Assalamualaikum...
Ini sambungan 'Disebalik Bentuk Perkataan Kiamat - 1'.
Mula dari Kanan.
Penceritaan bentuk perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini sebenarnya bermula dari gabungan bentuk huruf² Arab yg membentukkan perkataannya. MENULIS dan MEMBACA (dgn melihat) bahasa Arab adalah bermula dari kanan ke kiri tetapi apabila kita bercakap tanpa melihat dlm bahasa Arab, kita tak tahu mula dari arah mana (takde arah mula). Sy amat merasakan satu kerugian kpd diri sy kerana tidak mempelajari bahasa Arab, bahasa Jawi sy tahulah.. :), . Apa² sahaja di dunia ini, Umat Manusia perlukan panduan sebelum/untuk melakukan sesuatu. Buat jahat, buat baik, semuanya ada panduan. Panduan dari mana? Dlm Islam, byk perbuatan yg diajar bermula/dimulai/dimulakan dari kanan. Misalnya, Azan didengarkan pada telinga kanan bayi ketika lahir. Baca (dgn melihat) Al Quran dari kanan ke kiri, makan dgn tangan kanan (yg ada tgn kanan) dan byk lagilah. Disebabkan 'mula dari kanan' ini, terlalu byk hikmah yg tersembunyi, yg kadang² Umat Manusia sendiri tidak tahu, hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Rasul yg mengajarkannya. Di dalam Al Quran pun, perkataan 'KANAN' disebut terlebih dahulu daripada perkataan 'KIRI. Baca firman Allah:
(■ Semasa 2 malaikat (yg mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yg satu duduk di sebelah kanannya, dan yg satu lagi di sebelah kirinya. - Qaaf, ayat 17. ■)
Cuba sebut kiri dahulu baru kanan? Rasanya, bacaan ayat Al Quran tu tak tahulah apa jadi. Al Quran dipelihara oleh Allah. Itu jaminan dari Allah.
Arah Pergerakkan Baca/Tulis Perkataan Arab.
Arah Pergerakkan Baca/Tulis Perkataan Arab.
Menulis/membaca perkataan Arab bermula dari arah kanan ke kiri. (Cuba perhatikan gambar di sebelah ini). Menulis/membaca perkataan rumi bermula dari kiri ke kanan. (kilabret acab helob ualak ilaucek «). Baca tulisan pink tu dari kanan ke kiri. Pening kan? Sebab tak biasa. Orait. Lihat perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab. Dimulai dgn QAAF - YAA - ALIF - MIM - TAA, penulisan bergerak dari kanan ke kiri. Apabila disebut, akan terdengarlah bunyi perkataan 'KIAMAT/KIYAMAT/QIYAMAT'. Apabila tidak disebut, maka hurufnya sahaja yg tinggal iaitu 'KYMT/QYMT'. Lihat pula penanda 'Arah - Utara, Selatan, Timur, Barat' yg hampir semua Umat Manusia tahu akan penggunaannya. Disebelah KANAN, T(TIMUR). Disebelah KIRI, B(BARAT). Maka, pergerakkan jari semasa menulis perkataan 'KYMT/QYMT' berhuruf Arab adalah bermula dari kanan ke kiri atau dari timur ke barat.
'Ruang/lubang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT/QIYAMAT'.
Apabila bentuk huruf 'Q', 'M' dan 'T' disebut, 'Qaaf', 'Mim' dan 'Taa' akan didengar. Dalam penulisan perkataan (dgn sebutan) 'KIAMAT/QIYAMAT' berhuruf Arab, kita lihat ada 3 huruf yg menunjukkan 'lubang/ruang' pada 'diri'nya iaitu Huruf QAAF, MIM dan TAA. Cuba lihat gambar. Ada 3 'bulatan(lubang)' pada perkataan 'KIAMAT' ini. Seperti yg dikaitkan dgn 'arah pergerakkan' tadi, didapati huruf QAAF berada di sebelah TIMUR, huruf MIM berada di ANTARA TIMUR dan BARAT dan huruf TAA berada di sebelah BARAT. Apakah 'ruang/lubang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' ini menggambarkan sesuatu atau menceritakan sesuatu secara diam? Ini bukanlah satu kepastian, tetapi hanyalah satu kaitan.
Kaitan Huruf Qaaf(Q), Mim(M), Taa(T)
Dunia, kebiasaannya, kebiasaan Umat Manusia Dunia, apabila berlakunya gempa bumi, satu lukisan gelombang akan dilukis pada tempat berlakunya gempa bumi itu. (Cuba lihat gambar Japan quake, anak panah besar warna merah yg ditujukan pada ilustrasi gelombang yg dilukis pd tempat berlakunya gempa di Jepun - 11 Mac 2011 baru² ini). Dunia telah memilih bentuk lukisan tersebut utk mewakili tempat berlakunya gempa bumi. Sy aplikasikan penggunaan simbol gelombang tersebut dan sy letakkan pada 'ruang/lubang' huruf Qaaf(Q), Mim(M) dan Taa(T). Lihat gambar sebelah kiri.
- Apa pula kaitan bentuk gelombang pada huruf² tersebut?
- Apakah bentuk huruf Qaaf, Mim dan Taa pada perkataan 'KIAMAT' itu menceritakan apa yg tercatat di dlm hadis 10 tanda² kiamat besar?
- Apakah bentuk bulatan (ruang) pada perkataan 'kiamat' itu menceritakan '3 kali gempa bumi' yg akan terjadi?
Hadis 10 tanda² kiamat besar.
Dan ini hadis tentang 10 tanda² kiamat yg besar, yg akan berlaku nanti (sebuah janji dari Allah s.w.t).
(■ Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata : "Datang kepada kami Rasulullah s.a.w. dan kami pada waktu itu sedang ber-bincang². Lalu beliau bersabda: "Apa yg kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang Hari Kiyamat/Qiyamat". Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "TIDAK AKAN TERJADI HARI KIYAMAT/QIYAMAT sehingga kamu melihat sebelumnya SEPULUH(10) MACAM TANDA²NYA". Kemudian beliau menyebutkannya : "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga(3) kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab yg akhir sekali adalah api yg keluar dari arah negeri Yaman yg akan menghalau manusia kpd Padang Mahsyar mereka". - (H.R Muslim) ■ )
Cuba lihat gambar. Daripada susunan kejadian tanda² kiamat ini, yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :-
- kejadian yg ke-7, Gempa bumi yg pertama akan berlaku di TIMUR.
- kejadian yg ke-8, Gempa bumi yg kedua akan berlaku di BARAT.
- kejadian yg ke-9, Gempa bumi yg ketiga akan berlaku di antara BARAT dan TIMUR (Semenanjung Arab).
PERINGATAN KEPADA UMAT MANUSIA !!! :
(■ Wahai UMAT MANUSIA, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya GEMPA HARI KIAMAT ITU SUATU PERKARA YANG AMAT BESAR. ■)
- Al Hajj, ayat 1 -
Allah s.w.t memperingatkan kpd kita 'BERTAKWALAH KEPADA-NYA'. Begitu juga di dunia ini, apabila ada orang mengatakan "ini adalah perkara yg amat besar, kita kena bla..bla..bla.. ", mengertilah kita bahawa perkara itu adalah sesuatu perkara yg perlukan perhatian/penelitian yg serius dan rumit serta kena berhati-hati dlm menguruskannya. Allah s.w.t memperingatkan, Hari Kiamat itu adalah satu perkara yg kita tidak boleh ambil remeh. Kena ada fikir juga utk Hari Kiamat, jangan tak fikir langsung. Bagi yg yakinlah, yg tak yakin adanya Hari Kiamat, nak buat macamana, semuanya ketentuan Allah s.w.t jua. Begitulah secara kaitan bentuk perkataan 'KIYAMAT/QIYAMAT/KYMT/QYMT' berhuruf Arab ini. Ada lagi beberapa kaitan dgn perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini. Maaf kpd semua, blog ini hanyalah tempat menukang kata. Segala urusan kembali kpd Allah jua. Jumpa lagi dalam artikel yg terakhir "Disebalik Bentuk Perkataan 'KIAMAT' - 3".
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
No comments:
Post a Comment