Monday, October 3, 2011

Jagalah Amalan Itu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum...

"Amal Soleh merupakan apa sahaja amal orang Islam yang meliputi gerak hati (termasuk akal) pengucapan lisan dan perlakuan anggota tubuh badan (termasuk pancaindera) mengikut syariat Islam. Amal itu dengan 1. Niat yg ikhlas kerana Allah s.w.t, 2. Mengikut rukun, syarat dan cara yang betul dan 3. Tidak dicampuri oleh perkara maksiat dan perkara-perkara yang membatalkannya atau merosakkannya." - Sumber - Wikipedia Bahasa Melayu

     Bertemu lagi di jalan ini. Dalam artikel 'Sampaikah Amalanku?', kenderaan 'imaginasi' telah membawa kita 'memandang' kisah perjalanan Malaikat Penjaga Amalan yg membawa Amal Soleh (melalui jalan fikiran) yg kita buat, utk dihantar kpd Allah. Amal soleh yg rosak, akan dipulangkan kembali kpd kita dgn cara 'pukulan'. Sekiranya, amal soleh yg kita buat itu berjaya sampai kpd Allah, belum tentu Allah menerimanya disebabkan ALLAH MELIHAT APA YG ADA DI DALAM HATI SI 'PEKERJA' AMAL SOLEH. Allah melihat apa yg ada di dalam hati/jiwa seseorang. Yang paling ditakuti adalah apabila kesemua amal soleh berjaya sampai kpd Allah, semuanya cantik belaka pada pandangan malaikat pembawa amalan tetapi akhirnya..... Akhirnya, Allah bersama malaikat melaknat si pengamal itu HANYA disebabkan apa yg terkandung di dalam hatinya. Takut... Sangat sangat takut. Justeru itu, hati kita hendaklah dijaga betul². Maka daripada 'maklumat' ini-lah, kita hendaklah sentiasa mengharapkan RAHMAT ALLAH. Dalam artikel ini, kita akan melihat pula, bagaimana nak jaga amal soleh yg telah dibuat supaya tidak dirosakkan oleh perbuatan kita sendiri.

1. Dipukul Oleh Amal Soleh Sendiri.
     Dipukul oleh amal soleh sendiri? Ada beberapa perkara yg menyebabkan amal soleh yg kita kerjakan, dipukulkan kembali kpd kita. Dari hadis, antaranya mungkin kita telah memerangkapkan diri sendiri dgn 7 amalan buruk yg dahsyat iaitu 1. Mengumpat, 2. Suka membesarkan diri, 3. Takbur, 4. Ujub, 5. Hasad dengki, 6. Tiada perasaan belas kasihan terhadap org yg kena bala dan 7. Riak. 7 amalan buruk ini-lah yg merosakkan amal soleh yg kita kerjakan. Amal soleh di'angkat' ke langit tapi Malaikat Penjaga Pintu langit mengesahkan kerosakkannya. Sudahlah tidak sampai kpd Allah, malah dipukul pula dgn amal soleh yg kita kerjakan. Aduhai.... Beramal siang malam, selepas beramal, mengumpat, riak. Ruginya... Kita sangka kita sudah buat yg terbaik amalan itu tapi kita tidak menyangka bahawa kita sendiri yg merosakkan amalan itu. Sangka baik hanya kpd Allah dan orang lain, kepada diri sendiri, bersangkalah tidak baik kerana itu lebih baik. Amal soleh rosak. Takkan Allah nak terima amal soleh yg rosak? Kalau amal soleh rosak diterima, itu adalah disebabkan RAHMAT-NYA. Wollohua'lam.
Ilustrasi : Pukulan dari amal soleh yg rosak
     Apa yg kena pukul? Utk faham yg ini, perhatikan diri sendiri. Kesan pukulan itu mungkin kena pada jiwa sendiri yg menyebabkan jiwa menjadi sakit. 'Sakit yg tersembunyi'. Bila jiwa sakit, mulalah 'ada yg tidak kena' dalam kehidupan kita seharian. Tidak tenangFikiran berserabut dgn hal² yg tidak patut difikir, buat kerja asyik tak menjadi je, beremosi tak tentu pasal dan macam² lagi. Ada yg disedari, ada yg tidak disedari. Yg dikatakan 'ada yg tidak kena' pada diri itu, sebenarnya adalah petunjuk utk kita periksa semula amalan kita dan segala 'tindak tanduk' kita seharian dan bukannya utk menyalahkan orang lainTapi apakah kita sedar bahawa apa yg berlaku kpd diri kita itu adalah peringatan dari-Nya?
     Selepas buat amal soleh, hendaklah dijaga amal soleh itu. "Eh.. dah jaga dah masa buat amal soleh tu, nak jaga apa lagi?" Bukan begitu, maksudnya jaga diri selepas beramal soleh. Maka, yg pertama, elakkan dari 7 amalan buruk yg diriwayatkan dalam hadis itu. Maka, kita kenalah sentiasa peringatkan diri sendiri untuk elakkan diri dari terjebak/terperangkap dgn 7 amalan buruk itu. Jangan diamalkan.
      Orait.. Takpe.. takpe.. Setiap penyakit ada ubatnya selagi 'masa' diberikan. Perbaharui niat. Sama² kita menjaga diri selepas beramal soleh, yg penting JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT-NYA. Teruslah beramal soleh dan jagalah amal soleh dari dicemari oleh 7 amalan buruk yg disebutkan tadi. Jangan lupa, minta tolong pada Allah. Nak beramal pun kena minta tolong dgn Allah. Sebabnya? Sebabnya 'La Hawla Wala Quwata Illah Billah - Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Mu'. Lihat kaitan dgn firman Allah ini tentang 'jangan putus asa':

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
Yusuf, 87

Perhatikan kata 'kafir'.

2. Bukti: Amal Yg Tidak Diterima.
     Ada ke amal yg tidak diterima? Ada. Di awal kehadiran manusia ke muka bumi ini (Nabi Adam a.s dan keluarganya), telah ada diceritakan di dalam Al Quran bahawa ada perbuatan (amal) yg tidak diterima oleh Allah. Firman Allah ini:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang² yang bertaqwa";
Al-Maaidah, 27

    Dari ayat di atas, dua² (Habil dan Qabil) melakukan korban tapi Allah hanya menerima satu 'korban' sahaja, satu lagi tidak diterima. Bila tidak diterima 'korban' itu, 'korban' yg dilakukan itu dipukul kembali kpd Qabil sebabnya, 'korban' itu rosak. Maka lahirlah perbuatan jahat dari jiwa Qabil. Kisah ini utk peringatan kita, maka seandainya kita masih berbuat 'kejahatan' selepas beramal soleh itu tandanya amal soleh yg kita kerjakan itu tidak diterima Allah. Macamana kita tahu? Dari ayat Al Quran ini lah, ayat peringatan. Maka bila kita ingat ayat ini dan kaitkan dgn diri kita, insyaAllah, tersedarlah. Lihat pula 'korban' yg diterima. Dari ayat 27 ini, kita nampak akan kesan amal soleh yg diterima. Lihat lagi kata² yg lahir dari jiwa Habil. Tapi harus diingat, Allah 'melihat' hati si pengamal bukan melihat 'mulut yg berkata-kata'. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Ilustrasi : Amal Soleh (Hasil Kerja) Yang Rosak
     Jika kita renungkan diri kita, berapa banyak masa yg kita habiskan utk beramal soleh? Itu masing² punya jadual lah. Tidak perlu diheboh²kan. Kita tahu, amal soleh yg dikerjakan pun boleh rosak, bila rosak ianya akan dilemparkan / dipukulkan pula kembali kepada kita. Kalaulah kita nampak kejadian lemparan itu dgn mata kepala @ kita dapat melihat malaikat yg memukul itu pd kita dan mendengar malaikat yg melaknat itu, bagaimanakah perasaan kita agaknya? Sedih tak? Kita dah buat elok², akhirnya kita dipukul dgn amal soleh kita yg rosak itu. Kita boleh berlatih apabila kita dimarahi oleh bos kita. Alihkan kemarahan itu dan ingat terus pada Allah. Bayangkan jika Allah yg marah. Kita bayangkan lagi, kerja kita itu adalah 'amal soleh' kita. Bagi amal soleh yg tidak rosak pula, disebabkan apa yg ada di dalam hatinya, tidak disukai Allah, akhirnya dilaknat tetapi harus diingat 'JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT-NYA'. Teruskan beramal sehingga amal itu mengeluarkan 'buah'nya yakni hasilnya. Hasilnya ada yg kita sedar, ada yg kita tidak sedar. Maka, perhatikanlah diri sendiri sentiasa, nanti sedarlah. InsyaAllah. Cuba lihat gambar ilustrasi tu, lepas kena marah (pukul), mesti jiwa kita agak tidak 'stabil' kan? Dan kaitkan dgn amal soleh yg rosak dipukulkan kembali kpd kita.
     Ada satu kisah pada zaman Nabi s.a.w, orang itu melakukan kerja merompak tetapi solat tidak tinggal. Sahabat bertanya kpd Nabi s.a.w, 'Dia solat tetapi masih melakukan rompakan?' Nabi s.a.w kata 'Suatu hari nanti solat itu akan mencegah perbuatannya'. Maka tetapkanlah beramal dan bersabarlah serta elakkan 7 amalan buruk tadi. Begitulah lebih kurang ceritanya dan lihat firman Allah ini:

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Al-'Ankabuut, 45

     Macamana nak dijaga amal soleh yg kita kerjakan itu agar terhindar dari kerosakkan? Mari kita lihat, baja² amal (setakat artikel ini sahaja dan banyak lagi cara yg lain, yg nie kena tanya pakar Ibadah)Kita kena pastikan setiap hari akan perbuatan diri kita selepas beramal soleh. Apa yg nak diperiksa? Mari kita fahamkan apa yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w agar amal soleh kita dapat diselamatkan daripada menjadi rosak.

■ ■ ■ Sambungan Hadis dari 'Sampaikah Amalanku?' ■ ■ ■

3. (Nasihat dari Nabi s.a.w:)
Mendengar sabda Rasulullah s.a.w ini lalu Muaz menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah s.a.w sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera?". Lalu Rasulullah s.a.w menjawab:

Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan.

Wahai Muaz,
1. Jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan ulama); dan
2. Pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu; dan
3. Jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka; dan
4. Jangan engkau menganggap dirimu bersih; dan
5. Jangan pula engkau mencela orang lain; dan
6. Jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka; dan
7. Jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat; dan
8. Jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu; dan
9. Jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu; dan
10. Jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat; dan
11. Jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.

Allah telah berfirman maksudnya Demi yang mencarik akan carikkan – Al Nazi’at, ayat 2. Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu?" Muaz bertanya: Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?" Lalu Nabi s.a.w menjawab: Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang. Muaz bertanya: Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat  daripada seksaan itu? Nabi s.a.w menjawab: Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah". Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau FAHAM terhadap hadis yang besar ini.
 ■ ■ ■ Tamat ■ ■ ■


Hiasan : Anjing Garang
 4. Yang Perlu Dijaga Selepas Beramal Soleh.
     Nah.... Itulah 11 amalan baik yg dicatatkan dlm hadis ini. Boleh ingat ke? Kalau boleh ingat, Alhamdullillah. Terpeliharalah amal soleh, insyaAllah. Nak beramal soleh itu mungkin senang tetapi yg susahnya NAK JAGA DIRI SELEPAS BERAMAL SOLEH. Nabi s.a.w ada mengatakan lagi 'Hendaklah engkau ikuti aku walaupun dengan hanya sedikit amalan'. Kalau di-fikir², memang susah nak amalkan 11 amalan baik itu sebab manusia mudah lupa. Maka mohonlah perlindungan dan pertolongan Allah. Namun begitu, Nabi s.a.w ada mengatakan lagi 'Itu sebenarnya mudah bagi orang yg dimudahkan oleh Allah'.  Lihat firman Allah:

Kemudian Dia (Allah) memudahkan jalannya
Abasa, 20

Apa pun, semoga kita semua dipermudahkan utk mengamalkan 11 amalan baik itu sehingga kematian memadamkan segala cita-cita kita. Semoga rahmat Allah melimpahi ke atas diri kita dan terselamat daripada dicarik-carikkan oleh anjing-anjing garang di neraka. Di akhir hadis ini, ada dikatakan 'Muaz lebih banyak membaca Al Quran'. Bayangkan akan 'masa' yg dihargai oleh Muaz untuk sesuatu yg berharga. Sebab apa? Sebab Muaz FAHAM, itu sahaja. Faham itu Allah yg berikan. Faham itu dimudahkan oleh Allah juga. Faham itu terkandung di dalam rahmat Allah. Apabila kita FAHAM, itu bermakna Allah telah selamatkan kita. Bila Allah selamatkan kita, itu bermakna Rahmat-Nya meliputi kita. Alhamdullillah... Yg tinggal selepas FAHAM, apa tindakan kita? Muaz dah baca Al Quran. Kita tak mampu buat lagi? Sedihnya bila mengenangkan nasib diri. Kenapa orang lain mampu, kita tak mampu? Kita dah cuba tapi masih tersekat-sekat. Jangan putus asa dari Rahmat-Nya.

5. Manusia Pemberi Peringatan dan Amaran Antara Mereka.
     Berbalik kepada Nabi s.a.w, Al Quran ada menyatakan:

Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
Faatir, 23 ■  

     Nabi s.a.w hanyalah seorang penyampai/pemberi peringatan dan amaran. Tapi harus diingat, Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasulullah. Begitu juga dgn manusia yg lain², hanya menyampaikannya sahaja, nak ikut @ tidak, itu terpulanglah. Nabi s.a.w menyampaikan dan mengajar (menunjukkan) cara-caranya (sunah² baginda) serta mengajak dan juga menegur. Ada yg hanya boleh menyampaikannya sahaja, ada yg boleh menyampaikan dan mengajar sekali, ada yg boleh menegur, ada yg boleh mengajak. Lihat disekeliling kita yg menyampaikan perihal agama / perihal maklumat dunia. Apa yg mereka sampaikan, kita ambil, tgk pada perkataannya bukan tgk pada dirinya dan rujuk kepada org² yg arif, mereka boleh ajar kerana bagi sy, merekalah pendidik² jiwa. Saidina Ali r.a ada mewasiatkan:

‘’Janganlah engkau melihat orang yang mengungkapkan kata², tetapi lihatlah kata² yang diungkapkan."

Kenapa kena lihat pada kata² yg diungkapkan? Kalau kita lihat pada orangnya, dan orang yg berkata² itu tidak melakukan apa yg dikatakan, mungkin kita terhenti di situ sahaja. Kalau kita pandang sesuatu itu terus kepada Allah, haaa.. mungkin kata² itu adalah 'gerakkan dari Allah'. Allah yg menggerakkan lidahnya untuk ber-kata². Itu yg kita risau tu. Maka, ber-hati²-lah dalam percakapan seharian lebih² lagi menggunakan lidah. Peringatan dan amaran sudah sampai. Tapi kita ????

6. Kemuliaan di dalam Amal Soleh (Hadiah Amal Soleh Yg Diterima).
     Beramal. Dalam agama Islam, banyak 'hadiah/kesan' yg disediakan untuk para pengamal. Inilah kelebihan agama Islam, KEMULIAAN dan banyak lagi kelebihan² yg lain. Antara harta yg bernilai (ada lagi yg lebih bernilai) adalah kemuliaan diri di sisi Allah. Macamana nak dapatkannya? Firman Allah lagi:

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang² yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Faatir, 10

     Dalam firman Allah di atas, ada diberitakan bahawa 'amal yg soleh pula di angkatnya naik'. Menyelam.. menyelam.. Semoga berjumpa dgn 'mutiara' yg tidak dijumpai oleh orang lain. Hanya untuk anda, orang lain tidak akan dapat. MASING-MASING ADA BAHAGIANNYA MASING-MASING, SUDAH DITETAPKAN. Cuma kena cari sahaja. Aik? Kata sudah ditetapkan? Betul tapi kena carilah. Takkan nak tunggu je. Macam rezekilah, sudah ditetapkan banyak mana, tapi masih kena 'cari'. ADA ORANG BOLEH BUAT MACAM INI, ADA ORANG BOLEH BUAT MACAM ITU. Semuanya adalah pemberian kurniaan Allah. Nak yg jahat Allah bagi yg jahat, nak yg baik, Allah bagi yg baik. Itu sahaja, niat kena betul.

"Amalan itu pelbagai amal perbuatan kerana ber-macam² pula pemberian kurnia Allah kepada hamba-Nya. Kadang² di dalam sesebuah amalan itu, ada 'pengetahuan' yg tiada diketahui oleh orang lain." - Dari org yg beramal.

Jadi, tidak hairanlah, banyak ilmu² baru yg timbul utk mencari keredhaan Allah dan seseorang itu tidak akan sesat selagi ianya berpegang kpd Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Itulah pesan Nabi s.a.w di dalam khutbah terakhirnya. Ada orang kelebihannya macam ini, ada orang lain, kelebihannya macam nie. Jadi, itu semua adalah pemberian Allah atas usahanya, macam² pemberian ada. Macam orang bekerja utk cari duitlah. Kerja lebih, dapat duit lebih. Allah Maha Kaya. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Siapa yang mengamalkan apa yg telah diketahui, maka Allah akan mewariskan kepadanya pengetahuan apa² yg belum diketahui"

Ilmu Allah itu Maha Luas. Ilmu itu dibataskan oleh Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Mewarisi. Yang Maha Meliputi segala ilmu. Kita kata kita berilmu? Ada lagi org yg hebat² di dunia luar yg luas sana. Jangan dilupa, Allah lagi Maha Mengetahui. Ilmu Dia meliputi segala ilmu. Dia-lah yg memberi akan segala-galanya keperluan kita di dunia ini. Kita kata kita tahu semua? Ada lagi yg kita tak tahu. Sebab apa? Sebab Allah Maha Mengetahui dan itulah sifat manusia, KEKURANGAN dan perlukan 'PERKONGSIAN MAKLUMAT' dan bukannya nak menunjukkan siapa hebat.

7. 4 soalan di akhirat.
     Telah terbocor 4 soalan di dunia yg akan ditanya di akhirat. Soalan² tersebut adalah mengenai;
  • Tentang umur kita, iaitu bagaimana kita menghabiskan umur kita di dunia ini.
  • Tentang ilmu kita, iaitu yg mana yg telah kita amalkan di dunia ini.
  • Tentang harta kita, iaitu dari mana kita memperolehinya dan apa yang telah kita belanjakan di dunia ini.
  • Tentang tubuh badan kita, iaitu bagaimana kita telah gunakan tubuh badan kita.
     ILMU BUKAN DI BUKU tetapi ILMU ITU DI DADA. Kalau buku hilang? Habislah ilmu, entah ke mana. Buku hanya menyediakan MAKLUMAT sahaja. Takkan masa nak meninggalkan dunia ini, baru nak buka buku, baru nak letak ilmu di dalam dada. Sempat ke? Kena-lah beramal juga yg mana diketahui walaupun sikit, baru ilmu berada di dalam dada. Apapun, hanya Rahmat Allah yg dapat menyelamatkan kita. Kasih Sayang Allah: Bayangkan, 50 solat pada awalnya dipendekkan menjadi 5 solat sehari yg WAJIB dan pahala 1 solat = 10 kali solat. Akhirnya, bersamaan 50 solat juga. Begitulah, Allah nak memudahkan kita semuanya utk beramal....
     Di dunia ini segala soalan boleh dijawab selagi ada maklumat di kepala atau pun di buku tetapi segala ujian dan dugaan dapat ditempuhi dgn tenang selagi ilmu keyakinan ada di dalam dada. Kalau tidak beramal, ilmu kat kepala sahaja. Kat dunia memang ingatlah semuanya, kat akhirat ilmu takde dah, yg ada hanya amal. Amal lah yg akan menjawab soalan yg ditanya. Diketahui, ilmu banyak tidak dihitung, tetapi amal yg dihitung. Ilmu (agama) banyak tapi tak diamalkan, tiada gunanya juga pada badan sendiri. Takpe ilmu banyak mana pun, sekurang-kurangnya kita tidak tertipu dgn dunia ini. Sebab itu kita kena berdoa supaya Allah tambah ilmu. Tambah untuk apa? Untuk dapatkan dunia? Jangan. Tambahlah ilmu utk tambahkan ketakutan kita kepada-Nya. Lihat firman Allah:

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
Taha, 114

Umur, Ilmu, Harta dan Tubuh. Mungkin juga perkaitannya ada dengan 4 soalan di atas. Yang last sekali, tentang tubuh badan. NASIBlah badan... Alahai... Badanku, bersabarlah...

NASIB - Nasib Aku, Sesungguhnya Inilah Badanku

     Nasib baik/buruk itu bersilih ganti menimpa pada diri kita tetapi semuanya Alhamdullillah sebab kita kena 'sedar' bahawa semua itu ujian dan dugaan dari Allah. Nasib(takdir) tidak boleh berpisah dgn badan sebab ianya sudah DITETAPKAN SEBELUM KITA LAHIR LAGI. 'Nasib baik' selalu disebutkan. Nasib badan.... Nasib badan (takdir) tiada siapa yg tahu, tiada siapa, hanya mengharap rahmat Allah terlimpah ke atas diri, agar selamat semuanya di dunia dan di akhirat. Lihat firman Allah:

"Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya."
Luqman, 34

8. Rahmat Allah.
      Sebenarnya, semua kebaikan amal soleh yg kita mampu lakukan adalah kerana Rahmat Allah semata-mata dan pertolongan-Nya. Allah memampukan kita utk melakukan sedemikian. Janganlah berbangga dengan apa yg kita lakukan sama ada baik @ jahat kerana tidak berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Yg jahat? Ye.. Apabila kita mampu berbuat kejahatan, itu tandanya Allah tak suka kita buat kebaikan misalnya mengumpat. Bila kita sedar akan tanda Allah tak suka kpd kita, cubalah dekatkan diri kita kepada-Nya (perintah²Nya). Sekiranya Rahmat Allah terlimpah, semuanya selamat, insyaAllah.
    Sy dapat menyiapkan artikel ini juga adalah dgn pertolongan Allah, sy dapat menyiapkan kerja seharian, juga dgn pertolongan Allah, sy dapat makan, dapat minum, dapat ke sana ke mari juga kerana pertolongan Allah. Segala-galanya Allah. Hakikatnya, hanya RAHMAT Allah yg dapat menyelamatkan kita bukannya ilmu kita serta amal kita. Jika begitu tidak payah berilmu, tidak payah beramal-lah? Bukan begitu, kita kena buat 'kerja' Allah. Bila kena buat 'kerja' Allah, kenalah ada ilmu. Alah.. macam nak mohon pekerjaanlah. Kena ada 'sijil' dulu, baru boleh dapatkan kerja. Dapatkan kerja? Dah dapat kan? Tapi nak buat kerja tu macamana? Dalam Islam pulak, kita dah ada lesen utk buat kerja Allah iaitu kalimah 2 syahadah. Dah dapat lesen, kena buatlah mana yg WAJIB. Macam tu lah lebih kurang. Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak dapat menyelamatkan seseorang itu amalnya sendiri". Di sini bermaksud tidak ada amal perbuatan yang dapat menyelamatkan orang. Tetapi beramal tetap kena beramal yakni buat kerja utk Allah seperti solat dan lain². Dalam Al Quran, Allah ada berkata "Kalau tidak kerana RAHMAT-Ku nescaya..........". Carilah dan cuba fahami...

9. Kesimpulannya.
     Tidaklah semua perkara itu dapat diungkapkan dgn kata². Kalaulah semuanya dapat diungkapkan, tiadalah perkataan 'rahsia'. Maknanya di sini, tidak semua perkara itu dapat dicari @ diketahui melalui tulisan² atau lidah². Dalam 'amalan' itu masih banyak lagi pengetahuan yg akan dikurniakan, yg hanya ADA dalam AMALAN. Buat dapat, tak buat, tak dapatlah, Allah Maha Kaya, tak rugi apa-apa pun. Kita yg rugi sebenarnya, sebab tak buat. Dan masih banyak lagi peraturan² yg perlu dijaga. Semoga kita semua dilimpahi RAHMAT (belas kasihan) Allah kerana apa yg ada di dalam hati sy, hati kalian semua, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Itu pasti.
     Segala apa yg telah sy taip di blog ini selama ini dan juga segala apa² yg telah sy perkatakan selama ini dari awal hinggalah yg ini, adalah perkongsian semata-mata dan bukannya mengajar apatah lagi mendidik. Kata-kata yg sy letakkan di sini adalah utk diri sy yg pertama dan untuk generasi sy yg akan mendatang. InsyaAllah. Sy cuma manusia biasa. Tahu hanya sedikit. Tegurlah sy sekiranya ada kesalahan/kesilapan yg dikesan kerana teguran itu adalah satu nikmatPengetahuan dan pengalaman mungkin membataskan kita utk memahami sesuatu itu.
     Ingatlah akan 7 perkara yg perlu dielakkan dan 11 perkara yg perlu dijaga seperti mana yg telah diberitakan di dalam hadis.

7 perkara yg perlu dielakkan supaya amal dapat naik kepada Allah:
1. Mengumpat,
2. Suka membesarkan diri,
3. Takbur,
4. Ujub,
5. Hasad dengki,
6. Tiada perasaan belas kasihan terhadap org yg kena bala; dan
7. Riak.

11 perkara yg perlu dijaga selepas beramal soleh supaya amal soleh tidak rosak:
1. Jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan ulama);
2. Pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu;
3. Jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka;
4. Jangan engkau menganggap dirimu bersih;
5. Jangan pula engkau mencela orang lain;
6. Jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka;
7. Jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat;
8. Jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu;
9. Jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu;
10. Jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat; dan
11. Jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.

"Cubalah....Elakkan 7 perkara dan amalkan 11 yg perkara itu" supaya amal soleh yg kita kerjakan TIDAK ROSAK dan kita TIDAK DILAKNAT oleh Allah dan para Malaikat. Sy memperingatkan diri sendiri tu.

Orait.. Sampai sini sahaja. Sekiranya, ada dikesan tatabahasa yg menyentuh hati kalian semua sehinggalah kalian memperkatakan sesuatu kpd sy, sy maafkan kalian semuanya. Juga, sy mohon kemaafan dari semuanya. Hidup ini hanya dibatasi oleh umur. Semoga kita bersua lagi di sini. Akhir kata, Sy doakan, semoga yg 'hadir' ke sini, selamat semuanya dunia akhirat dan berjaya membentuk sebuah jiwa yg baik di dalam diri sendiri serta dapat beramal dgn sempurna serta sentiasa dilindungi Allah dalam apa jua keadaan dan dipermudahkan oleh Allah untuk menuju ke jalan-Nya.  Amiin.... Selamat Beramal...

(Berdoalah dgn doa Nabi Nuh ini, Surah Hud, ayat 47).

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi"

PERINGATAN
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau² tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang² yang memperbaiki amalannya.
Al-A'raaf, 56

Nukilan : Kun Musafir Maya    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar