BISMILLAH...
Hhmm... Fikir datang lagi... Di sinilah tempatku melepaskan 'fikir'.... Semoga ianya tidak membawa kebusukan ke dalam fikiran kamu dan mungkin ini yg terakhir aku menaip di sini. Terlalu banyak jalan di dunia ini dan disepanjang jalan pula banyak simpang². Lalu lah satu persatu dan berharaplah kepada Dia (Allah) kerana Dia lah Yang Maha Mengetahui jalan yg mana. Salah masuk simpang jalan, lambatlah sampai. Dunia ini diadakan, ada sebabnya. Kulihat apa yg ada dalam dunia, kadang luas, kadang sempit. Ouh.. Sampai tikanya, ku akan tinggalkan dunia ini.
Kulihat ada jalan dihadapanku, belakangku, kiriku, kananku. Ku nampak perkataan 'JALAN' di atas jalan dan di sinilah aku 'jalan'kan apa yg aku fikir. Aku tak pandai, hanya berkongsi apa yg difikir. Apatah lagi pengetahuan, tiada yg aku tahu. Banyak yg tidak tahu, yg langsung tak tahu pun ada, yg tahu pun lupa, tinggal apa yg ada sahaja, itupun bukan aku yg punya. Aku berkongsi di sini untuk menggembirakan Dia dgn taipan²ku sebelum aku mati. Mungkin sangkaan aku salah, mungkin sebaliknya. Namun, aku tak pernah putus asa dari rahmat Dia. Bila aku mati, tiadalah dapat untuk aku gembirakan Dia lagi. Sebelum mati, macam² cubaan akan berterusan diuji terhadap diri aku dan kamu dan selepas diuji, kepada Dia lah kita akan kembali. Keputusan ujian ada pada Dia. Di sanalah (akhirat) kamu akan melihat keputusan ujian kamu. Aku juga begitu. Macamana aku tahu? Dia dah bagitau di dalam Kitab Dia;
[S21:A35]
"Tiap² yang berjiwa akan merasakan MATI. Kami akan MENGUJI kamu dengan KEBURUKAN dan KEBAIKAN sebagai CUBAAN (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan".
Jelas sungguh kata² Dia. Tiap² yg berjiwa (bernyawa) akan merasakan mati. Aku jua akan merasakan mati. Kini, aku merasakan hidup. Semua manusia akan diuji dengan KEBURUKAN dan KEBAIKAN sebagai CUBAAN (yang se-benar²nya). Diuji dgn keburukan. Misalnya, orang bagi perkara buruk pada kita. Apakah kita bersyukur atau sebaliknya? Diuji dgn kebaikan. Misalnya, orang bagi perkara baik pada kita. Apakah diri bersyukur atau sebaliknya? Kedua²nya adalah CUBAAN. Untuk apa? Untuk menguji diri sebenarnya. Bagaimana caranya diri menerima cubaan itu dan sejauh mana diri ingat kpd Dia. Kepada Dia lah diri akan dikembalikan. Bila? TIDAK TAHU tetapi BERSEDIALAH!!!. Ya.. Udah deh, lagi taip lagi panjang nanti. Jom jalan².
1. Mencari Ertinya Jalan
Hari² kita berjalan. Hari² kita melalui jalan. Apakah 'jalan' sebenarnya? Aku mendefinisikan Jalan adalah 'satu laluan bagi sesuatu yg bergerak untuk melaluinya bagi menuju ke suatu tempat'. Jalan adalah 'laluan'. Pada 'jalan', ada sesuatu yg bergerak melaluinya, yg sedang menuju ke tempat yg ditujui'. Sekarang, kamu sedang lalu jalan mana? Dan sekarang kamu sedang berjalan menuju ke mana? Maaf, sekiranya apa yg aku definisikan itu salah sebab itu hanya 'fikir'. Kisah ini hanya berlegar di ruang fikiranku. Tidaklah dapat untuk aku menggambarkannya dgn tepat kerana ianya berada di dalam fikiran. Banyak gambar² dalam fikiran. Kamu perasan tak? Bermula kisah rekayasanya....
AMARAN: SEMASA MENGIKUTI PEMUSAFIRAN INI, PEGANGLAH KUAT² PADA KITAB AL QURAN DAN AS SUNNAH SEPERTI MANA YANG KAMU FAHAMI.
Kisah Rekayasa Sebuah Perjalanan
2. Aku Ingin Tahu
Tika ku duduk bersendirian di tepian tasik, ku temankan makhluk Dia yg bernama matahari yg sedang berpulangan. Tidaklah ku tahu, ke mana kepergiannya. Aku bertanya pada alam "Kemanakah matahari akan pergi?" Alam tidak menjawab soalan itu sebaliknya alam berkata "Kamu tidak bersendirian. Kamu ditemani oleh pendengaran, penglihatan dan hati kamu". Ouh.. Pelbagai soalan datang menerjah ke akal. Kuperhatikan riak gelombang air tasik yg sesekali memercik. Ouh.. ikan, engkau yg percikkan ye. Besarnya kau wahai ikan.
Ku berkata pada alam, "Dia telah memBESARkan aku tetapi kenapa aku tidak memBESARkan Dia? Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Kenapa aku berada di dunia ini? Apa tujuan aku berada di dunia ini? Untuk apa? Kemana aku akan pergi seperti matahari itu?" Alam diam dan semakin menggelap. Aku tidak puas kerana aku tidak tahu. Aku menangisi kebodohan diriku, kumemegang kepalaku, air mata bertitisan mengalir ke bumi.
Ku perhatikan disekelilingku, pokok, awan, langit, matahari, bulan, bukit, sungguh indah apa yg ada. Aku lihat pokok, aku tahu itu pokok, aku lihat matahari, aku tahu itu matahari. Aku berkata pada hatiku, "Bagaimana aku tahu nama² ini?", "Siapa yg beri semua ini?" Inilah kuasa Dia, yg membuatkan semua ini ada. Teringat aku pada kata² Dia di dalam Kitab Dia.
[S2:A31]
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama² (benda²) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda² itu jika kamu memang orang² yang benar!"
Benar. Dia lah yg mengajarkan kpd aku nama² yg aku tahu. Aku anak 'Adam'. 'Adam' bermaksud 'tiada'. Aku tiada apa² tanpa Dia memberikan. Aku tak tahu apa² tanpa Dia yg mengajarkan. Aku 'tiada'... Aku tiada... Aku tiada apa²... Kutundukkan kepalaku... Aku tiada apa² tanpa Dia. Terima kasih Tuhanku atas segala pemberianMu.. Alam membayukan angin kepadaku. Ouh.. nyaman terasa dibelainya. Bersendirian kesejukkan di tepian tasik. Aku saksikan KEBESARAN Dia di hadapanku. Tersergam indah persembahan alam. Aku rakam dgn menggunakan pemberian Dia. Sebuah kamera henset (telefon bimbit). Itupun aku pinjam dgn Dia. Aku tiada apa². Semua apa yg aku guna dipinjamkan oleh Dia.
Senja di Putraja - 24 Nov 2013 |
Tika aku asyik berjalan (melayani fikiran) di atas keindahan alam (dunia) ini, tika aku asyik memerhatikan (melayani penglihatan) persembahan alam ini dan segala apa yg ada padanya, tika aku asyik melayani pertanyaan dari hatiku (melayani pendengaran) dan mendengar suara² alam (angin, bunyi suara binatang, bunyi air dan sebagainya), tiba².... Aku terdengar satu laungan suara yg sering aku dengari dan sering aku hayati dan sering aku cuba fahami. Aku melihat tasik. Setiap hari warnanya berubah tetapi ianya masih bernama 'tasik'. Aku dengar sebutannya..
Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Marilah menuju kejayaan
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada tuhan selain Allah
Ouh.. Sudah masuk waktu Maghrib. Suara siapakah itu? Tiada aku melihat manusia lain di sini tetapi suara azan sampai di tepian tasik ini. Ouh.. Ada masjid di hujung sana. Kuamati dan hayati seruan itu satu persatu. Memerhatikan alam yg semakin memadam keindahan. Wahai alam yg kukasihi dan sayangi, bila lagi keindahan begini akan datang?.... SEPI...
3. Dia Adalah Masa
Suara azan tidak lagi kedengaran. Sepi kembali. Alam membisik. "Itulah suara azan Maghrib. Sampai waktunya dia bersuara". Aku bertanya "Siapa dia?" Alam berkata "Itulah MASA". Ouh.. aku cuba memahami. Terima kasih alam. Aku teringat yg aku pernah terjumpa kata² Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu mencela masa kerana Allah berfirman, “Aku adalah MASA, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Di tepian tasik ini, aku diertikan sesuatu. MASA memperingatkan aku dengan seruan Dia (ilmu Dia meliputi segala ilmu). Aku tenggelam dalam fikiran. Melihat apa yg ada. Ouh.. Dalam MASA ada WAKTU. MASA itu rupanya bernama. Ada nama. Waktu² yg dinamakan SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB dan ISYAK. Sampai waktunya, dia bertukar nama. MASA meliputi segalanya. MASA memperingatkan aku dengan seruannya 5 kali sehari. Dia memperingatkan aku dengan seruan azan. Sampai waktu, azan berkumandang. Dalam MASA ada WAKTU. Wahai alam, wahai tasik, aku pulang dulu. Nanti aku kembali lagi berbicara di sini. Biarlah orang kata aku gila asalkan aku gembira bersama Dia. Sungguh indah ciptaan Dia.
Aku berdayung dalam tasik fikiran. Mencari apa yg ada. Aku fikir tentang MASA. MASA banyak memperingatkan aku kepada Dia. Aku dengar MASA berkata kepadaku..."Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah, Marilah menunaikan solat, Marilah menuju kejayaan, Allah Maha Besar, Tiada tuhan selain Allah". Se-olah² aku sedang berbicara dgn masa. Terima kasih MASA. MASA TELAH MENJADI SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH KERANA MANUSIA BELUM TENTU DAPAT MENYAKSIKANNYA DENGAN SEBENAR-BENARNYA. MASA mengajak menunaikan "solat". MASA mengajak aku menuju KEJAYAAN. MASA kata "ALLAH MAHA BESAR, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH". Mengertilah aku, Dia telah bersumpah kepada MASA. Tertulis di dalam Kitab Dia.
[S103:A1-3]
Demi MASA, Sesungguhnya, manusia itu benar² berada dalam KERUGIAN, kecuali orang² yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Terima kasih MASA. Siapa MASA? Itulah DIA. Siapakah DIA? DIA : Dia Itu-lah Allah. Alam berkata "Kamu sudah tahu MASA itu siapa, Dia meliputi segala sesuatu. Ke mana lagi kamu mahu bersembunyi? Setiap masa Dia perhatikan kamu". Terima kasih alam kerana mengingatkan, bisikku.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu mencela MASA kerana Allah berfirman, “Aku adalah MASA, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Itu apa yg aku teringat, samada benar atau sebaliknya, carilah kebenaran itu. Alamak... sudah lewat... Aku harus pulang. Hari makin malam. Ada masa, aku akan datang lagi ke tasik ini untuk menyaksikan Dia Yang Maha Membaharui sesuatu. Dia yg memerintahkan alam untuk membuat persembahan alam yang baru dan persembahan itu juga akan berlalu. Dia lah "Ya Badi' (Yang Maha Pencipta Keindahan)"... Selamat tinggal alam. Semoga ketemu lagi dengan keindahan.
Senja di Tasik Putrajaya - 24 Nov 2013 |
AMARAN: SEMASA MENGIKUTI PEMUSAFIRAN INI, PEGANGLAH KUAT² PADA KITAB AL QURAN DAN AS SUNNAH SEPERTI MANA YANG KAMU FAHAMI.
BERSAMBUNG ENTAH BILA...
Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Kisah Rekayasa :
sagfasfasf
ReplyDelete