Tuesday, May 17, 2011

Demi Masa

Assalamualaikum....

Sumbangan dari Student
Alhamdullillah, Allah mengizinkan sy menulis lagi dalam kesibukan dunia ini. "Terima Kasih". Artikel ini lahir dari ucapan 'terima kasih' secara tulisan daripada student SKP (Sijil Kemahiran Pengarang) sy sempena Hari Guru baru² ini. Sy bukanlah seorang guru sebenarnya cuma dinamakan sebagai 'Tenaga Pengajar'. Tempoh mengajar pun sudah hampir tamat. Terharu juga bila student beri sumbangan sebegini. Sy lihat tulisan merah 'Terima Kasih' itu, datang ilham utk menulis artikel ini.  Kebiasaannya, kependekkan yg terhasil daripada perkataan 'Terima Kasih' adalah 'Time Kasih'. Biasanya, tulisan sebegini dapat dilihat dalam ruangan sembang². Dalam sebutan tidak nampak ejaannya tetapi ejaannya nampak dalam tulisan iaitu "Time". Ya.. Itulah Masa (Time). Time Kasih. Masa Kasih? Hehehe.. Kenapa ejaannya dari 'terima' menjadi 'time'? Apakah mesej disebalik ketidaksengajaan ejaannya begitu?
      Secara kaitan, ada benar juga, apabila orang memberikan 'sesuatu' kpd kita, kita mengucapkan 'time/terima kasih' kerana 'masa' itulah, masa pemberian itu, wujudnya 'kasih' yg sementara dan mungkin berpanjangan (budi). Rasa 'kasih' dengan ucapan yg diberikan dan rasa 'kasih' dengan pemberian yg diberikan. Walau apapun, harus diingat, ucaplah 'Alhamdullillah' terlebih dahulu sebelum mengucapkan 'time/terima kasih' itu samada perkara yg kita terima itu sesuatu yg buruk atau pun yang baik kerana ada hikmah disebalik pemberian itu (kalau kita anggap itu adalah dugaan dan cubaan dari Allah).
      Orang mengata kita? Ucap 'Alhamdullillah'. Orang memuji kita? Pun ucap 'Alhamdullillah' dan serahkan segala urusan itu kepada Allah s.w.t. JANGAN SESEKALI MENGHARAP PADA MAKHLUK. Letakkanlah harapan itu pada Allah s.w.t. Hakikatnya? Diri sendiri yg akan tahu kelak..... Maka, masa walaupun singkat ianya mampu menerbitkan perasaan 'kasih' yg tersembunyi samada sementara atau berpanjangan. Lihat sahaja Nabi s.a.w, Kekasih Allah s.w.t. Berpanjangan hingga akhir zaman.

Jam 24 jam
Nabi Muhammad s.a.w

     Mengikut kiraan, Nabi s.a.w telah meninggalkan kita selama 1432 tahun yang lalu. Tahun 2011 adalah bersamaan dengan tahun 1432 Hijrah. Bagi Umat Manusia Islam, ianya adalah satu tempoh yang agak lama untuk dijejaki. Sape yg hidup lebih dari 1000 tahun? Batu mungkinlah. Boleh ke bercakap ngan batu? Nak suruh batu cerita apa yg berlaku dahulu? Mungkin ada kerana tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t utk melakukannya. Bayangkanlah 1432 tahun Nabi s.a.w telah meninggalkan kita. Dari kecil lagi, sy pernah terdengar '1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia'. Bagi Umat Manusia Islam yang sentiasa melihat AKHIRAT di depannya, memanglah mereka merasakan AKHIRAT itu terlalu hampir dengannya dan dalam dirinya penuh dengan kerisauan. Dunia itu perlu, tetapi matlamatnya adalah Akhirat. Sebenarnya, Nabi s.a.w tidaklah begitu lama meninggalkan kita, tempoh peninggalan Nabi s.a.w baru saja '1 hari lebih sahaja'. Lihat firman Allah di bawah :

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak se-kali² akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari² azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
■ Al-Hajj, 47 ■ 

     "Satu hari dari hari² azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung". Susunan perkataan 'SAMA' itu boleh berubah menjadi 'MASA'. SAMA = MASA. Bila 'SAMA' = 'MASA', ada kesamaan yang ada. Maka yg SAMAnya adalah peninggalan Nabi s.a.w dari dulu hinggalah sekarang iaitu Al Quran dan Sunnahnya. Yang TIDAK SAMAnya adalah waktu AKHIRAT tidak sama dengan WAKTU di DUNIA, yakni 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia. Waahh.. lamanya berada di dunia tetapi kenapa orang berkata pula DUNIA INI HANYA SEMENTARA? Bila SEMENTARA mesti MASAnya singkat kan? Dimanakah yang dikatakan 'singkat/sementara' itu? Di dalam AlQuran tidak ada perkataan 'jam', maka sy gunakan juga 'jam' sebagai bandingan dalam perkiraan ini. Kita lihat penghampiran nilai² angka di bawah:  
  • 1 hari di akhirat = 1000 tahun @ 366,000 hari @ 365,000 hari di dunia
  • 1 jam di akhirat = 41.67 tahun @ 15,250 hari @ 15,208 hari di dunia
Masa yg sy hitung
Katakan seseorang itu berumur 41 tahun. Kalau dibandingkan dengan perkiraan dengan waktu hari akhirat itu, hidupnya di atas permukaan bumi ini, baru sahaja cukup 1 jam. 1 jam akhirat = 41.67 tahun di dunia. Benarlah kata Allah s.w.t, benarlah kata Nabi s.a.w, DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA. Kadang² kita sendiri merasakan, waktu 1 jam di dunia ini, hanyalah sekejap sahaja. Dalam 1 jam apa yg kita boleh buat untuk akhirat ??? 1 jam lebih je.. 1 jam lebih... Lihatlah perbandingan masa tu.. Sama² kita fikir. Kita rasa kita hidup lama (hingga hari ini) di dunia ini, hakikatnya lihatlah perbandingan masa itu. Tak sampai 1 jam pun, paling lama hidup pun, 2 jam waktu akhirat = 82 tahun di dunia. Memang singkat sangat. Mana kaitannya? Kan dunia ini adalah jambatan untuk akhirat. Berada di dunia ini adalah utk mencari bekalan untuk akhirat yg sebenarnya. Sekali lagi, tahun ini adalah tahun 1432 Hijrah. Nabi s.a.w baru sahaja meninggalkan umatnya selama 1 hari lebih. Lihatlah sekeliling kita.... Perubahan demi perubahan berlaku, penambahan demi penambahan berlaku, pengurangan demi pengurangan berlaku. Semoga agama di dalam diri kita, di dalam kehidupan kita tidak akan kurang. Itu yg perlu kita jaga. Untuk itu kita perlu tingkatkan usaha kita. Sama-samalah kita saling nasihat menasihati. InsyaAllah.

Surah Al-'Asr
Berkenaan MASA nie, Allah s.w.t telah menurunkan satu surah yg menerangkan HAKIKAT tentang MASA. Surah Al-'Asr iaitu Surah yang ke - 103. Ini tafsirannya:

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN
3. Kecuali orang² yg beriman dan beramal soleh, dan mereka pula saling nasihat menasihati dalam kebenaran (keimanan) serta mereka saling nasihat menasihati dalam kesabaran (ketaatan).

Bagi sy setiap apa yg ada bersama dgn surah Al Quran itu ada maksudnya tersendiri kerana Al Quran itu adalah kitab yg sempurna, yg terlalu banyak hikmahnya. Lihat bilangan Surah itu iaitu Surah yg ke 103. Lihat gambar di bawah, kaitan angka 103. Lihat kaitan angka 1, angka 0 dan angka 3.

     Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN. Itulah yg difirmankan oleh Allah s.w.t. Semua Umat Manusia itu berada di dalam KERUGIAN kecuali 3 perkara iaitu ORANG² YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, yg saling menasihati dalam KEBENARAN tentang KEIMANAN dan yg saling menasihati dalam KESABARAN tentang KETAATAN kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Itulah 3 perkara yg diperingatkan oleh Allah s.w.t di dalam Al Quran. Orang² yg tidak berada di dalam KERUGIAN.
      Kita periksa semula diri kita apakah diri kita sedang berada di dalam KERUGIAN? Dalam sehari ada 24 jam, antara 24 jam tersebut, waktu manakah kita TIDAK BERADA DI DALAM KERUGIAN? Sepanjang masa ke? Untung dunia, dunialah, untung akhirat tidak akan dapat di dunia. Bagaimana pula dengan Surah 103 ini jika dicampurkan angka²nya 1+0+3 =4. Apakah pula 4 itu jika dikaitkan dengan masa? Di sini sy maklumkan sedikit tentang 4 pembahagian masa dalam amalan dakwah, yang orang panggil 'tabligh'. 4 pembahagian masa itu ada diamalkan dalam amalan dakwah mereka.
  • 4 jam digunakan untuk DAKWAH
  • 4 jam digunakan untuk TAKLIM
  • 4 jam digunakan untuk ILMU dan ZIKIR
  • 4 jam digunakan untuk BERKHIDMAT
     Itulah 4 pembahagian masa yg ada dalam amalan orang² tabligh, orang² yg menghidupkan usaha DAKWAH. 4 x 4 = 16 jam sehari digunakan untuk AKHIRAT, selebihnya untuk keperluan² lain. Begitulah mereka penuhi masa mereka, bagi kaum lelaki keluarlah berdakwah (keluar di jalan Allah) untuk merasainya dan mungkin ada 'sesuatu' yg bernilai di dalam 'jalan' itu. Pilihlah masa yg sesuai untuk keluar berdakwah dan lapangkanlah masa. Belajar bagaimana untuk datangkan agama ke dalam kehidupan kita dengan perkara² akhirat, bukan utk sesiapa tetapi hakikatnya untuk diri sendiri sebelum kematian melaksanakan ketetapannya. InsyaAllah, Allah terima amalan dakwah kita. Dakwah ikut cara Nabi s.a.w. Internet ini hanya sampingan, tidak semua orang mampu memiliki internet. Tidak semua apa yg disampaikan di internet ini sampai pada orang yg tiada kemudahan internet....   
     
PERINGATAN
Dan (tiap²) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang² yang bersyukur.
■ A-li 'Imraan, 145 ■
"Ya Allah, sesungguhnya hidayah itu ada pada-Mu, maka berikanlah kepada kami hidayah-Mu, ya Allah, kasihanilah kami, kami tidak pandai ya Allah, tunjuk ajarlah kami ya Allah, ampunkanlah dosa kami ya Allah. Amiiiin."
- Nukilan : Kun Musafir Maya -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar