Saturday, September 17, 2011

Sampaikah Amalanku?

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum....

     Sebelum itu, kemaafan dipohon kerana artikel ini agak panjang. Amalan. Banyak amalan yg ada di dalam agama Islam seperti solat, puasa, zakat, membaca Al Quran dan sebagainya. Sunnah Nabi s.a.w pun banyak. Amalan pun merupakan satu kerja juga. Kita buat sesuatu amalan itu adalah kerana Allah. Kita buat untuk Allah, Allah-lah yg akan menerimanya @ dgn kata lain 'bekerja utk Allah'. Maknanya, kita buat amalan (kerja) itu kerana Allah suruh. Dikatakan lagi, amalan akan dihisab(dinilai) di akhirat kelak. Macam kita bekerja juga, apa yg bos suruh, kita buat dgn sungguh² hingga siap, hingga bos puas hati. Allah banyak menjadikan perkara² di dunia ini, untuk kita ambil pelajaran dan memahaminya.
     Sesuatu amalan yg dilakukan (kerjakan) itu, masih tidak diketahui samada diterima @ tidak oleh Allah, sebab hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Harapan yg ada, semoga Allah terima amalan itu dan sambil² itu kena ada juga rasa takut bahawa Allah tidak terima amalan itu dgn tujuan utk membaiki amalan. Bila timbul rasa takut, kita akan terus mencari dan mencari, tak timbul rasa takut, takdelah mencari. Ibarat seekor burung. Satu sayapnya adalah HARAP dan satu lagi adalah TAKUT. Dua² itu hendaklah bergerak seiringan barulah badan burung (amalan) boleh terbang (diangkat) dan melihat apa yg ada di bawahnya (.............). Takde satu sayap, tak terbanglah burung itu. Itu diibaratkan dgn burung sahaja. Dalam artikel ini, peringatan utk diri sy jua, kita akan lihat bagaimana sukarnya perjalanan sesebuah amalan itu utk sampai kpd Allah.
     Misalnya amalan solat, kita tak tahu amalan solat yg kita kerjakan (dirikan) itu sampai @ tidak kpd Allah. Sebab apa? Pernah dengar mulut orang berkata 'sia-sia sahaja kamu solat'. Dari itu timbul fikir, apakah kata² itu datangnya dari Allah yg menggerakkan lidah orang utk berkata begitu? Kenapa sia-sia? Semua dah buat dah. Mesti ada yg kurang. Sebab itu kita dituntut menuntut ilmu tentang solat itu. Solat yg bagaimana dapat diterima oleh Allah? Namun begitu, sekiranya solat itu betul segalanya, apakah amalan solat itu diterima atau tidak oleh Allah? Kenapa? Mari kita ikuti hadis panjang ini yg sy petik dari karangan Imam Ghazali yg menggambarkan perjalanan sesebuah amalan untuk sampai kepada Allah @ diterima oleh Allah. 

■ ■ ■ Hadis ■ ■ ■
Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a telah meriwayatkan satu hadis yg datangnya dari Khalid bin Maadan yg pernah berkata kepada Muaz: “Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w”. Berkata Khalid bin Maadan, “Lalu Muaz menangis. Aku menyangka Muaz tidak dapat berhenti menangis tetapi akhirnya Muaz berhenti menangis". Muaz berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku :"

Wahai Muaz!
Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz!
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi, kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.

(Nasib sesebuah amalan kita apabila dibawa sampai ke pintu langit pertama:)
Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yg dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yg membawa amalan hamba itu sampai ke langit yg pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu kpd malaikat Hafazhah:

Pukulkan dgn amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga GHIBAH (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas (langit ke-2)”.

Ilustrasi perbualan antara Malaikat Pembawa Amalan dgn Malaikat Penjaga Langit
(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-2:)
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat Hafazhah itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yg kedua, lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke-2 itu kepada Malaikat Hafazhah:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yg mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga KEBESARAN.

(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-3:) 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yg penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan ke-2) sehingga sampai ke pintu langit yg ke-3, maka berkata malaikat penjaga langit yang ke-3 itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat TAKBUR. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yg takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai”.

Ilustrasi sesuatu amalan diangkat
(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-4:) 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yg ke-4, maka berkata malaikat penjaga langit ke-4 itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat UJUB. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Dia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya”.

(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-5:) 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang ke-5, seolah-olah amalan itu pengantin yang di hantar (di sambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri), lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke-5:

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat HASAD. Dia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Dia hasut akan orang alim yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, dia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku”.

(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-6:) 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang ke-6, lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke-6:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana dia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan dia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat RAHMAT. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasiku.

(Nasib amalan apabila sampai di pintu langit ke-7:) 
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ke-7, maka berkata malaikat penjaga langit yang ke-7:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat ZIKIR (zikir di sini bermakna :mencari sebutan, iaitu seseorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain)Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada TuhankuDia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak”.

(Nasib amalan kita sekiranya berjaya melepasi ketujuh-tujuh langit:) 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga 7 petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Dia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Dia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-Ku oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknat-Ku.

Lalu para malaikat tadi berkata:

“Ke atasnya laknat-Mu dan juga laknat kami”.

Lalu melaknat akan dia oleh 7 petala langit dan seisinya.
■ ■ ■ ■ ■ ■

     Nah.. Tuan/Puan yg mulia, begitulah yg diriwayatkan di dalam hadis yg panjang ni. Beramal-amal, akhirnya laknat yg kita dapat, silap kita juga. Semoga Rahmat Allah melimpahi kita semua. Hadis ini dipetik dari karangan Imam Ghazali, sy menjumpainya ketika berada di kampung dan juga sedikit diterangkan oleh orang² yg arif (semoga Allah melindungi mereka dunia akhirat). Maklumat mengkhabarkan, di akhirat kelak, setiap amalan akan dihisab. Tidak akan disia-siakan oleh Allah samada amalan baik atau amalan jahat. Firman Allah :

Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
Al-Anbiyaa', 94

Ringkasan Cerita
Definisi amalan ini adalah sesuatu yg dilakukan. Setiap amalan yg kita lakukan angkat diangkat kpd Allah. Misalnya amalan sedekah - melakukan sedekah. Amalan sedekah yg kita lakukan itu akan diangkat ke langit oleh Malaikat Penjaga Amalan (MPA) kpd Allah. MPA ini akan melintasi 7 pintu langit utk sampai kpd Allah. Bukan senang MPA ini nak melepasi setiap pintu langit itu kerana disetiap pintu langit itu, ada Malaikat Penjaga Langit (MPL). MPL ini akan periksa setiap amalan yg dibawa oleh MPA itu sebelum memasuki pintu langit. Tak kan nak bawa barang (amalan) tak elok kpd Allah? Sekiranya amalan OK, MPL akan membenarkan MPA itu untuk memasuki pintunya dan meneruskan perjalanan menuju kpd Allah. Sekiranya tidak OK, MPA tidak akan dibenarkan memasuki pintu langit dan amalan yg dibawanya itu tidak sampai kpd Allah. Begitulah yg berlaku disetiap pintu langit.
     Bukannya mudah sesebuah amalan yg dilakukan itu nak sampai kpd/diterima oleh Allah. Sebab itu kita kena sentiasa periksa amalan yg kita lakukan. Adakah amalan yg kita lakukan itu kerana Allah? Dari hadis ini, 7 amalan lain yg menghalang sesebuah amalan baik yg dilakukan itu untuk 'sampai' kpd Allah adalah 1. Mengumpat, 2. Suka membesarkan diri, 3. Takbur, 4. Ujub, 5. Hasad dengki, 6. Tiada perasaan belas kasihan terhadap org yg kena bala dan 7. Riak. Apakah sekiranya ketujuh-tujuh perbuatan itu tidak ada pada diri kita ianya bermakna amalan itu akan sampai pada Allah? Tidak juga, sekiranya malaikat yg membawa amalan kita itu berjaya membawanya kpd Allah, di hadapan Allah nanti Allah akan katakan yg sebenarnya kpd malaikat yg membawanya. Allah katakan Allah Mengetahui apa yg ada di dalam hati setiap pengamal.

Allah Tahu Isi Hati Manusia.
     Maka kesimpulannya adalah HATI. Seringkali telinga mendengar/mata melihat kata²/perkataan yg ditaip/diucapi oleh Umat Manusia 'Allah hanya memandang/melihat hati' @ 'hanya Allah yg tahu isi hati'.
HATI - Hanya Allah Tahu Isinya
Periksalah amalan kita setiap hari. Apakah ianya dicemari/dikotori/dirosakkan dgn 7 perbuatan yang disebut oleh MPL tadi? Bukan senang 'nak Allah' ini. Pernah dengar tak orang berkata? "Aku sayang kau, aku cinta kau, aku nak kau". Sebutlah apa pun, hakikatnya yg terakhir 'aku nak kau'. Macam tu lah lebih kurang maksudnya 'Aku nak Allah'. Bila dah dapat Allah, ..................... (takde ayat sambungan). Bila dah dapat tu, tak tahulah macamana, hanya orang yg Allah cinta padanya sahaja yg tahu(rasa), nak dicerita/nak dikongsi pun tak boleh akan 'rasa' itu. Bila diceritakan akan 'rasa' itu takut timbul fitnah pula sebab Allah hanya bagi 'rasa' itu kpd dia. Rasa ni macam². Dia usaha, dia dapatlah, tak usah nak berdengkian pasal hak memilih adalah Hak Allah. Lihat firman Allah:

Dan Tuhanmu menciptakan apa yg dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.
Al-Qasas, 68-69

Jalan itu ada di dalam diri kita kerana di dalam diri kita adanya mata hati

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Adz-Dzaariyaat, 21

Lihat firman Allah di bawah. Dikatakan 'Allah beserta orang² yg berusaha membaiki amalannya' dan Allah berkata 'Kami akan memimpin si pengamal ke jalan²-Nya'. Tersiratnya, benarlah sesuatu amalan itu boleh rosak, kalau tidak rosak, masa-kan Allah mengatakan begitu yakni 'berusaha membaiki' dan Nabi s.a.w sendiri berpesan 'perbaharuilah iman'. Akhir kata, maaf semuanya, sy masih dalam perjalanan, yg mana boleh dikongsikan sy kongsi, yg mana tak boleh, tidak dikongsikan. Mana yg elok, ambil, mana yg tidak elok, tinggalkan. Cerita ini tidak habis di sini sahaja, kita ikuti pula bagaimana Muaz bertanya kpd Rasulullah s.a.w akan bagaimana caranya utk menjaga sesebuah amalan yg kita lakukan itu supaya sampai kpd Allah di dalam artikel yg seterusnya 'Jagalah Amalan Itu'. Tanyalah sentiasa pada diri kita, SAMPAIKAH AMALANKU? Umur panjang bersambung lagi..

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa² kami.. Kami semua lemah Ya Allah...
Kami lemah.. lemah.. lemah dan tiada berdaya...

PERINGATAN
Dan orang² yang berusaha dengan ber-sungguh² kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan² Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang² yang berusaha membaiki amalannya.
Al-Ankabuut, 69

Nukilan : Kun Musafir Maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar