Monday, October 26, 2009

Mimpi : Kun di kawasan perkuburan

Blog izinkan Kun menceritakan mengenai mimpinya.

Kun : Assalamualaikum.....


Hatiku tergerak utk berkongsi dgn kalian semua tentang mimpi yg telah aku alami pd satu malam Jumaat yg telah berlalu. Malam itu agak berlainan, sebelum tidur aku telah mengambil wuduk dan terus berbaring. Sambil memerhatikan langit di luar jendela, akhirnya aku terlena....

Mimpi aku bermula .....

Sendirian aku berjalan di sebuah jalan yang tidak berturap (jalan tanahlah tu) dalam kegelapan malam tetapi masih ada cahaya bulan menerangi jalan tersebut. Aku melangkah menuju ke sebuah tempat yg aku sendiri tidak tahu. Sepanjang perjalanan itu, aku memberhentikan langkahku kerana aku memerhatikan satu kawasan perkuburan yg terletak di sebelah kananku. Aku perhatikan kuburan tersebut sambil berkata ' Suatu masa nanti, aku akan menyertai kalian semua '. Aku membaca surah ' Al-Ikhlas ' sebanyak 7 kali sebelum meneruskan perjalanan sebagai sedekah pd ahli kubur.

Baru saja kakiku mahu memulakan langkah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu kejadian aneh di kawasan perkuburan itu. Aku kaku. Tidak bergerak. Mata tetap memerhati. Di hujung kawasan perkuburan tersebut, timbul satu pentas dari perut bumi. Pentas itu agak tinggi dan di tengahnya terdapat anak tangga yg amat tinggi. Kuperhatikan di atas pentas tersebut, berdirinya 2 jasad manusia yang berpakaian jubah putih. Disebelah kanan pentas, seorang memegang trompet (satu alat tiupan) dan seorang lagi memegang kertas putih yg agak panjang, dia berdiri di sebelah kiri pentas. Dibelakang pentas itu terdapat 2 buah pintu, iaitu pintu kanan dan pintu kiri. Aku terus memerhati....

Org yg memegang trompet tadi, mula mengangkat trompetnye, dan mula meniup tetapi aku tak dpat dengar apa-apa. Selepas tiupan yg pertama itu, semua kuburan tadi berubah. Ada yg mengeluarkan kepulan asap putih yg banyak, ade yg mengeluarkan kepulan asap hitam, ade yg mengeluarkan api, ade yg runtuh, ade yg tercabut batu nisannya dan mcm² keadaan aneh lagi. Aku perhati dengan penuh perhatian. Sekali lagi, org yg berjubah putih yg memegang trompet itu meniupkan trompetnye. Lantas dgn itu, ahli² kubur tadi bangkit dari kubur dan bergerak menuju ke pentas. Pelbagai gaya pergerakkan yg aku lihat. Ade yg mengensot-ensot, berjalan menggunakan tgn, ada yg terbakar, ada yg lidah panjang ke bawah, ada yg berjalan seperti biase, ada yg terbang dan mcm² lagi.
Org berjubah yg berdiri sebelah kiri tadi mula memanggil nama-nama pd kertas yg dipeganngya. Seorg demi seorg dipanggil olehnya. Begini bunyinya " Si Nama A masuk pintu kanan, Si Nama B masuk pintu kiri " dan begitulah seterusnya.. Ahli kubur yg namanya dipanggil, mule menaiki tangga dan menuju pintu yg diarahkan. Dalam pada ketika nama dipanggil itu, aku memerhatikan terdapat juga ahli kubur yg cuba melarikan diri tetapi tidak dapat melepaskan diri walhal kawasan itu tidak dipagari. Aku cube membantu dan mula berlari mendapatkan 'org yg cuba melarikan diri itu'. Tiba-tiba dalam larian aku menuju kepada org itu, aku melanggar sesuatu benda yg keras sehingga aku terpelanting jauh. Aku tidak nampak apakah benda yg menghalang aku itu. Kepala aku terhantuk. Aku cube mendekati dan ingin mengetahui apakah benda keras yg menghalang aku tadi. Ya Allah... kawasan itu dipagari oleh sebuah dinding kaca yang amat tinggi menuju ke langit. Dinding apakah ini?

Aku memerhatikan sahaja ahli-ahli kubur tersebut dipanggil seorang demi seorg, sambil berkata di dlm hati dgn wajah yg sayu “ Maaf, aku tidak dapat membantu kamu semua.” Airmata mule mengalir dipipiku.

[... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ]
[......................................]

 Tiba-tiba aku terdengar satu bisikan suara berkata ' Kamu pulanglah dulu wahai anak muda, belum tiba masa kamu '.

Lantas aku terjaga dari tidur aku...

Aku mule brfikir mengenai mimpi aku..
Ya Allah... Kisah mimpi yg aku alami ada diceritakan dalam surah Yassin.
Ya Allah.... Selamatkanlah hamba Mu ini Dunia dan Akhirat.
Aku ingin berkongsi dgn kalian semua. Mungkin ianya satu peringatan bg diri aku dan mungkin bg diri kalian semua. Amin..

Ampunilah aku jika ada tersalah kata dan kata-kata yg kurang kalian faham.

Mimpi : Kun Musafir Maya

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar