Saturday, February 6, 2010

Digit 0 & 1 menulis nama Allah


Assalamualaikum...

     Wahai hamba Allah yang sentiasa ingin mengetahui kehebatan ALLAH dan mengenal ALLAH. Sebenarnya artikel ini adalah sambungan dari perjalanan '911 jelmaan nama Allah ?' dan mari ikut aku meneruskan perjalanan ini hingga ke akhirnya kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan pada kalian, itupun kalau aku masih hidup lagi.
     Aku masih bernafas lagi. Alhamdullillah. Masih disempatkan oleh-Nya untuk aku menukang kata² di blog ini. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Cuba kalian renung kembali, baca kembali ALLAH tadi. Ye.. berhenti pada nama Allah tu. Ok. Renungkan bagaimana kalian dapat membaca nama Allah pada SKRIN komputer di hadapan kalian ? Secara kasar, memang BENAR, jawapan yang tepat adalah kerana nama Allah ditaip pada KEYBOARD dan dipaparkan pada SKRIN tapi kalau SKRIN rosak, tak dipaparkan jugak kan ? Persoalannya, Apa yang terjadi DI ANTARA selepas nama Allah yang ditaipkan itu dan sebelum dipaparkan pada SKRIN komputer ? Cuba kalian amati sedalam-dalamnya seolah-olah kalian melihat air sungai sehingga nampak akan dasarnya. Tapi boleh ke nampak dasar sungai tu, kalau sungainye cetek dan airnya jernih, mungkin boleh kot tapi kalau sebaliknya ? Ingat, tiada apa yang mustahil kat atas dunia ini untuk berlaku sesuatu itu, semuanya boleh berlaku atas izin Allah dan dengan kehendak-Nya. Hanya akal yang memikirkan tentang kejadian Allah.

* Huruf A-L-L-A-H tidak wujud dalam CPU *
      Kalian semua, sebelum itu perhatikan 3 perkakasan asas sebuah komputer dalam gambar di atas iaitu KEYBOARD, CPU dan SKRIN. Selepas kalian menaip nama Allah pada KEYBOARD, apa yang kalian taip itu akan di hantar ke CPU terlebih dahulu dan selepas pengesahan CPU, barulah apa yang kalian taip itu dipaparkan pada SKRIN.  Haah ! Macam nie.. Aku lukislah senang. Cuba tgk ilustrasi perbualan antara KEYBOARD, CPU DAN SKRIN kat bawah ni apabila nama Allah hendak ditaip.

Keyboard : "CPU, aku taip 'A-L-L-A-H'"
CPU : "Tunggu !! Biar aku check dulu apa yang keyboard taip. Ooo... 01000001-01001100-01001100-01000001-01001000. Ok. Skrin paparkan apa yang keyboard taip".
Skrin : "Baik CPU, aku papar huruf 'A-L-L-A-H'".

Jika kalian taip A-L-L-A-H kat KEYBOARD tu, kat SKRIN akan terpapar nama ALLAH kan? Tgk bahagian CPU. Dalam CPU tu terdapat hati komputer iaitu Mikroprossesor (Microprocessor is the HEART of CPU - Electronic Engineering). Sekali lagi aku ulangi pertanyaan ini; Tahukah kalian semua bahawa apa yang berlaku dalam CPU selepas kalian menaip nama ALLAH itu dan sebelum nama ALLAH dipaparkan pada SKRIN? Memaaang, bila kalian taip, terus terpapar kat SKRIN akan perkataan nama ALLAH tu tapi antara MENAIP nama ALLAH dan MEMAPARKAN nama ALLAH pada SKRIN tu, apakah yang berlaku di dalam CPU ? Kalian, sebenarnya, CPU tidak mengenali apa itu A, apa itu L dan apa itu H. Yang WUJUD dalam CPU itu hanyalah angka² atau digit² 0 dan 1 iaitu CPU tidak kenal A tetapi CPU kenal A sebagai 01000001, CPU tidak kenal L, tetapi CPU kenal  L sebagai 01001100 dan CPU juga tidak kenal H, tetapi CPU kenal H sebagai 01001000. Bagaimana ? Mari ikut aku.

* 0100000101001100010011000100000101001000 *

Hhmm.. begini, katakan kalian menekan kekunci A pada KEYBOARD, CPU (hati komputer) akan membaca apa yg kalian tekan iaitu A sebagai 01000001 (sekiranya semua peranti komputer berfungsi dengan baik lah). Digit² '01000001' ini akan dihantar kepada SKRIN. Dan SKRIN akan menerima digit² '01000001' ini dan memaparkan kepada kalian huruf A, maka barulah kalian boleh membaca apa yg kalian taipkan melalui KEYBOARD komputer. Kalian tak nampak digit² 01000001, maksud aku jika kalian taip 'A' tak akan keluar 01000001 kat SKRIN. Tidak kalian, tidak kecuali ada software tertentu. Itulah prosesnya sebelum kalian membaca nama ALLAH pada SKRIN komputer. Maka, persoalannya, di manakah huruf A di dalam CPU ??? Wujudkah huruf A ? Huruf A itu sedikitpun tidak wujud kalian di dalam CPU, yg wujud hanyalah rentetan digit 0 dan 1 iaitu 01000001 yg mewakili huruf A. Digit² 0 dan 1 itulah yang memfungsikan komputer sebagai mana yg kita gunakan sekarang ini. Lihat ilustrasi di sebelah kiri atas ni, yg aku sediakan utk kalian. Secara ringkasnya macam tu lah ye.
     Jadi, CPU tidak mengenali huruf A sebenarnya tetapi CPU hanya mengenali A sebagai 01000001 atau dalam bahasa kejuruteraan elektronik digit 0 dan 1 itu dikenali sebagai Binari Digit. Susunan angka² itulah (01000001) yang mewakilkan diri mereka sebagai A. Jadi pendek kata, panjang duduk diam sahaja, bahawa CPU hanya mengenali digit 0 dan 1 dan bukannya abjad. Dan di dalam CPU sebenarnya hanya DIGIT 0 dan 1 lah yg WUJUD pada secara dasarnya untuk apa jenis taipan bahasa sekalipun, untuk apa jenis programme sekalipun. Yg lain tu hanyalah jelmaan dari rentetan digit² 0 dan 1. Lihat gambar biru tu. Itulah yang berlaku di dalam CPU, penuh, padat dan teratur dengan tarian digit 0 dan 1 tetapi ianya TIDAK DAPAT DILIHAT dengan mata kasar. Tapi nampak ke huruf A, B, C dan seterusnya ? Tidakkan ? Alahai... kira macam Alam Ghaib jugaklah. Hehehe...
     Kalau aku menaip perkataan A-L-L-A-H komputer akan baca sebagai 01000001 - 01001100 - 01001100 - 01000001 - 01001000. Satu rentetan angka 0 dan 1 yang panjang atau ;

ALLAH ~ 0100000101001100010011000100000101001000


      Aku faham ini pun pasal aku dalam bidang elektronik. Cukuplah 8 tahun aku melibatkan diri aku dalam bidang kejuruteraan elektronik. Tapi ingat, komputer tidak sama dengan mesin taip @ typewriter. Typewriter, taip dan terus nampak pada kertas. Macam kita menulis atas kertaslah guna pen. Tapi komputer, selepas kita taip, perkataan yg kita taip tu masih nampak pada skrin (masih sementara), bila dah dicetak baru nampak di atas kertas. Baru nampak macam ditulis, baru KEKAL di atas kertas, KEKAL sahaja tapi tak ABADI ye..
     Maka dgn itu, CPU tidak mengenali perkataan huruf nama ALLAH tapi mengenali digit² 0 dan 1 seperti mana yg telah aku tunjukkan kat atas tadi tu. Aku pun tak pasti sebab pengetahuan aku terhad. Apa sahaja yg ditaip atas KEYBOARD, yg WUJUD dalam CPU hanyalah digit² 0 dan 1. Apakah dengan hanya penggunaan digit² 0 dan 1 ini telah ditentukan Allah ? Apakah dgn hanya kewujudan digit² 0 dan 1 sahaja dalam CPU adalah juga dari ketentuan Allah ke atas manusia yang dipilih sebelum ini ? Kalau ya, rahsia apakah yg terdapat atau wujud dalam digit² 0 dan 1 ini ??? Kerana disebalik kejadian yang Allah jadikan itu ada rahsianya sebab itu diberikan akal kepada kita, untuk berfikir, untuk membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk secara khususnya.

* Kaitan Huraian Di Atas dgn Sejarah Dulu-Dulu *
     Apa yg aku cuba sampaikan ini sebenarnya adalah dasar fikiranku mengenai sejarah orang dulu². Aku kaitkan, apa yg berlaku di dalam CPU adalah jelmaan dari kisah perbuatan orang zaman dahulu kala yg menukarkan ayat² Suci Al-Qur'an dengan nombor² tertentu untuk tujuan tertentu dan juga Umat Manusia zaman sekarang menamakannya sebagai MATEMATIK AL-QUR'AN. Sesebuah tamadun akan berubah dari masa ke semasa.
     Misalnya ayat Bismillahirrohmaanirrohim telah digantikan dengan nombor 786. Bagaimana itu terjadi ? Bagi aku secara peribadi, ada tujuan disebaliknya yg berlaku tapi apakah kejadian itu juga ketentuan Allah swt ? Bagi aku apa yg terjadi adalah ketentuan Allah swt yang menyuruh kita terus berfikir tentang kehebatan-Nya. Bagi Umat Manusia yang tahu dan yakin dengan Ilmu yg dimilikinya kerana setiap Ilmu itu datang dari Allah swt, apabila mereka melihat ayat 'Bacalah 786' sudah tentu mereka tidak akan membaca secara sebutan ''tujuh lapan enam... tujuh lapan enam... tujuh lapan enam...'' tetapi sebaliknya terus membaca 'Bismillahirrohmaanirrohim.. Bismillahirrohmaanirrohim.. Bismillahirrohmaanirrohim'.
     Itu bagi yang tahu, bagi yang tak tahu, mati mati pergi baca 786 tu. Ada maksud ke 786 tu ? Mana ada maksudnya. Maksud yang ada hanyalah pada bacaan 'Bismillahirrohmaanirrohim' yang bermaksud 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang' dan bukannya pada bacaan 786. 786 hanyalah nombor semata-mata. Bila sebut '786' ianya tidak membawa maksud apa-apa pun secara KEHAKIKATAN AYAT itu, yang hanya keluar dari mulut secara lisan adalah HANYA TUJUH, LAPAN ENAM atau dalam Bahasa yang lebih tinggi sikit, TIDAK ADA BUAH AMALAN DALAM BACAAN 786. TETAPI bagi yang tahu, bila mereka tengok 'Bacalah 786', sudah tentu mereka akan baca 'Bismillahirrohmaanirrohim'. Baca 'Bismillahirrohmaanirrohim' barulah ada maksudnya. Haa.. begitulah. Oleh kerana tentang 786 ini dilahirkan oleh Umat Manusia yg ingin melahirkan tentangnya, maka terbawa-bawalah ia hingga ke zaman sekarang nie dan bermacam gaya rupa bentuk kepercayaan yg lahir darinya. Wollohua'lam. Apapun, kita yakin dgn Allah.
     Itu berlaku secara penggantian dengan tulisan tangan pada zaman dahulu kala tapi yang aku terangkan ini adalah melalui sistem komputer yang diciptakan oleh Umat Manusia yang nak tak nak hanya angka² 0 dan 1 yang wujud dalam CPU untuk apa perkara sekalipun, game, movie, tulis², kira² semuanya berdasarkan digit² 0 dan 1 ini. Jikalau aku nak gantikan perkataan huruf nama ALLAH melalui tulisan tangan dengan nombor, ianya menjadi 66. Bagi aku lebih baik kalian tampal nombor² ni pada kereta daripada kalian tampal kalimah² pada kereta. Sebab APA TUJUAN NAMA ALLAH ITU DITAMPAL PADA KERETA ? APA TUJUAN ? Cuba katakan. Tapi itu masing² punya niatlah. Kembali, ALLAH ~ 66 itu adalah dari tulisan tangan, tetapi apabila ditaip pada KEYBOARD, tekan A, tekan L, tekan L, tekan A dan tekan H, CPU akan baca apa yg ditekan tadi iaitu huruf² perkataan ALLAH sebagai 0100000101001100010011000100000101001000. CPU tak baca huruf² perkataan ALLAH sebagai ALLAH.

* Kenapa Orang Zaman Dulu Guna 786 ? *
     Nah.. Oh ya satu lagi, mengenai nombor 786 tu, orang² zaman nabi dulu tak adalah nak tulis 786 tu tapi 786 tu ditulis dalam bentuk nombor ARABlah. Ya habibi Ya habibi Ya Maulana.. :), Mungkin mereka takut untuk menulis kalimah Bismillahirrohmaanirrohim tu pada pintu rumah mereka dan mereka gantikan dengan nombor 786 tu tadi dan apabila mereka tgk 786 tu mereka terus baca Bismillahirrohmaanirrohim sebelum masuk ke dalam  rumah mereka untuk keselamatan sebab pada masa itu musuh Islam ramai. Kalau mereka letak kalimah Bismillahirrohmaanirrohim atas pintu rumah mereka mungkin mereka dibunuh oleh Umat Yahudi kerana Umat Yahudi tahu bahawa di dalam rumah itu ada orang yang menganut Agama Islam. Begitulah secara kaitannya. Dan nak menulis 786 yg ber'isi' ini, bukan main tulis sesuka hati macam tu je. Ada aturan² dia. Macam orang nak buat kontrak lah. Lebih kurang macam tulah. Aku pun tak tahu sgt yg lebih mengetahui Allah SWT.
      Jangan terus menghukum sesuatu itu, kita kena tgk pada sejarah, kita kena kaji dulu, bila kaji, kena sabar, bila sabar kena banyak minta tolong pada ALLAH supaya sabar itu ada kemenangan pada kita dan ALLAH itu MAHA PENGHUKUM atas setiap HUKUMAN yang kita HUKUMKAN atas sesuatu itu. Orang sekarang je guna nombor² ciptaan Umat Yahudi nie pamer kat kedai² iaitu 786. Nombor² bagi Umat Manusia Melayu yang sebenarnya adalah dalam bentuk tulisan ARAB tapi sekarang dah takde guna lagi dah. Banyak rahsia di sebalik huruf ARAB / JAWI nie. Macamana nak tahu ? Buatlah Solat Tahajjud. Habis macamana nak faham ini semua ? Hhmm... Sebab tu orang kata, jangan lupa pada SEJARAH yang mengajar kita semua. Berterima kasihlah pada orang-orang dulu.. Ilmu ada pada orang² dulu, carilah selagi mereka belum pulang ke tempat asalnya (MATI)... :), tetapi Ulamak telah mengharamkan kepercayaan kepada angka 786 ini.

* Kesudahannya ? *
    Jadi, apa kesudahannya dengan A L L A H ~ 01000001 01001100 01001100 01000001 01001000 itu ? Ok, kalian, di sini aku hanya untuk menampakkan pada kalian bahawa huruf-huruf yang membentuk perkataan ALLAH TIDAK WUJUD DI DALAM CPU. YANG WUJUD HANYALAH DIGIT² 0 DAN 1. Jadi, digit² 0 dan 1 inilah yg menulis huruf nama Allah. Sekarang selepas membaca artikel ini, pasti kalian sentiasa teringat-ingat akan digit² 0 dan 1 ini kan ? Di sini, secara ringkasnya boleh aku katakan bahawa perkataan ALLAH ditulis oleh digit² 0 dan 1 di dalam sistem komputer yg kalian sedang gunakan sekarang dan dalam artikel yg seterusnya akan aku katakan bahawa nama ALLAH WUJUD DALAM DIGIT² 0 DAN 1 YANG TELAH MEMBAWA SELURUH KEBAIKAN DAN KEMUDAHAN SERTA KECEPATAN KEPADA UMAT MANUSIA DALAM PENULISAN MEREKA SEHARIAN bagi yang berfikir.
     Akhir kata, maafkan aku andai ada susunan perkataan yang mampu membingungkan kalian semua. Akan kucuba huraikan satu persatu dari pengalaman perjalananku mencari Allah dan aku akan terus mencari-Nya, mencari kehebatan di sebalik kewujudan apa yang aku telah lihat. Apa maksud MENCARI itu kalian fikirkanlah ye... Setahu-tahu aku pun, yang Maha Mengetahui adalah ALLAH SWT. Kita jumpa seterusnya dalam ARTIKEL :  'Disebalik Digit 0111' nanti.. :), juga ada kaitannya dengan digit 0 dan 1 nie.

Nukilan : Kun Musafir Maya    

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar