Showing posts with label muharram. Show all posts
Showing posts with label muharram. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

1 Muharram 1434H (Khamis, 15 November 2012)



      Seperti biasa pada setiap tahun, 1 Muharram akan kembali tetapi membawa angka tahun yang berlainan bersamanya. Yang aku sudah taip sebelum ini adalah tentang 1 Muharram jatuh pada hari Selasa dan Ahad. Pada kali ini, 1 Muharram 1434 Hijrah, jatuh pada Hari Khamis, 15 November 2012. Sumber² ini aku ambil dari buku (di internet pun ada). Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang² terdahulu apabila 1 Muharram jatuh pada Hari Khamis.

1. Jika tanggal 1 Muharram terjadi pada hari Khamis, maka bintangnya adalah bintang Musytari.
2. Menandakan pada tahun itu akan banyak orang yang mati, banyak orang berbuat makar dan kejahatan.
3. Sungai² airnya berkah.
4. Pada tahun itu, alamatnya harga barang makanan akan melonjak, juga bahan pakaian dan juga hasil perahan seperti susu dan madu juga melonjak harganya.
5. Pada tahun itu pula akan melanda angin taufan yang mana sudah barang tentu akan membawa bencana.
6. Pada tahun itu pula banyak binatang buruan di laut dan di darat.
7. Pada tahun ini raja² atau pembesar negeri akan bertindak secara adil melaksanakan hukum² menurut undang² yang semestinya tidak berat sebelah (adil).
8. Segala pekerjaan mudah dikerjakan dan dilaksanakan, tidak ada hambatan, berjalan lancar.
9. Segala perbuatan orang yang zalim, segala perbuatan kejahatan seperti rasuah, penipuan, perompak, pembunuhan dihukum setimpal dengan perbuatannya. Mereka yang berbuat begitu ditindak menurut hukum yang sebenarnya, tidak pilih bulu. Oleh kerana itu kejahatan berkurang dan suasana menjadi aman sentosa.
10. Tanam-tanaman pada tahun itu subur.
11. Pada saat ini tampak kerukunan dan keakuran masyarakat umat manusia di mana². Tua muda seia sekata, hormat menghormati, hidup bergotong royong.
12. Suasana tenteram dan damai sejuk dan nyaman.
13. Namun pada tahun ini ada bencana alam iaitu akan dilanda angin taufan.
  • Bandar Oklahoma Ranap Dilanda Taufan - 21 Mei 2013

Seperti biasa, perhatikanlah apa yg akan terjadi dalam tempoh tahun 1434H nanti. Apapun, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wollohua'lam.



     Mohon maaf dari semua, panjang umur kita berjumpa lagi pada 1 Muharram 1435H (5 November 2013). 5 November 2013 jatuh pada hari Selasa. Boleh klik link ini untuk mengetahui apa yg bakal terjadi pada tahun bila 1 Muharram jatuh hari Selasa http://kunmusafirmaya.blogspot.com/2010/12/1-muharram-selasa-2010.html

Hari² 1 Muharram yang lain (yg aku taip):
1. 1 Muharram 1432H = Selasa, 7 Disember 2010.
2. 1 Muharram 1433H = Ahad, 27 November 2011. 
3. 1 Muharram 1434H = Khamis, 15 November 2012.

Sunday, November 27, 2011

1 Muharram 1433H (Ahad, 27 Nov 2011)

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum...

     1 Muharram 1433 Hijrah, jatuh pada Hari Ahad, 27 November 2011. (Dalam Islam, perkiraan hari di kira selepas terbenamnya matahari. Ini bermakna selepas terbenam matahari hingga terbenamnya matahari bagi esok hari, di kira 1 hari ( 7 petang hari ini hingga 7 petang esoknya) tetapi amalan biasa perkiraan 1 hari hari bermula selepas pukul 12 malam hari ini sehinggalah ke 12 malam hari esok). Sebelum ini sy ada mencatatkan di blog ini tentang 1 Muharram 1432H (Selasa, 7 Dis 2010).

Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang-orang terdahulu apabila 1 Muharram jatuh pada Hari Ahad.

1. Jika tanggal 1 Muharram terjadi pada hari Ahad, maka bintangnya adalah bintang Syams (Matahari).
2. Menandakan pada tahun itu akan mendapatkan kemenangan bagi raja yang berperang daripada musuhnya yang berbuat zalim.
3. Terjadi banyak perhubungan antara negara-negara tetangganya.
4. Air sungai melimpah, tidak kekeringan dan tidak pula kebanjiran.
  • Berlaku kejadian banjir kilat di Kajang, Malaysia pada 2 Disember 2011. 
  • Berlaku kejadian banjir kilat di Kuantan, Malaysia pada 4 Disember 2011.

    5. Tanam-tanaman subur, gandum, tanaman selain padi dan padi subur, hasil pertanian memuaskan.
    6. Di bulan Januari terjadi harga penjualan binatang ternak mahal seperti lembu, kerbau, kuda, kambing dan sebagainya.
    • Harga ikan melambung naik di Malaysia sehingga Februari 2011. Sumber: Akhbar Metro.
    7. Di bulan April ramai penduduk berpindah tempat tinggal, pindah dari satu kampung ke kampung yang lain, namun mereka menderita.
    8. Di awal bulan September, berlakunya harga barang mahal seperti susu dan madu.
    9. Timbul penyakit panas.
    10. Terjadi bencana alam di lembah-lembah, namun ada baiknya kerana pada saat itu buah-buahan, kurma dan tanam-tanaman subur.
    • Kampung Air di Semporna, Sabah terbakar. (Klik Sini)
    Kemusnahan Rumah di Kg Air, Semporna, Sabah
    • Taufan Sandy menyerang USA pada awal November 2012
    Kemusnahan Rumah dek Taufan Sandy, November 2012

    11. Raja-raja di dunia saling bantu membantu dan bekerjasama untuk kemakmuran negeri masing-masing.

         Dikatakan Ilmu Falak ini dikurniakan kepada Nabi Idris a.s selaku mukjizat daripada Allah Taala. Kaitannya, apabila dikatakan ilmu ini adalah ilmu falak (ilmu nujum) yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Idris a.s, bermakna apa yg dicatatkan dalam ilmu falak ini ada kebenarannya. Kebenaran dari segi keterjadiannya. Namun begitu, perlu diingat bahawa semuanya terjadi dengan kuasa Allah. Allah Maha Kuasa melakukan apa sahaja. Apapun, seperti Tahun 1432H, banyak juga keselarian yg berlaku, yakni apa yg diperkatakan oleh ilmu ini berlaku. Sama-samalah kita perhatikan apa pula yang akan berlaku dalam Tahun 1433H ini satu persatu dan fikirkanlah. Wollohua'lam...
         Mohon maaf dari semua, panjang umur kita berjumpa lagi pada 1 Muharram 1434H.

    Nukilan: Kun Musafir Maya

    Monday, December 6, 2010

    1 Muharram 1432H (Selasa, 7 Dis 2010)

    Bismillahirrohmanirrohim...
    Assalamualaikum...

         Tidak lama lagi akan tiba 1 Muharram 1432H jatuh pada Hari Selasa, 7 Disember 2010. Seperti biasa, mesti ada kaitan punya. Setiap hari yang kita lalui ianya berbeza kerana hari juga adalah ciptaan Allah. Mana tidak, setiap tahun pasti ada sejarah yang tercipta dan direkodkan kejadiannya untuk tatapan generasi akan datang agar pengajaran dapat diambil dari apa yang terjadi.

    Aku teruskan apa yg aku nak sampaikan. Jadi, sejarah mengatakan di antara 25 Rasul Tuhan, adalah Nabi Idris a.s yang mempunyai keahlian di dalam ilmu falak atau ilmu nujum atau ilmu perbintangan. Beliaulah orang pertama yang dianugerahi Tuhan ilmu perbintangan atau ilmu nujum. Bukanlah orang Barat yang pertama kali mengenali ilmu falak ini sebaliknya, Nabi Idris a.s. Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang-orang terdahulu terhadap 1 Muharram yang jatuh pada Hari Selasa.
    1. Jika tanggal 1 Muharram terjadi pada hari Selasa, maka bintangnya adalah bintang Mars.
    2. Menandakan pada tahun itu akan terjadi satu perkara di mana raja² yang berperang akan mendapat kemenangan daripada musuhnya yang zalim. 
    3. Raja-raja itu akan menguasai musuh itu secara diam-diam atau terang-terangan dan banyak tersiar berita atau informasi mengenai itu. 
    4. Air² sungai membanjiri
    • Banjir di Bangkok, Thailand - Oktober 2011
    5. Raja² berperang  
    6. Akan timbul penyakit yang bermaharajalela di mana-mana  
    7. Meskipun terjadi peperangan, namun tidak banyak membawa kepada korban jiwa.
    8. Banyak kaum petani mengeluh kerana hasil pertanian tidak seberapa dan banyak menderita kerugian kerana hasil pertanian tidak mencapai target yang telah ditentukan.
    9. Kerana itu kaum petani terpaksa melibatkan diri dalam kancah peperangan.
    10. Sebahagian kecil terjadi peperangan di antara bangsa Arab dengan bangsa 'Ajam (bukan Arab).
    • Libya diserang oleh Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Itali - 20 Mac 2011
    11. Pada tahun tersebut juga, harga emas dan perak akan meningkat (sekarang ni pun berita-berita pasal emas dah rancak dah, perhatikanlah...) 
    12. Suasana sejak pada akhirnya, boleh jadi juga akan terjadi pengrosakan pada pembangunan yang disebabkan timbulnya peperangan atau kerosakan-kerosakan yang ditimbulkan oleh tangan-tangan jahil dari golongan yang tidak bertanggungjawab dalam pemerintahan atau di dalam negeri.
    • Pergolakkan di Mesir, Presiden Mesir, Hosni Mubarak letak jawatan - Februari 2011
    • Gempa Bumi di Jepun menghasilkan Tsunami  - 11 Mac 2011
      Itulah antara yang disenaraikan oleh kitab-kitab lama yang direkodkan. Apatah lagi yang tidak direkodkan? Ada juga ilmu itu disebarkan tanpa direkodkan tapi hanyalah diingati  bagi setiap orang yang mengamalkannya dan ada yang mengetahuinya dengan izin-Nya jua. Semua yang terjadi kat dunia ini adalah dengan izin-Nya. Kenapa mereka tidak merekodkan? Mungkin itu juga adalah ketentuan Allah yang mengaturkan segala urusan makhluk-Nya. Sebab itu ada yang tahu dan ada yang tidak tahu.

      Apa yang perlu diberi perhatian adalah perkataan 'raja', 'peperangan' dan 'musuh'. Apakah maksud tersembunyi disebalik perkataan-perkataan itu? Contoh terdekat, apabila orang baru melangsungkan perkahwinan mereka juga digelar 'Raja Sehari'. Perkataan 'raja' juga digunakan. Begitulah secara kaitan. Dan dalam Agama Islam pula, 'musuh' yang nyata tapi tidak ternampak oleh mata adalah Syaitan. Begitulah lagi, secara kaitannya. Dan lagi, ada juga kita terdengar, 'peperangan' minda. Juga perkataan 'peperangan' digunakan. Ianya terlalu abstrak dan subjektif. Semua perkataan ada maksud yg tersirat. Macam-macam boleh ditafsirkan.

      Sekali lagi, carilah kebenarannya pd orang yang lebih arif. Di sini hanyalah kaitan-kaitan yang dibicarakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu itu.

      Apapun, sama-samalah kita perhatikan apa yang akan berlaku nanti satu persatu dan bukan untuk apa, hanya untuk peringatan diri sendiri dan untuk ambil pengajaran....

      CATATAN PERIBADI:

      1 Muharram 1435H jatuh pada Hari Selasa, 5 November 2013
      • Terengganu dan Pahang banjir besar - Disember 2013 
       - Nukilan : Kun Musafir Maya - 
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      /* kun tambah radar