerunnya, rasa takutnya kpd Allah s.w.t. Melihat kekuasaan Allah, kehebatan Allah, kebesaran Allah s.w.t. Artikel ini panjang sebab ianya adalah kaitan yg terakhir berkenaan '6236'.

1. Lokasi Timur dan Barat Pada Angka 8 Bersegiempat.
Rajah 1
    Masih ingat berkenaan rupa angka 8 dalam artikel yg lalu? (Klik sini). Angka 8 dalam artikel ini adalah angka 8 yg muncul dari jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. 6+2+3+6 = 1+7 = 8. Berkenaan ketersiratan disebalik angka 8 ini, Insya Allah aku huraikan satu tika nanti. Sebagai permulaan perjalanan ini, mula² aku tunjukkan lokasi 'Timur' dan 'Barat' pada rupa angka 8 bersegiempat.
    Jika dilihat pada rupa angka 8 bersegiempat ini, ada 2 kawasan yg berpetak. Garisan tengah pada angka 8 itu aku jadikan ianya garisan sempadan yg memisahkan antara kedua kawasan itu. Sebelah kanannya adalah kawasan Timur dan sebelah kirinya adalah kawasan Barat. Angka 8 itu, aku baringkan dia seperti Rajah 1.
    Untuk mendapatkan pemahaman tentang garisan sempadan ini bolehlah baca Firman Allah yg diterjemahkan di bawah ini:

Ayat yg ke 4920-4921 dari 6236 [QS55:19-20]:
Dia (Allah) membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampau oleh masing².

    Itu bukti untuk dua lautan yg ada batas antaranya. Cuma nak diambil pemahaman dari situ sahaja pasal 'ada batas'. Maka, dapatlah difahami dan disangkakan bahawa kawasan 'Timur' dan 'Barat' ini, ada garisan sempadannya seperti mana dua lautan yg berpisah dan ianya telah ditunjukkan pada angka 8 bersegiempat (Rajah 1). Masing² tidak melampaui. Tetap pada batasnya. Itu ditunjukkan pada angka 8 bersegiempat. Lihat peta dunia, di manakah duduknya garisan sempadan antara 'Timur' dan 'Barat' itu? Mungkin ada kedudukan garisan sempadan itu. Dunia kan bentuknya bulat. Belah dua bulat tu, dapatlah 2 bahagian. 1 bahagian TIMUR dan 1 bahagian lagi BARAT. Sekarang ni nak cari garisan yg terbelah tu lah. Ibarat macam tu lah...Jom.. mari kita cari. Sebelum tu....
   Sesuatu itu berasal dari 'benih' dan 'benih' itu seperti satu titik. Macam diri kamu lah, asalnya dari 'air mani' yg dititikkan. Benihlah tu. Dan bila kamu dilahirkan, ada tali pusat pada diri kamu dan bila 'tali pusat' itu diputuskan, 'tali' dah takde, tinggallah 'pusat' je pada diri kamu. Semua manusia ada 'pusat'. Jangan lihat pusat kamu sekarang. Tak lari dia. Ada kat situ... Dunia ini adalah makhluk ciptaan Allah dan sekarang ini, aku nak tunjukkan di mana duduknya 'pusat dunia'.

2. Titik Pusat Dunia
Rajah 2
    Cuba fikir sejenak. Di manakah tempatnya di dunia ini, manusia dari seluruh negara datang kepadanya? dan di manakah arahnya di dunia ini, manusia dari seluruh negara menghadapkan wajahnya kepadanya? Itu soalan. Di dunia ini, hanya satu tempat sahaja di mana umat manusia Islam datang mengunjunginya dan mengelilinginya iaitu Kaabah (ibadah Tawaf). Dan di dunia ini juga, hanya satu arah sahaja di mana umat manusia Islam akan menghadapkan wajahnya ke arahnya iaitu Kaabah (ibadah Solat). Maka, dari pemerhatian sebegitu, aku dgn senangnya mengatakan bahawa Kaabah itulah 'pusat dunia'.
    Kaabah, adalah 'pusat dunia', itulah 'pusat penumpuan' bagi umat manusia Islam. Kaabah, tempat tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. Lihat ilustrasi Rajah 2. Umat manusia Islam datang dari pelbagai arah menuju ke Kaabah dan umat manusia Islam dari seluruh dunia menghadapkan wajahnya ke arah Kaabah ketika solat.

Ayat yg ke 151 dari 6236 [QS2:144]:
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah muka ke arahnya. Dan sesungguhnya orang² (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

    Jika dirujuk kpd maklumat yg sedia ada, koordinat bagi kedudukan Kaabah di atas permukaan bumi ini adalah pada koordinat 21.4225º Utara (North) dan 39.8262º Timur (East). Sesiapa yg pernah belajar Latitud dan Longitud, akan tahulah bagaimana caranya nak baca koordinat pada Gambar 1.

Gambar 1
      Aku tidak setuju dgn koordinat tersebut. Disebabkan ini hanyalah kaitan dan telah aku katakan tempat tumpuan umat Islam dari seluruh dunia adalah Kaabah dan itulah 'PUSAT DUNIA'. Maka aku berpendirian, koordinat kedudukan Kaabah yg 'sebenar' adalah pada koordinat 0º dan 0º (berada di tengah² dunia). Itulah Kaabah. Di situlah "Titik Penumpuan" atau "Pusat Bumi" atau "Titik Tengah Dunia" atau "Pusat Dunia" atau segala nama yg sesuai untuk dinamakan. Aku rasa kat internet ada cerita pasal ini.
   Orait. Kaabah adalah pusat tumpuan umat Islam dari seluruh dunia dan itulah 'PUSAT DUNIA'. Sekarang sudah dapat 'pusat dunia'. Titik Tengah Dunia iaitu Kaabah. Pusat kamu, sejak kamu lahir, kamu dah dapat pusat itu. Seterusnya... kamu akan lihat peta dunia yg aku buat ilustrasi padanya.

3. Garisan Sempadan Antara Timur dan Barat
    Pusat Dunia telah diketahui dan aku telah besarkan rupa angka 8 bersegiempat dan aku letakkan peta dunia di dalamnya. Aku gariskan satu garisan sempadan pada peta dunia itu untuk aku membahagikan kawasan TIMUR dan BARAT. Garisan sempadan itu melalui Pusat Dunia atau TITIK TENGAH DUNIA atau Kaabah berkoordinat 0º, 0º. Lihat Gambar 2. Senang sangat bahagi kawasan. Memanglah senang sebab ini hanya kaitan.

http://media.isnet.org/iptek/gapai/MakkahPrayerChart.html
Gambar 2
    Satu garisan sempadan antara 'Timur' dan 'Barat' pada peta dunia telah digariskan. Lihat petak Hijau dan Biru. Garisan itu melalui Titik Tengah Dunia iaitu Kaabah. Aku namakan peta di atas, "Peta Dunia Dalam Angka 8 Bersegiempat". Dari situ, kamu telah nampak kedudukan dan keluasan kawasan 'Timur' dan 'Barat'. Namun, kedudukan dan keluasan sebenar kawasan "Timur" dan "Barat" hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Menguasainya sebabnya Allah lah yg mencipta dunia ini dan apa yg ada di dalamnya. Ok. Dah dapat garisan sempadan antara 'Timur' dan 'Barat'. Dalam peta ini tidak ditunjukkan kawasan "Utara" dan "Selatan" sebab perkataan² itu tiada di dalam Kitab Al Quran. Firman Allah:

Ayat yg ke 2960 dari 6236 [QS26:28]:
Musa berkata: "Tuhan yang menguasai TIMUR dan BARAT dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".

Ok. Titik Tengah Dunia dah dapat. Garisan sempadan antara "Timur" dan "Barat" pun dah dapat. Macamana pula nak tahu arah Timur dan Barat ni?

4. Cara Mudah Untuk Mengetahui Arah Timur dan Barat.
    Ok. Kawasan dan garisan sempadan antara 'Timur' dan 'Barat' sudah diketahui (dari peta). Sekarang ini pula, bagaimana nak tahu cara yg mudah di manakah arah Timur dan Barat? Kenapa nak kena tahu? Sebab ianya ada di sebut di dalam Kitab Al Quran. Sekurang-kurangnya kamu ambil tahu bahawa "Tuhan yang MENGUASAI TIMUR dan BARAT dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".
    Ok. Kembali. Macamana nak tahu di sebelah manakah arah Timur bila kamu berdiri di atas permukaan bumi ini? Yg ini senang sahaja. Firman Allah:

Ayat yg ke 265 dari 6236 [QS2:258]:
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari TIMUR, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang² yang zalim.

Gambar 3
    Nabi Ibrahim a.s. ada bagitau, "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari TIMUR". Memang ternyata sungguh benar. Siapa nak sanggah pemberitahuan ini? Tiada siapa. Memang ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran itu BENAR (6236 ayat kesemuanya). Mana ada tipu. Kamu je yg tipu diri sendiri. Sebab mata sendiri sudah menyaksikannya bahawa setakat ini matahari masih terbit dari arah Timur. Aku guna software Compass (Android) untuk buktikan pemerhatian ini. Lihat Gambar 3. Lihat, Matahari terbit dari arah TIMUR (EAST). Maka, dari situ dapatlah aku sangkakan bahawa kawasan TIMUR adalah laluan perjalanan matahari yg sedang menaik. Apabila matahari menaik, pasti ianya akan melalui perjalanan untuk turun pula.
    Sukar ye nak imaginasikan perkara² macam ni. Di dalam Kitab Al Quran aku jumpa 'matahari terbenam'. Firman Allah:

Ayat yg ke 2226 dari 6236 [QS18:86]:
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Dzulqarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka".
Gambar 4

    Dzulqarnain "melihat matahari terbenam". Tempat kedudukan Dzulqarnain ketika melihat matahari terbenam itu mesti ada koordinatnya tetapi tidaklah diketahui. Orait. Arah mana pula matahari ini terbenam? Aku guna software Compass (Android) untuk buktikan pemerhatian ini. Lihat Gambar 4. Lihat, Matahari terbenam ke arah BARAT (WEST). 270º Barat (WEST), itu adalah kedudukan aku ketika aku melihat matahari nak terbenam. "Selamat Balik Matahari, Esok Datang Lagi Ye". Saje buat ucapan. Maka, dari situ dapatlah aku sangkakan bahawa kawasan BARAT adalah laluan perjalanan matahari yg sedang menurun.

   Maka, secara mudahnya dapatlah kamu memahami bagaimana nak tahu arah Timur dan Barat, hanya dgn melihat kedudukan matahari. Matahari terbit dari arah Timur dan matahari terbenam adalah ke arah Barat. Selain dari itu, diketahui juga bahawa negara Matahari terbit adalah negara Jepun. Cuma matahari terbenam tu aku tak tahu kat kawasan mana. Lihat peta pada Gambar 5. Nampaknya, ada kebenarannya akan pembahagian kawasan TIMUR dan BARAT itu.

Gambar 5
     Apapun, matahari sentiasa beredar (tidak pernah ia berhenti). Kamu hanya nampak matahari apabila dia terbit (dari arah Timur) dan apabila dia terbenam (ke arah Barat). Tengok tempat juga, ada tempat tak dapat nak lihat. Lihat Gambar 6 di bawah yg menggambarkan kedudukan matahari dan dunia (bumi). Esok matahari datang lagi dari arah Timur dan begitulah seterusnya, selagi matahari tidak diperintahkan oleh Allah untuk matahari terbit dari arah Barat.

Gambar 6
        Sebenarnya, penglihatan mata kamu adalah terbatas. Kamu tidak dapat melihat semuanya sebab alam ciptaan Allah ini sungguh luas. Maksud aku, tidak dapat melihat pergerakan matahari secara penuh yakni ke mana matahari pergi dan itulah keadilan Allah Yang Maha Adil membahagikan cahaya matahari untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya. Dari sini, dapatlah kamu mengetahui bahawa dgn melihat matahari terbit dari arah TIMUR dan matahari terbenam ke arah BARAT, kamu tahu bahawa Tuhan (Allah) lah yang MENGUASAI TIMUR DAN BARAT. Sekiranya dapat naik ke langit yg tinggi, dapatlah kamu menyaksikan bagaimana peredaran matahari itu berlaku.

5. Allah Menguasai Timur dan Barat.
    Aku suka masuk hutan dan satu ketika (waktu malam) aku dan sahabat², hilang arah untuk mendirikan solat fardhu (solat wajib) dan nyatanya memang aku tidak tahu langsung bagaimana nak tentukan arah pada waktu itu. Aku teringat Firman Allah:

Ayat yg ke 122 dari 6236 [QS2:115]:
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

   Aku tahu yg Allah tahu bahawa waktu itu (dalam hutan) aku tidak tahu arah Kiblat. Maka, aku solat sahajalah, mengadap je lah ke manapun. Aku pilih mengadap ke arah sungai.. haha... Siap boleh pilih tu. Sedang solat, macam² bunyi. Itu pengalamanlah. Orait. Sekarang, bila lihat peta di Gambar 7, tahulah sekarang bahawa TIMUR dan BARAT adalah KEPUNYAAN ALLAH dan... dan Nabi Musa a.s pernah berkata

Ayat yg ke 2960 dari 6236 [QS26:28]:
Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".

Maka, dapat tahu lagi bahawa Allah lah yang MENGUASAI TIMUR dan BARAT. Guna akal, fikir lagi... fikir lagi. Allah lah yang MEMILIKI DAN MENGUASAI TIMUR DAN BARAT. Lihat peta sekali lagi.

Gambar 7

Bila dikatakan begitu, fikir pula Firman Allah di bawah ini:

Ayat yg ke 149 dari 6236 [QS2:142]:
Orang² yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”.

    Ayat tu cerita pasal penukaran arah Kiblat Umat Islam dari Baitul Maqdis ke Makkah (Masjidil Haram, Kaabah). Susulan dari itu, aku kaitkan dgn yg lain. Maka, janganlah kamu hairan jika ada mendengar orang di sebelah BARAT mendapat HIDAYAH ALLAH, orang di sebelah TIMUR mendapat HIDAYAH ALLAH. Sebabnya, ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA KE JALAN YANG LURUS. Ye.. KE JALAN YANG LURUS. A a.. KE JALAN YANG LURUS. Tetapi untuk menyebabkan HIDAYAH itu turun kepada manusia yg lain, untuk menyebabkan HIDAYAH itu sampai kepada manusia yg lain, maka KAMU KENA BUAT KERJA LAH SIKIT. Kena buat KERJA DAKWAH seperti mana yg dibuat oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Nanti bab dakwah ini aku huraikan dalam artikel lain.
    Lagi, kamu lihat. Bencana alam boleh berlaku di mana² sahaja di dunia ini. Jika kamu melihat peta dunia yg telah aku bahagikan kawasan "TIMUR" dan "BARAT" itu, ketahuilah bahawa Allah lah yang MEMILIKI dan MENGUASAI TIMUR dan BARAT. Hak Dia. Orait. Sampai sini, kamu sudah tahu, kedudukan 'TIMUR' dan 'BARAT' dgn berpandukan peta yg disertakan dalam artikel ini.

Siapa yg memilikinya? ALLAH.
Siapa yg menguasainya? ALLAH.

Apa pula kaitan 'TIMUR' dan 'BARAT' ni dengan nombor '6236'? Sabar ye...

6. 'TIMUR' dan 'BARAT' Pada '6236'.
Rajah 3
    Dalam artikel yg lalu, aku ada tunjukkan bagaimana huruf² nama Allah bertulisan Arab ditukarkan kpd bentuk nombor. Lihat Rajah 3. Maka begitulah nama Allah yg ditulis dgn menggunakan huruf Arab, "Alif Lam Lam Ha", ditukar kpd nombor dapatlah nombor '66'. Pada nombor '6236' ada dua angka '6'. 6 awal dan 6 akhir dan telah aku kaitkan dgn beberapa maklumat sebelum ini. Ok. Kembali. Aku akan kaitkan 'TIMUR' dan 'BARAT' ini pada nombor '6236'.

Ayat yg ke 2960 dari 6236 [QS26:28]:
Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".
 
Dari firman Allah itu, aku kaitkan dgn nombor '6236'.
  • "TUHAN (ALLAH, 66) YANG MENGUASAI TIMUR DAN BARAT". Perhatikan Rajah 4 di bawah.
  • "Dan apa yang di antara keduanya". Perhatikan apa yg ada di antara angka 6 awal dan 6 akhir itu.
Rajah 4

Orait. Jika diperhatikan pada Rajah 4, antara Timur (6 akhir) dan Barat (6 awal) itu ada angka 2 dan angka 3. Apa ceritanya disebalik angka² itu? Itulah yg aku nak kaitkan iaitu Perang Antara Timur dan Barat. Baru nak masuk cerita.

7. Pemberitahuan Peperangan Akhir Zaman Melalui Hadis.
    Banyak sungguh Nabi s.a.w tinggalkan pesanan untuk aku, untuk kamu, untuk kita semua. Tinggal lagi, kamu baca atau tidak sahaja. Jika baca / dengar hadis² tu dapatlah pengetahuan. Jika tak baca / tak dengar, tak dapatlah pengetahuan. Ada satu hadis yg Nabi s.a.w bagitau tentang peperangan yg akan berlaku sebelum hari Kiamat. Bila Nabi s.a.w dah kata begitu, pasti akan ada berlaku peperangan, sedangkan Nabi s.a.w dan para sahabat sendiripun pernah menghadapi peperangan di zamannya.
    Maka, umat Islam tidaklah boleh duduk sahaja, lalai dgn dunia. Kena lah juga buat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peperangan. PERSEDIAAN untuk berperang dan bukannya nak tunjuk siapa kuat. Malahan, manusia yg paling kuat itu adalah manusia² yg dihatinya penuh keimanan yg benar. Itu sahaja nilaian seorang manusia di sisi Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka, pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya' kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."
■ (Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi)

    Orait. Itulah yg telah diberitahu oleh Nabi s.a.w tentang peperangan sebelum tiba Kiamat. Yang menjadi perhatian di dalam hadis ini adalah perkataan 'Islam' dan 'Yahudi'. Merujuk kpd hadis di atas, berkemungkinan tempat yg bakal berlakunya peperangan itu adalah di kawasan yg ada tumbuhnya Pokok Gharqad. Di manakah tempat yg banyak di tanam pokok ini? Di sebelah BARAT. Klik sini.
    Maka dari hadis itu lagi, secara zahirnya, ada dua pasukan tentera yg akan terlibat iaitu tentera Yahudi dan tentera Islam. Secara tersiratnya, tak dapatlah aku nak huraikan lebih². Ok, dari arah mana pula datangnya tentera² yg tersebut di dalam hadis tersebut? 

8. Tentera Sebelah TIMUR
    Perhatikan sekali lagi peta di bawah. Tempat yg bakal berlaku peperangan nanti, aku tidak tahu, namun yg pasti akan ada 2 pasukan yg bertempur iaitu pasukan dari sebelah Barat dan juga pasukan dari sebelah Timur.



Rasulullah s.a.w. bersabda:,“Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji² Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun
(HR Ibnu Majah)

Haaa... nampak tak apa yg hadis ni bagitau? Lagi.. lagi..

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan datang Panji² Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan² besi. Siapapun yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salju."
(Al-Hafiz Abu Nuaim)
  
Apa yg perlu di beri perhatian dalam hadis di atas adalah "Panji² Hitam dari sebelah Timur" yg akan datang / muncul untuk berperang dgn tentera² yg datang dari sebelah Barat.

9. Tentera Sebelah BARAT
    Pasal tentera sebelah Barat ni... Hhhmm... Telah diberitahu sebelum ini bahawa 'matahari terbenam' ke arah Barat. Apakah mungkin tentera² dari Barat itu telah diceritakan di dalam Al Quran? Firman Allah yg ini:

Ayat yg ke 2226 dari 6236 [QS18:86]:
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Dzulqarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka".

Perhatikan dalam ayat di atas "kamu boleh menyeksa" mereka. Apakah itu bakal tentera² dari Barat? Golongan apakah itu? Lagi Firman Allah yg ini:

Ayat yg ke 2234 dari 6236 [QS18:94]:
Mereka berkata: "Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang² yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkan kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"

Apakah mungkin juga tentera Barat itu datangnya golongan Yakjuj dan Makjuj? Wollohua'lam. Yg pasti akan berlaku peperangan antara 2 pasukan iaitu Barat dan Timur sebelum tibanya hari Kiamat.   

10. Kaitan Peperangan pada '6236'.
    Telah banyak disampaikan akan cerita² / hadis² mengenai peperangan akhir zaman. Berlambak maklumat² itu. Namun, apa yg aku taip ini adalah kaitannya dgn nombor '6236'. Apakah nombor '6236' itu?


Dari nombor '6236' ini, telah banyak kaitan² yg aku taip dalam artikel² yg dulu, hanya sekadar untuk pembacaan yg pelik². Maka, apakah kaitan peperangan akhir zaman dgn nombor '6236' ini? Apakah maklumat peperangan akhir zaman yg ada pada '6236' ini? Orait. Sebelum itu perhatikan sekali lagi gambar di bawah.


    Perhatikan yg sebelah Barat dan perhatikan yg sebelah Timur. Angka 2 berada di sebelah Barat nombor '6236' dan angka 3 berada di sebelah Timur nombor '6236'. Peperangan antara pasukan 2 dari sebelah Barat dan pasukan 3 dari sebelah Timur akan berlaku sebelum terjadinya Hari Kiamat. Apakah angka 2 pada nombor '6236' itu menggambarkan bahawa tentera² itu adalah Yakjuj dan Makjuj (2 golongan)?

Aku tak tahu, jawapan ada dalam hadis di bawah ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka, pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya' kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."
■ (Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi)

Kenapa angka 3 itu datangnya dari arah timur? Rasulullah s.a.w pernah bersabda dan di dalam sabdaan baginda s.a.w ada perkataan 'Timur':

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)

Maka, begitulah apa yg disampaikan oleh Nabi s.a.w. Jika kamu melihat dari segi kenilaian angka, sudah pasti nilai angka 3 yg akan menang apabila melawan nilai angka 2 kerana nilai angka 3 lebih besar dari 2. Namun begitu, bukan itu yg terselindung dalam angka² tersebut. Hanya 1 kelebihan yg ada pada kumpulan angka 3 (tentera disebelah Timur) berbanding dgn kumpulan angka 2 (tentera di sebelah Barat) iaitu KEIMANAN MEREKA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA. Itu sahaja. Sedangkan, tentera yg ditanda dgn angka '2', ia tiada mempunyai keimanan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Apa buktinya kelebihan yg ada pada kumpulan yg ditanda dgn angka '3'? Rasulullah s.a.w bersabda:

"Akan datang Panji² Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan² besi. Siapapun yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Ya.. "seolah-olah hati mereka adalah kepingan² besi" !!


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka, pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya' kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."
■ (Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi)
Ilustrasi Peperangan Akhir Zaman

Lihatlah peta dunia itu. Seolah-olah rupanya seperti 'makhluk yg sedang bertarung'. Aku letak gambar manusia yg beraksi seakan-akan kedudukan peta dunia itu. Memang satu saat nanti akan berlaku peperangan antara pasukan perang dari Barat yg ditanda '2' (YAKJUJ DAN MAKJUJ) dan pasukan perang dari Timur yg ditanda '3' pada nombor '6236' (PANJI² HITAM).

Ayat yg ke 569 dari 6236 [QS4:76]:
Orang² yang beriman berperang di jalan Allah dan orang² yang kafir berperang di jalan thaghut (syaitan), sebab itu perangilah kawan² syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

11. Sinar Matahari Sentiasa Mengajar Akan Erti Harapan
Matahari Terbit Dari Arah Timur (East)
    Pandanglah ciptaan Allah dan fikirlah. Banyak hikmahnya. Begitu juga dgn matahari. Matahari terbit dari arah Timur. Semasa menyiapkan artikel ini, aku dapat ilham bila memandang matahari. Matahari muncul membawa sinarnya. Bila dikaitkan dgn perkongsian ini, pasukan perang dari Timur akan menang kerana satu²nya kelebihan yg ada pada mereka adalah KEKUATAN IMAN yg ada di dalam hati mereka seolah-olah hati mereka adalah kepingan² besi. Seperti mana matahari terbit dari arah Timur membawa sinarnya, begitulah juga nanti pasukan Panji² Hitam akan muncul dari arah Timur dgn membawa sinar kemenangan terhadap musuh² Islam dan Islam kembali tertegak dgn se-benar²nya.
    Seperti mana panasnya matahari yg tiada siapa dapat menyentuhnya, begitulah juga dgn tentera panji² hitam yg datangnya dari arah Timur nanti. Begitulah perkongsian mengenai perang antara Timur dan Barat (secara kaitan). Bila akan berlaku? Wollohua'lam. Tapi, perang itu akan berlaku sebelum kiamat. Janganlah dikatakan tiada peperangan lagi yg akan berlaku dari sekarang (Feb 2014). Mungkin generasi yg akan mendatang ke dunia ini yg akan menghadapinya atau yg sudah ada sekarang. Rasulullah s.a.w dah bagitau akan berlaku peperangan sebelum tibanya hari Kiamat. Maka, kita sebagai umat Islam perlulah membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peperangan. Persediaan yg tiada pernah terhenti, dari lapisan ke lapisan generasi. Musuh ada di mana².

12. Sebelum Berperang Zahir, Berperanglah Dengan Diri Sendiri
    Untuk capai sesuatu yg bernilai itu kena banyak mujahadah pada diri. Kena banyak berperang dgn diri sendiri. Kalau tiada mujahadah terhadap diri sendiri, payahlah sikit untuk mendapatkan sesuatu yg bernilai itu sebab nak dapat yg bernilai memang jalannya dgn bermujahadah. Bersusah payah dalam mengamalkan agama Islam kerana dalam agama Islam ada perkara yg perlu di buat (perintah² Allah dan Rasul-Nya) dan ada perkara yg tidak boleh di buat (larangan² Allah dan Rasul-Nya). Insya Allah, Allah akan bantu kita. Memang nafsu itu sering mengajak ke arah kejahatan seperti mana yg dikatakan oleh Nabi Yusuf a.s:

Ayat yg ke 1649 dari 6236 [QS12:53]:
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Berperanglah dgn diri sendiri sebab dalam diri ada musuh iaitu hawa dan nafsu yg sering diganggu / dipujuk rayu oleh syaitan utk menyertai kejahatannya. Sedikit sahaja aku kongsi yg ini. Lihat gambar di bawah dan perhatikan angka 2 dan 3.


Dalam diri kamu, ada 2 musuh utama iaitu HAWA dan NAFSU. Untuk mengalahkan / mengawal / menundukkan musuh² tersebut, kamu kena kuatkan 3 benda iaitu IMAN, ISLAM dan IHSAN ke atas diri kamu sendiri. Insya Allah. Kamu akan menang ke atas diri kamu sendiri. Musuh² (hawa dan nafsu) itu tidak dapat mengalahkan / mengawal / menundukkan diri kamu... Sebelum berperang, berperanglah dgn diri kamu sendiri terlebih dahulu. Bina iman dgn sekuat-kuatnya. Tamat.

Mohon maaf... Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan dalam penyampaian perkongsian ini. Apa yg difikir, aku lepaskan di sini. Maka, di sini tamatlah sudah perkongsian berkenaan nombor '6236' yg muncul dari penjumlahan ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Kaitan² yg bersangkutan dgn nombor '6236' telah putus di sini. Semoga berjumpa lagi di artikel yg lain.

Perjalanan kehidupan ini akan terhenti...
Kerana semua yg hidup akan mati...
Tentang apa yg dikata, janganlah terasa hati...
Kerana aku sedang menasihati diri sendiri... 

Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM...
  Pengetahuan: Ayat 1249-1250 dari 6236 [QS9:14-15]

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan²-mu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang² yang beriman, dan menghilangkan panas hati orang² mukmin. Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar