Wednesday, March 26, 2014

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 3: Dunia Adalah Jambatan Ke Akhirat

Petikan dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 2...

Sikit lagi aku nak sampai rumah ni... Jap nak pecutkan motosikal dulu.... Lalu atas jambatan pulak.... Alamak... menarik pula pemandangan kat sini.. Berhenti jap... tengok pemandangan ciptaan Dia kejap... Di dunia ni banyak tempat persinggahan.... Ouh indahnya pemandangan di sini....

BISMILLAH....

6. Aku Berhenti Di Kepala Jambatan
    Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku berhentikan motosikalku di kepala jambatan dan menikmati keindahan di situ. Apakah 'kamu' (Diriku) juga nampak keindahan ini? Wahai Diriku, aku berdiri di sini memerhati keindahan alam ciptaan Dia. Sabar ye Diri. Aku sedar, aku hanyalah MUSAFIR di dunia ini yg sedang membawa 'kamu'. Aku kena jaga 'kamu'. 'Kamu' pun kena jaga aku. 'Kita' hanya menumpang di bumi milik Dia. Aku melihat apa yg ada. Aku dongak ke atas, luasnya langit. Luasnya alam ciptaan Mu. Ber-ulang² kali aku melihatnya, tiada satupun ciptaan Mu yang tidak sempurna. Semuanya indah. Semuanya seimbang. Seimbang. Allahu Akbar..


"Ya.. Tuhanku, dunia ciptaan Mu ini sungguh sempurna, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia², terima kasih kerana tempatkan aku di bumi ini, Alhamdullillah". Teringat pada Kalam Mu,

[S67:A3-A4]
Yang telah menciptakan tujuh langit ber-lapis². Kamu se-kali² tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah ber-ulang², adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.

    Tuhanku, telah berulang kali aku melihat ciptaan Mu di dunia ini. Banyak membawa aku kpd kemenungan. Hebatnya Engkau Tuhan. Aku merenung jauh di hujung sana. Besarnya Engkau Tuhan. Aku membaca Kalam Mu yg tertulis dan aku jumpa soalan, "Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" Aku perhatikan sekali lagi langit, bumi. Ya Tuhanku, memang tiada yang tidak seimbang. Semuanya seimbang. Allahu Akbar.... Engkaulah Yang Maha Besar...
    Wahai Tuhanku, manusia ada berkata bahawa "DUNIA ADALAH JAMBATAN KE AKHIRAT". Apakah ertinya 'Dunia adalah jambatan (laluan) ke akhirat'?"... Hhhhmmm...

7. Dunia Adalah Jambatan (laluan) Ke Akhirat
    Aku lalukan mataku, dari hujung jambatan sini ke hujung jambatan yg sana. Aku cuba fahami kata² 'Dunia adalah Jambatan (laluan) ke Akhirat'. Wahai diriku, "Kita akan melintasi jambatan ini dan nak pergi ke arah sana. Jambatan ini adalah 'jalan / laluan' yang perlu kita lalui untuk pulang ke rumah. Kalau tiada jambatan ini, kita tiada jalan nak lalu untuk pulang ke rumah". Aku berkata pada diriku. Ouh... ini bermakna, dunia ini adalah hanya tempat laluan untuk kita pulang ke akhirat. Inilah tempat laluannya. Sabar ye diriku... Aku nak fikir jap ni... Apakah kita hanya berlalu sahaja melalui dunia ini untuk ke akhirat? Tidak diriku, aku rasa tidak begitu. Pasti ada sesuatu mengapa Dia menempatkan kita di dunia ini. Nanti aku fikir.


    Wahai diriku, tidakkah kau perasan, bahawa dunia ini seperti jambatan yg kita lihat ini? Tempat laluan untuk ke akhirat. Tiada lagi laluan yg lain untuk ke akhirat. Inilah laluannya, dunia ini. Dunia ini, di mana kita sedang berada di dalamnya. Digambarkan seperti Jambatan ini. Apakah kamu mengerti? Nanti aku bawa kamu lalu atas jambatan ini. Diriku, Kalam Dia;

[S24:A64]
Ketahuilah sesungguhnya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya (sekarang). Dan (mengetahui pula) hari (manusia) dikembalikan kepada-Nya, lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Itu dia wahai diriku. Tuhan tahu keadaan kita yg sedang berada di dalam dunia ini. Maka, kita berada di dunia ini, kita lalu sana, kita lalu sini. Kita pergi sana, kita pergi sini. Wahai diriku, Semua makhluk yg berada di dunia ini akan menuju ke akhirat sebab itulah dikatakan "Dunia adalah jambatan (laluan) ke akhirat". Dunia ini seperti jambatan ini. Jambatan ini pula adalah laluan. Tempat laluan semata-mata. Dunia hanya sementara. Mungkin makhluk ciptaan Dia di dunia ini tidak akan lalu ikut planet² lain. Hanya melalui dunia sahaja untuk ke akhirat. Ayuh diriku... kita cuba hayati dan fahami. Teringat Kalam Mu, Tuhanku,

[S7:A25]
Allah berfirman: "Di BUMI itu kamu HIDUP dan di BUMI itu kamu MATI, dan dari bumi itu (pula) kamu akan DIBANGKITKAN".

Wahai diriku, iya... Dia (Allah) dah bagitau pada kita bahawa di dunia inilah kita hidup, dan di dunia inilah kita mati dan di dunia inilah juga kita akan dibangkitkan selepas mati. Maka, benarlah. Di sinilah, di dunia ini lah, laluan untuk ke akhirat. Dunia inilah jambatan ke akhirat. Dunia inilah laluan ke akhirat. Tiada lagi laluan yg lain untuk ke akhirat. Inilah gambarannya "Dunia adalah jambatan (laluan) ke akhirat".

8. Di manakah Aku Sebelum Ditempatkan Ke Dunia?
    Aku melihat jambatan dihadapanku. Aku berkata pada diriku, itulah dunia yg kita akan lalui dan tempuhi. Aku berkata pada diriku, jika jambatan itu adalah dunia, sekarang ini kita belum naik lagi ke atas jambatan / dunia ini. Bila kita naik jambatan itu, barulah kita berada di dunia. Aku cuba fahamkan diriku. Lalu, di manakah kita sebelum kita datang ke dunia ini? Ouh... Diriku, apakah kau ada jawapannya?


    Wahai diriku, jom kita ingat kembali sejarah lama. Teringat kembali kisah ibubapa segala manusia iaitu Adam dan Hawa. Tempat asal mereka berdua sebelum diturunkan ke dunia ini / sebelum diturunkan ke jambatan (laluan) ini, adalah di syurga. Ya.. Di syuga. Merekalah manusia pertama yg berada di jambatan ini (dunia ini). "Dunia adalah jambatan (laluan) ke akhirat". Begitulah, kita tahu mereka berada di syurga sebelum ditempatkan ke dunia.
Bagaimana dengan kita, wahai diriku? Kalam Dia,

[S76:A1]
Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

    Memang, kita lah MANUSIA yg tak tahu apa², aku tahu pun dari Kitab Al Quran yg diberikan kepada aku. Aku kongsikan kpd kamu, wahai diriku. Aku tahu bahawa 'kita' dahulunya adalah sesuatu yang belum dapat disebut, belum ada rupa manusia lagi. TAK TAHU APA. Tapi kita telah berkahwin di alam yg lain, maka bersatulah kita menjadi 'manusia' seperti hari ini. Diriku, Dia suruh kita ingat bahawa,   

[S7:A172-A173]
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak² Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap JIWA mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang² yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang² tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak² keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang² yang sesat dahulu?"

    Diriku, kita mengerti kini bahawasanya, kita datang dari suatu tempat yg tidak diketahui. Kamu datang dari alam lain dan  aku datang dari alam lain, selepas itu kita duduk dalam satu tempat yg kukuh (rahim). Wahai diriku, sebelum kita datang ke dunia ini (sebelum kita lalu di atas jambatan ini), aku ada baca Kalam Dia (Kata² Allah) bahwa Dia telah mengambil kesaksian terhadap JIWA kita dgn bertanyakan "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" dan jiwa kita telah menjawab "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".
    Memang kita banyak lupa bila berada di dunia ini sebab itu Dia beri kpd kita KITAB PERINGATAN (AL QURAN). Bila aku baca Kitab Peringatan, aku peringatkan kamu wahai diriku. Barulah kita tahu bahawa kita telah menjadi SAKSI. Kita bersaksi bahawa ALLAH ADALAH TUHAN KITA. Wahai diriku, kita telah bersaksi kpd Dia dan jawapan (kesaksian) itu telah diambil sebelum kita ditempatkan di dunia ini. Nanti, apabila kita pulang ke akhirat, pasti kita akan ditanya semula. "Kamu sudah bersaksi bahawa Aku ini Tuhan kamu sebelum kamu datang ke dunia sana....., adakah kamu ikut PERATURAN-KU ketika berada di dunia sana?". Bagaimana diriku?
    Diriku, Dia (Allah) menjelaskan ayat² itu kpd kita, agar kita kembali kepada KEBENARAN. Ya.. kembali kepada KEBENARAN !!! Tetapi diriku, manakah JALAN (cara hidup) KEBENARAN itu?

[S7:A174]
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat² itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
     
9. Berdiri Di Atas Jambatan = Berdiri Di Dunia
    Aku mula melalui jambatan. Perlahan-lahan aku menggerakkan motosikal di jambatan ini untuk menghayati kata² "dunia adalah jambatan (laluan) ke akhirat". Sekarang, aku sedang berada di atas jambatan (dunia) ini. Aku sedang berada di dunia (jambatan) ini. Pemandangan senja singgah di penglihatanku. Aku bertanya pada diri, "Untuk apa kita berada di dunia ini?" Aku berhentikan motosikal ku. Kuluaskan pemandanganku dari atas jambatan ini. Ingat pada kata² Dia,

[S7:A174]
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang² yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?

     Aku faham. Di dunia ini TIADA kehidupan sebenarnya, yg ada hanyalah main² dan senda gurau. Kehidupan sebenar adalah di akhirat, di kampung akhirat. Bagaimana kehidupannya? Sampai sana nanti, kita akan tahulah bagaimana kehidupannya? Dan kampung akhirat itu LEBIH BAIK bagi orang² yg bertakwa. Bagi orang² yg tidak bertakwa, sudah pasti kampung akhirat itu TIDAK BAIK (azab) bagi mereka.
     Wahai diriku, Dia bertanya kepada kita. Apakah kamu memahaminya? Diriku, kehidupan di dunia ini hanyalah tempat permainan dan tempat senda gurau belaka. Dia bagitau lagi, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang² yg bertakwa. Apakah kamu sudah bertakwa wahai diriku? Aku senyap. Diriku pun senyap. Senyap sunyi di kala senja. Andai jambatan ini runtuh, maka matilah kita wahai diriku dan pasti suatu saat nanti, dunia ini akan hancur binasa.
     Aku melihat jambatan ini. "Dunia adalah Jambatan (laluan) ke Akhirat". Aku bertanya pada diriku,
  • BERAPA LAMA KITA AKAN BERADA DI ATAS JAMBATAN (DUNIA) INI?
  • AKU TIDAK TAHU.

Jom lah kita balik wahai diriku... Belum solat Maghrib ni... Dunia ini hanyalah sementara. Lihatlah kita duduk di atas jambatan ini pun sementara sahaja, lepas itu kita balik ke rumah.

10. Mencari Jalan KEBENARAN
    Diriku, aku melihat dunia ini, terlalu banyak jambatan yg dibina. Terlalu banyak laluan yg dibina. Namun wahai diriku, jambatan yg kita lalui sekarang ini adalah jambatan yg benar yakni laluan yg menghubungkan kita ke rumah kita bukan ke rumah orang lain. Aku bertanya pada diri, jika begitu, jambatan (laluan) yg manakah adalah laluan kebenaran? Jalan kebenaran? Ayuh diriku... Kita sama² mencari jalan ini. Diriku, alangkah eloknya, jika kita sentiasa ingat apabila hendak pulang ke rumah, bahawa itulah akhirat. Moga² kita tidak lupa pada akhirat. Di dunia ini, manusia tidak akan lupa untuk balik ke rumah.
    Sekarang kita sedang berada di atas jambatan (dunia). Sampai masa nanti aku akan tiada di bumi, MATI, yg tinggal hanya 'kamu' wahai diriku (roh). Maknanya, kita akan tinggalkan jambatan dunia ini. Kita sebenarnya dalam perjalanan pulang ke akhirat !!! Kita lihat lagi, atas dunia ini, banyak jambatan (banyak laluan). Soalnya, 'Jalan' mana yg perlu kita lalui (ikuti) untuk kita pulang ke akhirat? Jambatan mana yg perlu kita lalui? Macam² persoalan datang. Formula yg kita dapat "Dunia adalah jambatan (laluan) untuk menuju ke akhirat".
    Baru aku faham apakah yg dikatakan "dunia adalah 'jambatan' ke akhirat". Di atas jambatan ini, aku merenung kata² itu. Dunia ini adalah 'laluan' untuk ke akhirat. Di sinilah tempatnya, dunia. Di sinilah tempatnya, hanya sebuah laluan. Berada di atas di dunia ini hanyalah sementara. Berada di atas jambatan ini hanyalah sementara. Berada di laluan ini hanyalah sementara namun untuk apa berada di laluan ini? Aku perlu menghayatinya untuk 'menghidupkan' sesuatu _______(tunggu di akhir perjalanan baru dikongsi) pada 'kamu', wahai diriku. Maksud hidup.
    Sekarang aku dalam perjalanan menuju ke rumah sewa aku. Hayatilah... Ouh... bermakna, aku sedang hidup dan sedang dalam perjalanan menuju ke akhirat. Apabila aku sampai kat rumah aku nanti, aku akan rehat setelah jauh berjalan. Bermakna akan ada lagi satu kehidupan di akhirat selepas aku mati, selepas aku tinggalkan dunia ini dan juga akan pulang ke rumah samada SYURGA (rumah cantik) atau NERAKA (rumah buruk).

Wahai diriku, belum tentu aku dapat mengikuti apa yang difahami, apa yang dimengerti, apa yang dihayati.... Berikanlah semangat kepadaku, wahai diriku. Ouh.. Aku telah tahu bahawa......

Untuk pulang/kembali kepada Dia (Allah), mesti ada jalan yg perlu dilalui.

Wahai diriku, jom kita pulang ke rumah. Kita solat Maghrib dulu...
  • Apa yg aku perlu buat tika berada di dunia ini?
  • Aku fikir, kenapa Dia (Allah) tempatkan aku di sini?
  • Takkanlah aku ditempatkan di dunia ini hanya untuk duduk² sahaja?
  • Mesti ada tujuannya.

Apakah Jalan KEBENARAN itu? Bagaimanakah Jalan KEBENARAN itu? Di manakah Jalan KEBENARAN itu?

Ouh Tuhanku....
 

[S1:A6]
Tunjukilah kami Jalan yang lurus.



BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM".


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar