■ Sembang²
Pernah melihat tulisan khat/kaligrafi yg dilukis oleh manusia? Alaahh... Seni lukis huruf Arab/Jawi tu. Cuba tgk gambar kat tepi nie. Tgk gambar tu, rupanya se-akan² Umat Manusia Islam sedang duduk tahiyat dlm solat. Tgk lagi, ada tulisan berhuruf Arab. Tgk lagi, rupa²nya ianya adalah kalimah 2 syahadah. Kalimah 2 syahadah yg disusun utk membentuk Umat Manusia Islam yg sedang duduk tahiyat dlm solat. Dari gambar ini, perkataan yg berhuruf Arab dirupabentukkan untuk menceritakan sesuatu. Maka kita tahu, dalam tahiyat kita membaca 2 kalimah syahadah. Sesuailah gambar ini dgn apa yg dirupabentukkan. Itu dari segi senilukis manusia.
Pernah melihat tulisan khat/kaligrafi yg dibentuk oleh Alam(dunia)? Dari segi seni 'alam' pula, awan putih pernah membentukkan nama 'Allah' berhuruf Arab yg jelas, nama Allah (Alif, Lam, Lam, Haa bukannya huruf rumi : 'A, L, L, A, H'). Dari gambar awan ini, perkataan yg dirupabentukkan oleh awan, memaparkan nama 'Allah'. Ianya jelas. Ada hikmah di langit. Apapun, semuanya kuasa Allah, manusia melukis, awan membentuk, semuanya kuasa Allah. Allah-lah segala-galanya.
Cuba renung tafsir ayat Al-Quran ini :
(■ "Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA SEBAGAI CIPTAAN YANG TIDAK MENGANDUNGI HIKMAH DAN KEADILAN; yang demikian adalah sangkaan orang² yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang² yang kafir itu dari azab neraka". - Saad, ayat 27. ■)
Persoalannya sekarang, kenapa awan juga membentuk nama Allah dgn huruf² Arab? Kenapa awan tidak membentuk nama 'Allah' dgn huruf Rumi? Siapa menguasai langit? Siapa menguasai laut? Siapa yg menguasai kesemuanya? Allah. Kita tahu, Al-Quran ditulis dlm bahasa Arab dgn huruf Arab. Awan sendiri memperlihatkan kpd kita nama 'Allah' berhuruf Arab. Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu tidaklah sia². Ada tujuan-Nya sebab Allah itu Maha Bijaksana. Siapa yg nak lawan kebijaksanaan Allah? Akal, Allah yg bagi. Allah yg bagi akal kpd kita. Allah-lah yg Maha Bijaksana. Hanya kita yg tidak tahu (bg yg tahu, tahulah) tapi Allah suruh kita gunakan akal utk memahaminya (Al Quran).
Setiap segala ciptaan Allah s.w.t itu ada hikmah dan keadilannya walaupun serumpun rumput yg tumbuh di atas batu. Hanya Allah s.w.t yg Maha Mengetahui sebab alam ini Allah yg punya. Kita nie duduk tumpang sahaja kat dunia nie . Dah duduk menumpang, kena tahulah apa yg patut dibuat terhadap Pemiliknya.
Tidak Ada Apa Pada Rupa?
Lihatlah di dunia ini, pelbagai bentuk rupa huruf ditulis/dicetak/dipersembahkan tetapi bila Umat Manusia Islam tgk/baca nama 'Allah' yg ditulis dgn abjad Arab, semua Umat Manusia Islam tahu/kenal tulisan tu, tidak kira apa bangsa sekalipun. Dari gambar yg awal tadi di atas, kita tgk rupanya manusia tetapi tulisannya '2 kalimah syahadah' dan bukan tulisannya 'manusia'. Sy ambil gambar tu sebagai contoh. Itu seni tulisan. Maka, TIDAK ADA APA PADA RUPA? Betul ke? "Tiada apa pada rupa(wajah) yg penting adalah hati". Itulah ayat yg pernah kita dengar di dlm dunia ini bila dikaitkan dgn manusia. Tetapi jangan kita lupa, bahawa yg me'rupa'kan wajah itu adalah 'hati'. Maka, PADA 'RUPA' WAJAH, ADA SESUATU. Ianya dapat dikenali melalui tanda² bagi orang yg dapat mengenali tanda² pada wajah itu. Tetapi kebiasaannya, orang yg dapat mengenali tanda² pd wajah itu, hanya mendiamkan diri kerana mungkin ilmu yg dikurniakan oleh Allah kepadanya itu hanyalah utk dirinya sahaja. Kuasa Allah, apa saja boleh berlaku. Allah boleh pilih siapa sahaja yg Dia kehendaki.
Kembali pada gambar tadi. Bila kita teliti gambar tu, gambar seni lukisan khat itu sedang memaparkan '2 kalimah syahadah'. Bila kita tgk kalimah 2 syahadah itu, kita nampak huruf² Arab. Maka, susunan huruf² Arab itulah yang me'rupabentuk'kan bentuk manusia tu. Apa pula yg ada pada bentuk huruf² Arab itu? PADA RUPABENTUK HURUF ARAB, ADA SESUATU.
■ Kaitan bentuk huruf Arab di dalam Al Quran
Nah... Sekarang kita lihat pula bentuk huruf Arab yg ditulis/dicetak di dlm Al-Quran. Bila kita baca Al-Quran, kita tengok tulisan ayat tu, kita tahu apa maksudnya bila ditafsirkan ke dlm bahasa yg kita faham (bg yg tahu berbahasa Arab, beruntunglah, tak perlu tafsir dah). Cuba lihat bentuk huruf abjadnya. Apakah bentuk huruf Arab atau bentuk perkataan Arab itu juga menceritakan atau menggambarkan sesuatu? Apa yg sy nak sampaikan di sini hanyalah kaitan. Terlalu banyak ilmu yg tidak diajar di pusat pengajian, maka dari itu timbullah kata² 'PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK'. Ye lah dah takde sape yg ajar, pengalaman yg ajar. Sy teringat kpd kata² seorang pengamal berkata “Dalam dunia ini semuanya berkait dan ada kaitannya walaupun gugurnya sehelai daun cuma kita tidak tahu apakah maksud/petanda disebalik itu, lagi dia mengatakan Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia dan Allah itu Maha Hebat dan Bijaksana”. Dulu, ada sy menaip di dlm artikel 'Lukisan Bentuk Tubuh Manusia'. Untuk artikel ini sy memilih perkataan 'KIAMAT'.
■ Perkataan ‘KIAMAT @ QIYAMAT”.
Jika kita tulis perkataan KIAMAT ini dgn Huruf Rumi, kita akan lihat huruf Rumi lah ‘K.I.A.M.A.T’. Semua Umat Manusia tahu perkataan ini. Cuba kita tulis perkataan KIAMAT guna Huruf Arab. Apa yg kita lihat? (Cuba lihat gambar disebelah tu). Inilah ejaan KIAMAT dlm bahasa Arab, huruf Arab. Sy melihat bentuk huruf abjad Arab/Jawi ini adalah satu bentuk huruf yg unik berbanding dgn bentuk huruf yg lain (bagi sy). Pasal yg utamanya kitab Al-Quran diturunkan dlm Bahasa Arab dan ditulis dgn menggunakan abjad Arab (seluruh dunia). Mesti ada sebabnya. Firman Allah :
(■ Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat²nya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang² yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. - Fussilat, ayat 3. ■)
Kalau kalimah Bismillah ditulis dgn Huruf Rumi (sebutannya), beginilah jadinya "Bismillahirohmanirrohim". Lihat gambar di sebelah. Kalau ditulis dgn huruf lain sekalipun, macam² bentuklah jadinya tetapi bacaannya tetap sama (terpelihara). Allah tahu semua bahasa, semua huruf². Apa sahaja, Allah tahu. Apa yg sy nak kaitkan di sini adalah sesuatu maklumat itu kadang² ada pada bentuk perkataan Arab atau huruf Arab. Yg tinggal samada maklumat kaitan itu benar atau tidak dgn apa yg dikaitkan. Itu sahaja. Ada juga sangkaannya benar tapi kepastiannya? KEPASTIAN ITU HANYA BERLAKU APABILA PERKARA YG DISANGKAKAN ITU BENAR² TERJADI. Sebab ada juga terdengar mulut manusia mengucapkan 'aku dah agak dah, mesti jadi macam nie' apabila perkara yg diagak itu benar² terjadi.Apakah itu 'klu' bagi sesebuah jawapan yg dicari?
Lidah sering perkatakan, ‘Nak kiamat dah agaknya’ atau ‘Kiamat nak dekat dah nie’ atau ‘Tanda² kiamat banyak dah sekarang’… Apapun yg diucapkan, itu semua adalah peringatan yg secara tidak langsung bagi yg sentiasa ingat pada 'Hari Akhirat' dan juga bg yg risaukan diri mereka (bimbang tak sempat utk perbaiki diri termasuklah diri sy). Al Quran adalah sebuah kitab yg penuh dgn hikmah² dan segala apa yg tercatat di dlmnya adalah maklumat yg terpelihara walaupun hanya satu 'titik' ditulis di dlm Al Quran. Bila sebut terpelihara, maka tak akan ada sedikit pun kecacatan pada maklumatnya. Ditinggalkan Al Quran kpd kita, untuk kita mengambil tahu apa yg ada di dalamnya dan fahamkan. Tafsir Al Quran :
(■ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah² keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat² - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara). - A-li'Imraan, ayat 58. ■)
Cuba fahami kata² org sufi nie :
■ Hakikat huruf ialah Alif
Hakikat huruf Alif ialah Titik
Hakikat titik ialah Dakwat
Hakikat dakwat ialah Cecair
Hakikat cecair ialah Debu²an (atom²)
Hakikat debu²an (atom²) ialah Unsur
Hakikat unsur ialah Cahaya Allah ■
Hakikat huruf Alif ialah Titik
Hakikat titik ialah Dakwat
Hakikat dakwat ialah Cecair
Hakikat cecair ialah Debu²an (atom²)
Hakikat debu²an (atom²) ialah Unsur
Hakikat unsur ialah Cahaya Allah ■
"Dan bagi Allah jualah HAK milik SEGALA yang ada di LANGIT dan yang ada di BUMI, dan kepada Allah jualah DIKEMBALIKAN SEGALA urusan." A-li'Imraan, ayat 109.
Berpaut pada dahan 'Al Quran'? Nak gugurkan 'buah'nya ke? Apakah maklumat perkaitan yg ada disebalik bentuk perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini? Mohon maaf dari semua sekiranya ada yg rumit. Jumpa lg dalam artikel yg ke-2 : Disebalik Bentuk Perkataan 'Kiamat' - 2.
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
No comments:
Post a Comment