Thursday, July 19, 2012

Jangan Sampai Jadi Kafir Lagi



     Sudah 12,669 hari aku dihidupkan. Berapa lama lagi? Aku tak tahu. Menulis(menaip) selagi ada masa. Artikel yg terdahulu (sini), Nabi s.a.w bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yg sangat gelap.Seseorang yg beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yg beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit dari kesenangan dunia". Aku yakin. Fikir tertimbul lalu mengapungkan artikel ini. Soalannya :
  1. Adakah manusia beriman yg dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu sedar bahawa dia sudah menjadi kafir?
  2. Bila dikatakan sudah jadi kafir, apakah amalan²nya diterima sepanjang tempoh kekafiran itu?
  3. Bila pula dia kembali kpd Islam?
     Mari kita susuri perjalanan ini...  Aku kongsi apa yg sekadar ada dan boleh, tidaklah aku pinta kalian membenarkan apa yg aku katakan di blog ini sebaliknya rujuklah pada org² yg lebih arif terlebih dahulu. Aku hanya bermusafir. Di blog ini tempat aku berhenti seketika, melepaskan apa yg ada buat tatapan bersama. Aku tahu Allah Melihat apa yg aku buat. Kebenaran itu ada di dalam Al Quran dan Hadis dan di dalam jiwa² manusia yg membenarkan Allah itu Tuhannya dan Muhammad itu pesuruh Allah dan Islam itu agamanya. Terlalu banyak maqam² (tingkat²/darjat²) manusia di dunia ini (yg pernah aku jumpa). Hanya 'rasa (nafsu)' yg membezakan antara mereka; termasuklah rasa takwa di dalam diri mereka. Aku tak rasa apa yg mereka rasa. Itu benar. Masih ingat artikel² aku yg dahulu? HIDUP INI ADALAH RASA.
Ke sana Ke mari
     Aku? Aku masih di sini, kadang² ke sana, kadang² ke sini, tak tahu apa yg dicari, padahal Allah itu dekat dgn diri. Akhirnya diam 'duduk' menyepi mengingati Ilahi akan peringatan²-Nya bahawa mati itu pasti yg akan membawa diri pulang ke tempat yg abadi. Ouh... Bila? Buat persiapan walaupun tak tahu bila..   
     Ada sebuah kisah di Terengganu, di mana seorang anak murid dimarahi oleh gurunya. Kata gurunya 'Kau tak payah sibuklah nak betulkan orang lain (menasihati), perbetulkan dirimu tu dulu'. Itu kisah bukan kisah aku. Jika tak faham, jgn ambil kisah. Buat je tak kisah. Aku kisah, maka aku ambil pengajaran bila aku dengar. Aku sekadar berkongsi je. Kat blog ini pun, aku sekadar berkongsi sahaja. Asalnya, untuk aku sendiri, aku tulis, aku baca, aku kongsi. Siapa nak berteduh (baca), silakan. Apa yg aku tahu bukan aku yg punya. Aku tiada apa-apa pun. Tiada apa-apa bukanlah bermakna kosong, namun kosong itu bermakna bagi yg mengerti.

Contoh manusia yg Pagi beriman, Petang sudah menjadi kafir

Fikir 1: Adakah seseorang manusia Islam itu sedar bahawa dirinya yg sihat itu adalah 'seorang pesakit yg sedang tidak menyedari bahawa dirinya sedang sakit / sedang berpenyakit'?

Renungan:
     Allah letakkan pelajaran² (ilmu²-Nya) di dunia. Sekiranya kita sakit, kita makan ubat. Kita makan ubat sekali, belum tentu kita terus sembuh. Kena makan banyak kali, baru penyakit itu sembuh, Allah-lah yg menyembuhkannya. Jika kita makan ubat tu sekali je, terus sembuh, Allah juga yg menyembuhkan, kuasa Allah. Begitulah dosa, taubat sekali belum tentu sembuh. Kena taubat banyak kali, baru penyakit (dosa) kita terhapus, Allah juga yg menyembuhkannya. Jika sekali taubat, terus disembuhkan (dihapuskan), Allah juga yg sembuhkan, kuasa Allah. Apa penyakitnya? Banyak jenis²nya.. Dosa itu penyakit, taubat itu penawarnya (ubat).

Fikir 2: Adakah seseorang manusia Islam itu sedar bahawa dirinya pernah / sedang menjadi kafir?

Dahsyat Betul Geram.. Hehehe..
Renungan:
    Nabi s.a.w bersabda: "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa yang meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir". (Hadis Riwayat al-Tirmidzi) dan Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim).
    Maka, terbuktilah apa yg Nabi s.a.w katakan bahawa ada manusia yg beriman di waktu pagi, petang menjadi kafir. Dalam hal ini (peringkat ini), aku kaitkan dgn meninggalkan solat selepas pernah melakukan solat. Ketika umat manusia Islam masih kecil, pasti mereka telah solat di tempat mereka bersolat. Bila sudah besar dan  terlalu sibuk dgn urusan dunia, solat ditinggalkan (menjual agama). Baca hadis sekali lagi. Bila sudah kafir, maka duduklah dia dalam kerugian. Apakah amalan diterima selepas menjadi kafir? Aku fikir. Banyak soalan di dalam Al Quran. Cuba jawab soalan ini:

    Pada hari yang di waktu itu ada muka yg putih berseri, dan ada pula muka yg hitam muram. Adapun orang² yg hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”.
    [■ Ali'Imran, 106 ■]

         Apa nak dijawab apabila ditanya 'Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman?' Kita bayangkan Allah kata 'Aku suruh solat, apasal kau tak solat?! Apasal kau tak sembah Aku?! Oleh kerana kau tak solat, sekarang rasakanlah azab-Ku ini!!'. Fuuuhh... Takut tak? Tak takut? Takpe. Anda seorang yg berani di dunia ini.
         Teringat aku masa kecil², arwah abah aku bertanya 'Bakpe(kenapa) mu dok sembahyang? sebab mu dok sembahyang, rasakanlah.....'. Aaadduuuhhhh.... Kenangan indah...

    Antara sebab² menjadi kafir
           Sama²-lah kita fikir tentang contoh di atas tadi. JANGAN TINGGAL SOLAT. Kalau TERTINGGAL SOLAT, tu lain pula ceritanya. Mari kita lihat, antara perkara² yg boleh menyebabkan seseorang yg beriman itu menjadi kufur(kafir) :

    1. Mengingkari rukun (pokok²) keimanan
    2. Mengingkari Al-Quran dan kandungannya
    3. Merasa ragu² atau syak terhadap sesuatu yg telah dipercayai
    4. Menghina atau mempersendakan agama Islam
    5. Menentang hukum² Islam yg diketahui umum
    6. Menghalalkan perkara yg haram dalam Islam atau sebaliknya, di mana hukum itu diketahui umum
    7. Mengingkari perintah Allah secara menentang dan persenda
    8. Bercita-cita atau menginginkan kekufuran 
    # Sumber dari Buku Punca-punca Murtad

         Itu antara yg disenaraikan dan mungkin banyak lagi sebab² yg lain jika terus digali. Semakin dikorek semakin dalam, semakin digali semakin luas, akhirnya lemas. Ilmu Allah Maha Luas dapat sikit pun Alhamdullillah, dapat banyak berserahlah diri, tak tahu apa akan terjadi. Tawakkallah sepenuh hati. Ambil 8 sebab tu, dan semak satu per satu. Sibukkanlah mencari kesalahan diri sendiri. Tanyalah pada diri sendiri 'Pernahkah aku buat perkara [1 hingga 8]......?' Bila dah tanya pada diri sendiri dan ada jawapan 'pernah', cuba jawab soalan ini pula:

    Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat² Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah² kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
    [■ Ali'Imran, 101 ■]

    Hhhhmmm...... Al Quran ada lagi di dunia ini. Kata² Nabi s.a.w pun dan sunnah² Nabi s.a.w pun masih ada di dunia. Apa jawapan kalian? Fikir lagi...

    Sedar dari kekafiran
         Apakah mungkin satu ketika dulu kita pernah jadi 'kafir sementara' kerana telah menjual agama untuk mendapatkan kesenangan dunia dgn membenarkan antara 8 perkara di atas berlaku pada diri seperti mana contoh meninggalkan solat tadi? Bagi yg pernah melaluinya, perkara itu sudahpun berlalu. Yg lalu tetap berlalu. Bg yg pernah melihat orang tidak solat, perkara itupun sudah berlalu. Sudah lihat kan? Dah berlalulah. Hal 'kekafiran' itu diketahui apabila perjalanan hidup seseorang manusia Islam itu sampai kpd pengetahuan 'sebab² menjadi kafir' dan bila diimbas semula perjalanan yg lalu, ALAMAK !!! Alamak? A.. A.. Aaalaaamaaaak..
         Apakah kita sangka apabila kita berada di dalam Islam, kita akan Islam selama-lamanya? Awas jangan tertipu dgn kata² sendiri (nafsu). Berapa ramai yg kita tahu sudah murtad? Dalam Al Quran, Allah telah bagi amaran agar kita mati dalam keadaan beragama Islam dan beriman. Nabi Yusuf pun pernah berdoa supaya diwafatkan dalam Islam. Firman Allah:

    Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi. (Ya Tuhan), Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh".
    [■ Yusuf, 101 ■]

    Siapakah yg mencipta diri anda? Mohonlah kpd yg mencipta diri kita. Persoalannya, apakah amalan yg dibuat ketika menjadi 'kafir sementara' dulu diterima oleh Allah (pahala)? Ouh... Bila dikenangkan, ruginya masa (umur) yg telah di-sia²-kan. Allah ada berfirman :

    Orang² yang kafir kepada Tuhannya, amalan² mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.
    [■ Ibrahim,18 ■]

        Harapan, semoga Allah terima amalan² yg lalu. Berserah pada takdir. Masa tidak akan kembali. Bila jadi kafir, banyaklah kerugiannya. Kita kumpul abu (amalan), datang angin kencang, habis semuanya hilang entah ke mana. Kita tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yg kita usahakan di dunia ini semasa di akhirat nanti. Begitulah gambaran ketika berada dalam keadaan 'kekafiran'.
        Alhamdullillah.. Allah tidak matikan kita ketika kita berada dalam keadaan itu. Allah telah beri banyak kali peringatan kpd manusia Islam yg telah menjadi kafir tapi manusia itu masih degil. Allah lihat manusia itu degil sangat, tak nak kembali kepada-Nya, Allah bagi musibah. Ambil nak sangat !! Tak nak kembali lagi, Allah bagi musibah lagi.. dan lagi.. dan lagi.. 
         Bila dapat musibah, baru nak kembali kpd Allah. Baru sebut nama Allah. Baru sedar. "Ya Allah.. Ya Allah.." Mula² mungkin tak puas hati dgn apa yg tertimpa "Kenapa aku? Kenapa tidak dia..." tetapi lama² kelamaan baru faham bahawa Allah beri musibah kerana Allah sayangkan kita (sangka baik) dan musibah itu tertimpa disebabkan kesilapan kita sendiri. Allah nak hapuskan dosa, Allah beri musibah. Fikir. Allah Maha Bijaksana. Kita bodoh. Tak tahu apa-apa. Jangan biarkan kepandaian mengatasi kebijaksanaan.
         Hhmm.. Bila dah tahu kerugian yg terbuang diwaktu lalu, kini dgn masa yg masih ada ini, kita beramal solehlah. Kita carilah ilmu yg dapat membantu kita menjadi lebih baik dari hari² yg telah berlalu. Rukun Islam ada, Rukun Iman ada. Belajar dari mula, tidak mengapa, Allah tahu cuma janganlah malu. Semoga Rahmat Allah tercurah ke atas kita.

    Mencari ilmu untuk sedarkan diri sendiri
         Allah letakkan ilmu² di dunia ini. Nabi s.a.w pun kata wajib tapi lihatlah ilmu apa yg wajib tu. Nabi s.a.w bersabda:

    "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang WAJIB atas tiap-tiap seorang Islam."

          Nak tuntut semua ilmu kat dunia ini? Huuuuhh... Aku tak mampu. Nak ikut semua sunnah Nabi s.a.w, aku masih tak mampu. Ya Allah, berilah kekuatan. Dari hadis, maka, wajiblah kita mencari ilmu yg dapat mendekatkan diri kpd Allah (walhal Allah amat dekat dgn kita). Setakat ini, kita sudah dapat tahu 'sebab² menjadi kafir'. Semoga kita dapat elakkan diri kita untuk terkafir lagi. Yg masih belum solat tu, solatlah. Dah dapat tahu, teruskanlah perjalanan dgn ber-hati² dan sentiasalah mengingatkan diri sendiri (cakap dgn diri sendiri). Cakap dgn diri sendiri? Nabi s.a.w ada bersabda:

    Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya (sendiri)
    (Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)

         Nasihatlah diri sendiri. Jangan putus asa dari Rahmat Allah kerana sekiranya berputus asa dari Rahmat-Nya, maka kita tergolong dalam golongan orang² kafir. Semoga kita istiqomah yakni 'JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT-NYA'. Amaran Allah:

    "Sesungguhnya orang² yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus."
    [■An-Nisaa',137■]

         Dah beriman, kemudian kafir lagi, beriman lagi, lepas tu kafir lagi, lepas tu bertambah-tambah kekafirannya.. Nampak macam nak main² je, nanti Allah main²kan kita. Dalam ayat itu 'Allah tidak akan memberi ampunan dan tidak menunjuki kita kpd jalan yg lurus'. Fuuhh.. Sesatlah kita.  JANGAN MAIN-MAIN. Hhhm... Maka, kini sedarlah kita bahawa ada sebab² yg boleh menjadikan seseorang manusia Islam itu menjadi KAFIR. Allah berkuasa membolakbalikkan hati kita. Ya Allah, teguhkanlah hati kami untuk terus berpegang kepada agama-Mu.

    SEDAR - Sedarlah Engkau, Dia Allah, Rabbmu(Tuhanmu)

         Jangan tinggalkan solat. Tiada solat, tiadalah agama. Carilah ilmu untuk sedarkan diri kita sendiri. Baru dapat rasa yg kita ini bertuhankan Allah. Segala apa yg ada di dunia ini, akan kembali kpd Allah. Alhamdullillah... Sambil² tu berkongsilah untuk kebaikan bersama..

    Di hari penyesalan
         Aku manusia biasa. Maklumat setakat yg ada sahaja. Kutip sana, kutip sini untuk buat bekalan di akhirat nanti. Aku minat dgn Kitab Al Quran dan Hadis² namun apa yg terdaya olehku, aku buatlah, kalau salah tolong tunjukkan mana tempatnya. Aku orang baru belajar, bahasa Arab langsung tak tahu. Bila aku baca terjemahan ayat ini:

    "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat,"
    [■ Al A'la,9 ■]

    Maka, mana yg ada, aku kongsilah. Semoga bermanfaat kpd diri aku sendiri dan kalian jua. Risau juga bila mati datang menjemput, tak sempat nak kongsi, tak sempat nak bersaham. Berilah peringatan kpd diri sendiri. Nabi s.a.w kata 'Sampaikanlah perkataanku walaupun satu ayat'. Kongsilah tu maknanya, tak pun 'SHARING IS CARING'. Ok. Kita kembali semula.
    Lalai: Lupa Allah bagi rezeki
         Dalam mencari ilmu untuk sedarkan diri sendiri macam² maklumat dijumpai. Ilmu ada mengatakan, "jika seseorang telah keluar dari Islam (berikrar) / terkeluar dari Islam wajib baginya mengucapkan semula 2 kalimah syahadah untuk masuk ke dalam Islam semula". Kata 'terkeluar dari Islam' itulah yg merisaukan diri yakni manusia Islam tidak menyedari bahawa dirinya sudah terkeluar dari Islam. Tapi masalahnya sedar ke bahawa diri dah terkeluar dari Islam? Dari contoh tadi, tidak solat, jadi kafir. Ubah intonasi suara. Dah sedar ke? Sedar dah ke? Ke dah sedar?
        Bersendirianlah seketika dan renungkanlah sendiri apa yg telah kita perbuat, Allah Maha Mengetahui / Maha Melihat apa yg direnungkan walaupun Allah sentiasa sibuk dengan urusan-Nya. Akuilah sendiri kesalahan dan kesilapan yg lampau, Allah Maha Mendengarinya, Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih.
         Bagi manusia yg pernah merasa bahawa dirinya pernah terkeluar dari Islam (setelah mengetahui sebab² menjadi kafir) dan direnungkan kembali masa lampaunya hinggalah ke saat ini, Alhamdullillah... Maka, ucaplah semula 2 kalimah syahadah. Itu lebih baik. Bagi yg sudah berubah, hari ini kita berpeganglah pada agama Islam. Bersyukurlah.. Allah masih beri peluang untuk kita berubah, untuk kita mendapatkan keredhaan-Nya, untuk kita memohon ampun kepada-Nya. Allah tidak biarkan kita terus menerus berkeadaan seperti sebelumnya. Semoga di akhir kehidupan kita adalah sebuah pengakhiran kehidupan yg diredhai. Pasti kita org yg paling gembira apabila berada di dalam liang lahad. Alhamdullillah... Aku pun ingin begitu kerana diri hanya seorang tika berada di dalamnya. Ayuh.. Sama² berusaha.

    Ingat semula apa yg telah terjadi
         Mungkin dahulu kita banyak ketawa kerana terlalu gembira dgn kesenangan dunia tetapi kesenangan itu sudah ditarik kembali. Habis semuanya, tiada satu pun yg tinggal. Jangan dilalui jalan yg dahulu kerana terlalu banyak perangkap duniawi yg kita tidak sedari hingga hati diwarnai dgn warna² duniawi. Kini, kita senyumlah. Apa nak dihairankan, apa nak dikesalkan yg telah hilang, yg penting kita tahu, Allah dekat dgn kita. Dahulunya, semuanya adalah pinjaman dari Allah untuk kita gunakan ke jalan-Nya. Tapi kita tidak menggunakannya. Yg perlu dikesalkan adalah umur yg telah disia-siakan. Allah sayang kpd kita. Jika kita menyedari, sayang Allah tidak dapat dibandingkan dgn apapun. Hanya diri kita sendiri yg merasainya, yg mengerti erti kasih sayang-Nya. Kita yg merasai nikmat itu. Begitu juga dgn manusia yg lain. Anugerah masing². Tidak dapat untuk dikongsikan apatah lagi nak diceritakan. Menjadi rahsia yg tiada akan terungkai. Berbahagialah kita dalam sepi. Menemani diri mengingati mati. Apalagi yg hendak dicari? Ingatlah Allah selalu. Segala pemberian-Nya terimalah dgn redha, sikit atau banyak itulah pemberian. Bersyukurlah.. 
          Bagaimana kita menghargai kasih sayang Allah terhadap kita? Ada hikmah di sebalik kejadian. Dosa itu menarik kita mendekat kepada Allah (mohon ampun) dan Ujub (merasa diri bagus) itu dapat menjauhkan kita dari Allah. Dahulu akhirat dibelakangkan (ditinggalkan), kini akhirat sudah dihadapankan (didahulukan). Apabila kita menyesali perbuatan yg dahulu, membuatkan kita kurang ketawa dan banyak menangis serta merasa kecil dan rendah diri di sisi Allah (ingat Allah). Apabila baca Al Quran dan tiba pada terjemahan ayat ini:

    Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
    [■ At Taubah, 82 ■]

         Bertaubatlah dan ingatlah akan apa yg telah kita kerjakan di waktu dahulu dan ingatlah Allah sedang 'membalas' terhadap apa yg telah kita lakukan dahulu. Sabar dan redhalah hingga akhir hayat kita. Lebih baik di balas di dunia sahaja. Selesai di dunia sahaja. Kalau boleh menangis, menangislah. Menyesali. Selagi dihidupkan, balaslah semula apa yg telah kita kerjakan dahulu dgn kebaikan. Dulu banyak buat dosa, kini buatlah kebaikan, perbaikilah diri. Pedulikan apa orang kata, sebaliknya doakanlah mereka kerana mereka tidak merasai apa yg kita rasa. Kita dahulu buat kesalahan kerana kebodohan kita. Bila kita perbaiki diri, insyaAllah Allah kasih kpd kita. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Firman-Nya:

    Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang² yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya); sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    [■ An Nahl, 119 ■]

         Kita akuilah kepada Tuhan, kenapa berat sangat lidah(hati) untuk diangkat? Kita buat salah kerana kebodohan diri. Dia Maha Mendengar. Mengadu pada manusia, hanya kutukan/(.........) di dengari walhal perkara sudah berlalu, bukan kita meminta simpati tetapi hanya perlukan doa untuk diri. Mengadulah pada Tuhanmu. Dia lebih Mengerti apa yg dirasai oleh diri.  Bersyukurlah kerana dapat buat kebaikan sebab yg mendatangkan kebaikan itu adalah Allah jua bukannya diri kita sendiri. Ingat kalimah 'Lau haula wala quwata illah billah'. Yg membolehkan kita berbuat kebaikan itu adalah Allah. Keluar kata² dari satu pintu hati, 'segala yg baik datangnya dari Allah, segala yg buruk datangnya dari sy sendiri'. Ingat, Allah-lah segala-galanya. Untuk berubah, banyakkanlah pandang kepada diri sendiri. Al Quran ada 6236 ayat, bacalah untuk buat penawar hati.
         Di awal artikel tadi, aku ada bertanyakan
    1. Adakah manusia beriman yg dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu sedar bahawa dia sudah menjadi kafir? Telah aku kongsikan.
    2. Bila dikatakan sudah jadi kafir, apakah amalan²nya diterima sepanjang tempoh kekafiran itu? Yang ini aku tidak tahu, fikirlah sendiri.
    3. Bila pula dia kembali kpd Islam? Mengucap 2 kalimah syahadah, kembalilah. Berserah pada Allah. Allah Maha Penerima Taubat.

    Sudah selesai soalan² itu dgn setakat apa yg ada. Muncul soalan baru.
    • Apakah yg telah mengikat seseorang manusia Islam itu yg dahulunya dia pernah menjadi kafir (contoh: pernah meninggalkan solat) tetapi kini masih berada di dalam agama Islam? 
    • Apakah namanya yg membuatkan kita ingat Allah tu?

    "Jangan sampai jadi kafir lagi" berhenti di sini. Bersegeralah beramal sebelum ujian berat terhadap iman tiba. Rupanya, aku menjawab soalan aku sendiri. Sebelum mati, selesaikan urusan dgn Allah. Aku menulis dgn sekadar yg ada dan bukanlah bermakna aku tahu segalanya. Aku terasa, aku jahil. Semakin banyak aku tahu, semakin banyak aku lupa. INGAT.

    I - Iman kepada Allah
    N - Niatlah kerana Allah
    G - Gunalah kerana Allah
    A - Amallah kerana Allah
    T - Takutlah kepada Allah

    Aku tidak tahu, aku tidak pandai menulis. Aku rasa ingin menulis maka aku menulis. Aku selalu lupa sebab itu aku menulis. Nanti aku cari lagi buat pedoman diri. Usahlah menanti kerana ianya belum pasti, sebaliknya carilah sendiri juga. Ramai di luar sana yg pandai. Aku tidaklah pandai. Sebenarnya, Message aku hanya satu 'JANGAN TINGGAL SOLAT'. Mohon maaflah atas segalanya kerana kalian baca sampai habis. Bersambung di artikel yg seterusnya "Janganlah Engkau Hairan.."... Wollohua'lam.

    PERINGATAN: Surah Al Baqoroh, ayat 126

    Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian”. Allah berfirman: "Dan kepada orang yang kafirpun Aku (Allah) beri kesenangan sementara, kemudian Aku (Allah) paksa ia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    /* kun tambah radar