Petikan dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 1...
"Dihadapan sana, ada 'Jalan Mim'. Aku sedang menuju ke jalan itu untuk melihat apa yg ada. Sampaikah aku? Sempatkah aku? Masih jauh lagi 'Jalan Mim'... Apakah sebenarnya 'Jalan Mim' ini? Apa yg ada di sepanjang jalan itu? Ikutilah pemusafiran fikiranku yang ditemani oleh alam dan masa.... Umur panjang dapatlah aku siapkan kisah rekayasa ini..."
BISMILLAH...
4. Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah
Gambar Hiasan |
5. Rumah Asal Manusia
Dalam perjalanan pulang, berada pula di atas motosikal, melihat lagi rumah² disepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku bertanyakan diri. Di manakah rumah manusia yg sebenar? Dah perlahan semula motosikal ini. Inilah masalahnya bila fikir datang. Jap.. tengok cermin jap. Mana tahu ada kenderaan kat belakang. Ok, takde.
Aku cari sejarah lama yg ada di dalam kotak ingatanku. Satu² cari. Yang mana pernah aku masuk ke lorong² internet, masuk ke lorong² buku, masuk ke lorong² yg mana ada lorong, aku cuba ingat kembali, moga² ada sejarahnya di situ. Akhirnya, aku menemui jawapan di dalam sejarah. Rumah asal manusia yg sebenar, adalah di SYURGA!!!. Di situlah tempat tinggal asal, Nabi ADAM a.s dan HAWA. Dia ada bagitau dalam Kitab Dia;
[S7:A19]
(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang² yang zalim".
Ya.. Di syurgalah, rumah asal manusia, yg mana pada masa itu hanya SATU LARANGAN sahaja yg diaturkan oleh Dia seperti mana yg Dia bagitau di dalam kitab Dia. Namun, Kitab Dia ada memberitahu bahawa, ADAM dan HAWA telah dikeluarkan dari RUMAH (SYURGA) disebabkan KESALAHAN yg telah dilakukan oleh mereka berdua. Apakan daya, segalanya telah ditulis. SYAITAN. Syaitan telah memujuk rayu ADAM dan HAWA dan akhirnya, mereka melanggar larangan Dia. Dan akhirnya lagi, mereka diturunkan dari SYURGA. Dia pun bagitau juga di dalam Kitab Dia;
[S7:A24]
Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan".
Akhirnya, ADAM dan HAWA bertempat kediaman dan kesenangan di muka bumi dan berterusanlah pula tempat kediaman dan kesenangan itu kepada anak² ADAM termasuklah diri aku dan kamu serta juga manusia² yg lain. Rumah yg aku diami sekarang adalah rumah yg sementara sahaja. Ni tak sampai² lagi rumah ni. Hehe... Bawa motosikal perlahan je. Asyik berfikir je. ASYIK... Sungguh ASYIK... Namun, hakikatnya, Dia ada bagitau dalam Kitab Dia;
[S7:A10]
Sesungguhnya, Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.
Benarlah, aku sekarang ditempatkan di muka bumi. Yang aku sedang pijak ini adalah bumi. Ya.. bumi. Inilah bumi. Alhamdullillah, aku dapat tinggal di bumi. Dari apa yg aku fikir, barulah aku tahu bahawa RUMAH ASAL MANUSIA adalah SYURGA. Dan SEBENARNYA, aku kena cari jalan pulang ke RUMAH ASAL iaitu mencari jalan pulang ke SYURGA (RUMAH ASAL) sebab di situlah rumah asal ibubapa manusia iaitu ADAM dan HAWA. Diri mengingatkan lagi, bahawa SYURGA (RUMAH ASAL) itu adalah milik Dia. Macamana aku nak balik dan tinggal di situ? Fuuuhh.... Bukan senang nak bertempat tinggal dalam RUMAH ASAL tu KECUALI bagi orang² yg DIRAHMATI OLEH DIA (ALLAH).
Tambahan lagi, ada satu lagi RUMAH yg disediakan oleh Dia untuk manusia iaitu NERAKA (RUMAH JUGA). Fuuuhh.. lagi sekali. Aku fikir, RUMAH YANG MANA AKU AKAN BERTEMPAT TINGGAL NANTI APABILA SUDAH PULANG (MATI)? TAK TAHU LAGI tetapi PETA (PETUNJUK - KITAB AL QURAN) TELAH DIBERI. Di dalamnya, ada jalan² yg perlu dilalui untuk pulang ke RUMAH ASAL (SYURGA). Salah ikut jalan, terpulanglah ke rumah yg satu lagi (NERAKA).... Alamak.. Salah rumahlah!!! Sudah terlambat. Perjalanan untuk pulang amat jauh. Nak patah balik? Pintu dunia sudah ditutup (mati).
Fikirku lagi. Bagaimana? Mana jalannya? Mana jalan untuk ke sana? Mana jalan untuk pulang ke rumah asal? Ouh... banyak lagi nak kena fikir dan cari jawapan serta kebenaran. Dah selesai fikir. Ok, ready to go.... Maghrib belum solat lagi ni...
Sikit lagi aku nak sampai rumah ni... Jap nak pecutkan motosikal dulu.... Lalu atas jambatan pulak.... Alamak... menarik pula pemandangan kat sini.. Berhenti jap... tengok pemandangan ciptaan Dia kejap... Di dunia ni banyak tempat persinggahan.... Ouh indahnya pemandangan di sini....
No comments:
Post a Comment