Wednesday, October 28, 2009

Lukisan Bentuk Tubuh Manusia

Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,

Tinggalkan dunia sementara ye... Mata bagi yg tidak buta semestinya dpt membaca taipan sy ini dan semestinya dpt melihat objek yg ada disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan seketika pada sesuatu objek, apakah yg dipandang tu? Apakah bentuknya? Apa? Bulat? Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba lukis apa yg dipandang sebentar tadi atas sekeping kertas. Masih lagi dikatakan apa yg dipandang pd lukisan itu tadi, adalah bola kan ? Kalau lukis bola-lah, kalau lukis mende lain, tu tak tahu lah. Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Rilekss.....

Jadi, ditekankan di sini, setiap objek ada lukisannya. Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak bolehkan ? Kalau rendahkan kening, mesti muncung nak keluar. Hahaha... !! Selingan.... Tak serius pula. Ok serius.

Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kita? Jawapannya yg PASTI adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya? Pernahkah kalian melihat bentuk asal lukisan tubuh badan kite? Haaaa.... Kalau TV ada lukisan objeknya.. Kalau kita pula? Sepanjang perjalanan sy, sy pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa sebelum jasad Nabi Adam a.s dicipta, cahaya Nabi Mhmd s.a.w sudah pun tercipta..

Huruf Arab/Jawi.

Huruf Jawi, mesti kalian tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk huruf² jawi tersebut? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa? Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ? Pergi beli sekarang dan tgk... Ok selingan tu..

Pernah juga sy bertanya pada seseorang yg arif tentang bentuk huruf² ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginan sy utk mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Sy pasti, mesti ada seseorang yg mengetahui tentang hakikat bentuk huruf² ini. Kerana apa? Allah mematikan ulama² atau org yg dikehendaki-Nya kerana Ilmu yg ada pd seseorang itu adakalanya ada RAHSIA Ketuhanan yg ada pada dirinya, yg hanya untuk dirinya sahaja. Sekiranya kita dapat mendengar, beruntunglah. Hanya dia. Allah s.w.t pilih dia. Dia usaha, dia dapatlah. Bayangkanlah, nak mati pun masih ada org kat tepi orang yg nak meninggalkan dunia ini, ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia pastu cakap, "kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye".. tak ada, tak ada... yg pernah sy dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini jarang digunapakai sekarang ni? Maksud sy, seluruh dunialah, inilah satu²ya huruf yg 'turun' dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg lain. Jawapan ada pada sejarahnya.

Huruf tulisan nama Nabi 'MHMD'.

Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA, MIM, DAA. Itu hanya sebutan bagaimana pula dgn bentuk huruf MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Kalian mesti dapat gambarkannya kan? Sy percaya kalian semua ada ilmu pengetahuan masing².

Lama sudah sy berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia ini. Sy mencari kebenaran tersebut dan akhirnya sy temui jawapannya (tapi tak pasti benar atau salah). Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada sy apa yang ingin sy ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup sy, memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim,daa' ini di mana² tetapi bentuk tulisan yg sy lihat tidak dapat menunjukkan pada sy apa yg sy sedang cari. Akhirnya suatu hari, sy cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgn yg masih berfungsi dan berulang kali sy menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya disebalik tulisan ini' .

Paaap !!! Sy menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan, "Ya Allah, Engkau telah menampakkannya kpd sy !!!". Dibawah ini, sy tunjukkan bentuk lukisan tgn sy sendiri. Tentu kalian sekarang sudah nampak apa yg sy fikirkan sebelum ini. Fikir yg ini datang pada tahun 2006.

'MIM,HAA,MIM,DAA' - MUHAMMAD.

Sy ber-main² dgn tulisan sy ni. Sy pusing tulisan ini kekiri (jawi bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90°. Setelah pusingan itu sy lakukan, sy dapati tulisan yg sy tulis tadi berbentuk manusia !!!. Lihat gambar.

Sejak dari itu, sy terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan se-hari²-an. Sy fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada digantung tulisan ini. Mengapa ??? Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau suruhan? Atau adakah sebab lain yg tersirat? Wollohuallam....

Setelah di'diri'kan tulisan itu, sy dapati, MIM pertama adalah dikaitkan dgn kepala@akal kita, HAA dikaitkan dgn tangan kita, MIM kedua adalah dikaitkan dgn perut tempat dimana kita menerima makanan dariNya (secara hakikat, halal@haram) dan DAA dikaitkan dgn kaki. Tersenyum puas sy tika itu. Tapi apakah yg sy perolehi ini ada benarnya ?

Sy cari, sy cari, sy jumpa org tua, sy tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu membuak² ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk di mana airnya ber-buih² seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya, lamanya perjalanan, sy ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org tua' di atas sebuah bukit. Kawasan rumah kat situ berbukit. Kata orang tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnya di dalam tahiyat iaitu mengucap 2 kalimah syahadah. (Dan lagi, rupanya sudah ada orang yg menceritakan pasal tulisan ini, sy baru sampai dalam perjalanan.. :),)

Sy b'tanya lagi 'Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullulloh ?' Org tua berkata 'Iye hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita ini Muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur) Muhammad. Haaa gitu..' sambil dia tersenyum padaku.

Terangnya lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) Nabi Muhammad s.a.w, jadi apa yg kita lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad kita bahawa roh kita berasal dari cahaya Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu roma. Tapi bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita? Dapatkah kita merasai akan rasa apa yg dikatakan 'lazat' itu dengan setiap kali mendirikan solat? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya sahaja yg sama. Kalian bercakaplah dengan roh (hati) kalian.

Kini, apa yg sy perhatikan dengan bebola mata yg dikurniakan olehNya utk melihat adalah apabila sy terpandang manusia, sy ternampak tulisan jawi nama Nabi Muhammad s.a.w, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', sy ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad s.a.w. Kemana sahaja sy pergi, inilah yg sy nampak. Sy pandang org berpangkat, org kaya, org miskin, apa-apa org lagi, inilah yg sy nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM,DAA' ber-gerak² di atas alam ini. Tersenyum sendirian sy bila nampak gambaran kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia. Lepas tu, ada pulak org yg tanya, kenapa ko senyum sorang? Jawab je lah takde apa....

Maka benarlah, Nabi Muhammad s.a.w adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun baginda sudah wafat, namun tulisan nama baginda masih 'hidup'. (Berselawatlah). Akhir kata maaf dariku, penaip tulisan yg tidak bertauliah ini jikalau ada kekurangan dan kesilapan tatabahasa yg kalian tidak fahami. Mungkin gaya bahasanya kurang enak tapi itu tidak penting.. Asalkan apa yg disampaikan, sampai.....

Sekian untuk kali ini... Dunia kaitan.... Letakkanlah keyakinan kalian kepada Allah s.w.t. Sy hanya menukang kata di dinding blog ini..

- Nukilan : Kun Musafir Maya - 

8 comments:

  1. af1 akh..... gak begitu di faham

    dimana letak kemiripannya/////
    heheheee..........

    ReplyDelete
  2. salam,
    subhanallah...

    p/s: ana suka artikel2 kt blog ni ..

    ReplyDelete
  3. salam. maaf mencelah. bagi saye, ade lagi maksud tersirat pada huruf jawi MHMD tu..


    ingin kongsi bersama. tapi takut utk didedahkan, kerana xsemua orang bole terima isi2 tersirat di sebalik yang tersurat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. i2 rahsia allah.. x semua yg tahu dan bole terimanya... dan x boleh didedahkan sesuka ht...

      Delete
  4. ade fairus... :), betul tu, tidak semua jiwa boleh menerima ape yg tersirat..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...

    tak semua mampu dan boleh menerima ape yang tersirat spt penulisan saudara..saya suka..

    p/s: klau ada lg yg tersirat (tp sukar didedahkan)bleh tak gnakn private email?? sy ingin tahu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, apa yg cuba disampaikan penulis sampai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar