Dari tiada kepada ada
Hidup sementara mencari Dia
Dari mana hendak ke mana
Dari sini hendak ke sana sahaja
Dia ada di mana-mana
Tidak aku ke sana sana
Dia ada merata rata
Tidak aku ke mana mana
Kenal sini kenal sana
Di sana pun Dia ada
Di sini pun Dia ada
Kenal untuk kenal Dia
Kerna Dia lah yg Maha Esa
Hidup hanya sementara
Untuk dapat kenal Dia
Nyawa jangan di sia sia
Setiap nafas akan dikira
Buatlah apa yang ada dalam KitabNya
Agar Dia gembira
Buat jangan kerna selain Dia
Kelak Dia akan murka
Hidup jangan pura-pura
Kena tahu dan sedia
Kerna bila-bila masa sahaja
Diri yang ada menjadi tiada
Berkata memang mudah
Berbuat itu yang susah
Sudah menjadi adat kisah
Sebuah cerita pasti sudah
Nukilan: Kun Musafir Maya
No comments:
Post a Comment