Masa semakin cepat meninggalkan aku. Apakah perkara yang menyebabkan 'masa itu cepat' aku masih memikirkan lagi. Pengiraan masa adalah berdasarkan putaran bumi tapi takkanlah bumi dah semakin laju berputar kot, yang menjadikan masa itu cepat? Atau apakah perasaan aku sendiri yang merasakan 'masa itu cepat' ada pada diri aku? Tapi bila aku tanya pada Umat Manusia yang lain pun mereka katakan masa dah cepat sekarang. Tapi jam yang aku pakai sama je kelajuan dia. Hhmm.... Aku menaruh harapan pada Allah agar persoalan ini dapat jawapannya dan itupun kalau diizinkan oleh-Nya untuk diketahukan rahsia itu. Dan artikel ini adalah sambungan dari artikel 'Disebalik Digit 0111'
Sebelum ini, aku dah bagitau apa yang aku fikirkan pada huruf nama Allah yang ditulis dalam huruf Jawi tanpa baris. Kalau tanpa baris, bacaannya adalah Alif, Lam, Lam, Haa lah. Kalau kita yang membaca huruf itu mesti melibatkan sebutan 'baris pada susunan huruf Jawi' atau Bahasa Standard dikenali sebagai 'huruf vokal = baris'. Nak sebut huruf satu demi satu, aku rasa huru hara komunikasi jadinya, entah apa bunyi sebutan pun aku tak dapat gambarkan. Hahaha... Dan sebelum ini telah aku tukangkan kat dinding blog ini kaitan atau hubungan nombor 911 dan digit 0111 yg mewakili angka 7 dengan tulisan huruf nama Allah.
Satu lagi, apa yg aku fikirkan adalah mengenai hubungan kita dengan kewujudan ciptaan Allah di langit dan di bumi sebab ayat pertama dalam Surah Al-Faatihah ada menyatakan bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah iaitu juga dikenali sebagai Tuhan Alam Semesta. Jadi dari situ, tercambahlah fikiranku secara tidak sengaja dari dalam diri aku 'Jadi, apa yang aku miliki sebenarnya ???'. Samada secara zahir atau batin, semuanya adalah milik Allah dan aku hanya diPINJAMkan sahaja oleh-Nya.
Banyak sebenarnya yg nak aku taip mengenai apa yang ada pada tulisan huruf nama Allah ini dan semuanya telah berlaku di hadapan mata aku dan juga pada kalian, samada SEDAR atau TIDAK SEDAR sahaja. Aku pun kadang² terlupa juga. Kalau aku tidak pelajari Ilmu Elektronik, sudah tentu aku tidak dapat menerangkan pada kalian apa kaitan barisan digit 0111 dengan tulisan huruf nama Allah. Jadi itulah maksud aku dalam blog sebelum ini, aku dah ditentukan oleh-Nya untuk mempelajari Ilmu Elektronik, mungkin sebab, ada hikmah disebaliknya. Dan inilah salah satunya, aku dapat memahami digit² 0 dan 1 serta hubungannya dengan ciptaan Allah. Dan bagi aku, pemikiran aku hanyalah bermula dari SELEPAS PENYATAAN 'ALLAH ITU WUJUD' dan aku tak pikir akan perkara SEBELUM PENYATAAN 'ALLAH ITU WUJUD' iaitu tiada apa-apa sebelum Allah Wujud. Aku hanya fikir selepas 'Allah itu Wujud'. Dari situlah bermulanya '1' iaitu dari ALLAH itu WUJUD dan sepatutnya '0' selepas '1' seperti mana digit 0111 dibaca dari kanan ke kiri iaitu ' 1 1 1 0 '. Tapi mungkin tiada bentuk angka yang sesuai untuk diwakilkan dengan 'tiada apa-apa', Umat Manusia telah meminjam angka tersebut dari tulisan huruf nama Allah, iaitu '0'. Begitulah secara ringkasnya.
Ilmu yang dimiliki oleh seorang hamba Allah itu tidak sama kerana ianya bergantung kepada ketaatan individu itu sendiri dalam melaksanakan perintah Allah dan setiap gerak gerinya diperhalusi seperti halusnya Titian Sirratulmustaqim. Maksud aku ilmu yang tidak sama itu adalah berdasarkan Solat Tahajjud yang didirikan oleh Umat Manusia Yang Mendirikannya dan bukanlah ilmu yang dipelajari di pusat-pusat pengajian yang dibina oleh Umat Manusia untuk menyampaikan ilmu. Itu dah masuk bab lain dah. Lihat sahaja Umat Manusia yang mampu mengubati penyakit dengan menggunakan ayat² Suci Al-Quran. Kesembuhan itu juga masih dengan izin Allah. Kita kena YAKIN bahawa ALLAHLAH YANG MENYEMBUHKAN dan bukannya Umat Manusia yang mengubati kita itu yang menyembuhkan kita. Umat Manusia yang mengubati masih dalam lingkaran 'TOLONG@MENOLONG' kerana mereka tahu apa yang patut dilakukan dari segi fizikal. Kalau Allah tak izin, maka tak sembuh jugak penyakit itu. Sembuh itu hanya ada pada ALLAH. Kita tidak boleh lari dari KETENTUANNYA, apa yang berlaku perlulah kita REDHA, apa yang kita tidak dapat mengikut kehendak kita, perlu juga kita REDHA kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kehidupan dalam mencari serta mengenal Allah Tuhan Kita perlulah diteruskan. Dan pencarian itu memerlukan USAHA. USAHA DUNIA UNTUK DUNIA, USAHA AKHIRAT UNTUK AKHIRAT dan ke-2-2 itu SALING MEMERLUKAN. Wollohu a'lam.
"Pernah dalam perjalanan hidup aku, aku berjumpa dengan seorang wanita yang mendapat ilmu setelah mendirikan Solat Tahajjud. Dan lagi, dengan terdirinya solat itu bukan tujuan untuk meminta ilmu tetapi terdirinya solat itu atas peringatan Allah. Diceritakan kepada aku (aku tidak bertanya tetapi diceritakan kepada aku), bukan sekali dua beliau mendirikan solat tersebut tetapi banyak kali dan pada satu malam itu, ketika didirikan solat itu muncul api yang menyala-nyala berlegar-legar di sebelah kanannya. Takutnya beliau tak dapat aku nak gambarkan dan selepas kejadian itu beliau mendapat ilmu dari Allah dan api yang menyala-nyala itu adalah gangguan dari syaitan dan juga dugaan serta ujian dari Allah swt. Eeerrr.. cukuplah ye setakat itu, dan aku hanya berjumpa dengan beliau sekali sahaja. Oh..ya.. Beliau berasal dari Melaka dan aku tak pasti samada beliau masih bernafas atau tidak. Selepas itu, aku tak jumpa lagi. Dan setiap pesanannya aku ingat sampai hari ini."
Naaahh.... Itulah kehebatan Allah. Berbalik kepada tulisan huruf nama Allah tadi, ada diceritakan dalam satu kisah bahawa ada yg bertanya pada Ibnu Abbas ra. "Ajarkanlah kami ilmu yg dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga" dan Ibnu Abbas ra menjawab: "Hendaklah kalian semua buat 15 perkara iaitu 5 dengan lisan, 5 dengan anggota badan dan 5 dengan hatimu". Tetapi bagaimana nombor 15 ini dijelmakan daripada tulisan huruf nama Allah ? Sebelum itu kalian baca apa yg dimaksudkan dengan 15 perkara itu;
5 dengan lisan atau 5 sebutan iaitu dgn mengucapkan kalimah;
1. Subhanallah,
2. Alhamdullillah,
3. LaaIlaaHaaIllallaah,
4. Allahu Akbar
5. Laahawlawalaquwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim.
5 dengan anggota badan (solat) iaitu dgn mendirikan solat;
1. Isya'
2. Suboh
3. Zohor
4. Asar
5. Maghrib.
2. Suboh
3. Zohor
4. Asar
5. Maghrib.
*Dalam Bahasa Terengganu, orang² dulu sebut Zohor sebagai Lohor, sebab itu kalau disusun kembali Isya', Suboh, Lohor, Asar, Maghrib maka terbentuklah perkataan ISLAM = I-S-L-A-M = Isya' Suboh Lohor Asor Maghrib.
5 dengan hati pula adalah dengan mencintai;
1. Nabi Muhammad SAW dan 4 para sahabatnya iaitu;
2. Abu Bakar Siddiq
3. Umar bin Khattab
4. Usman bin Affan
5. Ali bin Abi Thalib.
2. Abu Bakar Siddiq
3. Umar bin Khattab
4. Usman bin Affan
5. Ali bin Abi Thalib.
Aku rasa kalian dah nampak dah.
Di manakah AL- QUR'AN BERGERAK ?
Pada Nabi Muhammad SAW kerana baginda telah menyampaikan peringatan kepada Umat Manusia.Di manakah petunjuk JALAN YANG LURUS ?
Ke manakah destinasi terakhir perjalanan hidup kita yang sepatutnya bagi kita yang percaya KEWUJUDAN Allah SWT dan yang ketahuan mengenai Nabi Muhammad SAW?
Yee..destinasi kita adalah SYURGA bukannya di NERAKA.Tapi apakah perjalanan kita pada saat ini ke arah destinasi itu ?
(ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KITA KERJAKAN DAN DICATIT SETIAP KERJA-AN ITU.......)Akhir kata, maafkan aku andai terdapat susunan bahasa yang kalian tidak fahami dan kurang fahami. Banyak istilah-istilah yang di ajar di universiti aku tidak tahu kerana aku hanya menceritakan HANYA dari pengalaman perjalananku sahaja dan juga, aku hanya taip apa yang aku fikirkan, maka aku sampaikan apa yang termampu bagiku yang juga dengan izin Allah swt.
Bagaimana nombor 15 ini muncul dari tulisan huruf nama Allah ini akan aku kumpulkan dalam artikel terakhir yang berkaitan dengan tulisan huruf nama Allah yang bertajuk CUKUP DENGAN NAMA ALLAH. Artikel ini hanyalah untuk sedikit pemahaman mengenai apa yang ingin aku sampaikan pada artikel akhir nanti. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian yang membaca artikel ini. Semoga Allah memberi petunjuk dan taufik hidayah-Nya kepada kita. Perubahan diri memerlukan satu perjalanan.
Nukilan : Kun Musafir Maya
No comments:
Post a Comment