Assalamualaikum...
Nabi Adam a.s adalah manusia pertama diciptakan dari tanah. Tapi yg ini, adalah kisah tentang usaha pertama Iblis buat tipu daya terhadap Nabi Adam a.s (manusia). Dipendekkan cerita, setelah Iblis tidak 'sujud' kpd Nabi Adam a.s (ingkar perintah Allah s.w.t). Iblis telah berjanji kpd Allah s.w.t bahawa dia akan membuat tipu daya terhadap manusia hingga Hari Kiamat. Keingkaran Iblis ini ada dicatatkan di dlm Al Quran. (■ Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yg menyekatmu drpd sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik drpd Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." - Al-A'raaf, 12 ■). Iblis tak sujud sebab dia rasa dia lebih baik dari Nabi Adam a.s, tak sujud, maka ingkarlah dia kpd perintah Allah s.w.t.
Disebabkan keingkaran Iblis terhadap perintah Allah, Allah usir dia dari Syurga. Ini dicatatkan dlm Al Quran, (■ Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yg terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yg menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dgn (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;" - Al-A'raaf, 18 ■) dan Allah juga melarang Adam dan Hawa, (■ Allah berfirman : "Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya se-puas²nya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang² yg zalim" - Al-A'raaf, 19. ■)
Setelah Iblis tersingkir dari singgahsana kebesarannya, dia mula menunjukkan RENCANA PENYESATANNYA kpd Adam dan Hawa yg sedang hidup berdua di Syurga yg TENTERAM, DAMAI dan BAHAGIA. Setelah dihalau keluar, Iblis mengancam utk menghasut Adam dan Hawa akibat terdorong oleh RASA IRI HATI dan DENGKI terhadap Adam. Pembangkangan itu menjadi sebab sampai IBLIS TERKUTUK dan TERLAKNAT SE-LAMA²NYA.
Iblis menyatakan kpd Adam dan Hawa bahawa "DIA ADALAH KAWAN MEREKA" dan "INGIN MEMBERI NASIHAT" serta "PETUNJUK UNTUK KEBAIKAN" dan juga "KELESTARIAN KEBAHAGIAAN" mereka. Ini telah dicatatkan dlm Al Quran,(■ "Dan ia bersumpah kepada keduanya (dgn berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yg memberi nasihat kpd kamu berdua" - Al A'raaf, 21. ■)
Nah.. lihatlah tulisan merah itu, semua kata² adalah yg baik² dari segi maknanya tetapi disalahgunakan oleh Iblis. Disebalik kata² yg diucapkan oleh Iblis, tiada ketahuan apakah muslihat Iblis. Kita haruslah kenalpasti dgn se-benar²nya sebelum melakukan/menuruti sesuatu itu. Sangka baik pun sangka baik jugak tapi kena hati² pasal dunia ini penuh dgn tipu daya. Di dlm kebaikan yg kita sangka itu ada kejahatan yg boleh membawa kita kpd celaan Allah s.w.t terhadap kita. Termakan 'pujuk rayu'.
Fikir positif? Boleh fikir tapi nak ikut ke kalau itu tipu daya? Tahu ke yg itu adalah 'tipu daya'. (Ikutlah kebaikan yg ada diceritakan dlm Al Quran dan Sunnah). Yg masalahnya, akhirnya apa yg kita ikut itu kita tak tahu.... Fikir positif boleh je, sebab setakat fikir sahaja... Semua orang boleh fikir positif tapi yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Sangka baik pun kadang² tidak boleh memenuhi sesuatu kebenaran. (■ Firman Allah s.w.t : "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." - Yunus, 36. ■)

- Bagaimana pula dgn kita yg membangkang perintah² Allah s.w.t?
- Apakah kita tahu akan semua perintah² Allah s.w.t?
- Apakah yg Allah s.w.t suruh kita buat dan kita tinggalkan?
- Apakah kita sudah melakukan semua perintah²-Nya dan tetap melakukannya?
- Fikir...
■ Kata² Memujuk Yg Jahat.
Iblis menyatakan kpd Adam dan Hawa bahawa "DIA ADALAH KAWAN MEREKA" dan "INGIN MEMBERI NASIHAT" serta "PETUNJUK UNTUK KEBAIKAN" dan juga "KELESTARIAN KEBAHAGIAAN" mereka. Ini telah dicatatkan dlm Al Quran,(■ "Dan ia bersumpah kepada keduanya (dgn berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yg memberi nasihat kpd kamu berdua" - Al A'raaf, 21. ■)
Nah.. lihatlah tulisan merah itu, semua kata² adalah yg baik² dari segi maknanya tetapi disalahgunakan oleh Iblis. Disebalik kata² yg diucapkan oleh Iblis, tiada ketahuan apakah muslihat Iblis. Kita haruslah kenalpasti dgn se-benar²nya sebelum melakukan/menuruti sesuatu itu. Sangka baik pun sangka baik jugak tapi kena hati² pasal dunia ini penuh dgn tipu daya. Di dlm kebaikan yg kita sangka itu ada kejahatan yg boleh membawa kita kpd celaan Allah s.w.t terhadap kita. Termakan 'pujuk rayu'.
Fikir positif? Boleh fikir tapi nak ikut ke kalau itu tipu daya? Tahu ke yg itu adalah 'tipu daya'. (Ikutlah kebaikan yg ada diceritakan dlm Al Quran dan Sunnah). Yg masalahnya, akhirnya apa yg kita ikut itu kita tak tahu.... Fikir positif boleh je, sebab setakat fikir sahaja... Semua orang boleh fikir positif tapi yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Sangka baik pun kadang² tidak boleh memenuhi sesuatu kebenaran. (■ Firman Allah s.w.t : "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." - Yunus, 36. ■)
Sebab itu kita dituntut untuk mencari/mendapatkan ilmu agama, untuk mengenalpasti 'tipu muslihat' dan bertakwalah. Nabi s.a.w pun berpesan, selagi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, kita tidak akan tersesat. (■ Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya orang² yg bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dgn itu mereka nampak (jalan yang benar)." Al-A'raaf, 201. ■). Untuk itu, kita perlu bertakwa kerana ianya akan membawa kita ingat kpd Allah. Ketakwaan itu membuat kita ingat kpd Allah. Dalam ketakwaan itu, terlalu byk hikmahnya, InsyaAllah.
■ Kata² digunakan utk mendapatkan kepercayaan.
SEGALA CARA dan KATA² HALUS digunakan oleh Iblis utk mendapatkan KEPERCAYAAN Adam dan Hawa bahawa dia BETUL² JUJUR DLM NASIHAT² dan PETUNJUK²NYA kpd mereka. Dia membisikkan kpd mereka bahawa LARANGAN Allah s.w.t kpd mereka dari memakan buah² yg ditunjuk itu adalah kerana dgn memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi MALAIKAT dan AKAN HIDUP KEKAL. Nah.. lihat, nampak tak disebalik larangan Allah s.w.t itu ada keuntungan yg dinyatakan oleh Iblis tetapi ianya adalah TIPU !!!. (■ Allah berfirman : "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yg (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". Al-A'raaf, 20 ■).
Iblis mengulang-ulangi PUJUKANNYA dgn se-kali² menunjukkan akan harum baunya pohon yg dilarang itu, indah bentuk buahnya dan lazat rasanya, sehingga pada akhirnya TERMAKANLAH PUJUKAN YG HALUS ITU oleh Adam dan Hawa dan DILANGGARLAH LARANGAN Allah s.w.t. Iblis cuba memujuk dgn meng'umpan' keindahan² yg ada pada apa yg dilarang oleh Allah s.w.t itu supaya kita tertarik utk mengikutinya. Bagaimana pula dgn manusia? Ada. (■ Allah s.w.t ada berfirman : "Dan di antara manusia ada orang yg ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras." - Al Baqoroh, 204. ■). Nah... Lihat, memang ada manusia macam itu... Kita boleh kenal ke? Kenal lah melalui kata²...
Celaan Allah s.w.t terhadap Adam dan Hawa.
Allah s.w.t MENCELA PERBUATAN MEREKA itu dan berfirman : "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan makan dari buahnya dan tidakkah Aku telah INGATKAN KAMU BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUHMU YANG NYATA?".
- Apakah kita mendengar celaan Allah s.w.t terhadap kita? TIDAK.
- Apakah kita INGAT kpd larangan Allah s.w.t ketika 'Iblis' sedang memujuk rayu kita?
Apabila Adam dan Hawa MENDENGAR firman Allah s.w.t itu, maka SEDARLAH bahawa mereka telah MELANGGAR PERINTAH Allah s.w.t dan bahawa mereka telah melakukan suatu KESALAHAN dan DOSA YG BESAR. Seraya menyesal berkatalah mereka : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu, kerana TERKENA PUJUKAN Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong dalam GOLONGAN ORANG² YG RUGI bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami".
Inilah kisah pertama, usaha Iblis, aksi Iblis membuat tipu daya kpd Nabi Adam dan isterinya, Hawa. Iblis berjaya dlm usaha pertamanya. Dari kisah ini, penganiayaan terhadap diri sendiri (perbuatan diri sendiri) boleh mengundang musibah kpd diri sendiri. Iblis tidak akan berhenti dalam usahanya untuk menghasut kita. Usahanya bermula selepas sahaja keingkarannya mentaati perintah Allah s.w.t. Mereka pakar dalam membuat tipu muslihat tetapi Allah Maha Menggagalkan Tipu Muslihat. Tipu daya yg halus sehalusnya. Ye lah, bayangkanlah sudah berapa lama Iblis buat kerja tipu muslihat tu. Itu sahaja kerja dia. Tapi Allah s.w.t Maha Mengetahui. Sekiranya kita ketahui, kita tahulah bahawa itu tipu daya. Mohonlah perlindungan dari Allah s.w.t. InsyaAllah... Selamatlah.... Kisah ini juga kita ketahui dari Nabi s.a.w yg telah menyampaikannya kpd kita (selawatlah) melalui usaha dakwah baginda. Kalau Nabi s.a.w tidak sampaikan pd org² yg terdahulu, mungkin ianya tidak sampai kpd kita. Dan sesuatu peringatan itu akan terus 'bergerak' apabila ada yg menyampaikannya.
Timbulkan fikir, kenapa kita dilanda musibah? Dan bukannya dgn cepat menyalahkan orang lain. Apakah sebelum dilanda musibah itu kita ada melanggar perintah Allah s.w.t? Kalau kita ada langgar perintah Allah s.w.t, tidak patutlah kita salahkan orang lain. Bila fikir, baru ada SEDAR. Bila dah SEDAR, buatlah pengakuan di hadapan Allah s.w.t. agar Allah s.w.t mengampuni dosa kita supaya kita tidak termasuk dlm golongan org² yg rugi. Kalau tak fikir, tak ada lah sedar. Kita fikir kita untung (tidak melakukan kesalahan) di dunia tetapi hakikatnya, kita berada dlm kerugian. Itu yg bahaya. Apa pun, hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Kadang² musibah tu boleh jadi dugaan atau pun cubaan utk hamba-Nya.... Yg tak dapat musibah pun, boleh jadi Allah s.w.t telah biarkan mereka 'suka hati lah nak buat apa pun'.... Janganlah pula berdoa minta musibah. Sama² kita fikir.... dan segala kata² di dinding blog ini adalah peringatan utk diri sendiri yg pertamanya dan selanjutnya, adalah perkongsian...... Terlalu banyak kekurangan yg ada pada diri ini dan kata² pd blog ini adalah sebagai perangsang utk diri ini, meneruskan perjalanan ini dan bukannya utk mengajar kerana diri ini tidak layak sama sekali utk tujuan itu.
Amaran Allah :
"Dan orang² yang mendustakan ayat² Kami, Kami akan menarik² mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut CARA YANG MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA."
- Al-A'raaf, 182 -
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
nasihat mendidik jiwa....
ReplyDeletebeautifully written kun, keep on writing...
ReplyDeletenicely said shah.. ;)
alhamdulillah.....syukur pada yang ESA...mudahan kekal diberi petunjuk dan hidayahnya
ReplyDelete