Sunday, August 12, 2012

Tiba Masanya Untuk Kita Sedar...



     Sebenarnya artikel ini masih lagi berkesinambungan dari artikel Janji: Ucapan 2 Kalimah Syahadah. Aku ber-kata² dgn diri aku sendiri lagi. Tajuk asal yg aku fikirkan untuk artikel ini adalah 'Kesedaran di Sebalik Ucapan 2 Kalimah Syahadah' tetapi aku telah tukar sebab panjang sangat, nanti penat kita nak membaca.
    Aku nak memulakan perjalanan dah ni........

    Warming Up Fikiran
        Setiap perjalanan ada perhentiannya. Bagi manusia biasa macam kita nie, perhentian terakhir adalah di kubur (mati). Kita datang ke dunia, kita buat kerja apa yg patut, lepas tu kita meninggalkan dunia ini. Berapa lama (masa) kita tinggal di dunia ini, hanya Allah yg tahu. Kita datang ke dunia ini, dibesarkan, bila dah besar, kita buat 'kerja'. Sampai masanya, siap ke tak siap ke 'kerja' itu, kita kena tinggalkan dunia ini (mati). Dah, itu je. 3 langkah sahaja.

    1. Datang ke dunia
    2. Buat kerja dunia + buat kerja akhirat
    3. Meninggalkan dunia (MATI)


    Jika diperhatikan apa yg ada di dalam gambar, singkatnya perjalanan hidup ini kan? Tapi ada lagi yg lebih pendek perjalanan hidupnya, datang ke dunia kejap je, tak sempat tahu apa², mati. Siapa? Hhhmm.....

    Tiba masa untuk sedarkan diri sendiri
         Sampai masanya seseorang itu akan berubah, dari berperangai seperti binatang (yg sering diperkatakan orang), sampai masanya seseorang itu jadilah Orang, sampai masanya seseorang itu jadilah Manusia, sampai masanya seseorang itu jadilah Insan, sampai masanya seseorang itu jadilah seorang yg Yakin, sampai masanya jadilah Roh semula (matilah tu) TETAPI semua itu berlaku hanya dengan izin Allah. Maka, tak perlu nak bangga terhadap apa yg berlaku ke atas diri kita di dunia ini, sebab sememangnya ianya berlaku dgn izin Allah walaupun kita kata kita yg buat. Apabila tiba masanya kita akan sedar juga bahawa semua yg berlaku ke atas diri kita di dunia ini adalah hanya ujian. Kita diuji dgn Perintah-Nya dan Larangan-Nya. Al Quran memberikan:

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
    [■ Al Insaan:2 ■]

         Dalam kepenatan be'kerja' seharian, sampai masanya seseorang itu sedar juga bahawa dia akan 'balik' ke rumahnya (tempat tinggalnya). Sampai masanya, seseorang itu akan sedar. Akan sedar juga samada cepat atau lambat bahawa "Allah adalah Tuhannya" bahkan di akhirat nanti ada juga yg baru nak sedar. Namun sementara berada di dunia ini, kita kena cari waktu² yg boleh kita ingat untuk menyedarkan diri kita dari kelalaian bahawa kita ada membuat pengakuan / perjanjian / penyaksian bahawa "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah". Siapa lagi yg nak sedarkan diri kita jika kita sendiri tak tegur diri kita? Nak ubah diri kita dari MANUAL (ditegur orang) jadi AUTOMATIK (bergerak dgn sendiri tanpa ditegur oleh orang). Sentiasa ingat je.. Dalam perjalanan akan datang, aku akan kongsikan 9 kesedaran yg ada di sebalik 2 ucapan Kalimah Syahadah.

    Rehat seketika... Kali nie, aku nak taip pendek² je. Mari kita lihat dan renungkan bersama apa yg akan aku kongsikan nanti di artikel "Kesedaran 1 : ". Apapun, aku mohon maaf atas segala kesalahanku dan kesilapanku walaupun pertemuan kita hanyalah seketika sahaja.... Aku sedar, aku banyak buat salah dan silap.

    Manusia diciptakan untuk diuji dengan perintah Allah dan larangan Allah. Allah hendak menguji kita dengan PERINTAH ALLAH dan LARANGAN ALLAH sebab itu Allah jadikan kita dapat MENDENGAR dan MELIHAT... Sama²lah kita ingat...

    Maafkanlah hamba ini...
    ** 'Kita' yg aku maksudkan adalah anggota tubuh aku sendiri dan 'aku' yg bernyawa ini..

    PERINGATAN : Ayat 5593 dari 6236 [Al Insaan:QS76:7]
    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

    2 comments:

    1. bgs tlsn ni..rgks tp padat..x perlu pnjg2 sbb nnt org mls nk baca..kalo perempuan menulis akan dselitkan emosi yg mendalam..hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdullillah... terima kasih amakusa74 kerana menegur sy, sekurang-kurangnya sy tahu apa yg sy tak tahu... InsyaAllah sy cuba lagi.. hehe..

        Delete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    /* kun tambah radar