Saturday, April 23, 2011

Disebalik Bentuk Perkataan 'Kiamat' - 3

Assalamualaikum...

Seni Kaligrafi Alam Dunia.

Alam Dunia. Dunia byk menunjukkan tanda² kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. Alam Dunia juga ada Seni Kaligrafinya, hanya kesempatan mata kita utk memandangnya. Misalnya, awan yg membentuk nama Allah. Peta Dunia (hasil lukisan manusia) juga membentuk nama Allah tetapi yg menampakkannya adalah cara Umat Manusia memandang sesuatu itu. Peta Dunia - lukisan yg dijadikan panduan oleh Umat Manusia utk mengetahui kedudukan/lokasi sesuatu tempat. Bentanglah peta dunia, dan lihatlah. Keberdirian kita atas daratan bumi, tiadakan nampak, keseluruhan bentuk mukabumi ini kecualilah dipandang dari tempat yg tinggi, dapatlah memandang apa yg ada di bawah. Kebulatan Bumi, sekali pandang tiadakan nampak apa yg ada dibelakangnya. Zahir mata ada had pandangannya. Cuba tgk gambar. Lukisanlah yg menunjukkan bagaimana rupabentuk daratan bumi ini dan dgnnya lagi, dapat mengetahui dan mengenali rupabentuk daratan Bumi itu. Umat Manusia nampak rupabentuk daratan bumi setelah melihat lukisan peta dunia. Lihat, yakin. Itulah bentuk daratan bumi. Inilah Dunia, nak lihat bukti dahulu, baru nak yakin. Sebab apa? Sebab Dunia ini penuh dgn tipu daya. Tak tengok dulu, tak percaya. Akhirat, nak lihat apa? Sedangkan Akhirat sendiri sesuatu yg ghaib. Disinilah terletaknya keyakinan kita kpd akhirat. Kita tak dpt melihat bagaimana keadaannya akhirat, tapi kita kena yakin bahawa Akhirat ada. Memandang sesuatu itu dengan pandangan yg betul mampu menampakkan sesuatu yg tersembunyi dan ianya juga dgn izin Allah. Al Quran ada memperingatkan :

(■ Dia lah yg telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yg ber-lapis²; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yg tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu²) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? ■)
- Al-Mulk, 3-

Maka, bagi yg ada penglihatan, pandanglah sentiasa kpd alam ciptaan Allah ini. Pandanglah dan fikirlah, apakah ada sebarang kekurangan/kecacatan pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah? Mengapa Allah menyuruh kita memandangnya ber-ulang²? Apakah yang ada disebalik pandangan itu?

Nama Allah pada peta dunia.

Pandangan terhadap sesuatu itu biasanya melantunkan pelbagai tafsiran kpd akal. Pandangan seseorang itu mungkin sama dan mungkin ber-beza² dan mungkin tidak sama langsung. Seperti Peta Dunia (yg dilukis), ada yg memandangnya sehingga menampakkan bentuk nama Allah di situ. Daratan yg tidak ditenggelami air itu membentuk nama Allah. Pandangan begitu telah meletakkan bahagian Timur di sebelah Kiri, tidak seperti pandangan sebelum ini. Tetapi kesamaannya masih ada iaitu perjalanan matahari masih lagi dari Timur ke Barat. Firman Allah s.w.t : 

(■ Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yg berhujah membantah Nabi Ibrahim (dgn sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yg kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kpd kaum yg zalim. ■)
- Al Baqoroh, 258 -

Dlm ayat ini, kebenarannya ialah kata² Nabi Ibrahim a.s yg mengatakan "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari Timur". Sains mengatakan pusingan Bumi dari Barat ke Timur iaitu arah pusingan yg melawan arah pusingan jam analog. (Kalau tgk jam digital tak nampaklah pusingannnya). Persoalannya, apakah ini cara yg betul memandang peta dunia atau cara yg diajarkan selama ini di sekolah? Lihat gambar, sekiranya kita berada diangkasa lepas, kita masih tak nampak seperti mana yg kita nampak pada Peta Dunia tu (imaginasi), sebab Bumi berbentuk bulat. Tulisan nama Allah yg dikaitkan dgn bentuk peta dunia itu, ianya bermula dari Barat ke Timur. Kaitkan pula dgn sains yg mengatakan pusingan Bumi bermula dari Barat ke Timur. Maka, Baratlah yg mengejar Timur seperti malam mengejar siang. Lihat firman Allah :

(■ (Dengan ketentuan yg demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap² satunya beredar ter-apung² di tempat edarannya masing². ■)
- Yaasiin, 40 -

Maka dari ayat ini, lahirlah satu kenyataan (kaitan) bahawa Barat tidak dapat mendahului Timur tetapi dari segi apa? Secara kulitnya, dari segi masa dan tarikh. Sebelah Barat kan lewat sedikit dari Timur. Pandanglah... Al Quran itu benar.

Bilakah masa datangnya 'KIYAMAT/QIYAMAT'?

Dlm hadis tanda² besar kiamat,  ada dicatatkan mengenai 3 kali gempa bumi yg akan berlaku sebelum Hari Kiamat tiba. Tetapi sebelum berlakunya 3 kali gempa itu, ada dicatatkan mengenai matahari terbit dari tempat tenggelamnya. Bilakah masa datangnya Hari Kiamat itu? Ini jawapannya :

(■ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yg dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". ■)
- Al-A'raaf, 187 -

Maka, apa jua ramalan yg ada pada sesetengah Umat Manusia yg suka mengkaji mengatakan kiamat akan berlaku pada masa (tahun, hari, tarikh) sekian² tidaklah boleh Umat Manusia Islam percaya kpd mereka kerana pengetahuan tentang 'masa' kejadian hari kiamat itu hanya ada di sisi Allah s.w.t. Letakkan keyakinan itu pada tempat yg benar, yakin pada manusia atau yakin pada Allah dan Rasul?

Huruf Qaaf(Q), Mim(M) dan Taa(T).
Bentuk perkataan 'kiamat' mempunyai 3 'lubang/ruang'. 3 'lubang/ruang' dikaitkan dgn tanda² besar sebelum berlakunya Hari Kiamat iaitu 3 kali gempa. Tetapi sekiranya dituruti turutan kejadian tanda² besar kiamat yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, sebelum kejadian 3 gempa ini akan berlaku kejadian di mana matahari terbit dari tempat tenggelamnya iaitu terbit dari Barat. Kalau dituruti sejarah, tiada lagi dicatatkan matahari terbit dari Barat. Keadaan itu belum berlaku lagi. Semuanya kuasa Allah s.w.t. Allah yg mengaturkan segalanya.
       Lihat gambar. Kaabah adalah Pusat Dunia/Pusat Titik Dunia. Pada pandangan kita sekarang pada peta dunia berkaligrafi bentuk nama Allah, sebelah kanannya adalah Barat dan sebelah kirinya adalah Timur. Dari kaitan bentuk perkataan 'KIAMAT' itu, secara kaitan, Huruf Qaaf mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Barat, Huruf Taa mewakili gempa yg akan berlaku di sebelah Timur dan Huruf Mim mewakili gempa yg akan berlaku di Semenanjung Arab. Maka di sini, kaitannya adalah 3 'lubang/ruang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' menceritakan 3 gempa bumi yg akan berlaku dan itulah tanda² besar hari kiamat. Apakah huruf Qaaf, huruf Mim dan Huruf Taa mewakili nama tempat di mana akan berlakunya gempa bumi itu?

(■ Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. ■)
- An Nuur, 44 -
  • Gempa 1, Qaaf - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf Q/K disebelah Timur/Barat?
  • Gempa 2, Taa - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf T disebelah Barat/Timur?
  • Gempa 3, Mim - Tempat apakah yg dimulai dgn huruf M di Semenanjung Arab?

Kaitan dihentikan di sini. Kaitan bukanlah satu kebenaran yg mutlak. Kaitan ini lahir dari sebuah pandangan. Sebuah keyakinan itu mesti diletakkan pada tempat yg benar. Keyakinan itu bukanlah tertuju kpd manusia atau kpd harta benda atau kpd selain dari Allah Ta'ala. Kebenaran terletak pd sabda Rasulullah s.a.w tentang tanda² besar Kiamat (sebelum berlakunya Kiamat) dan firman² Allah s.w.t. Bagaimana kita mahu menghasilkan sebuah keyakinan terhadap kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w dan Firman Allah s.w.t? Keyakinan yg benar adalah yakin dgn mutlak walaupun tidak melihat. Bila yakin buat, bukannya percaya tapi tak buat². Namun, kita manusia yg lemah, tiada daya upaya. Mohonlah kpd Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan ketahanan utk mentaati segala perintah-Nya. Di luar sana, ada antara Umat Manusia yg suka membuat kajian. Kita sering terbaca/membaca, terdengar/mendengar/, terlihat/melihat ada di antara Umat Manusia yg memeluk Islam disebabkan kajiannya bertepatan dgn apa yg ada dicatatkan di dlm Al Quran kerana Al Quran itu sebuah kitab yg benar sebenar-benarnya. Allah s.w.t telah beri hidayah melalui usahanya. Rukun Iman ke 5, adalah yakin kpd Hari Kiamat. Bagi yg menyakini akan kedatangan Hari Kiamat, buatlah persediaan. (Dan masih ada lagi beberapa kaitan yg tidak dinyatakan dlm artikel ini kerana kaitannya terlalu rumit).
        Kita perlu bersungguh² berusaha utk mewujudkan keyakinan di dalam hati. Apabila keyakinan wujud di dalam hati, ianya akan mengatasi segala-galanya kerana dalam hatinya, hanya Allah lah segala-galanya. Nabi s.a.w sentiasa memperingatkan bahawa Hari Kiamat itu telah dekat datangnya. Ingatlah kpd kata baginda 'telah dekat datangnya kiamat'. Ingat dan bersedialah, tidak perlu tunggu kpd pengetahuan bila berlakunya KIAMAT. Bagaimana pula keyakinan kita terhadap ayat Al Quran ini? Bila yakin, apa yg perlu kita lakukan?

"Telah hampir MASA datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)" - An-Najm, 57. 

Kemaafan dipohon, ini hanyalah sebuah kaitan....

*PERINGATAN*
"(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan Hari Kiamat):
"Ke manakah hendak melarikan diri?".
Tak usahlah bertanya demikian!
Tidak ada lagi tempat perlindungan!"
- Al-Qiyammah, 10-11.

- Nukilan : Kun Musafir Maya - 

Friday, April 15, 2011

Disebalik Bentuk Perkataan 'Kiamat' - 2


Assalamualaikum...


Mula dari Kanan.

Penceritaan bentuk perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini sebenarnya bermula dari gabungan bentuk huruf² Arab yg membentukkan perkataannya. MENULIS dan MEMBACA (dgn melihat) bahasa Arab adalah bermula dari kanan ke kiri tetapi apabila kita bercakap tanpa melihat dlm bahasa Arab, kita tak tahu mula dari arah mana (takde arah mula). Sy amat merasakan satu kerugian kpd diri sy kerana tidak mempelajari bahasa Arab, bahasa Jawi sy tahulah.. :), . Apa² sahaja di dunia ini, Umat Manusia perlukan panduan sebelum/untuk melakukan sesuatu. Buat jahat, buat baik, semuanya ada panduan. Panduan dari mana? Dlm Islam, byk perbuatan yg diajar bermula/dimulai/dimulakan dari kanan. Misalnya, Azan didengarkan pada telinga kanan bayi ketika lahir. Baca (dgn melihat) Al Quran dari kanan ke kiri, makan dgn tangan kanan (yg ada tgn kanan) dan byk lagilah. Disebabkan 'mula dari kanan' ini, terlalu byk hikmah yg tersembunyi, yg kadang² Umat Manusia sendiri tidak tahu, hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Rasul yg mengajarkannya. Di dalam Al Quran pun, perkataan 'KANAN' disebut terlebih dahulu daripada perkataan 'KIRI. Baca firman Allah:

(■ Semasa 2 malaikat (yg mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yg satu duduk di sebelah kanannya, dan yg satu lagi di sebelah kirinya. - Qaaf, ayat 17. ■)

Cuba sebut kiri dahulu baru kanan? Rasanya, bacaan ayat Al Quran tu tak tahulah apa jadi. Al Quran dipelihara oleh Allah. Itu jaminan dari Allah.

Arah Pergerakkan Baca/Tulis Perkataan Arab.

Menulis/membaca perkataan Arab bermula dari arah kanan ke kiri. (Cuba perhatikan gambar di sebelah ini). Menulis/membaca perkataan rumi bermula dari kiri ke kanan. (kilabret acab helob ualak ilaucek «). Baca tulisan pink tu dari kanan ke kiri. Pening kan? Sebab tak biasa. Orait. Lihat perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab. Dimulai dgn QAAF - YAA - ALIF - MIM - TAA, penulisan bergerak dari kanan ke kiri. Apabila disebut, akan terdengarlah bunyi perkataan 'KIAMAT/KIYAMAT/QIYAMAT'. Apabila tidak disebut, maka hurufnya sahaja yg tinggal iaitu 'KYMT/QYMT'. Lihat pula penanda 'Arah - Utara, Selatan, Timur, Barat' yg hampir semua Umat Manusia tahu akan penggunaannya. Disebelah KANAN, T(TIMUR). Disebelah KIRI, B(BARAT). Maka, pergerakkan jari semasa menulis perkataan 'KYMT/QYMT' berhuruf Arab adalah bermula dari kanan ke kiri atau dari timur ke barat.

'Ruang/lubang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT/QIYAMAT'.

Apabila bentuk huruf 'Q', 'M' dan 'T' disebut, 'Qaaf', 'Mim' dan 'Taa' akan didengar. Dalam penulisan perkataan (dgn sebutan) 'KIAMAT/QIYAMAT' berhuruf Arab, kita lihat ada 3 huruf yg menunjukkan 'lubang/ruang' pada 'diri'nya iaitu Huruf QAAF, MIM dan TAA. Cuba lihat gambar. Ada 3 'bulatan(lubang)' pada perkataan 'KIAMAT' ini. Seperti yg dikaitkan dgn 'arah pergerakkan' tadi, didapati huruf QAAF berada di sebelah TIMUR, huruf MIM berada di ANTARA TIMUR dan BARAT dan huruf TAA berada di sebelah BARAT. Apakah 'ruang/lubang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' ini menggambarkan sesuatu atau menceritakan sesuatu secara diam? Ini bukanlah satu kepastian, tetapi hanyalah satu kaitan.

Kaitan Huruf Qaaf(Q), Mim(M), Taa(T)

Dunia, kebiasaannya, kebiasaan Umat Manusia Dunia, apabila berlakunya gempa bumi, satu lukisan gelombang akan dilukis pada tempat berlakunya gempa bumi itu. (Cuba lihat gambar Japan quake, anak panah besar warna merah yg ditujukan pada ilustrasi gelombang yg dilukis pd tempat berlakunya gempa di Jepun - 11 Mac 2011 baru² ini). Dunia telah memilih bentuk lukisan tersebut utk mewakili tempat berlakunya gempa bumi. Sy aplikasikan penggunaan simbol gelombang tersebut dan sy letakkan pada 'ruang/lubang' huruf Qaaf(Q), Mim(M) dan Taa(T). Lihat gambar sebelah kiri.
  • Apa pula kaitan bentuk gelombang pada huruf² tersebut?
  • Apakah bentuk huruf Qaaf, Mim dan Taa pada perkataan 'KIAMAT' itu menceritakan apa yg tercatat di dlm hadis 10 tanda² kiamat besar?
  • Apakah bentuk bulatan (ruang) pada perkataan 'kiamat' itu menceritakan '3 kali gempa bumi' yg akan terjadi?
Allah Maha Mengetahui segalanya dan ini hanyalah sebuah 'kaitan'.

Hadis 10 tanda² kiamat besar.

Dan ini hadis tentang 10 tanda² kiamat yg besar, yg akan berlaku nanti (sebuah janji dari Allah s.w.t). 
(■ Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata : "Datang kepada kami Rasulullah s.a.w. dan kami pada waktu itu sedang ber-bincang². Lalu beliau bersabda: "Apa yg kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang Hari Kiyamat/Qiyamat". Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "TIDAK AKAN TERJADI HARI KIYAMAT/QIYAMAT sehingga kamu melihat sebelumnya SEPULUH(10) MACAM TANDA²NYA". Kemudian beliau menyebutkannya : "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga(3) kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab yg akhir sekali adalah api yg keluar dari arah negeri Yaman yg akan menghalau manusia kpd Padang Mahsyar mereka". - (H.R Muslim) ■ )

Cuba lihat gambar. Daripada susunan kejadian tanda² kiamat ini, yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :-
  • kejadian yg ke-7, Gempa bumi yg pertama akan berlaku di TIMUR.
  • kejadian yg ke-8, Gempa bumi yg kedua akan berlaku di BARAT.
  • kejadian yg ke-9, Gempa bumi yg ketiga akan berlaku di antara BARAT dan TIMUR (Semenanjung Arab).

PERINGATAN KEPADA UMAT MANUSIA !!! :

(■ Wahai UMAT MANUSIA, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya GEMPA HARI KIAMAT ITU SUATU PERKARA YANG AMAT BESAR. ■)
- Al Hajj, ayat 1 -

Allah s.w.t memperingatkan kpd kita 'BERTAKWALAH KEPADA-NYA'. Begitu juga di dunia ini, apabila ada orang mengatakan "ini adalah perkara yg amat besar, kita kena bla..bla..bla.. ", mengertilah kita bahawa perkara itu adalah sesuatu perkara yg perlukan perhatian/penelitian yg serius dan rumit serta kena berhati-hati dlm menguruskannya. Allah s.w.t memperingatkan, Hari Kiamat itu adalah satu perkara yg kita tidak boleh ambil remeh. Kena ada fikir juga utk Hari Kiamat, jangan tak fikir langsung. Bagi yg yakinlah, yg tak yakin adanya Hari Kiamat, nak buat macamana, semuanya ketentuan Allah s.w.t jua. Begitulah secara kaitan bentuk perkataan 'KIYAMAT/QIYAMAT/KYMT/QYMT' berhuruf Arab ini. Ada lagi beberapa kaitan dgn perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini. Maaf kpd semua, blog ini hanyalah tempat menukang kata. Segala urusan kembali kpd Allah jua. Jumpa lagi dalam artikel yg terakhir "Disebalik Bentuk Perkataan 'KIAMAT' - 3".

- Nukilan : Kun Musafir Maya -

Saturday, April 9, 2011

Disebalik Bentuk Perkataan 'Kiamat' - 1

Assalamualaikum....

■ Sembang²

       Pernah melihat tulisan khat/kaligrafi yg dilukis oleh manusia? Alaahh... Seni lukis huruf Arab/Jawi tu. Cuba tgk gambar kat tepi nie. Tgk gambar tu, rupanya se-akan² Umat Manusia Islam sedang duduk tahiyat dlm solat. Tgk lagi, ada tulisan berhuruf Arab. Tgk lagi, rupa²nya ianya adalah kalimah 2 syahadah. Kalimah 2 syahadah yg disusun utk membentuk Umat Manusia Islam yg sedang duduk tahiyat dlm solat. Dari gambar ini, perkataan yg berhuruf Arab dirupabentukkan untuk menceritakan sesuatu. Maka kita tahu, dalam tahiyat kita membaca 2 kalimah syahadah. Sesuailah gambar ini dgn apa yg dirupabentukkan. Itu dari segi senilukis manusia.
       Pernah melihat tulisan khat/kaligrafi yg dibentuk oleh Alam(dunia)? Dari segi seni 'alam' pula, awan putih pernah membentukkan nama 'Allah' berhuruf Arab yg jelas, nama Allah (Alif, Lam, Lam, Haa bukannya huruf rumi : 'A, L, L, A, H'). Dari gambar awan ini, perkataan yg dirupabentukkan oleh awan, memaparkan nama 'Allah'. Ianya jelas. Ada hikmah di langit. Apapun, semuanya kuasa Allah, manusia melukis, awan membentuk, semuanya kuasa Allah. Allah-lah segala-galanya.
Cuba renung tafsir ayat Al-Quran ini :
(■ "Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA SEBAGAI CIPTAAN YANG TIDAK MENGANDUNGI HIKMAH DAN KEADILAN; yang demikian adalah sangkaan orang² yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang² yang kafir itu dari azab neraka". - Saad, ayat 27. ■)

■ Dalam Ketenangan Timbul Fikir

       Persoalannya sekarang, kenapa awan juga membentuk nama Allah dgn huruf² Arab? Kenapa awan tidak membentuk nama 'Allah' dgn huruf Rumi? Siapa menguasai langit? Siapa menguasai laut? Siapa yg menguasai kesemuanya? Allah. Kita tahu, Al-Quran ditulis dlm bahasa Arab dgn huruf Arab. Awan sendiri memperlihatkan kpd kita nama 'Allah' berhuruf Arab. Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu tidaklah sia². Ada tujuan-Nya sebab Allah itu Maha Bijaksana. Siapa yg nak lawan kebijaksanaan Allah? Akal, Allah yg bagi. Allah yg bagi akal kpd kita. Allah-lah yg Maha Bijaksana. Hanya kita yg tidak tahu (bg yg tahu, tahulah) tapi Allah suruh kita gunakan akal utk memahaminya (Al Quran).

Setiap segala ciptaan Allah s.w.t itu ada hikmah dan keadilannya walaupun serumpun rumput yg tumbuh di atas batu. Hanya Allah s.w.t yg Maha Mengetahui sebab alam ini Allah yg punya. Kita nie duduk tumpang sahaja kat dunia nie . Dah duduk menumpang, kena tahulah apa yg patut dibuat terhadap Pemiliknya.

Tidak Ada Apa Pada Rupa?

Lihatlah di dunia ini, pelbagai bentuk rupa huruf ditulis/dicetak/dipersembahkan tetapi bila Umat Manusia Islam tgk/baca nama 'Allah' yg ditulis dgn abjad Arab, semua Umat Manusia Islam tahu/kenal tulisan tu, tidak kira apa bangsa sekalipun. Dari gambar yg awal tadi di atas, kita tgk rupanya manusia tetapi tulisannya '2 kalimah syahadah' dan bukan tulisannya 'manusia'. Sy ambil gambar tu sebagai contoh. Itu seni tulisan. Maka, TIDAK ADA APA PADA RUPA? Betul ke?  "Tiada apa pada rupa(wajah) yg penting adalah hati". Itulah ayat yg pernah kita dengar di dlm dunia ini bila dikaitkan dgn manusia. Tetapi jangan kita lupa, bahawa yg me'rupa'kan wajah itu adalah 'hati'. Maka, PADA 'RUPA' WAJAH, ADA SESUATU. Ianya dapat dikenali melalui tanda² bagi orang yg dapat mengenali tanda² pada wajah itu. Tetapi kebiasaannya, orang yg dapat mengenali tanda² pd wajah itu, hanya mendiamkan diri kerana mungkin ilmu yg dikurniakan oleh Allah kepadanya itu hanyalah utk dirinya sahaja. Kuasa Allah, apa saja boleh berlaku. Allah boleh pilih siapa sahaja yg Dia kehendaki.
       Kembali pada gambar tadi. Bila kita teliti gambar tu, gambar seni lukisan khat itu sedang memaparkan '2 kalimah syahadah'. Bila kita tgk kalimah 2 syahadah itu, kita nampak huruf² Arab. Maka, susunan huruf² Arab itulah yang me'rupabentuk'kan bentuk manusia tu. Apa pula yg ada pada bentuk huruf² Arab itu? PADA RUPABENTUK HURUF ARAB, ADA SESUATU.

■ Kaitan bentuk huruf Arab di dalam Al Quran

       Nah... Sekarang kita lihat pula bentuk huruf Arab yg ditulis/dicetak di dlm Al-Quran. Bila kita baca Al-Quran, kita tengok tulisan ayat tu, kita tahu apa maksudnya bila ditafsirkan ke dlm bahasa yg kita faham (bg yg tahu berbahasa Arab, beruntunglah, tak perlu tafsir dah). Cuba lihat bentuk huruf abjadnya. Apakah bentuk huruf Arab atau bentuk perkataan Arab itu juga menceritakan atau menggambarkan sesuatu? Apa yg sy nak sampaikan di sini hanyalah kaitan. Terlalu banyak ilmu yg tidak diajar di pusat pengajian, maka dari itu timbullah kata² 'PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK'. Ye lah dah takde sape yg ajar, pengalaman yg ajar. Sy teringat kpd kata² seorang pengamal berkata “Dalam dunia ini semuanya berkait dan ada kaitannya walaupun gugurnya sehelai daun cuma kita tidak tahu apakah maksud/petanda disebalik itu, lagi dia mengatakan Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia dan Allah itu Maha Hebat dan Bijaksana”. Dulu, ada sy menaip di dlm artikel 'Lukisan Bentuk Tubuh Manusia'. Untuk artikel ini sy memilih perkataan 'KIAMAT'.

■ Perkataan ‘KIAMAT @ QIYAMAT”.

Jika kita tulis perkataan KIAMAT ini dgn Huruf Rumi, kita akan lihat huruf Rumi lah ‘K.I.A.M.A.T’. Semua Umat Manusia tahu perkataan ini. Cuba kita tulis perkataan KIAMAT guna Huruf Arab. Apa yg kita lihat? (Cuba lihat gambar disebelah tu). Inilah ejaan KIAMAT dlm bahasa Arab, huruf Arab. Sy melihat bentuk huruf abjad Arab/Jawi ini adalah satu bentuk huruf yg unik berbanding dgn bentuk huruf yg lain (bagi sy). Pasal yg utamanya kitab Al-Quran diturunkan dlm Bahasa Arab dan ditulis dgn menggunakan abjad Arab (seluruh dunia). Mesti ada sebabnya. Firman Allah : 

(■ Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat²nya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang² yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. - Fussilat, ayat 3. ■)

Kalau kalimah Bismillah ditulis dgn Huruf Rumi (sebutannya), beginilah jadinya "Bismillahirohmanirrohim". Lihat gambar di sebelah. Kalau ditulis dgn huruf lain sekalipun, macam² bentuklah jadinya tetapi bacaannya tetap sama (terpelihara). Allah tahu semua bahasa, semua huruf². Apa sahaja, Allah tahu. Apa yg sy nak kaitkan di sini adalah sesuatu maklumat itu kadang² ada pada bentuk perkataan Arab atau huruf Arab. Yg tinggal samada maklumat kaitan itu benar atau tidak dgn apa yg dikaitkan. Itu sahaja. Ada juga sangkaannya benar tapi kepastiannya? KEPASTIAN ITU HANYA BERLAKU APABILA PERKARA YG DISANGKAKAN ITU BENAR² TERJADI. Sebab ada juga terdengar mulut manusia mengucapkan 'aku dah agak dah, mesti jadi macam nie' apabila perkara yg diagak itu benar² terjadi.Apakah itu 'klu' bagi sesebuah jawapan yg dicari?
       Lidah sering perkatakan, ‘Nak kiamat dah agaknya’ atau ‘Kiamat nak dekat dah nie’ atau ‘Tanda² kiamat banyak dah sekarang’… Apapun yg diucapkan, itu semua adalah peringatan yg secara tidak langsung bagi yg sentiasa ingat pada 'Hari Akhirat' dan juga bg yg risaukan diri mereka (bimbang tak sempat utk perbaiki diri termasuklah diri sy). Al Quran adalah sebuah kitab yg penuh dgn hikmah² dan segala apa yg tercatat di dlmnya adalah maklumat yg terpelihara walaupun hanya satu 'titik' ditulis di dlm Al Quran. Bila sebut terpelihara, maka tak akan ada sedikit pun kecacatan pada maklumatnya. Ditinggalkan Al Quran kpd kita, untuk kita mengambil tahu apa yg ada di dalamnya dan fahamkan. Tafsir Al Quran :

(■ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah² keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat² - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara). - A-li'Imraan, ayat 58. ■)

Cuba fahami kata² org sufi nie :
■ Hakikat huruf ialah Alif
Hakikat huruf Alif ialah Titik 
Hakikat titik ialah Dakwat 
Hakikat dakwat ialah Cecair 
Hakikat cecair ialah Debu²an (atom²) 
Hakikat debu²an (atom²) ialah Unsur 
Hakikat unsur ialah Cahaya Allah ■

Dan sy berpaut pada 'dahan' Al-Quran ini, Firman Allah s.w.t ini dan kaitkan dgn kata² di atas:

"Dan bagi Allah jualah HAK milik SEGALA yang ada di LANGIT dan yang ada di BUMI, dan kepada Allah jualah DIKEMBALIKAN SEGALA urusan." A-li'Imraan, ayat 109.

Berpaut pada dahan 'Al Quran'? Nak gugurkan 'buah'nya ke? Apakah maklumat perkaitan yg ada disebalik bentuk perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini? Mohon maaf dari semua sekiranya ada yg rumit. Jumpa lg dalam artikel yg ke-2 : Disebalik Bentuk Perkataan 'Kiamat' - 2

- Nukilan : Kun Musafir Maya -

Sunday, April 3, 2011

Aksi Pertama Iblis

Assalamualaikum...

       Nabi Adam a.s adalah manusia pertama diciptakan dari tanah. Tapi yg ini, adalah kisah tentang usaha pertama Iblis buat tipu daya terhadap Nabi Adam a.s (manusia). Dipendekkan cerita, setelah Iblis tidak 'sujud' kpd Nabi Adam a.s (ingkar perintah Allah s.w.t). Iblis telah berjanji kpd Allah s.w.t bahawa dia akan membuat tipu daya terhadap manusia hingga Hari Kiamat. Keingkaran Iblis ini ada dicatatkan di dlm Al Quran. (■ Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yg menyekatmu drpd sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik drpd Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." - Al-A'raaf, 12 ■). Iblis tak sujud sebab dia rasa dia lebih baik dari Nabi Adam a.s, tak sujud, maka ingkarlah dia kpd perintah Allah s.w.t.
       Disebabkan keingkaran Iblis terhadap perintah Allah, Allah usir dia dari Syurga. Ini dicatatkan dlm Al Quran, (■ Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yg terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yg menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dgn (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;" - Al-A'raaf, 18 ■) dan Allah juga melarang Adam dan Hawa, (■ Allah berfirman : "Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya se-puas²nya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang² yg zalim" - Al-A'raaf, 19. ■)
       Setelah Iblis tersingkir dari singgahsana kebesarannya, dia mula menunjukkan RENCANA PENYESATANNYA kpd Adam dan Hawa yg sedang hidup berdua di Syurga yg TENTERAM, DAMAI dan BAHAGIA. Setelah dihalau keluar, Iblis mengancam utk menghasut Adam dan Hawa akibat terdorong oleh RASA IRI HATI dan DENGKI terhadap Adam. Pembangkangan itu menjadi sebab sampai IBLIS TERKUTUK dan TERLAKNAT SE-LAMA²NYA.
  • Bagaimana pula dgn kita yg membangkang perintah² Allah s.w.t? 
  • Apakah kita tahu akan semua perintah² Allah s.w.t?
  • Apakah yg Allah s.w.t suruh kita buat dan kita tinggalkan?
  • Apakah kita sudah melakukan semua perintah²-Nya dan tetap melakukannya?
  • Fikir...
■ Kata² Memujuk Yg Jahat.

Iblis menyatakan kpd Adam dan Hawa bahawa "DIA ADALAH KAWAN MEREKA" dan "INGIN MEMBERI NASIHAT" serta "PETUNJUK UNTUK KEBAIKAN" dan juga "KELESTARIAN KEBAHAGIAAN" mereka. Ini telah dicatatkan dlm Al Quran,(■ "Dan ia bersumpah kepada keduanya (dgn berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yg memberi nasihat kpd kamu berdua" - Al A'raaf, 21. ■)

Nah.. lihatlah tulisan merah itu, semua kata² adalah yg baik² dari segi maknanya tetapi disalahgunakan oleh Iblis. Disebalik kata² yg diucapkan oleh Iblis, tiada ketahuan apakah muslihat Iblis. Kita haruslah kenalpasti dgn se-benar²nya sebelum melakukan/menuruti sesuatu itu. Sangka baik pun sangka baik jugak tapi kena hati² pasal dunia ini penuh dgn tipu daya. Di dlm kebaikan yg kita sangka itu ada kejahatan yg boleh membawa kita kpd celaan Allah s.w.t terhadap kita. Termakan 'pujuk rayu'.
      Fikir positif? Boleh fikir tapi nak ikut ke kalau itu tipu daya? Tahu ke yg itu adalah 'tipu daya'. (Ikutlah kebaikan yg ada diceritakan dlm Al Quran dan Sunnah). Yg masalahnya, akhirnya apa yg kita ikut itu kita tak tahu.... Fikir positif boleh je, sebab setakat fikir sahaja... Semua orang boleh fikir positif tapi yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Sangka baik pun kadang² tidak boleh memenuhi sesuatu kebenaran. (■ Firman Allah s.w.t : "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." - Yunus, 36. ■)

Sebab itu kita dituntut untuk mencari/mendapatkan ilmu agama, untuk mengenalpasti 'tipu muslihat' dan bertakwalah. Nabi s.a.w pun berpesan, selagi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, kita tidak akan tersesat. (■ Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya orang² yg bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dgn itu mereka nampak (jalan yang benar)." Al-A'raaf, 201. ■). Untuk itu, kita perlu bertakwa kerana ianya akan membawa kita ingat kpd Allah. Ketakwaan itu membuat kita ingat kpd Allah. Dalam ketakwaan itu, terlalu byk hikmahnya, InsyaAllah.

■ Kata² digunakan utk mendapatkan kepercayaan.

SEGALA CARA dan KATA² HALUS digunakan oleh Iblis utk mendapatkan KEPERCAYAAN Adam dan Hawa bahawa dia BETUL² JUJUR DLM NASIHAT² dan PETUNJUK²NYA kpd mereka. Dia membisikkan kpd mereka bahawa LARANGAN Allah s.w.t kpd mereka dari memakan buah² yg ditunjuk itu adalah kerana dgn memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi MALAIKAT dan AKAN HIDUP KEKAL. Nah.. lihat, nampak tak disebalik larangan Allah s.w.t itu ada keuntungan yg dinyatakan oleh Iblis tetapi ianya adalah TIPU !!!. (■ Allah berfirman : "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yg (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". Al-A'raaf, 20 ■). 
       Iblis mengulang-ulangi PUJUKANNYA dgn se-kali² menunjukkan akan harum baunya pohon yg dilarang itu, indah bentuk buahnya dan lazat rasanya, sehingga pada akhirnya TERMAKANLAH PUJUKAN YG HALUS ITU oleh Adam dan Hawa dan DILANGGARLAH LARANGAN Allah s.w.t. Iblis cuba memujuk dgn meng'umpan' keindahan² yg ada pada apa yg dilarang oleh Allah s.w.t itu supaya kita tertarik utk mengikutinya. Bagaimana pula dgn manusia? Ada. (■ Allah s.w.t ada berfirman : "Dan di antara manusia ada orang yg ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras." - Al Baqoroh, 204. ■). Nah... Lihat, memang ada manusia macam itu... Kita boleh kenal ke? Kenal lah melalui kata²...

Celaan Allah s.w.t terhadap Adam dan Hawa.

Allah s.w.t MENCELA PERBUATAN MEREKA itu dan berfirman : "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan makan dari buahnya dan tidakkah Aku telah INGATKAN KAMU BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUHMU YANG NYATA?".
  • Apakah kita mendengar celaan Allah s.w.t terhadap kita? TIDAK.
  • Apakah kita INGAT kpd larangan Allah s.w.t ketika 'Iblis' sedang memujuk rayu kita?
(■ Firman Allah : Dengan sebab itu dapatlah ia (Iblis) menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing², dan mereka mulailah menutupnya dengan daun² (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" - Al-A'raaf, 22. ■)

       Apabila Adam dan Hawa MENDENGAR firman Allah s.w.t itu, maka SEDARLAH bahawa mereka telah MELANGGAR PERINTAH Allah s.w.t  dan bahawa mereka telah melakukan suatu KESALAHAN dan DOSA YG BESAR. Seraya menyesal berkatalah mereka : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu, kerana TERKENA PUJUKAN Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong dalam GOLONGAN ORANG² YG RUGI bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami".

Inilah kisah pertama, usaha Iblis, aksi Iblis membuat tipu daya kpd Nabi Adam dan isterinya, Hawa. Iblis berjaya dlm usaha pertamanya. Dari kisah ini, penganiayaan terhadap diri sendiri (perbuatan diri sendiri) boleh mengundang musibah kpd diri sendiri. Iblis tidak akan berhenti dalam usahanya untuk menghasut kita. Usahanya bermula selepas sahaja keingkarannya mentaati perintah Allah s.w.t. Mereka pakar dalam membuat tipu muslihat tetapi Allah Maha Menggagalkan Tipu Muslihat. Tipu daya yg halus sehalusnya. Ye lah, bayangkanlah sudah berapa lama Iblis buat kerja tipu muslihat tu. Itu sahaja kerja dia. Tapi Allah s.w.t Maha Mengetahui. Sekiranya kita ketahui, kita tahulah bahawa itu tipu daya. Mohonlah perlindungan dari Allah s.w.t. InsyaAllah... Selamatlah.... Kisah ini juga kita ketahui dari Nabi s.a.w yg telah menyampaikannya kpd kita (selawatlah) melalui usaha dakwah baginda. Kalau Nabi s.a.w tidak sampaikan pd org² yg terdahulu, mungkin ianya tidak sampai kpd kita. Dan sesuatu peringatan itu akan terus 'bergerak' apabila ada yg menyampaikannya.
       Timbulkan fikir, kenapa kita dilanda musibah? Dan bukannya dgn cepat menyalahkan orang lain. Apakah sebelum dilanda musibah itu kita ada melanggar perintah Allah s.w.t? Kalau kita ada langgar perintah Allah s.w.t, tidak patutlah kita salahkan orang lain. Bila fikir, baru ada SEDAR. Bila dah SEDAR, buatlah pengakuan di hadapan Allah s.w.t. agar Allah s.w.t mengampuni dosa kita supaya kita tidak termasuk dlm golongan org² yg rugi. Kalau tak fikir, tak ada lah sedar. Kita fikir kita untung (tidak melakukan kesalahan) di dunia tetapi hakikatnya, kita berada dlm kerugian. Itu yg bahaya. Apa pun, hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
       Kadang² musibah tu boleh jadi dugaan atau pun cubaan utk hamba-Nya.... Yg tak dapat musibah pun, boleh jadi Allah s.w.t telah biarkan mereka 'suka hati lah nak buat apa pun'.... Janganlah pula berdoa minta musibah. Sama² kita fikir....  dan segala kata² di dinding blog ini adalah peringatan utk diri sendiri yg pertamanya dan selanjutnya, adalah perkongsian...... Terlalu banyak kekurangan yg ada pada diri ini dan kata² pd blog ini adalah sebagai perangsang utk diri ini, meneruskan perjalanan ini dan bukannya utk mengajar kerana diri ini tidak layak sama sekali utk tujuan itu.

Amaran Allah :
"Dan orang² yang mendustakan ayat² Kami, Kami akan menarik² mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut CARA YANG MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA." 
- Al-A'raaf, 182 -
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar