Thursday, November 15, 2012

1 Muharram 1434H (Khamis, 15 November 2012)



      Seperti biasa pada setiap tahun, 1 Muharram akan kembali tetapi membawa angka tahun yang berlainan bersamanya. Yang aku sudah taip sebelum ini adalah tentang 1 Muharram jatuh pada hari Selasa dan Ahad. Pada kali ini, 1 Muharram 1434 Hijrah, jatuh pada Hari Khamis, 15 November 2012. Sumber² ini aku ambil dari buku (di internet pun ada). Mari kita lihat apa yang direkodkan oleh orang² terdahulu apabila 1 Muharram jatuh pada Hari Khamis.

1. Jika tanggal 1 Muharram terjadi pada hari Khamis, maka bintangnya adalah bintang Musytari.
2. Menandakan pada tahun itu akan banyak orang yang mati, banyak orang berbuat makar dan kejahatan.
3. Sungai² airnya berkah.
4. Pada tahun itu, alamatnya harga barang makanan akan melonjak, juga bahan pakaian dan juga hasil perahan seperti susu dan madu juga melonjak harganya.
5. Pada tahun itu pula akan melanda angin taufan yang mana sudah barang tentu akan membawa bencana.
6. Pada tahun itu pula banyak binatang buruan di laut dan di darat.
7. Pada tahun ini raja² atau pembesar negeri akan bertindak secara adil melaksanakan hukum² menurut undang² yang semestinya tidak berat sebelah (adil).
8. Segala pekerjaan mudah dikerjakan dan dilaksanakan, tidak ada hambatan, berjalan lancar.
9. Segala perbuatan orang yang zalim, segala perbuatan kejahatan seperti rasuah, penipuan, perompak, pembunuhan dihukum setimpal dengan perbuatannya. Mereka yang berbuat begitu ditindak menurut hukum yang sebenarnya, tidak pilih bulu. Oleh kerana itu kejahatan berkurang dan suasana menjadi aman sentosa.
10. Tanam-tanaman pada tahun itu subur.
11. Pada saat ini tampak kerukunan dan keakuran masyarakat umat manusia di mana². Tua muda seia sekata, hormat menghormati, hidup bergotong royong.
12. Suasana tenteram dan damai sejuk dan nyaman.
13. Namun pada tahun ini ada bencana alam iaitu akan dilanda angin taufan.
  • Bandar Oklahoma Ranap Dilanda Taufan - 21 Mei 2013

Seperti biasa, perhatikanlah apa yg akan terjadi dalam tempoh tahun 1434H nanti. Apapun, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wollohua'lam.



     Mohon maaf dari semua, panjang umur kita berjumpa lagi pada 1 Muharram 1435H (5 November 2013). 5 November 2013 jatuh pada hari Selasa. Boleh klik link ini untuk mengetahui apa yg bakal terjadi pada tahun bila 1 Muharram jatuh hari Selasa http://kunmusafirmaya.blogspot.com/2010/12/1-muharram-selasa-2010.html

Hari² 1 Muharram yang lain (yg aku taip):
1. 1 Muharram 1432H = Selasa, 7 Disember 2010.
2. 1 Muharram 1433H = Ahad, 27 November 2011. 
3. 1 Muharram 1434H = Khamis, 15 November 2012.

Friday, August 31, 2012

Penasihat Bagi Diri Sendiri...


**Artikel ini masih lagi berkesinambungan dari artikel Tiba Masanya Untuk Kita Sedar.

     Manusia Islam ada mengatakan "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri saya sendiri". Kata² ini ada kebenarannya di dalam Al Quran. Firman Allah:

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka di timpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang² itu (orang munafik) hampir² tidak memahami perbicaraan sedikitpun?
[■ QS4:78 ■]

     Pernah berlaku, apabila seseorang manusia ditimpa musibah, ada yg mengatakan begini 'Ini semua kau punya pasal!' padahal musibah itu adalah datangnya dari Allah. Yang buruk (musibah) datang dari Allah? Harus diingat, dalam musibah itu ada KEBAIKAN. Begitulah kehalusannya. Semoga kita tidaklah menyalahkan orang lain lagi apabila kita ditimpa musibah kelak. FIKIR BETUL² SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN SEBAB DIRI KITA INI PUN KADANG²NYA BUKANNYA BETUL SANGAT. Pujian kpd Allah dan nilai rendah diri ada di dalam ayat "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri sy sendiri". Nasihatlah diri kita sendiri terlebih dahulu kerana pepatah ada mengatakan "kerana lidah badan binasa".

Penasihat diri sendiri
     Allah sedang melihat apa yg 'aku' kerjakan (merujuk kpd diri aku yg seorang). Allah juga sedang melihat apa yg 'kamu' kerjakan (merujuk kpd diri kamu yg seorang). Allah juga sedang melihat apa yg 'kita' kerjakan (merujuk kpd diri aku dan diri kamu semua). Aku/Kita perlu berubah", "Aku/Kita kena berubah", "Aku/Kita mesti berubah". Itulah antara kata² baik yg pernah diucapkan kpd diri sendiri (diri sendiri = diri yg satu, diri yg seorang). Berubah ke arah apa? Aku tidak tahulah tetapi pilihlah ke arah kebaikan yg abadi. Ada yg ucap dgn mulut, ada yg ucap dalam hati. Dari mana datangnya kata² baik (nasihat) itu? Nabi s.a.w bersabda:

Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya (sendiri)
(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami) 
    
     Aku pasti, kamu semua pernah merasai apa yg dikatakan oleh Nabi s.a.w itu yaitu apabila kita melakukan kesilapan/kesalahan, kita ber-kata² kpd diri sendiri. Mungkin, kita sendiri pernah meluahkannya kpd orang lain dan kita mengatakan 'aku kena sedarkan diri aku, aku kena berubah'. Maka, dapatlah dikatakan bahawa kata² yg baik adalah datangnya dari Allah dan kata² itu ditempatkan di dalam HATI, lalu diucapkan oleh 'kita'. Bagi manusia yg sentiasa dalam keadaan mengingati Allah, apabila mereka mendengar kata² baik yg diucapkan oleh seseorang manusia yg lain, mereka mengetahui bahawa kata² itu adalah datangnya dari Allah walaupun orang yg berkata² itu tidak menyedarinya. Bagi sesetengah orang yg mata hatinya terbuka, dia dapat mengenali dari mana datangnya kata² itu (dgn melihat wajah org yg ber-kata²). Dia dapat kenal, selamatlah dia (tak mudah terpengaruh). Ada juga antara mereka yg mengatakan tentang kebaikan itu lupa akan apa yg telah diperkatakannya dan orang yg mendengar apa yg diperkatakannya itu ingat apa yg didengarinya. "Eh dulu kau pernah cakap dgn aku pasal nie". "Eh ye ke? Aku tak ingatlah". Secara sedar, adakah kita layak nak kata diri kita ini baik? Tidak sama sekali jika kita sedar bahawa 'kita tiada apa-apa'. Begitulah, ber-macam² ragam manusia ada.
    Apabila Allah hendak menjadikan kita baik, secara automatik, hati kita akan menjadi penasihat bagi diri kita sendiri TETAPI perlu AWAS dgn bisikan syaitan. Allah jadikan penasihat utk diri kita dari diri kita sendiri. Hati termasuk perkara yg ghaib. Kita dapat merasainya tetapi kita tidak nampak apa yg kita rasai. Kita kata kita sakit hati tetapi kita tak nampak bagaimana hati kita sakit. Apatah lagi nak tengok bentuk hati kita. Setakat ini, kita hanya dapat rasa. Apa yg kita kata, kita sendirilah yg faham. Ada juga orang yg mengatakan tentang sesuatu perkara tetapi dia belum merasainya lagi tentang apa yg diperkatakannya (Aku pun pernah kena marah pasal ini). Ada orang kata "Awk tak faham apa yg sy kata sebab awak tak merasai apa yg sy rasa". Benar kita tidak rasa. Namun kita cubalah sedaya upaya utk menolong mereka. RASA itu berbeza pada setiap manusia walaupun manusia itu mengatakan 'samalah, aku pun dah rasa apa yg engkau rasa'.  Begitu juga, sebut nama Allah semuanya sama tetapi rasa ketika menyebut nama itu mungkin tidak sama. Sebutan sama, rasa tak sama.
     Semua manusia, asalnya adalah baik (bayi). Kadang² kita berusaha untuk faham diri orang lain, untuk jaga hati orang tetapi adakah kita faham dgn diri kita sendiri? Dgn rahmat-Nya, apabila Allah hendak menjadikan seseorang itu baik, kadang² kita tidak perlu tunggu orang lain untuk tegur diri kita (sekiranya ada yg menegur, itu lebih baik). 'Kita' yg perlu tegur diri kita (luaran tegur yg dalaman). Kadang² Diri kita sendiri yg tegur 'kita' (dalaman tegur yg luaran). Saling tegur menegur. Saling ingat memperingati. Fahamkah kita dgn diri kita sekarang? Macam ada 2 suara pada diri kita kan? Takpe, nanti aku kongsikan dalam artikel yg lain.. Sebagai contoh: "Aku tak boleh makan daging, nanti badan aku gatal²". Maka, kita faham dgn diri kita tapi itu dari perihal makanan.
     Jika kita mahu belajar tentang kehidupan, 'janganlah kita melihat kpd diri org yg ber-kata² tetapi sebaliknya kita ambil kata² baik yg dikatakan olehnya untuk dipelajari' walaupun yg ber-kata² itu hanyalah seorang kanak² kecil. Lihatlah juga ustaz² dan penceramah² tentang agama/motivasi/kursus serta manusia² baik di luar sana. Mereka lebih baik. Kita ambil tauladan dari mereka. Semut pernah ber-kata², dan Nabi Sulaiman a.s mendengarnya lalu berdoa kpd Allah. Kita? Apabila kita mendengar kata² yg baik, berdoalah juga. Dalam hati pun boleh. Firman Allah:

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: "Hai semut², masuklah ke dalam sarang²mu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari"; maka dia (Nabi Sulaiman a.s) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba²-Mu yang soleh".
[■ QS27:18-19 ■]

Kesimpulan
     Kita sedang melalui kehidupan ini dan telahpun bertemu dgn pelbagai lapisan ragam manusia. Manusia perlu kpd peringatan/nasihat. Kadang² kita perlu duduk bersendirian untuk muhasabah diri, agar diakhir renungan kita itu, kita mengetahui bahawa hati kita perlu dididik agar ianya menjadi benar² baik terutamanya baik kepada Allah. Kita sendiri yg perlu berubah (usaha). Namun, kita ini manusia yg lemah. Semoga Allah jadikan hati kita sebuah hati yg dapat menasihati diri kita sendiri.

     Aku jua begitu, manusia biasa, aku juga perlukan nasihat. Bukan semua orang suka kpd org yg memberikan nasihat. Aku nasihatkan diri aku sendiri. Aku mohon maaf atas segala kekurangan kerana kejahilan aku. Aku hanya berkongsi. Sudut pandangan ini kecil sahaja, hanya pandang kpd diri sendiri. Alam Diri Sendiri. Artikel² ini sebenarnya sedang menuju kepada artikel "Kesedaran 1: Janji Yang Pertama". InsyaAllah.. Kita jumpa lagi di artikel seterusnya. Akhir kata "Segala yg baik adalah dari Allah, dan segala yg buruk adalah dari diri aku sendiri". Sekadar perkongsian. Wollohua'lam...

PERINGATAN : Ayat 1033 dari 6236 [Al A'raaf:QS7:79]
Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang² yang memberi nasihat".

Sunday, August 12, 2012

Tiba Masanya Untuk Kita Sedar...



     Sebenarnya artikel ini masih lagi berkesinambungan dari artikel Janji: Ucapan 2 Kalimah Syahadah. Aku ber-kata² dgn diri aku sendiri lagi. Tajuk asal yg aku fikirkan untuk artikel ini adalah 'Kesedaran di Sebalik Ucapan 2 Kalimah Syahadah' tetapi aku telah tukar sebab panjang sangat, nanti penat kita nak membaca.
    Aku nak memulakan perjalanan dah ni........

    Warming Up Fikiran
        Setiap perjalanan ada perhentiannya. Bagi manusia biasa macam kita nie, perhentian terakhir adalah di kubur (mati). Kita datang ke dunia, kita buat kerja apa yg patut, lepas tu kita meninggalkan dunia ini. Berapa lama (masa) kita tinggal di dunia ini, hanya Allah yg tahu. Kita datang ke dunia ini, dibesarkan, bila dah besar, kita buat 'kerja'. Sampai masanya, siap ke tak siap ke 'kerja' itu, kita kena tinggalkan dunia ini (mati). Dah, itu je. 3 langkah sahaja.

    1. Datang ke dunia
    2. Buat kerja dunia + buat kerja akhirat
    3. Meninggalkan dunia (MATI)


    Jika diperhatikan apa yg ada di dalam gambar, singkatnya perjalanan hidup ini kan? Tapi ada lagi yg lebih pendek perjalanan hidupnya, datang ke dunia kejap je, tak sempat tahu apa², mati. Siapa? Hhhmm.....

    Tiba masa untuk sedarkan diri sendiri
         Sampai masanya seseorang itu akan berubah, dari berperangai seperti binatang (yg sering diperkatakan orang), sampai masanya seseorang itu jadilah Orang, sampai masanya seseorang itu jadilah Manusia, sampai masanya seseorang itu jadilah Insan, sampai masanya seseorang itu jadilah seorang yg Yakin, sampai masanya jadilah Roh semula (matilah tu) TETAPI semua itu berlaku hanya dengan izin Allah. Maka, tak perlu nak bangga terhadap apa yg berlaku ke atas diri kita di dunia ini, sebab sememangnya ianya berlaku dgn izin Allah walaupun kita kata kita yg buat. Apabila tiba masanya kita akan sedar juga bahawa semua yg berlaku ke atas diri kita di dunia ini adalah hanya ujian. Kita diuji dgn Perintah-Nya dan Larangan-Nya. Al Quran memberikan:

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
    [■ Al Insaan:2 ■]

         Dalam kepenatan be'kerja' seharian, sampai masanya seseorang itu sedar juga bahawa dia akan 'balik' ke rumahnya (tempat tinggalnya). Sampai masanya, seseorang itu akan sedar. Akan sedar juga samada cepat atau lambat bahawa "Allah adalah Tuhannya" bahkan di akhirat nanti ada juga yg baru nak sedar. Namun sementara berada di dunia ini, kita kena cari waktu² yg boleh kita ingat untuk menyedarkan diri kita dari kelalaian bahawa kita ada membuat pengakuan / perjanjian / penyaksian bahawa "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah". Siapa lagi yg nak sedarkan diri kita jika kita sendiri tak tegur diri kita? Nak ubah diri kita dari MANUAL (ditegur orang) jadi AUTOMATIK (bergerak dgn sendiri tanpa ditegur oleh orang). Sentiasa ingat je.. Dalam perjalanan akan datang, aku akan kongsikan 9 kesedaran yg ada di sebalik 2 ucapan Kalimah Syahadah.

    Rehat seketika... Kali nie, aku nak taip pendek² je. Mari kita lihat dan renungkan bersama apa yg akan aku kongsikan nanti di artikel "Kesedaran 1 : ". Apapun, aku mohon maaf atas segala kesalahanku dan kesilapanku walaupun pertemuan kita hanyalah seketika sahaja.... Aku sedar, aku banyak buat salah dan silap.

    Manusia diciptakan untuk diuji dengan perintah Allah dan larangan Allah. Allah hendak menguji kita dengan PERINTAH ALLAH dan LARANGAN ALLAH sebab itu Allah jadikan kita dapat MENDENGAR dan MELIHAT... Sama²lah kita ingat...

    Maafkanlah hamba ini...
    ** 'Kita' yg aku maksudkan adalah anggota tubuh aku sendiri dan 'aku' yg bernyawa ini..

    PERINGATAN : Ayat 5593 dari 6236 [Al Insaan:QS76:7]
    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

    Wednesday, August 8, 2012

    Janji : Ucapan 2 Kalimah Syahadah


         Jumpa lagi di sini. Kepada yg bukan Islam, ini adalah artikel untuk aku sendiri dan sahabat² yg Islam. Tapi kalau anda nak baca takde masalah. Silakan. Waah.. Aku rasakan dunia sekarang sungguh sibuk, terasa sangat kecepatan masa yg berlalu seperti seminggu dah macam 1 hari rasanya. Haa.. tanda-tanda apa agaknya tu? JANJI Allah pasti akan terjadi.

         Apa² perkongsian, apa² ilmu yg dibaca, apa² perkara yg didengar, apa² amal yg dibuat, apa² perkara yg dilihat, semoga semuanya itu, dapat digunakan utk MENINGKATKAN IMAN kita, MENGUATKAN IMAN kita, MENGUKUHKAN IMAN kita, membuatkan kita bertambah TAKUT kpd Allah. Ada manusia apabila mendengar ayat Al Quran, meremang bulu roma dia !!!
         Kongsi cerita: Aku pernah berjumpa dgn seorang hamba Allah macam nie di Kelantan, tahun 2007. Apabila dia menyebut 'Allah', bulu romanya terus meremang (gementar) lepas tu tenang kembali. Sebut lagi, meremang lagi. Terkejut juga aku akan kejadian yg pertama kali aku lihat dalam hidupku. Ianya berlaku di warung kopi dekat dgn Stadium di Kota Bharu, Kelantan. Aku teringat Firman Allah:

    Allah telah menurunkan perkataan yg paling baik (yaitu) Al-Qur'an yg serupa (mutu ayat²nya) lagi ber-ulang², gementar kerananya kulit orang² yg takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yg dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yg disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.
    [■ QS39:23 ■]

         Benarlah, ayat ini. Aku sudah melihat kebenaran itu terjadi kpd manusia yg dipilih-Nya.  Bercakap pasal Al Quran, ada yg mengatakan 'Dengan Al Quran, Allah boleh bagi petunjuk kpd seseorang itu dan dgn Al Quran juga, Allah boleh sesatkan seseorang itu'. Apa nak hairan, Iblis pun tahu baca Al Quran.

    Manusia tidak tahu bagaimana hendak menjalani kehidupan di dunia ini dgn betul dan benar tanpa Al Quran dan As Sunnah dan semoga kita semua tidak berjalan dalam kesesatan.

    Rukun Islam
         Jika kita perhatikan Rukun Islam, secara asasnya perbuatan pertama yg perlu kita buat utk jadi Islam adalah dengan 'mengucap 2 kalimah syahadah'. Kita buat 'perjanjian' dahulu. Bagi manusia yg lahir dalam suasana Islam, pasti mereka telah diajar untuk mengucapkan kalimah ini sewaktu kecil² dahulu. Selepas itu barulah diajar akan 4 peringkat lagi iaitu 'Solat 5 waktu sehari', 'Puasa pada bulan Ramadhan', 'Mengeluarkan zakat' dan 'Menunaikan haji bagi yg mampu'. Sebagai manusia Islam, kita kena usaha utk buat apa yg tertulis di dalam Rukun Islam dgn se-benar²nya. Dalam masa yg sama, kita usaha pula utk laksanakan Rukun Iman pada diri. Secara ringkasnya, Rukun Islam adalah perlakuan zahir (amalan zahir) kita sebagai manusia Islam dan Rukun Iman pula adalah perlakuan batin (amalan batin) kita sebagai manusia yg beriman.
         Bila manusia bukan Islam melihat perlakuan zahir kita dalam melaksanakan Rukun Islam, tentu mereka tahu (bagi yg tahu), bahawa kita adalah manusia Islam. Begitu panjang perjalanan kehidupan kita ini, setingkat demi setingkat kita lalui, namun kita  masih lagi Islam dan belum lagi benar² beriman. Aku nak kata 'aku sudah beriman' pun aku tidak berani kerana belum tentu aku dapat melepasi ujian² terhadap keimanan yg bakal tiba. Lebih baik aku tak perlu mengatakannya begitu. Walau bagaimanapun, kita kena usaha bina keyakinan (iman) terhadap apa yg ada di dalam Rukun Iman. Orang yg benar² beriman sudah tentu akan dapat melepasi semua ujian yg diberikan oleh Allah dgn tenang. Apabila manusia Islam benar² melaksanakan Rukun Iman, di sinilah akan diketahui olehnya bahawa terlalu banyak sekali hikmah² yg tersembunyi.
         Dalam Al Quran banyak seruan 'wahai orang² yg beriman!!' dan aku tak jumpa pula seruan 'wahai orang² yg Islam!!'. Manusia Islam tidak semestinya beriman tetapi manusia beriman sudah semestinya manusia Islam. Iman itu amat² bernilai dan berharga di dunia ini, apatah lagi bila tiba di akhirat nanti jadilah OKB. Orang Kaya Baru. Hehehe.. Apabila kita baca Al Quran dan kita baca 'wahai orang² yg beriman', kita tujukan seruan itu kpd diri kita sendiri, apakah yg dapat kita rasakan? Apakah tindakbalas kita terhadap seruan 'wahai orang² yg beriman'? Buat tak tahu je? Sekiranya diri kita ada merasai sesuatu, itu bermakna di dalam diri kita ada iman. Samada ianya kuat atau tidak kuat sahaja. Kalau iman kuat, kemungkinan kita akan dapat merasai seperti orang yg aku ceritakan tadi. Sebut nama 'Allah' sahaja sudah meremang bulu romanya. Dan mungkin rasa² yg lain.
         Mengucap 2 kalimah syahadah adalah Rukun Islam yg pertama. Apabila mengucap 2 kalimah syahadah ("Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah") maka secara ringkasnya, kita adalah manusia Islam. Itulah perjanjian yg telah kita 'ikat' antara kita dgn Allah dan Nabi s.a.w. Selagi kita hidup, selagi itulah kita diikat oleh janji dan akan ditanya di akhirat kelak. Inilah fikir aku kali ini.

    Keterikatan Ucapan 2 kalimah syahadah
         Apabila kita mengucap 2 kalimah syahadah, kita telah membuat PENGAKUAN, PERJANJIAN, PENYAKSIAN atau BERSAKSI bahawa "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah". Satu IKATAN JANJI telah termeterai ke atas diri kita sendiri, dgn Allah, dgn Nabi s.a.w. Nak hurai lebih dalam tentang kalimah ini, mungkin dalam artikel lain kot. Yang ini lebih tertumpu kepada 'JANJI'. Bolehlah dikatakan bahawa Ikatan ini adalah sebuah 'hubungan' dgn Allah yakni bagaimana kita menjaga janji² kita (taat) dgn Allah dan dgn pesanan² Rasulullah s.a.w. Janji yg hanya diucapkan melalui lidah / hati.

    Selingan Sekejap.
    Mungkin kita pernah mengatakan kpd manusia yg lain "Eh.. tak bolehlah, aku dah janji dgn dia, aku mesti pegang pada janji, aku tak boleh langgar janji, nanti apa pula kata dia". Begitulah contoh² dialog pasal janji yg boleh kita fahamkan bagaimana perihal menjaga sesebuah janji tetapi dialog itu dgn manusia, bagaimana pula dgn Allah? Macam² kita berjanji dgn manusia nie sebab itu lah Allah telah ajarkan kpd kita supaya mengucapkan 'InsyaAllah' kerana kita tak tahu apa yg akan berlaku pada esok hari. Contoh: "Eh kau nak pergi tak esok?", 'InsyaAllah, tgklah macamana nanti' dan bukannya 'aku akan pergi esok, confirm!'. Kalau kita jawab 'insyaAllah', kita dah ikut Al Quran. Firman Allah:

    Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut): "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".
    [■ QS18:23-24 ■]

    Lihat, Allah bagitau, utk hal-hal esok, kita sebutlah 'insyaAllah' dan sekiranya kita lupa, kita katalah pula seperti dalam ayat di atas.

    Hari-hari Berjanji, Hari-hari Bersaksi, Hari-hari Mengaku
    Ilustrasi Ikat Perjanjian
         Jika kita melihat kpd orang bukan Islam yg masuk Islam, mereka akan mengucap 2 kalimah syahadah ini dan mulai saat itu mereka telah tertakluk (terikat) dgn peraturan² yg ada di dalam Islam. Mereka telah berjanji. Mereka dikatakan telah beriman kpd Allah dan Rasulullah s.a.w. kerana mereka telah menyatakan keIslaman mereka melalui ucapan 2 kalimah syahadah dan disaksikan oleh manusia² yg beriman. Dengan sangkaan bolehlah dikatakan 'telah ada iman di dalam hati mereka'. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, apa yg terkandung di dalam hati. Maka, kita yg melihat dan mengetahui, ambil pelajaran di dalamnya. Perjanjian. Mereka yg bukan Islam yg masuk Islam, berjanji meninggalkan apa yg telah mereka lakukan selama ini yg bukan dari ajaran Islam. Begitulah.
         Bagaimana pula dgn kita? Manusia Islam yg sedia ada ini, yg sering mengucapkan 2 kalimah syahadah? Bagi aku, iman itu tidaklah berkuantiti tetapi ianya berkualiti (samada lemah atau kuat). Dari perbuatan orang bukan Islam masuk Islam, kita manusia Islam ini fahamlah bahawa ada perjanjian yg terikat antara kita dgn Allah, Nabi s.a.w. Ada manusia Islam yg mengatakan kpd dirinya sendiri, dan mungkin kita sendiri yg mengatakan bahawa "Iman aku masih lemah, nak kena perbaiki diri lagi nie.... Bla.. Bla". Ada lagi orang Islam mengatakan kpd orang Islam "Arrghh.. orang tidak beriman, macam tu lah perangainya". Dan banyak lagi kata² spontan mengenai iman. Macamana dia tahu iman orang lain lemah? Macamana dia tahu seseorang itu tidak beriman? Macamana kita boleh katakan bahawa iman kita masih lemah? Mesti 'ada' sesuatu yg menentukannya. Dari manakah datangnya kata² itu?
         Setelah mengucap 2 kalimah syahadah, seseorang itu telah mengikat janji dgn Allah dan seterusnya, manusia Islam itu perlu usaha utk memenuhi janji² itu. Allah pasti akan beri ujian terhadap keimanan kita (tidak akan dibiarkan begitu sahaja) dan hanya keimanan yg dapat menghadapinya. Kenapa Allah nak uji aku? Tanya diri kita pula: "Aku ini siapa?". Jawab: "Dia yg menciptakanku, Dia boleh buat apa sahaja terhadap diriku". Maka, banyak²lah bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Kita diberi tempoh (masa) utk kita membina iman kita. Diberi masa agar kita dapat mengabdikan diri kpd Allah, diberi masa agar kita dapat memenuhi janji² kita kepada-Nya. Firman Allah yg dapat direnungi:

    Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksi (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
    [■ QS16:91 ■]

         Selepas mengucapkan 2 kalimah syahadah secara sedar, mesti kita mengetahui bahawa Allah-lah yg menjadi saksi terhadap ucapan² kita itu. Apapun, jangan lupa Allah Maha Kuasa. Bila sebut Allah Maha Kuasa, apa sahaja boleh terjadi ke atas diri kita. Apabila kita lalai dari ikatan perjanjian itu, kemungkinan kelalaian itu akan membawa kita ke arah kekafiran dan mungkin akan menyebabkan kita terkeluar daripada Islam (murtad) atau ke arah² lain yg kita tidak mengetahui akan akibatnya, yg jauh dari agama Islam (tidak beriman). Bagi aku, orang yg mengucapkan 'Laa ila ha illallah' adalah orang yg ada iman. Bezanya samada dia beriman atau tidak beriman sahaja. 'Kemungkinan²' ini dicipta hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri dan membetulkan diri sendiri agar lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan yg sementara ini. Harapan, agar perjalanan hidup kita adalah perjalanan yg tidak bercampur aduk antara yg hak dan yg batil. Maka, ingatkanlah diri sendiri agar kita tidak terlalu lalai dari perjanjian yg telah 'diikat' dgn Allah. Mungkin ada lagi janji² yg kita buat antara kita dgn Allah selain dari mengucapkan 2 kalimah syahadah. Anda sendiri yg mengetahuinya.
         Ada Firman Allah yg boleh kita renungkan bagi kita yg sering mengucapkan 2 kalimah syahadah di dalam solat:

    Patutkah (mereka ingkar kepada ayat² Allah), dan setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya? Bahkan sebahagian besar dari mereka tidak beriman.
    [■ QS2:100 ■]

         Tanya diri kita, apakah kita pernah melemparkan (tidak mengendahkan) janji² yg telah kita ucapkan kpd Allah Maha Mendengar? Lagi, ayat itu memberitahu 'sebahagian besar manusia tidak beriman'. Manusia mudah lupa sebab itu saling ingat memperingati itu penting. Peringatan² itu amat berguna kpd orang² yg takut kpd Allah. Kita selalu mengucapkan 2 kalimah syahadah di dalam solat. Itu maknanya, kita selalu mengikat janji dgn Allah. Kita sering mengulang-ulang perjanjian itu dgn menyebut-nyebutnya. Secara kasarnya, setiap hari kita buat perjanjian sebanyak 9 kali (solat yg wajib).

    Setiap hari kita menyatakan keIslaman dan keimanan kita melalui ucapan 2 kalimah syahadah
    (dalam solat 5 waktu) 

         Dia Maha Mendengar. Bila kita ucap 2 kalimah syahadah, agaknya apakah kata² yg Allah balas terhadap ucapan kita? Kita tidak tahu. Kita kena sentiasa INGATkan diri kita bahawa kita sedang berjanji dgn Allah dan keterikatan janji itu akan terus terjadi sehingga akhir hayat kita. Kita telah menduduki dunia ciptaan Allah, apakah dibiarkan begitu sahaja? Hukum Allah tetap berjalan ke atas diri kita samada kpd manusia Islam atau tidak, sehingga akhir hayat seseorang itu. Andai kita terlanggar / melanggar janji, cepat-cepatlah kita mohon ampun dari-Nya. Tundukkan (pujuk / ingatkan) diri kita agar kita tidak melanggar janji dgn Allah lagi. Berusahalah untuk kembalikan / letakkan diri kita ke arah / di atas jalan yg benar..

    Pengembalian diri
         Ada banyak 'pancaragam' manusia di dunia ini, ada banyak kumpulan manusia di dunia ini sehingga kadang² kita tak sempat nak faham. Kita kena faham, yg kita nak fahamkan tu adalah kefahaman utk diri sendiri dan bukannya utk kita mencari kesalahan mereka dgn apa yg kita faham. Apapun, kita tegurlah juga sahabat² yg dekat dgn kita.
    • Ada manusia bukan Islam, kembali kpd Islam.
    • Ada manusia bukan Islam, tidak kembali kpd Islam.
    • Ada manusia bukan Islam, kembali pada Islam, lepas tu keluar semula dari Islam.
    • Ada manusia Islam, keluar terus dari Islam, tak kembali kembali lagi.
    • Ada manusia Islam, keluar-masuk Islam, sekejap kembali, sekejap tidak.
    • Ada manusia Islam, keluar/terkeluar Islam, akhirnya kembali semula kpd Islam.
    • Ada manusia Islam, mengIslamkan dirinya dgn sepenuhnya.
    • Ada manusia Islam / manusia bukan Islam dapat mengucap 2 kalimah syahadah sebelum meninggalkan dunia ini.
    • Ada manusia tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah sebelum meninggalkan dunia.
    • Ada manusia yg sempat mengucapkan 2 kalimah syahadah tetapi tidak diterima oleh Allah akan keimanannya seperti yg telah berlaku kpd Firaun.
    • Ada manusia yg tahu (dari segi waktunya, hanya Allah yg tahu) bila dia nak meninggalkan dunia ini. Aku teringatkan arwah abah aku yg memberitahu kpd aku bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia ini cuma dari segi waktunya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kuasa Allah kan?
         Dan banyak lagi pancaragam² manusia. Apapun, sibukkanlah diri untuk memandang kpd diri sendiri. Berapa ribu juta miliyen umat manusia kat dunia ni kita nak pandang satu persatu? Fuuh.. Tertonggenglah jawabnya. Buatlah semampu yg boleh. Soalan : Kenapa kita mesti menganut agama Islam? Ini soal hati. Soal keyakinan di dalam hati. Di dalam hati kita, apa benda yang kita yakin? Bila yakin, anutilah, tidak yakin, terserahlah. Yakin tapi tak buat? Ada sesuatu yang tak kenalah tu dgn diri. Itu je. Virus di dalam diri?
         Dalam agama Islam ada jalan kembali kpd Pencipta kita, Allah. Ouh.. Firman-Nya:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
    [■ QS5:35 ■]

    Masih jauh lagi perjalanan ini walaupun Allah dekat dgn diri. Bagi manusia yg benar² dapat merasai, tentu mereka akan berkata terlalu banyak keindahan di dalam agama Islam. Maka, cari jalan yg mendekatkan diri kita kepada-Nya. Kita berjalan di dunia ini ibarat memanjat gunung, lagi tinggi kita panjat, lagi luas pemandangan kita. Tapi kalau tak usaha nak panjat gunung, tak nampaklah keluasan pemandangannya, tak nampaklah keindahannya. Apapun, kena usaha juga, memang kena usaha juga.. InsyaAllah.. Perumpamaan je tu..Ada firman Allah yg dapat direnungkan:

    Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
    [■ QS78:39 ■]

        Tiada yg benar melainkan telah tercatat di dalam Al Quran bahawa agama Islam adalah agama yg diredhai oleh Allah. Kita, manusia yg dinamakan manusia Islam ini perlu menjalankan peraturan agama Islam ke atas diri kita demi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kita redha tak dgn apa yg Allah perintahkan kpd kita? Kita kena redha dgn perintah² Allah. Bila dikatakan agama Islam agama yg diredhai Allah, secara pengetahuannya, maka Allah telah redha utk kita buat perkara² yg ada di dalam agama Islam (yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w). Kita sedang membuat perkara yg Allah redha (ajaran² Islam). Yang selain dari itu, aku tak tahu tapi sentiasalah cari keredhaan Allah dgn sabar. Kita buat (cari), kita dapatlah. Apa yg kita dapat? Dalam Firman Allah ini, kita akan dapat tempat kesudahan yg baik, insyaAllah:

    Dan orang² yg sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yg Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang² itulah yg mendapat tempat kesudahan (yang baik),
    [■ QS13:22 ■]

    Dirikan solat, nafkahkan sebagian rezeki yg diberikan, tolak kejahatan dgn kebaikan juga adalah amal utk mencari keredhaan Allah. Banyak² kena sabar kalau nak cari keredhaan Allah dalam hidup ini..

    Pelajaran di dunia :
    "Mok mok (emak), dakpe (takpe) ke adik buat gini (macam ni) mok? Mok pun jawab: "Dakpe, mok dok (tak) maroh (marah) eh. Wat molek (betul) mok dok maroh lah, dengar apa mok kata, ikut nape (apa) hok (yang) mok kata, mok dok maroh rrrr". Begitulah nak digambarkan secara ringkas tentang 'redha'.

    Firman Allah:
    Sesungguhnya agama (yg diredhai) di sisi Allah HANYALAH Islam. Tiada berselisih orang² yg telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yg ada) di antara mereka. Barangsiapa yg kafir terhadap ayat² Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
    [■ QS3:19 ■]

         Allah memberitahu di dalam Al Quran bahawa HANYA Islam agama yg diredhai-Nya. Di sinilah letaknya sebuah keyakinan itu. Kita (manusia Islam) kena yakin dan kena akuilah, baru benar dikatakan "beriman kpd kitab Al Quran". Sepanjang perjalanan aku, banyak perselisihan yg berlaku di dalam perkara agama. Malah ada yg mengatakan 'agamaku, agamaku, agamamu,agamamu'. Namun, apa yg aku faham, "amalanmu, amalanmu, amalanku, amalanku, peganganku, peganganku, peganganmu, peganganmu". Itu perkara biasalah, Al Quran dah bagitau. Kemungkinannya adalah kerana 'KEDENGKIAN' yg ada di antara orang² yg berpengetahuan atau mungkin perselisihan yg berlaku adalah disebabkan selain dari 'kedengkian'. Perselisihan utk mencari kefahaman (sangka baik). Dan banyak lagi sebab² lain yg kita tidak ketahui tetapi janganlah kita sesuka hati menghukum mereka. Lebih baik kita hukum diri kita sendiri dan berkongsilah mana yg elok. Nasihat. Kasihaaaann..
         Yg penting diri kita yg tak berapa kuat iman ini, kena kuatkan iman. Kita sentiasa belajar. Kalau iman dah kuat, insyaAllah, Allah anugerahkanlah sesuatu kpd kita yg memang sentiasa fakir ini (berkehendak kpd Allah). Ada orang arif berpesan kpd aku, 'apabila kita  beramal soleh, janganlah meminta kpd Allah tentang apa yg kita tidak ketahui'. Ada orang bila iman dah kuat (tidak takut kepada sesiapa selain Allah), berani tegur orang lain macam para sahabat Nabi s.a.w tegur dulu, ada orang bila iman dah kuat, terus menyepi, mengabdi diri. Masing² punya perjalanan, siapalah kita nak persoalkan? Begitulah, macam² anugerah Allah sediakan untuk hamba²-Nya yg beriman. Kalian tahu ke apa anugerah-Nya? Aku tak tahu tapi yg aku tahu, Allah boleh buat apa sahaja, segalanya Allah yg punya. Beramallah dgn ikhlas (tidak meminta apa² balasan dari-Nya).
         Kembali. Ada manusia Islam, terkeluar dari Islam tetapi kembali semula kpd Islam (insaf). Sebut je 'INSAF', kita tahu bahawa manusia itu kembali ke pangkal jalan. Biasa macam tu lah. 'In' (dalam) + Saf = Masuk ke dalam barisan Islam. Kembali semula pada Islam, sembah Allah. Ikut ajaran Islam.

    'IN' SAF - Kembali semula pada Islam, sembah Allah

         Timbulnya keterdetikkan 'insaf' di dalam hati, mungkin ianya adalah kesan (akibat) daripada perjanjian (ucap 2 kalimah syahadah) yg pernah diucapkan kerana di dalam hati org yg insaf masih ada bibit² keimanan yg hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang apa yg ada di dalam hatinya. Tetapi bukan senang nak dapat 'INSAF' nie. Kata orang arif kpd aku "Bercakap semua orang boleh bercakap, buat semua orang boleh buat, tapi bentuknya kita bagaimana? Taubat semua orang boleh taubat tetapi Insafnya macamana?". Apapun Allah Maha Kuasa. Dia boleh pilih siapa sahaja. Dia boleh buat apa sahaja terhadap manusia. Firman-Nya:

    Maha Kuasa berbuat apa yg dikehendaki-Nya.
    [■ QS85:16 ■]

         Kita pernah berjanji (membuat pengakuan) kpd Allah dan sekiranya Allah memberi kurnia-Nya dan rahmat-Nya, insyaAllah kita terselamat dari terus lalai. Allah Maha Baik. Baik sangat dan sangat baik. Sangka baik kpd Allah. Alhamdullillah...

    Apabila sudah kembali kpd Islam, cubalah penuhi janji
         Apabila kita sudah kembali mengikuti ajaran Islam, renungkanlah pula Firman Allah ini:

    Langkah-langkah
    Hai orang² yg beriman, janganlah kamu mengikuti langkah² syaitan. Barangsiapa yg mengikuti langkah² syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yg keji dan yg mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan² keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yg dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
    [■ An-Nuur, 21 ■]

         Dahulu, selepas mengucapkan 2 kalimah syahadah, kita telah berjanji. Manusia mudah lupa. Justeru itu, tanpa disedari, kita telah melanggar janji (perintah² Allah) dan tergolonglah kita dalam kumpulan orang² yg rugi bahkan mungkin telah jadi kafir tanpa disedari!!! Siapa yg suruh? Syaitan yg menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Kita dihasut dan digoda. Kalah dalam perjuangan, melanggar janji. Ouh...
         Sampai masanya, kembalilah semula seseorang itu mengikuti Islam. Itupun kerana kurnia dan rahmat Allah. Kalaulah tidak kerana kedua itu (kurnia dan rahmat), siapa yg nak membersihkan diri kita? Kalau orang beri nasihat 5 buah lori pun, kalau Allah tak bersihkan diri kita, tak jadi juga. Alhamdullillah... Terima kasih, ya Allah. Sekiranya anda menasihati seseorang, berdoalah juga kpd Allah. Allah bagitau "Allah membersihkan siapa yg dikehendaki-Nya". Setelah kembali kpd Islam, janganlah kita berpaling lagi dari perjanjian yg telah kita buat (ikat) dengan-Nya. Jika berpaling, akan tergolonglah kita nanti bersama orang² yg rugi. Di akhirat, pasti azab yg menanti jika terus dibiarkan diri berada dalam kerugian. Sekiranya ada kurnia dan rahmat Allah ke atas diri kita, nescaya kita terselamat. Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Amati firman ini:

    Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, maka kalau tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atasmu, nescaya kamu tergolong orang² yg rugi.
    [■ Al Baqoroh, 64 ■]

         Benar. Memang ada manusia yg berpaling setelah berjanji dgn Allah. Bersyukurlah dan berterima kasihlah kpd Allah kerana-Nya, kita masih Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari dikembalikan kepada keadaan kami dahulu (kafir) dan terpedaya." (Hadis riwayat al-Bukhari). Nabi s.a.w pun mohon perlindungan, maka kita pun pohon jugalah supaya tidak dikembalikan kita kpd keadaan tidak mengikuti ajaran Islam. Allah boleh buat apa sahaja. Jika kita perhatikan kpd diri kita, apakah ayat Al Quran ini pernah tersampai kpd diri kita?

    Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang² yg fasik.
    [■ QS7:102 ■]

         Tanya pada diri kita sendiri, apakah kita telah memenuhi janji² kita dgn Allah? Janji pertama: "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah". Jawapan ada pada diri kita sendiri. Simpan dan renungkan. Tanyalah pada orang² yg lebih arif. Aku berkongsi saje. Jangan pernah jemu utk belajar, tidak kiralah permulaannya macamana asalkan pengakhirannya (mati) adalah baik. Kembalikanlah diri kepada Islam dan selepas itu usahalah untuk kembalikan diri kpd Allah. Macamana tu? Fuuhh.. tak dapat aku nak terangkan lagi sebab aku masih 'hidup'.

    Belajar semula sikit-sikit
         Peluang untuk mentaatkan diri kpd Allah sentiasa terbuka selagi hayat masih dikandung badan dan selagi pintu taubat belum ditutup. Biasanya, manusia bukan Islam yg nak masuk Islam, 2 kalimah syahadah akan diucapkan dan disaksikan oleh manusia Islam yg beriman. Jari telunjuk mereka menunjuk ke arah atas. Kenapa ke atas? Adakah itu menunjukkan Allah itu berada di langit? Eh bukan begitu. Bagi yg mengerti, itulah isyarat yg menunjukkan bahawa Allah-lah Yang Maha Tertinggi dari segala yg tinggi.
         Bagi manusia Islam (normal) yg solat, kedudukan jari telunjuk ketika mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah menunjuk ke arah hadapan. Kenapa ke arah hadapan? Ketika solat kita sembah siapa? Kalian sudah solat, mesti kalian tahu apa yg kalian sembah. Allah tahu apa yg ada dalam hati. Ucap 2 kalimah syahadah semasa solat? Ya.. Membuat pengakuan bahawa "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah".

    Kitab Rujukan Kehidupan
         Aku bukanlah seorang penghafal Al Quran, bukanlah seorang yg mahir dalam bahasa Arab tetapi aku suka kitab Al Quran. Aku beritahu supaya kalian tidak mengganggap aku ada apa yg aku tiada. Tiada apa pun pada aku. Malu kpd adik² yg hafal Al Quran. Aku berterima kasih yg amat sangat kepada manusia yg menterjemahkan Al Quran dlm bahasa yg aku tahu baca dan faham. Sekurang-kurangnya aku ingat terjemahannya utk dijadikan panduan dalam perjalanan kehidupan ini. Ada juga bahasa yg aku tahu baca tapi tak faham maksudnya. Bila aku dengar orang baca Al Quran, aku sedih, aku tak faham maksudnya. Mana yg aku ingat terjemahannya, Alhamdullillah.. dapat feel sikit.
         Kitab Al Quran adalah kitab yg ditaati di alam malaikat dan amat dipercayai. Kita bagaimana? Dah dapat taat semuanya? Aku petik beberapa ayat dari Al Quran (tetapi terjemahannya sahajalah seperti biasa yg aku lakukan).

    Sesungguhnya Al Qur'an itu benar² firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yg mempunyai kekuatan, yg mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yg mempunyai 'Arsy, yg ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.
    [■ QS81:19-21 ■]

    Lihat. Kitab Al Quran mempunyai KEKUATAN dan KEDUDUKAN YG TINGGI di sisi Allah. Waah.. kekuatan apa tu? Di mana kekuatannya? Mesti ada rahsianya. Kitab Al Quran adalah kitab yg memberikan PERINGATAN bagi kita dan bagi semesta alam. Semesta alam? Siapa lagi yg mengambil peringatan daripada Al Quran selain dari manusia? Jin? Atau makhluk² Allah yg lain? Aku tak tahu. Firman Allah:
    Al Qur'an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan Semesta Alam.
    [■ QS81:27-29 ■]

         Bagi manusia yg mahu MENEMPUH JALAN yg LURUS, kitab Al Quranlah yg akan diambil dan dijadikan panduan, yg boleh memperingatkan dirinya dan banyak lagi jalan² yg perlu kita lalui, yg ada di dalam kitab Al Quran. Sekali lagi Firman Allah:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
    [■ QS5:35 ■]

         Sama²lah kita cari jalan yg dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya. Kita sebagai manusia yg lemah dan tiada daya upaya tidak akan dapat menempuhi jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah (Allah Maha Kuasa). Bila sudah tahu begitu, banyak²kanlah berdoa agar kita dapat menempuh jalan itu dan teruskanlah berusaha. Mohon pertolongan-Nya. Jangan pernah putus asa. InsyaAllah.. Kita akan berada di atas jalan itu dgn pertolongan Allah.

    Begitulah Perkongsian 
         Aku sekadar berkongsi. Banyak lagi perkara yg kita boleh sedarkan diri kita (jika diteliti sungguh²). Anda yg membaca artikel ini, perkataan 'kita' itu rujuklah kpd anggota tubuh badan sendiri. Mulai saat ini, perbanyakkanlah ucapan 2 kalimah syahadah jika kita rasa kita ada buat salah/silap atau ucap je lah dengan ikhlas mana tahu kita ada buat salah tanpa disedari dan hayatilah kalimah itu. Setiap kali kita ucap 2 kalimah syahadah ini, kita perlu ingat 3 perkara iaitu ada yang bersaksi (roh kita sendiri), ada yang menyaksikan (makhluk alam) dan ada saksi (Allah s.w.t)
         Kita yg sentiasa sibuk dgn urusan dunia, sentiasalah mencari cara bagaimana untuk menjaga iman yg tidak berapa kuat ini, dan seterusnya binalah iman agar jadi lebih kuat. Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah atas perbuatan aku yg tidaklah seberapa ini. Allah Melihat apa yg aku buat dari awal aku menaip artikel ini hingga-lah aku publish. Anda semuapun, haraplah keredhaan Allah pada setiap saat dalam kehidupan anda. Janganlah harap pada keredhaan manusia, ianya tak berkesudahan. Sakitkan hati je, kasihan kat hati.
         Siapakah yg tak nak melihat Tuhan-Nya nanti? Aku pasti semua manusia Islam nak lihat Tuhan dia nanti. Rindu tak kepada Raja Manusia? Marilah kita, cuba penuhi janji kita mulai sekarang sedikit demi sedikit agar kita dapat berjumpa dgn Allah nanti di akhirat dalam keadaan tidak berkeluh kesah. Kita perlu 'bekerja' dengan lebih kuat lagi utk menuju (taat) kpd Tuhan kita (Allah).. Firman Allah:

    Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh² menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
    [■ QS84:6 ■]

         Allah menyeru kepada semua manusia (kepada kita dan kepada yg lain²) bahawa manusia telah bekerja (beramal) dgn sungguh² utk menuju Tuhan manusia, maka pasti manusia akan menemui Tuhannya. Tetapi harus diingat, kita bekerja sungguh² di dunia ini menuju kepada apa? Kekayaan? Kemewahan? Masing² ada tujuan kan? Pandai-pandailah nak hidup nanti di akhirat. Apapun, janjilah kpd diri sendiri;

    JANJI - Janji! Aku Nak Jumpa Ilahi

         Apakah waktu² yg boleh menyedarkan / mengingatkan kita bahawa kita sedang berjanji dgn Allah? Dalam artikel seterusnya, akan aku kongsikan waktu² yg boleh buat kita sedar bahawa kita ada ikat PERJANJIAN DENGAN ALLAH. Sekali lagi bagi manusia Islam, cuba ucap 2 kalimah syahadah dengan penuh perasaan bahawa "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah". Kita ucaplah, Allah Maha Mendengar. Secara tidak langsung, kita kena faham bahawa kita sedang berjanji dgn Allah (bagi yg nak faham).

         Ayuh... Kita sedarkan diri kita mulai sekarang... Aku berundur dulu. Nak berhenti menaip buat seketika. Manusia biasa macam aku ini, tak lari dari melakukan kesilapan. Ada salah silap, silalah tegur. Mohon maaf kerana banyak ayat yg berulang². Mohon maaf atas segala kekurangan maklumat, kekurangan bahasa, kekurangan perkataan, kesalahan tatabahasa, kesilapan, kecuaian, kealpaan, kebertaburan bahasa, ketidaktersusunnya bahasa serta kebodohan yg ada pada diri aku ini. Apabila aku menaip, aku sedang bercakap dgn diri aku sendiri. Aku menulis kerana aku kasihankan diri aku sendiri, kaum kerabatku dan sahabat²ku serta manusia² yg lain. Kalaulah ada teknik yg dapat bagi kita faham dgn serta merta kan best? Tetapi tak boleh, kita kena belajar juga. Eeemm... takpelah. Umur panjang bersua lagi di 'Kesedaran di sebalik Ucapan 2 Kalimah Syahadah'.. Wollohua'lam.

    Masing² sedang menunggu Hari Kiamat ke? Takyah tunggulah, sebab ianya datang secara tiba², yg penting kita kena sedarkan diri kita dulu..

    PERINGATAN : Ayat 4563 dari 6236 [QS47:18]

    Maka tidaklah yang mereka tunggu² melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba², kerana sesungguhnya telah datang tanda²nya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    /* kun tambah radar