Saturday, August 13, 2011

Mesej Dari Nama ADM - 1

Bismillahirrohmanirrohim,
Assalamualaikum….

     Mesej dari nama ADM. Nama ADM yg dikaitkan di sini adalah dari nama Nabi ADM a.s. Pengajaran dari kisah kehidupan Nabi ADM a.s telah byk kita ketahui. Sebaliknya, apakah pula mesej UTAMA yg ada pada nama ADM ni? Di manakah tersembunyinya mesej itu? Itulah yg akan disampaikan dalam artikel ini. Jika ditanya, siapa ADM? Terlalu ramai manusia yg bernama ADM di atas permukaan bumi nie. Jika ditanya, siapa Nabi ADM? Umat Manusia(Islam) sudah pasti tahu.
     Setiap manusia yg wujud di dunia ini ada namanya. Bila dah ada nama, banyak pula soalan, banyak pula maklumat² pengetahuan tentang nama. Lahirlah 'senarai nama² pilihan terbaik' utk dipilih. Bila berhadapan dgn manusia pula, ditanya lagi, macamana boleh letak nama macam tu? Siapa yg pilih nama tu? Apa makna namanya? Apa pula maksud namanya? Apa pula panggilan kpd dirinya? Nama panjang, panggil pendek je. Hehehe... Macam², tapi takpe, yg penting kita dapat pengajaran disebalik setiap apa yg berlaku. Kita kembali kpd awal kejadian, siapa yg pilih nama ADM utk dinamakan kpd manusia pertama ciptaan Allah iaitu Nabi ADM a.s.? Sy tak tahu.

Siapa anak-anak ADM?
     Bapa Kepada Segala Manusia adalah Nabi ADM a.s. Bila dikata 'bapa kepada segala manusia', maka kita semua adalah anak-anak ADM, termasuklah ibubapa kita juga adalah anak-anak ADM. Dari Nabi ADM dan pasangannyalah berkembangbiaknya manusia di muka bumi ini. Masalahnya, mampu ke kita nak 'trace' nama² tu hingga ke nama Nabi ADM a.s? Hhhmmm.. Panjang tu kalau nak 'trace' tu. Kita ada hubungan keturunan dgn Nabi ADM. Salasilah keturunan manusia:

"Saya bin Bapa Saya bin Bapa kpd Bapa Saya bin Bapa Dia bin Bapa Dia ....... Bapa Dia bin ADM bin ????? (TIADA)"

Kita ada hubungan dgn Nabi ADM a.s. Cuba lihat, akhir sekali nama kita di'bin'kan dgn ADM. Kenapa ADM bin ?????(TIADA). Ingat, Nabi ADM a.s tidak berbapa, tidak beribu, tidak dilahirkan. Nabi ADM a.s diciptakan terus dari Allah dan bukan melalui ibubapa. Allah memberi peringatan kpd anak-anak ADM, di dalam firman-Nya:

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan² itu TEMAN RAPAT bagi orang² yang tidak beriman.
[Al-A'raaf, 27]

Dah baca kan tafsir ayat tu? Sekarang, apakah reaksi anak-anak ADM apabila baca ayat tu? Apakah anak-anak ADM membenarkan ayat itu pd dirinya? Siapa anak-anak ADM tu? Kitalah semua ye. Bersyukurlah, Allah dah beri peringatan. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun.

Penzahiran Sifat² Allah pada manusia.
      Setiap ciptaan Allah itu pasti ada hikmah yg tersembunyi. Apakah yg tersembunyi pd DIRI KITA? Diri anda, diri sy, diri selain dari diri anda dan diri sy, semuanya ada hikmah disebalik wujudnya diri kita ke dunia ini cuma nak kena fikir lebih sikit je. Baca firman Allah ini dan tujukan kpd diri kita :

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari TIADA kepada ADA) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[Al-Mu'minuun, 115]

Jawablah dgn ikhlas pertanyaan di atas itu. Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar segala jawapan kita.. :), Pertama, kita mestilah kenal Pencipta kita, Allah. Nabi s.a.w berkata "Seawal-awal agama adalah mengenal Allah". Sejauh mana perjalanan kita biarlah di setiap kesempatan yg ada, perjalanan itu adalah satu perjalanan yg kembali kepada-Nya dan bukannya satu perjalanan yg meninggalkan-Nya
     Antara tujuan tersembunyi disebalik wujudnya manusia di dunia ini adalah untuk menzahirkan sifat² Allah pada diri manusia itu sendiri. (Sy masih ingat, dulu² masa sekolah ada diajar tentang Sifat 20 Allah). Maka, awal agama(Islam), kita hendaklah mengenal sifat² Allah dan 'melihat(fikir)' kezahiran sifat² itu pada diri kita sendiri. Bila dah 'lihat', panjatkanlah rasa syukur kpd Allah apabila anda dapat mengenali kezahiran sifat² itu pada diri anda. Bila kita mengenal sifat² Allah, insyaAllah kita akan sentiasa ingat pada-Nya.
     Misalnya, Allah Maha Melihat, dan kita pun dapat melihat (bg yg dpt melihat), tetapi penglihatan kita tidaklah sama dgn penglihatan-Nya. Namun, itu semua (penzahiran sifat² pd jasad) hanyalah pinjaman. Bacalah sifat 20 Allah. Umat Manusia (Islam) mengetahui bahawa Allah tidak menyerupai sesuatu apa pun. Firman-Nya:

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [Al-Ikhlas, 4]

Antara sifat² 20 Allah:
  • Sifat WAJIB Allah yg pertama adalah WUJUD. Makna WUJUD = ADA.
  • Sifat MUSTAHIL Allah adalah ADM. Makna ADM = TIADA.

        Penzahiran Sifat Mustahil Allah melalui nama ADM.
             Allah itu ADA. Mustahil Allah itu ADM iaitu TIADA. Diamati, rupa-rupanya nama ADM sama dgn sifat Mustahil Allah. ADM juga adalah nama bagi Nabi ADM a.s. Dari sifat Mustahil Allah, ADM = TIADA. Pada sifat Mustahil, Allah itu ADA, mustahil Allah TIADA. Mesej ke'TIADA'an ini ada pada nama ADM. Apa maksud TIADA disebalik nama ADM ini? Apakah yg TIADA pada diri anak-anak ADM yakni diri kita? Ini hanyalah kaitan.

        Pandangan yang tidak biasa
             Diri kita terdiri oleh 2 iaitu JASAD dan ROH. Lihat diri kita di dalam cermin. Nampak JASAD kita kan? Nampak tak ROH kita? Tak nampak kan? Orait.. Kita pandang diri kita dgn pandangan yg tidak biasa yakni kita anggap, yg di dalam cermin itu adalah JASAD kita dan yg diluar cermin itu adalah ROH kita.
             Siapa yg ber-kata² sekarang? Siapa yg menggerakkan jasad di dalam cermin itu? Pergerakkan di dalam cermin itu mengikut pergerakkan yg diluar cermin. Ye.. JASAD ikut pergerakkan ROH. Apa yg di dalam cermin itu dapat lakukan? Hanya menunggu gerakan dari ROH. TIADA APA-APA YG DAPAT DILAKUKAN OLEH JASAD TANPA ROH. Adakah yg di dalam cermin itu nampak apa yg di luar cermin? TAK TAHU. Di dalam cermin itulah JASAD tanpa ROH, tidak bernyawa. ROH mewakili sedikit sifat² Allah. Yg ADA itu adalah Yg bernyawa yakni ROH. Bukankah Allah yg meniupkan ROH ke dalam JASAD kita? Fikir sejenak..... Itulah secara gambaran ilustrasi. Ada tak orang boleh bercakap dgn rohnya sendiri?
             ROH-lah yg menggerakkan JASAD. Cuba lihat mayat. Bergerak tak? Secara kaitannya, Jasad pertama dinamakan ADM(TIADA) adalah untuk menunjukkan bahawa JASAD TIDAK DAPAT LAKUKAN APA-APA TANPA ROH DI DALAMNYA. Pernah dengar orang mengatakan TIADA APA-APA PADA NAMA? Masih ada perkataan TIADA atau sifat mustahil Allah. Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ADA DEKAT DENGAN DIRI KITA. Jangan sekali mengatakan kita dekat dgn Allah.

        Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
        [Qaaf, 16]

        Bersambung dalam artikel seterusnya 'Mesej Dari Nama ADM - 2'...

        PERINGATAN
        Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
        ■ Al-A'raaf, 35 ■

        Nukilan : Kun Musafir Mayan

        No comments:

        Post a Comment

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
        /* kun tambah radar