Hampir semua manusia mengatakan 'usaha tangga kejayaan' tapi tiada sambungannya dari ayat itu. Usahanya yg bagaimana yg dikatakan berjaya? Usaha cari makanan, maka dapatlah makanan. Lepas tu makan makanan itu. Adakah itu juga dikira berjaya? Katakan, seharian, kita tak makan? Tak minum seharian? Mesti kita lemah kan? Tak bermaya, tak berdaya. Tapi apakah itu dikira tidak berjaya? Jadi apakah kejayaan yg sebenar-benarnya? Kita renung seketika masa yg lampau... Sejak dari kecil (bayi) lagi, 3 keperluan utama bayi yg asas adalah makanan/minuman, pakaian dan tempat tinggal. Siapa² pun di dunia ini (kebiasaannya). Manusia yg masih hidup ini telah berjaya melepasi zaman bayinya dan kini, masih menjalani sebuah kehidupan, apakah itu juga kejayaan?
Keperluan² Manusia.
Allah s.w.t telah meletakkan 5 keperluan hidup di dunia ini, yg mana keperluan ini setiap orang memerlukannya. Keperluan terhadap makanan/minuman, pakaian, tempat kediaman, kenderaan (juga termasuk dlm keperluan manusia) dan begitu juga dgn keperluan berumahtangga samada lelaki atau perempuan. Itulah 5 keperluan yg setiap orang memerlukannya. Allah telah meletakkan keperluan² itu di Bumi. Tiada di planet lain. (Wollohua'lam, Sehingga hari ini yg sy tahu, hanya di Bumi yg ada kehidupan. Yg sy tak tahu, sy tak tahu lah). Setelah Allah letakkan keperluan² itu di Bumi, Allah s.w.t menghantar manusia ke muka Bumi sebagai tempat ujian. Ingat, dunia ini sebagai TEMPAT UJIAN. Nak sembunyi (nak lari dari ujian) dari Allah s.w.t? Sembunyilah kalau dapat. Bagaimana pula dgn penilaian? Penilaian di akhirat nanti.. Kan selepas Hari Kiamat nanti, ada Hari Perhitungan.. Kat dunia nie pun, selepas ujian peperiksaan, mesti ada penilaian markah kan? Keputusan yg nyata selepas ujian dan selepas penilaian ialah samada GAGAL atau LULUS. Itu sahaja.. tetapi Adakah yg GAGAL itu dikatakan benar² TIDAK BERJAYA? Adakah yg LULUS itu dikatakan benar² BERJAYA? Maka, Apakah kejayaan yg se-benar²nya?
Keinginan² manusia.
Allah s.w.t jadikan dunia (bumi dan langit) ini sebagai tempat ujian yg dipenuhi dgn sumber² makanan, sumber² pakaian dan sumber² tempat tinggal. Allah s.w.t telah hantar manusia ke dunia dan Allah s.w.t telah letakkan di dalam diri manusia itu, KEINGINAN² NAFSU. Manusia hendak itu, manusia hendak ini, manusia hendak macam ini, manusia hendak macam itu, macam ini tak boleh, macam itu tak boleh dan macam² lagi keinginan manusia. Begitu banyak sekali keinginan nafsu manusia ini, yg mana manusia itu sendiri pun tidak mampu mengira keinginan nafsunya. Jika dikumpulkan semua manusia sekalipun, semua kuasa² dan kekuatan di dunia ini, dgn tujuan utk memenuhi nafsu seorang manusia sahaja, pun ianya masih tidak akan dapat memenuhi keinginan nafsu manusia tersebut. Maka, manusia yg masih hidup sekarang ini berada di dalam ruangan pengujian oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t uji manusia dgn makanan, Allah s.w.t uji manusia dgn pakaian, Allah s.w.t uji manusia dgn tempat kediaman, Allah s.w.t uji manusia dgn kenderaan, Allah s.w.t uji manusia dgn perkahwinan dan pelbagai lagi ujian.
Para Anbia a.s. dihantar untuk selamatkan manusia.
Allah s.w.t juga telah menciptakan manusia ini dlm keadaan LEMAH. Allah s.w.t juga menjadikan manusia ini ingin mendapatkan sesuatu dgn SEGERA. Walaupun begitu, dlm keadaan semua perkara ini, Allah s.w.t inginkan manusia BERJAYA kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang tetapi KEJAYAAN yg bagaimana? Kita bayangkan keadaan zaman² para anbia a.s dahulu. Disebabkan oleh kerana keinginan manusia ini terlalu banyak, ada di antara manusia yg cuba mendapatkan semua keinginan tadi dgn cuba membuat perkara² yg salah (yg tidak diketahui akan kebenarannya) utk memenuhi keinginannya. Dgn cara yg salah itu dia berjaya dan terus menjalani kehidupan dgn jalan tersebut. Risau, bimbang sekiranya manusia menganggap itulah jalan yg memberi dia kejayaan. Ada juga manusia yg mengikuti jalan yg betul (juga tidak diketahui akan kebenarannya) utk memenuhi keinginan mereka tetapi apabila keinginannya tidak dipenuhi, maka berlakulah SALAH FAHAM terhadap jalan tersebut, manusia mula merasakan jalan tersebut menghadapi kegagalan maka ia mula menjauhi jalan tersebut walhal jalan itu sudah betul. Jadi, manusia tidak pasti jalan yg manakah yg sebenarnya, yg memberikan kpd mereka KEJAYAAN YG SEBENARNYA. Maka untuk ini, Allah s.w.t telah menghantar para anbia a.s untuk menyelamatkan manusia dgn menunjukkan jalan yg benar. Ringkasan dari keadaan ini ialah kejayaan manusia adalah dgn mengikuti jalan yg dibawa oleh para anbia a.s tersebut.
Kejayaan sebenar ada dalam agama.
Sebagaimana nabi² terdahulu, Allah s.w.t meletakkan sesebuah kejayaan itu adalah dengan mengikuti CARA KEHIDUPAN yang dibawa oleh nabi² itu (Nabi Nuh a.s. bersama pengikutnya telah berjaya, Nabi Musa a.s bersama pengikutnya juga telah berjaya), maka begitu juga dengan umat Nabi s.a.w, Allah telah letakkan kejayaan dgn mengikuti cara kehidupan Nabi s.a.w. KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN, KESELAMATAN dan KEMURNIAN umat ini ialah dengan mengikuti agama yg dibawa oleh Nabi s.a.w.
- Seorang manusia yang miskin dan dalam kemiskinannya dia mengikuti cara kehidupan yang dibawa oleh Nabi s.a.w., maka ia akan BERJAYA.
- Seorang yang kaya dan dalam kekayaannya dia mengikut cara Nabi s.a.w., maka dia berada dalam KEJAYAAN.
- Dalam agama juga, Allah s.w.t telah meletakkan KEJAYAAN DUNIA dan dalam agama juga Allah s.w.t telah meletakkan KEJAYAAN AKHIRAT.
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha - berpuas hati." - Adh-Dhuha, 5
"UNTUK MENDAPATKAN KEJAYAAN YG SE-BENAR²NYA DI DUNIA DAN AKHIRAT, ALLAH S.W.T LETAKKAN KEJAYAAN ITU DALAM AGAMA (ISLAM)"
Maka, dengan itu, jangan tinggalkan agama dalam kita menjalani kehidupan ini, semoga kita sama² sentiasa berada di dalam 'agama' sepanjang masa hingga akhir hayat kita kerana 'KEJAYAAN SEBENAR ADA DALAM AGAMA (ISLAM)'. Apabila kita berada di luar garisan agama, manusia itu tidak akan berjaya di dunia dan akhirat. Jangan kita mudah tertipu dgn kejayaan di dunia yg diperolehi tanpa agama.
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
No comments:
Post a Comment