Saturday, August 20, 2011

Mesej Dari Nama ADM - 2

Bismillahirrohamnirrohim..
Assalamualaikum..

Apa yg diketahui di dunia, setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Kenapa berpisah? Dunia ini hanya sementara. Hanya yg kekal adalah hubungan (selagi ingat, selagi nyawa dikandung badan). Hubungan dari segi apa? Banyak dan salah satunya mungkin yg menghubungkannya adalah INGATAN.... Yg lain² tu, bolehlah kaitkan sendiri. Al Quran itu penuh dgn PERINGATAN. Bila INGAT, terus menghubungkan kpd apa yg diingat. Janganlah pisahkan diri kita dgn Allah. Ingatlah sentiasa kepada-Nya. Artikel ini adalah sambungan daripada artikel 'Mesej Dari Nama ADM - 1'.

Ilustrasi Dialog antara JASAD dan ROH.
     Bayangkan kita sedang melihat diri kita di dalam cermin. Apa yg di dalam cermin itu adalah JASAD kita, dan yg di luar cermin itu adalah ROH kita. Cuba kita bayangkan, ROH yg di luar cermin itu bercakap dgn JASAD yg di dalam cermin tu:

Roh: Wahai jasad! Siapa nama kau?
Jasad: Nama aku ADM.
Roh: Apa makna nama kau?
Jasad: Nama aku maknanya TIADA. Aku TIADA. Ko apesal?
Roh: Bagus, kau sedar diri. Ya, kau TIADA, aku-lah yg ADA. Kau cuma pinjaman di dunia untuk aku pakaikan.
Jasad: Benar, aku TIADA kerana aku akan BINASA (MATI).

Apabila ROH memecahkan cermin JASAD, maka TIADA lah lagi jasad itu kelihatan. Yang ada sekarang, hanyalah ROH yg tinggal, yg hakiki. Yg kekal abadi. ROH kita lah yg ADA, yg WUJUD, yg KEKAL. Maka, binasalah diri(jasad) kita apabila kita sentiasa mengingati apa yg ADA(roh) di dalam diri kita. Sudahkah kita mengenal diri kita yg sebenar? Allah kurniakan AKAL kpd kita. Fikirkan bagaimana kita nak bawa apa yg ADA di dalam jasad kita ini.
     Maka, dapatlah difahami yg sebenar ADA pd diri kita adalah ROH kita. Tanya dgn mulut, 'Siapa aku?' Jawab dgn hati. Ada tak yg menjawab? Tanya lagi dgn mulut 'SIAPA TUHAN AKU?' Jawab dengan hati. Ada tak yg menjawab? Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. Jangan risau...
    KeWUJUDan diri kita di dunia ini, ke'ADA'an diri kita di dunia ini adalah sebenarnya TIADA yakni hanya sementara. Cuba kaitkan dgn dunia ini yg penuh dgn tipu daya. Jgnlah kita tertipu dgn diri kita sendiri. Itulah yg cuba dikaitkan dgn nama ADM yg dikaitkan dgn sifat Mustahil Allah. Yg sebenarnya ADA adalah ROH kita yg dipakaikan: 'pakaian jasad'. Maka, yg ADA(WUJUD) KEKAL pada manusia itu hanyalah ROH(JIWA)nya, jasad itu akan TIADA seperti mana tiadanya lagi Nabi ADM a.s. di bumi ini. BenarlahROH(JIWA) kita yg WUJUD(ADA) di dalam diri ini pernah diambil kesaksiannya. Firman Allah s.w.t:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap JIWA mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
■ Al-A'raaf, 172 ■

Siapa yg menjadi SAKSI dalam ayat di atas? ROH. Sudah ingat sekarang? Pernahkah kita ditanya begitu sepanjang hayat kita di'hidup'kan? Tepuk dada, tepuklah tepuklah.. Ada sesuatu yg keluar tak dari dada? 

Matematik perkataan: ADA di dalam TIADA.
    Sekiranya kita ceraikan perkataan TIADA itu, kita nampak perkataan ADA, wujud di dalam perkataan TIADA. ADA wujud di dalam TIADA. TIADA membawa ADA di dalamnya. Siapa yg ADA? Siapa yg TIADA? Yang ADA wujud pd ADM (TIADA) itu adalah ROH. JASAD (ADM) menyembunyikan ROH, maknanya kita tak nampak ROH kita sendiri tetapi kita tahu ianya WUJUD sebab 'pergerakkan'@'nyawa'.

ADA di dalam TIADA
ROH(ADA) di dalam JASAD(TIADA)

Yang TIADA akan tiada nanti, iaitu JASAD kerana MATI. Apabila ADA keluar dari TIADA, tinggalah TI. TI apa? 

TIADA APA-APA YG TINGGAL, hanya ROH dgn amalan-amalannya yg diamalkan sepanjang berada di dunia ini kerana dunia ini adalah tempat beramal.

Mesej dari nama ADM.

Dari ADM yg ADA, maka WUJUDlah MANUSIA,
Yg dari TIADA kepada ADA itulah KITA,
WUJUDnya kita untuk BERSUJUD kepada-NYA,
Mengabdikan diri dan Menyembah kepada-NYA,
Yg kekal WUJUD-ADA.

Cuba jawab soalan ini ;
  • Siapakah yg membentukkan tubuh Nabi ADM a.s. dan diri kita (anak-anak ADM)?
  • Siapakah yg menciptakan roh Nabi ADM a.s. dan diri kita (anak-anak ADM)?
  • Siapakah yg meniupkan roh ke dalam jasad Nabi ADM a.s. dan diri kita (anak-anak ADM)?
  
     Diri yg sentiasa berada dalam keadaan sedar, akan sentiasa ingat kpd ROH di dalam dirinya. Dan bila diri ingat kpd ROH, dirinya ingat kpd Allah kerana bila-bila masa sahaja ROH akan dicabut dari dirinya, SENTIASA DALAM KEADAAN SEDIA UNTUK DIJEMPUT PULANG! Orang kata sentiasa BERINGAT. ROH dicabut, TIADA-lah lagi JASAD yg bergerak. Bila ingat kpd yg ADA(KEKAL WUJUD), diri akan sentiasa ingin buat yg terbaik utk diri sendiri kerana Allah. Buat itu kerana Allah, buat ini kerana Allah. Cukupkah amalan diri? Tiada siapa yg tahu termasuklah diri sendiri. Buatlah yg termampu dan ikhlas-lah. Hanya Allah Yg Mengetahui, bagaimana nasib diri di akhirat kelak. Namun begitu, didiklah jiwa diri kita utk terus mendekati/mengingati Allah. Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan JIWAnya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
■ Al-Israa', 84 ■

     Bagaimana JIWA anda sekarang? Fikirkanlah... Bagaimana nak didik jiwa tu? Bertawakallah kpd Allah kerana ia akan menggerakkan fikiran kita untuk kita berusaha dan berikhtiar. Sentiasa ingat pada yg ADA(ALLAH dan ROH). Sentiasa BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH dalam apa jua keadaan. Saling ingat mengingati itu penting terutamanya mengingatkan diri sendiri. Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan yg lemah.
    
Rentetan dari penyampaian di atas, dapatlah diketahui bahawa mesej dari nama ADM ini, yg bermakna TIADA :
  • Yg TIADA kekal itu ialah jasad kita, yg akan MATI (setakat pengetahuan di dunia)
  • Yg ADA kekal itu ialah ROH di dalam diri kita ini, yg akan dikeluarkan (dicabut) nanti dari jasad dan ditempatkan di suatu tempat di alam luar 'dunia'.
  • Diri kita TIADA APA-APA dari awal penciptaan hinggalah akhir kesudahan, SEMUANYA ALLAH YG PUNYA.
  • Yg ADA APA-APA itu hanyalah ROH beserta AMALANNYA
  
     Secara kaitannya, jika difikirkan secara dalam, Allah telah letakkan MESEJ itu pada nama ADM yg bermakna TIADA. Kita tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan dgn TIADA itu. Direnung diri, diamati diri, dilihat sedalam-dalamnya, sehalus-halusnya, bahawa MESEJ itu seolah-olah memberitahu kpd kita bahawa diri kita TIADA APA-APA tanpa KURNIA dan RAHMAT dari Allah. Semua yg kita ada, adalah nikmat pemberian-Nya termasuklah nikmat udara(oksigen) yg pertama-tama sekali. Bersyukurlah..
     Beruntunglah bagi Umat Manusia(Islam) yg selalu ingat apa yg ADA di dalam dirinya kerana yg di dalam diri itulah yg akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat. Di dalam itulah tempat terkumpulnya semua amalan kerana apabila dibangkitkan selepas MATI adalah apa yg ada di dalam jiwa. Apakah kita sudah mengenali diri kita yg sebenarnya? Maka setelah diketahui, utamakanlah keselamatan ROH kita, jagalah apa yg sebenarnya yg ADA pd diri kita.

Kesimpulan apa yg disampaikan.
     Artikel ini ditaip adalah kerana persamaan nama manusia pertama dgn sifat Mustahil Allah iaitu ADM yg bermakna TIADA. Sifat Mustahil Allah: ADM ini adalah lawan kpd Sifat Wajib Allah: ADA. Di sini, kita kena yakin bahawa Allah itu ADA dgn sendirinya. Tiada permulaan dan tiada kesudahan. Mustahil Allah itu ADM iaitu TIADA kerana Allah-lah yg menciptakan apa yg ADA di langit dan di bumi. Diciptakan sesuatu dari TIADA kpd ADA. Dipanggilkan manusia itu dgn nama ADM. Dikekalkan sifat ke'TIADA'an manusia itu melalui nama manusia yg pertama iaitu nama Nabi ADM a.s adalah utk kita ambil pengajaran dari makna nama tersebut iaitu TIADA dan seterusnya melalui serta memahami kehidupan Nabi ADM a.s. melalui kisah² yg diberitakan. Maka, asal manusia itu adalah dari TIADA. Janganlah kita lupa pada diri kita yg asalnya dari TIADA kpd ADA ini. Untuk apa diADAkan di atas permukaan bumi ini?
     Dalam penulisan ini banyak kekurangannya, banyak ke'TIADA'annya. Sy boleh membaca, juga dgn kuasa Allah. Sy boleh faham juga dgn pertolongan Allah s.w.t. Sy TIADA APA-APA, semuanya ALLAH yg kurniakan apa yg ADA pd sy. Begitu juga dgn anda semua. Selain Allah, segala-galanya bermula dari TIADA. Janganlah kita SOMBONG dgn Allah !!! Janganlah kita lupa apa yg ada pada yg kita panggil 'diri'. Semua yg kita 'rasa' ADA, ada memiliki di dunia ini, hakikatnya, semuanya adalah dari pemberian-Nya, bila-bila masa Allah boleh ambil kembali, boleh tarik kembali. Gunakanlah diri yg ADA ini sebaik mungkin untuk Allah.

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat). Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
■ Al-Qiaamah, 26 ■

     Akhir kata mohon maaf dr sy yg cetek ilmu ni, kurang maklumat, kurang pengalaman. Sy tak pandai tapi ingin menaip. Bahasa/perkataan byk yg tak tahu. Apa yg ada, berfikir tentang kejadian ciptaan² Allah. Maafkan sy juga, sekiranya sy berkata yg sia-sia. Semoga Allah mengampuni dosa sy kerana tujuan penulisan ini adalah utk mengingatkan diri sy sendiri yg pertamanya. Agak sukar utk menggambarkan dgn tepat apa yg ada di dalam kotak fikiran apatah lagi yg di luar kotak fikiran, yg sentiasa berlegar nak masuk ke dalam kotak fikiran ni. Semoga Allah jua mengampuni dosa anda semua kerana mata yg melihat telah menggerakkan jari jemari anda untuk sampai ke blog ini.. Wollohua'lam. Segala urusan terserah kepada Allah. Maaf semuanya. Semoga berjumpa lagi dalam 'ruangan hidup' yg lain...

Se-Kian.

PERINGATAN
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari TIADA kepada ADA), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
■ Luqman, 28 ■

Nukilan : Kun Musafir Maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar