Berliku, Tidak Lurus tetapi Benar Itulah Jalan |
Alhamdullillah… Bersambung kita dari Pagi Beriman, Petang Kafir. Perjalanan hidup anda berliku? Tidak mengapalah andainya perjalanan hidup berliku, asalkan perjalanan itu adalah benar (tetap berada di jalan yg benar).
Perjalanan hidup ini indah, menemukan kita dgn pelbagai 'wajah' manusia. Di desa, di kampung, di bandar, di hutan, di gunung, di bukit, di gua, di sungai, di dalam bangunan, di pasar, di shopping kompleks, di internet, di alam mimpi, di tempat kerja dan ber-tempat² lagi. 'Wajah' yg aku maksudkan adalah sifat bukannya rupa. Kulihat wajah² manusia, ada yg ketawa, senyum, menguap, fokus, termenung, ber-kata², penat, puas... Ouhh Ya Allah.. Terserlah kesempurnaan-Mu. Kesempurnaan Allah ada di mana² sahaja.
Begitu sempurnanya Allah mencipta manusia samada orang bukan Islam ataupun orang Islam, ada yg begini, ada yg begitu, ada yg boleh buat itu, ada yg boleh buat ini. Sempurnanya Allah! Ada pertemuan yg singkat (masa) tetapi penuh dgn keberkatan/keberkahan. Pertemuan yg tidak disia-siakan, tolong menolong. Ada juga pertemuan yg singkat tetapi dimurkai Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah, itulah yg terbaik kerana di akhirat nanti akan mendapat naungan Allah (perlindungan) - InsyaAllah.

Bermacam berita telah disampaikan / diperlihatkan / didengarkan di bumi ini. Kadang² kita sendiri yg mencari berita untuk disampaikan (share). Lagi lama hidup, lagi banyak berita (kejadian) yg kita akan dengar (insyaAllah). Antara berita yg didengar, ada orang bukan Islam, masuk Islam (Subhanallah) dan ada orang Islam yg keluar Islam atau terkeluar dari Islam yg mana tidak disedari bahawa dirinya sudah terkeluar dari Islam (Astaghfirullah..). Bagaimana? Inilah yg aku cuba kongsikan di sini. Maaf.
Orang bukan Islam menjadi orang Islam
Ikrar Masuk Islam |
Orang bukan Islam yg hendak beragamakan Islam wajib membuat pengakuan dgn mengucapkan 2 kalimah syahadah. Aku pernah lihat, orang bukan Islam yg masuk Islam mengucap 2 kalimah syahadah dgn jari telunjuk menunjuk ke arah atas (bagi manusia normal-lah). Ketika bersolat, jari telunjuk menunjuk ke arah hadapan pula. Alhamdullillah, ada antara manusia dapat hidayah (pertolongan Allah). Selesai mengucapkan kalimah itu, maka terikatlah diri manusia itu dgn Islam. Aku ucapkan 'SELAMAT KEMBALI KE PANGKAL JALAN' kepada saudara baru Islam (jika ada yg membaca di sini). Terjemahan Surat An-Nashr (Ayat 1-3):
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyung-duyung, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat"
Ilustrasi: Nak masuk Islam |
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
■ Adz Dzaariyaat, 56 ■
Itu tujuan yg hak (tujuan sebenar) kita diciptakan. Allah, Raja Manusia (Surah An-Nas, ayat 2). Sembahlah Allah. Ada manusia yg tidak dilahirkan dalam Islam tetapi hendak sembah Allah. Ada manusia yg lahir dalam Islam tetapi tidak sembah Allah. Maka, mungkin Allah pilih manusia lain untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan sebenar-benarnya. Aik? Allah kan suka Ia-nya dipuji. Ingat itu. Fikir.
1. Apakah dgn kemasukan orang bukan Islam ke dalam Islam ianya menggambarkan bahawa Allah menggantikan semula manusia yg lahir dalam Islam yg tidak menyembah-Nya?
2. Adakah bakal ahli syurga sedikit?
3. Apakah Allah menambah bilangan orang² yg beriman untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada golongan² tertentu?
Kerisauan terhadap fikiran begini boleh membuatkan diri kita sentiasa ingat kepada-Nya. Mohon ampunlah kepada Allah dan pujilah Allah banyak². Di akhir surat An-Nashr, ada disungguhkan iaitu Allah Maha Penerima Taubat. Fahamkanlah...

Kisah di dalam Al Quran
Dalam Al Quran, ada kisah manusia yg membuat pengakuan keimanan.
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku."
■ Yaasiin, 25 ■
Allah Maha Kuasa. Benar, sentiasalah buat PENGAKUAN apabila telah beriman. Buatlah pengakuan keimanan bahawa “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”. Tanya pada diri sendiri "Siapa aku?" Apa jawapan yg ter'sebut' / disebutkan? Dgn pengakuan itu tadi, maka sudah Islamlah orang yg bukan Islam tadi. Dia mesti menjalankan peraturan² Islam kepada dirinya sebab dia SUDAH MEMBUAT PENGAKUAN (BERJANJI). Jaga diri sendiri. Jaga hati.
Diri kita yg dilahirkan dalam Islam, sehingga kinipun masih buat pengakuan keimanan (dalam solat, kalau solatlah). Iman hendaklah sentiasa diperbaharui, jangan dibiarkan begitu sahaja. Perut lapar, diberi makanan yg baik², sihat tubuh badan. Roh lapar, dibiar, tidak diberi makan (amal), semakin lemahlah iman. Sudahkah kalian perbaharui iman kalian pada hari ini?
Orang Islam memperbaharui Iman
LAA ILAHA ILLALLAH |
Maka, perbanyakkanlah ucapan LAA ILAHA ILLALLAH untuk memperbaharui iman. Tak percaya? Ucaplah dulu. Dah ucap dah tapi takde kesan juga? Ucaplah banyak-banyak. Kan Nabi s.a.w kata ‘Perbanyakkanlah..’ Sama-samalah kita ucap kalimah LAA ILAHA ILLALLAH banyak-banyak sehingga ada kesan di hati. Apabila sudah mengucap 2 kalimah syahadah, iman sudah ada. Seterusnya?
Tindakan seterusnya adalah untuk usaha atas Iman. Iman perlu diusahakan / dibina, perlu dijaga supaya ianya jadi kuat. Bila keyakinan terhadap Allah menjadi kuat (.........), aku tak tahu nak taip apa, pasal iman aku pun belum kuat lagi. Setakat ubat-ubat nak kuatkan tubuh badan banyaklah dijual. Pernah tak kalian tengok iklan “Ubat untuk kuatkan iman!!! Dapatkan segera di pasaran sementara stok masih ada!!”.. Pernah? Berzikirlah sekiranya ada masa lapang. Korbankan sedikit masa. Tiada ruginya...
Mungkin diri aku sendiri, kurang beribadat kepada Allah atau kurang pengabdian diri kepada Allah. Hanya Allah Maha Mengetahui akan kurang atau banyak itu. Itulah maksud aku 'risau' tadi dan bertambah risau apabila membaca ayat ini:
Musnahlah kita, kalau Allah tak suka kepada kita. Sia-sialah kita hidup, sia-sialah hidup kita, kalau Allah tak suka kepada kita. Salah satu kemusnahan di sini adalah istidraj yakni Allah buat kita semakin lalai dgn dunia dgn apa yg kita hendaki sentiasa dapat. Kita sangka, kita telah berjaya tetapi sebaliknya yg terjadi. Benarkah ada orang yg beriman menjadi kafir? Mari kita lihat sedikit.

Jika Dia menghendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu).
■ Faathir,16 ■
Musnahlah kita, kalau Allah tak suka kepada kita. Sia-sialah kita hidup, sia-sialah hidup kita, kalau Allah tak suka kepada kita. Salah satu kemusnahan di sini adalah istidraj yakni Allah buat kita semakin lalai dgn dunia dgn apa yg kita hendaki sentiasa dapat. Kita sangka, kita telah berjaya tetapi sebaliknya yg terjadi. Benarkah ada orang yg beriman menjadi kafir? Mari kita lihat sedikit.
Seseorang yg beriman, kini sudah menjadi kafir?
Kita baca lagi hadis di bawah ini. Takpe, baca banyak kali, mudah ingat. Surat Al Fatihah pun di baca berulang kali dalam solat.
"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda (kesenangan) dunia." (HR Muslim)
Mudahnya fitnah (ujian) untuk menjadikan seseorang itu kafir. Ada manusia yg beriman di waktu pagi kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir. Apabila dikatakan ‘sudah menjadi kafir’, mesti ada sebab puncanya. Dalam hadis di atas, sebab seseorang manusia yg beriman menjadi kafir adalah kerana DIA TELAH MENJUAL AGAMANYA DENGAN SEDIKIT DARI MATA BENDA (KESENANGAN) DUNIA. Nabi s.a.w berpesan ‘Bersegeralah kamu beramal SEBELUM menemui fitnah (ujian)..’. Manusia yg beramal dapat menangkis fitnah² dengan selambanya. Nak tambahan maklumat lagi mengenai ‘sebab-sebab menjadi kafir’ boleh search di internet atau tanya orang² yg arif. Lepas nie kita cari apa maksud 'menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda (kesenangan) dunia'. Risau juga bila memikirkan diri... Risau kalah dengan fitnah (ujian) dunia.
Tak yakin lagi? Firman Allah pun ada bagitau mengenai orang yg beriman menjadi kafir di dalam Surah Al Baqoroh, ayat 257.
"Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
Lihatlah, ayat Al Quran pun ada mencatatkan. Ada orang kafir menjadi orang beriman, dan ada orang beriman menjadi orang kafir. Orang² yg beriman, Allah-lah Pelindung. Nak buat dosa, terhalang. Bila Allah menjadi pelindung, nak buat baik kpd Allah, senang je. Siapa yg tak nak Allah menjadi pelindung mereka? Orang² kafir pula, syaitanlah pelindungnya. Buat dosa terlepas sebab syaitan cover line tetapi terlepaslah di dunia ini. Bila syaitan menjadi pelindung, nak buat baik kpd Allah, susah sikit.
Ada juga kita dengar / terdengar manusia keluar daripada Islam. Itu yg disedari / diketahui keluar daripada Islam seperti di dalam gambar sebelah ini. Bagaimana pula dengan yg tidak disedari? Kalau boleh, kita mahu menyelamatkan semua umat manusia, namun apakan daya semuanya dgn izin Allah. Berlindunglah dgn Allah dan mohon pertolongan kepada Allah agar diri kita sentiasa diletakkan di bawah 'Alam Sedar'. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada aku, juga kepada manusia di dalam gambar di atas dan kepada kalian semua yg membaca di sini serta seluruh manusia di muka bumi ini. Aamiin.
Semoga kita tidak termasuk di antara orang-orang yg telah di beri peringatan dgn ayat² Al Quran pada awalnya dan kita buat tak tahu sahaja dan akhirnya menerima kata² 'BUATLAH APA YANG KAMU HENDAK BUAT'. Sekiranya menerima kata² sedemikian, ingatlah firman Allah di bawah ini dan terus muhasabah diri dan tanya diri sendiri "Apakah aku adalah orang-orang yg mengingkari ayat-ayat Allah?"
Hukum Islam
Manusia yg dapat merasakan bahawa dirinya telah terkeluar dari Islam, wajib ke atasnya kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah Syahadah dengan niat memeluk Islam semula. Untuk tambahan penjelasan dari sumber : (Klik sini)
Hukum Islam sebenar seperti mana yang telah dijelaskan oleh ulama Islam adalah: Sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia tetap jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam, walaupun dia tidak rela dirinya menjadi kafir maka dia tetap murtad dan kafir. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya.
Fuuh.. bila baca hukum Islam, mudahnya terhukumkan kafir. Hanya melalui kata². Begitulah perkongsian 'Pagi Beriman, Petang Kafir - Bahagian 2' ini. Maaf kupohon dari semua pembaca. Kata² yg timbul di blog ini tidaklah sekaya, tidaklah seindah, tidaklah secantik, tidaklah tersusun, tidaklah bertatabahasa seperti di tempat² yg lain. Banyak yg aku tidak tahu. Janganlah pula kalian jadikan perkongsian aku ini, satu ukuran terhadap keimananku. Bagi aku, apa yg aku taip, tidak boleh dijadikan ukuran. Banyak yg aku 'kopi pes' je. Aku kongsi kerana aku kasih. Kasih kepada diri aku dan kalian jua. Aku hanya manusia biasa. Apa yg kulakukan, pengharapanku hanyalah kepada keredhaan Allah dan kalianpun, sudah pasti begitu jua. Apa yg aku buat di dunia ini, akan aku dengar semula beritanya nanti di akhirat.
Semoga kesilapanku dan kesalahanku dan juga kalian di dunia ini dapat ditebus di dunia ini juga. Kita datang ke dunia dgn keadaan yg bersih dan harap dapat Pulang ke akhirat dengan keadaan yg bersih juga. Aku nak teruskan perjalanan. Kalian juga teruskanlah perjalanan hidup ini. Berhati-hatilah dalam perjalanan. InsyaAllah, umur panjang, berjumpa lagi di artikel seterusnya "Jangan Sampai Jadi Kafir Lagi"Di sebalik ucapan 2 kalimah syahadah". Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Wollohua'lam.
Tak yakin lagi? Firman Allah pun ada bagitau mengenai orang yg beriman menjadi kafir di dalam Surah Al Baqoroh, ayat 257.
"Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
Berita di kertas pemberitahu |
Ada juga kita dengar / terdengar manusia keluar daripada Islam. Itu yg disedari / diketahui keluar daripada Islam seperti di dalam gambar sebelah ini. Bagaimana pula dengan yg tidak disedari? Kalau boleh, kita mahu menyelamatkan semua umat manusia, namun apakan daya semuanya dgn izin Allah. Berlindunglah dgn Allah dan mohon pertolongan kepada Allah agar diri kita sentiasa diletakkan di bawah 'Alam Sedar'. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada aku, juga kepada manusia di dalam gambar di atas dan kepada kalian semua yg membaca di sini serta seluruh manusia di muka bumi ini. Aamiin.
Semoga kita tidak termasuk di antara orang-orang yg telah di beri peringatan dgn ayat² Al Quran pada awalnya dan kita buat tak tahu sahaja dan akhirnya menerima kata² 'BUATLAH APA YANG KAMU HENDAK BUAT'. Sekiranya menerima kata² sedemikian, ingatlah firman Allah di bawah ini dan terus muhasabah diri dan tanya diri sendiri "Apakah aku adalah orang-orang yg mengingkari ayat-ayat Allah?"
Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
■ Fushshilat, 40 ■
Hukum Islam
Manusia yg dapat merasakan bahawa dirinya telah terkeluar dari Islam, wajib ke atasnya kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah Syahadah dengan niat memeluk Islam semula. Untuk tambahan penjelasan dari sumber : (Klik sini)
Hukum Islam sebenar seperti mana yang telah dijelaskan oleh ulama Islam adalah: Sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia tetap jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam, walaupun dia tidak rela dirinya menjadi kafir maka dia tetap murtad dan kafir. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya.
Fuuh.. bila baca hukum Islam, mudahnya terhukumkan kafir. Hanya melalui kata². Begitulah perkongsian 'Pagi Beriman, Petang Kafir - Bahagian 2' ini. Maaf kupohon dari semua pembaca. Kata² yg timbul di blog ini tidaklah sekaya, tidaklah seindah, tidaklah secantik, tidaklah tersusun, tidaklah bertatabahasa seperti di tempat² yg lain. Banyak yg aku tidak tahu. Janganlah pula kalian jadikan perkongsian aku ini, satu ukuran terhadap keimananku. Bagi aku, apa yg aku taip, tidak boleh dijadikan ukuran. Banyak yg aku 'kopi pes' je. Aku kongsi kerana aku kasih. Kasih kepada diri aku dan kalian jua. Aku hanya manusia biasa. Apa yg kulakukan, pengharapanku hanyalah kepada keredhaan Allah dan kalianpun, sudah pasti begitu jua. Apa yg aku buat di dunia ini, akan aku dengar semula beritanya nanti di akhirat.
Semoga kesilapanku dan kesalahanku dan juga kalian di dunia ini dapat ditebus di dunia ini juga. Kita datang ke dunia dgn keadaan yg bersih dan harap dapat Pulang ke akhirat dengan keadaan yg bersih juga. Aku nak teruskan perjalanan. Kalian juga teruskanlah perjalanan hidup ini. Berhati-hatilah dalam perjalanan. InsyaAllah, umur panjang, berjumpa lagi di artikel seterusnya "Jangan Sampai Jadi Kafir Lagi"
PERINGATAN: Surah Az-Zumar, ayat 7
Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam (dada)mu.
Nukilan: Kun Musafir Maya
No comments:
Post a Comment