Assalamualaikum...
1 Muharram 1433 Hijrah, jatuh pada Hari Ahad, 27 November 2011. (Dalam Islam, perkiraan hari di kira selepas terbenamnya matahari. Ini bermakna selepas terbenam matahari hingga terbenamnya matahari bagi esok hari, di kira 1 hari ( 7 petang hari ini hingga 7 petang esoknya) tetapi amalan biasa perkiraan 1 hari hari bermula selepas pukul 12 malam hari ini sehinggalah ke 12 malam hari esok). Sebelum ini sy ada mencatatkan di blog ini tentang 1 Muharram 1432H (Selasa, 7 Dis 2010).
Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang-orang terdahulu apabila 1 Muharram jatuh pada Hari Ahad.
1. Jika tanggal 1 Muharram terjadi pada hari Ahad, maka bintangnya adalah bintang Syams (Matahari).
2. Menandakan pada tahun itu akan mendapatkan kemenangan bagi raja yang berperang daripada musuhnya yang berbuat zalim.
3. Terjadi banyak perhubungan antara negara-negara tetangganya.
4. Air sungai melimpah, tidak kekeringan dan tidak pula kebanjiran.
- Berlaku kejadian banjir kilat di Kajang, Malaysia pada 2 Disember 2011.
- Berlaku kejadian banjir kilat di Kuantan, Malaysia pada 4 Disember 2011.
6. Di bulan Januari terjadi harga penjualan binatang ternak mahal seperti lembu, kerbau, kuda, kambing dan sebagainya.
- Harga ikan melambung naik di Malaysia sehingga Februari 2011. Sumber: Akhbar Metro.
8. Di awal bulan September, berlakunya harga barang mahal seperti susu dan madu.
9. Timbul penyakit panas.
10. Terjadi bencana alam di lembah-lembah, namun ada baiknya kerana pada saat itu buah-buahan, kurma dan tanam-tanaman subur.
- Kampung Air di Semporna, Sabah terbakar. (Klik Sini)
Kemusnahan Rumah di Kg Air, Semporna, Sabah |
- Taufan Sandy menyerang USA pada awal November 2012
Kemusnahan Rumah dek Taufan Sandy, November 2012 |
11. Raja-raja di dunia saling bantu membantu dan bekerjasama untuk kemakmuran negeri masing-masing.
Dikatakan Ilmu Falak ini dikurniakan kepada Nabi Idris a.s selaku mukjizat daripada Allah Taala. Kaitannya, apabila dikatakan ilmu ini adalah ilmu falak (ilmu nujum) yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Idris a.s, bermakna apa yg dicatatkan dalam ilmu falak ini ada kebenarannya. Kebenaran dari segi keterjadiannya. Namun begitu, perlu diingat bahawa semuanya terjadi dengan kuasa Allah. Allah Maha Kuasa melakukan apa sahaja. Apapun, seperti Tahun 1432H, banyak juga keselarian yg berlaku, yakni apa yg diperkatakan oleh ilmu ini berlaku. Sama-samalah kita perhatikan apa pula yang akan berlaku dalam Tahun 1433H ini satu persatu dan fikirkanlah. Wollohua'lam...
Mohon maaf dari semua, panjang umur kita berjumpa lagi pada 1 Muharram 1434H.
Nukilan: Kun Musafir Maya
No comments:
Post a Comment