Monday, February 15, 2010

Cukup Dengan Huruf Nama Allah

Assalamualaikum....

     Alhamdullillah, aku masih bernafas lagi dan akan meneruskan perjalanan hidup ini dalam mencari Allah. Mencari Allah dengan menggembarakan diri, menggembarakan hati, menggembarakan jiwa, penggembaraan roh, menggembarakan akal dan sebagainya yang telah dianugerahkan oleh-Nya pada diri aku ini. Misi hidup yang hakiki adalah mencari tempat kediaman yang abadi iaitu Syurga, tempat pengabadian yang terhebat. Itulah misi dan destinasi hidup kita. Tapi apakah yang akan membawa kita ke arah destinasi itu ? Benar kalian, itulah IMAN.
     Kenapa IMAN ? Dengan imanlah kita dapat melepaskan diri kita dari azab neraka. Dalam perkataan IMAN tu dah bagitau dah. IMAN = Iman Menghindari Api Neraka. Mudah, kalau kita ingat ini tapi bagaimana nak dapatkan IMAN tu. Marilah kita saling mengingati sesama kita untuk terus mencari Allah. Bagaimana nak cari ? Siapakah Umat Manusia yang pertama berjumpa dengan Allah di tempat kediaman Allah? Tiada lagi, itulah nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jadi, kalau nak cari Allah tu, marilah kita ikut apa yang Nabi Muhammad SAW telah lakukan. :), tapi takdelah perjumpaannya macam nabi kita tu. Selawat dulu. Sebab tu aku selalu kata, perubahan diri memerlukan perjalanan. Selami sahaja bagaimana perjalanan nabi dan juga yang lain-lain (yang diketahui) dalam mencari Allah. Ok. Cukup ye..
     Cuba lihat ilustrasi yg aku sediakan tu. Dari tulisan huruf nama Allah tu terjelmanya nombor-nombor yg membawa maknanya yg tersendiri, yang telah berlaku tanpa tidak disengajakan kerana kita tidak boleh lari dari KETENTUAN-NYA dan ianya masih sedang berlaku dengan izin Allah jua. Dan artikel ini mungkin agak panjang sedikit. Orait. Cuba sekali lagi kalian perhatikan angka-angka yang ada dalam ilustrasi itu. Kebanyakkan angka-angkanye adalah angka GANJIL dan bukankah Allah menyukai perkara-perkara yang ganjil ? Jadi apakah kaitan semua ini ? Kembali kepada mungkinkah ini juga perkara yang telah diTENTUkan oleh Allah tanpa disedari? Wollohu a'lam. Apapun, kalian ada akal yang telah dikurniakan.

*911 dan 0111*
     Sebelum ini, aku telah menerangkan bagaimana nombor 911 muncul yang akhirnya membawa kepada penyataan ALLAH RESCUE IS SECURE. Juga bagaimana digit-digit 0111 nie muncul yang akhirnya membawa kepada nombor 7. Nombor 7 nie banyak sgt diceritakan di dalam Al Qur'an. Dan juga, sekiranya kalian mengira digit 1 dari kanan ke kiri; cuba kira sekarang, 1.. 2.. 3.. ok stop. Cuba lihat ilustrasi dlm gambar. Baca dari kiri ke kanan, 30 juga ada kaitannya dengan 30 juzuk dalam Al Qur'an yang dijunjung. Juga dikaitkan lagi dengan 0111, iaitu 1 golongan yang jalannya betul-betul JALAN YANG LURUS, 1 golongan yang berhaluan kanan (mendekati Allah), 1 golongan yang berhaluan kiri (menjauhi Allah) dan 0 iaitu golongan yang tidak tahu apa-apa pasal Allah iaitu golongan yang tiada agama dalam hidup mereka. Cukup itu dahulu bagi digit 0111. Naahh... kalian semua, semuanya telah berada pada HANYA tulisan huruf nama Allah sahaja. Belum lagi kita 'menyelam' ke dasar samudera tulisan huruf nama Allah nie. Ok. Mari kita lihat pula bagaimana nombor 15 muncul dari tulisan huruf nama Allah nie.

*Kemunculan 15 dari tulisan huruf nama Allah*
Cuba lihat ilustrasi tu. Dari tulisan huruf nama Allah, Alif Lam Lam Haa, aku asingkan, maka termuncul perkataan |LLO jika dibaca dari kanan ke kiri dan aku pantulkan, maka muncul angka 0771. Dari 4 angka ini, aku gabungkan menjadi 1 nombor yaitu 0+7+7+1 = 15. Naahh.. cuba baca kembali apa yg diperingatkan oleh Ibnu Abbas ra dalam artikel sebelum ini, 15 perkara ke syurga. Jadi apakah 15 perkara itu ? 15 dikumpulankan kepada 3 iaitu 5 dengan lisan, 5 dengan anggota dan 5 dengan hati. Kenapa 3 ? Ini adalah kemungkinan kerana terdapatnya 3 digit 1 dalam jelmaan sebelum ini iaitu '0111' dan imbas kembali '0111' = '7'. Cuba kalian lihat wujud tak angka 7 dalam jelmaan 0771 kali ini ? Jadi semuanya terkait tanpa tidak sengaja dan secara tidak langsung lagi, semua angka yang wujud dari tulisan huruf nama Allah ini adalah angka GANJIL. Bukankah Umat Manusia Islam mengetahui bahawa Allah menyukai yang GANJIL ? Angka 1, angka 3, angka 5 dan angka 7. Yang jelmaan 911 tu, pun GANJIL jugak, angka 9. Antara angka-angka ganjil ini, ada satu angka yang banyak menggambarkan bilangan ciptaan Allah yakni angka 7. Apa yang dipaparkan di sini adalah angka standard dunia yang mana semua orang mengenali angka-angka ini. Dan aku hanya kaitkan dengan bentuk angka standard dunia terutamanya untuk Umat Manusia Melayu.
     Macamana aku boleh pilih 7 ? Sebenarnya bukan pilih tetapi telah ditunjukkan oleh pengiraan berikut :
0+1+3+5+7+9 = 25
2+5 = 7
Mengapa aku pilih operasi tambah ? Kembali kepada perjalanan bumi itu sendiri, tiada pengurangan akan berlaku hanyalah penambahan waktu yang sentiasa berkesinambungan hingga ke Hari Akhirat @ Qiyamat. 25 nabi yang WAJIB kita ketahui, mengapa 2 dan mengapa 5 ? Itulah 2 orang nabi yang namanya sentiasa disebut di dalam solat 5 waktu yang WAJIB iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW juga keturunanan dari Nabi Ibrahim.
     Jika mata kalian amati dalam artikel sebelum ini iaitu Disebalik Digit 0111 dan lagi, mengenai sistem 8421. Dimana untuk mendapatkan angka 7, 4+2+1 = 7. Ok rileks jap. Nombor maksimum yang dapat dihasilkan oleh sistem 8421 ini adalah nombor 15. Bagaimana ? Cuba lihat. 8+4+2+1 = 15 (ada lagi kaitan tersirat yang lain, tapi utk artikel ini cukuplah ye). Naahh... Nampakkan ? Angka-angka ini, berlegar-legar dalam kaitannya masing-masing. Kembali kepada angka 1770, 1+7+7+0 = 15. Apakah 1 itu ? 1 itulah menggambarkan Allah, dahulukan Allah dalam setiap apa perkara yang hendak kita lakukan dan 5 itu sekali lagi dikaitkan dengan Rukun Islam. Sentiasa ingat Allah beserta Rukun Islam, itulah yang akan membawa kita kepada kepercayaan terhadap apa yang diperingatkan oleh Allah melalui Nabi kita iaitu Rukun Iman. Jadi, secara kaitannya dari nombor 15 tadi, 1+5 = 6, itulah 6 Rukun Iman. Itulah yang aku katakan, CUKUP DENGAN HURUF NAMA ALLAH. Maka;

156 = Dahulukan Allah yang SATU (1) dengan mementingkan serta melaksanakan 5 Rukun Islam serta mempercayai 6 Rukun Iman.

     Waaahhh...sungguh indah rantaian angka-angka yang muncul dari tulisan huruf nama Allah ini. Dengan tulisan huruf nama Allah semua perkara penting dalam Islam dapat dirungkaikan satu persatu. Jadi, memang benarlah, hanya tulisan huruf nama Allah sahaja sudah dapat menceritakan pelbagai kehebatan Allah apatah lagi bagi yang menyebutnya dan apatah lagi bagi yang selalu memuji Allah dan apatah lagi bagi yang selalu ingat pada Allah dan apatah lagi yang sentiasa berzikir dengan nama Allah dan yang paling HEBAT apatah lagi bagi mereka yang TAAT dan PATUH pada PERINTAH ALLAH.
Dari tulisan huruf nama Allah;
911 = ALLAH RESCUE IS SECURE

0111 = 7;
7 pelbagai jenis ciptaan ALLAH swt.

0111 = 03 <> 30;
30 juzuk Al Qur'an.
0111 = hanya 2 angka yang ada iaitu angka 0 dan angka 1;
01 <> 10 ; itulah 10 malaikat yang WAJIB diketahui.
 
1770 = 15 ;
1 = Dahulukan Allah, 5 = Rukun Islam diutamakan.

1770 = 15 = 6 ;
Tingkatkan keimanan dengan percaya akan 6 Rukun Iman.

Jelmaan angka dari huruf nama Allah adalah ganjil, maka;
0+1+3+5+7+9 = 25 ;
25 Nabi yang WAJIB diketahui. 2 orang Nabi yang disebut dalam solat 5 waktu iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

     Dan banyak lagi yg boleh dirungkaikan dengan tulisan huruf nama Allah ini yang dapat menceritakan tentang segala macam mengenai peringatan Allah tapi untuk artikel ini, cukuplah di sini ye. Terlalu banyak rahsia di sebalik tulisan huruf nama Allah ini kalian. Terlalu banyak... Terlalu banyak kalian, terlalu banyak rahsia yang hanya ada pada tulisan huruf nama Allah. Apakah yang ada pada nama kita kalian ??? Tiada apa, tiada apa. Sesungguhnya kita tiada daya dan upaya untuk menandingi kehebatan tulisan huruf nama Allah. Sekiranya aku masih bernafas akan kuhuraikan lagi mengenai kehebatan tulisan huruf nama Allah ini, sekiranya diizinkan oleh-Nya. Yaa.. kalian, itulah Allah, ingatlah Allah sentiasa dalam apa jua keadaan kalian, ketika memandu, berjalan, bekerja dan sebagainya. Kehebatan Allah sudah nampak hanya pada tulisan huruf nama Allah sahaja. Bergenang air mata ini mengenangkan kehebatan tulisan huruf nama Allah. Huruf sahaja sudah hebat, apatah lagi dengan KEKUASAAN ALLAH ATAS SEGALA SESUATU. Ada akal, kita fikir.
     Akhir kata, maafkan aku sekiranya artikel ini membuatkan akal kalian memikirkan sesuatu terhadap aku. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati. Semoga Allah mengampunkan dosa aku dan dosa kalian yang membaca artikel ini. 

Nukilan : Kun Musafir Maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar