Saturday, December 12, 2015

Maklumat Dari Perkataan 'AHAD' : Kisah Rekayasa: 'Menuju Jalan Mim' - Part 14

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 14 : Maklumat Dari Perkataan 'AHAD'

Telah agak lama aku tidak menulis di sini...

DENGAN NAMA Mu ALLAH (BISMILLAH), aku menulis... 
      Dikesementaraan kehidupan (masa) ini, aku mencari maklumat tentang Allah kerana aku ingin mengetahui tentang Dia (Allah). Untuk mencari Allah sudah pasti tidak akan dapat kulihat dengan mata ini kerana Dia telah beritahu bahawa Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata manusia. Lalu, aku mencari maklumat tentang Dia dan aku tahu dan rasa Dia ADA. Ya.. Dia ADA. ADA.. ADA.. Dia lah yang telah menciptakanku. Dia sedang perhatikanku. Kenapa aku ingin tahu? Kerana Dia lah Allah, Tuhanku, Tuhan kamu, Tuhan Semesta Alam, Raja manusia. Apakah kamu tidak mahu mengetahui tentang Tuhan yang telah menciptakan diri kamu?

Banyak perintah² Dia dan larangan² Dia serta peringatan² yang telah diturunkan kepada manusia agar manusia ingat.

Maksud Firman Allah pada Surat 2, ayat 48:
"dan JAGALAH DIRIMU dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseOrang tidak dapat membela Orang lain, walau sedikitpun dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong"

Maksud Firman Allah pada Surat 5, ayat 105:
"Hai Orang² yang beriman, JAGALAH DIRIMU, tiadalah Orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu akan kembali semuanya. Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Maka, aku mesti mengambil tahu dan berusaha untuk 'jaga diri' ini.

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 13... 

Peringatkanlah diri kamu bahawa...
“Tidak ada tuhan yang lain lagi selain Allah. Dia-lah satu-satunya Tuhan yang bernama Allah, Allah lah Tuhan yg tunggal dan Allah tidak dapat dicapai melalui penglihatan mata

Aku perlu mencari sesuatu sebelum aku meninggalkan dunia ini (mati)....

- bersambung...

48. Denyutan Ingin Tahu
      Bermulanya rasa ingin tahu apabila aku baca surat Al-Ikhlas (Al-Qur-an) dan terjumpa 2 terjemahan yg berbeza pada perkataan 'AHAD'. Satu daripadanya diterjemahkan kpd 'Tunggal' dan satu lagi diterjemahkan kpd 'Esa'.

Apabila disebut Allah yang Tunggal yakni aku tahu bahawa tidak ada tuhan yang lain lagi selain Allah, Hanya Allah sahaja, Tuhan yg ada. Sekiranya ada manusia beritahu kepadaku bahawa ada Allah yg lain, yakni Tuhan yg lain, aku tidak percaya kerana telah diberitahu kepadaku bahawa 'Allah lah yg Tunggal'. Tidak ada lagi Allah yg lain. Dia-lah Allah yg Tunggal. Namun, apabila disebut Allah Maha Esa, aku masih lagi tidak dapat mengerti akan pengertian Esa itu.

49. Perkataan 'AHAD' yg tunggal di dalam Al-Qur-An
      Aku mencari ayat 'Allah Hu AHAD' pada surat² yg lain di dalam Al-Qur-An. Nyata, ianya tidak ada di dalam surat² yg lain. Tidak ada di sebut / di tulis ayat 'Allah Hu AHAD' di dalam surat² Al-Qur-An yg lain selain surat Al-Ikhlas. Ayat 'Allah Hu AHAD' hanya ada ditulis di dalam surat Al-Ikhlas. Maka, secara logiknya, aku menggunapakai terjemahan 'tunggal' bagi perkataan 'Allah Hu AHAD' kerana ayat ‘Allah Hu AHAD’ hanya di sebut / di tulis di dalam Surat Al Ikhlas sahaja Makanya, di sini aku mendapat pengertian bahawa hanya Allah, Tuhan yang Tunggal. Tidak ada lagi tuhan² yang lain selain Allah (secara ringkasnya, fahaman bagi diri ini). Jelas bagiku. Sekiranya ada manusia yang mengatakan bahawa adanya tuhan² yang lain selain Allah, aku tidak percaya dengannya kerana ayat 1, dalam surat 112 telah menjelaskan padaku bahawa “DIA-lah Allah yang TUNGGAL”. AHAD... AHAD... AHAD...


Maka, "katakanlah: Dia-lah Allah yang Tunggal"

50. Perkataan 'AHAD' dan 'WAHID'
      Aku perhatikan perkataan Arab, 'AHAD' dan 'WAHID'. Al Qur An yg ada padaku, telah menterjemahkan perkataan 'AHAD' dan 'WAHID' ini kepada 'ESA'. Sudah tentu, ejaan 'ESA' ini hanya ada dalam Bahasa Melayu. Aku mencari makna bagi perkataan 'AHAD' dan 'WAHID' di dalam bahasa yg lain yakni Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris
www.creative-motivations.com
      Jika diperhatikan Bahasa Inggeris, memang ianya berbeza di mana 'AHAD' itu diterjemahkan kepada 'The Unique' manakala 'WAHID' itu pula diterjemahkan kepada 'The One and Only'. Itu bahasa Inggeris. Ternyata memang 'AHAD' dan 'WAHID' berbeza maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Lalu aku berpegang (setakat ini)  bahawa makna 'AHAD' itu di dalam Bahasa Melayu adalah 'TUNGGAL'. Setelah mengetahui dan merasa puas tentang perkataan 'AHAD', aku berjalan lagi mencari pengertian 'ESA' pula.....

Kini aku tidak diganggu lagi dgn kata² manusia yg mengatakan bahawa ada tuhan yang lain selain Allah kerana aku telah mendapat pengertian dalam perjalanan menuju Jalan Mim ini bahawa Hanya Allah lah Tuhan yang Tunggal, tidak ada lagi tuhan yg lain selain Allah...

Surat 109: Al Kaafiruun (Orang² Kafir, 1-6)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Katakanlah:
"Hai Orang² yang Kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku"
[109:1-6]

Apakah pengertian ESA di dalam Bahasa Melayu?
Dan apakah pengajaran yang dapat aku ambil di dalam perkataan ESA nanti?

Perjalanan ini masih jauh...
Semoga di hadapan sana ada jawapannya tentang 'ESA'. In-sya-Allah
 
- bersambung...

BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar