Gambar Hiasan |
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka? Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
Gambar Hiasan |
Pengajaran di dalam kisah ini:
Dalam agama Islam, apa yg sy amati adalah untuk berbuat sesuatu itu hendaklah kerana Allah semata-mata dan bukan kerana itu atau kerana ini. Sentiasalah kita memperbetulkan niat kita. Tapi susah juga kan nak perbetulkan niat kita? Perhatikanlah soalan para sahabat yang ditanya kepada Rasulullah s.a.w di dalam kisah di atas : "Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka?" Berjuang habis-habisan, akhirnya ke neraka juga kerana perjuangan bukanlah kerana agama Allah. Hidup adalah satu perjuangan. Semoga perjuangan hidup kita adalah kerana agama Allah semata-mata. Membaca kisah-kisah dulu adalah untuk mengambil pengajaran di dalamnya serta peringatan. Moga² cerita yang benar itu dapat menguatkan hati kita. Ada ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan berita². Firman Allah:
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
■ Hud, 120 ■
Selagi diberi masa (nyawa), selagi itulah kita berpeluang untuk berubah. Semoga dipermudahkan Allah. InsyaAllah..
Berita² di alam internet maya pun ada memberitakan bahawa ada manusia yang mendapat hidayat Allah, lalu mereka memeluk agama Islam. Semoga Allah pilih kita untuk diberi taufik hidayat-Nya dan memberikan kepada kita kekuatan serta fahaman yang benar untuk terus menegakkan agama-Nya seperti mana yang telah ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w..
Wallahu a’lam..
PERINGATAN : Surah Al Baqarah, ayat 193
Dan perangilah mereka (musuh yang memerangi) itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
Catatan : Kun Musafir Maya
No comments:
Post a Comment