Setiap hari, 'mungkin' kamu melihat / menulis TARIKH. Dalam bahasa Arab, Tarikh bermaksud 'Sejarah'. Bila sebut 'sejarah', sudah pasti ianya membawa ingatan kamu ke peristiwa yg telah berlaku pada masa yg telah berlalu. Dalam 'masa yg telah berlalu' itu, ada peristiwa penting yg telah berlaku. Setiap orang manusia akan ada sejarah dalam kehidupannya. Kata² yg biasa disebut seperti 'semalam', 'kenangan', 'perkara yg sudah lepas', 'hari kejadian' dan sebagainya, juga adalah 'sejarah'. Begitulah, kaitan Tarikh dgn Sejarah. Tarikh Sejarah. Contoh Tarikh Lahir. Sejarahnya berkaitan dgn kelahiran.
Misalnya, kamu dilahirkan pada 21.12.2013 atau 21 Disember 2013 (Hari Sabtu). Apabila tiba masa di mana "hari" berTarikh = 21.12.2014 atau 21 Disember 2014 (Hari Ahad) nanti, kamu akan diucapkan "Selamat Hari Lahir (kalau diucapkan)" sebabnya manusia mengetahui bahawa hari yg ber'HariBulan = 21.12' itu, salah satu sejarahnya adalah hari kamu dilahirkan. Jadi, itulah antara contoh yg dinamakan "Hari Ini Dalam Sejarah".
Di sini, nampaklah kita bahawa "Hari Ini" lebih merujuk kepada angka² pada "HariBulan"nya sahaja kerana ianya adalah ANGKA YG SAMA. Nilai pada 'Tahun' sudah tentu semakin bertambah dan TIDAK AKAN PERNAH BERULANG. Manakala, "HariBulan" dan nama Hari sentiasa berulang (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu). Masa yg "bergerak / berjalan" akan sentiasa membawa "Tarikh" bersamanya. Bila tiba je tarikh 21.12 pada setiap tahun, kamu akan mengingati Tarikh Lahir kamu yg ber"Tarikh = 21HariBulan12". Begitulah contohnya.
Ok. Banyak pulak sembang. Maka, begitulah ceritanya pasal 'tarikh' dan 'sejarah'. Tajuk artikel ini adalah " Tarikh Ayat Al Quran Terakhir Diturunkan Ada Pada '6236' ". Telah diketahui bahawa ayat Al Quran yg TERAKHIR yg disusunkan di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236. Apa 6236 tu?
Kenapa kaitkan dgn '6236'. Sebab '6236' adalah nombor jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran dan pasti ada sesuatu pada nombor ini kerana ianya datang dari Kitab Al Quran. Disebabkan perkataan 'TERAKHIR' itulah, aku kaitkan "Tarikh Ayat Al Quran TERAKHIR diturunkan" ini dengan "nombor ayat Al Quran yg TERAKHIR di dalam Kitab Al Quran" iaitu ayat yg ke 6236'. Apa yg aku nak kongsi lagi ni? Jom...
1. Sejarah Ayat Al Quran terakhir diturunkan.
Sebelum aku kongsi apa yg ada pada '6236', aku ceritakan secara ringkas (je) berkenaan sejarah yg terjadi sebelum ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Sejarah ke ni? Sejarahlah ni. Sejarah Islam. Aku pun tak tahu bagaimana kisah yg sebenar benar benarnya sebab terlalu banyak riwayatnya tetapi suasana dalam sejarah itu tidaklah terlalu jauh berbeza. Hanya Allah Maha Mengetahui yg sebenarnya. Begini sejarahnya (kisahnya) yg aku pendekkan....
Padang Arafah |
Bagaimana perasaan kamu apabila mendengar kata² Nabi s.a.w yg sedemikian? Kata² 'mungkin sahaja setelah tahun ini, aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian di tempat ini untuk selamanya???' Manusia yg disayangi, yg dikasihi akan pergi meninggalkan kita... Boleh hayati sekejap.... Rasa sebak tak? Hhhmm....
Bacaan selanjutnya di : http://nabilmufti.wordpress.com/2012/04/05/haji-wada-haji-perpisahan-rasulullah-saw/
Bacaan selanjutnya di : http://jabotabekinfo.blogspot.com/2012/01/pesan-dan-amanat-terakhir-rasulullah.html
Bacaan selanjutnya di : http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/13/10/14/mumxkn-empat-amanat-rasulullah-saw-di-padang-arafah
Bacaan selanjutnya di :: http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Wada%27
Dalam khutbahnya yg terakhir itu jugalah Nabi s.a.w berwasiat:
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa baginda s.a.w bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah (Kitab Al Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w,"
Setelah Nabi s.a.w selesai memberikan khutbahnya yg terakhir di Padang Arafah, maka turunlah wahyu yg terakhir kepada Nabi s.a.w iaitu dari maklumat sejarah, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan adalah ayat ke-3 dalam Surah Al-Maidah (Surah ke-5 dari 114 surah) atau ayat yg ke 672 dari 6236 ayat yg disusun di dalam Kitab Al Quran.
Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
Padang Arafah : Ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di sini |
Maka, begitulah sedikit ringkasan kisah sejarah ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah.
2. "PADA HARI INI" mendatangkan persoalan pada diri.
Pada hari ini (boleh sambung ayat sendiri).. Macam² ayat boleh disambungkan. "Pada hari ini aku telah menaip artikel". "Pada hari ini, aku putuskan pertunangan ini". Itu contoh. Tetapi cuba baca terjemahan Firman Allah di bawah ini:
Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
...PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...
Apabila aku baca terjemahan ayat 672 (dari 6236) di atas, aku bertanya pada diri sendiri, "PADA HARI INI?". Hari ini hari Selasa, kataku. Aku baca lagi untuk hari² lain. Bila ditanya lagi, "PADA HARI INI?" Hari ini hari Jumaat, kataku. Memang aku seorang yg bodoh (baik jangan dibaca artikel yg aku taip ini). Aku tak puas hati. Aku cari APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "PADA HARI INI". Bila dan apakah yg berlaku "pada hari ini" dalam ayat 672 [QS5:3] tu? Aku cari... cari... cari.... dan... dan telahpun aku kongsi seperti kisah di atas.
Sebenarnya "pada hari ini" itu adalah hari di mana Nabi s.a.w melaksanakan ibadah Haji yg TERAKHIR di Padang Arafah dan pada hari yg sama juga, Nabi s.a.w menyampaikan khutbahnya yg TERAKHIR dan pada hari yg sama juga, ayat Al Quran yg TERAKHIR telah diturunkan di Padang Arafah. Dalam ayat itu, Allah s.w.t telah memberitahu (melalui Malaikat Jibril a.s) kpd Nabi s.a.w bahawa "telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu" dan Nabi s.a.w telah sampaikan wahyu yg terakhir itu kpd umatnya pada waktu itu. Bagi manusia yg mendengarnya pada waktu itu, pasti akan menyampaikannya pula kpd manusia yg lain yg tidak hadir di situ dan akhirnya, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan itu juga telah sampai kpd kamu yg sedang membaca ini (termasuklah aku). Lihat Surah 5, ayat 3. Itulah ayat Al Quran yg terakhir diturunkan.
Agama Islam sudah sempurna pada hari itu. Sudah dicukupkan nikmat dalam beragama Islam. Banyaknya nikmat dalam beragama Islam (bagi yang merasai). Nak tahu nikmat²nya, bacalah kisah² sahabat baginda s.a.w dalam perjuangan mereka menegakkan kalimah "Laa Illa Ha Illallah Muhammadur Rasulullah". Juga telah diredhai agama Islam itu untuk dianuti dan diamalkan. Allah dah bagitau di dalam Al Quran. Itulah hari yg bertuah, hari di mana umat Islam mendapat berita yg menggembirakan. Berita itu sudah ada di dalam Al Quran. Agama Islam adalah agama yang sempurna. Tinggal lagi, si penganut agama itu sahaja yg belum sempurna untuk mengamalkan agama Islam yg sempurna itu dalam kehidupan seharian termasuklah diri aku sendiri. Tetapi janganlah pula ada rasa di dalam hati bahawa diri kamu telah sempurna apabila mengamalkan agama Islam kerana Yang sempurna hanya Allah Maha Sempurna. Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa apa-apapun.
Sesuatu yg dikatakan sempurna itu, sebenarnya ianya masih belum sempurna selagi Allah tidak menyempurnakannya. KESEMPURNAAN ITU ADA DI AKHIRAT. TUNGGU. Maka, ayat 3, surah 5 adalah ayat yg menyatakan bahawa agama Islam telah sempurna pada masa itu. Sebab apa Allah kata "telah sempurna"? Sebabnya, apa yg Nabi s.a.w dan para sahabat buat sudah cukup untuk kita jadikannya sebagai kayu pengukur keimanan kita. Maka, sebab itulah kita kena ikut sunnah Nabi s.a.w dan juga bagaimana perjuangan para sahabat dalam usaha mereka menegakkan kalimah "Laa Illa Ha Illallah Muhammadur Rasulullah". Apa pula yg sudah berlaku pada diri kamu 'PADA HARI INI'?
Kembali kpd kata² 'PADA HARI INI' dalam terjemahan ayat 672 (dari 6236) itu. Sejarah yg berlaku "pada hari ini" dalam ayat tersebut telah kita ketahui tetapi hari apakah itu? Lihat maklumat sejarah di bawah:
Akhirnya persoalan "PADA HARI INI" terjawab. Hari di mana Nabi s.a.w melakukan ibadah haji yg terakhir dan Hari di mana Nabi s.a.w menyampaikan khutbahnya yg terakhir dan Hari di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Jadi, itulah sejarah yg perlu diketahui. Itulah sejarahnya.
Dari maklumat, telah diketahui bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan pada HARI JUMAAT (selepas waktu asar), berTarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10 (Kalendar Islam) atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam). Seterusnya, tarikh² ini, aku akan tunjukkan kaitannya dgn nombor '6236'. Bagaimana nombor '6236' ini memberitahu kpd kita bahawa TARIKH ayat Al Quran yg terakhir diturunkan itu juga ada padanya (ada pada 6236). Hanya TARIKHnya sahaja.
3. 'Tahun' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada tercatat pada '6236'.
Telah diketahui, bahawa ayat TERAKHIR di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236 (sistem 6236) tetapi ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan adalah ayat 672 (dari 6236) iaitu ayat 3, Surah Al Maidah, Surah 5. Ayat itu diturunkan pada 9 Zulhijah 10H = 6 Mac 632M. Waktu aku menaip artikel ini, tahunnya adalah tahun 2013. Tahun 2013 Masihi = Tahun 1435 Hijrah. Apabila aku memasukkan data Tarikh 9 Zulhijah 10H ke dalam 'Sistem Date Converter', sistem menunjukkan hasil seperti di bawah:
Maka, terbuktilah (dari sistem) bahawa Tarikh 9 Zulhijah 10H / 9.12.10 (Kalendar Islam) bersamaan dengan 6 Mac 632M / 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam) dan kelihatan Tahun 10H = 632M. 'Tahun 632' ini juga tertunjuk pada nombor '6236'. Lihat gambar di bawah dan baca dari kanan ke kiri.
Maka, secara kaitannya, Tahun di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan iaitu Tahun 632M ada tertunjuk pada '6236'. A a kan? Macamana boleh sama pula? Aku pun tak tahu. Maka, benarlah berdasarkan maklumat, bahawa Tahun 632M adalah tahun di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan ke dunia ini kerana ianya juga tertunjuk pada nombor '6236'. Alah kiranya nombor '6236' ini bertindak sebagai pengesah lah kpd Tarikh 9 Zulhijah 10H / 9.12.10 (Kalendar Islam) bersamaan dengan 6 Mac 632M / 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam). Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa Tahun 632 (bersamaan 10H) adalah TAHUN di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan. Apa '6236' tu?
Selingan:
Tahun 632M = Tahun 10Hijrah.
Ikut tahun Masihi : 2013 (tahun sekarang) - 632M = 1381 tahun sudah berlalu.
Ikut tahun Hijrah : 1435 (tahun sekarang) - 10H = 1425 tahun sudah berlalu.
Jumlah perbezaan tahun tidak sama. Sepatutnya kena sama lah kan? Inilah yg aku sedang fikir ni, di manakah hilangnya 'perbezaan' itu? Jika ditolak 1425 - 1381 = 44 tahun berbeza. Hhhmm... Takpe. Yg mana satu hendak diikuti? Aku ikut yg Hijrah punya. Maka, 1425 tahun yg sudah berlalu
- 1425 tahun yg lalu, ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah
- 1425 tahun yg lalu, telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa agama Islam sudah sempurna.
4. 'Hari' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada tercatat pada '6236'.
Sekarang ini pula, nombor '6236' akan mengesahkan maklumat yg mengatakan bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada Hari Jumaat. Ini hanyalah kaitan. Cuma kaitannya ada pada '6236' ini, sebabnya aku memandang ada 'sesuatu' pada 6236 ini. Jangan salah faham. '6236' ini adalah jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Bagaimana nombor '6236' ini nak sahkan maklumat Hari Jumaat tu? Ok, perhatikan susunan hari yg kita amalkan adalah seperti begini;
Ahad : Hari ke-1
Isnin : Hari ke-2
Selasa : Hari ke-3
Rabu : Hari ke-4
Khamis : Hari ke-5
Jumaat : Hari ke-6
Sabtu : Hari ke-7
Ada negeri di Malaysia yg mengamalkan hari bekerja normal mereka adalah dari Hari Ahad hingga Hari Khamis. Apa masalahnya? Takde masalah cuma turutan hari tu je yg cantik. 1,2,3,4,5. Cukup 5 hari normal bekerja. Apapun, cuba lihat susunan hari tu. Hari ke-6 tu adalah Hari Jumaat. Telah diketahui dari maklumat bahawa Hari Jumaat adalah hari di mana ayat Al Quran TERAKHIR diturunkan. Tadi, nombor '6236' telah sahkan bahawa maklumat 'Tahun 632' adalah benar. Sekarang, nombor '6236' akan sahkan pula maklumat 'Hari Jumaat'. Lihat gambar di bawah:
Nampakkan? Jadi, begitulah secara kaitannya. Hari yg ke-6 (dalam seminggu) adalah Hari Jumaat. Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa Hari Jumaat iaitu Hari ke-6 adalah HARI di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan. Sekali lagi, lihat maklumat di bawah:
Dua maklumat berkenaan ayat Al Quran terakhir yg diturunkan telah disahkan oleh nombor '6236' iaitu Tahun 632M (10 Hijrah) dan Hari Jumaat.
5. 'HariBulan' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada pada '6236'. Sekarang ini pula, nombor '6236' akan mengesahkan maklumat yg mengatakan bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada HariBulan '9 Zulhijah / 9HariBulan12 / 9.12 atau 6 Mac / 6HariBulan3 / 6.3'. Ini hanyalah kaitan. Dalam 'TAHUN', ada 'BULAN' dan ada 'HARI'. Apabila ketiga-tiganya bergabung, maka jadilah ia 'TARIKH'.
**Dalam 'TAHUN', ada 'BULAN' dan ada 'HARI'.
Untuk yg ini, nombor '6236' akan sahkan maklumat yg mengatakan ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada 9 Zulhijah / 9.12 / 9HariBulan12. Lihat angka '2' merah dalam gambar. Bulan Zulhijah adalah Bulan 12 dan disebut 'DUA belas'. Perkataan 'DUA' disebut dulu. Nak pilih bulan 2 atau bulan 12? Ok. Jika ditulis '2' sebagai 'DUA', aku ternampak ada sesuatu dalam perkataan 'DUA'. Perkataan 'DOA' juga ada ditulis sebagai "Dua atau Du'a". Dari maklumat, sudah diketahui bahawa, ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan di Padang Arafah dan hari tersebut juga telah dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah juga dikenali sebagai Hari BerDOA. Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah". Maka dari situ, dari kaitan 'DUA' dgn 'DOA' dgn "DU'A", aku pilih, angka 2 pada 6236 mewakili Bulan DUA Belas atau Bulan Zulhijah.
Tinggal lagi 2 angka iaitu 36 / 63. Dalam bulan² biasa, mana ada jumlah hari dalam bulan tersebut jumlahnya adalah 36 atau 63. Bulan Zulhijah mana ada jumlah harinya sampai 36 hari atau 63 hari, sedangkan hari dalam Bulan Zulhijah cuma berjumlah 30 hari sahaja. Untuk mengecilkan nilai nombor ini, aku tambah antara keduanya, 3+6 / 6+3 = 9. Dapatlah, 9 Zulhijah. Ini hanyalah kaitan. 9 Zulhijah bermaksud hari yg ke-9 di dalam bulan Zulhijah. Bacaan tarikh adalah 9 Zulhijah bukannya Zulhijah 9. Maka, terkaitlah sudah Tarikh 9 Zulhijah 10H atau 6 Mac 632M atau 9.12.10 atau 6.3.632M dgn nombor '6236'. Tarikh tersebut adalah tarikh di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Jika dibaca nombor '6236' dalam gambar tu dari kanan ke kiri bunyinya begini, 9 Zulhijah, Hari Jumaat. Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa 9HariBulan12 (9 Zulhijah) adalah HariBulan di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan.
Maka, begitulah kaitan ini. Banyak juga maklumat yg ada pada '6236' ini. Persoalannya, kenapa angka² pada tarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10H atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 itu ada pada '6236'? Apakah memang nombor '6236' itu telah memberitahu kpd kita akan mesejnya tetapi kita sahaja yg tidak tahu. Apapun, telah aku kaitkan di atas dan yg paling nyata tertunjuk pada nombor "6236" adalah Tarikh "6.3.632" yakni, semua angka²nya sama dgn apa yg ada pada '6236'. Tarikh apakah itu? Ya.. Itulah Tarikh di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan ke dunia ini kepada Nabi s.a.w di Padang Arafah. Suka aku ingatkan bahawa;
Kenapa aku taip benda² macam ini? kerana aku tahu di luar sana masih ramai musuh² Islam. Kalaulah pada nombor '6236' sahaja telah terselindung banyak maklumat, apatah lagi pada ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran yg dapat kita kaitkan dgn kehidupan seharian. Ouh... banyak. Kata orang ilmu ini "Semakin digali, semakin luas, semakin dikorek, semakin dalam". Rajin mencari, insya Allah dapatlah. Dapat apa? Aku pun tak tahu. Tapi "dapatlah". Bila dah dapat? Bila dah dapat, orang kata lagi SIAPA "MAKAN" DIA "RASA". SIAPA "ALAMI" DIA "FAHAM" (dengan izin Allah). Apabila seseorang manusia itu sudah dapat merasai kelazatan dalam beragama Islam, dunia sudah tiada lagi di dalam hatinya tetapi orang itu bukanlah aku.
6. Bermulanya sejarah tarikh 9 Zulhijah 10H.
11 Disember 2012 = 11.12.2012 = Hari Selasa
11 Disember 2013 = 11.12.2013 = Hari Rabu
11 Disember 2014 = 11.12.2014 = Hari Khamis
Nampak tak? Tahun tidak sama, hari tidak sama tetapi HariBulan tetap sama iaitu 11.12 atau 11 Disember.
Begitulah juga dgn tarikh 9 Zulhijah 10 Hijrah (Kalendar Islam). Tahun dan
waktu aku menulis artikel ini adalah tahun 1435 Hijrah. Sudah 1425
(1435-10) tahun berlalu. Nanti, bila tiba 9 Zulhijah pada setiap tahun, dua
sejarah besar akan kembali iaitu Hari Wukuf (Hari Arafah) di Padang Arafah pada 9
Zulhijah dan Hari Raya Haji (Aidiladha) pada 10 Zulhijah. Dan ini secara
kaitan pada angka²nya dapatlah ditunjukkan bahawa pada tarikh sejarah 9 Zulhijah 10H (tarikh ayat Al Quran terakhir diturunkan) seperti di bawah.
Dan secara tidak langsung, hari bersejarah umat Islam ini mudah diingati... :), Itu je aku nak bagitau keindahan yg ada pada tarikh 9 Zulhijah 10H.
7. Pengajaran pada diri dari apa yg dikongsi.
Hiasan |
Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
...PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...
Andai kamu mendengar ayat ini pada 9 Zulhijah 10H... Pasti manusia yg telah berusaha ber-sungguh² dalam mengamalkan agama Islam dalam kehidupan sehariannya, rasa gembira. Alangkah gembiranya setelah kamu mengetahui apa yg kamu amalkan telah sempurna, telah cukup nikmat untuk kamu yg disediakan di akhirat dan telah diredhai agama Islam itu sebagai agama yg kamu amalkan kerana kamu tidak merosakkan agama sendiri dgn kelakuan sendiri. Tiada lagi yg lebih gembira selain mendengar ayat ini dikatakan kepada diri kamu sendiri. JANGAN BERANGAN SAHAJA, USAHA KENALAH BUAT. Apapun yg paling penting adalah manusia telah diberitahu bahawa Agama Islam adalah agama yg sempurna dan juga telah diredhai oleh Allah untuk diamalkan. Tetapi aku manusia yg lemah dan masih terus berusaha untuk menyempurnakannya (cara hidup Islam).
Begitulah kisah, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan pada Hari Jumaat, bertarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10H atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 dan tarikh² itu telah disahkan (secara kaitan) oleh 6236 iaitu satu nombor yg mewakili jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. A a.. Memanglah setiap sesuatu itu ada AKHIRnya. Kamu sendiri tidak tahu bila waktu TERAKHIR kamu di dunia ini. Bagaimana jika kamu mati dalam keadaan tidak ingat kepada Allah? Sedang asyik kamu mengumpat (tidak ingat Allah), tiba-tiba kamu mati, macamana? Sedang asyik kamu berseronok (tidak ingat Allah), tiba-tiba kamu mati, macamana?
Sebab itulah, walau ke mana kamu pergi, walau apa pun kamu buat, kamu hendaklah sentiasa berniat baik kerana Allah dan ingatlah Allah sentiasa. Aku pun kadang² TERGELINCIR. Aku ni taip sahaja (menyampaikan sahaja). Itulah yg manusia selalu sembang pasal 'Husnul Khatimah - mati dalam keadaan baik'. Bagi aku, mati dalam keadaan baik ini, bukanlah jasadnya yg berada dalam keadaan baik tetapi HATINYA YANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK. Kalau pakai jubah, purdah sekalipun, zahirnya sudah baik tetapi kalau mengumpat juga bermakna hatinya masih tidak berada dalam keadaan baik. Eh.. Orang yg tak tutup aurat tu hatinya baik daripada orang yg tutup aurat. Betul hatinya baik tetapi hatinya pula tidak beriman kpd Allah sbb tidak ikut perintah Allah. Sbb Allah telah perintahkan supaya tutup aurat. Iman tu apa? Iman tu adalah PERCAYA dan YAKIN. Itu sahaja.
Zahir kamu akan menjadi semakin tua setiap kali dipanjangkan umur. Aku akan semakin tua dan kamu juga akan semakin tua dan sejarah demi sejarah akan terjadi di sepanjang laluan kehidupan aku dan kamu sehinggalah aku dan kamu meninggalkan dunia ini (mati). Sejarah 'terakhir' di dunia bagi setiap manusia yg hidup adalah pada 'saat' kematiannya. 'Saat' itu, tidaklah diketahui akan datang pada tarikh apa. 'Saat' kematian yg menjadi rahsia Allah. Selepas seseorang manusia itu sudah meninggalkan dunia ini, barulah ada tarikh kematiannya. Selagi tidak sempurna umur seseorang manusia itu di dunia ini, selagi itulah dia akan dihidupkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah:
Ayat 849 dari 6236 [QS6:60]:
Dan Dia-lah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia (Allah) membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.
Bila kamu sudah meninggalkan dunia (mati) ini, barulah 'sejarah kamu' di dunia ini akan diperingatkan kembali di akhirat nanti. Naah... Bayangkan, dalam sehari berapa banyak sejarah yg kita ada? Sejarah PAHALA dan SEJARAH DOSA. Fuuh...
Maka, setakat ini sahajalah apa yg terkandung dalam 'Tarikh Ayat Al Quran Terakhir Diturunkan Ada Pada '6236' - 2 of 5. Aku akan sambung lagi dalam artikel yg seterusnya juga pasal '6236'. Apakah lagi cerita yg ada di sebalik nombor '6236' ini? Tunggu... Semoga berjumpa lagi, aku mohon maaf atas segala kekurangan dan lebihan dalam berkata².
Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.
Ayat Al Quran Terakhir diturunkan: Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]
PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu
Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
No comments:
Post a Comment