PERINGATAN UNTUK DIRI KUN MUSAFIR MAYA
BLOG :"Apabila kamu diberi, maka pemberian itu MENGGEMBIRAKAN kamu. Dan apabila kamu ditolak, maka penolakan itu menjadikan kamu SEDIH. Yang demikian itu menunjukkan masih ada sifat ke-anak²kan pada kamu dan belum ber-sungguh² dalam sifat KEHAMBAAN kamu kepada Allah".
Hilangkanlah sifat ke-anak²kanmu itu, lahirkanlah sifat kehambaan yg se-benar²nya kpd Allah s.w.t., dlm perjalanan menuju ke suatu 'destinasi', kamu sering dipersembahkan dgn pelbagai aneka nikmat dan bala dari Allah kan? Untuk apa itu semua? Akal boleh mencari maksud tersirat itu jika berfikir. Sebagai contoh, katakan kamu memandu di waktu malam, dlm satu perjalanan yg jauh, kamu sampai ke destinasi pada siang hari. Ingat tak dulu² kamu berkata "panasnye hari ini, apesal time aku nak balik nie panas pulak ", " aduuhhh... hujan lah pulak..., nak speed pun tak boleh nie, jalan licin ", " kalau aku tahu nak hujan tadi, takdelah rugi duit aku pergi basuh kereta tadi kat carwash tu " dan sebagainya. Jadi, dialog yg kamu sendiri pernah kata selama ini, menunjukkan ketidakselesaan kamu terhadap ketentuan yg Allah telah tentukan pada kamu untuk kamu harungi.
Semua ujian yg kamu lalui dan hadapi adalah untuk kamu sebenarnya dan tanpa kamu sedari yg dgn ucapan itu boleh mendatangkan bala pada diri sendiri. Bukan senang nak kikiskan semua ini dari hati, bukannya mudah seperti mudahnya mencurahkan air ke atas tanah yg kering rapuh... Nampak tanah yg kering itu, terus segar apabila dibasahi oleh air siraman dgn hanya satu siraman sahaja. Tidak begitu. Allah Maha Kuasa, sekelip mata Dia boleh buat apa saja pd kamu. Kamu milik-Nya. Bukannya semudah ber-kata². Nak kata mudah aje, katalah berapa banyak pun nak kata tapi nak faham, nak buat...... Hhhhmmmm.....
Gitu juga, kalau tika kamu sihat, tika kamu gembira, tika kamu senyum, tika kamu ketawa, lapisan perasaan itu semua sering hadir dalam diri kamu kan? Dan Blog tahu, sewaktu kamu sakit pula, sewaktu kamu sedih, kamu murung dan sebagainya sepertimana mata telah saksikan dan jasad tanggungkan. Ingat tak dulu, ketika kamu berjalan, kamu tersepak batu dan terus kamu katakan 'Adduuhhh !!!' tetapi cepat² kamu tukargantikan perkataan itu kepada 'Alhamdullillah' kerana kamu teringat pesanan seseorang pd kamu. Beliau berpesan, "Sebutlah 'Alhamdullillah' dalam apa jua keadaan yg menimpa kamu".
Bagaimana nak dapatkan satu keadaan yg tika sakit, tika sihat yg dgn mengalami sakit dan mengalami sihat itu menunjukkan tiada perubahan pada hati kamu? Macamana? Ingat, ingat, perlu tenang sepanjang menerima nikmat (gembira) dan bala (sedih). Tak perlu nak merintih, tak perlu ...
Kalau kamu masih bersifat seperti yg hati kamu sedang baca ni, iaitu tika sihat, gembira dan tika sakit, sedih. Maka sifat yg demikian itulah menunjukkan bahawa hati masih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan tiada kesungguhan dlm meng'hamba'kan diri kpd Allah s.w.t. Hal ini boleh juga disamakan seperti wataknya kanak² kecil yg selalu menuruti kemahuannya sendiri. Saksikanlah telatah kanak², kalau dia tak dapat, apa reaksinya ? Tapi tidaklah semua begitu..
Kamu ingatkanlah diri sendiri, kerana tiada siapa atau mungkin ada yg mengingatkan diri kamu. Blog nie sendiri pun tak tahu sampai bila ada kat dunia internet nie. Satu hari nanti, blog pun akan tamat jugak riwayatnya, macam kamu lah, kamu pun akan meninggal dunia nanti. Ingatlah Dia setiap saat. Korbankan sedikit masa. Kadang² kamu cuba mengingatkan diri kamu dgn cuba mengalihkan pandangan pada orang² yg sakit, orang² yg ceria... bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t dan sebarkan serta berikanlah peringatan pd diri sendiri dan sahabat². Tak boleh dgn lidah, dgn hati pun takpe. Nampak nikmat dan bala Allah pada mereka... Tapi yg penting, ambil-lah PENGAJARAN.
Mari kita teruskan perjalanan ini sama². Blog akan mengingatkan kamu selagi kamu mengunjungi blog ini dan selagi Blog tidak di'mati'kan oleh Allah s.w.t. Semua kuasa Allah s.w.t kan? Yaa.. Semuanya kuasa Allah s.w.t, selain Dia tiada siapa pun yg berkuasa. Kalau Allah s.w.t nak hancurkan talian internet nie pun, sekejap je sebab Dia Yang Maha Kuasa. Blog akan sentiasa menunggu dan menanti kedatangan kamu utk menukang kata di sini lagi...
"TIKA MENERIMA NIKMAT MERASA GEMBIRA dan TIKA MENERIMA BALA JADI SEDIH. INI PETANDA TIADA KESUNGGUHAN DLM MENGABDI DIRI KPD ALLAH"
- Bicara Blog dgn Kun Musafir Maya -
kun....macam mana nak terima bala tanpa sedih? susah la nak tipu hati ni
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekita anggap kedatangan bala itu menandakan akan ada sesuatu yg lebih baik sedang menuju kepada kita dari Allah. Pasti kita akan tersenyum. Kedatangan bala itu adalah untuk mengubah diri kita supaya kembali kepada jalan-Nya.