Sunday, July 29, 2012

Janganlah Engkau Hairan..


     Bagi yg sentiasa ingat Allah pasti mereka tahu bahawa "Allah ada di mana-mana sahaja". Tiadalah kita dapat bersembunyi daripada Pengetahuan Allah, apatah lagi dari Penglihatan-Nya dan Pendengaran-Nya. Begitu juga dgn ilmu, semua ilmu diliputi oleh Ilmu Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Janganlah berbangga dgn apa yg ada pada diri, kelak hati menjadi mati. Ingatlah, semuanya dari Allah Yang Maha Pemberi. Pesan Nabi s.a.w :

Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)

     Janganlah sombong untuk tidak tunduk pada perintah² Allah kerana Allah tidak menyukai orang² yg sombong, maka janganlah sombong dengan-Nya. Apa yg ada pada diri boleh dihilangkan dalam sekelip mata sahaja, oleh-Nya. Bersyukurlah kpd-Nya, insyaAllah bertambah nikmat. Apa nikmatnya? Banyak..... Tidak terhitung oleh kita malah kita tak sedar pun bahawa kita sedang meNIKMATinya. Bila dah hilang dari diri, tidak dapat merasainya lagi, barulah kita tahu yg hilang itu adalah nikmat. Semasa meNIKMATi, lupa diri, tidak bersyukur kpd Allah. Allah nak bagitau kpd kita bahawa itu adalah nikmat, Allah hilangkan nikmat itu. Lepas tu terkenang². Barulah ingat akan nikmat. Allah boleh buat apa sahaja.
     Manusia pada hakikatnya, tidak layak dipuji bagi yg mengerti akan peringatan Tuhan. Firman-Nya:

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam"
[■ QS1:2 ■]

     Kembalikan segala pujian yg diberikan kpd diri ke pada-Nya. Anugerah pada setiap manusia tidaklah sama kerana Allah Maha Kaya, Maha Pemberi. Ada yg macam ini, ada yg macam itu. Jangan ber-dengki²-an. Itu semua cubaan dan dugaan terhadap iman bagi manusia Islam.

     Masih ingat soalan ini pada artikel yg lalu (sini)?

  • Apakah yg telah mengikat seseorang manusia Islam itu yg dahulunya dia pernah menjadi kafir (contoh: pernah meninggalkan solat) tetapi kini masih berada di dalam agama Islam? Fikir menjawab : Janji lama.
  • Apakah namanya yg membuatkan kita ingat Allah tu? Fikir menjawab : Iman kpd Allah 

Aku sebenarnya risau juga nak tulis pasal ini namun disebabkan jiwa yg mendesak, aku tulis juga. Nak baca, teruskan, tak nak, bolehlah berhenti di sini. Mohon maaf.

Apakah yg dikatakan dgn 'beriman'?
     Pendek kata, Iman tu adalah 'percaya (yakin)'. Panjang pula kata, Iman adalah 'membenarkan dgn hati', 'diucapkan dgn lisan' dan 'diamalkan dgn tindakan'. Diulangi.

Pendek kata : "Iman itu adalah percaya".
Panjang kata :"Iman itu adalah membenarkan dgn hati bahawa Allah itu ada(wujud), lepas tu berikrar dgn lisan (2 kalimah syahadah), buat pengakuan bahawa tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah dan Nabi s.a.w, pesuruh-Nya, lepas tu, dibuktikan dgn amal perbuatan, ikut perintah² Allah dan Sunnah Nabi s.a.w.

Lihatlah apa yg pendek dan panjang kata tentang 'iman'. Nanti bacalah Rukun Iman. Dapatlah faham sedikit tentang apa yg dikatakan iman.

Dari Anas r.a. katanya Nabi s.a.w bersabda : "Akan dikeluarkan dari neraka; 1. Orang yg menyebut Laa ilaaha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat biji sawi dan 2. Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan walaupun sedikit dan 3. Akan dikeluarkan dari neraka orang yg menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah (debu²)." [Hadis Shahih Bukhari]

     Amatilah kata² Nabi s.a.w 'AKAN DIKELUARKAN DARI NERAKA...'. Fuuhh... Adakah ini bermakna ada orang² yg beriman yg akan masuk ke neraka dulu sebelum masuk syurga? Ya. Bila dah dikatakan dikeluarkan dari Neraka, mestilah ada yg masuk neraka. Selepas dah didenda, masuk Syurgalah... Masuk syurga disebabkan ada 'iman' (Laa ilaaha illallaah) dan yg lebih utama adalah disebabkan Rahmat Allah tetapi berapa lama duduk dalam neraka (penjara) sebelum dikeluarkan? Huhuhu.. Takleh aku bayangkan... 

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"Iman mempunyai lebih daripada 60 cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari iman". [Hadis Shahih Bukhari]

     Haa.. Lihat. Salah satu cabang iman adalah malu. Malu kat sini adalah jenis malu untuk mengerjakan kejahatan atau segala perbuatan yg hina. Malu kpd Allah. Malu yg tidak kpd malu kpd Allah, tidaklah termasuk cabang Iman. Yg tu cabang lain. Nabi s.a.w ada juga bersabda : "Apabila engkau tidak bermalu, perbuatlah semahumu".

     Apabila manusia tak malu kepada Allah, diperbuatlahlah sesuka hatinya... Kena bala musibah, bersabarlah, kerana kita sendiri yg cari penyakit. Beriman kpd Allah adalah yakin kpd Allah. Laa ila ha illallah. Kita baca kisah² dahulu, apabila mereka yakin kpd Allah, mereka mengucapkan 2 kalimah syahadah. Sekarang pun masih ada kisah begitu. Begitulah serba sedikit tentang Iman.. Sikit sangat tu rasanya... Sesuatu yg penting dalam hidup kita ini, perlu ada rasa sedar. Cuba juga walau macamanapun untuk sedarkan diri sendiri.

Kesedaran dari pertemuan di jalanan
     Seorang manusia berpesan kpd aku, "Jangan sampai kita jadi kafir tanpa disedari, ucapkanlah 2 kalimah syahadah banyak²", aku diam. Lama juga nak difahamkan pesanan itu.
     Akhirnya bila aku mengetahui tentang maklumat 'jadi kafir tanpa disedari', aku kongsikan di sini. Mungkin itulah yg dimaksudkan oleh seorang itu. Ye lah, takde orang bagitau, kita tak tahu, kita tak baca, kita tak tahu, kita tak dengar, kita tak tahu. Pengetahuan itu amat penting bagi yg nak tahu. Tapi bila dah tahu apa tindakan kita? Hanya Allah yg tahu apa yg kita buat. Aku sedar, bahawa di dunia ini ada manusia biasa pada zahirnya tetapi luar biasa pada perkataannya. Sesetengah orang mungkin tidak gemar apabila dikatakan 'carilah sendiri', sebenarnya dalam pencarian tu, banyak pengajaran yg kita dapat ambil utk dipelajari. Jauh berjalan luas pemandangan. Biarlah lambat asalkan selamat (tidak sesat), asalkan ketika hendak meninggalkan dunia ini kita dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Kalau cepat, tak sesat dalam perjalanan, lagi bagus. Jangan hanya menunggu, perlu ada usaha untuk itu. InsyaAllah, Allah Maha Kuasa. Alah.. macam dapat ucap 'Selamat Tinggal Dunia'. Dunia pun senyum, dunia kata 'selamatlah engkau kembali'. Jasad masuk ke dalam perut bumi juga akhirnya. Dah mengucap 2 kalimah syahadah? Apa yg kalian dapat rasakan?

Mengucap 2 kalimah syahadah
     Pernah atau tidak kalian melihat satu situasi di mana seorang manusia Islam yg sedang marah²/memaki hamun seseorang manusia yg lain? Dan datang seseorang yg lain menasihati orang yg sedang mengamuk atau marah² itu dan berkata "Mengucap! Mengucap! Apa kena dgn kau ini?! Bawa²-lah mengucap, istighfar banyak²" Malah di siaran TV pun, kita pernah mendengar kata² 'Bawa mengucaplah banyak². Ini semua fitnah...'. Persoalannya Kenapa disuruh mengucap 2 kalimah syahadah walaupun dia-nya seorang manusia Islam? 
     Dari pengetahuan yg didatangkan, mengucap 2 kalimah syahadah, adalah untuk menyatakan keislaman dan keimanan bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah". Apabila seseorang berada dalam situasi 'ketidaksedaran' (misalnya marah, dengki, iri hati, tak puas hati dan sebagainya), tindakan diluar dugaan mungkin menguasai dirinya. Moga² apabila mengucap 2 kalimah syahadah, dia kembali sedar sebelum bertindak. Itu sahaja perihal 'kenapa disuruh' mengucap 2 kalimah syahadah, agar kembali ingat kepada yg lupa, iaitu bahawa dirinya adalah seorang yg beragama Islam.
     Agaknya sebab itulah pakcik yg aku jumpa itu berpesan begitu "ucapkanlah 2 kalimah syahadah banyak²" kerana mungkin kita ada melakukan kesalahan terhadap Allah tanpa disedari dan menyebabkan kita terkeluar daripada Islam. Apabila terkeluar, risau amalan tidak diterima sahaja.

Contoh amalan tidak diterima:
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
Sesiapa yg mengunjungi orang yg mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam. [HMuslim]

Contoh telah kafir:
Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yg telah diturunkan kepada Muhammad. [Imam Ahmad]

     Dahsyat... Ouh.. kalau tidak berhati-hati berjalan di dalam dunia ini, tak tahulah nak cakap bagaimana. Ada pelajaran di dunia ini, kita pernah mohon maaf kepada manusia atas segala kesilapan kita samada yg disedari atau tidak disedari kan? Kpd Allah pun begitu jua. Namun, kata² 'terkeluar dari Islam' itu agak menakutkan kerana jika terkeluar daripada Islam kita perlulah mengucap semula 2 kalimah syahadah atau dgn kata kiasan lain 'Perbaharui Lesen untuk Beragama Islam'. Tapi sedarkah kita? Kenapa perlu mengucap 2 kalimah syahadah?

Mengucap = Naik saksi = Mengaku?
     Bila diucap 2 kalimah syahadah, kita telah buat pengakuan kpd Allah."Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah". Dalam buku² lama ada tertulis "Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah". Ayat lama, senang sikit nak faham. Apabila kita mengaku, bermakna kita telah bersetuju, telah meyakini, telah mengikat janji dgn Allah dan Nabi Muhammad s.a.w, seterusnya apa yg perlu kita buat? Fikir... Eh.. Nabi s.a.w dah wafat? Memang tapi cuba baca Firman Allah ini:

(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang² yang berserah diri.
[■ An Nahl, 89 ■]

     Nabi s.a.w akan menjadi saksi nanti. Bagaimana kita berjanji dgn manusia? Tiba-tiba kawan kita datang dekat kita dan cakap "Ingat tak dulu awak pernah berjanji macam nie dgn sy..", "Kau janji macamana nie.. Aduhai". Begitulah lebih kurang untuk pemahaman. Ikat janji. Ikat janji senang sangat, ucap je tetapi... Begitulah apabila kita telah berjanji dgn Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Maka, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kita membawa kalimah 'Laa illa ha illallah' dalam diri kita. Kita yg pernah mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah sedang berjanji dgn Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Selawat.

Terima Kasih kepada Manusia Yang Mengingatkan
     Nabi s.a.w juga ada bersabda "kefakiran membawa kepada kekafiran". Tindakan seseorang manusia Islam yg 'menjual agama (mengingkari)' yg per-lahan² membawanya kpd kekafiran dan seterusnya mungkin menyebabkan manusia itu telah terkeluar dari Islam (seperti tidak solat).
     Bila sudah terkeluar, kemungkinan Allah beri pengajaran melalui musibah kerana di dalam musibah ada rahmat-Nya supaya kita kembali sedar siapakah kita sebenarnya. Maka, banyak²lah bersabar sebelum membuat keputusan akan sesuatu perkara. Kesenangan dunia akan sentiasa membuat tipu daya kpd kita untuk membuatkan kita menjual agama kita kerana hendakkan kesenangan itu. Pujuk rayulah. Pesan orang arif "Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala dan apabila engkau tidak sabar tetap akan berlaku ketentuan Allah sedangkan engkau berdosa". Naahh.. Lihat, Hukum Allah TETAP BERJALAN. Nabi s.a.w pun ada bagitau bahawa dosa-dosa seseorang itu dicuci dengan bersolat. Maka, solatlah. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, kasihanilah kami... (Ameen).
      Bagi yg tidak merasai yakni melakukan sesuatu yg menyebabkan terkeluar dari Islam, sukarlah untuk digambarkan bagaimana betapa gembiranya hati(jiwa) apabila terasa diselamatkan oleh Allah dari terus berada dalam kekafiran. Sentiasalah ingat Allah akan pertolongan-Nya. Terharu apabila terkenangkan kasih sayang Allah terhadap diri kita. Allah menghantar manusia² untuk menasihati kita, untuk mengingatkan kita. Hhhmm... Perlahan-lahanlah pujuk hati. Apabila kita tahu 'sebab² manusia menjadi kafir', kita renung kembali perbuatan kita yg lampau.
     Kini, kita lihat pada diri kita sendiri. Saat ini, kita masih berada di dalam agama Islam dan kembali mengikuti apa yg ada di dalam Islam. Ouh... Sebaknya mengenangkan betapa kasihnya Allah kpd diri kita. Sekurang-kurangnya, kita tidak dibiarkan terus hanyut. Inilah maksud aku pada soalan Apakah yg telah mengikat seseorang manusia Islam itu yg dahulunya dia pernah menjadi kafir (contoh: pernah meninggalkan solat) tetapi kini masih berada di dalam agama Islam? Fikir menjawab : Janji lama.
     Kita pernah berjanji dgn Allah. Ikatan janji masih ada. Disebabkan janji itu, kita diperingatkan semula. Diberi peluang lagi. Sebenarnya, Allah Maha Kuasa. Yang tidak berjanji di dunia (bukan Islam) itu tak perlulah diceritakan. Soalan yg ke 2 akan aku huraikan dalam artikel seterusnya.

Nasihat tidaklah dapat mengatasi kehendak Allah
     Kita sudah terkeluar dari kegelapan perjalanan? Alhamdullillah... Jika Allah biarkan kita berjalan dalam kesesatan(kegelapan), bagaimana? Siapa lagi nak selamatkan kita dari berjalan dalam kesesatan kalau tidak Allah yg memberi hidayah-Nya? Manusia yg ada sifat kasih sayang akan menolong kita untuk menunjukkan jalan kembali kepada-Nya seperti mana Nabi s.a.w menyampaikan peringatan kpd umatnya agar umatnya terselamat dari dibakar oleh api neraka. Begitu juga dgn manusia lain yg menasihati. Hidayah tidak ada pada manusia tetapi perkataan 'hidayah' ada pada bibir manusia.
     Allah-lah segala-galanya, manusia tidak boleh buat apa-apapun tanpa izin-Nya. Maka, mohonlah kpd Allah. Allah, Raja Manusia. Ayat di dalam Al Quran: 

"Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”.
[■ Huud, 34 ■]

     Ayat di atas, 'tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu'. Nasihatlah macamanapun, sekiranya Allah nak sesatkan juga manusia itu, maka tidaklah bermanfaat nasihat itu. Naah... Kadang² manusia itu telah dinasihati tetapi dia buat tak tahu je. Takpe, hal dia kita tidak tahu, mungkin dia ambil tahu cumanya tindakan sahaja yg lambat. Apapun, semoga Allah tidak sesatkan kita dalam perjalanan 'pulang' ini. Ya Allah.. Jangan sesatkan kami dari jalan-Mu yg lurus.
Janganlah Engkau Hairan sekiranya manusia tidak mahu mendengar nasihat kita.. Sebaliknya hairanlah sekiranya diri sendiri tidak boleh menerima nasihat dari diri sendiri kerana di dalam diri sendiri ada sesuatu yg tersembunyi yg tidak kita sedari bahawa ianya 'ada'.

Terima Kasih Ya Allah....
     Sentiasalah tetapkan keyakinan kpd Allah, dalam apa jua keadaan, samada dalam sihat / sakit, senang / susah, suka / duka, kaya / miskin dan sebagainya. Takdir tetap hadir pada setiap saat, mati tetap sampai kpd kita. Lihat Berita Kekuasaan Allah di dalam gambar di bawah, berapa ramaikah yg akan ambil pengajaran? Sebab yg merasainya hanya seorang? Beritanya "Nampak wanita dipanggang api neraka ketika sujud taubat". Apabila dicerita, ada yg mengatakan 'aku tidak percaya'. Masalahnya 'siapa yg suruh percaya?' Itulah iman (keyakinan), barang jadi, terus jadi, terus yakin tanpa bicara. Terima kasih Ya Allah.
Berita Kekuasaan Allah
     Apakah yg membuat seseorang itu berubah dalam sekelip mata ke arah kebaikan? Ada sebab²nya bagi yg berpandangan dgn akal yg sihat. Allah pilih sesiapa yg dikehendaki-Nya untuk menampakkan kekuasaan-Nya pada yg dipilih-Nya. Yg tak dipilih mungkin tak nampak. Kita belum dipilih? Jangan putus asa. Teruskan berusaha.
     Di dunia pernah dengar kata 'mohon, jangan tak mohon, orang nak bagi kita mohon je lah'? Begitulah untuk akhirat, banyak²lah buat permohonan. Tak perlu beli borang, tak perlu download borang. Allah sentiasa menerima permohonan kita. Jangan pernah jemu.... Bila kita mohon dan cukup syarat²nya, insyaAllah dapat. Kadang², tak cukup syarat pun dapat juga apa yg dipohon, itulah rahmat-Nya. Allah Maha Pemurah. Mungkin juga istidraj yg diberikan oleh-Nya akan apa yg dipohon dgn tujuan utk membinasakan si pemohon. Hati². Sentiasalah beringat. Ada peringatan di dalam Al Quran bahawa Allah mengabulkan permohonan orang yg berdoa tetapi SYARATnya adalah SEGALA PERINTAH-Nya hendaklah kita penuhi (tunaikan). Bila dah ingat, usahalah untuk penuhi segala perintah-Nya. Firman-Nya:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[■ Al Baqoroh, 186 ■]

     Aku pun masih berusaha. Semoga dipermudahkan-Nya. Kita sebagai manusia biasa, kadang² penolakan permohonan kita terhadap Allah berubah menjadi pemberian. Apa yg kita mohon, tidak semestinya kita dapat tetapi penolakan itu ada hikmah. Itulah maksudnya 'berubah menjadi pemberian'. Kita mohon nak jadi kaya, tetapi sampai sekarang tak kaya² lagi, rupa²nya Allah bagi taufik dan hidayah-Nya yg membuatkan kita lebih bahagia dgn apa yg diberikan oleh-Nya dan bukannya kaya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Kita je yg tak tahu. Sebaik-baik permohonan kita kpd Allah adalah mintalah dgn Allah agar kita dapat taat kpd apa yg Allah suruh kita buat. Sebab itu apabila kita berdoa, janganlah kita kata 'aku dah berdoa tetapi Allah tidak makbulkan lagi'. Itu tandanya kita TIDAK SABAR menunggu. Jangan pernah merasa kecewa apabila permohonan kita dgn Allah tidak ditunaikan-Nya. Bersangkalah baik apa sahaja terhadap Allah kerana insyaAllah, Allah akan beri faham kpd kita kenapa tidak ditunaikan. Teruskan berusaha utk faham sehingga kita faham akan sesuatu yg boleh membuatkan kita senyum dgn penuh keredhaan terhadap ketentuan-Nya. Jangan lupa mohon kpd Allah agar kita diberi faham.

     Mohon maaf sebab bahasa aku biasa² je. Artikel seterusnya, aku akan kongsikan mengenai waktu² untuk mengingatkan diri kita sendiri bahawa kita ada membuat perjanjian dgn Allah. Baru ingat, belum menghayati perjanjian lagi. Bersambung di 'Janji : Ucapan 2 Kalimah Syahadah'. Umur panjang bersua lagi, mohon maaf dari semua kerana terlalu banyak kekurangan di sini. Ada salah silap, sila tunjukkan jalannya yg benar. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa artikel ini. Huhuhu.. Apapun semoga ianya dapat membuatkan kita lebih berhati-hati... Pada peringkat permulaan perjalanan, sayangilah diri sendiri. Kpd yg pernah merasakan dirinya pernah terkeluar daripada Islam (tak perlu cerita pada orang) bersyukurlah kerana Allah telah mengembalikan kita kepada jalan yg lurus (mengikuti ajaran Islam). Mulai sekarang, peliharalah hati agar tidak tercemar lagi. Wollohua'lam.

"JANGANLAH ENGKAU HAIRAN!!!
MANUSIA ITU BOLEH BERUBAH DENGAN KEHENDAK ALLAH s.w.t WALAUPUN DENGAN SEKELIP MATA"

PERINGATAN: Ayat 5594 dari 6236 [QS76:3]

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar