Sunday, March 27, 2011

Berita utk Wanita...

Assalamualaikum...

Sedutan Fadhilat dari Bayan Masturat oleh Maulana Syed Ahmad Khan, Pakistan. Berita-berita gembira utk para wanita.

1. Seorang wanita SOLEHAH, lebih baik drpd 1000 orang wali dan daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Seorang wanita yg JAHAT adalah lebih BURUK drpd 1000 orang lelaki yg JAHAT.

Isteri dan suami.

3. Isteri yg melihat suami dgn KASIH SAYANG dan suami pula melihat isteri dgn kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang dgn penuh RAHMAT.

4. Wanita yg menyebabkan suaminya KELUAR di JALAN ALLAH s.w.t dan kemudian MENJAGA rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi KETUA kpd 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan DIMANDIKAN dlm syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yg dibuat dari permata Yaqut.

5. Apabila suami pulang ke rumah dlm keadaan LETIH dan isteri layan suami dgn BAIK, isteri akan mendapat pahala JIHAD.

6. Seorang isteri yg habiskan malamnya dgn TIDUR YG TIDAK SELESA kerana menjaga yg SAKIT dpt pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Wanita yg MENJAGA SOLAT, PUASA dan TAAT PD SUAMI, Allah s.w.t mengizinkannya memasuki syurga dari mana² pintu yg ia kehendaki.

8. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan MARAH, Allah s.w.t beri padanya setengah pahala jihad.

9. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

10. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

11. Wanita yg picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yg picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

12. Wanita yg meninggal dunia dgn dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

13. Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w bersabda kepada anaknya Fatimah yg bermaksud : "Mana² wanita yg melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakratul maut (dekat hendak mati), dalam kubur dia perolehi taman² seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yg terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintsi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan".

Wanita dan kerja rumahnya.

14. Wanita yg menguli tepung dgn 'Bismillah', Allah s.w.t akan BERKATkan rezekinya. Allah s.w.t berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dgn zikir Bismillah.

15. Wanita yg MENYAPU LANTAI dgn berzikir dpt pahala seperti menyapu lantai Baitullah. Seorang wanita yg membersihkan rumahnya dgn berzikir se-olah² dia membersih Kaabah.

16. Wanita yg memerah susu binatang dgn BACAAN 'Bismillah', DIDOAKAN oleh binatang itu dgn doa keberkatan.

Wanita dan aurat.

17. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat tetapi Allah s.w.t sendiri akan datang pada wanita yg MEMBERATI AURATNYA iaitu yg memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah (tetap).

18. Allah s.w.t AKAN MELAKNANTI WANITA YG SENGAJA MENDEDAHKAN AURATNYA KPD LELAKI YG BUKAN MUHRIMNYA.

19. KEPADA WANITA YG TIDAK TUTUP AURAT, ALLAH s.w.t BERFIRMAN : "HIDUPLAH DENGAN APA YANG KAU SUKA".

20. Dua orang yg bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah seorang hamba yg tidak patuh kpd tuannya dan seorang isteri tidak taat pada suaminya.

Wanita dan anaknya.

21. Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Seorang wanita yg redha mengandung bayi hasil perhubungan dgn suaminya yg sah dan suaminya pula redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fi-sabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yg tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dgn susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah s.w.t berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yg sekejap-kejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fi-sabilillah dengan ikhlas". (HR Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)
  • Apabila seorang wanita yg melahirkan anak dan dia mati maka dia dikira sebagai mati syahid. 
  •  Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira MATI SYAHID.
  • Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa setiap kesakitan melahirkan anak itu, Allah s.w.t memberi pahala haji mabrur.
  • Malam hari dia beribadat dan siang hari dia berpuasa bagi seorang wanita yg mengandung.
  • Dua rakaat solat drpd wanita HAMIL lebih baik drpd 80 rakaat solat wanita yg tidak HAMIL.
  • Wanita yg beri SUSU kpd ANAKnya drpd buah dadanya akan mendapat satu PAHALA daripada tiap² titik SUSU yg diberikannya.
  • Wanita yg TIDAK CUKUP TIDUR pd malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampun oleh Allah s.w.t akan SELURUH DOSANYA dan bila dia HIBURkan hati anaknya Allah s.w.t memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yg BERSALIN akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap KESAKITAN pada satu uratnya Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.
  • Apabila seorang wanita yg menyusukan anaknya yg menangis di waktu malam dgn SABAR, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu. 
  • Pahala bg wanita HAMIL seperti berpuasa pd siang hari dan seperti beribadat pd malam hari.
- Catatan : Kun Musafir Maya -

Sunday, March 20, 2011

Dialog Nabi s.a.w dgn Iblis

Assalamualaikum....

DIALOG PERBUALAN ANTARA RASULULLAH s.a.w DAN IBLIS

 Rasulullah :  Berapa kehendak yg pernah engkau minta kepada Tuhanmu?
 Iblis :  10 macam
 Rasulullah :  Apa saja itu wahai makhluk terkutuk?
 Iblis :  : Saya meminta-Nya agar saya boleh berserikat dengan anak cucu Adam dalam harta kekayaan dan anak² mereka. Akhirnya Tuhan mengizinkanku berserikat dlm kelompok mereka. Itulah maksud firman Allah:
'Dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak² dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yg dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka' - al-Isra', ayat 64.
  • Setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya, maka saya ikut memakannya.
  • Saya juga ikut makan MAKANAN YG BERCAMPUR RIBA dan HARAM serta segala harta yg tidak dimohonkan perlindungan kpd Allah dari syaitan yg terkutuk.
  • Setiap orang yg tidak memohon perlindungan kpd Allah dari syaitan ketika bersetubuh dgn isterinya, maka syaitan akan ikut bersetubuh. Akhirnya melahirkan anak yg mendengar dan taat kepadaku.
  • Begitu pula orang yg naik kenderaan dengan maksud mencari penghasilan yg tidak dihalalkan, maka saya adalah temannya.
Itulah maksud firman Allah: 'Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki.' - al Isra', ayat 64.

Permohonan Iblis kpd Allah s.w.t.
  • Saya memohon kpd-Nya agar saya punya rumah, maka RUMAHKU adalah KAMAR MANDI.
  • Saya memohon agar saya punya masjid, akhirnya PASAR menjadi MASJIDKU.
  • Saya memohon agar saya punya Al-Qur'an, maka SYAIR adalah Al-QUR'ANKU.
  • Saya memohon agar saya punya azan, maka TEROMPET adalah PANGGILAN AZANKU.
  • Saya memohon kepada-Nya agar saya punya tempat tidur, maka ORANG² MABUK adalah TEMPAT TIDURKU.
  • Saya memohon agar saya memiliki teman² yg menolongku, maka kelompok al-Qadariyyah menjadi teman² yg membantuku.
  • Dan saya memohon agar saya memiliki teman² dekat, maka orang² yg MENGINFAKKAN HARTA KEKAYAANNYA utk KEMAKSIATAN adalah TEMAN DEKATKU.
Syaitan kemudian membaca firman Allah : 'Sesungguhnya pemboros² itu adalah saudara² syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya' - al-Isra', ayat 27.

 Rasulullah :  Andaikan tidak setiap apa yg engkau ucapkan itu disokong oleh ayat² dari Kitab Allah tentu aku tidak akan membenarkanmu.

 Iblis :  Wahai Muhammad, saya memohon kepada Allah agar saya boleh melihat anak cucu Adam, sementara mereka tidak boleh melihatku. Kemudian Allah menjadikan aku boleh mengalir melalui peredaran darah mereka. Diriku boleh berjalan ke mana pun sesuai kemahuan diriku dan cara bagaimana pun. Kalau saya mahu dalam sesaat pun boleh. Kemudian Allah berfirman kepadaku, 'Engkau boleh melakukan apa saja yg kau minta'. Akhirnya saya merasa senang dan bangga sampai hari Kiamat. Sesungguhnya orang yg mengikutiku lebih banyak daripada orang yg mengikutimu. Sebahagian besar anak cucu Adam akan mengikutiku sampai hari Kiamat.

Anak² Iblis.
  • Saya memiliki anak yg saya beri nama ATAMAH. Ia akan kencing di telinga seorang hamba ketika ia tidur meninggalkan solat Atamah (Isya'). Andaikan tidak kerananya tentu manusia tidak akan tidur lebih dahulu sebelum menjalankan solat.
  • Saya juga punya anak yg saya beri nama MUTAQADHI. Apabila ada seorang hamba melakukan ketaatan (ibadah) dgn rahsia dan ingin menutupinya, maka anak saya tersebut sentiasa membatalkannya dan dipamerkan di tengah² manusia, sehingga semua manusia tahu. Akhirnya Allah membatalkan 99 dari 100 pahalanya. Sehingga yg tersisa hanya satu pahala. Sebab setiap ketaatan yg dilakukan secara rahsia akan diberi seratus pahala.
  • Saya punya anak lagi yg bernama KUHYAL, di mana ia bertugas mengusapi celak mata semua orang yg sedang berada di majlis pengajian dan ketika khatib sedang berkhutbah. Sehingga mereka tergantuk dan akhirnya tidur, tidak boleh mendengarkan apa yg dibicarakan para ulama. Mereka yang tertidur (dlm majlis pengajian agama) tidak akan ditulis pahala sedikit pun untuk selamanya. Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada syaitan yg duduk di pinggulnya, ada pula yg duduk di daging yg mengelilingi kukunya. Di mana mereka akan menghiasi kpd orang² yg melihatnya. Kedua syaitan itu kemudian berkata kepadanya, "Keluarkan tanganmu". Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya.
  • Wahai Muhammad, sebenarnya saya tidak boleh MENYESATKAN sedikit pun. Akan tetapi saya hanya MENGGANGGU dan MENGHIASI.
  • Andaikan saya memiliki hak dan kemampuan untuk menyesatkan, tentu saya tidak membiarkan segelintir manusia pun di muka bumi ini yang masih sempat mengucapkan 2 kalimah syahadat, 'Tidak Ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan-Nya'. Tidak akan ada lagi orang yg solat dan berpuasa.
  • Sebagaimana engkau wahai Muhammad, tidak berhak untuk memberikan HIDAYAH sedikit pun kepada sesiapa saja. Akan tetapi engkau adalah seorang UTUSAN dan PENYAMPAI AMANAT dari Tuhan. Andaikan engkau memiliki hak dan kemampuan untuk memberi hidayah, tentu engkau tidak akan membiarkan segelintir orang kafir pun di muka bumi ini. Engkau hanyalah sebagai argumentasi (hujjah) Tuhan terhadap makhluk-Nya. Sementara saya hanyalah menjadi sebab celakanya orang yg sebelumnya sudah dicop oleh Allah menjadi orang celaka. Orang yg bahagia dan beruntung adalah orang yg dijadikan bahagia oleh Allah sejak dalam perut ibunya, sedangkan orang yg celaka adalah orang yg dijadikan celaka oleh Allah sejak dalam perut ibunya.
 Rasulullah :  'Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang² yg diberi rahmat oleh Tuhanmu' - Hud, ayat 118-119.
'Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yg pasti  berlaku' - al- Ahzab, 38.

Wahai Abu Murrah (iblis), apakah engkau masih mungkin bertaubat dan kembali kpd Allah, sementara saya akan menjaminmu masuk syurga?

 Iblis :   Wahai Rasulullah, ketentuan telah memutuskan dan Qalam pun telah kering dgn apa yg terjadi seperti ini hingga hari kiamat nanti. Maka Mahasuci Tuhan Yang telah menjadikanmu sebagai tuan para Nabi dan khatib para penduduk syurga. Dia telah memilih dan mengkhususkan dirimu. Sementara Dia telah menjadikan saya sebagai tuan orang² yg celaka dan khatib para penduduk neraka. Saya adalah makhluk yg celaka lagi terusir. Ini adalah AKHIR dari apa yg saya beritahukan kepadamu dan saya mengatakan SEJUJURnya.

Perhatikanlah dalam kehidupan seharian kita.....

- Catatan : Kun Musafir Maya -

Wednesday, March 16, 2011

Datangkan Agama Dlm Diri

Assalamualaikum...

Kejayaan yg sebenar ada dalam agama. "Aa aa" itu artikel yg sebelum ni. Sy, awk, dia dan mereka semuanya adalah manusia. Itu kesamaan nama pd makhluk ciptaan Allah s.wt. Sebab apa? Sebab kita diciptakan oleh Allah s.w.t. Tiada manusia yg mencipta manusia. Semuanya Allah s.w.t. Hakikatnya, manusia yg mengubah bentuk ciptaan Allah s.w.t yg asal menjadi kpd bentuk yg lain, yg dikenali sebagai 'barang/benda'. Misalnya kertas dijadikan dari pokok², maka ubahan dari pokok itu jadilah satu 'benda' lain iaitu kertas. Walaupun manusia yg membuat kertas tapi hakikatnya lagi, Allah-lah yg memberi pengetahuan kpdnya utk membuat kertas itu. Allah-lah segala-galanya.

Apabila dikatakan benda, maka ada lah benda 'baru' dan benda 'lama', benda 'buruk', benda yg dihina disebabkan 'keburukannya', benda yg dipuji disebabkan 'kebaruannya / kehebatannya / keupayaannya' dan pelbagai gaya gelaran lagi yg ada. Begitulah juga dgn manusia tetapi panggilannya berbeza, misalnya benda baru ~ manusia baru / orang baru / orang muda dan benda lama ~ manusia lama / orang lama / orang tua. Itu misalan sahaja dan kita sering juga terdengar kata-kata seperti 'biasalah, orang baru, baru belajar'. Jgn lanjutkan fikiran lagi... Kita dilahirkan dlm Islam tetapi masa dilahirkan itu kita belum tahu apa² tentang agama dan tentang apa saja. Kosong. Tiada apa². Tidak tahu apa².

Sahabat Nabi s.a.w, Saidina Umar r.hu telah berkata "Sesungguhnya kami adalah SE-BURUK², SE-HINA² manusia" dan juga berkata "Allah s.w.t telah menjadikan SE-MULIA² manusia di dunia ini adalah KERANA AGAMA". Lagi "Jika kami memilih jalan selain dari jalan yg Allah s.w.t muliakan kami dlm Islam maka pasti kami TIDAK AKAN DAPAT KEJAYAAN bahkan kami akan dapat KEHINAAN". Inilah antara kata² sahabat nabi s.a.w yg ber-ada pd tahap keimanan yg tinggi. Manusia itu menjadi mulia kerana agama bukannya kerana yg selain dari agama. Bukannya mulia kerana hartanya, atau pangkatnya, atau kedudukannya atau kepandaiannya atau apa lagi selain dari agama. Orang yg tiada agama, juga pandai, juga ada harta, juga berpangkat tetapi utk menjadi mulia, hanya agama yg boleh membawa manusia kpd kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Sebab? Sebab Islam itu adalah agama Allah s.w.t. Dan tiada siapa yg tahu samada manusia itu mulia atau tidak tetapi Saidina Umar r.hu mengatakan, Allah s.w.t yg menjadikan manusia itu mulia kerana agama

Bagaimanakah agama ini akan datang dlm kehidupan kita? Bagaimana agama ini akan datang dalam kehidupan seluruh manusia di muka bumi ini? Tidak lain dan tidak bukan ianya ialah hanya dgn membuat usaha agama. AGAMA TIDAK AKAN DAPAT DATANG MELALUI HARTA, KERAJAAN, PANGKAT ATAU SEMUA KEBENDAAN DI DUNIA INI. Agama hanya akan datang dgn usaha agama yg telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. BAGAIMANA AGAMA DATANG KPD KITA PADA HARI INI ADALAH DISEBABKAN USAHA NABI S.A.W YG BERDAKWAH. Macamana cara Nabi s.a.w sebarkan agama? Kenapa Nabi s.a.w melakukan dgn cara sedemikian? Itulah HANYA cara utk datangkan agama dlm kehidupan kita. Itulah HANYA cara terbaik utk dapatkan KESAN pd hati kita. Cara Nabi s.a.w. Cuba merasai apa yg Nabi s.a.w rasai ketika melakukan usaha dakwah.

Pada tika Nabi s.a.w mendapat kenabian, masa itu tidak ada apa² bahkan disekeliling ka'bah ada 360 berhala. Maka, Nabi s.a.w telah mulakan usaha. Nabi s.a.w teruskan usaha dan terus bersabar menghadapi segala rintangan dlm melaksanakan usaha ini. Nabi s.a.w teruskan usaha dan dlm masa yg sama nabi s.a.w menangis di hadapan Allah s.w.t dan Allah s.w.t telah menyediakan utk Nabi s.a.w golongan sahabat r.hum seramai 124,000 orang yg mana mereka adalah orang² yg mempunyai sifat anbia a.s.

Untuk agama datang ke dlm diri seluruh manusia, ianya tidak akan dapat datang melalui kerajaan, tidak akan datang melalui harta, emas, intan, berlian tetapi agama hanya akan datang melalui usaha Nabi s.a.w dan cara Nabi s.a.w. Allah s.w.t dlm satu masa kadang² menghantar 100 orang nabi² untuk menjalankan usaha agama di kalangan umat manusia. Bila ada nabi yg wafat, Allah s.w.t akan datangkan Nabi baru sebagai penganti, wafat lagi Allah s.w.t akan hantar yg ketiga, dan akan hantar yg ke empat, kelima. Para anbia a.s ini telah pergi DARI RUMAH KE RUMAH berjumpa dgn setiap orang yg tidak inginkan agama, membawa mereka kpd Allah s.w.t Pencipta mereka.

Nah.. Begitulah serba ringkas artikel 'Datangkan Agama Dlm Diri'. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kpd teknologi yg ada pd zaman sekarang kerana kemusnahan itu boleh berlaku bila² masa sahaja. Misalnya kitab² yg dikarang pun boleh musnah, APA YG ADA DI DALAM KITAB HANYALAH MAKLUMAT, APA YG ADA DALAM ARTIKEL INI JUGA ADALAH MAKLUMAT. IILMU ITU TERDAPAT DI DALAM 'AMALAN AGAMA (lebih² lagi cara Nabi s.a.w dan sahabat² Nabi s.a.w)'. Internet juga boleh musnah dan byk lagi jika difikirkan. Kerisauan seperti inilah yg kita perlu fikir. Bagaimana nak datangkan agama ke dalam diri kita?

Sy tidaklah pandai, tetapi sy sampaikan (dgn rujukan) krn tanggungjawab sy sebagai umat Nabi s.a.w dan kongsikan bersama semuanya kerana Nabi s.a.w mengatakan "Sampaikan ayatku walaupun sepatah". Dan ini dapat kita fahami melalui kisah² sahabat Nabi s.a.w apakah maksud tersembunyi di dalam perintah itu. Apakah manfaat yg tersembunyi di dalam perintah "sampaikan ayatku walaupun sepatah?" Apa yg sy sampaikan di sini, telah juga disampaikan kpd sy dan telah berpesan oleh yg menyampaikan kpd sy "sampaikanlah kpd mereka di luar sana (di luar majlis ilmu)". Dan sy rasakan tidak adil bg sy utk tidak sampaikan pula. Masih ramai di luar alam maya ini yg lebih arif tentang ini semua, mereka lebih arif. TIADA SIAPA (MANUSIA PUN) YG DAPAT MEMBERI HIDAYAH KPD MANUSIA, HANYA ALLAH S.W.T YG MEMBERI HIDAYAH KPD MANUSIA. Sy kena usaha bagaimana mahu mendapatkan hidayah drpd Allah s.w.t. dan begitu juga dengan anda, pun kena usaha juga utk dapatkan hidayah drpd Allah s.w.t. InsyaAllah, sama-samalah kita usaha utk mendapatkan hidayah daripada-Nya.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berikanlah petunjuk dan taufik hidayah-Mu kepada aku, kaum keluargaku, sahabat²ku, dan seluruh umat di muka bumi ini, ya Allah."

Ingat...  Kena Usaha.... Usaha.... Usaha... Dan "sampaikanlah ayat (perkataan) Nabi s.a.w walaupun sepatah".. (- . -)

 - Nukilan : Kun Musafir Maya - 

Tuesday, March 15, 2011

SD - Melapangkan Masa(6:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg ke-enam ialah MELAPANGKAN MASA(6:6).

Beliau berkata : "Seorang Islam janganlah membelanjakan harta dan nyawanya se-olah² dia yg empunya-nya tetapi hendaklah dia menganggapnya sebagai suatu amanah drpd Allah s.w.t dan membelanjakannya menurut hukum²-Nya. Masa yg paling terpilih utk membelanjakan nyawa dan hartanya ialah utk meninggikan kalimat Allah dan ehwal umat. Empat bulan dan empat puluh hari ini bermaksud utk belajar melatihkan diri bagaimana utk membelanjakan seluruh hidup dan harta ke atas hukum² atau perintah Allah s.w.t".

Sifat Dakwah yg seterusnya : KALIMAH(1:6), SOLAT(2:6), ILMU DAN ZIKIR(3:6), IKRAM MUSLIMIN(4:6), NIAT YANG IKHLAS(5:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

SD - Niat Yg Ikhlas(5:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg ke-lima ialah NIAT YG IKHLAS (5:6).

Beliau memberitahu "Ikhlas ialah melakukan amal utk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ia bukanlah didakwa-dakwi tetapi sesuatu yg mesti diperolehi. Mengenainya Allah tidak mewakilkan apa² kuasa pemutus kepada sesiapa pun. Pada hari kiamat Allah sendiri yg akan memutuskannya. Setiap orang mestilah BERFIKIR dan RISAU terhadapnya dan memperolehi keikhlasan ini sebelum dia mati".

Kata beliau : "Niat ikhlas adalah sesuatu yg mudah dan juga mudah tergugat (rapuh). Kerapuhannya mestilah sentiasa ada di dalam fikiran (risau mengenainya). Sedikit sahaja kealpaan akan tercabut drpdnya. Dgn berdasarkan kelemahan²mu, masukkanlah ke dlm fikiranmu ketika berdoa dan cubalah berusaha dgn sedaya upayamu. Kita akan berjaya jika niat yg ikhlas dan penerimaan didapati sebelum MAUT. Teruskan berusaha utk memperbaiki amal dan niat. Moga² dgn itu Allah menerima usaha kita".

Sekali ada perhimpunan sahabat² dari pada Amerika di Markaz, beliau mengalihkan tawajjuh mereka akan ke arah memperbaiki niat dan tawaduk, beliau menasihati : "Jikalau kamu hanya berniat untuk memperbaiki (meng'islah') orang lain, maka kamu akan alpa terhadap perbaikan diri kamu sendiri. Yg demikian, walaupun kerja nampak se-olah² maju, tetapi TIDAK ADA ROH atau JIWA di dalamnya. Jiwa atau nyawa usaha ini datang dgn ada rasa sikap tawaduk (merendah diri) dan rasa miskin diri (berkehendak)".(Petikan daripada ucapan yg ditulis oleh Mufti Muhammad Roshan ketika kedatangan rakan² seusaha dari amerika Oktober 25, 1990).

Pada masa ijtimak utk rakan² seusaha diseluruh dunia yg berlangsung di Markaz Kakrail, Bangladesh, beliau membuat taqrir (ucapan) tentang kepentingan dan keperluan keikhlasan :"Yang paling utama sekali ialah niat yg ikhlas. Ia perlu diperiksa selalu dan diambil fikir mengenainya (risau tentangnya) dan berusaha ke atasnya. Ikhlas ini adalah suatu perkara yg tidak boleh berasa berpuas hati dgnnya dan mestilah risau dan berusaha ke atasnya sehingga maut. Para sahabat r.a sentiasa risaukan diri mereka menjadi MUNAFIK. Ibn Abi Mulaikah (seorang tabii) r.a berkata : "Aku telah bertemu dengan 30 puluh orang sahabat² Nabi s.a.w dan semuanya takut dan bimbang akan kemunafikan yg mungkin ada di dalam diri mereka."

Maka kita tidak berhak utk ber-pada² dan yakin melakukan sesuatu dgn ikhlas. Keputusan mengenai keikhlasan dan kepentingan diri akan diberikan oleh Allah s.w.t. Tugas kita hanyalah sentiasa awas pada setiap masa supaya kepentingan diri sendiri tidak terbabit. Ber-pada² tentang ikhlas akan menjerumus kepada KERUGIAN. Suatu ketika, tatkala mengalihkan tawajjuh kpd ketinggian niat beliau berkata : "Seseorang itu mungkin melakukan usahanya sehingga tahap keupayaannya, tetapi dia perlulah berniat tinggi kerana Allah s.w.t bertindak menurut niatnya. Suatu perbuatan yg disertai dgn niat pada ketika² yg tertentu itu meninggikan ganjaran pahalanya."

Suatu ketika tatkala menerangkan bagi memperolehi 5 sifat keikhlasan di dalam amalan dakwah beliau berkata : "Jika kita membuat usaha ini dengan ikhlas, maka melalui dakwah ini, ibadat kita akan ada ROH (nyawa), muamalat kita diPERBAIKI, mu'asyarat kita akan menjadi BETUL, akhlak diPERTINGKATkan dan imaniat (keimanan) dapat diPERKUKUHkan. Ke-lima² perkara itu akan menjadi kuat. Muamalat akan dapat memberi gambaran kpd umum bahawa inilah jenis orang² yg telah melibatkan dirinya dalam usaha dakwah. Setiap ahli mestilah risau, APAKAH KE-LIMA² SIFAT INI ADA WUJUD DI DALAM DIRINYA ATAU TIDAK. Kemajuan seseorang itu berkadar dengan usaha gigih yg dilakukan olehnya. Usaha dakwah ini akan subur dengan sifat² dalaman, keikhlasan dan ketulusan (kemurnian jiwa) walaupun asbabnya kurang. Di jalan ini (dakwah), dengan melihat KEKURANGAN² dan KELEMAHAN² yg ada pada diri adalah satu²nya cara utk mencapai KESEMPURNAAN. Seseorang yg tidak melihat kpd kekurangannya tidak akan mencapai kesempurnaan".

Di dalam suatu majlis di mana terdapat orang² alim dan rakan² seusaha beliau berkata : "Kekuatan (jiwa) usaha dakwah ini terletak di dalam ikhlas dan istikhlas (hanya inilah sahaja yg perlu diTUMPUkan). Jika usaha ini dilakukan dengan ikhlas maka inilah asal kerjanya walaupun sedikit dan ikhlas ini ialah melakukannya utk mendapat KEREDHAAN Allah s.w.t. Selanjutnya, ikhlas hendaklah meresap masuk kpd setiap amal. Yg kedua ialah istikhlas yakni melibatkan diri dalam usaha ini sahaja - tidak menyimpang ke arah lain walaupun ditarik ke arahnya".

Dia yg dapat mengorbankan jazbab (semangat) nya dgn ikhlas dgn kehendak² Agama Allah s.w.t (takadha) akan dapat bantuan daripada-Nya. Jikalau seorang mengambil langkah bertentangan dgn khilaf tabiinya (kehendak²nya) lalu menyahut kehendak² Agama Allah s.w.t, PERTOLONGAN ALLAH S.W.T AKAN DATANG KEPADANYA berlawanan dgn khilaf zahirnya (bertentangan asbab). Jikalau kita memberi perhatian kpd kehendak² Agama, Allah s.w.t akan menyempurnakan keperluan kita drpd ghaibiah. Cara hidup yg diberikan oleh Allah s.w.t ialah Agama (dIin). Diin itu ialah amal semuanya. Ia bukanlah nama yg diberikan kepada perkataan tetapi kepada kerja (amal)."

Sifat Dakwah yg seterusnya : KALIMAH(1:6), SOLAT(2:6), ILMU DAN ZIKIR(3:6), IKRAM MUSLIMIN(4:6), MELAPANGKAN MASA(6:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

SD - Ikram Muslimin(4:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg ke-empat ialah IKRAM MUSLIMIN (4:6).

Beliau berkata : "Makna IKRAM ialah memberikan sesuatu melebihi hak. Apabila memberi lebih drpd yg hak, barulah ia dikatakan IKRAM. Jika tidak ia hanyalah menunaikan hak. Penunaian hak adalah se-mata² melakukan tanggungjawab yg wajib, sedangkan ikram adalah sesuatu yg lebih drpd itu. Dgn berikram, penunaian hak menjadi mudah. Pd hari ini, kita tidak menunaikan hak, betapa pula ikram yg merupakan sesuatu yg lebih drpd itu dapat dilakukan?"

Kata beliau : "Zahir ikram ialah menunjukkan rasa kasih dan belas kpd makhluk, melindungi mereka drpd kesukaran² duniawi dan memberikan keselesaan kpd mereka. Ikram yg batin ialah memikiri dan risau utk menyelamatkan mereka drpd kesukaran dan musibah di akhirat. Usaha ini keseluruhannya ialah utk menanamkan ke dalam hati akan ikram yg zahir dan batinnya. Caranya ialah dgn menuruti syariah dan berusaha utk mendapatkan hakikatnya (batinnya) bermula drpd yg zahir sehingga mencapai batinnya".

Beliau berkata : "Memperbaiki AKHLAK akan membuka pintu² Islam kpd orang lain dan menjauhkan pertelingkahan sesama sendiri. Dgn ini ambil perhatian berat utk memperbaiki akhlak dan tunaikan hak".

Beliau berkata : "Masalah ikram sangatlah HALUS dan RAPUH. Sedikit sahaja kecacatan di dalamnya, menyebabkan pahala amalan² kita akan berpindah kpd orang lain. Pd hari kiamat seorang akan datang dgn amal² yg baik - solat, puasa dan segala sesuatu yg baik. Tetapi kerana dia MENGUMPAT dan MENCELA seseorang atau menafikan hak seseorang yg lain, AMAL² BAIKNYA INI AKAN DIBAHAGI²KAN KPD ORANG² TERSEBUT dan TIDAK ADA APA LAGI YG TINGGAL PADANYA. Dgn ini PERLULAH BERIKRAM UTK MELINDUNGI AMALAN² KITA. JANGAN SEORANG PUN DISAKITI atau DIHINA, malah DAKWAH hendaklah disampaikan dgn penuh hormat dan ikram".

Sifat Dakwah yg seterusnya : KALIMAH(1:6), SOLAT(2:6), ILMU DAN ZIKIR(3:6), NIAT YANG IKHLAS(5:6), MELAPANGKAN MASA(6:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

SD - Ilmu & Zikir (3:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg ketiga ialah ILMU DAN ZIKIR (3:6).

Beliau berkata : "SETIAP SESUATU ADA ZAHIR DAN BATINNYA. Zahir zikir ialah kita menyebut tasbih atau zikir itu sedangkan batinnya ialah kita memberi tumpuan kpd apa yg kita zikirkan. Begitulah juga ta'alim ialah kita baca drpd kitab sedangkan batinnya ialah kita DUDUK dgn mendapat KESAN drpd APA YANG DITULIS dan DIBACAKAN drpd kitab tersebut".

Beliau berkata : "Lebih banyak ilmu fadhail diperolehi akan lebih banyaklah AMALAN YANG DIREDHAI oleh Allah s.w.t dapat DILAKUKAN. Hujan tidak mendatangkan kesan kepada batu tetapi kepada tanah. HATI LEBIH KERAS DARIPADA BATU. Hati akan menjadi lembut dengan men-yebut² nama Allah s.w.t dan kemudiannya ia akan terkesan dengan cerita² mengenai syurga dan neraka. Untuk melembutkan hati, maka berzikir dengan nama² Allah s.w.t dan selalu bertasbih. (Mengenai HATI, adalah penting belajar NAFI dan ISBAT - MENOLAK dan MEMPERKUKUH, yakni keyakinan bahawa ALLAH S.W.T SAHAJALAH YANG MAHA BERKUASA MELAKUKAN SESUATU, DAN MAKHLUK TIDAK BOLEH BUAT APA² TANPA IZIN-NYA).

Beliau berkata : "Dgn ta'alim, nur (cahaya) akan menerpa masuk ke dalam hati dan melalui mujahadah, nur itu akan mantap. Ta'alim adalah NUR DAKWAH. Kebolehan NUR itu menerpa masuk TIDAK DAPAT DIPEROLEHI SECARA SAMBIL LEWA DAN KESELESAAN".

Beliau berkata : "Ilmu Fadhail berhubungkait dengan imaniat (keimanan). Pada hari ini kita TIDAK MENYEDARI akan TANDA² atau NILAInya. SETIAP SESUATU, KITA MENGETAHUINYA, TETAPI BUKAN DGN AMALAN² AGAMA. Perkara yg paling utama mengenai zikir ialah LAA-ILA-HA-ILLALLAH tetapi kita langsung TIDAK TAHU APAKAH YANG AKAN KITA PEROLEHI DARIPADA ALLAH S.W.T. Jika seluruh dunia padat dgn emas, ia tidak boleh menyelamatkan seseorang itu drpd azab neraka, tetapi dgn menyebut kalimah ini seikhlas hati, ianya dapat menyelamatkan seseorang itu daripada azab api neraka".

Beliau berkata : " Jika amalan² ijtima-i (secara ber-ramai²) dan infradi (secara sendirian) dilakukan disertai dgn zikrullah dan yakin dgn janji² Allah s.w.t, maka nur (cahaya) akan terbentuk di dalam diri kita".

Katanya : "Zikir hendaklah dilakukan secara tetap dan berterusan. Lebih tetap kita melakukannya, lebih tinggilah penumpuan (tawajjuh) yg akan kita berikan kpd Allah s.w.t. Lebih besar tumpuan yg kita berikan kpd Allah s.w.t, maka lebih banyaklah FIKIR dan BIMBANG kita terhadap hukum² Allah s.w.t. SEBANYAK MANA FIKIR YG DIBUAT, SEBANYAK ITULAH KEBENARAN DAN KESEMPURNAAN AKAN DIPEROLEHI".

Sifat Dakwah yg seterusnya : KALIMAH(1:6), SOLAT(2:6), IKRAM MUSLIMIN(4:6), NIAT YANG IKHLAS(5:6), MELAPANGKAN MASA(6:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

Monday, March 14, 2011

SD - Solat (2:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg kedua ialah SOLAT (2:6).

Beliau berkata : "Melalui SOLAT hubungan peribadatan (perhambaan) seseorang itu dapat diLURUSkan. Dengan zikrullah dan tasbih, tawajjuh (tumpuan) kpd Allah s.w.t dapat diKUKUHkan. Dakwah kpd Kalimah memperbaiki KEYAKINAN YANG SAHIH. Melalui IKRAM (memberikan sesuatu melebihi hak) dan KHIDMAT, MU'ASYARAT dan CARA HIDUP terhadap makhluk Allah s.w.t akan menjadi BETUL. Melalui ZIKIR dan SOLAT hubungan dengan KHALIQ terbina baik dan melalui IKRAM, hubungan dengan makhluk akan menjadi LURUS. Melalui KALIMAH dan YAKIN, hubungan di antara makhluk dan KHALIQ diperbaiki dan NILAI² AMAL dapat diketahui melalui halaqah² Ta'alim."

Satu ketika beliau berkata : "SOLAT adalah seumpama PINTU MASUK kepada AGAMA yg lengkap. Jikalau fardhu solat ditunaikan, Allah s.w.t mengurniakan peluang atau taufiq untuk mengamalkan keseluruhan AGAMA. Sangatlah penting menunaikan SOLAT dengan penuh pengabdian dan berUSAHAlah untuk menjadikannya suatu KEKUATAN. Terdapat di dalam Hadis Rasulullah s.a.w : "Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat". Maksudnya ialah melakukan SOLAT ZAHIR dan BATINnya secara yang dilakukan olehnya. Solat adalah KALIMAH YANG AMALI. KALIMAH ialah Iqrar kita untuk menyembah Allah s.w.t dan SOLATlah amaliahnya. Ulamak² telah menulis bahawa SOLAT ialah cara mencegah daripada mungkar secara berkesan bukannya negatif".

Satu ketika berbicara mengenai mengajak kepada solat beliau berkata : "Daripada kita MENGUTUK orang yang meninggalkan solat, sepatutnya mestilah ada rasa SIMPATI dan BERSIKAP (sangka) BAIK terhadapnya. Dia perlu cuba dibawa kepada KEWAJIBAN terhadap Allah s.w.t ini dengan KASIH SAYANG dan KEMESRAAN. Solat begitu berNILAI bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkannya kepada Rasulullah s.a.w setelah adanya penghampiran yang paling dekat dan khusus dengan Allah s.w.t sewaktu mi'kraj. Sedang perintah² yg lain diberikan melalui perantaraan Jibrail 'alaihissalam".

Sifat Dakwah yg seterusnya : KALIMAH(1:6), ILMU DAN ZIKIR(3:6), IKRAM MUSLIMIN(4:6), NIAT YANG IKHLAS(5:6), MELAPANGKAN MASA(6:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

SD - Kalimah (1:6)

Assalamualaikum....

Penjelasan Maulana In'aamul Hasan mengenai 6 SIFAT DAKWAH. Sifat dakwah yg pertama ialah KALIMAH (1:6).

Beliau berkata : "Kalimah ini mengandungi satu cara hidup. Allah s.w.t telah meletakkan keberkatan dan nur-nur (cahaya-cahaya) di dalamnya. Kehidupan yang menuruti Kalimah dan Iman bermaksud untuk membawa Ibadat, Mu'asyarat (pergaulan masyarakat), Akhlak dan Mu'amalat selaras dengan perintah Allah s.w.t dan cara yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Iman diPERKUATKAN dengan Amalan dan akan menjadi LEMAH apabila TIDAK MENURUTI PERINTAH ALLAH s.w.t dan MELAKUKAN PERBUATAN DOSA".

Beliau berkata : "Zahir kalimah ialah memperbaiki lafaz² dan batinnya ialah memahami dan meyakininya di dalam hati. KALIMAH adalah KUNCI SYURGA dan yg lainnya adalah anak² mata kunci tersebut. Sebagai kunci syurga, betapakah ia dapat dicapai tanpa usaha? Pada hari ini iman kita terlalu LEMAH sehingga ia gagal menghalang kita daripada yg HARAM. USAHA keras perlu dilakukan agar HAKIKAT akan datang kepadanya".

Beliau berkata : "NYAWA kepada USAHA kita ialah PENGORBANAN dan KEIKHLASAN. Mestilah ada pengorbanan dan ia hanyalah untuk Allah s.w.t. Kemewahan, suka berselesa dan kepentingan diri janganlah ada di sana. Usaha kita ini adalah untuk setiap kelas dan negara dan bagi semua mereka itu. Kalimah adalah langkah yang pertama. Peringkat² Kalimah tidaklah terhad. Ia bermula daripada "TIDAK ADA YANG SELAYAKNYA DISEMBAH KECUALI ALLAH S.W.T" dan meningkat kepada puncaknya iaitu "TIDAK ADA SESUATU YANG MEWUJUDKAN MELAINKAN ALLAH S.W.T".

Sifat Dakwah yg seterusnya : SOLAT(2:6), ILMU DAN ZIKIR(3:6), IKRAM MUSLIMIN(4:6), NIAT YANG IKHLAS(5:6), MELAPANGKAN MASA(6:6)

Dinukil kembali utk peringatan diri sendiri dan untuk semua yg ingin memahami kerja DAKWAH

Friday, March 11, 2011

Kejayaan Sebenar

Assalamualaikum... Wahai manusia...

Hampir semua manusia mengatakan 'usaha tangga kejayaan' tapi tiada sambungannya dari ayat itu. Usahanya yg bagaimana yg dikatakan berjaya? Usaha cari makanan, maka dapatlah makanan. Lepas tu makan makanan itu. Adakah itu juga dikira berjaya? Katakan, seharian, kita tak makan? Tak minum seharian? Mesti kita lemah kan? Tak bermaya, tak berdaya. Tapi apakah itu dikira tidak berjaya? Jadi apakah kejayaan yg sebenar-benarnya? Kita renung seketika masa yg lampau... Sejak dari kecil (bayi) lagi, 3 keperluan utama bayi yg asas adalah makanan/minuman, pakaian dan tempat tinggal. Siapa² pun di dunia ini (kebiasaannya). Manusia yg masih hidup ini telah berjaya melepasi zaman bayinya dan kini, masih menjalani sebuah kehidupan, apakah itu juga kejayaan? 

Keperluan² Manusia.
 
Allah s.w.t telah meletakkan 5 keperluan hidup di dunia ini, yg mana keperluan ini setiap orang memerlukannya. Keperluan terhadap makanan/minuman, pakaian, tempat kediaman, kenderaan (juga termasuk dlm keperluan manusia) dan begitu juga dgn keperluan berumahtangga samada lelaki atau perempuan. Itulah 5 keperluan yg setiap orang memerlukannya. Allah telah meletakkan keperluan² itu di Bumi. Tiada di planet lain. (Wollohua'lam, Sehingga hari ini yg sy tahu, hanya di Bumi yg ada kehidupan. Yg sy tak tahu, sy tak tahu lah). Setelah Allah letakkan keperluan² itu di Bumi, Allah s.w.t menghantar manusia ke muka Bumi sebagai tempat ujian. Ingat, dunia ini sebagai TEMPAT UJIAN. Nak sembunyi (nak lari dari ujian) dari Allah s.w.t? Sembunyilah kalau dapat. Bagaimana pula dgn penilaian? Penilaian di akhirat nanti.. Kan selepas Hari Kiamat nanti, ada Hari Perhitungan.. Kat dunia nie pun, selepas ujian peperiksaan, mesti ada penilaian markah kan? Keputusan yg nyata selepas ujian dan selepas penilaian ialah samada GAGAL atau LULUS. Itu sahaja.. tetapi Adakah yg GAGAL itu dikatakan benar² TIDAK BERJAYA? Adakah yg LULUS itu dikatakan benar² BERJAYA? Maka, Apakah kejayaan yg se-benar²nya? 

Keinginan² manusia.

Allah s.w.t jadikan dunia (bumi dan langit) ini sebagai tempat ujian yg dipenuhi dgn sumber² makanan, sumber² pakaian dan sumber² tempat tinggal. Allah s.w.t telah hantar manusia ke dunia dan Allah s.w.t telah letakkan di dalam diri manusia itu, KEINGINAN² NAFSU. Manusia hendak itu, manusia hendak ini, manusia hendak macam ini, manusia hendak macam itu, macam ini tak boleh, macam itu tak boleh dan macam² lagi keinginan manusia. Begitu banyak sekali keinginan nafsu manusia ini, yg mana manusia itu sendiri pun tidak mampu mengira keinginan nafsunya. Jika dikumpulkan semua manusia sekalipun, semua kuasa² dan kekuatan di dunia ini, dgn tujuan utk memenuhi nafsu seorang manusia sahaja, pun ianya masih tidak akan dapat memenuhi keinginan nafsu manusia tersebut. Maka, manusia yg masih hidup sekarang ini berada di dalam ruangan pengujian oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t uji manusia dgn makanan, Allah s.w.t uji manusia dgn pakaian, Allah s.w.t uji manusia dgn tempat kediamanAllah s.w.t uji manusia dgn kenderaan, Allah s.w.t uji manusia dgn perkahwinan dan pelbagai lagi ujian.

Para Anbia a.s. dihantar untuk selamatkan manusia.

Allah s.w.t juga telah menciptakan manusia ini dlm keadaan LEMAH. Allah s.w.t juga menjadikan manusia ini ingin mendapatkan sesuatu dgn SEGERA. Walaupun begitu, dlm keadaan semua perkara ini, Allah s.w.t inginkan manusia BERJAYA kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang tetapi KEJAYAAN yg bagaimana? Kita bayangkan keadaan zaman² para anbia a.s dahulu. Disebabkan oleh kerana keinginan manusia ini terlalu banyak, ada di antara manusia yg cuba mendapatkan semua keinginan tadi dgn cuba membuat perkara² yg salah (yg tidak diketahui akan kebenarannya) utk memenuhi keinginannya. Dgn cara yg salah itu dia berjaya dan terus menjalani kehidupan dgn jalan tersebut. Risau, bimbang sekiranya manusia menganggap itulah jalan yg memberi dia kejayaan. Ada juga manusia yg mengikuti jalan yg betul (juga tidak diketahui akan kebenarannya) utk memenuhi keinginan mereka tetapi apabila keinginannya tidak dipenuhi, maka berlakulah SALAH FAHAM terhadap jalan tersebut, manusia mula merasakan jalan tersebut menghadapi kegagalan maka ia mula menjauhi jalan tersebut walhal jalan itu sudah betul. Jadi, manusia tidak pasti jalan yg manakah yg sebenarnya, yg memberikan kpd mereka KEJAYAAN YG SEBENARNYA. Maka untuk ini, Allah s.w.t telah menghantar para anbia a.s untuk menyelamatkan manusia dgn menunjukkan jalan yg benar. Ringkasan dari keadaan ini ialah kejayaan manusia adalah dgn mengikuti jalan yg dibawa oleh para anbia a.s tersebut.

Kejayaan sebenar ada dalam agama.
 
Sebagaimana nabi² terdahulu, Allah s.w.t meletakkan sesebuah kejayaan itu adalah dengan mengikuti CARA KEHIDUPAN yang dibawa oleh nabi² itu (Nabi Nuh a.s. bersama pengikutnya telah berjaya, Nabi Musa a.s bersama pengikutnya juga telah berjaya), maka begitu juga dengan umat Nabi s.a.w, Allah telah letakkan kejayaan dgn mengikuti cara kehidupan Nabi s.a.w. KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN, KESELAMATAN dan KEMURNIAN umat ini ialah dengan mengikuti agama yg dibawa oleh Nabi s.a.w.
  • Seorang manusia yang miskin dan dalam kemiskinannya dia mengikuti cara kehidupan yang dibawa oleh Nabi s.a.w., maka ia akan BERJAYA.
  • Seorang yang kaya dan dalam kekayaannya dia mengikut cara Nabi s.a.w., maka dia berada dalam KEJAYAAN.
  • Dalam agama juga, Allah s.w.t telah meletakkan KEJAYAAN DUNIA dan dalam agama juga Allah s.w.t telah meletakkan KEJAYAAN AKHIRAT.
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha - berpuas hati." - Adh-Dhuha, 5
    Untuk meraih kejayaan di akhirat, ianya tidak sesekali akan dapat diraih tanpa agama, ianya tidak akan diperolehi. Begitu juga dgn kejayaan di dunia tanpa agama, ianya tidak akan diperolehi. Walaupun manusia itu dikatakan berjaya di dunia tetapi apabila berjaya tanpa agama, sebenarnya ianya masih tidak berjaya di dunia. Allah s.w.t akan beri kejayaan kpd siapa sahaja yg Dia kehendaki di dunia ini, samada dia ada agama ataupun tidak. Utk mendapatkan KEBAHAGIAAN di dunia, utk mendapatkan KEJAYAAN di dunia, kehidupan yg penuh KEBERKATAN, 'haiyatan thoiyibah', kehidupan yg dipenuhi dgn KETENANGAN, KASIH SAYANG, ASASNYA ADALAH AGAMA. Oleh itu, ringkasannya,

    "UNTUK MENDAPATKAN KEJAYAAN YG SE-BENAR²NYA DI DUNIA DAN AKHIRAT, ALLAH S.W.T LETAKKAN KEJAYAAN ITU DALAM AGAMA (ISLAM)"

    Maka, dengan itu, jangan tinggalkan agama dalam kita menjalani kehidupan ini, semoga kita sama² sentiasa berada di dalam 'agama' sepanjang masa hingga akhir hayat kita kerana 'KEJAYAAN SEBENAR ADA DALAM AGAMA (ISLAM)'. Apabila kita berada di luar garisan agama, manusia itu tidak akan berjaya di dunia dan akhirat. Jangan kita mudah tertipu dgn kejayaan di dunia yg diperolehi tanpa agama.

    - Nukilan : Kun Musafir Maya -

    Kaitan Tanda² Sakit

    Assalamualaikum.... Sy jumpa ini dlm kotak emel Yahoo.. Kongsi dgn anda... Tanda² sakit yg selalu kita rasakan berhubung kait dgn fungsi badan yg lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita lepas tu ingat kata² "SIHAT SEBELUM SAKIT", gunakan peluang SIHAT itu utk buat perkara kebaikan, nanti dah sakit tak sempat nak buat kebaikan :-

     1. MATA
    Bertindak balas dgn keadaan hati.
    a. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yg tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dlm proses pembuangan toksin.
    b. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
    c. Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
    d. Keluar air mata : Gangguan emosi yg bersangkut dgn hati atau bebanan kerja.
    e. Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yg berat.

     2. HIDUNG
    Hidung mempunyai hubungan rapat dgn paru² dan kerongkong.
    a. Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
    b. Hidung sumbat : Paru² mengandungi toksin yg berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
    c. Bersin : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

     3. BATUK 
    a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    b. Batuk tanpa kahak : Paru² mengandungi toksin yg berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
    c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru², biasanya berlaku pada orang yg byk merokok atau terdedah kepada udara yg tercemar.

     4. KERONGKONG  
    a. Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan byk air untuk membuang toksin.
    b. Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

     5. BIBIR  
    Berkaitan dgn fungsi sistem penghadaman.
    a. Bibir pucat : Sistem penghadaman yg lemah, Perut mengandungi angin dan Kurang darah yg disebabkan oleh sistem penghadaman yg kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
    b. Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi byk bahan toksin.

     6. MULUT DAN LIDAH 
    Berkaitan dgn fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
    a. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yg berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
    b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
    c. Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

     7. TELINGA 
    Berkaitan dgn buah pinggang.
    a. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
    b. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yg lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah ber-jalan².

     8. KULIT BERPELUH 
    a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
    b. Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

     9. RUAM DAN BISUL  
    Badan menyingkirkan toksin yg berlemak dan toksin yg tidak larut dalam air.

     10. KULIT GATAL DENGAN RUAM  
    Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu byk memakan ubat yg mengandungi bahan kimia.

     11. KULIT PECAH DAN BERAIR  
    Proses pembuangan toksin yg larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

     12. RAMBUT GUGUR  
    Menandakan fungsi buah pinggang yg lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dgn lebih sihat dan subur.

     13. SENDI², TANGAN DAN KAKI 
    a. Sendi rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda² penyakit pirai (gout).
    b. Sendi tidak rasa panas : Tanda² sakit lenguh (rheumatism) .
    c. Sendi sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
    d. Kebas tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
    e. Kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
    f. Kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
    g. Sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
    h. Sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
    i. Rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
    j. Gatal di celah² jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

     14. TANDA² DALAMAN 
    a. Kepala : Secara amnya, segala tindak balas yg berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dgn sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
    b. Pening/Sakit di bahagian depan kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
    c. Pening/Sakit di bahagian atas belakang kepala : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
    d. Pening/Sakit di bahagian bawah (tengkuk) kepala : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
    e. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : Menandakan penyakit migrain.
    f. Bisul terjadi di kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang² dikaitkan dgn penyakit migrain.
    g. Rasa pening yg memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

     15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH  
    a. Loya / Muntah : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    b. Muntah darah merah : Pembuangan tisu yg sudah rosak di bahagian kerongkong.
    c. Muntah darah hitam : Pembuangan tisu yg sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

     16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK  
    Tanda sakit jantung.

     17. KELUAR AIR LIUR YG PEKAT  
    Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

     18. KENCING  
    a. Kerap kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
    b. Air kencing berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    c. Air kencing berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    d. Air kencing pekat berwarna coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    e. Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

     19. BUANG AIR BESAR  
    a. Cirit-birit / kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dgn serta merta selepas memakan RG : Menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    b. Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
    c. Najis berdarah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
    d. Najis berdarah hitam : Masalah penyakit ulser perut.
    e. Najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

     20. BADAN RASA SAKIT  
    Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    a. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    b. Sakit sengal : Menandakan luka di dalam badan.
    c. Sakit menyentap : Proses menyeimbangkan urat saraf yg berkaitan dgn organ² badan.
    d. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

     21. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH  
    Badan mengandungi asid yg berlebihan. Proses penyeimbangan.

     22. BADAN TERASA PANAS  
    Badan mengandungi asid yg berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

     23. BADAN TERASA RINGAN  
    Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

     24. RASA TAKUT MENGEJUT  
    Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

     25. CEPAT NAIK DARAH / MARAH  
    Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

     26. RASA BIMBANG DAN TAKUT  
    Sistem paru² yg lemah.

     27. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB 
    Sistem jantung yg lemah atau Sistem saraf otak yg lemah atau Masalah pengaliran darah.

     28. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL  
    Sistem penghadaman yg lemah.

    Ini hanyalah tanda², sejauh mana kebenarannya, pergilah jumpa dgn pakar² perubatan tetapi mana yg takut nak jumpa doktor tu ...(sahabat sy ada yg takut nak jumpa doktor) , bolehlah jadikan tanda² sakit ini sebagai panduan utk mengetahui apakah jenis sakit yg sedang dialami oleh anda semua. Jgn biarkan diri anda dibelenggu 'keluhan'. Maafkan sy kalau ada salah dan silap... 

     - Diubah semula oleh : Kun Musafir Maya - 

    Sunday, March 6, 2011

    Keadaan Kehidupan Di Dunia

    Assalamualaikum... Salam untuk seluruh alam maya.

    Sudah lama sy tidak kembali menaip di sini. Sy baca semula apa yg sy taip dahulu, sy ketawa sendirian. Teruknya apa yg sy taip dan ianya byk kpd kaitan². Dan telah  banyak juga apa yg sy nak taip, telah dilupakan oleh kesibukan dunia. Mungkin satu saat nanti sy akan ingat kembali apa yg sy nak taip di sini dan ianya adalah untuk diri sy sendiri yg pertamanya kerana yg pertama membaca adalah diri sy. Kadang² ingatan terhadap sesuatu itu juga adalah 'sementara' tetapi ingatan kpd Allah s.w.t kena kekalkan...
       
    Allah s.w.t telah memberikan kehidupan yg sementara kpd kita di dunia ini. Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya penuh dengan tipu daya yg mana tipu daya itu diadakan adalah utk menguji keimanan kita. Setiap manusia yang datang ke dunia ini adalah untuk meninggalkan dunia ini. Semasa seseorang manusia itu datang (lahir) ke dunia ini, Allah s.w.t telah buat tertib di mana tiada datangnya (lahirnya) seorang anak itu dahulu baru datang (lahir) ayahnya. Tiada datang (lahir)  ayahnya dahulu, baru datang (lahir) datuknya. 

    Kehidupan dunia ini adalah mengikut tertib iaitu bapa dahulu baru anak (melalui rahim ibunya). Untuk meninggalkan dunia ini, Allah s.w.t tidak membuat tertib. Ada datuk yg berumur lebih 100 tahun, masih lagi hidup tetapi anaknya yg berumur 18 tahun telah meninggal dunia terlebih dahulu. Selalunya orang fikir, orang yg umurnya lebih panjang (tua) akan terlebih dahulu meninggalkan dunia ini dari yg muda, tetapi sebaliknya tidak, fikiran begitu tidak memihak kepada orang yg pernah mengalami kematian anaknya atau sahabat²nya. Ada orang yg umurnya panjang dan masih hidup di dunia ini. Sebaliknya, umur yg muda telah meninggalkan dunia ini di depan mata orang yang berumur lebih panjang itu.

    Ada satu kisah dahulu, menceritakan, tentang seorang raja telah berkeinginan utk berjalan jauh. Maka dibawa kepadanya pakaian. Pakaian yg pertama dia tidak suka. Dibawa pakaian yg kedua pun dia tidak setuju dan dibawa pakaian seterusnya, barulah dia setuju. Kemudian, dibawa pula kuda kepadanya. Kuda yg pertama dia tidak suka. Dibawa kedua pun, dia tidak suka. Dibawa kuda seterusnya barulah dia setuju.Pada masa itu, pembesar² bagi pihak kerajaannya pun ada bersama. Diletakkan mahkota dikepalanya, siapa sahaja yg datang dihadapannya akan sembah dan salam dengannya.

    Maka datang seorang lelaki tua yg berpakaian sederhana, janggutnya dan rambutnya pun sudah putih. Dia berdiri di atas jalan yg dilalui oleh raja tersebut. Dia tidak salam dan tidak menghormati raja bahkan dia mengarahkan kepada raja supaya datang kepadanya kerana dia hendak beritahu sesuatu perkara yang penting kepada raja. Raja tidak bangun dan tidak pergi kepadanya, maka orang tua tadi telah datang dekat kepada raja dan telah pegang tali kekang kuda raja itu dan mengarahkan raja duduk sambil berkata "Tiada siapa dapat mengingkari kata-kata aku".

    Maka raja tanya apa yg orang tua itu hendak beritahu kepadanya. Orang tua itu beritahu "Rapatkan telingamu ke mulutku". Orang tua itu beritahu :
    "Aku adalah malaikat yg diperintahkan utk mengambil nyawa kamu".
    Mendengar kata-kata orang tua itu tadi, lidah raja terkedu dan badan raja menggeletar. Raja merayu supaya jangan mengambil nyawanya. Raja kata :
    "Aku sedang mabuk dengan masa muda ku, aku tiada persediaan pun utk akhirat ku".
    Maka orang tua (malaikat maut) tadi telah mengambil nyawa raja tadi pada masa itu juga dan raja telah jatuh dari kudanya ke bawah.

    Inilah keadaan kehidupan dunia kita...

    Janganlah kita terlalu lalai dengan kehidupan di dunia sehingga kita tidak ada masa sedikit pun utk buat persediaan utk akhirat. Sekiranya ada masa lapang, isikanlah masa itu dgn 'buat persediaan utk ke akhirat'. Kita kena timbulkan 'risau' kita terhadap hidup kita di akhirat nanti, dari dalam diri kita sendiri. Kita kena usaha. Usaha utk dunia, dapatlah dunia. Usaha utk akhirat, dapatlah akhirat. Kita tidak tahu bilakah kita akan meninggalkan dunia ini sebab itu kita tidak risau sangat akan akhirat kita (tidaklah semua orang begitu). Tika nyawa mahu diambil barulah kita sedar tetapi ianya sudah amat terlambat utk membuat persediaan.  Sy tidak tahu bila nyawa sy akan diambil... Sebelum menghentikan taipan ini, sy memohon maaf dari semua pembaca sekiranya ada salah dan silap yg menyentuh hati kalian semua... 

    "Ya Allah, Engkau melihat apa yg aku kerjakan dan pembaca yg datang membaca ke sini.. Ampunkanlah dosa kami dan berilah kekuatan dan kesedaran kepada kami utk terus mendekati-Mu ya Allah." 

    Nukilan : Kun Musafir Maya
    Rujukan : Sumber Bayan Ijtima' 2009
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    /* kun tambah radar