Thursday, August 25, 2011

Disebalik Angka² Surah Al Qadr

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum...

     Bulan Ramadhan. Satu ruang waktu SPECIAL yg dibukakan oleh Allah untuk Umat Manusia(Islam) beribadat tanpa gangguan syaitan (syaitan diikat) dan diberi ganjaran(balasan ibadat) yg tinggi. Di dalam waktu ini juga, Umat Manusia(Islam) diWAJIBkan berpuasa kerana Allah. Puasa di luar bulan Ramadhan tidak sama dgn berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Ini adalah nikmat yg Allah Ta'ala berikan. Nikmat = 'Ganjaran beribadat + syaitan diikat'. Jangan kufur kpd nikmat ini dgn sengaja tidak berpuasa. Lagipun, perintah berpuasa adalah latihan utk kita bertakwa. Lihat firman Allah:

 Wahai orang² yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang² yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah, 183

     Ramadhan tiba, Allah bukakan pintu syurga, tutupkan pintu neraka, Allah gandakan ganjaran amalan², semua itu adalah kerana Rahmat Kasih Sayang Allah utk semua Umat Manusia(Islam). Gunakanlah nikmat ini utk bersihkan diri, bersihkan jiwa. Tetapi harus diingat, Allah tinggalkan NAFSU di dalam diri kita. Itu yg perlu dikawal sepanjang kita berpuasa sebab nak latihkan diri BERTAKWA - SEMBAH ALLAH DGN SEBENAR-SEBENARNYA. Sebab itu ada Umat Manusia(Islam) merindui (nikmat) Bulan Ramadhan.  Itulah matlamat utama Bulan Ramadhan bukannya kerana ganjaran.
     Dan apabila tamatnya tempoh 'kemuliaan' Ramadhan nanti, diharap nilai ketakwaan itu terus dapat dijaga sehingga bertemu lagi Ramadhan yg seterusnya. Gilap lagi ketakwaan dan begitulah seterusnya hingga meninggalkan dunia ini - MATI. Bertambah baik dari satu tempoh ke satu tempoh yg lain. InsyaAllah. Di dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yg mulia iaitu Malam Qadr. Nabi s.a.w ada tinggalkan hadis mengenai ini. Maka, artikel ini adalah berkaitan dgn Malam Qadr.

Hadis² Sahih Bukhari tentang Malam Qadr.
  • Dari Abu Salamah r.a, katanya: "Saya bertanya kepada Abu Sa'id sahabatku. Katanya: Kami i'tikaf beserta Nabi s.a.w pada 10 pertengahan dari bulan Ramadhan. Beliau keluar pagi hari yang ke-20 lalu berkhutbah di hadapan kami. Sabda beliau: "Diperlihatkan kepadaku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam 10 malam yg akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat, bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barang siapa biasa i'tikaf beserta Rasulullah s.a.w hendaklah ia kembali". Kerana itu kami kembali. Dan tiada sepotong pun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan lebatnya sehingga air mengalir pada atap masjid, sedangkan atap itu terbuat hanya dari pelepah kurma. Kemudian orang qamat untuk solat. Saya melihat Rasulullah sujud di air di atas tanah berlumpur, sehingga saya melihat bekas tanah itu di kening beliau".
  • Dari Aisyah r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadr itu pada bilangan ganjil daripada 10 yang akhir bulan Ramadhan".
  • Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda: "Carilah malam Qadr itu pada 10 yg akhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadr itu berada pada hari ke-9, ke-7 atau ke-5 yg akhir (dari bulan itu)".
Itu sahaja hadis yg sy petik utk artikel ini dan banyak lagi hadis² lain yg berkaitan. Lihat perkataan ; 'Malam Qadr', 'i'tikaf', 'ganjil', '10 malam akhir Ramadhan', 'malam ke-9', 'malam ke-7' dan 'malam ke-5'.

Tafsir Surah Al Qadr.
Surah Al-Qadr adalah surah yg ke 97 dan berjumlah 5 ayat. Tafsirnya;

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Al Qadr, 97: 5

Erti Al-Qadr.
     Al-Qadr membawa erti malam yg mulia/berkualiti/berharga/bernilai/utama. Lihat tafsir, ayat 3. Diketahui (dari Al-Quran dan Hadis) bahawa 10 malam terakhir Ramadhan adalah ruang/masa/tempoh di mana duduknya Malam Qadr (Lailatul Qadr) seketika. Hadis ada nyatakan bilakah Malm Qadr itu tetapi tiada yg tepat. Apa pun kita masih berpeluang utk duduk dalam Malam Qadr itu selagi bernyawa. Ianya akan ADA sampai hari kiamat. Ada hikmahlah tu, kita tak tahu yg tepat. Beruntunglah kepada siapa yg dapat beramal pada Malam Qadr itu.

Disebalik No Surah Al-Qadr, 97:5
     Banyak diperkatakan Malam Qadr ini adalah pada malam yg bilangannya GANJIL tetapi jangan di lupa Nabi s.a.w ada menyebut bahawa Malam Qadr itu adalah antara 10 malam terakhir Ramadhan. Lihat firman Allah:

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Al-Fajr, 2-3

Ada benarnya juga sebab telinga sy pernah mendengar mulut mengatakan bahawa Allah sukakan yg GANJIL. Dan disebabkan Allah sukakan yg ganjil ini, sampai ada orang-orang kafir terdahulu bertanyakan begini :

"...Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?..."
Al-Muddaththir, 31

Sekali lagi, Allah Maha Mengetahui. Orait..
Surah Al Qadr, surah ke 97, berjumlah 5 ayat, angka²nya pun sudah ganjil. Apa kaitannya?
Kaitan nombor surah dan ayat Al-Qadr dgn hadis
Perhatikan angka 9, 7 dan 5. Nabi s.a.w berkata 'Malam Qadr itu berada pada hari ke-9, ke-7 @ ke-5'. Ada persamaan dgn angka² ganjil surah Al Qadr ini dgn hari² ganjil yg disebut di dalam hadis. Maka kalau diikutkan hanya 3 hari berkemungkinannya Malam Qadr itu. Ye ke? Nanti dulu.. Hadis ada nyatakan Malam Qadr itu adalah pada MALAM² GANJIL di dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Ni baru 3 hari. Kita lihat lagi..

Jumlah ayat Surah Al-Qadr, 5 ayat
     Jumlah ayat² surah ini adalah 5 ayat. Nabi s.a.w ada menyebut 'Carilah dalam 10 malam yg akhir pada bilangan ganjil'. Jika di ambil perkataan 'ganjil' itu, Malam Qadr itu 'pada 10 malam terakhir Ramadhan' itu adalah 5 malam yg ganjil iaitu malam yg ke-21, ke-23, ke-25, ke-27 @ ke-29. Sebabnya setiap ayat dalam Surah Al-Qadr ini ada menceritakan perihal 'malam'.  Maka, apakah Malam Qadr itu adalah pada 5 malam yg ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29? Dah jadi 5 hari dah, kemungkinan Malam Qadr tu. Kita lihat lagi...
Jika diperhatikan, 5 jumlah ayat Surah Al-Qadr = 5 jumlah huruf Arab yg membentuk perkataan 'Al-Qadr'. Apa kaitannya? Takde kaitan saje je tu. Orait, kita lihat lagi kaitan seterusnya dgn angka 5 ini, angka jumlah ayat surah Al-Qadr.
 
Perkataan 'malam' di dalam Surah Al-Qadr.
Dunia ini, ada TIMUR dan BARAT. Dalam Al Quran bagitau TIMUR dan BARAT sahaja. Adakah angka 5 itu dikatakan 5 malam yg ganjil dan 5 malam yg genap? 5 malam ganjil + 5 malam genap = 10 malam terakhir Ramadhan. Lihat tafsir surah Al-Fajr, ayat 2-3. Ada 5 ayat Surah Al-Qadr menyatakan perihal 'malam'. Lihat yg berkotak merah. Maka 5 malam ganjilnya adalah malam ke-21, 23, 25, 27 @ 29 dan 5 malam genapnya ke-20, 22, 24, 26 @ 28.
     Umar r.a. juga pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah menyebut bahawa Malam Qadr juga boleh berlaku pada malam² genap antara 10 malam yg terakhir itu. Haaa.. Jadi, tak payah fikir dah malam ke berapa Malam Qadr itu. Buat penat je. Tak payah pilih² hari. Tak ikhlas namanya. Maknanya buat amalan tu hendaklah ikhlas kerana Allah. Bukan ikhlas kerana ganjaran. Kalau kita buat sesuatu tu tak ikhlas kerana Allah agak² dapat tak ganjaran? Ada orang kata tak dapat. Wollohua'lam.
Maka;

Malam Qadr itu boleh berada di dalam mana² 10 MALAM YANG TERAKHIR BULAN RAMADHAN TIDAK KIRA SAMADA GENAP ATAU PUN GANJIL.  

Perkataan 'Qadr' di dalam Surah Al-Qadr.
     Dalam gambar di atas 3 ayat ada menyebut perkataan 'Al-Qadr'. Lihat kotak biru. Apakah kaitannya? Perkataan 'MULIA' terlalu banyak disebutkan. Kita tertanya-tanya apakah yang mulia itu? Orait dalam 10 malam yg terakhir itu, hanya satu malam sahaja yg teramat mulia dari malam² yg mulia (malam² Ramadhan), yg amat² berharga, jiwa yg mengerti hendak berada di 'dalam'nya. Meh kita tanya soalan ini.
  • Apakah yg mulia itu? - Tahu, - malam.
  • Apakah Malam itu? Tahu - Malam yg berharga, yg mulia. Malam Qadr.
  • Bilakah Malam Qadr itu? Tahu - Antara 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Apa yg memuliakannya sebenarnya?
  • Apa pula disebalik angka 3 yg diberitahu di atas tu?  
Orait.. Mari kita lihat kaitan Malam Qadr, Malam Mulia dgn angka 3. Perkataan 'Al-Qadr' disebut sebanyak 3 kali di dalam surah Al-Qadr. Kita lihat, angka² surah Al-Qadr iaitu 9, 7 dan 5 :
9 + 7 + 5 = 21

21? Di dalam susunan abjad Huruf Arab, huruf ke-21 adalah Huruf Qaaf. Perkatan 'Qadr' pun bermula dengan huruf Qaaf. Kita lihat Surah Qaaf:

Qaaf. Demi Al-Quran yang MELIMPAH-LIMPAH KEMULIAAN dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
Qaaf, 1

Dapat satu, Al Quran yg mulia. Apa pula kaitan lagi Al Quran dgn Malam Qadr di bulan Ramadhan ini? Diketahui lagi, Ramadhan adalah bulan di mana Al Quran diturunkan. Lihat tafsir:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...
Al Baqoroh, 185

     Lihat pula kaitan jumlah campuran 9,7 dan 5 iaitu 21, yg membawa kita ke Surah Qaaf. Surah Qaaf bagitau Al-Quran itu melimpah-limpah kemuliaannya, ayat 1. Bila sebut Huruf Qaaf ni, cuba tengok Asmaul Husna, nama² Allah yg bermula dengan Huruf Qaaf. Maka. begitulah Bulan Ramadhan bulan yg mulia ini sebab bulan ini Al Quran diturunkan utk membersihkan jiwa manusia dari segala kekotoran pada zaman Nabi s.a.w dahulu dan begitu juga pada zaman sekarang, bulan Ramadhan tetap mulia sebab ada satu malam yg malam mulia yg dikhaskan untuk manusia mendapatkan ganjaran yg tinggi.
     Kita perhatikan surah Al Qadr, ayat ke-3 yang mengatakan "Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan". Maka itu lah Malam Qadr, malam yg lebih baik dari seribu bulan. Bila sebut MULIA ni, kita berbalik kepada manusia. Manusia itu menjadi MULIA adalah kerana AGAMA (ISLAM dan IMAN) yg terdapat di dalam dirinya bukan mulia kerana pangkatnya, hartanya atau apapun selain dari iman. Allah memuliakan manusia dgn iman yg ada di dalam jiwa manusia itu. Bacalah yg mulia (Al Quran), amalkan, dapatlah yg mulia. InsyaAllah. Bila sebut manusia mulia kerana agama, lihat lagi kaitan :

No. Surah Al-Qadr = 97, 9 + 7 = 16
1 - Allah yg SATU
6 - Rukun Iman
Jumlah ayat Surah Al-Qadr = 5
5 - Rukun Islam

Jika dikaitkan itulah ALLAH, ISLAM dan IMAN. 3 perkara + TAKWA yg boleh menjadikan manusia itu mulia. 3? Orait..

Kaitan perkataan 'Qadr' dgn perkataan 'Kadar'.
     Tadi kita sudah lihat 9+7+5 = 21. Itu baru no. Surah Al-Qadr. Kita campur lagi 2+1 untuk mencari yg satu. Untuk cari intipati surah Al-Qadr. Maka 2 + 1 = 3. Apakah kaitan dgn yg 3 itu? Ya.. itulah dia, 3 huruf Arab yg membentuk perkataan 'Qadr'. Dalam Rujukan Persuratan Melayu, ada satu perkataan yang seiras dgn 'Qadr' iaitu KADAR. Di sini KADAR pula bermaksud "perbandingan atau perimbangan" atau dengan kata lain "NISBAH". Berbalik pula kita kepada tafsir ayat 3, Al-Qadr iaitu "Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan". Maka nisbah di sini adalah;

1 malam Qadr = 1000 bulan
1 : 1000
Buat 1 amalan dapat ganjaran 1000 bulan

3 huruf Arab, Qaaf, Daa, Roo pada ayat 3. Itulah intipati Surah Al-Qadr pada ayat 3. Buat 1 amalan pada Malam Qadr, dapat ganjaran 1000 bulan !!!

Ganjaran Malam Al-Qadr.
     Tadi kita sudah mengetahui ;

1 malam Qadr : 1000 bulan
1000 bulan / 12 bulan = 83 tahun 4 bulan
1000 bulan / 12 bulan = 83.3333333 tahun
1 malam Qadr : 83 tahun 4 bulan
1 malam Qadr : 83.333333 tahun

     Maka, 1 malam = 1000 bulan / 12 bulan = 83.33333333333333..... tahun. Lihat angka 3 yg bersambungan itu. Lihat pula Surah Al-Qadr, ayat 3. Kalau dibahagikan 1000/12 itu terus menerus, bila agaknya angka 3 itu nak berhenti? Apakah 3 itu menggambarkan kesejahteraan? Kesejahteraan sampai bila? Sampai terbit fajar? Ye.. Sampai terbit fajar habislah pembahagian 1000/12 itu. Lihat Surah Al-Qadr, ayat 5 : "Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". Itulah tempoh waktu Al-Qadr. Ramadhan tahun depan, Malam Qadr akan muncul lagi. Sesiapa yg berada di dalam tempoh itu dgn sedang beramal, beruntunglah!!! Tetapi tahukah bila Malam Qadr? Haaa... Nak tahu macamana, beramal ibadahlah sepanjang bulan Ramadhan. Dapat rasa nikmat Malam Qadr tu untunglah. Setiap orang rasanya tak sama. Ada orang minum air suam tapi rasa manis. Tak pelik ke? Tak perlu pelik, yg bagi RASA adalah Allah s.w.t.

Allah-lah segala-galanya !!!

Orait.. Kata di dalam dada ada kalimah 'Laa Illa Haa Illallah'. Kat atas tu betullah, 'Allah-lah segala-galanya'. Maknanya di sini, barang siapa beribadah pada Malam Qadr, ganjarannya adalah lebih baik dari beribadah seribu bulan iaitu lebih kurang 83.3333333 tahun @ 83 tahun 4 bulan :
  • Solat pada malam Al-Qadr, maka dia akan mendapat pahala bersolat selama 83 tahun 4 bulan bersolat.
  • Zikir pada malam Al-Qadr, maka dia akan mendapat pahala berzikir selama 83 tahun 4 bulan berzikir.
  • Baca Al Quran pada malam Al-Qadr, maka dia akan mendapat pahala baca Al-Quran selama 83 tahun 4 bulan baca Al-Quran.
     Waahh.. Kalau fikirkan tentang ganjaran siapa yg tak nak kalau dengan solat yg didirikan pada Malam Qadr itu, pahalanya bersamaan dgn selama 83 tahun 4 bulan bersolat. Umat Manusia zaman sekarang hidup pun lebih kurang 60-70, lebih sikit 80 tahun sahaja. Sebab itu lah kita ramai orang berkata 'tingkatkan amalan di akhir 10 malam Ramadhan nie'.
     Hanya satu yg ingin sy catatkan di sini iaitu sesiapa yg beramal pada malam Qadr itu, setiap amalan yg dilakukan pada Malam Qadr itu nilainya adalah bersamaan dengan seribu malam punya amalan. Itu sahaja. Yg lain² selain itu, bertanyalah pada org yg lebih arif. Ikhlaskan diri dan serahkanlah kepada Allah. Balasan itu dah tentu Allah sediakan utk yg beramal. Tidak usah risau. Buatlah utk diri sendiri bukan utk orang lain. Sayangilah diri sendiri dari dibakar oleh api neraka dan lepas tu pula cuba sayangi orang lain dari dibakar oleh api neraka juga, sampaikan peringatan. Nak dengar ke tak nak dengar, itu no 2, yg no 1, sampaikan dulu.

Kemuliaan Malam Al-Qadr.
Bulan dan cincin Bulan
     Bulan Ramadhan, bulan yg mulia disebabkan di dalamnya ada satu malam yg mulia iaitu Malam Qadr. Disebabkan satu malam mulia, bulan Ramadhan pun jadi mulia. Lihat Bulan di langit. Disebabkan Bulan, satu alam jadi terang. Begitulah gambaran bulan Ramadhan. Dikatakan bulan mulia itu sebab Al Quran diturunkan dalam Bulan Ramadhan. Dikatakan malam mulia itu sebabnya ganjarannya dan  MALAIKAT² TURUN PADA MALAM ITU UNTUK MENGATUR SEGALA URUSAN. Urusan apa? Malaikat² tu pergi mencari jiwa² yg sedang 'beramal' lebih² lagi di masjid nak bagi ganjaran barangkali. Wollohua'lam. Sebab itu-lah di akhir 10 malam Ramadhan nie ramai orang i'tikaf di masjid/surau.
     Kita renung sekejap. Umat Manusia dilahirkan, tiada apa-apa, maksudnya belum mulia. Umat Manusia jadi mulia hanya kerana agama(Islam dan Iman) di dalam dirinya. Agama itu adalah kehidupan. Manusia yg mulia adalah yg paling BERTAKWA. Sebab itu perintah puasa ini adalah untuk menjadikan manusia itu seorang yg bertakwa. Lihat semula firman Allah s.w.t.

Wahai orang² yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang² yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah, 183

     Maaf atas segala kekurangan kata² dan banyak pengulangan kata². Mengulang² kata² mudah utk diingat. Al Quran sendiri byk perkataan yg berulang. Banyak yg sy tidak tahu. Ini hanyalah sebuah kaitan. Ilmu Allah itu luas. Diri sy sendiri tidak sempurna. Macam² ada. Dari artikel ini, yg mana elok, ambil, yg mana tidak elok, tinggalkan.
     Untuk memuliakan diri sendiri perlu ada pengorbanan untuk agama(Islam) terutamanya dari segi MASA tetapi harus diingat, kita tidak tahu samada diri kita mulia atau tidak, jalannya ada. Janganlah kita terlalu yakin bahawa Allah telah memuliakan diri kita kerana semuanya adalah ujian dan dugaan. Ianya boleh membawa kepada RASA RIAK, TAKBUR dan pelbagai rasa lagi. Bila ada rasa seperti ini, syaitan akan ambil peluang !!! Sepatutnya makin banyak kita melakukan ibadah, makin takut kita dengan Allah. Allah boleh pilih siapa sahaja dgn sekelip mata walaupun diakhir nyawa seseorang itu utk dimuliakan. Ikhlaslah dalam pengorbanan dan haraplah Rahmat-Nya.
     Allah-lah segala-galanya, makhluk tidak boleh buat apa-apa tanpa kuasa Allah. Akhir kata, perkataan terakhir dalam surah Al-Qadr ini adalah perkataan 'Fajr'. Sy tinggalkan firman Allah yg dipetik dari Surah Al-Fajr, ayat 15 utk difikirkan bersama. Alhamdullillah..

PERINGATAN
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Al-Fajr, 15
Nukilan : Kun Musafir Maya

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar