Tuesday, December 31, 2013

Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5


    Dunia ini tempat kesusahan. Tidak kira sesiapapun, pasti ada merasai kesusahan di dalam hatinya, di dalam kehidupannya. Dalam kerja sehariannya, dalam urusan sehariannya dan dalam apa juapun, pasti ada merasai kesusahan samada sedikit atau banyak. Sebab apa ye? Sebab memang Allah ciptakan dunia ini adalah tempat untuk merasai kesusahan. Susahnya untuk amalkan agama dalam kehidupan seharian sebab dunia sentiasa membuat tipu daya. Itulah cabaran sebenar dalam kehidupan. Namun, Kesusahan Hari Ini (Untuk Agama Islam) adalah Kesenangan Yang Tiada Tara Untuk Hari Esok (Akhirat). Satu saat nanti kamu akan mati juga. Tapi bila? Hanya Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan kamu. Tapi bila? Hanya Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan kamu. Maka, setiap masa kamu kena bersedia untuk menghadapi kematian.
    Aku menulis apa yg aku suka tulis. Yg benar, ambillah... Yg tidak benar, tinggalkanlah. Aku menulis hanya melepaskan apa yg ada difikiran dan bukannya untuk aku mencari apapun dgn penulisanku ini. Telah diketahui bahawa di akhirat nanti, semua apa yg kamu buat di dunia ini, akan dihisab (dibalas). Walaupun perbuatan itu hanya sebesar zarah (betapa kecilnya, betapa halusnya), di akhirat tetap diambilkira akan balasannya. Namun, apapun, silalah meneguri aku sekiranya kalian ada terkesan kesalahan dan kesilapan aku. Artikel ini bertajuk "Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5". Hiasan nama Allah dan nama Muhammad yg biasa kita lihat pada dinding² rumah, juga ada pada nombor '6236'. Mari aku tunjukkan.
         
1. Hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' berhuruf Arab.
    Hiasan nama yg aku maksudkan adalah hiasan yg biasanya mempamerkan 2 nama yg ditulis dgn huruf Arab iaitu nama Allah dan nama Muhammad. Pada hiasan tersebut, nama Allah diletakkan di sebelah KANAN dan nama Muhammad diletakkan di sebelah KIRI. Lihat gambar di bawah. Kadang², apabila mata melihat hiasan di bawah, baru lah seseorang manusia itu ingat kpd Allah dan ingat kpd Nabi Muhammad s.a.w. Hiasan nama itu adalah untuk mengingatkan kita bahawa 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH'.


    Selain dari itu, bagi umat Islam yg mengetahui, Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah. Dan juga kata² 'Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah', diabadikan dalam bentuk hiasan. Tidak pernah berpisah akan 2 nama itu dan tidak pernah berubah susunan itu. Dari sudut PENGLIHATAN, begitulah yg biasa di lihat. Ok. Cuba lihat sekali lagi hiasan di bawah.


    Bagaimana? Nampakkan? Bahawa nama Allah di sebelah KANAN dan nama Muhammad di sebelah KIRI. Nama Allah dan nama Muhammad, tidak terpisah pada hiasan. Pergilah ke manapun dan apabila kamu lihat hiasan itu, kamu akan dapati ke dua-dua nama itu tidak terpisah dalam 'hiasan'.
    Dipanjangkan fikir dan datanglah rasa, bahawa dalam kehidupan kita, tidak lengkap hidup kita, jika kita tidak ingat pada Allah s.w.t., tidak ingat kpd Nabi Muhammad s.a.w. Memang Nabi Muhammad s.a.w. adalah KEKASIH Allah, tetapi jangan kita lupa bahawa kita semua adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Moga² Allah MENGASIHI kita juga dan moga² kita juga dapat menjadi KEKASIH Allah. Orait. Itulah hiasan yg biasa dilihat. Namun, apakah hiasan di atas itu hanya sekadar perhiasan sahaja? Dari pemerhatian aku pada hiasan di atas, dapatlah aku taip begini;
  • Pada hiasan berhuruf Arab itu, Nama Allah [Alif Lam Lam Ha - ALLH] diletakkan di sebelah KANAN.
  • Pada hiasan berhuruf Arab itu, Nama Muhammad [Mim Haa Mim Da - MHMD] diletakkan di sebelah KIRI.
  • Pada hiasan itu berhuruf Arab itu, 2 nama itu TIDAK PERNAH BERPISAH.
  • Pada hiasan berhuruf Arab itu, ada mesej yg tersirat.

A a.. Ianya bukan sekadar hiasan sahaja. Ada sesuatu yg tersirat di sebalik hiasan itu. Itulah hiasan yg biasa dilihat. Ada ke hiasan nama Allah dan nama Muhammad yg tak biasa di lihat? Ada. Nanti aku tunjukkan.

2. Hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' Pada Nombor '6236'
    Kamu telah melihat hiasan nama Allah dan nama Muhammad ditulis dgn menggunakan huruf² Arab tetapi hiasan pada nombor '6236' ini tidak ada lagi huruf² Arab. Yg ada hanyalah angka² sahaja. Nama² yg berhuruf Arab itu, aku tukar ke dalam bentuk yg berlainan yakni nama² itu aku tukar kpd bentuk 'angka'. Nanti aku tunjukkan apa kaitannya pada nombor '6236'. Apakah nombor '6236' itu?


Ya.. Nombor '6236' ini adalah nombor yg mewakili jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Bagaimana pula aku kata ada hiasan nama Allah dan nama Muhammad pada nombor '6236'? Ini hanyalah kaitan. Kaitan yg mengongsikan sesuatu. Ok. Masih ingat kpd 'Nilai Geomatrik Huruf Arab' seperti di bawah?


Apakah nilai huruf Arab "Alif Lam Lam Ha" yg membentuk nama Allah?
1. Ejaan nama Allah dalam bahasa Arab : Alif Lam Lam Ha
2. Lihat nilai geomatrik huruf Arab pada jadual.
3. Eja 'Alif Lam Lam Ha', Sebut, "Allah".
4. Nilai Alif = 1, Nilai Lam = 30, Nilai Lam = 30, Nilai Ha = 5
5. Nilai pada huruf nama Allah, Alif + Lam + Lam + Ha = 1 + 30 + 30 + 5 = 66
6. Jumlah nilai geomatrik huruf Arab yg membentuk nama Allah adalah 66.

Apakah nilai huruf Arab "Mim Haa Mim Da" yg membentuk nama Muhammad?
1. Ejaan nama Muhammad dalam bahasa Arab : Mim Haa Mim Da
2. Lihat nilai geomatrik huruf Arab pada jadual.
3. Eja 'Mim Haa Mim Da', Sebut, "Muhammad".
4. Nilai Mim = 40, Nilai Haa = 8, Nilai Mim = 40, Nilai Da = 4
5. Nilai pada huruf nama Muhammad, Mim + Haa + Mim + Da = 40 + 8 + 40 + 4 = 92
6. Jumlah nilai geomatrik huruf Arab yg membentuk nama Muhammad adalah 92.

Ok. Sekarang, sudah dapat nilai geomatriknya. Lihat di bawah.

 
Ok. Maka, dari hasil campuran di atas, didapati nilai huruf Arab bagi nama Allah adalah 66 dan nilai huruf Arab bagi nama Muhammad pula adalah 92. Sekiranya, huruf² 'mim haa mim da' dan 'alif lam lam ha' dihias dalam bentuk angka², ianya menjadi seperti di bawah:


Hhhmm... Tiada huruf kan? Nombor² itu datangnya dari hasil campuran nilai² geomatrik huruf Arab. 92 mewakili huruf² 'mim haa mim da' dan 66 mewakili huruf² 'alif lam lam ha'. Tapi siapa yg akan faham kalau dipamerkan begitu? Sebabnya tidak biasa melihat. Alah macam kita tengok nombor plat kereta lah. Tengok nombor plat sahaja, kita dah kenal dah siapa pemilik kereta itu. Kan? Itu pemilik kereta yg kita kenal lah. Tengok nombor plat, kenal pemilik kereta. Itu contoh.
   Ok. Sekarang... Kembali kepada tajuk artikel ini, 'Hiasan nama Allah dan Muhammad ada pada 6236'. Sudah aku tunjukkan bahawa '92' adalah nombor yg mewakili huruf² Arab yg membentuk nama Muhammad dan '66' pula, adalah nombor yg mewakili huruf² Arab yg membentuk nama Allah. Jadi kembali kepada soalan, apakah pula angka yg mewakili nama Muhammad dan nama Allah pada nombor '6236'? Maka, untuk mendapatkan angka itu, aku kecilkan nilai pada '92' dan pada '66' di mana;

Mim Haa Mim Da = 92, 9 + 2 = 11, 1 + 1 = 2
Alif Lam Lam Ha = 66, 6 + 6 = 12, 1 + 2 = 3

Setelah aku buat begitu dapatlah nilai yg baru iaitu nilai 2 mewakili Mim Haa Mim Da (nama Muhammad) dan nilai 3 mewakili Alif Lam Lam Ha (nama Allah). Hiasan nama Allah dan nama Muhammad Ada Pada '6236' boleh dilihat seperti di bawah:


Nah.. begitulah.... Jadi seperti mana kamu memandang hiasan nama Muhammad dan nama Allah pada dinding yg dihias, begitulah juga yg ada pada nombor '6236'. Jika kamu memandang nombor '6236' itu seperti mana kamu memandang hiasan berhuruf Arab tadi, kamu akan dapati angka 2 (mewakili nama Muhammad) berada di sebelah 'KIRI' kamu dan angka 3 (mewakili nama Allah) berada di sebelah KANAN kamu. Masih tidak terpisah nama² itu pada nombor '6236'. Disebelah KIRI diletakkan nama MUHAMMAD [MIM HAA MIM DA] dan di sebelah KANAN diletakkan nama ALLAH [ALIF LAM LAM HA]. Maka, telah aku tunjukkan bahawa hiasan nama 'Allah' dan nama 'Muhammad' ada pada nombor '6236' tetapi ianya dalam bentuk angka² seperti di atas.

  • Angka 2 mewakili nama MUHAMMAD; dan
  • Angka 3 mewakili nama ALLAH.

    Dari pemerhatian, secara tersiratnya, nilai angka 3 lebih besar dari nilai angka 2 dan itu menunjukkan bahawa Allah Maha Kuasa, Tuhan Semesta Alam. Allah lah yg menurunkan ayat²Nya yg berjumlah 6236 itu kpd Nabi Muhammad s.a.w dan diabadikan di dalam Kitab Al Quran untuk dijadikan pelajaran dan diambil pengajarannya oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. Ada lagi yg tersirat ke? Ada. Mari aku tunjukkan.

3. Ketersiratan hiasan berbentuk angka '2' dan '3' pada '6236'.
    Maaf dimohon kerana aku suka fikir perkara² macam ini. Aku memandang hiasan di dinding rumah, di dinding masjid, di dinding surau serta di dinding² yg ada hiasan itu dan aku berfikir, Kenapa manusia letakkan nama Allah di sebelah KANAN dan nama Muhammad diletakkan di sebelah KIRI? Aku fikir lagi, mungkin di tempat lain pun ada hiasan yg begitu tapi di mana? Antaranya, aku telah tunjuk bahawa hiasan nama Allah dan nama Muhammad itu juga ada pada nombor '6236' tetapi ianya dalam bentuk yg berlainan (bentuk angka).
    Fikir itu datang dgn sendiri. Maafkan aku. Dan aku fikir lagi, takkan lah sekadar hias macam nie je, mesti ada sesuatu yg tersirat di sebalik hiasan nama ini, yg dapat aku fahami. Bila aku faham, aku kongsi. Aku fikir lagi... Itulah.. Di mana lagi adanya hiasan nama Allah dan nama Muhammad ini? Pada dinding sudah ada, pada nombor '6236' pun sudah ada. Di mana lagi adanya hiasan nama Allah dan nama Muhammad ini? Cuba pandang hiasan di bawah.


    Sambil memandang hiasan di atas, cuba letakkan tangan kanan kamu di dada kanan, katakan "di sini HATI". Ouh.. nama Allah di Hati. Letakkan pula tangan kiri di dada kiri dan katakan "di sini JANTUNG". Ouh.. nama Muhammad di Jantung. Pada dada kamu, di sebelah kanan, ada HATI di dalamnya dan di sebelah kiri, ada JANTUNG di dalamnya. Seperti mana yg kamu lihat pada hiasan nama Muhammad dan nama Allah yg tidak terpisah, begitulah juga TIDAK TERPISAHNYA JANTUNG DAN HATI KAMU. Nabi Muhammad s.a.w itu adalah KEKASIH Allah. Bagaimana sekiranya jantung dan hati kamu, kamu gunakan untuk kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w? Apakah Allah tidak mengasihi kamu sekiranya kamu kasih kpd KEKASIH Allah? Moga² Allah juga mengasihi kamu. Sebab itu Nabi s.a.w pernah bersabda:

Dari Anas r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya."

   Kenapa perlu mencintai Rasulullah s.a.w lebih dari kedua orang tuanya? Lebih dari anak²nya? Lebih dari manusia semuanya? Sebab Rasulullah s.a.w telah banyak memberi petunjuk kepada kamu untuk menyelamatkan kamu dari kesesatan di dunia ini, selamatkan kamu dari api neraka. Rasulullah s.a.w lah yg menyampaikan ayat² Allah yg berjumlah 6236 itu di dalam Kitab Al Quran kepada manusia di dunia ini. Lihat Rasulullah s.a.w kata "Tidak sempurna keimanan seseorang...." Apabila kamu kasih kepada Rasulullah s.a.w, moga² Allah juga kasih kepada kamu kerana kamu kasih kepada KEKASIH-NYA. Mungkin itulah yg tersirat di sebalik kata² Rasulullah s.a.w itu. Kasih kepada manusia belum tentu Allah akan kasih kepada kamu. Wollohua'lam. Selawat kpd Nabi s.a.w sekarang.... 

Aku taip sikit² je... Utk fahaman yg lebih, kena teruskan perjalanan... Mungkin tiada di sini..

4. Cerita di sebalik angka hiasan '2' dan '3' pada '6236'.
Cuba lihat kaitan angka '2' dan '3' dgn nombor '6236' di bawah:


Sekali lagi, letakkan tangan² kamu di dada kamu dan pandanglah pada hiasan di atas. Pandang pula pada angka '2' dan angka '3'. Apakah yg tersirat? Aku ringkaskan.

Letakkan tangan kanan pada hati kamu.
   Angka 3 itu, duduknya di HATI. Lantas ianya menggambarkan bahawa pada hati kamu perlu ada 3 perkara iaitu IMAN, ISLAM dan IHSAN. IHSAN adalah yg tertinggi sekali di mana manusia yg ada ihsan di hatinya akan sentiasa merasakan bahawa di mana sahaja dia berada, Allah sedang memerhatikannya.

ALLAH SEDANG PERHATIKAN KAAAMUUUUUUU....

Bukan senang nak IMANkan hati, bukan senang nak ISLAMkan hati, dan bukan mudah nak IHSANkan hati. Kena berlatih setiap masa. Sebelum itu mari kita imbas maksud Islam, Iman dan Ihsan.

  • Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu.
  • Iman adalah Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
  • Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau.
Nampakkan? Bukan senang nak dapatkan itu semua kecuali lah dengan pertolongan Allah s.w.t. Jangan pernah putus asa dan teruslah berusaha. Allah sentiasa melihat kamu.

Bacaan selanjutnya:  http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-2-iman-islam-dan-ihsan/

Letakkan pula tangan kiri pada jantung kamu.
   Angka 2 itu pula duduknya di JANTUNG. Lantas ia menggambarkan di situlah nyawa kamu. Jantung berhenti berdegup, matilah kamu. Apa yg '2' itu? Itulah, nyawa yg dipinjamkan kpd kamu untuk kamu hidup di dunia ini hendaklah digunakan untuk 2 perkara iaitu TAAT kepada perintah ALLAH dan JAUHI larangan ALLAH. Mengapa nama Muhammad di sebelah KIRI? Yang menyampaikan 2 perkara iaitu perintah² dan larangan² Allah kepada kamu adalah Nabi Muhammad s.a.w (melalui sabda² baginda s.a.w). Jantung berhenti, maka matilah kamu, TIDAK SEMPAT NAK RASA NIKMAT DALAM TAAT KPD ALLAH, KPD RASUL, TIDAK SEMPAT NAK RASA NIKMAT DALAM MENJAUHI LARANGAN ALLAH, LARANGAN RASUL. Bila kamu mati, yg tinggal hanyalah HATI (tempat simpanan amal), yakni tinggallah 3 perkara. Apa 3 perkara itu?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali 3 perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


    Ya.. Hanya 3 itu sahaja yg tinggal selepas mati. Nak beramal lagi tak boleh dah sebab dah mati. Maka, begitulah yg dapat difahami secara ringkas kaitan angka '2' dan '3' iaitu HATI dan JANTUNG. Ringkas sahaja. Nak panjang, nanti aku huraikan di lain artikel. Jadi, begitulah kaitan. Pada nombor '6236' pun ada hiasan yg tersembunyi. Hiasan yg sering kamu lihat pada dinding² ada juga pada nombor '6236' dan AKHIRNYA, hiasan nama Allah dan nama Muhammad itu ada pada diri kamu sendiri. Cuma diri kamu sendirilah yg perlu menghiaskannya. Menghiaskan JANTUNG dan HATI? Macam susah je dengar kan? Dengar pun susah, apatah lagi nak hias. Bila dah hias, dapatlah rasa keindahannya. Contoh² keindahan, seperti kegembiraan di hati, ketenangan di hati dan sebagainya. Hhhmmm... Samalah aku ni, cakap je boleh. Pernah tak dengar manusia berkata "DIALAH JANTUNG HATIKU". Pernah? Ok. Maka, begitulah perkongsian yg ringkas panjang ini.

5. Mohon maaf dari semua.
    Begitulah perkongsian 'Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5' ini. Apapun, aku mohon maaf andai ada salah dan silap aku dalam berbicara. Semua manusia akan kembali kepada Allah. Apapun bagi aku, perhiasan hanyalah sekadar PERHIASAN. Firman Allah:

Ayat 3312 dari 6236 [QS28:60]:
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
 
    Bila baca terjemahan ayat ini, kamu kena jawab soalan itu pada diri kamu sendiri. Kamu kena fikir untuk dapatkan faham. Apakah apa sahaja yg kamu terima di dunia ini hanyalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasan? Kadang² dgn nikmat yg kamu dapat, kamu hias itu hias ini, kamu tidak gunakan pun nikmat itu untuk mencari kebahagiaan di akhirat dan sebab itulah nikmat yg diberikan itu ianya hanya jadi perhiasan untuk dunia. Apakah Allah pandang pada semua perhiasan duniawi itu? Wollohua'lam, sedangkan apa yg di sisi oleh Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Apakah itu? Itulah janji² Allah yg banyak di dalam Al Quran (6236 ayat).

Ayat 3313 dari 6236 [QS28:61]:
Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang² yang diseret (ke dalam neraka)?

SEMOGA KITA TIDAK TENGGELAM DALAM KENIKMATAN HIDUP DUNIAWI SEMATA DAN TIDAK DISERET KE NERAKA KELAK DISEBABKAN KECUAIAN KITA DALAM PENGGUNAAN NIKMAT YG DIBERIKAN. BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH MENGHIASI HATI...

    Aku mohon maaf dari kalian semua... Aku bukanlah orang yg berilmu, cuma aku suka berfikir. Aku tak tahu, aku rasa aku jahil di sisi Allah. Artikel ini tidaklah lengkap sempurna kerana ianya hanya perkongsian. Aku hanyalah musafir di dunia ini yg datang hanya seketika untuk mengenali Pencipta dunia ini dan akan kembali pulang kepadaNya jua.... Aku sedang menasihati diri aku sendiri dan aku kongsi di sini. (Moga² ada doa dari kalian untuk diriku yg aku rasakan aku ini hina di sisi Allah). Doakanlah sesuatu untuk aku.... Doalah...

Terima kasih, semoga Allah memberikan juga kepada kamu apa yg kamu doakan untuk aku. Ameen.

    Sampai sini sahaja 'Hiasan Nama 'ALLH' dan 'MHMD' Ada Pada '6236' - 3 of 5'. Jumpa lagi di artikel seterusnya, juga pasal ketersiratan yg ada pada '6236'. Ingat, di HATI kamu, telah ada hiasan nama Allah (kamu makhluk ciptaan Allah) dan di JANTUNG kamu juga telah ada hiasan nama Muhammad s.a.w (kamu umat Nabi s.a.w). Tinggal lagi, kamu yg perlu menghiaskannya (guna kedua-duanya untuk taat kpd Allah dan Rasul) agar kamu menjadi lebih indah (dalaman kamu). Dalam HATI ada bermacam-macam rahsia. Siapa yg jumpa dia lah yg dapat rasa (ustaz cakap). Sama²lah kita mencarinya di dalam '6236' (ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran) dan di mana jua... Dunia hanyalah sementara...

Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.

  Pengetahuan: Ayat 2147 dari 6236 [QS18:7]
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti.... 

Sunday, December 22, 2013

Tarikh Ayat Al Quran Terakhir Diturunkan Ada Pada '6236' - 2 of 5


     Setiap hari, 'mungkin' kamu melihat / menulis TARIKH. Dalam bahasa Arab, Tarikh bermaksud 'Sejarah'. Bila sebut 'sejarah', sudah pasti ianya membawa ingatan kamu ke peristiwa yg telah berlaku pada masa yg telah berlalu. Dalam 'masa yg telah berlalu' itu, ada peristiwa penting yg telah berlaku. Setiap orang manusia akan ada sejarah dalam kehidupannya. Kata² yg biasa disebut seperti 'semalam', 'kenangan', 'perkara yg sudah lepas', 'hari kejadian' dan sebagainya, juga adalah 'sejarah'. Begitulah, kaitan Tarikh dgn Sejarah. Tarikh Sejarah. Contoh Tarikh Lahir. Sejarahnya berkaitan dgn kelahiran.
     Terlalu banyak sejarah di dunia ini. Semakin lama dunia berputar, semakin banyaklah sejarah yg dihimpunkan. "Hari Ini Dalam Sejarah". Ya... Apabila masa yg mendatang membawa satu 'tarikh', maka peristiwa² penting yg berlaku pada 'tarikh' tersebut (pada masa yg telah berlalu) akan diperingatkan / diingat semula / akan dikenang semula.
     Misalnya, kamu dilahirkan pada 21.12.2013 atau 21 Disember 2013 (Hari Sabtu). Apabila tiba masa di mana "hari" berTarikh = 21.12.2014 atau 21 Disember 2014 (Hari Ahad) nanti, kamu akan diucapkan "Selamat Hari Lahir (kalau diucapkan)" sebabnya manusia mengetahui bahawa hari yg ber'HariBulan = 21.12' itu, salah satu sejarahnya adalah hari kamu dilahirkan. Jadi, itulah antara contoh yg dinamakan "Hari Ini Dalam Sejarah".
     Di sini, nampaklah kita bahawa "Hari Ini" lebih merujuk kepada angka² pada "HariBulan"nya sahaja kerana ianya adalah ANGKA YG SAMA. Nilai pada 'Tahun' sudah tentu semakin bertambah dan TIDAK AKAN PERNAH BERULANG. Manakala, "HariBulan" dan nama Hari sentiasa berulang (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu). Masa yg "bergerak / berjalan" akan sentiasa membawa "Tarikh" bersamanya. Bila tiba je tarikh 21.12 pada setiap tahun, kamu akan mengingati Tarikh Lahir kamu yg ber"Tarikh = 21HariBulan12". Begitulah contohnya.
     Ok. Banyak pulak sembang. Maka, begitulah ceritanya pasal 'tarikh' dan 'sejarah'. Tajuk artikel ini adalah " Tarikh Ayat Al Quran Terakhir Diturunkan Ada Pada '6236' ". Telah diketahui bahawa ayat Al Quran yg TERAKHIR yg disusunkan di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236. Apa 6236 tu?


Kenapa kaitkan dgn '6236'. Sebab '6236' adalah nombor jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran dan pasti ada sesuatu pada nombor ini kerana ianya datang dari Kitab Al Quran. Disebabkan perkataan 'TERAKHIR' itulah, aku kaitkan "Tarikh Ayat Al Quran TERAKHIR diturunkan" ini dengan "nombor ayat Al Quran yg TERAKHIR di dalam Kitab Al Quran" iaitu ayat yg ke 6236'. Apa yg aku nak kongsi lagi ni? Jom...
    
1. Sejarah Ayat Al Quran terakhir diturunkan.   
     Sebelum aku kongsi apa yg ada pada '6236', aku ceritakan secara ringkas (je) berkenaan sejarah yg terjadi sebelum ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Sejarah ke ni? Sejarahlah ni. Sejarah Islam. Aku pun tak tahu bagaimana kisah yg sebenar benar benarnya sebab terlalu banyak riwayatnya tetapi suasana dalam sejarah itu tidaklah terlalu jauh berbeza. Hanya Allah Maha Mengetahui yg sebenarnya. Begini sejarahnya (kisahnya) yg aku pendekkan....
Padang Arafah
     Ketika Nabi s.a.w berada di Padang Arafah, Nabi s.a.w telah menyampaikan khutbahnya yg terakhir kepada umat manusia yang hadir di situ pada waktu (waktu sejarah) itu. Kamu ada ke kat sana pada masa kejadian itu? Aku tiada di sana dan inipun aku tahu dari cerita² yg disampaikan oleh manusia yg lain juga. Khutbah terakhir Nabi s.a.w dimulai dengan ucapan "Wahai umat manusia, dengarkanlah yang akan aku katakan di sini. Mungkin saja setelah tahun ini, aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian di tempat ini, untuk selamanya.

Bagaimana perasaan kamu apabila mendengar kata² Nabi s.a.w yg sedemikian? Kata² 'mungkin sahaja setelah tahun ini, aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian di tempat ini untuk selamanya???' Manusia yg disayangi, yg dikasihi akan pergi meninggalkan kita... Boleh hayati sekejap.... Rasa sebak tak? Hhhmm....

Bacaan selanjutnya di : http://nabilmufti.wordpress.com/2012/04/05/haji-wada-haji-perpisahan-rasulullah-saw/
Bacaan selanjutnya di : http://jabotabekinfo.blogspot.com/2012/01/pesan-dan-amanat-terakhir-rasulullah.html
Bacaan selanjutnya di : http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/13/10/14/mumxkn-empat-amanat-rasulullah-saw-di-padang-arafah  
Bacaan selanjutnya di :: http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Wada%27

Dalam khutbahnya yg terakhir itu jugalah Nabi s.a.w berwasiat:

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa baginda s.a.w bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah (Kitab Al Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w,"

    Setelah Nabi s.a.w selesai memberikan khutbahnya yg terakhir di Padang Arafah, maka turunlah wahyu yg terakhir kepada Nabi s.a.w iaitu dari maklumat sejarah, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan adalah ayat ke-3 dalam Surah Al-Maidah (Surah ke-5 dari 114 surah) atau ayat yg ke 672 dari 6236 ayat yg disusun di dalam Kitab Al Quran.

Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
Padang Arafah :
Ayat Al Quran yg terakhir
diturunkan di sini
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. PADA HARI INI, orang² kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. PADA HARI INI telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka, begitulah sedikit ringkasan kisah sejarah ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah.

2. "PADA HARI INI" mendatangkan persoalan pada diri.
     Pada hari ini (boleh sambung ayat sendiri).. Macam² ayat boleh disambungkan. "Pada hari ini aku telah menaip artikel". "Pada hari ini, aku putuskan pertunangan ini". Itu contoh. Tetapi cuba baca terjemahan Firman Allah di bawah ini:

Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
...PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...

     Apabila aku baca terjemahan ayat 672 (dari 6236) di atas, aku bertanya pada diri sendiri, "PADA HARI INI?". Hari ini hari Selasa, kataku. Aku baca lagi untuk hari² lain. Bila ditanya lagi, "PADA HARI INI?" Hari ini hari Jumaat, kataku. Memang aku seorang yg bodoh (baik jangan dibaca artikel yg aku taip ini). Aku tak puas hati. Aku cari APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "PADA HARI INI". Bila dan apakah yg berlaku "pada hari ini" dalam ayat 672 [QS5:3] tu? Aku cari... cari... cari.... dan... dan telahpun aku kongsi seperti kisah di atas.
     Sebenarnya "pada hari ini" itu adalah hari di mana Nabi s.a.w melaksanakan ibadah Haji yg TERAKHIR di Padang Arafah dan pada hari yg sama juga, Nabi s.a.w menyampaikan khutbahnya yg TERAKHIR dan pada hari yg sama juga, ayat Al Quran yg TERAKHIR telah diturunkan di Padang Arafah. Dalam ayat itu, Allah s.w.t telah memberitahu (melalui Malaikat Jibril a.s) kpd Nabi s.a.w bahawa "telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu" dan Nabi s.a.w telah sampaikan wahyu yg terakhir itu kpd umatnya pada waktu itu. Bagi manusia yg mendengarnya pada waktu itu, pasti akan menyampaikannya pula kpd manusia yg lain yg tidak hadir di situ dan akhirnya, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan itu juga telah sampai kpd kamu yg sedang membaca ini (termasuklah aku). Lihat Surah 5, ayat 3. Itulah ayat Al Quran yg terakhir diturunkan.
     Agama Islam sudah sempurna pada hari itu. Sudah dicukupkan nikmat dalam beragama Islam. Banyaknya nikmat dalam beragama Islam (bagi yang merasai). Nak tahu nikmat²nya, bacalah kisah² sahabat baginda s.a.w dalam perjuangan mereka menegakkan kalimah "Laa Illa Ha Illallah Muhammadur Rasulullah". Juga telah diredhai agama Islam itu untuk dianuti dan diamalkan. Allah dah bagitau di dalam Al Quran. Itulah hari yg bertuah, hari di mana umat Islam mendapat berita yg menggembirakan. Berita itu sudah ada di dalam Al Quran. Agama Islam adalah agama yang sempurna. Tinggal lagi, si penganut agama itu sahaja yg belum sempurna untuk mengamalkan agama Islam yg sempurna itu dalam kehidupan seharian termasuklah diri aku sendiri. Tetapi janganlah pula ada rasa di dalam hati bahawa diri kamu telah sempurna apabila mengamalkan agama Islam kerana Yang sempurna hanya Allah Maha Sempurna. Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa apa-apapun.
     Sesuatu yg dikatakan sempurna itu, sebenarnya ianya masih belum sempurna selagi Allah tidak menyempurnakannya. KESEMPURNAAN ITU ADA DI AKHIRAT. TUNGGU. Maka, ayat 3, surah 5 adalah ayat yg menyatakan bahawa agama Islam telah sempurna pada masa itu. Sebab apa Allah kata "telah sempurna"? Sebabnya, apa yg Nabi s.a.w dan para sahabat buat sudah cukup untuk kita jadikannya sebagai kayu pengukur keimanan kita. Maka, sebab itulah kita kena ikut sunnah Nabi s.a.w dan juga bagaimana perjuangan para sahabat dalam usaha mereka menegakkan kalimah "Laa Illa Ha Illallah Muhammadur Rasulullah". Apa pula yg sudah berlaku pada diri kamu 'PADA HARI INI'?
     Kembali kpd kata² 'PADA HARI INI' dalam terjemahan ayat 672 (dari 6236) itu. Sejarah yg berlaku "pada hari ini" dalam ayat tersebut telah kita ketahui tetapi hari apakah itu? Lihat maklumat sejarah di bawah:


     Akhirnya persoalan "PADA HARI INI" terjawab. Hari di mana Nabi s.a.w melakukan ibadah haji yg terakhir dan Hari di mana Nabi s.a.w menyampaikan khutbahnya yg terakhir dan Hari di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Jadi, itulah sejarah yg perlu diketahui. Itulah sejarahnya.

Dari maklumat, telah diketahui bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan pada HARI JUMAAT (selepas waktu asar), berTarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10 (Kalendar Islam) atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam). Seterusnya, tarikh² ini, aku akan tunjukkan kaitannya dgn nombor '6236'. Bagaimana nombor '6236' ini memberitahu kpd kita bahawa TARIKH ayat Al Quran yg terakhir diturunkan itu juga ada padanya (ada pada 6236). Hanya TARIKHnya sahaja.

3. 'Tahun' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada tercatat pada '6236'.
     Telah diketahui, bahawa ayat TERAKHIR di dalam Kitab Al Quran adalah ayat yg ke 6236 (sistem 6236) tetapi ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan adalah ayat 672 (dari 6236) iaitu ayat 3, Surah Al Maidah, Surah 5. Ayat itu diturunkan pada 9 Zulhijah 10H = 6 Mac 632M. Waktu aku menaip artikel ini, tahunnya adalah tahun 2013. Tahun 2013 Masihi = Tahun 1435 Hijrah. Apabila aku memasukkan data Tarikh 9 Zulhijah 10H ke dalam 'Sistem Date Converter', sistem menunjukkan hasil seperti di bawah:

http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php?mode=hij-ger&day=9&month=12&year=10&date_result=1

Maka, terbuktilah (dari sistem) bahawa Tarikh 9 Zulhijah 10H / 9.12.10 (Kalendar Islam) bersamaan dengan 6 Mac 632M / 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam) dan kelihatan Tahun 10H = 632M. 'Tahun 632' ini juga tertunjuk pada nombor '6236'. Lihat gambar di bawah dan baca dari kanan ke kiri.


Maka, secara kaitannya, Tahun di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan iaitu Tahun 632M ada tertunjuk pada '6236'. A a kan? Macamana boleh sama pula? Aku pun tak tahu. Maka, benarlah berdasarkan maklumat, bahawa Tahun 632M adalah tahun di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan ke dunia ini kerana ianya juga tertunjuk pada nombor '6236'. Alah kiranya nombor '6236' ini bertindak sebagai pengesah lah kpd Tarikh 9 Zulhijah 10H / 9.12.10 (Kalendar Islam) bersamaan dengan 6 Mac 632M / 6.3.632 (Kalendar Bukan Islam). Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa Tahun 632 (bersamaan 10H) adalah TAHUN di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan. Apa '6236' tu?


Selingan:
Tahun 632M = Tahun 10Hijrah.

Ikut tahun Masihi : 2013 (tahun sekarang) - 632M = 1381 tahun sudah berlalu.
Ikut tahun Hijrah : 1435 (tahun sekarang) - 10H = 1425 tahun sudah berlalu.

Jumlah perbezaan tahun tidak sama. Sepatutnya kena sama lah kan? Inilah yg aku sedang fikir ni, di manakah hilangnya 'perbezaan' itu? Jika ditolak 1425 - 1381 = 44 tahun berbeza. Hhhmm... Takpe. Yg mana satu hendak diikuti? Aku ikut yg Hijrah punya. Maka, 1425 tahun yg sudah berlalu
  • 1425 tahun yg lalu, ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah
  • 1425 tahun yg lalu, telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa agama Islam sudah sempurna.
Orait. Sekarang, telah terbukti secara kaitan bahawa Tahun 632M adalah tahun di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan kerana angka² 632 ada pada nombor '6236'. Ini hanyalah kaitan.

4. 'Hari' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada tercatat pada '6236'.
    Sekarang ini pula, nombor '6236' akan mengesahkan maklumat yg mengatakan bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada Hari Jumaat. Ini hanyalah kaitan. Cuma kaitannya ada pada '6236' ini, sebabnya aku memandang ada 'sesuatu' pada 6236 ini. Jangan salah faham. '6236' ini adalah jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Bagaimana nombor '6236' ini nak sahkan maklumat Hari Jumaat tu? Ok, perhatikan susunan hari yg kita amalkan adalah seperti begini;

Ahad : Hari ke-1
Isnin : Hari ke-2
Selasa : Hari ke-3
Rabu : Hari ke-4
Khamis : Hari ke-5
Jumaat : Hari ke-6
Sabtu : Hari ke-7

    Ada negeri di Malaysia yg mengamalkan hari bekerja normal mereka adalah dari Hari Ahad hingga Hari Khamis. Apa masalahnya? Takde masalah cuma turutan hari tu je yg cantik. 1,2,3,4,5. Cukup 5 hari normal bekerja. Apapun, cuba lihat susunan hari tu. Hari ke-6 tu adalah Hari Jumaat. Telah diketahui dari maklumat bahawa Hari Jumaat adalah hari di mana ayat Al Quran TERAKHIR diturunkan. Tadi, nombor '6236' telah sahkan bahawa maklumat 'Tahun 632' adalah benar. Sekarang, nombor '6236' akan sahkan pula maklumat 'Hari Jumaat'. Lihat gambar di bawah:

      
Nampakkan? Jadi, begitulah secara kaitannya. Hari yg ke-6 (dalam seminggu) adalah Hari Jumaat. Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa Hari Jumaat iaitu Hari ke-6 adalah HARI di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan. Sekali lagi, lihat maklumat di bawah:

Dua maklumat berkenaan ayat Al Quran terakhir yg diturunkan telah disahkan oleh nombor '6236' iaitu Tahun 632M (10 Hijrah) dan Hari Jumaat.

5. 'HariBulan' ayat Al Quran terakhir diturunkan ada pada '6236'.     Sekarang ini pula, nombor '6236' akan mengesahkan maklumat yg mengatakan bahawa ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada HariBulan '9 Zulhijah / 9HariBulan12 / 9.12 atau 6 Mac / 6HariBulan3 / 6.3'. Ini hanyalah kaitan. Dalam 'TAHUN', ada 'BULAN' dan ada 'HARI'. Apabila ketiga-tiganya bergabung, maka jadilah ia 'TARIKH'.

**Dalam 'TAHUN', ada 'BULAN' dan ada 'HARI'.
Untuk yg ini, nombor '6236' akan sahkan maklumat yg mengatakan ayat Al Quran yg terakhir diturunkan adalah pada 9 Zulhijah / 9.12 / 9HariBulan12. Lihat angka '2' merah dalam gambar. Bulan Zulhijah adalah Bulan 12 dan disebut 'DUA belas'. Perkataan 'DUA' disebut dulu. Nak pilih bulan 2 atau bulan 12? Ok. Jika ditulis '2' sebagai 'DUA', aku ternampak ada sesuatu dalam perkataan 'DUA'. Perkataan 'DOA' juga ada ditulis sebagai "Dua atau Du'a". Dari maklumat, sudah diketahui bahawa, ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan di Padang Arafah dan hari tersebut juga telah dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah juga dikenali sebagai Hari BerDOA. Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah". Maka dari situ, dari kaitan 'DUA' dgn 'DOA' dgn "DU'A", aku pilih, angka 2 pada 6236 mewakili Bulan DUA Belas atau Bulan Zulhijah.
    Tinggal lagi 2 angka iaitu 36 / 63. Dalam bulan² biasa, mana ada jumlah hari dalam bulan tersebut jumlahnya adalah 36 atau 63. Bulan Zulhijah mana ada jumlah harinya sampai 36 hari atau 63 hari, sedangkan hari dalam Bulan Zulhijah cuma berjumlah 30 hari sahaja. Untuk mengecilkan nilai nombor ini, aku tambah antara keduanya, 3+6 / 6+3 = 9. Dapatlah, 9 Zulhijah. Ini hanyalah kaitan. 9 Zulhijah bermaksud hari yg ke-9 di dalam bulan Zulhijah. Bacaan tarikh adalah 9 Zulhijah bukannya Zulhijah 9. Maka, terkaitlah sudah Tarikh 9 Zulhijah 10H atau 6 Mac 632M atau 9.12.10 atau 6.3.632M dgn nombor '6236'. Tarikh tersebut adalah tarikh di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan di Padang Arafah. Jika dibaca nombor '6236' dalam gambar tu dari kanan ke kiri bunyinya begini, 9 Zulhijah, Hari Jumaat. Maka, nombor '6236' telah mengesahkan bahawa 9HariBulan12 (9 Zulhijah) adalah HariBulan di mana ayat Al Quran yg terakhir telah diturunkan.
     Maka, begitulah kaitan ini. Banyak juga maklumat yg ada pada '6236' ini. Persoalannya, kenapa angka² pada tarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10H atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 itu ada pada '6236'? Apakah memang nombor '6236' itu telah memberitahu kpd kita akan mesejnya tetapi kita sahaja yg tidak tahu. Apapun, telah aku kaitkan di atas dan yg paling nyata tertunjuk pada nombor "6236" adalah Tarikh "6.3.632" yakni, semua angka²nya sama dgn apa yg ada pada '6236'. Tarikh apakah itu? Ya.. Itulah Tarikh di mana ayat Al Quran yg terakhir diturunkan ke dunia ini kepada Nabi s.a.w di Padang Arafah. Suka aku ingatkan bahawa;


Kenapa aku taip benda² macam ini? kerana aku tahu di luar sana masih ramai musuh² Islam. Kalaulah pada nombor '6236' sahaja telah terselindung banyak maklumat, apatah lagi pada ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran yg dapat kita kaitkan dgn kehidupan seharian. Ouh... banyak. Kata orang ilmu ini "Semakin digali, semakin luas, semakin dikorek, semakin dalam". Rajin mencari, insya Allah dapatlah. Dapat apa? Aku pun tak tahu. Tapi "dapatlah". Bila dah dapat? Bila dah dapat, orang kata lagi SIAPA "MAKAN" DIA "RASA". SIAPA "ALAMI" DIA "FAHAM" (dengan izin Allah). Apabila seseorang manusia itu sudah dapat merasai kelazatan dalam beragama Islam, dunia sudah tiada lagi di dalam hatinya tetapi orang itu bukanlah aku.

6. Bermulanya sejarah tarikh 9 Zulhijah 10H.
    Dengan adanya TARIKH, maka sesuatu itu dapat dimulai / diingati. Misalnya, tarikh manusia dilahirkan. Bila tiba tarikh yg dimiliki oleh hari waktu manusia itu dilahirkan, pasti manusia ingat bahawa itu adalah hari untuk manusia itu menyambut kedatangan tarikh hari kelahirannya. Namun begitu, apakah nama HARI pada waktu kamu dilahirkan dulu masih sama ketika tarikh itu kembali sama? Mungkin sama, mungkin tidak. Tetapi yg sama hanyalah NOMBOR HARI dan NOMBOR BULAN. TAHUN sudah berubah sebabnya kamu semakin tua.

11 Disember 2012 = 11.12.2012 = Hari Selasa
11 Disember 2013 = 11.12.2013 = Hari Rabu
11 Disember 2014 = 11.12.2014 = Hari Khamis

Nampak tak? Tahun tidak sama, hari tidak sama tetapi HariBulan tetap sama iaitu 11.12 atau 11 Disember. Begitulah juga dgn tarikh 9 Zulhijah 10 Hijrah (Kalendar Islam). Tahun dan waktu aku menulis artikel ini adalah tahun 1435 Hijrah. Sudah 1425 (1435-10) tahun berlalu. Nanti, bila tiba 9 Zulhijah pada setiap tahun, dua sejarah besar akan kembali iaitu Hari Wukuf (Hari Arafah) di Padang Arafah pada 9 Zulhijah dan Hari Raya Haji (Aidiladha) pada 10 Zulhijah. Dan ini secara kaitan pada angka²nya dapatlah ditunjukkan bahawa pada tarikh sejarah 9 Zulhijah 10H (tarikh ayat Al Quran terakhir diturunkan) seperti di bawah.


Dan secara tidak langsung, hari bersejarah umat Islam ini mudah diingati... :), Itu je aku nak bagitau keindahan yg ada pada tarikh 9 Zulhijah 10H.

7. Pengajaran pada diri dari apa yg dikongsi.
Hiasan
     Umat manusia Islam tahu bahawa kitab yg dijadikan panduan hidup adalah Kitab Al Quran dan juga Kitab² Hadis. Sekarang, yg penting adalah untuk kamu mempelajari, memahami dan memenuhi kehendak ayat² Allah yakni beriman kepada ayat²Nya. Aku pun masih berusaha. Selama 23 tahun, ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran diturunkan dan ayat Al Quran yg terakhir sekali diturunkan seperti mana yg telah dikaitkan di atas adalah Ayat yg ke-3 dalam Surah 5 (Surah Al Maidah).

Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]:
...PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...

    Andai kamu mendengar ayat ini pada 9 Zulhijah 10H... Pasti manusia yg telah berusaha ber-sungguh² dalam mengamalkan agama Islam dalam kehidupan sehariannya, rasa gembira. Alangkah gembiranya setelah kamu mengetahui apa yg kamu amalkan telah sempurna, telah cukup nikmat untuk kamu yg disediakan di akhirat dan telah diredhai agama Islam itu sebagai agama yg kamu amalkan kerana kamu tidak merosakkan agama sendiri dgn kelakuan sendiri. Tiada lagi yg lebih gembira selain mendengar ayat ini dikatakan kepada diri kamu sendiri. JANGAN BERANGAN SAHAJA, USAHA KENALAH BUAT. Apapun yg paling penting adalah manusia telah diberitahu bahawa Agama Islam adalah agama yg sempurna dan juga telah diredhai oleh Allah untuk diamalkan. Tetapi aku manusia yg lemah dan masih terus berusaha untuk menyempurnakannya (cara hidup Islam).
    Begitulah kisah, ayat Al Quran yg TERAKHIR diturunkan pada Hari Jumaat, bertarikh 9 Zulhijah 10H atau 9.12.10H atau 6 Mac 632M atau 6.3.632 dan tarikh² itu telah disahkan (secara kaitan) oleh 6236 iaitu satu nombor yg mewakili jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. A a.. Memanglah setiap sesuatu itu ada AKHIRnya. Kamu sendiri tidak tahu bila waktu TERAKHIR kamu di dunia ini. Bagaimana jika kamu mati dalam keadaan tidak ingat kepada Allah? Sedang asyik kamu mengumpat (tidak ingat Allah), tiba-tiba kamu mati, macamana? Sedang asyik kamu berseronok (tidak ingat Allah), tiba-tiba kamu mati, macamana?
    Sebab itulah, walau ke mana kamu pergi, walau apa pun kamu buat, kamu hendaklah sentiasa berniat baik kerana Allah dan ingatlah Allah sentiasa. Aku pun kadang² TERGELINCIR. Aku ni taip sahaja (menyampaikan sahaja). Itulah yg manusia selalu sembang pasal 'Husnul Khatimah - mati dalam keadaan baik'. Bagi aku, mati dalam keadaan baik ini, bukanlah jasadnya yg berada dalam keadaan baik tetapi HATINYA YANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK. Kalau pakai jubah, purdah sekalipun, zahirnya sudah baik tetapi kalau mengumpat juga bermakna hatinya masih tidak berada dalam keadaan baik. Eh.. Orang yg tak tutup aurat tu hatinya baik daripada orang yg tutup aurat. Betul hatinya baik tetapi hatinya pula tidak beriman kpd Allah sbb tidak ikut perintah Allah. Sbb Allah telah perintahkan supaya tutup aurat. Iman tu apa? Iman tu adalah PERCAYA dan YAKIN. Itu sahaja.
    Zahir kamu akan menjadi semakin tua setiap kali dipanjangkan umur. Aku akan semakin tua dan kamu juga akan semakin tua dan sejarah demi sejarah akan terjadi di sepanjang laluan kehidupan aku dan kamu sehinggalah aku dan kamu meninggalkan dunia ini (mati). Sejarah 'terakhir' di dunia bagi setiap manusia yg hidup adalah pada 'saat' kematiannya. 'Saat' itu, tidaklah diketahui akan datang pada tarikh apa. 'Saat' kematian yg menjadi rahsia Allah. Selepas seseorang manusia itu sudah meninggalkan dunia ini, barulah ada tarikh kematiannya. Selagi tidak sempurna umur seseorang manusia itu di dunia ini, selagi itulah dia akan dihidupkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah:

Ayat 849 dari 6236 [QS6:60]:
Dan Dia-lah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia (Allah) membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.

     Bila kamu sudah meninggalkan dunia (mati) ini, barulah 'sejarah kamu' di dunia ini akan diperingatkan kembali di akhirat nanti. Naah... Bayangkan, dalam sehari berapa banyak sejarah yg kita ada? Sejarah PAHALA dan SEJARAH DOSA. Fuuh...

Maka, setakat ini sahajalah apa yg terkandung dalam 'Tarikh Ayat Al Quran Terakhir Diturunkan Ada Pada '6236' - 2 of 5. Aku akan sambung lagi dalam artikel yg seterusnya juga pasal '6236'. Apakah lagi cerita yg ada di sebalik nombor '6236' ini? Tunggu... Semoga berjumpa lagi, aku mohon maaf atas segala kekurangan dan lebihan dalam berkata².

Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.

  Ayat Al Quran Terakhir diturunkan: Ayat 672 dari 6236 [QS5:3]
PADA HARI INI, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....

Saturday, December 14, 2013

4 Maklumat Penting Al Quran Dalam '6236' - 1 of 5


     Artikel ini aku dah taip dahulu tapi Alhamdullillah, semuanya terpadam dengan sendiri waktu aku nak 'publish'. Mungkin ada sesuatu yg tidak kena pada taipan yg lalu. Artikel ini aku taip semula dan sudah pasti penyampaian tidak sama lagi. Begitulah dugaan bagi setiap penaip. Allah boleh hilangkan sekelip mata sahaja apa yg ditaipkan. Pengajaran bagi aku juga. Maklumat / Ilmu boleh hilang dalam sekelip mata. Pengajaran apa? Apa yg kita usahakan di dunia ini, Allah boleh hilangkan sekelip mata sahaja. Maka, janganlah terlalu yakin dgn apa yg kita miliki kerana pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa² pun. Siapa yg berkuasa? Allah s.w.t. Teringat aku pada terjemahan Firman Allah ini:

Ayat 402 dari 6236 [QS3:109]:
Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan
kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.

Perkongsian pasal 'Wajah 6236' dah tamat. Sekarang ini aku nak kongsi pula pasal maklumat yg tersembunyi di dalam '6236'. Aku namakan artikel ini '4 Maklumat Penting Al Quran Dalam '6236' '. Maksudnya, sesuatu maklumat penting berkenaan Al Quran akan aku kaitkan dgn '6236'. Masih ingat dari mana datangnya '6236'?


Maka, untuk artikel ini, aku akan tunjukkan secara kaitan, bagaimana maklumat dalam kotak di bawah ada pada '6236'.

 

Aku nak mulakan perjalanan ini...

1. Maklumat 1: Allah yg menurunkan Kitab Al Quran.
    Ya.. Memang sahih (benar), dari penyampaian berita 1400 tahun lebih yg dulu, telah disampaikan bahawa Allah lah yg menurunkan Kitab Al Quran (ayat²Nya) ke dunia ini melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w dan disampaikan pula oleh Nabi s.a.w kepada umatnya (kamu). Bagi mereka yg tidak mengetahui dan juga yg tidak mahu mengakui bahawa Allah lah yg menurunkan Al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini, maklumat telah ada di dalam Al Quran. Firman Allah:

Ayat 659 dari 6236 [QS4:166]:
(Mereka tidak mahu mengakui yang diturunkan kepadamu itu), tetapi Allah mengakui Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat² pun menjadi saksi (pula). Cukuplah Allah yang mengakuinya.

    Zaman dahulu dan sekarang, ada manusia yg tidak mahu mengakui bahwa Allah lah yg menurunkan Al Quran ke dunia ini. Takpe. Tetapi Allah telah mengakui bahawa Dia lah yg menurunkan Al Quran (ayat²Nya) ke dunia ini. Maka, maklumat yg mengatakan bahawa Allah yg menurunkan Al Quran adalah benar seperti mana yg ada pada ayat 659 di atas. Kamu kena yakin (beriman) kpd Kitab Al Quran sebab Rukun Iman yg ke 3 adalah 'Beriman Kepada Kitab²'. Beriman = Percaya + Yakin. Apa yg ada di dalam Al Quran (ayat² Allah) adalah BENAR. Apabila BENAR, kamu kena YAKIN. Kamu kena buat apa yg diabadikan di dalam Al Quran kerana itulah 'panduan untuk hidup'. Sebanyak 6236 ayat telah diabadikan di dalam Kitab Al Quran.



Cuba lihat gambar di atas. Lihat, huruf Arab tu, 'Alif Lam Lam Ha'. Huruf² menulis satu nama. "Alif Lam Lam Ha". ALLAH. Haa.. Itulah sebutannya, tulislah dalam bahasa apa sekalipun, itulah sebutannya, "ALLAH". Siapa Allah? Tuhan aku dan Tuhan kamu. Dalam alam huruf Arab, ada satu maklumat pasal nilai geometri huruf Arab. Lihat gambar di bawah:


Perhatikan huruf yg aku bulatkan merah itu. "Alif Lam Lam Ha" dan perhatikan juga nilainya, yg aku petakkan hijau itu. Perhatikan. Huruf Alif, nilainya 1. Huruf Lam, nilainya 30. Huruf Ha, nilainya 5. Aku nak dapatkan nilai "Alif Lam Lam Ha". Lihat di bawah:


Nah... begitulah. Nilai huruf "Alif Lam Lam Ha" adalah 66. Sekiranya diterbalikkan '66' dapatlah '99'. Takpe, yg itu aku kongsi dalam artikel lain. Insya Allah. Ok. Sekarang, aku nak tunjukkan pula (secara kaitan), bagaimana '6236' memberitahu kpd kamu bahawa Allah lah yg menurunkan Kitab Al Quran ke dunia. Kenapa aku kaitkan dgn '6236'?  '6236' ini datangnya dari Kitab Al Quran juga, yakni apabila ditambah kesemua ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran dari Surah 1 hinggalah Surah 114, dapatlah '6236'. Aku dah kira. Allah Maha Mengetahui. Apa yg ada dalam '6236' ini? Mari, aku tunjukkan secara kaitan. Lihatlah gambar di bawah:



Ya.. Nampak tak '66' dalam gambar tu? Tadi, telah aku tunjukkan bagaimana "Alif Lam Lam Ha" mempunyai nilai geometrik huruf iaitu "Alif Lam Lam Ha" = '66'. Maka itulah yg aku nak kongsikan, maklumat penting dalam '6236'. Dalam '6236' tu ada maklumat. Pelik kan? Jika diperhatikan, '66' ada di dalam '6236'. Mesej yg hendak disampaikan oleh '6236' adalah bahawa '66' lah yg menurunkan Al Quran ke dunia ini, iaitu sebanyak 6236 (enam ribu dua ratus tiga puluh enam sahaja) ayat. Siapa '66' tu? "Alif Lam Lam Ha" = '66'. Ya.. itulah Allah yg menurunkan Al Quran (6236 ayat²Nya) tetapi penceritaannya dalam bentuk angka / nombor. Pada '6236', ada '66'. Ingat lagi artikel 'Wajah 6236' yg mula² dulu? Apakah yg tersirat di sebalik angka 6? Ya... Bentuk angka '6' ada pada MATA (untuk melihat ayat² Allah) dan juga ada pada TELINGA (untuk mendengar ayat² Allah). Firman Allah lagi:

Ayat 5056 - 5060 dari 6236 [QS56:77-80]:
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,
pada kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzh),
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.
Diturunkan dari Tuhan semesta alam.


Orait. Begitulah kaitan maklumat penting Al Quran yg ke-1 dalam '6236', di mana "Alif Lam Lam Ha" = "66", ada pada '6236' yg membawa mesej bahawa Allah lah yg menurunkan Kitab Al Quran (6236 ayat²Nya) ke dunia ini. Ok. Aku tunjukkan pula kaitan maklumat penting Al Quran yg ke-2 dalam '6236' iaitu tempoh Al Quran diturunkan ke dunia adalah selama 23 tahun.

2. Maklumat 2: Al Quran diturunkan dalam tempoh masa selama 23 tahun.
     Kaitan yg ini, senang saja. Cuma aku nak kaitkan '23 tahun' ada pada '6236'. Sejarah Al Quran diturunkan ke dunia ini seperti mana yg dikatakan oleh Al-Khudhari (aku tak kenal tapi tahu nama je), tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah tetapi ada juga sejarah mengatakan bahawa Al Quran itu diturunkan sepanjang tempoh '23 tahun'. Sejarah kan? Tapi takpe, yg penting, Kitab Al Quran sudah ada pada kamu sekarang. Ok. Bagaimana kaitan '23 tahun' ini dgn '6236'? Apasal aku suka sangat kaitkan dgn '6236' ni? Ingat ye bahawa 



Lihat gambar di bawah:

Macam itu je? A a macam tu je. Tapi yg penting '23 tahun' tu ada pada '6236'. Maklumat sejarah tu.. ada kat situ je. Pada nombor '6236' je, dapat tahu tempoh Al Quran diturunkan ke dunia. Nak tahu apa ada lagi pada '6236' ni? Sabar ye.. Masih ada 4 artikel susulan lagi... Apa pula yg seterusnya? Kamu tengok semula maklumat sejarah di bawah.


Orait. Begitulah kaitan maklumat penting Al Quran yg ke-2 dalam '6236', di mana '6236' memberitahu bahawa tempoh masa Al Quran diturunkan ke dunia ini adalah selama 23 tahun. Ok. Aku tunjukkan pula kaitan maklumat penting Al Quran yg ke-3 dalam '6236' iaitu "Allah memelihara Kitab Al Quran". Aku tunjukkan kaitan maklumat ini pada '6236' ye...

3. Maklumat 3: Allah memelihara Kitab Al Quran (ayat²Nya).
     Pengetahuan, bila sampai kepada diri, pasti akan dipilih, yg mana satu hendak diikut. Ada yg baik, ada yg buruk. Pilih lah. Kehidupan ini penuh dugaan, tak terpilih yg baik, terpilih yg buruk. Kadang² tak tahu pun yg dipilih itu adalah yg baik. Kadang² tak tahu juga, yg dipilih itu adalah yg buruk. Penuh dugaan. Memang akal dikurniakan untuk membuat keputusan untuk memilih tetapi itu AKAL. Setakat mana sangat boleh fikir dgn akal, ianya terbatas. Bukan senang nak buat pilihan untuk diri sendiri (guna akal) dan tidak lah susah untuk buat pilihan untuk diri sendiri (istikoroh). Sebab itu Nabi s.a.w dah ajar, nak buat pilihan (keputusan), buatlah Solat Istikoroh dgn tinggalkan nafsu (keinginan, kehendak). Risau semasa membuat keputusan itu dipengaruhi oleh nafsu (keinginan, kehendak) yg memang tidak terpisah dari jasad.
     Pelihara. Benar. Setiap sesuatu itu, ada yg perlu dipelihara. Pelihara pahala, pelihara dosa pun ada. Diri kamu sendiri, kamu perlu pelihara. Bagaimana? Kamu sendiri yg tahu bagaimana kamu menjaga diri kamu sendiri. Nak pelihara apa tu? Banyak juga yg nak dipelihara ni tapi takpe, baca terjemahan Firman Allah ini.

Ayat 2681 dari 6236 [QS23:8-11]:
Dan orang² yang memelihara amanat² (yang dipikulnya) dan janjinya, dan
orang² yang memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang² yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus.
Mereka kekal di dalamnya.

    Banyak kan yg nak dipelihara? Takpe, perlahan². Semoga ianya berkesudahan dgn baik. Ok. Aku nak kongsi pasal maklumat yg ke-3 iaitu Allah pelihara Al Quran je dan kaitannya dgn '6236'. Melarat pulak. Tambah petrol sikit, dah tersasar jaraknya.
    A a. Memang benar. Allah lah yg pelihara ayat²Nya. Kamu kena yakin begitu. JANGAN RAGU-RAGU. Pegang kuat² !!! Yakin sungguh !!! Bahawa, Allah-lah yg pelihara Al Quran dan tiada siapa yg dapat merubah kalimat²Nya, ayat²Nya. Sudah ada di dalam Al Quran lagi, akan janji itu. FirmanNya:

Ayat 904 dari 6236 [QS6:115]:
Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Quran), sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat 1811 dari 6236 [QS15:9]:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Ya.. begitulah, ayat Al Quran yg indah mendatangkan pengetahuan kpd kamu. Sekiranya tiada Al Quran, pasti kita tak tahu apa-apa tentang keTuhanan. Aku pun sama. Yg indah² semuanya datang dari Al Quran. Bukannya dari syair, atau lagu atau apapun. Al Quran juga yg indah. Ok, sekarang dah terbukti di dalam Al Quran bahawa Allah yg memelihara Al Quran. Di mana tertunjuknya Allah memelihara Al Quran pada '6236'? Lihat gambar di bawah:


     Pada '6236', ada 6 awal dan 6 akhir. Tadi, telah aku tunjukkan '66' itu adalah "Alif Lam Lam Ha", ALLAH. Secara kaitannya, angka 6 awal dan 6 akhir itu, menunjukkan bahawa Allah lah yg memelihara Al Quran yg telah diturunkan olehNya selama 23 tahun. Di mana-mana sahaja di dunia ini, ada penghafal² Al Quran, di sebelah barat ada dan di sebelah timur pun ada. Pasal ini (timur dan barat), aku taip dalam artikel yg seterusnya (timur dan barat). Maka, begitulah kaitan maklumat penting yg ke-3 dalam '6236' iaitu "Allah yang memelihara Al Quran". Mari, kita lihat pula maklumat penting yg ke-4 dalam '6236'.

4. Maklumat 4: Nabi Muhammad s.a.w penyampai ayat² Allah.
     Setelah selesai penyampaian Al Quran (peringatan²) oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat baginda s.a.w, Nabi s.a.w pun wafat pada usia 63 tahun. Usia Nabi Muhammad s.a.w juga tertunjuk pada '6236'. Nabi Muhammad s.a.w adalah penyampai ayat² Allah (Al Quran). Baca '6236' dari kanan ke kiri (nanti aku taip dalam artikel yg seterusnya).


Ayat 4840 dari 6236 [QS53:56]:
Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi² peringatan yang telah terdahulu.

Hhhmm... Maka, begitulah perkongsian ini, "4 Maklumat Penting Al Quran Dalam '6236' ". Kenapa 4? Untuk artikel ini, 4 sahaja. Yg benar tetap benar. Dalam artikel ini, 4 maklumat yg ada pada '6236' dan berkait dgn Al Quran adalah:

  • Allah lah yg menurunkan Al Quran,  "Alif Lam Lam Ha" = "66", "66" ada pada "6236"
  • Tempoh masa Al Quran diturunkan adalah selama 23 tahun, "23" ada pada "6236"
  • Allah lah yg memelihara Al Quran, juga ada pada "6236"
  • Nabi Muhammad s.a.w wafat ketika usia "63" tahun, juga ada pada "6236".
Apapun, ianya bergantung kpd cara kita memandang sesuatu itu. Maklumat² di atas semua sudah ada hanya aku kaitkannya dgn nombor '6236'. Kenapa aku kaitkan dgn '6236'? Sebabnya....


Ok, aku akan sambung lagi dalam 4 artikel susulan berkenaan '6236'. Apalagi yg ada pada '6236' ini? Tunggu.... Sekiranya, aku masih bernafas, insya Allah, bertemu lagi. Mohon maaf semua ye.. Ouh ya... Jangan lupa, sama²lah kita tengok satu persatu terjemahan ayat Al Quran. Ada 6236 ayat semuanya...

Astaghfirullah...
Alhamdullillah...
WOLLOHUA'LAM.
 
PERINGATAN : Ayat 4120 dari 6236 [QS39:62]
Allah menciptakan segala sesuatu dan
Dia memelihara segala sesuatu.

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar