Dunia ini tempat kesusahan. Tidak kira sesiapapun, pasti ada merasai kesusahan di dalam hatinya, di dalam kehidupannya. Dalam kerja sehariannya, dalam urusan sehariannya dan dalam apa juapun, pasti ada merasai kesusahan samada sedikit atau banyak. Sebab apa ye? Sebab memang Allah ciptakan dunia ini adalah tempat untuk merasai kesusahan. Susahnya untuk amalkan agama dalam kehidupan seharian sebab dunia sentiasa membuat tipu daya. Itulah cabaran sebenar dalam kehidupan. Namun, Kesusahan Hari Ini (Untuk Agama Islam) adalah Kesenangan Yang Tiada Tara Untuk Hari Esok (Akhirat). Satu saat nanti kamu akan mati juga. Tapi bila? Hanya Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan kamu. Tapi bila? Hanya Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan kamu. Maka, setiap masa kamu kena bersedia untuk menghadapi kematian.
Aku menulis apa yg aku suka tulis. Yg benar, ambillah... Yg tidak benar, tinggalkanlah. Aku menulis hanya melepaskan apa yg ada difikiran dan bukannya untuk aku mencari apapun dgn penulisanku ini. Telah diketahui bahawa di akhirat nanti, semua apa yg kamu buat di dunia ini, akan dihisab (dibalas). Walaupun perbuatan itu hanya sebesar zarah (betapa kecilnya, betapa halusnya), di akhirat tetap diambilkira akan balasannya. Namun, apapun, silalah meneguri aku sekiranya kalian ada terkesan kesalahan dan kesilapan aku. Artikel ini bertajuk "Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5". Hiasan nama Allah dan nama Muhammad yg biasa kita lihat pada dinding² rumah, juga ada pada nombor '6236'. Mari aku tunjukkan.
1. Hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' berhuruf Arab.
Hiasan nama yg aku maksudkan adalah hiasan yg biasanya mempamerkan 2 nama yg ditulis dgn huruf Arab iaitu nama Allah dan nama Muhammad. Pada hiasan tersebut, nama Allah diletakkan di sebelah KANAN dan nama Muhammad diletakkan di sebelah KIRI. Lihat gambar di bawah. Kadang², apabila mata melihat hiasan di bawah, baru lah seseorang manusia itu ingat kpd Allah dan ingat kpd Nabi Muhammad s.a.w. Hiasan nama itu adalah untuk mengingatkan kita bahawa 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH'.
Selain dari itu, bagi umat Islam yg mengetahui, Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah. Dan juga kata² 'Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah', diabadikan dalam bentuk hiasan. Tidak pernah berpisah akan 2 nama itu dan tidak pernah berubah susunan itu. Dari sudut PENGLIHATAN, begitulah yg biasa di lihat. Ok. Cuba lihat sekali lagi hiasan di bawah.
Bagaimana? Nampakkan? Bahawa nama Allah di sebelah KANAN dan nama Muhammad di sebelah KIRI. Nama Allah dan nama Muhammad, tidak terpisah pada hiasan. Pergilah ke manapun dan apabila kamu lihat hiasan itu, kamu akan dapati ke dua-dua nama itu tidak terpisah dalam 'hiasan'.
Dipanjangkan fikir dan datanglah rasa, bahawa dalam kehidupan kita, tidak lengkap hidup kita, jika kita tidak ingat pada Allah s.w.t., tidak ingat kpd Nabi Muhammad s.a.w. Memang Nabi Muhammad s.a.w. adalah KEKASIH Allah, tetapi jangan kita lupa bahawa kita semua adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Moga² Allah MENGASIHI kita juga dan moga² kita juga dapat menjadi KEKASIH Allah. Orait. Itulah hiasan yg biasa dilihat. Namun, apakah hiasan di atas itu hanya sekadar perhiasan sahaja? Dari pemerhatian aku pada hiasan di atas, dapatlah aku taip begini;
- Pada hiasan berhuruf Arab itu, Nama Allah [Alif Lam Lam Ha - ALLH] diletakkan di sebelah KANAN.
- Pada hiasan berhuruf Arab itu, Nama Muhammad [Mim Haa Mim Da - MHMD] diletakkan di sebelah KIRI.
- Pada hiasan itu berhuruf Arab itu, 2 nama itu TIDAK PERNAH BERPISAH.
- Pada hiasan berhuruf Arab itu, ada mesej yg tersirat.
A a.. Ianya bukan sekadar hiasan sahaja. Ada sesuatu yg tersirat di sebalik hiasan itu. Itulah hiasan yg biasa dilihat. Ada ke hiasan nama Allah dan nama Muhammad yg tak biasa di lihat? Ada. Nanti aku tunjukkan.
2. Hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' Pada Nombor '6236'
Kamu telah melihat hiasan nama Allah dan nama Muhammad ditulis dgn menggunakan huruf² Arab tetapi hiasan pada nombor '6236' ini tidak ada lagi huruf² Arab. Yg ada hanyalah angka² sahaja. Nama² yg berhuruf Arab itu, aku tukar ke dalam bentuk yg berlainan yakni nama² itu aku tukar kpd bentuk 'angka'. Nanti aku tunjukkan apa kaitannya pada nombor '6236'. Apakah nombor '6236' itu?
Ya.. Nombor '6236' ini adalah nombor yg mewakili jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Bagaimana pula aku kata ada hiasan nama Allah dan nama Muhammad pada nombor '6236'? Ini hanyalah kaitan. Kaitan yg mengongsikan sesuatu. Ok. Masih ingat kpd 'Nilai Geomatrik Huruf Arab' seperti di bawah?
Apakah nilai huruf Arab "Alif Lam Lam Ha" yg membentuk nama Allah?
1. Ejaan nama Allah dalam bahasa Arab : Alif Lam Lam Ha
2. Lihat nilai geomatrik huruf Arab pada jadual.
3. Eja 'Alif Lam Lam Ha', Sebut, "Allah".
4. Nilai Alif = 1, Nilai Lam = 30, Nilai Lam = 30, Nilai Ha = 5
5. Nilai pada huruf nama Allah, Alif + Lam + Lam + Ha = 1 + 30 + 30 + 5 = 66
6. Jumlah nilai geomatrik huruf Arab yg membentuk nama Allah adalah 66.
Apakah nilai huruf Arab "Mim Haa Mim Da" yg membentuk nama Muhammad?
1. Ejaan nama Muhammad dalam bahasa Arab : Mim Haa Mim Da
2. Lihat nilai geomatrik huruf Arab pada jadual.
3. Eja 'Mim Haa Mim Da', Sebut, "Muhammad".
4. Nilai Mim = 40, Nilai Haa = 8, Nilai Mim = 40, Nilai Da = 4
5. Nilai pada huruf nama Muhammad, Mim + Haa + Mim + Da = 40 + 8 + 40 + 4 = 92
6. Jumlah nilai geomatrik huruf Arab yg membentuk nama Muhammad adalah 92.
Ok. Sekarang, sudah dapat nilai geomatriknya. Lihat di bawah.
Ok. Maka, dari hasil campuran di atas, didapati nilai huruf Arab bagi nama Allah adalah 66 dan nilai huruf Arab bagi nama Muhammad pula adalah 92. Sekiranya, huruf² 'mim haa mim da' dan 'alif lam lam ha' dihias dalam bentuk angka², ianya menjadi seperti di bawah:
Hhhmm... Tiada huruf kan? Nombor² itu datangnya dari hasil campuran nilai² geomatrik huruf Arab. 92 mewakili huruf² 'mim haa mim da' dan 66 mewakili huruf² 'alif lam lam ha'. Tapi siapa yg akan faham kalau dipamerkan begitu? Sebabnya tidak biasa melihat. Alah macam kita tengok nombor plat kereta lah. Tengok nombor plat sahaja, kita dah kenal dah siapa pemilik kereta itu. Kan? Itu pemilik kereta yg kita kenal lah. Tengok nombor plat, kenal pemilik kereta. Itu contoh.
Ok. Sekarang... Kembali kepada tajuk artikel ini, 'Hiasan nama Allah dan Muhammad ada pada 6236'. Sudah aku tunjukkan bahawa '92' adalah nombor yg mewakili huruf² Arab yg membentuk nama Muhammad dan '66' pula, adalah nombor yg mewakili huruf² Arab yg membentuk nama Allah. Jadi kembali kepada soalan, apakah pula angka yg mewakili nama Muhammad dan nama Allah pada nombor '6236'? Maka, untuk mendapatkan angka itu, aku kecilkan nilai pada '92' dan pada '66' di mana;
Mim Haa Mim Da = 92, 9 + 2 = 11, 1 + 1 = 2
Alif Lam Lam Ha = 66, 6 + 6 = 12, 1 + 2 = 3
Setelah aku buat begitu dapatlah nilai yg baru iaitu nilai 2 mewakili Mim Haa Mim Da (nama Muhammad) dan nilai 3 mewakili Alif Lam Lam Ha (nama Allah). Hiasan nama Allah dan nama Muhammad Ada Pada '6236' boleh dilihat seperti di bawah:
Nah.. begitulah.... Jadi seperti mana kamu memandang hiasan nama Muhammad dan nama Allah pada dinding yg dihias, begitulah juga yg ada pada nombor '6236'. Jika kamu memandang nombor '6236' itu seperti mana kamu memandang hiasan berhuruf Arab tadi, kamu akan dapati angka 2 (mewakili nama Muhammad) berada di sebelah 'KIRI' kamu dan angka 3 (mewakili nama Allah) berada di sebelah KANAN kamu. Masih tidak terpisah nama² itu pada nombor '6236'. Disebelah KIRI diletakkan nama MUHAMMAD [MIM HAA MIM DA] dan di sebelah KANAN diletakkan nama ALLAH [ALIF LAM LAM HA]. Maka, telah aku tunjukkan bahawa hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' ada pada nombor '6236' tetapi ianya dalam bentuk angka² seperti di atas.
- Angka 2 mewakili nama MUHAMMAD; dan
- Angka 3 mewakili nama ALLAH.
Dari pemerhatian, secara tersiratnya, nilai angka 3 lebih besar dari nilai angka 2 dan itu menunjukkan bahawa Allah Maha Kuasa, Tuhan Semesta Alam. Allah lah yg menurunkan ayat²Nya yg berjumlah 6236 itu kpd Nabi Muhammad s.a.w dan diabadikan di dalam Kitab Al Quran untuk dijadikan pelajaran dan diambil pengajarannya oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. Ada lagi yg tersirat ke? Ada. Mari aku tunjukkan.
3. Ketersiratan hiasan berbentuk angka '2' dan '3' pada '6236'.
Maaf dimohon kerana aku suka fikir perkara² macam ini. Aku memandang hiasan di dinding rumah, di dinding masjid, di dinding surau serta di dinding² yg ada hiasan itu dan aku berfikir, Kenapa manusia letakkan nama Allah di sebelah KANAN dan nama Muhammad diletakkan di sebelah KIRI? Aku fikir lagi, mungkin di tempat lain pun ada hiasan yg begitu tapi di mana? Antaranya, aku telah tunjuk bahawa hiasan nama Allah dan nama Muhammad itu juga ada pada nombor '6236' tetapi ianya dalam bentuk yg berlainan (bentuk angka).
Fikir itu datang dgn sendiri. Maafkan aku. Dan aku fikir lagi, takkan lah sekadar hias macam nie je, mesti ada sesuatu yg tersirat di sebalik hiasan nama ini, yg dapat aku fahami. Bila aku faham, aku kongsi. Aku fikir lagi... Itulah.. Di mana lagi adanya hiasan nama Allah dan nama Muhammad ini? Pada dinding sudah ada, pada nombor '6236' pun sudah ada. Di mana lagi adanya hiasan nama Allah dan nama Muhammad ini? Cuba pandang hiasan di bawah.
Sambil memandang hiasan di atas, cuba letakkan tangan kanan kamu di dada kanan, katakan "di sini HATI". Ouh.. nama Allah di Hati. Letakkan pula tangan kiri di dada kiri dan katakan "di sini JANTUNG". Ouh.. nama Muhammad di Jantung. Pada dada kamu, di sebelah kanan, ada HATI di dalamnya dan di sebelah kiri, ada JANTUNG di dalamnya. Seperti mana yg kamu lihat pada hiasan nama Muhammad dan nama Allah yg tidak terpisah, begitulah juga TIDAK TERPISAHNYA JANTUNG DAN HATI KAMU. Nabi Muhammad s.a.w itu adalah KEKASIH Allah. Bagaimana sekiranya jantung dan hati kamu, kamu gunakan untuk kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w? Apakah Allah tidak mengasihi kamu sekiranya kamu kasih kpd KEKASIH Allah? Moga² Allah juga mengasihi kamu. Sebab itu Nabi s.a.w pernah bersabda:
Dari Anas r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya."
Kenapa perlu mencintai Rasulullah s.a.w lebih dari kedua orang tuanya? Lebih dari anak²nya? Lebih dari manusia semuanya? Sebab Rasulullah s.a.w telah banyak memberi petunjuk kepada kamu untuk menyelamatkan kamu dari kesesatan di dunia ini, selamatkan kamu dari api neraka. Rasulullah s.a.w lah yg menyampaikan ayat² Allah yg berjumlah 6236 itu di dalam Kitab Al Quran kepada manusia di dunia ini. Lihat Rasulullah s.a.w kata "Tidak sempurna keimanan seseorang...." Apabila kamu kasih kepada Rasulullah s.a.w, moga² Allah juga kasih kepada kamu kerana kamu kasih kepada KEKASIH-NYA. Mungkin itulah yg tersirat di sebalik kata² Rasulullah s.a.w itu. Kasih kepada manusia belum tentu Allah akan kasih kepada kamu. Wollohua'lam. Selawat kpd Nabi s.a.w sekarang....
Aku taip sikit² je... Utk fahaman yg lebih, kena teruskan perjalanan... Mungkin tiada di sini..
4. Cerita di sebalik angka hiasan '2' dan '3' pada '6236'.
Cuba lihat kaitan angka '2' dan '3' dgn nombor '6236' di bawah:
Sekali lagi, letakkan tangan² kamu di dada kamu dan pandanglah pada hiasan di atas. Pandang pula pada angka '2' dan angka '3'. Apakah yg tersirat? Aku ringkaskan.
Letakkan tangan kanan pada hati kamu.
Angka 3 itu, duduknya di HATI. Lantas ianya menggambarkan bahawa pada hati kamu perlu ada 3 perkara iaitu IMAN, ISLAM dan IHSAN. IHSAN adalah yg tertinggi sekali di mana manusia yg ada ihsan di hatinya akan sentiasa merasakan bahawa di mana sahaja dia berada, Allah sedang memerhatikannya.
ALLAH SEDANG PERHATIKAN KAAAMUUUUUUU....
Bukan senang nak IMANkan hati, bukan senang nak ISLAMkan hati, dan bukan mudah nak IHSANkan hati. Kena berlatih setiap masa. Sebelum itu mari kita imbas maksud Islam, Iman dan Ihsan.
- Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu.
- Iman adalah Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
- Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau.
Bacaan selanjutnya: http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-2-iman-islam-dan-ihsan/
Letakkan pula tangan kiri pada jantung kamu.
Angka 2 itu pula duduknya di JANTUNG. Lantas ia menggambarkan di situlah nyawa kamu. Jantung berhenti berdegup, matilah kamu. Apa yg '2' itu? Itulah, nyawa yg dipinjamkan kpd kamu untuk kamu hidup di dunia ini hendaklah digunakan untuk 2 perkara iaitu TAAT kepada perintah ALLAH dan JAUHI larangan ALLAH. Mengapa nama Muhammad di sebelah KIRI? Yang menyampaikan 2 perkara iaitu perintah² dan larangan² Allah kepada kamu adalah Nabi Muhammad s.a.w (melalui sabda² baginda s.a.w). Jantung berhenti, maka matilah kamu, TIDAK SEMPAT NAK RASA NIKMAT DALAM TAAT KPD ALLAH, KPD RASUL, TIDAK SEMPAT NAK RASA NIKMAT DALAM MENJAUHI LARANGAN ALLAH, LARANGAN RASUL. Bila kamu mati, yg tinggal hanyalah HATI (tempat simpanan amal), yakni tinggallah 3 perkara. Apa 3 perkara itu?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali 3 perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)
Ya.. Hanya 3 itu sahaja yg tinggal selepas mati. Nak beramal lagi tak boleh dah sebab dah mati. Maka, begitulah yg dapat difahami secara ringkas kaitan angka '2' dan '3' iaitu HATI dan JANTUNG. Ringkas sahaja. Nak panjang, nanti aku huraikan di lain artikel. Jadi, begitulah kaitan. Pada nombor '6236' pun ada hiasan yg tersembunyi. Hiasan yg sering kamu lihat pada dinding² ada juga pada nombor '6236' dan AKHIRNYA, hiasan nama Allah dan nama Muhammad itu ada pada diri kamu sendiri. Cuma diri kamu sendirilah yg perlu menghiaskannya. Menghiaskan JANTUNG dan HATI? Macam susah je dengar kan? Dengar pun susah, apatah lagi nak hias. Bila dah hias, dapatlah rasa keindahannya. Contoh² keindahan, seperti kegembiraan di hati, ketenangan di hati dan sebagainya. Hhhmmm... Samalah aku ni, cakap je boleh. Pernah tak dengar manusia berkata "DIALAH JANTUNG HATIKU". Pernah? Ok. Maka, begitulah perkongsian yg ringkas panjang ini.
5. Mohon maaf dari semua.
Begitulah perkongsian 'Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5' ini. Apapun, aku mohon maaf andai ada salah dan silap aku dalam berbicara. Semua manusia akan kembali kepada Allah. Apapun bagi aku, perhiasan hanyalah sekadar PERHIASAN. Firman Allah:
Ayat 3312 dari 6236 [QS28:60]:
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
Bila baca terjemahan ayat ini, kamu kena jawab soalan itu pada diri kamu sendiri. Kamu kena fikir untuk dapatkan faham. Apakah apa sahaja yg kamu terima di dunia ini hanyalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasan? Kadang² dgn nikmat yg kamu dapat, kamu hias itu hias ini, kamu tidak gunakan pun nikmat itu untuk mencari kebahagiaan di akhirat dan sebab itulah nikmat yg diberikan itu ianya hanya jadi perhiasan untuk dunia. Apakah Allah pandang pada semua perhiasan duniawi itu? Wollohua'lam, sedangkan apa yg di sisi oleh Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Apakah itu? Itulah janji² Allah yg banyak di dalam Al Quran (6236 ayat).
Ayat 3313 dari 6236 [QS28:61]:
Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang² yang diseret (ke dalam neraka)?
SEMOGA KITA TIDAK TENGGELAM DALAM KENIKMATAN HIDUP DUNIAWI SEMATA DAN TIDAK DISERET KE NERAKA KELAK DISEBABKAN KECUAIAN KITA DALAM PENGGUNAAN NIKMAT YG DIBERIKAN. BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH MENGHIASI HATI...
Aku mohon maaf dari kalian semua... Aku bukanlah orang yg berilmu, cuma aku suka berfikir. Aku tak tahu, aku rasa aku jahil di sisi Allah. Artikel ini tidaklah lengkap sempurna kerana ianya hanya perkongsian. Aku hanyalah musafir di dunia ini yg datang hanya seketika untuk mengenali Pencipta dunia ini dan akan kembali pulang kepadaNya jua.... Aku sedang menasihati diri aku sendiri dan aku kongsi di sini. (Moga² ada doa dari kalian untuk diriku yg aku rasakan aku ini hina di sisi Allah). Doakanlah sesuatu untuk aku.... Doalah...
Terima kasih, semoga Allah memberikan juga kepada kamu apa yg kamu doakan untuk aku. Ameen.
Sampai sini sahaja 'Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5'. Jumpa lagi di artikel seterusnya, juga pasal ketersiratan yg ada pada '6236'. Ingat, di HATI kamu, telah ada hiasan nama Allah (kamu makhluk ciptaan Allah) dan di JANTUNG kamu juga telah ada hiasan nama Muhammad s.a.w (kamu umat Nabi s.a.w). Tinggal lagi, kamu yg perlu menghiaskannya (guna kedua-duanya untuk taat kpd Allah dan Rasul) agar kamu menjadi lebih indah (dalaman kamu). Dalam HATI ada bermacam-macam rahsia. Siapa yg jumpa dia lah yg dapat rasa (ustaz cakap). Sama²lah kita mencarinya di dalam '6236' (ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran) dan di mana jua... Dunia hanyalah sementara...
Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.
Pengetahuan: Ayat 2147 dari 6236 [QS18:7]
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
angka = 6-2-3-6
ReplyDeletejika angka 2 dan 3 dikalikan maka akan jadi 6
jika digabungkan jadi 6-6-6 (angka antikris)
jadi Allah & Muhammad adalah antikris
itu kan menurut versi Bible bahwa angka anti-kris adalah 666... :)
ReplyDeletekalau angka 6 + 2 + 3 + 6 = 17? jumlah rakaat sholat?