Saturday, March 1, 2014

Curahan Rasa 7: Kembali Mengenang Diri

 

"Kembali Mengenang Diri"

Seronoknya manusia saling hina menghina....
Berperasaan bahawa dirinya baik dan mulia....
Sedangkan manusia lupa bahawa manusia diciptakan dari "air yang hina"...
Firman Allah telah lama, "Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina... (air mani)?" (QS77:20)...

Janganlah dilayani perasaan...
Kerana ianya juga adalah nafsu yg berhawa...
Kembalikanlah diri kepada ingatan..
Bahawa manusia diciptakan dari air yang hina...

Jangan disangka diri sentiasa berada dalam keberuntungan...
Firman Allah mengingatkan...
"Demi masa, Sesungguhnya, MANUSIA ITU BENAR² BERADA DALAM KERUGIAN..."
"kecuali orang² yang BERIMAN dan...."
"mengerjakan AMAL SOLEH dan...."
"nasihat menasihati supaya mentaati KEBENARAN...."
"dan nasihat menasihati supaya menetapi KESABARAN....". [QS103:1-3]

Bersabarlah dalam kehidupan yg satu...
Kerna Allah menceritakan di dalam Al Quran...
"(sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu...." [QS13:24]
Silalah beri perhatian....

"Salamun 'alaikum bima shabartum...."
Ertinya "KESELAMATAN atasmu BERKAT KESABARANMU...."
Bersabar dan berkasih sayanglah sesama kaum....
Agar kelak keselamatan di akhirat diberikan kepada kamu...

Nasihat menasihatilah supaya mentaati KEBENARAN....
Nasihat menasihatilah supaya menetapi KESABARAN....
Bila berkata, jangan diikut PERASAAN...
Kerana ia bakal menempah KEHINAAN...


Semua makhluk adalah ciptaan Allah....
Menghina manusia bererti menghina ciptaan Dia....
Kamu gembira kerana kamu sangka kamu sudah beribadah...?
Tetapi apakah Allah gembira dgn perbuatan kamu yg menghina ciptaan Dia?

http://www.besgroup.org/2011/08/15/cattle-egrets-feeding-at-rubbish-dump/

Nukilan: Kun Musafir Maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar