Wednesday, November 30, 2011

Disebalik Penglihatan Kita

Bismillahirrohmanirrohim...
 Assalamualaikum...

Ilustrasi Hakikat Penglihatan
     Kita baru sahaja memasuki Tahun 1433H. Buku Amalan Tahun 1432H telah ditutup, sekarang Buku Amalan bagi tahun 1433H pula. Maaf, blog ini telah mengganggu perjalanan anda di alam maya ini. Mata dan jari anda telah membawa diri anda sampai ke sini. Mungkin lain yg anda cari, lain yg anda jumpa. Detik masa tetap mendatang dan berlalu tidak menghiraukan apa yg kita lakukan. Setiap perjalanan yg dilalui, ada arahnya, ada pertemuannya, ada perpisahannya, ada hentiannya, ada yg didengar, ada yg dilihat (bg yg boleh melihat), ada yg dipandang (melalui akal @ hati) dan bermacam² 'ada' lagi. Yg akhirnya, ada kematiannya. Setiap apa yg dilihat, ada yg melihatnya juga iaitu Yang Maha Melihat, Al-Basir. Jangan disangka tiada yg melihat apa yg kita lihat. Maksudnya di sini, sewaktu kita melihat pokok, Allah juga melihat pokok yang kita lihat itu. Kita lihat orang itu, Allah juga melihat orang yg kita lihat itu melalui penglihatan kita. Penglihatan Allah meliputi segala apa yg kita lihat. Hakikat ini ada diberitakan di dalam Al Quran. Firman Allah:

Ia (Allah) tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia (Allah) dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.
Al-An'aam, 103  ■

Dari ayat ini, dimaklumkan bahawa setiap apa yg kita lihat ada yg turut melihat iaitu Allah s.w.t. Allah melihat apa yg kita lihat, termasuklah di alam maya ini, termasuklah apa yg anda lihat sekarang ini. Lihat gambar di atas, kita melihat apa yg kamera lihat. Begitulah utk menggambarkan apa yg diperkatakan 'Allah melihat apa yg kita lihat'. Di mana kita mahu menyembunyikan penglihatan kita? Facebook? Internet? Macam² ada... Sama-samalah berhijrah.. Sebelum itu, baca tafsir Firman Allah ini:

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi".
Luqman, 16

     Seberat biji sawi pun dikira akan perbuatan kita. Tiada satupun yang terlepas dari penglihatan Allah. Lihat ayat di atas 'Allah Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi'.

Akhir kata, sy memohon kemaafan dari semua yg membaca artikel ini dan mana² yg sy tersalah kata. Yg semalam telah berlalu, esok belum pasti bertemu, tika ini? Tika ini pun belum pasti. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semoga rahmat-Nya tertumpah ke atas kita. Sy bukanlah orang yg arif dalam bidang agama tetapi sy tercenderung untuk menaip hal-hal sebegini utk mengisi ruang masa yg kosong sekadar untuk berkongsi. Tegurlah sy. Sepatutnya sy menulis perkara tentang elektronik kerana sy belajar dalam bidang elektronik. Entahlah, sy pun tidak memahami dan tidak tahu.
     Di akhirat kelak, perbuatan (amalan) kita yg akan menjawab bukannya diri kita seperti mana kita sekarang. Maafkan sy... Wollohua'lam... 
    
PERINGATAN : Surah Al-A'raaf, ayat 146
Aku (Allah) akan memalingkan (hati) orang² yg sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat²Ku (yang menunjukkan kekuasaanKu)dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat² Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Nukilan : Kun Musafir Maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar