Assalamualaikum...
Seni Kaligrafi Alam Dunia.
Alam Dunia. Dunia byk menunjukkan tanda² kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. Alam Dunia juga ada Seni Kaligrafinya, hanya kesempatan mata kita utk memandangnya. Misalnya, awan yg membentuk nama Allah. Peta Dunia (hasil lukisan manusia) juga membentuk nama Allah tetapi yg menampakkannya adalah cara Umat Manusia memandang sesuatu itu. Peta Dunia - lukisan yg dijadikan panduan oleh Umat Manusia utk mengetahui kedudukan/lokasi sesuatu tempat. Bentanglah peta dunia, dan lihatlah. Keberdirian kita atas daratan bumi, tiadakan nampak, keseluruhan bentuk mukabumi ini kecualilah dipandang dari tempat yg tinggi, dapatlah memandang apa yg ada di bawah. Kebulatan Bumi, sekali pandang tiadakan nampak apa yg ada dibelakangnya. Zahir mata ada had pandangannya. Cuba tgk gambar. Lukisanlah yg menunjukkan bagaimana rupabentuk daratan bumi ini dan dgnnya lagi, dapat mengetahui dan mengenali rupabentuk daratan Bumi itu. Umat Manusia nampak rupabentuk daratan bumi setelah melihat lukisan peta dunia. Lihat, yakin. Itulah bentuk daratan bumi. Inilah Dunia, nak lihat bukti dahulu, baru nak yakin. Sebab apa? Sebab Dunia ini penuh dgn tipu daya. Tak tengok dulu, tak percaya. Akhirat, nak lihat apa? Sedangkan Akhirat sendiri sesuatu yg ghaib. Disinilah terletaknya keyakinan kita kpd akhirat. Kita tak dpt melihat bagaimana keadaannya akhirat, tapi kita kena yakin bahawa Akhirat ada. Memandang sesuatu itu dengan pandangan yg betul mampu menampakkan sesuatu yg tersembunyi dan ianya juga dgn izin Allah. Al Quran ada memperingatkan :
Maka, bagi yg ada penglihatan, pandanglah sentiasa kpd alam ciptaan Allah ini. Pandanglah dan fikirlah, apakah ada sebarang kekurangan/kecacatan pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah? Mengapa Allah menyuruh kita memandangnya ber-ulang²? Apakah yang ada disebalik pandangan itu?
(■ Dia lah yg telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yg ber-lapis²; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yg tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu²) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? ■)
- Al-Mulk, 3-
Maka, bagi yg ada penglihatan, pandanglah sentiasa kpd alam ciptaan Allah ini. Pandanglah dan fikirlah, apakah ada sebarang kekurangan/kecacatan pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah? Mengapa Allah menyuruh kita memandangnya ber-ulang²? Apakah yang ada disebalik pandangan itu?
Nama Allah pada peta dunia.
Pandangan terhadap sesuatu itu biasanya melantunkan pelbagai tafsiran kpd akal. Pandangan seseorang itu mungkin sama dan mungkin ber-beza² dan mungkin tidak sama langsung. Seperti Peta Dunia (yg dilukis), ada yg memandangnya sehingga menampakkan bentuk nama Allah di situ. Daratan yg tidak ditenggelami air itu membentuk nama Allah. Pandangan begitu telah meletakkan bahagian Timur di sebelah Kiri, tidak seperti pandangan sebelum ini. Tetapi kesamaannya masih ada iaitu perjalanan matahari masih lagi dari Timur ke Barat. Firman Allah s.w.t :
(■ Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yg berhujah membantah Nabi Ibrahim (dgn sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yg kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kpd kaum yg zalim. ■)
- Al Baqoroh, 258 -
Dlm ayat ini, kebenarannya ialah kata² Nabi Ibrahim a.s yg mengatakan "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari Timur". Sains mengatakan pusingan Bumi dari Barat ke Timur iaitu arah pusingan yg melawan arah pusingan jam analog. (Kalau tgk jam digital tak nampaklah pusingannnya). Persoalannya, apakah ini cara yg betul memandang peta dunia atau cara yg diajarkan selama ini di sekolah? Lihat gambar, sekiranya kita berada diangkasa lepas, kita masih tak nampak seperti mana yg kita nampak pada Peta Dunia tu (imaginasi), sebab Bumi berbentuk bulat. Tulisan nama Allah yg dikaitkan dgn bentuk peta dunia itu, ianya bermula dari Barat ke Timur. Kaitkan pula dgn sains yg mengatakan pusingan Bumi bermula dari Barat ke Timur. Maka, Baratlah yg mengejar Timur seperti malam mengejar siang. Lihat firman Allah :
(■ (Dengan ketentuan yg demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap² satunya beredar ter-apung² di tempat edarannya masing². ■)
- Yaasiin, 40 -
Maka dari ayat ini, lahirlah satu kenyataan (kaitan) bahawa Barat tidak dapat mendahului Timur tetapi dari segi apa? Secara kulitnya, dari segi masa dan tarikh. Sebelah Barat kan lewat sedikit dari Timur. Pandanglah... Al Quran itu benar.
Bilakah masa datangnya 'KIYAMAT/QIYAMAT'?
Dlm hadis tanda² besar kiamat, ada dicatatkan mengenai 3 kali gempa bumi yg akan berlaku sebelum Hari Kiamat tiba. Tetapi sebelum berlakunya 3 kali gempa itu, ada dicatatkan mengenai matahari terbit dari tempat tenggelamnya. Bilakah masa datangnya Hari Kiamat itu? Ini jawapannya :
(■ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yg dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". ■)
- Al-A'raaf, 187 -
Maka, apa jua ramalan yg ada pada sesetengah Umat Manusia yg suka mengkaji mengatakan kiamat akan berlaku pada masa (tahun, hari, tarikh) sekian² tidaklah boleh Umat Manusia Islam percaya kpd mereka kerana pengetahuan tentang 'masa' kejadian hari kiamat itu hanya ada di sisi Allah s.w.t. Letakkan keyakinan itu pada tempat yg benar, yakin pada manusia atau yakin pada Allah dan Rasul?
Huruf Qaaf(Q), Mim(M) dan Taa(T).
Bentuk perkataan 'kiamat' mempunyai 3 'lubang/ruang'. 3 'lubang/ruang' dikaitkan dgn tanda² besar sebelum berlakunya Hari Kiamat iaitu 3 kali gempa. Tetapi sekiranya dituruti turutan kejadian tanda² besar kiamat yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, sebelum kejadian 3 gempa ini akan berlaku kejadian di mana matahari terbit dari tempat tenggelamnya iaitu terbit dari Barat. Kalau dituruti sejarah, tiada lagi dicatatkan matahari terbit dari Barat. Keadaan itu belum berlaku lagi. Semuanya kuasa Allah s.w.t. Allah yg mengaturkan segalanya.
Lihat gambar. Kaabah adalah Pusat Dunia/Pusat Titik Dunia. Pada pandangan kita sekarang pada peta dunia berkaligrafi bentuk nama Allah, sebelah kanannya adalah Barat dan sebelah kirinya adalah Timur. Dari kaitan bentuk perkataan 'KIAMAT' itu, secara kaitan, Huruf Qaaf mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Barat, Huruf Taa mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Timur dan Huruf Mim mewakili gempa yg akan berlaku di Semenanjung Arab. Maka di sini, kaitannya adalah 3 'lubang/ruang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' menceritakan 3 gempa bumi yg akan berlaku dan itulah tanda² besar hari kiamat. Apakah huruf Qaaf, huruf Mim dan Huruf Taa mewakili nama tempat di mana akan berlakunya gempa bumi itu?
Lihat gambar. Kaabah adalah Pusat Dunia/Pusat Titik Dunia. Pada pandangan kita sekarang pada peta dunia berkaligrafi bentuk nama Allah, sebelah kanannya adalah Barat dan sebelah kirinya adalah Timur. Dari kaitan bentuk perkataan 'KIAMAT' itu, secara kaitan, Huruf Qaaf mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Barat, Huruf Taa mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Timur dan Huruf Mim mewakili gempa yg akan berlaku di Semenanjung Arab. Maka di sini, kaitannya adalah 3 'lubang/ruang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' menceritakan 3 gempa bumi yg akan berlaku dan itulah tanda² besar hari kiamat. Apakah huruf Qaaf, huruf Mim dan Huruf Taa mewakili nama tempat di mana akan berlakunya gempa bumi itu?
(■ Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. ■)
- An Nuur, 44 -
- Gempa 1, Qaaf - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf Q/K disebelah Timur/Barat?
- Gempa 2, Taa - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf T disebelah Barat/Timur?
- Gempa 3, Mim - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf M di Semenanjung Arab?
Kaitan dihentikan di sini. Kaitan bukanlah satu kebenaran yg mutlak. Kaitan ini lahir dari sebuah pandangan. Sebuah keyakinan itu mesti diletakkan pada tempat yg benar. Keyakinan itu bukanlah tertuju kpd manusia atau kpd harta benda atau kpd selain dari Allah Ta'ala. Kebenaran terletak pd sabda Rasulullah s.a.w tentang tanda² besar Kiamat (sebelum berlakunya Kiamat) dan firman² Allah s.w.t. Bagaimana kita mahu menghasilkan sebuah keyakinan terhadap kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w dan Firman Allah s.w.t? Keyakinan yg benar adalah yakin dgn mutlak walaupun tidak melihat. Bila yakin buat, bukannya percaya tapi tak buat². Namun, kita manusia yg lemah, tiada daya upaya. Mohonlah kpd Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan ketahanan utk mentaati segala perintah-Nya. Di luar sana, ada antara Umat Manusia yg suka membuat kajian. Kita sering terbaca/membaca, terdengar/mendengar/, terlihat/melihat ada di antara Umat Manusia yg memeluk Islam disebabkan kajiannya bertepatan dgn apa yg ada dicatatkan di dlm Al Quran kerana Al Quran itu sebuah kitab yg benar sebenar-benarnya. Allah s.w.t telah beri hidayah melalui usahanya. Rukun Iman ke 5, adalah yakin kpd Hari Kiamat. Bagi yg menyakini akan kedatangan Hari Kiamat, buatlah persediaan. (Dan masih ada lagi beberapa kaitan yg tidak dinyatakan dlm artikel ini kerana kaitannya terlalu rumit).
Kita perlu bersungguh² berusaha utk mewujudkan keyakinan di dalam hati. Apabila keyakinan wujud di dalam hati, ianya akan mengatasi segala-galanya kerana dalam hatinya, hanya Allah lah segala-galanya. Nabi s.a.w sentiasa memperingatkan bahawa Hari Kiamat itu telah dekat datangnya. Ingatlah kpd kata baginda 'telah dekat datangnya kiamat'. Ingat dan bersedialah, tidak perlu tunggu kpd pengetahuan bila berlakunya KIAMAT. Bagaimana pula keyakinan kita terhadap ayat Al Quran ini? Bila yakin, apa yg perlu kita lakukan?
"Telah hampir MASA datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)" - An-Najm, 57.
Kemaafan dipohon, ini hanyalah sebuah kaitan....
*PERINGATAN*
"(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan Hari Kiamat):
"Ke manakah hendak melarikan diri?".
Tak usahlah bertanya demikian!
Tidak ada lagi tempat perlindungan!"
- Al-Qiyammah, 10-11.
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
"kaitan dihentikan di sini" betul2 menganggu feel pembacaan..apa2 pon seronok membaca disini :)
ReplyDelete