Tuesday, May 24, 2011

Mimpi Sahabat Nabi s.a.w

* Dimulai dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang *
Assalamualaikum...

Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya : Rasulullah s.a.w acapkali menanyakan kpd sahabat²nya: "Adakah seseorang di antara kamu yg bermimpi?" Lalu orang yg bermimpi itu menceritakan kpd Nabi s.a.w akan mimpinya. Pada suatu pagi, beliau bercerita bahawa pada malam tadi beliau bermimpi...

"Datang 2 orang dan mengajak beliau berjalan ber-sama². Kemudian aku berjalan ber-sama² dgn ke-dua² orang itu. Kami sampai kpd seorang laki² yg terbaring dan kebetulan seorang lagi berdiri memegang sebuah batu besar dan menjatuhkan batu besar itu di atas kepala orang yg sedang berbaring. Maka pecahlah kepalanya dan batu itu berguling tidak jauh dari situ. Orang yg menjatuhkan batu tadi mengejar batu itu dan diambilnya. Tetapi sebelum dia kembali, kepala orang yg pecah tadi sihat seperti biasa semula. Lalu diulanginya menjatuhkan batu itu sekali lagi sebagai yang diperbuatnya tadi..

Aku menanyakan kpd keduanya: "Subhanallah! Siapakah kedua orang itu (yg berbaring dan yg berdiri)?" Kata keduanya: "Berjalan terus!"

Lalu kami berjalan dan bertemu dgn seorang lelaki sedang tidur menelentang dan yg seorang lagi berdiri memegang satu senjata dari besi. Dia berdiri dari sebelah lelaki yg tidur itu, lalu dipotongnya dari rahangnya sampai ke lehernya dan dari hidung sampai ke lehernya dan dari matanya sampai ke lehernya sehingga putus. Kemudian itu, dia pindah ke sebelah yg lain dan diperbuatnya pula seperti perbuatan yg tadi. Tetapi sebelum dia selesai berbuat pada yg sebelah, luka yg sebelah tadi telah sihat kembali seperti semula. Diulanginya sekali lagi seperti yg diperbuatnya tadi.

Aku bertanya: "Subhanallah! Siapa kedua orang ini?" Kata keduanya: "Jalan terus!"

Lalu kami berjalan dan sampai kepada suatu bangunan serupa tungku api dan di situ kedengaran suara hiruk pikuk. Lalu kami tengok ke dalamnya, kebetulan di situ ada beberapa orang lelaki dan perempuan yg bertelanjang. Dari bawah mereka datang nyala api dan apabila kena nyala api mereka memekik.

Aku bertanya: "Siapakah orang ini?" Kata keduanya: "Jalan terus, jalan terus!"

Lalu kami berjalan dan bertemu dgn sebuah sungai yg berwarna merah seperti darah. Kebetulan dalam sungai itu ada seorang yg berenang, sedang di tepi sungai ada seorang lagi yg mengumpulkan di dekatnya batu yg banyak. Apabila orang yg berenang itu telah berenang agak seketika, dia datang kpd orang yg mengumpulkan batu dgn mengangakan mulut lalu dilemparkan batu ke mulut orang yg berenang itu. Kemudian dia berenang dan kembali kpd org yg mengumpulkan batu dgn mengangakan mulutnya, lalu dilemparkan pula batu ke mulutnya.

Aku bertanya: "Siapakah kedua orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!"

Kami terus berjalan dan bertemu dgn seorang lelaki yg sangat buruk mukanya, lebih buruk dari yg pernah engkau lihat. Di dekat orang itu ada api yg dinyalakannya dan dia berlari keliling api itu.

Aku bertanya: "Siapakah orang ini?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!"

Lalu kami berjalan terus dan bertemu dgn sebuah kebun yg menghijau dan di situ kelihatan cahaya kesuburan. Di tengah kebun itu kelihatan seorang lelaki yg tinggi, sehingga hampir kepalanya tidak kelihatan kerana tingginya. Dikeliling lelaki itu banyak anak² yg belum pernah kulihat sebanyak itu.

Aku bertanya: "Siapa lelaki itu dan siapa anak² itu?" Jawabnya: "Jalan terus, jalan terus!"

Lalu kami berjalan dan bertemu dgn sebuah kebun yg sangat lebar, belum pernah aku melihat kebun yg selebar dan sebagus itu.

Dikatakan kpdku: "Naiklah!" Lalu kami naik dan sampai ke sebuah kota yg bangunannya terbuat dari batu bata emas dan batu bata perak. Setelah sampai di pintu gerbang kota, kami suruh buka, lalu dibuka dan kami masuk ke dalamnya. Kami bertemu di situ dgn beberapa org yg sebahagian tubuhnya amat elok, lebih elok dari apa yg pernah engkau lihat, sedang sebahagian tubuhnya sangat buruk dan lebih buruk dari apa yg pernah engkau lihat. Kedua orang tadi menyuruh mereka pergi dan masuk ke dalam sebuah sungai. Kebetulan sungai itu sangat lebar, airnya mengalir dan berwarna putih bagai air susu. Lalu mereka pergi dan masuk ke dalam sungai. Kemudian mereka kembali kepada kami, sedang rupa yg buruk itu telah hilang dari mereka dan kerananya telah mempunyai rupa yang elok.

Dikatakan kepadaku: "Inilah syurga Adn dan di situ tempat engkau!" Lalu aku melihat ke atas, maka kelihatanlah sebuah istana sebagai awan putih. Kata keduanya kepadaku: "Inilah tempat engkau!" Aku mengatakan kepada keduanya: "Kiranya kamu diberkati Allah! Biarkanlah aku masuk ke dalamnya!" Jawabnya: "Sekarang belum boleh, tetapi engkau pasti masuk ke situ."

Aku mengatakan kepada keduanya: "Sesungguhnya aku telah melihat sejak tadi beberapa keajaiban dan apakah ertinya segala yg kulihat itu?" Jawabnya: "Akan kami terangkan kepada engkau erti semuanya".

Adapun yg mula² engkau temui, iaitu orang yg dipecah kepalanya dgn batu, itulah orang yg mempelajari Quran, kemudian dibuangnya saja (tidak bacanya) dan dia tidur meninggalkan sembahyang yg wajib.

Orang yg engkau temui dipotong dari rahangnya sampai kelehernya, dari hidungya sampai ke lehernya dan dari matanya sampai ke lehernya, itulah orang yg berangkat di pagi hari dari rumahnya dgn mengucapkan perkataan bohong yg sampai tersebar ke segenap penjuru.

Lelaki² dan perempuan bertelanjang yg berada dlm bangunan serupa tungku, itulah lelaki dan perempuan yg berzina.

Orang yg engkau temui berenang dalam sungai dan dilemparkan batu ke dalam mulutnya, itulah orang yg memakan riba.

Org yg amat buruk rupanya, berada dekat api yg dinyalakannya dan berlari keliling api, itulah Malik penjaga neraka.

Lelaki yg tinggi dalam kebun ialah Ibrahim a.s sedang anak² yg dikelilingya ialah anak² yg meninggal di waktu kecil.
(Sebahagian orang Islam yg hadir bertanya: "Ya Rasulullah! Juga anak² orang musyrik?" Jawab Nabi: "Juga anak² orang musyrik".)

Orang² yg sebahagian tubuhnya elok dan sebahagian lagi buruk, itulah orang yg mempercampurbaurkan pekerjaan yg baik dgn pekerjaan yg buruk. Kiranya Allah mengampuni dosa mereka!".

- Hadis Sahih Bukhari -

Tuesday, May 17, 2011

Demi Masa

Assalamualaikum....

Sumbangan dari Student
Alhamdullillah, Allah mengizinkan sy menulis lagi dalam kesibukan dunia ini. "Terima Kasih". Artikel ini lahir dari ucapan 'terima kasih' secara tulisan daripada student SKP (Sijil Kemahiran Pengarang) sy sempena Hari Guru baru² ini. Sy bukanlah seorang guru sebenarnya cuma dinamakan sebagai 'Tenaga Pengajar'. Tempoh mengajar pun sudah hampir tamat. Terharu juga bila student beri sumbangan sebegini. Sy lihat tulisan merah 'Terima Kasih' itu, datang ilham utk menulis artikel ini.  Kebiasaannya, kependekkan yg terhasil daripada perkataan 'Terima Kasih' adalah 'Time Kasih'. Biasanya, tulisan sebegini dapat dilihat dalam ruangan sembang². Dalam sebutan tidak nampak ejaannya tetapi ejaannya nampak dalam tulisan iaitu "Time". Ya.. Itulah Masa (Time). Time Kasih. Masa Kasih? Hehehe.. Kenapa ejaannya dari 'terima' menjadi 'time'? Apakah mesej disebalik ketidaksengajaan ejaannya begitu?
      Secara kaitan, ada benar juga, apabila orang memberikan 'sesuatu' kpd kita, kita mengucapkan 'time/terima kasih' kerana 'masa' itulah, masa pemberian itu, wujudnya 'kasih' yg sementara dan mungkin berpanjangan (budi). Rasa 'kasih' dengan ucapan yg diberikan dan rasa 'kasih' dengan pemberian yg diberikan. Walau apapun, harus diingat, ucaplah 'Alhamdullillah' terlebih dahulu sebelum mengucapkan 'time/terima kasih' itu samada perkara yg kita terima itu sesuatu yg buruk atau pun yang baik kerana ada hikmah disebalik pemberian itu (kalau kita anggap itu adalah dugaan dan cubaan dari Allah).
      Orang mengata kita? Ucap 'Alhamdullillah'. Orang memuji kita? Pun ucap 'Alhamdullillah' dan serahkan segala urusan itu kepada Allah s.w.t. JANGAN SESEKALI MENGHARAP PADA MAKHLUK. Letakkanlah harapan itu pada Allah s.w.t. Hakikatnya? Diri sendiri yg akan tahu kelak..... Maka, masa walaupun singkat ianya mampu menerbitkan perasaan 'kasih' yg tersembunyi samada sementara atau berpanjangan. Lihat sahaja Nabi s.a.w, Kekasih Allah s.w.t. Berpanjangan hingga akhir zaman.

Jam 24 jam
Nabi Muhammad s.a.w

     Mengikut kiraan, Nabi s.a.w telah meninggalkan kita selama 1432 tahun yang lalu. Tahun 2011 adalah bersamaan dengan tahun 1432 Hijrah. Bagi Umat Manusia Islam, ianya adalah satu tempoh yang agak lama untuk dijejaki. Sape yg hidup lebih dari 1000 tahun? Batu mungkinlah. Boleh ke bercakap ngan batu? Nak suruh batu cerita apa yg berlaku dahulu? Mungkin ada kerana tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t utk melakukannya. Bayangkanlah 1432 tahun Nabi s.a.w telah meninggalkan kita. Dari kecil lagi, sy pernah terdengar '1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia'. Bagi Umat Manusia Islam yang sentiasa melihat AKHIRAT di depannya, memanglah mereka merasakan AKHIRAT itu terlalu hampir dengannya dan dalam dirinya penuh dengan kerisauan. Dunia itu perlu, tetapi matlamatnya adalah Akhirat. Sebenarnya, Nabi s.a.w tidaklah begitu lama meninggalkan kita, tempoh peninggalan Nabi s.a.w baru saja '1 hari lebih sahaja'. Lihat firman Allah di bawah :

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak se-kali² akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari² azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
■ Al-Hajj, 47 ■ 

     "Satu hari dari hari² azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung". Susunan perkataan 'SAMA' itu boleh berubah menjadi 'MASA'. SAMA = MASA. Bila 'SAMA' = 'MASA', ada kesamaan yang ada. Maka yg SAMAnya adalah peninggalan Nabi s.a.w dari dulu hinggalah sekarang iaitu Al Quran dan Sunnahnya. Yang TIDAK SAMAnya adalah waktu AKHIRAT tidak sama dengan WAKTU di DUNIA, yakni 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia. Waahh.. lamanya berada di dunia tetapi kenapa orang berkata pula DUNIA INI HANYA SEMENTARA? Bila SEMENTARA mesti MASAnya singkat kan? Dimanakah yang dikatakan 'singkat/sementara' itu? Di dalam AlQuran tidak ada perkataan 'jam', maka sy gunakan juga 'jam' sebagai bandingan dalam perkiraan ini. Kita lihat penghampiran nilai² angka di bawah:  
  • 1 hari di akhirat = 1000 tahun @ 366,000 hari @ 365,000 hari di dunia
  • 1 jam di akhirat = 41.67 tahun @ 15,250 hari @ 15,208 hari di dunia
Masa yg sy hitung
Katakan seseorang itu berumur 41 tahun. Kalau dibandingkan dengan perkiraan dengan waktu hari akhirat itu, hidupnya di atas permukaan bumi ini, baru sahaja cukup 1 jam. 1 jam akhirat = 41.67 tahun di dunia. Benarlah kata Allah s.w.t, benarlah kata Nabi s.a.w, DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA. Kadang² kita sendiri merasakan, waktu 1 jam di dunia ini, hanyalah sekejap sahaja. Dalam 1 jam apa yg kita boleh buat untuk akhirat ??? 1 jam lebih je.. 1 jam lebih... Lihatlah perbandingan masa tu.. Sama² kita fikir. Kita rasa kita hidup lama (hingga hari ini) di dunia ini, hakikatnya lihatlah perbandingan masa itu. Tak sampai 1 jam pun, paling lama hidup pun, 2 jam waktu akhirat = 82 tahun di dunia. Memang singkat sangat. Mana kaitannya? Kan dunia ini adalah jambatan untuk akhirat. Berada di dunia ini adalah utk mencari bekalan untuk akhirat yg sebenarnya. Sekali lagi, tahun ini adalah tahun 1432 Hijrah. Nabi s.a.w baru sahaja meninggalkan umatnya selama 1 hari lebih. Lihatlah sekeliling kita.... Perubahan demi perubahan berlaku, penambahan demi penambahan berlaku, pengurangan demi pengurangan berlaku. Semoga agama di dalam diri kita, di dalam kehidupan kita tidak akan kurang. Itu yg perlu kita jaga. Untuk itu kita perlu tingkatkan usaha kita. Sama-samalah kita saling nasihat menasihati. InsyaAllah.

Surah Al-'Asr
Berkenaan MASA nie, Allah s.w.t telah menurunkan satu surah yg menerangkan HAKIKAT tentang MASA. Surah Al-'Asr iaitu Surah yang ke - 103. Ini tafsirannya:

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN
3. Kecuali orang² yg beriman dan beramal soleh, dan mereka pula saling nasihat menasihati dalam kebenaran (keimanan) serta mereka saling nasihat menasihati dalam kesabaran (ketaatan).

Bagi sy setiap apa yg ada bersama dgn surah Al Quran itu ada maksudnya tersendiri kerana Al Quran itu adalah kitab yg sempurna, yg terlalu banyak hikmahnya. Lihat bilangan Surah itu iaitu Surah yg ke 103. Lihat gambar di bawah, kaitan angka 103. Lihat kaitan angka 1, angka 0 dan angka 3.

     Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN. Itulah yg difirmankan oleh Allah s.w.t. Semua Umat Manusia itu berada di dalam KERUGIAN kecuali 3 perkara iaitu ORANG² YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, yg saling menasihati dalam KEBENARAN tentang KEIMANAN dan yg saling menasihati dalam KESABARAN tentang KETAATAN kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Itulah 3 perkara yg diperingatkan oleh Allah s.w.t di dalam Al Quran. Orang² yg tidak berada di dalam KERUGIAN.
      Kita periksa semula diri kita apakah diri kita sedang berada di dalam KERUGIAN? Dalam sehari ada 24 jam, antara 24 jam tersebut, waktu manakah kita TIDAK BERADA DI DALAM KERUGIAN? Sepanjang masa ke? Untung dunia, dunialah, untung akhirat tidak akan dapat di dunia. Bagaimana pula dengan Surah 103 ini jika dicampurkan angka²nya 1+0+3 =4. Apakah pula 4 itu jika dikaitkan dengan masa? Di sini sy maklumkan sedikit tentang 4 pembahagian masa dalam amalan dakwah, yang orang panggil 'tabligh'. 4 pembahagian masa itu ada diamalkan dalam amalan dakwah mereka.
  • 4 jam digunakan untuk DAKWAH
  • 4 jam digunakan untuk TAKLIM
  • 4 jam digunakan untuk ILMU dan ZIKIR
  • 4 jam digunakan untuk BERKHIDMAT
     Itulah 4 pembahagian masa yg ada dalam amalan orang² tabligh, orang² yg menghidupkan usaha DAKWAH. 4 x 4 = 16 jam sehari digunakan untuk AKHIRAT, selebihnya untuk keperluan² lain. Begitulah mereka penuhi masa mereka, bagi kaum lelaki keluarlah berdakwah (keluar di jalan Allah) untuk merasainya dan mungkin ada 'sesuatu' yg bernilai di dalam 'jalan' itu. Pilihlah masa yg sesuai untuk keluar berdakwah dan lapangkanlah masa. Belajar bagaimana untuk datangkan agama ke dalam kehidupan kita dengan perkara² akhirat, bukan utk sesiapa tetapi hakikatnya untuk diri sendiri sebelum kematian melaksanakan ketetapannya. InsyaAllah, Allah terima amalan dakwah kita. Dakwah ikut cara Nabi s.a.w. Internet ini hanya sampingan, tidak semua orang mampu memiliki internet. Tidak semua apa yg disampaikan di internet ini sampai pada orang yg tiada kemudahan internet....   
     
PERINGATAN
Dan (tiap²) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang² yang bersyukur.
■ A-li 'Imraan, 145 ■
"Ya Allah, sesungguhnya hidayah itu ada pada-Mu, maka berikanlah kepada kami hidayah-Mu, ya Allah, kasihanilah kami, kami tidak pandai ya Allah, tunjuk ajarlah kami ya Allah, ampunkanlah dosa kami ya Allah. Amiiiin."
- Nukilan : Kun Musafir Maya -

Monday, May 16, 2011

Pesanan Rasulullah s.a.w di Ghadir Khum

Assalamualaikum....

Kisah ini sy dapat dari Emel Yahoo.. 

■ ■ ■ ■ ■ 

Laluan dari Makkah ke Madinah
Pada 18 Dzulhijjah, setelah melaksanakan haji terakhirnya (hajj al-wada) Nabi Muhammad s.a.w pergi meninggalkan Makkah menuju ke Madinah bersama kira², 70 ribu kaum Muslim dan kemudian berdiam pada satu tempat bemama Ghadir Khum (kini dekat dgn Juhfah) dan di tempat ini pula turun wahyu (lihat Tafsir Ath-Thabari, jilid 7, hal. 109; dan Tafsir al-Durr al-Mantsur karya Jalaluddin Suyuti, jilid 3, hal. 8).

Kemudian Rasulullah s.a.w berkhutbah:
"Puji²-an hanya milik Allah. Kami memohon pertolongan, dan keyakinan, serta kepada-Nyalah kami beriman. Kami mohon perlindungan kepada-Nya dari kejahatan jiwa² kita dan dosa² perbuatan kita. Sesungguhnya tiada petunjuk bagi seseorang yang telah Allah sesatkan, dan tiada seorang pun yang sesat setelah Allah beri petunjuk baginya."

"Hai, kaum Muslimin! ketahuilah bahwa Jibril sering datang padaku membawa perintah dari Allah, yang Maha Pemurah, bahawa aku harus berhenti di tempat ini dan memberitahukan kepada kalian suatu hal. Lihatlah! Se-akan² waktu semakin dekat saat aku akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan menyambut panggilannya."

"Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Syurga adalah benar, Neraka adalah benar, Kematian adalah benar, Kebangkitan pun benar, dan ‘hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?"

Mereka menjawab: "Ya, kami meyakininya."

la melanjutkan: "Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?"

Mereka menjawab: "Ya."

Rasul berkata: "Dengarlah! Aku tinggalkan bagi kalian 2 hal. Paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain."

Orang-orang bertanya: "Ya, Rasulullah, apakah dua hal yang amat berharga itu?"

Rasulullah menjawab: "Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku) . Ber-hati²-lah kalian dalam memperlakukan mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, karena, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar) . Aku peringatkan kalian, atas nama Allah mengenai Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, mengenai Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!"

"Dengarlah! Aku adalah penghulu syurga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka berhati-hatilah kalian memperlakukan dua hal yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka karena kalian akan binasa, dan jangan pula engkau jauh dari mereka karena kalian akan binasa!"

"Hai, kaum Muslimin! Tahukah kalian bahwa aku memiliki hak atas kalian lebih daripada diri kalian sendiri?"

Orang-orang berseru: "Ya, Rasulullah."

Lalu Rasul mengulangi: "Hai, kaum Muslimin? Bukankah aku memiliki hak atas kaum beriman lebih dari ada diri mereka sendiri?"

Mereka berkata lagi: "Ya, Rasulullah."

Kemudian Rasul berkata: "Hai Kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan aku adalah Maula semua orang² beriman."

Lalu ia merengkuh tangan Ali dan mengangkatnya ke atas. la berseru: "Barang siapa mengangkatku sebagai Maula maka Ali adalah Maulanya pula (ia mengulang sampai tiga kali). Ya, Allah! Cintailah orang yang mencintainya dan musuhilah orang² yang memusuhinya. Bantulah orang² yang membantunya. Selamatkanlah orang² yang menyelamatkannya, dan jagalah kebenaran dalam dirinya ke mana pun ia berpaling! (artinya, jadikan ia pusat kebenaran)."

"Ali adalah putra Abu Thalib, saudaraku, washi-ku, dan penggantiku (khalifah) dan pemimpin sesudahku. Kedudukannya bagiku bagaikan kedudukan Harun bagi Musa, hanya saja tidak ada Nabi setelahku. la adalah pemimpin kalian setelah Allah dan Utusan-Nya."

"Hai, kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah telah menunjuk dia menjadi pemimpin kalian. Ketaatan padanya wajib bagi seluruh kaum Muhajirin dan kaum Anshar dan orang² yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan penduduk kota dan kaum pengembara, orang² Arab dari orang² bukan Arab, para majikan dan budak, orang² tua dan muda, besar dan kecil, putih dan hitam."

"Perintahnya harus kalian taati, dan kata²nya mengikat serta perintahnya menjadi kewajiban bagi setiap orang yang meyakini Tuhan yang satu. Terkutuklah orang² yang tidak mematuhinya, dan terpujilah orang² yang mengikutinya, dan orang² yang percaya kepadanya adalah se-benar²nya orang beriman. Wilayahnya (keyakinan kepada kepemimpinannya) telah Allah, Yang Maha kuasa dan Maha tinggi, wajibkan."

"Hai kaum Muslimin, pelajarilah Quran! Terapkanlah ayat² yang jelas maknanya bagi kalian dan janganlah kalian mengira-ngira ayat² yang bermakna ganda ! Karena, Demi Allah, tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ayat-ayat secara benar akan makna serta peringatannya kecuali aku dan lelaki ini (Ali), yang telah aku angkat tangannya ini di hadapan diriku sendiri."

"Hai kaum Muslimin, inilah terakhir kalinya aku berdiri di mimbar ini. Oleh karenanya, dengarkan aku dan taatilah dan serahkan diri kalian kepada kehendak Allah. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan kalian. Setelah Allah, Rasulnya, Muhammad yang sedang berbicara kepada kalian, adalah pemimpin kalian. Selanjutnya sepeninggalku, Ali adalah pemimpin kalian dan Imam kalian atas perintah Allah. Kemudian setelahnya kepemimpinan akan dilanjutkan oleh orang² yang terpilih dalam keluargaku hingga kalian bertemu Allah dan Rasulnya."

"Lihatlah, sesungguhnya, kalian akan menemui Tuhanmu dan ia akan bertanya tentang perbuatan kalian. Hati-hatilah! Janganlah kalian berpaling sepeninggalku, saling menikam dari belakang! Perhatikanlah! Adalah wajib bagi orang² yang hadir saat ini untuk menyampaikan apa yang aku katakan kepada mereka yang tidak hadir karena orang² yang terpelajar akan lebih memahami hal ini daripada beberapa orang yang hadir dari saat ini. Dengarlah! Sudahkah aku sampaikan ayat Allah kepada kalian? Sudahkah aku sampaikan pesan Allah kepada kalian?"

Semua orang menjawab, "Ya."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berkata, "Ya, Allah, saksikanlah."

(Hadits tersebut terdapat dalam kitab tafsir Ibnu Katsir, jilid 4, hal.329; kitab tafsir Asy-Syaukani, jilid 5, hal.189; dan kitab tafsir Alusi, jilid 28, hal.37.)
■ ■ ■ ■ ■

- Dipetik dari Ladang Lautan Samudera Maya-

Monday, May 9, 2011

Kasihnya Rasulullah s.a.w kpd Umatnya

Assalamualaikum...

     Setiap kata² yg dikatakan sebagai nasihat ataupun peringatan, yg pertamanya adalah ditujukan kepada diri sendiri yakni berdakwah kepada diri sendiri. Seharian kehidupan, tidak sempurna kitarnya, jika rohani kita tidak dibacakan dgn kisah² tentang kebesaran Allah, tentang kemuliaan Nabi s.a.w, tentang kehebatan para sahabat Nabi s.a.w dalam menegakkan agama Allah dan kisah² tentang kehebatan iman org² yg terdahulu dan apa² yg berkaitan dengan agama (Islam) kerana dalam kisah² itu ada pelajaran dan pengajaran. Kisah² seumpama itu apabila dibaca setiap hari boleh melahirkan perasaan 'suka' kpd perkara² seperti itu. Orang kata, kalau sehari tak baca tak boleh, macam ada tak kena je. Dan sedikit² demi sedikit, dengan sendirinya, antaranya dalam diri kita akan ada satu perasaan yakni apabila diri kita memandang kehebatan seseorang manusia yg dapat melakukan sesuatu perkara yg hebat, diri kita tidak merasakan yg manusia itu hebat kerana hakikatnya, KEHEBATAN YG DAPAT DILAKUKAN OLEH SESEORANG ITU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH TAALA JUA. Terus ingat kepada kekuasaan Allah kerana Allah-lah yg menentukan segalanya. Maka, Allah-lah Maha Hebat. Firman Allah :

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
■ .Al-Furqaan, 2.

4 saluran yg memasukkan 'sesuatu' ke dalam hati
     Hati. Apabila sebut pasal hati, macam² kisah ada, macam² teori ada, macam² hal ada tapi apakah 'hati' yg sebenarnya? Takpe biarkanlah dulu hal ini. Hati kita mudah terkesan dengan 4 sumber iaitu dari apa yang kita LIHAT, dari apa yang kita DENGAR, dari apa yang kita FIKIR dan dari apa yang kita CAKAPkan... Kadang², kesemua 4 sumber itu dapat mempengaruhi hati kita. 4 perkara tadi adalah 'saluran' yg membenarkan 'sesuatu' itu masuk ke dalam hati dan hasilnya, mungkin akan mengeluarkan satu perasaan atau rasa. Kadang², apabila seseorang itu menonton televisyen, cerita sedih, air mata pun boleh mengalir keluar... Waahh.. memang sedih sangatlah... Kadang² juga, seseorang yg mendengar tentang kehebatan Allah s.w.t, air matanya juga boleh mengalir. Begitulah, begitu terkesannya hati apabila 'memandang sesuatu perkara' itu dgn penuh ketekunan. Se-olah² keadaan sekeliling tidak lagi dapat mempengaruhi hatinya tika itu. Kadang² mulut yg memanggil namanya, juga tidak dapat didengarnya disebabkan terlalu tekun terhadap apa yg dilihat, didengar, difikir, dicakap atau dilakukan.. Pernah dengar orang mengatakan 'aku tak boleh hidup tanpamu'. Ayat seperti itu boleh dijumpai dalam suasana 'cinta'. Kebiasaannya, cinta itu dikaitkan dengan hati. Tanyalah sesiapa pun, majoriti jawapannya adalah berkaitan dengan hati. Sepatutnya ayat itu ditujukan kpd Allah.. Wollohua'lam... Allah s.w.t berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
■ .At-Taubah, 24.

     Baca sekali lagi tulisan merah itu, "jika perkara² yg kamu CINTAI LEBIH DARIPADA ALLAH DAN RASUL-NYA dan daripada BERJIHAD UNTUK AGAMA-NYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya).." Persoalannya ;
  • Apakah jenis² azab itu?
  • Apakah dengan tidak suka kepada hal² agama juga merupakan satu azab?
  • Risau tak diri kita bila kita tidak ada perasaan suka kepada agama?
  • Cuba kita periksa semula diri kita, 'cinta' kepada apakah yg kita ada?
  • Cinta kpd apa yg lebih? Kepada manusia? Harta? Atau apa-apa lagi...
  • Jika ada yg lebih kita cintai dari Allah dan Rasul-Nya, apakah 'azab' itu sedang berlaku kpd kita sekarang tanpa kita sedari?
  • Tidak sedari? Ya.. kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang² yang fasik (derhaka)? Wollohua'lam.

Semoga (dengan harap dan takut) kita tidaklah digolongkan dlm golongan itu. Dan beristighfarlah setiap hari. Beristighfar setiap hari adalah tanda kita sayang pada diri kita sendiri. Untuk beristighfar dengan penuh tumpuan, sediakanlah satu masa yang lapang setiap hari yg hanya masa itu digunakan untuk beristighfar. InsyaAllah.... Perasaan sayang kepada diri sendiri sedikit sedikit akan hadir. Sayang utk tidak dibakar oleh api neraka. Kita baca kisah sebelum Nabi Muhammad s.a.w pergi meninggalkan dunia ini agar dapat kita timbulkan sedikit FIKIR. Kisah ini sebenarnya sudah banyak kali diperkatakan di mana-mana...
 
■ ■ ■ ■ ■

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung² gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu juga, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah : 

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih Nya, maka TAATI dan BERTAKWALAH kepada Nya, Ku wariskan dua perkara pada kalian, AL-QURAN dan SUNNAHku. Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang² yang mencintaiku, akan masuk syurga ber-sama² aku".

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
4 Sahabat Rasulullah s.aw : Umar, Ali, Abu Bakar, Uthman
Abu Bakar r.a, menatap mata itu dengan ber-kaca²....
Umar r.a, adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya....
Uthman r.a, menghela nafas panjang....
Ali r.a, menundukkan kepalanya dalam².....

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah s.a.w AKAN MENINGGALKAN KITA SEMUA", keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda² itu semakin kuat. Tatkala Ali r.a dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w, yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik² yang berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w masih tertutup, sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba² dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?", tanyanya, tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam" kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu, kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku ?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan, se-olah² bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang,
“Ketahuilah, dialah yang MENGHAPUSKAN KENIKMATAN SEMENTARA, dialah yang MEMISAHKAN PERTEMUAN DI DUNIA, Dialah malaikatul maut”, kata Rasulullah s.a.w. . Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w, menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya, kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh KEKASIH ALLAH S.W.T dan PENGHULU DUNIA ini.

Dengan suara yang amat lemah, Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril : "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?". Jibril menjawab dengan berkata : "Pintu² langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu"

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya masih penuh kecemasan. Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?" Rasulullah s.a.w bertanya lagi :  “KHABARKAN KEPADAKU, BAGAIMANA NASIB UMATKU KELAK?” 
Jibril menjawab dengan berkata : "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali Umat Muhammad telah berada di dalamnya".

Detik² semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugasnya, perlahan ruh Rasulullah s.a.w ditarik, nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w, bersimbah peluh.  Urat² lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini”, perlahan Rasulullah s.a.w mengaduh.Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah s.a.w pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal”, kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi, Ya Allah, dahsyat benar maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi, bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", "peliharalah sholat dan peliharalah orang² lemah di antaramu".

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat² saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan,
"Ummatii, Ummatii, Ummatiii ?"
"Umatku, Umatku, Umatku?"

■ ■ ■ ■ ■ 

Itulah kata² terakhir, saat² terakhir Rasulullah s.a.w. Seorang manusia yang teramat mulia. Seorang manusia yang telah memberi sinaran kepada seluruh alam... Seorang manusia yang telah membawa RAHMAT UNTUK SELURUH UMAT MANUSIA... Seorang manusia yang amat risaukan nasib umatnya... Allahumma Sholli 'Ala Muhammad..... Kini.............. Tinggal fikir. Mampukah kita mencintai Rasulullah s.a.w seperti mana Rasulullah s.a.w mencintai Umatnya? ......... Firman Allah :

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
.An-Nisaa', 79.
Mohon maaf dari semua, apa yang ditaip di dinding blog ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan bukan untuk ditujukan kepada sesiapapun. Diri ini tidaklah pandai seperti orang yang belajar. Diri ini hanyalah seorang musafir yg masih mencari keredhaan-Nya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya... Sekali lagi, mohon maaf dari semua, semoga Allah mengampuni dosa kita semuanya.....

- PERINGATAN -

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika BENAR kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH DAKU, nescaya Allah MENGASIHI KAMU serta mengampunkan dosa² kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
■ .Ali 'Imraan, 31. ■
- Nukilan : Kun Musafir Maya - 

Saturday, May 7, 2011

Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH s.a.w
Mimbar Masjid Nabawi

Pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik² apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang²yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. JANGANLAH KAMU SAKITI SESIAPA PUN AGAR ORANG LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU LAGI. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH TELAH MENGHARAMKAN RIBA, OLEH ITU SEGALA URUSAN YANG MELIBATKAN RIBA DIBATALKAN MULAI SEKARANG.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara² besar, maka ber-jaga²lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara² kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita² kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah ber-sungguh² kata²-ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. KAMU SEMUA ADALAH SAMA; tidak seorang pun yang lebih MULIA dari yang lainnya kecuali DALAM TAKWA DAN BERAMAL SOLEH.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu BERPEGANG TEGUH dan MENGIKUTI KEDUA-DUANYA, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN TERSESAT SELAMA-LAMANYA. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang² yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba²--Mu."


- Untuk Peringatan Seluruh Umat Manusia -
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar