Di dunia ini, pelbagai macam rupa dan bentuk dapat dilihat. Apakah makna Rupa? Apakah makna Bentuk? Aku jumpa definisinya di alam seni lukisan iaitu "Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya" dan "Bentuk pula ialah sesuatu yg mempunyai struktur Jisim (berat) dan Isipadu (kandungan) dan mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)". Lihat manusia. Apabila dipandang dari arah hadapan, nampaklah rupanya. Apabila dipandang dari arah tepi, nampaklah juga rupanya. Apabila digabungkan rupa-rupa itu, nampaklah bentuknya seperti mananya diri kamu sekarang. Allah menciptakan manusia ada rupa, manusia ada bentuk seperti mana yg kamu lihat melalui mata kamu.
Itu manusia. Begitu juga dgn ciptaan Allah yg lain dan rekaan² manusia yg lain (hasil dari ciptaan Allah yg diubah rupabentuknya oleh manusia) seperti rupabentuk komputer, rumah dan sebagainya. Allah telah menciptakan / menjadikan / merupabentukan Bumi, Bulan, Matahari dengan rupabentuknya yg Bulat. Itu pada kenyataannya, kezahirannya. Bagi aku pula, sesuatu yg ber"Rupabentuk" itu adalah sesuatu yg dijadikan dan ianya dapat dilihat serta ada juga yg dapat dirasa. LIHATLAH DIRI KAMU SENDIRI...
..... D i p e n d e k k a n ....(Insya Allah, akan disambungkan dalam artikel yg lain).
Apa yg aku taip ini tidaklah semestinya benar sebab ianya datang dari fikiran dan pandangan serta ditambah pula oleh perjalanan pengalaman hidup aku sendiri yg 'mungkin' pengalaman itu tidak dirasai atau juga dirasai oleh orang lain. Sudah berapa banyak langkahkah kamu melangkah di atas muka bumi ini? Aku tahu, kamu tiada jawapan. Aku juga tiada jawapan sebab tidak pernah dihitung langkahnya. Apapun, kebenaran itu ada pada Al Quran, pada Sunnah² Nabi s.a.w dan pada orang² yg berada di atas kebenaran, pada orang² yg membenarkan kebenaran dan hakikat serta makrifat kebenaran itu pula ada pada orang yg merasainya, yg mengamalkan kebenaran (Al Quran dan Sunnah) dgn se-benar²nya. Yang belum merasai (kelazatan dalam beragama Islam) memang tiada dapat merasai kebenaran akan sesuatu itu yakni KEYAKINAN YANG SEBENAR-BENAR YAKIN BAHAWA ALLAH YANG MAHA KUASA, MAKHLUK TIADA KUASA. Orang kata, biskut itu sedap tetapi kesedapan biskut itu tidak dapat dilihat, tetapi hanya dapat dirasai sahaja. Macamana sedapnya? Tak tahu sebab ianya sesuatu yg tersembunyi dan hanya dapat diucapi sahaja. "SEDAP". Dah itu je. Tapi ada juga manusia berkata "nampak macam sedap je". Apa yg dia nampak??? Wollohua'lam...
Sebab itu manusia itu diuji, diduga oleh Allah s.w.t untuk melihat sejauh mana kebenaran keimanan yg ada pada dirinya. Dunia ini tempat ujian bagi manusia. Orang cantik, diuji dgn kecantikannya. Orang pandai, diuji dgn kepandaiannya. Orang kaya diuji dgn kekayaannya. Orang miskin diuji dgn kemiskinannya. Orang lemah diuji pula dgn kelemahannya. Begitulah seterusnya. Manusia akan diuji. Aku pun sedang diuji. Aku tak pandai. Macam kita pergi klinik, kena cucuk kat bahu. Sebelum kita kena cucuk, orang bagitau, kena cucuk dgn jarum itu sakit. Pengetahuan dah sampai bahawa kena cucuk itu sakit. Lepas tu kita cerita pada orang bahawa kena cucuk dgn jarum itu sakit tapi kita belum rasa lagi. Tetapi apabila kita sendiri yg kena cucuk (merasai kebenaran), barulah kita dapat rasa sakit itu apabila kena cucuk di bahu. Dah rasa, baru tahu. Maka, begitulah... Orang² yg merasai kebenaran akan faham. Sekali lagi, aku tak pandai sebab ini hanyalah perkongsian sahaja.
Artikel ini adalah berkenaan dgn 'RupaBentuk Kitab Al Quran Dibuka Ada Pada '6236' - 4 of 5' dan kaitannya dgn nombor 6236. Nanti aku tunjukkan. Artikel ini aku taip pendek je. Ye ke?
1. Rupabentuk Kitab Al Quran BerSegiEmpat.
Cuba lihat kertas yg berbentuk segiempat. Apabila kertas kosong yg berbentuk segiempat, dicetak / ditulis dgn ayat² Allah yg berjumlah sebanyak 6236 ayat dan dibukukan, maka jadilah ia berupabentuk seperti di dalam gambar dan dinamakanlah ia 'Kitab Al Quran'. Kitab yg telah diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w dan disampaikan pula oleh Nabi Muhammad s.a.w kpd umatnya bahawa ianya mengandungi hikmah dan cahaya. Para sahabat baginda s.a.w telah mengumpulkan ayat² Allah dan dibukukan, maka dinamakanlah ia 'Kitab Al Quran'.
Di dalam Kitab Al Quran itu, ada ayat² Allah. Bagi umat Islam yg membaca AYAT² ALLAH, insya Allah akan dapat PAHALA, dapat CAHAYA (dgn izinNya). Bila dapat cahaya, bolehlah guna untuk berjalan dalam dunia yg gelap ini. Pandanglah Kitab Al Quran dari arah atas dan lihatlah gambar, nampaklah rupa segiempat. Pergilah ke mana-mana pun. Kitab Al Quran yg biasa dilihat adalah berSEGIEMPAT. Lihat garisan kuning pada gambar yg membentuk garisan segiempat disisinya. Apa yg dapat difahami di sebalik rupa segiempat itu? Pada segiempat itu pula ada 4 penjuru. Firman Allah:
Ayat 4731 dari 6236 [QS51:56]:
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Ayat 4934 dari 6236 [QS55:33]:
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan KEKUATAN.
Apa kaitan 'penjuru' tu? Bila kamu baca ayat ini, kamu bayangkan, dunia yg kamu sedang duduk di dalamnya sekarang ini adalah seperti kamu sedang berada dalam kawasan 'bersegiempat' yg berpenjuru dan tiada jalan keluar darinya. Kawasan yg tiada disediakan jalan untuk kamu keluar darinya MELAINKAN dgn KEKUATAN sahaja. Kekuatan apa tu? Aku tak nak taip pasal 'kekuatan' ini lagi. Orait, aku taip yg biasa² je. Kembali. Kita tahu, Allah lah Pemilik Kekuatan. Allah Maha Kuat. Siapa yg dapat melawan KEKUATAN Allah? Tidak ada satu makhluk pun yg dapat lawan Allah. Dia lah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Kuat.
Jadi, secara zahirnya, secara terus terangnya, bila kamu berada di dunia ini, KAMU TIDAK DAPAT MENYEMBUNYIKAN DIRI KAMU DARI PENGETAHUAN ALLAH TENTANG APA YANG KAMU PERBUAT DI DUNIA MILIK ALLAH S.W.T INI. Allah tahu apa yg kamu buat. Kamu tiada kekuatan untuk melawan kekuatan Allah sebab Pemilik segala Kekuatan adalah Allah s.w.t. Kekuatan yg ada pada diri kamu hanyalah pinjaman dari Dia semata-mata. Telah diberitahu bahawa Allah menciptakan jin dan manusia untuk menyembah Dia. Maknanya, kalau kamu tidak sembah Allah, Allah tahu. Ye.. Allah tahu. Gunalah kekuatan yg diberikan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jin ada baca ke artikel ini? Aku tak tahu. Orait.
Maka, begitulah kisahnya pasal Kitab Al Quran yg biasa di lihat adalah berupabentuk 'segiempat'. Dapatlah dibayangkan bahawa garisan bersegiempat itu adalah kawasan Al Quran yakni kawasan yg di dalamnya ada PERINTAH dan LARANGAN ALLAH s.w.t. Kalau tak nak berada di dalam kawasan itu, cubalah keluar dari dunia ini tetapi Allah telah memperingatkan di dalam Firman-Nya:
Ayat 4934 dari 6236 [QS55:33]:
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan KEKUATAN.
Jadi, di dalam kawasan dunia ini, ada PERINTAH dan ada LARANGAN Allah s.w.t di dalamnya. Dunia ini milik Allah s.w.t. Dia lah yg mencipta dunia ini. Kamu duduk di dalam dunia ini. Kamu kenalah ikut peraturan² yg telah digariskan oleh Pemiliknya. Itulah sebab Nabi s.a.w berkata 'Taatlah kepada Allah" dan juga Nabi s.a.w telah ajar bagaimana caranya untuk duduk di dunia ini. Pernah dengar tak manusia berkata "INILAH DUNIAKU..."? Apa yg cuba disampaikan oleh manusia tersebut? Wollohu a'lam... Orait... Selingan tu...
Apa kaitannya pula bentuk segiempat ni dgn nombor '6236'? Nanti ye...
2. Rupabentuk Kitab Al Quran Memberitahu Ada Sesuatu Padanya.
Kadang² rupabentuk sesuatu dapat memberikan maklumat / gambaran tentang sesuatu. Bagi yg pernah membuka Kitab Al Quran, sudah tentu akan melihat (bagi yg dapat melihat) Kitab Al Quran berada dalam keadaan seperti di sebelah ini.
Apa yg kamu nampak bila kamu melihat Kitab Al Quran dalam keadaan seperti itu? Ayat² Allah sudah tentu kamu nampak. Pandang lagi.. pandang lagi... Aku nampak Kitab Al Quran dalam keadaan terbuka ini memberikan sesuatu maklumat. Sesuatu itu adalah rupa angka '8' yg terbayangan dalam keadaan Kitab Al Quran di buka seperti di bawah (hanya sah untuk Kitab Al Quran yg berkertas dan dijilid). Cuba lihat garis tepi (warna kuning) yg aku lukis pada gambar Kitab Al Quran di bawah.
Ini hanyalah kaitan. Nampak tak garisan kuning itu seperti rupa angka 8. Cuba lihat pula, rupa angka 8 yang aku lukis pada gambar sebelah tu. Macam² rupa angka '8' ada tetapi dalam rupa yg berlainan. Sebab itu aku katakan, rupabentuk sesuatu itu dapat memberikan maklumat / gambaran tentang sesuatu. Begitulah juga dengan manusia, ada yg gemuk ada yg kurus, ada yg tinggi, ada yg rendah dan macam² lagi. Rupabentuknya sama tetapi tidak serupa tetapi dia tetap bernama 'manusia'. Cuba beri perhatian pada rupa 'angka 8' yg berwarna HIJAU yg berbentuk SEGIEMPAT BERTANGKUP. Cuba perhatikan pula rupa garisan kuning pada Kitab Al Quran di atas? Macam sama je kan? Pening kan rupa dgn bentuk ni?
- "Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya" maknanya ada "garisan yg me'rupa'kan sesuatu".
- "Bentuk pula ialah sesuatu yg mempunyai struktur Jisim dan Isipadu (kandungan) dan mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)" maknanya "ada sesuatu yg berisi dalam kawasan bergarisan itu".
3. Kemunculan Angka '8' Pada '6236'.
Ye.. 6+2+3+6 = 17; 1+7 = 8. Hasil campuran angka 6236, angka 8 yg terhasil. Itulah yg terhasil. Pada ayat terakhir di dalam Kitab Al Quran yakni pada ayat yg ke 6236, hasil tambah angka²nya memberikan jawapan '8'. Juga, telah tertunjuk pada Kitab Al Quran, garisan tepi pada Kitab Al Quran yg terbuka, menampakkan angka '8' juga. Sudah ada KESAMAAN di situ iaitu angka '8'. Apakah '6236' itu?
Angka '8' muncul pada '6236' tetapi ianya muncul setelah melalui proses pencampuran angka² pada 6236. Angka '8' juga muncul, setelah kamu membuka Kitab Al Quran dan memandang seperti mana yg telah aku tunjukkan di atas. Maka, secara kaitannya, oleh kerana ayat yg ke 6236 adalah ayat yg terakhir di dalam Kitab Al Quran dan hasil tambah 6+2+3+6 = 1+7 = 8 membawa mesej kepada para pembacanya bahawa, "BUKALAH KITAB AL QURAN LAGI DAN BACALAH LAGI KITAB AL QURAN" tetapi mesej yg disampaikannya adalah dalam bentuk angka. Mesej itu ada pada nombor '6236' dan setelah beberapa proses kaitan, maka nampaklah mesejnya. Jika di dunia ini, kamu melihat simbol di bawah, kamu faham akan mesej yg disampaikan oleh simbol tersebut.
Pada simbol di sebelah itu (simbol U-TURN), TIADA PERKATAAN PUN DI SITU tetapi kamu FAHAM apa yg dimaksudkan. Maka, kamu turuti apabila kamu berkehendak untuk membuat pusingan U. Ouh.. kat sini boleh buat U-Turn. Macam tu lah... Ini hanyalah kaitan. Dapatlah aku ringkaskan bahawa;
■ Apabila kita membuka Kitab Al Quran, kita nampak ada bentuk angka 8.
■ Apabila kita campur '6+2+3+6' = '1+7' = 8, dapatlah juga angka 8.
'6+2+3+6' = '1+7' = 8 nampak macam matematik tetapi sebenarnya bukannya matematik. Misalnya, kamu ada 2 biji buah epal, kamu letak kedua-duanya di dalam mesin pengisar, dan kamu kisar, hilang 2 biji buah epal, yg ada hanyalah air epal (jus epal). 2 biji buah epal sudah hilang dan menjadi air buah epal. Begitulah, kemunculan angka '8' pada '6236' yg membawa mesejnya tersendiri. Makanya, apabila kamu sudah mengetahui kaitan ini dan bila kamu habis baca sebuah Kitab Al Quran atau pun kamu baca pada ayat terakhir yg disusun di dalam Kitab Al Quran iaitu QS114:6 atau ayat yg ke 6236, ingatlah kpd angka '8'. Angka '8' yg membawa mesej "BUKALAH KITAB AL QURAN LAGI DAN BACALAH LAGI KITAB AL QURAN". Apakah sebabnya? Firman Allah:
Ayat 5056 dari 6236 [QS56:77]:
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,
Ya... Bukalah lagi Kitab Al Quran dan bacalah, sebabnya membaca Al Quran adalah suatu PEMBACAAN YANG SANGAT MULIA. Apa yg mulia? BACAAN. Apa? Ya BACAAN. Membaca Al Quran itu adalah bacaan yg SANGAT MULIA. Baca suratkhabar? Mulia ke? Bukanlah bermaksud tidak boleh membaca suratkhabar, cuma nak dibagitau bahawa MEMBACA AL QURAN ADALAH BACAAN YANG MULIA. Itu sahaja. Allah bagitau di dalam Al Quran.
4. Kemunculan angka '0'.
Yg ini senang sahaja, apabila kamu menutup Kitab Al Quran, maka nampaklah angka '0'. Lihat gambar di bawah. Lihat garisan kuning. Dan kembali pula kepada rupa 'segiempat'. Sekarang ini, jadilah 'segiempat' = rupa angka 0.
Cuba lihat gambar sebelah. Eh gambar tadi kan? A a... Rupa segiempat = Rupa angka '0'. Mesejnya pula, KALAU TIDAK MEMBACA KITAB AL QURAN, MAKA KOSONGLAH. Hhhmm.... kosonglah.. Apa yg kosong? Kena carilah kat mana yg kosong itu pada diri sendiri. Ambil Kitab Al Quran, lepas tu semak pada diri, ayat ini bagitau macam ini, lepas tu tanya pada diri sendiri, aku dah buat belum ayat ini? Macam tu lah... Kalau tak buat, maknanya 'kosonglah' diri dari pengisian ayat² Allah di dalam diri. Aku hanya menyampaikan bukan bermakna aku buat semua. Aku juga lemah dan masih dalam perjalanan. Aku sedang menasihati kamu dan kamu adalah aku (Aku sedang menasihati diri sendiri).
Bagaimana? Kaitannya? Seronok kan... Lubang kubur, sejadah, pintu rumah.. poster, keyboard komputer, skrin, television, bentuk angka 0 bersegi, kebanyakkannya berupabentuk 'segiempat'.
Eh apasal kau taip menda² macam ni? Sebenarnya aku ada baca satu terjemahan di dalam Al Quran. Firman Allah:
Ayat 267 dari 6236 [QS2:260]:
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati”. Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?”. Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)”. Allah berfirman: “(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu”. (Allah berfirman): “Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian² itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Itulah sebabnya, aku menaip artikel² macam ini. Aku sedang mendidik hati aku sendiri. Aku kongsi di sini dan semoga ada doa dari kamu untuk aku.
5. Angka 8 menceritakan sesuatu
Tak baca Al Quran, maka banyaklah yang kita tidak tahu. Apa yg kita tahu pula, hendaklah pula disahkan oleh yang lebih mengetahui dan mohonlah juga pertolongan Allah agar tidak disesatkan kita. Dan pengalaman aku sendiri (dari yg didengari), banyak ayat² Al Quran digunakan untuk itu, untuk ini. Itu yg didengari dari orang yg mengamalkannya. Itulah yg telah diberitahu di awal artikel, membaca Al Quran banyak hikmahnya dan yg merasainya adalah orang yg pernah merasainya. Hendak dikongsi tidaklah dapat kerana rasa hanya ada di dalam diri, tidak dapat dikeluarkan untuk dipindahkan. Sebaliknya hendaklah berusaha dengan diri yg diberi oleh-Nya. Kadang² sampai berpuluh² tahun diamalkan, barulah dapat memahami hikmahnya.
Banyak yang kita tidak alami seperti orang² yang terdahulu (zaman Nabi s.a.w dan para sahabat). Bila dah alami, baru kita tahu bahawa Al Quran itu memang penuh dengan KEBENARAN. Sebabnya aku pernah membaca satu kisah dan dalam kisah itu dia berkata 'Benarlah apa yg Nabi s.a.w katakan....'. Itu pada zaman orang² yg sempat berada bersama Nabi s.a.w (sebelum Nabi s.a.w wafat). Apatah lagi pada zaman sekarang (2014), satu demi satu kebenaran terbongkar / tertunjuk. Al Quran didatangkan dengan membawa kebenaran, pengetahuan, hikmah, cerita² dan banyak lagi rahsia yg tidak terungkapkan di dalamnya untuk membersihkan kesyirikan, kemunafikan dan kesesatan. Apabila kita buka dan baca Al Quran barulah kita tahu bahawa di dalamnya banyak PENGETAHUAN dan boleh mendatangkan KESERONOKAN pada diri. Kepada yang BUKAN ISLAM, bacalah. Kamu pun boleh baca. Yang memberi HIDAYAH adalah Allah Yang Maha Esa dan Kitab Al Quran bukanlah satu sihir sebaliknya adalah untuk memberi cahaya kepada kamu yg mana apabila kamu diberi kefahaman, kamu akan mengerti dan akan merasai keindahannya.
Orait. Lihat gambar yg aku sediakan di atas itu. 2 angka '0' membentuk 1 angka '8'. Pulak dah... muncul pula angka 2 dan 1. Maka, macam² cerita yg boleh dikeluarkan dari gambaran di atas.
Pada angka 0 ada sesuatu...
Pada angka 8 ada sesuatu...
Macamana ye? Macam ni. Pada angka 8 ada 2 angka 0. Tadi aku kata dalam angka 0 ada sesuatu. Pada angka 8 ada 2 angka 0. Dalam 0 ada sesuatu. Takpe, saje aku ulang. Maknanya ada 2 'sesuatu' pada angka 8. Aku buat contoh, katakan 8 = DUNIA. Pada 8 ada 2 angka 0. Pada angka 0 ada sesuatu. Ada 2 angka 0 dalam angka 8 = DUNIA. Angka 0 yg satu, mewakili LANGIT, dan angka 0 yg satu lagi mewakili BUMI. 2 angka 0 bercantum membentuk angka 8. LANGIT dan BUMI dicantumkan menjadilah namanya 'DUNIA'. Tempat di mana kamu berada sekarang.
Aku nak pendekkan artikel ini. Dan banyak lagilah yg boleh dikaitkan dgn angka 8 dan 2 angka 0 itu. Bila dikatakan angka 8 = Manusia, maka ada 2, Ada Dosa, ada Pahala yg sentiasa meliputi manusia. Angka '0' itu apabila dirupakan segiempat, nampaklah ia seperti sebuah kawasan. Bila dikatakan 8 = Akhirat, maka ada 2, ada Syurga, ada Neraka dan begitulah seterusnya. Dan semuanya ada di dalam Kitab Al Quran yg apabila dibuka nampak bentuk angka '8' padanya.
Maka, begitulah, buka lah Kitab Al Quran dan bacalah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Bila buka Kitab Al Quran, terbayanglah angka 8 yg berbentuk 2 segiempat. Bila tutup Kitab Al Quran, terbayanglah angka 0, yg berbentuk segiempat. Bila dikatakan 'kosong', apa akan jadi pada diri kita di akhirat kelak sekiranya kita 'balik kampung akhirat' dengan tiada pernah membuka Kitab Al Quran? Begitulah perumpaan.
Bagi manusia yg ada tangan, pasti mereka membuka Al Quran dgn menggunakan tangan. Lihatlah tapak tangan dan kaitkan dengan mesej yang di bawa oleh angka 8 yang muncul dari nombor '6236'. Mesejnya ""BUKALAH KITAB AL QURAN LAGI DAN BACALAH LAGI KITAB AL QURAN". Lihat gambar di bawah, dan perhatikan pada tapak tangan kamu. Angka '8' sudah lama berada di tapak tangan kamu.
Boleh teruskan fikir... Bab tapak tangan tu, insya Allah aku kongsikan di artikel lain. Cukuplah sampai sini... Panjang umur kita bersua lagi...
Bacalah Kitab Al Quran dan...
- Jadikanlah Al Quran sebagai penasihat kpd diri
- Jadikanlah Al Quran sebagai pembimbing fikiran dan pendapat
- Jadikanlah Al Quran sebagai pencegah hawa nafsu
- Jadikanlah Al Quran sebagai penawar penyakit di dalam dada (hati)
Ayat yg ke 1421 dari 6236 [QS10:57]:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit² (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang² yang beriman.
Mohon maaf dari semua.... Aku tak pandai mengarang. Ada salah silap, silalah tegur. Jadi begitulah perkongsian fikiran berkenaan rupabentuk Kitab Al Quran ketika dibuka ada pada nombor '6236' iaitu rupabentuk angka 8 ternampak ketika Kitab Al Quran dibuka. Ada satu lagi artikel yg terakhir yg berkaitan dgn '6236'. Pastu, tiada lagi...
Mohon maaf dari semua.... Aku tak pandai mengarang. Ada salah silap, silalah tegur. Jadi begitulah perkongsian fikiran berkenaan rupabentuk Kitab Al Quran ketika dibuka ada pada nombor '6236' iaitu rupabentuk angka 8 ternampak ketika Kitab Al Quran dibuka. Ada satu lagi artikel yg terakhir yg berkaitan dgn '6236'. Pastu, tiada lagi...
Dunia hanya sementara dan kematian itu dekat sekali.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI AKU DAN KAMU
JUMPA LAGI
JUMPA LAGI
Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.
Pengetahuan: Ayat 1425 dari 6236 [QS10:61]
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
6 itu adalah bilangan huruf RAHMAN, 2 kali RAHMAN disebut dalam surah al-fatihah di ayat yg pertama & di ayat yg ke tiga, 3 kali dilafaskan akan KEBESARANNYA akan KEBERADAANNYA apabika PEMBACAAN disetiap di surah Al-Fatihah n disetiap surah-surah kain di al-quran n disetiap masa n hari n waktu pd doa yg kita mohon n minta pdnya, dan utk yg terakhir 6(2x3=6) itu adalah huruf RAHMAN yg dilafazkan secara asal dlm Al-Quran Surah pertama AL-FATIHAH n diayatnya yg pertama n selain itu adalah Surah AR-RAHMAN n dilafazkan 2 X dlm Al-Quran Surah Al-Fatihah n Ar-Rahman n 3 kberadaanya tmptnya PERTAMA Surah Al-Fatihah(atau dlm doa kita iaitu BISMILLAHIRAHMANIRAHIM) KEDUA ia merupakan halaman Quran disbbkan terletak ditengah-tengah al-quran tak percaya Al-Quran 55:22 (Surah 110 ÷ 2 = )55:22( = 2 + 2 Ayatulnya) n KE TIGA ianya disebut dgn memperdendangkan bacaannya oleh YA RABBAL A'LAM HAMDALAH KARAMALLAH HAQQAH ALLAH AZZA WA JALLA YA DZAL JALALA WAL AKRAM di tempat perjumpaan ahli-ahli syurga di Al-Quddus yg dikenalinya RAHMAN(6) wslm
ReplyDelete