Monday, February 15, 2010

Cukup Dengan Huruf Nama Allah

Assalamualaikum....

     Alhamdullillah, aku masih bernafas lagi dan akan meneruskan perjalanan hidup ini dalam mencari Allah. Mencari Allah dengan menggembarakan diri, menggembarakan hati, menggembarakan jiwa, penggembaraan roh, menggembarakan akal dan sebagainya yang telah dianugerahkan oleh-Nya pada diri aku ini. Misi hidup yang hakiki adalah mencari tempat kediaman yang abadi iaitu Syurga, tempat pengabadian yang terhebat. Itulah misi dan destinasi hidup kita. Tapi apakah yang akan membawa kita ke arah destinasi itu ? Benar kalian, itulah IMAN.
     Kenapa IMAN ? Dengan imanlah kita dapat melepaskan diri kita dari azab neraka. Dalam perkataan IMAN tu dah bagitau dah. IMAN = Iman Menghindari Api Neraka. Mudah, kalau kita ingat ini tapi bagaimana nak dapatkan IMAN tu. Marilah kita saling mengingati sesama kita untuk terus mencari Allah. Bagaimana nak cari ? Siapakah Umat Manusia yang pertama berjumpa dengan Allah di tempat kediaman Allah? Tiada lagi, itulah nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jadi, kalau nak cari Allah tu, marilah kita ikut apa yang Nabi Muhammad SAW telah lakukan. :), tapi takdelah perjumpaannya macam nabi kita tu. Selawat dulu. Sebab tu aku selalu kata, perubahan diri memerlukan perjalanan. Selami sahaja bagaimana perjalanan nabi dan juga yang lain-lain (yang diketahui) dalam mencari Allah. Ok. Cukup ye..
     Cuba lihat ilustrasi yg aku sediakan tu. Dari tulisan huruf nama Allah tu terjelmanya nombor-nombor yg membawa maknanya yg tersendiri, yang telah berlaku tanpa tidak disengajakan kerana kita tidak boleh lari dari KETENTUAN-NYA dan ianya masih sedang berlaku dengan izin Allah jua. Dan artikel ini mungkin agak panjang sedikit. Orait. Cuba sekali lagi kalian perhatikan angka-angka yang ada dalam ilustrasi itu. Kebanyakkan angka-angkanye adalah angka GANJIL dan bukankah Allah menyukai perkara-perkara yang ganjil ? Jadi apakah kaitan semua ini ? Kembali kepada mungkinkah ini juga perkara yang telah diTENTUkan oleh Allah tanpa disedari? Wollohu a'lam. Apapun, kalian ada akal yang telah dikurniakan.

*911 dan 0111*
     Sebelum ini, aku telah menerangkan bagaimana nombor 911 muncul yang akhirnya membawa kepada penyataan ALLAH RESCUE IS SECURE. Juga bagaimana digit-digit 0111 nie muncul yang akhirnya membawa kepada nombor 7. Nombor 7 nie banyak sgt diceritakan di dalam Al Qur'an. Dan juga, sekiranya kalian mengira digit 1 dari kanan ke kiri; cuba kira sekarang, 1.. 2.. 3.. ok stop. Cuba lihat ilustrasi dlm gambar. Baca dari kiri ke kanan, 30 juga ada kaitannya dengan 30 juzuk dalam Al Qur'an yang dijunjung. Juga dikaitkan lagi dengan 0111, iaitu 1 golongan yang jalannya betul-betul JALAN YANG LURUS, 1 golongan yang berhaluan kanan (mendekati Allah), 1 golongan yang berhaluan kiri (menjauhi Allah) dan 0 iaitu golongan yang tidak tahu apa-apa pasal Allah iaitu golongan yang tiada agama dalam hidup mereka. Cukup itu dahulu bagi digit 0111. Naahh... kalian semua, semuanya telah berada pada HANYA tulisan huruf nama Allah sahaja. Belum lagi kita 'menyelam' ke dasar samudera tulisan huruf nama Allah nie. Ok. Mari kita lihat pula bagaimana nombor 15 muncul dari tulisan huruf nama Allah nie.

*Kemunculan 15 dari tulisan huruf nama Allah*
Cuba lihat ilustrasi tu. Dari tulisan huruf nama Allah, Alif Lam Lam Haa, aku asingkan, maka termuncul perkataan |LLO jika dibaca dari kanan ke kiri dan aku pantulkan, maka muncul angka 0771. Dari 4 angka ini, aku gabungkan menjadi 1 nombor yaitu 0+7+7+1 = 15. Naahh.. cuba baca kembali apa yg diperingatkan oleh Ibnu Abbas ra dalam artikel sebelum ini, 15 perkara ke syurga. Jadi apakah 15 perkara itu ? 15 dikumpulankan kepada 3 iaitu 5 dengan lisan, 5 dengan anggota dan 5 dengan hati. Kenapa 3 ? Ini adalah kemungkinan kerana terdapatnya 3 digit 1 dalam jelmaan sebelum ini iaitu '0111' dan imbas kembali '0111' = '7'. Cuba kalian lihat wujud tak angka 7 dalam jelmaan 0771 kali ini ? Jadi semuanya terkait tanpa tidak sengaja dan secara tidak langsung lagi, semua angka yang wujud dari tulisan huruf nama Allah ini adalah angka GANJIL. Bukankah Umat Manusia Islam mengetahui bahawa Allah menyukai yang GANJIL ? Angka 1, angka 3, angka 5 dan angka 7. Yang jelmaan 911 tu, pun GANJIL jugak, angka 9. Antara angka-angka ganjil ini, ada satu angka yang banyak menggambarkan bilangan ciptaan Allah yakni angka 7. Apa yang dipaparkan di sini adalah angka standard dunia yang mana semua orang mengenali angka-angka ini. Dan aku hanya kaitkan dengan bentuk angka standard dunia terutamanya untuk Umat Manusia Melayu.
     Macamana aku boleh pilih 7 ? Sebenarnya bukan pilih tetapi telah ditunjukkan oleh pengiraan berikut :
0+1+3+5+7+9 = 25
2+5 = 7
Mengapa aku pilih operasi tambah ? Kembali kepada perjalanan bumi itu sendiri, tiada pengurangan akan berlaku hanyalah penambahan waktu yang sentiasa berkesinambungan hingga ke Hari Akhirat @ Qiyamat. 25 nabi yang WAJIB kita ketahui, mengapa 2 dan mengapa 5 ? Itulah 2 orang nabi yang namanya sentiasa disebut di dalam solat 5 waktu yang WAJIB iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW juga keturunanan dari Nabi Ibrahim.
     Jika mata kalian amati dalam artikel sebelum ini iaitu Disebalik Digit 0111 dan lagi, mengenai sistem 8421. Dimana untuk mendapatkan angka 7, 4+2+1 = 7. Ok rileks jap. Nombor maksimum yang dapat dihasilkan oleh sistem 8421 ini adalah nombor 15. Bagaimana ? Cuba lihat. 8+4+2+1 = 15 (ada lagi kaitan tersirat yang lain, tapi utk artikel ini cukuplah ye). Naahh... Nampakkan ? Angka-angka ini, berlegar-legar dalam kaitannya masing-masing. Kembali kepada angka 1770, 1+7+7+0 = 15. Apakah 1 itu ? 1 itulah menggambarkan Allah, dahulukan Allah dalam setiap apa perkara yang hendak kita lakukan dan 5 itu sekali lagi dikaitkan dengan Rukun Islam. Sentiasa ingat Allah beserta Rukun Islam, itulah yang akan membawa kita kepada kepercayaan terhadap apa yang diperingatkan oleh Allah melalui Nabi kita iaitu Rukun Iman. Jadi, secara kaitannya dari nombor 15 tadi, 1+5 = 6, itulah 6 Rukun Iman. Itulah yang aku katakan, CUKUP DENGAN HURUF NAMA ALLAH. Maka;

156 = Dahulukan Allah yang SATU (1) dengan mementingkan serta melaksanakan 5 Rukun Islam serta mempercayai 6 Rukun Iman.

     Waaahhh...sungguh indah rantaian angka-angka yang muncul dari tulisan huruf nama Allah ini. Dengan tulisan huruf nama Allah semua perkara penting dalam Islam dapat dirungkaikan satu persatu. Jadi, memang benarlah, hanya tulisan huruf nama Allah sahaja sudah dapat menceritakan pelbagai kehebatan Allah apatah lagi bagi yang menyebutnya dan apatah lagi bagi yang selalu memuji Allah dan apatah lagi bagi yang selalu ingat pada Allah dan apatah lagi yang sentiasa berzikir dengan nama Allah dan yang paling HEBAT apatah lagi bagi mereka yang TAAT dan PATUH pada PERINTAH ALLAH.
Dari tulisan huruf nama Allah;
911 = ALLAH RESCUE IS SECURE

0111 = 7;
7 pelbagai jenis ciptaan ALLAH swt.

0111 = 03 <> 30;
30 juzuk Al Qur'an.
0111 = hanya 2 angka yang ada iaitu angka 0 dan angka 1;
01 <> 10 ; itulah 10 malaikat yang WAJIB diketahui.
 
1770 = 15 ;
1 = Dahulukan Allah, 5 = Rukun Islam diutamakan.

1770 = 15 = 6 ;
Tingkatkan keimanan dengan percaya akan 6 Rukun Iman.

Jelmaan angka dari huruf nama Allah adalah ganjil, maka;
0+1+3+5+7+9 = 25 ;
25 Nabi yang WAJIB diketahui. 2 orang Nabi yang disebut dalam solat 5 waktu iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

     Dan banyak lagi yg boleh dirungkaikan dengan tulisan huruf nama Allah ini yang dapat menceritakan tentang segala macam mengenai peringatan Allah tapi untuk artikel ini, cukuplah di sini ye. Terlalu banyak rahsia di sebalik tulisan huruf nama Allah ini kalian. Terlalu banyak... Terlalu banyak kalian, terlalu banyak rahsia yang hanya ada pada tulisan huruf nama Allah. Apakah yang ada pada nama kita kalian ??? Tiada apa, tiada apa. Sesungguhnya kita tiada daya dan upaya untuk menandingi kehebatan tulisan huruf nama Allah. Sekiranya aku masih bernafas akan kuhuraikan lagi mengenai kehebatan tulisan huruf nama Allah ini, sekiranya diizinkan oleh-Nya. Yaa.. kalian, itulah Allah, ingatlah Allah sentiasa dalam apa jua keadaan kalian, ketika memandu, berjalan, bekerja dan sebagainya. Kehebatan Allah sudah nampak hanya pada tulisan huruf nama Allah sahaja. Bergenang air mata ini mengenangkan kehebatan tulisan huruf nama Allah. Huruf sahaja sudah hebat, apatah lagi dengan KEKUASAAN ALLAH ATAS SEGALA SESUATU. Ada akal, kita fikir.
     Akhir kata, maafkan aku sekiranya artikel ini membuatkan akal kalian memikirkan sesuatu terhadap aku. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati. Semoga Allah mengampunkan dosa aku dan dosa kalian yang membaca artikel ini. 

Nukilan : Kun Musafir Maya

Saturday, February 13, 2010

15 Perkara ke Syurga

Assalamualaikum....

      Masa semakin cepat meninggalkan aku. Apakah perkara yang menyebabkan 'masa itu cepat' aku masih memikirkan lagi. Pengiraan masa adalah berdasarkan putaran bumi tapi takkanlah bumi dah semakin laju berputar kot, yang menjadikan masa itu cepat? Atau apakah perasaan aku sendiri yang merasakan 'masa itu cepat' ada pada diri aku? Tapi bila aku tanya pada Umat Manusia yang lain pun mereka katakan masa dah cepat sekarang. Tapi jam yang aku pakai sama je kelajuan dia. Hhmm.... Aku menaruh harapan pada Allah agar persoalan ini dapat jawapannya dan itupun kalau diizinkan oleh-Nya untuk diketahukan rahsia itu. Dan artikel ini adalah sambungan dari artikel 'Disebalik Digit 0111'
     Sebelum ini, aku dah bagitau apa yang aku fikirkan pada huruf nama Allah yang ditulis dalam huruf Jawi tanpa baris. Kalau tanpa baris, bacaannya adalah Alif, Lam, Lam, Haa lah. Kalau kita yang membaca huruf itu mesti melibatkan sebutan 'baris pada susunan huruf Jawi' atau Bahasa Standard dikenali sebagai 'huruf vokal = baris'. Nak sebut huruf satu demi satu, aku rasa huru hara komunikasi jadinya, entah apa bunyi sebutan pun aku tak dapat gambarkan. Hahaha... Dan sebelum ini telah aku tukangkan kat dinding blog ini kaitan atau hubungan nombor 911 dan digit 0111 yg mewakili angka 7 dengan tulisan huruf nama Allah.
     Satu lagi, apa yg aku fikirkan adalah mengenai hubungan kita dengan kewujudan ciptaan Allah di langit dan di bumi sebab ayat pertama dalam Surah Al-Faatihah ada menyatakan bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah iaitu juga dikenali sebagai Tuhan Alam Semesta. Jadi dari situ, tercambahlah fikiranku secara tidak sengaja dari dalam diri aku 'Jadi, apa yang aku miliki sebenarnya ???'. Samada secara zahir atau batin, semuanya adalah milik Allah dan aku hanya diPINJAMkan sahaja oleh-Nya.
     Banyak sebenarnya yg nak aku taip mengenai apa yang ada pada tulisan huruf nama Allah ini dan semuanya telah berlaku di hadapan mata aku dan juga pada kalian, samada SEDAR atau TIDAK SEDAR sahaja. Aku pun kadang² terlupa juga. Kalau aku tidak pelajari Ilmu Elektronik, sudah tentu aku tidak dapat menerangkan pada kalian apa kaitan barisan digit 0111 dengan tulisan huruf nama Allah. Jadi itulah maksud aku dalam blog sebelum ini, aku dah ditentukan oleh-Nya untuk mempelajari Ilmu Elektronik, mungkin sebab, ada hikmah disebaliknya. Dan inilah salah satunya, aku dapat memahami digit² 0 dan 1 serta hubungannya dengan ciptaan Allah. Dan bagi aku, pemikiran aku hanyalah bermula dari SELEPAS PENYATAAN 'ALLAH ITU WUJUD' dan aku tak pikir akan perkara SEBELUM PENYATAAN 'ALLAH ITU WUJUD' iaitu tiada apa-apa sebelum Allah Wujud. Aku hanya fikir selepas 'Allah itu Wujud'. Dari situlah bermulanya '1' iaitu dari ALLAH itu WUJUD dan sepatutnya '0' selepas '1' seperti mana digit 0111 dibaca dari kanan ke kiri iaitu ' 1 1 1 0 '. Tapi mungkin tiada bentuk angka yang sesuai untuk diwakilkan dengan 'tiada apa-apa', Umat Manusia telah meminjam angka tersebut dari tulisan huruf nama Allah, iaitu '0'. Begitulah secara ringkasnya.
     Ilmu yang dimiliki oleh seorang hamba Allah itu tidak sama kerana ianya bergantung kepada ketaatan individu itu sendiri dalam melaksanakan perintah Allah dan setiap gerak gerinya diperhalusi seperti halusnya Titian Sirratulmustaqim. Maksud aku ilmu yang tidak sama itu adalah berdasarkan Solat Tahajjud yang didirikan oleh Umat Manusia Yang Mendirikannya dan bukanlah ilmu yang dipelajari di pusat-pusat pengajian yang dibina oleh Umat Manusia untuk menyampaikan ilmu. Itu dah masuk bab lain dah. Lihat sahaja Umat Manusia yang mampu mengubati penyakit dengan menggunakan ayat² Suci Al-Quran. Kesembuhan itu juga masih dengan izin Allah. Kita kena YAKIN bahawa ALLAHLAH YANG MENYEMBUHKAN dan bukannya Umat Manusia yang mengubati kita itu yang menyembuhkan kita. Umat Manusia yang mengubati masih dalam lingkaran 'TOLONG@MENOLONG' kerana mereka tahu apa yang patut dilakukan dari segi fizikal. Kalau Allah tak izin, maka tak sembuh jugak penyakit itu. Sembuh itu hanya ada pada ALLAH. Kita tidak boleh lari dari KETENTUANNYA, apa yang berlaku perlulah kita REDHA, apa yang kita tidak dapat mengikut kehendak kita, perlu juga kita REDHA kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kehidupan dalam mencari serta mengenal Allah Tuhan Kita perlulah diteruskan. Dan pencarian itu memerlukan USAHA. USAHA DUNIA UNTUK DUNIA, USAHA AKHIRAT UNTUK AKHIRAT dan ke-2-2 itu SALING MEMERLUKAN. Wollohu a'lam.
     "Pernah dalam perjalanan hidup aku, aku berjumpa dengan seorang wanita yang mendapat ilmu setelah mendirikan Solat Tahajjud. Dan lagi, dengan terdirinya solat itu bukan tujuan untuk meminta ilmu tetapi terdirinya solat itu atas peringatan Allah. Diceritakan kepada aku (aku tidak bertanya tetapi diceritakan kepada aku), bukan sekali dua beliau mendirikan solat tersebut tetapi banyak kali dan pada satu malam itu, ketika didirikan solat itu muncul api yang menyala-nyala berlegar-legar di sebelah kanannya. Takutnya beliau tak dapat aku nak gambarkan dan selepas kejadian itu beliau mendapat ilmu dari Allah dan api yang menyala-nyala itu adalah gangguan dari syaitan dan juga dugaan serta ujian dari Allah swt. Eeerrr.. cukuplah ye setakat itu, dan aku hanya berjumpa dengan beliau sekali sahaja. Oh..ya.. Beliau berasal dari Melaka dan aku tak pasti samada beliau masih bernafas atau tidak. Selepas itu, aku tak jumpa lagi. Dan setiap pesanannya aku ingat sampai hari ini."
     Naaahh.... Itulah kehebatan Allah. Berbalik kepada tulisan huruf nama Allah tadi, ada diceritakan dalam satu kisah bahawa ada yg bertanya pada Ibnu Abbas ra. "Ajarkanlah kami ilmu yg dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga" dan Ibnu Abbas ra menjawab: "Hendaklah kalian semua buat 15 perkara iaitu 5 dengan lisan, 5 dengan anggota badan dan 5 dengan hatimu". Tetapi bagaimana nombor 15 ini dijelmakan daripada tulisan huruf nama Allah ? Sebelum itu kalian baca apa yg dimaksudkan dengan 15 perkara itu;

5 dengan lisan atau 5 sebutan iaitu dgn mengucapkan kalimah;
1. Subhanallah,
2. Alhamdullillah,
3. LaaIlaaHaaIllallaah,
4. Allahu Akbar
5. Laahawlawalaquwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim.

5 dengan anggota badan (solat) iaitu dgn mendirikan solat;
1. Isya'
2. Suboh
3. Zohor
4. Asar
5. Maghrib.

*Dalam Bahasa Terengganu, orang² dulu sebut Zohor sebagai Lohor, sebab itu kalau disusun kembali Isya', Suboh, Lohor, Asar, Maghrib maka terbentuklah perkataan ISLAM = I-S-L-A-M = Isya' Suboh Lohor Asor Maghrib

5 dengan hati pula adalah dengan mencintai;
1. Nabi Muhammad SAW dan 4 para sahabatnya iaitu;
2. Abu Bakar Siddiq
3. Umar bin Khattab
4. Usman bin Affan
5. Ali bin Abi Thalib.


Aku rasa kalian dah nampak dah.
Di manakah AL- QUR'AN BERGERAK ?
Pada Nabi Muhammad SAW kerana baginda telah menyampaikan peringatan kepada Umat Manusia.

Di manakah petunjuk JALAN YANG LURUS ?
Juga pada Nabi Muhammad SAW dengan ajaran baginda.

Ke manakah destinasi terakhir perjalanan hidup kita yang sepatutnya bagi kita yang percaya KEWUJUDAN Allah SWT dan yang ketahuan mengenai Nabi Muhammad SAW?
Yee..destinasi kita adalah SYURGA bukannya di NERAKA.

Tapi apakah perjalanan kita pada saat ini ke arah destinasi itu ?
(ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KITA KERJAKAN DAN DICATIT SETIAP KERJA-AN ITU.......)

     Akhir kata, maafkan aku andai terdapat susunan bahasa yang kalian tidak fahami dan kurang fahami. Banyak istilah-istilah yang di ajar di universiti aku tidak tahu kerana aku hanya menceritakan HANYA dari pengalaman perjalananku sahaja dan juga, aku hanya taip apa yang aku fikirkan, maka aku sampaikan apa yang termampu bagiku yang juga dengan izin Allah swt. 
     Bagaimana nombor 15 ini muncul dari tulisan huruf nama Allah ini akan aku kumpulkan dalam artikel terakhir yang berkaitan dengan tulisan huruf nama Allah yang bertajuk CUKUP DENGAN NAMA ALLAH.  Artikel ini hanyalah untuk sedikit pemahaman mengenai apa yang ingin aku sampaikan pada artikel akhir nanti. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian yang membaca artikel ini. Semoga Allah memberi petunjuk dan taufik hidayah-Nya kepada kita. Perubahan diri memerlukan satu perjalanan.

Nukilan : Kun Musafir Maya

Tuesday, February 9, 2010

Disebalik Digit 0111

 
....Assalamualaikum....
Kalian yg dirahmati Allah, artikel ini adalah sambungan daripada 'Digit 0 dan 1 menulis nama Allah'.
     0100000101001100010011000100000101001000. Ye.. kalau kalian masih ingat, itulah digit² 0 dan 1 yang mewakili huruf nama Allah. Ok, tinggal pasal yang taip nama ALLAH tu. Kita masuk bab angka 0 - 9 lak. Aku amat meminati angka 0 dan 1 nie setelah aku ditentukan oleh Allah untuk mempelajari Ilmu Dunia dalam bidang elektronik dan dengan Ilmu Dunia yg diizinkan oleh-Nya utk aku memahaminya, aku dpt mencari rezeki yg tlh ditentukan jua utkku sejak aku wujud di dlm rahim ibuku lagi. Baik.
      Dalam komputer hanya angka 0-9 sahaja yang dikenali sebagai angka sah dan itupun tertakluk kepada Hukum BCD - Binary Coded Decimal System yg tlh difikirkan oleh salah seorang Umat Manusia. Tak faham? Kalau 12 tu dah dikira bukan angka sah pasal dia dah guna 2 angka iaitu angka 1 dan 2 atau gabungan angka-angka sudah berlaku. Sama juga dengan huruf, nombor juga dibaca oleh CPU dalam bentuk angka 0 dan 1. Sebab itulah aku katakan, apa apa yang melalui CPU semua diwakilkan dengan angka 0 dan 1. Baik ayat-ayat Suci Al-Qur'an ke, hadis ke, suara ke, semualah diwakilkan dgn angka 0 dan 1 nie. Jadi utk menampakkan kalian apa yg komputer baca bila kalian tekan angka 0-9 pada KEYBOARD komputer adalah seperti berikut :

Tekan 0 - komputer baca sebagai 0000 tapi papar '0'.
Tekan 1 - komputer baca sebagai 0001 tapi papar '1'.
Tekan 2 - komputer baca sebagai 0010 tapi papar '2'.
Tekan 3 - komputer baca sebagai 0011 tapi papar '3'.
Tekan 4 - komputer baca sebagai 0100 tapi papar '4'.
Tekan 5 - komputer baca sebagai 0101 tapi papar '5'.
Tekan 6 - komputer baca sebagai 0110 tapi papar '6'.
Tekan 7 - komputer baca sebagai 0111 tapi papar '7'.
Tekan 8 - komputer baca sebagai 1000 tapi papar '8'.
Tekan 9 - komputer baca sebagai 1001 tapi papar '9'.
Naah.. Nampak dah sikit kan? Begitulah secara ringkas. Ok. Aku nak serius nie.
  • Sampai hari ini aku masih tertanya tanya kenapa sistem angka digital 0 dan 1 ini di baca dari kanan ke kiri tidak dari kiri ke kanan ? A a kalian, angka digital 0 dan 1 ini dibaca dari kanan ke kiri. Macam tulisan Jawi Melayu dah. Lagi ke kiri, lagi besar nilai angka-angka nie kerana pengiraannya adalah berdasarkan kedudukan 8421 yg di baca dari kanan ke kiri iaitu 1,2,4,8. Misalnya 1, 2, 1+2=3, 4, 1+4=5, 2+4=6, 1+2+4=7, 8, 1+8=9 tapi untuk artikel ini aku terangkan dari 0 sampai 9 je. Angka maksimum bg sistem 8421 ini adalah 1+2+4+8 = 15.  
  • Apakah rekaan Umat Yahudi ini menyembunyikan sesuatu secara halus disebalik cara pembacaannya dan juga susunannya dari kanan ke kiri? atau;
  • Apakah sistem angka 0 dan 1 ini ada kaitannya dengan nama ALLAH secara tidak sengaja? atau;
  • Apakah sistem yg diwujudkan ini tidak disedari oleh si pencipta sistem angka ini bahawa ada sesuatu yg menakjubkan dlm sistem angka 0 dan 1 ini?
  • Atau adakah ini juga adalah KETENTUAN ALLAH yang MAHA MENGETAHUI akan berlakunya sesuatu kejadian itu ?
Baca Firman Allah dalam Surat Ath-Thalaq, ayat 3 :

"... Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

     Naah.. kalau begitu ini semua sudah ditentukan oleh Allah. Apa yang perlu hanya akal kita untuk memikirkannya. Aku menaip inipun juga dalam lingkaran 'sudah ditentukan oleh Allah'. Begitu juga dengan kalian yang membaca 'juga sudah ditentukan oleh Allah'. Pokok pangkalnya kita tidak boleh lari dari ketentuan-Nya tapi kadang² kita tidak sedari apakah yg berlaku kpd kita itu adalah ketentuan Allah atau sebaliknya? Apatah lagi, dalam hati kita pun, Allah tahu apa yang kita sebut walhal inikan pula ciptaan Umat Manusia. Yang nyata bagi Umat Manusia Melayu, tulisan jawi dibaca dari kanan ke kiri, tapi kenapa jelmaan bacaan kanan ke kiri juga terdapat dalam sistem angka digital ini ???!!! Jawapan tersuratnya ada dalam kejuruteraan elektronik, tapi yang tersiratnya apa ? Hhmm.. Mari kita lihat apa yang ada disebaliknya yang sampai hari ini banyak mengingatkan aku pada ALLAH apabila aku melihat angka 0 dan 1 ini dalam kehidupan seharianku.

* Sistem Coding 8-4-2-1 bagi CPU untuk angka 0 -9 *
     
Sebelum itu aku terangkan sikit sebab apa aku katakan bacaan angka 0 dan 1 ini dari kanan ke kiri (lihat anak panah merah dlm jadual di sebelah. Ni dah masuk bab elektronik nie). Sistem dia mudah sahaja. Semakin ke kiri gabungan susunan angka 0 dan 1 ini, semakin besar nilainya tapi untuk penerangan kali ini aku hadkan kepada 4 angka sahaja. Nanti kalian pening pulak. Lihat jadual. Katakan aku tunjukkan contoh untuk nombor 6 dan nombor 7. Jika kalian susun angka 0 dan 1 kepada 0110 dan 0111, ikuti pengiraan ringkas untuk mendapatkan nombor 6 dan nombor 7 ini.

Untuk nombor 6 : 2+4 = 6;
Oleh kerana hanya angka 2 dan 4 yg digunakan utk mendptkan hasil 6, maka angka 2 dan 4 ni diwakili oleh digit 1 dan angka 1 dan 8 diwakili oleh digit 0. Lihat;
8421
0110
=(8x0)+(4x1)+(2x1)+(1x0)
= 0 + 4 + 2 + 0 
= 6 

Untuk nombor 7 : 1 + 2 + 4 = 7;
Oleh kerana hanya angka 1, 2 dan 4 yg digunakan utk mendptkan hasil 7, maka angka 1, 2 dan 4 ni diwakili oleh digit 1 dan angka 8 diwakili oleh digit 0. Lihat; 
8421
0111
= (8x0)+(4x1)+(2x1)+(1x1)
= 0 + 4 + 2 + 1
= 7 

Nampakkan kalian ? Mudah saja. Tapi bukan itu yang aku nak maksudkan dalam artikel ini. Itu hanya untuk pemahaman kalian bagaimana sistem pengiraan 8421 untuk angka 0 dan 1 ini digunakan untuk mendapatkan nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 dalam sistem komputer. Dan aku nak buktikan pada kalian, mengapa 0110 = 6 dan 0111 = 7 . Itu sahaja. Ok, rasanya kalian dah nampak. Maka dengan sebab itulah, 0110 lah yang wujud dalam CPU dan bukannya nombor 6. Nombor 6 hanya wujud pada SKRIN KOMPUTER sahaja begitu juga dgn 0111 utk angka 7 dan juga utk yg lain². Ok cukup pasal itu ye.

Apa ada pada Tulisan Jawi Alif, Lam, Lam, Haa ?
 
     Dalam artikel sebelum ini kalian telah melihat jelmaan nombor 911 dari nama Allah yang telah diperolehkan oleh Umat Yahudi. Lihat gambar di sebelah. 4: ALIF, 3: LAM, 2: LAM dan 1: HAA. Ye ALLAH, Tuhan kita. Jika begitu apa pula kaitannya dgn angka 0 dan 1 ini ? Aku teramat yakin yg bahawanya SETIAP APA YANG BERLAKU TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH kalau tidak begitu, tidak adalah Rukun Iman : Percaya kepada Qada dan Qadar Allah. Semua Ilmu yang dituntut oleh hamba-Nya samada Ilmu Dunia atau Ilmu Akhirat atau Ilmu... (aku tak boleh cerita pasal ilmu ini) berlaku atas izin Allah jua. Manusia yang mencipta sistem angka 0 dan 1 ini pun Allah yang tentukan atas izin-Nya dan Umat Manusia yang faham akan sistem ini pun atas izin-Nya untuk faham serta Umat Manusia yang mempraktikan sistem angka 0 dan 1 ini juga dengan izin-Nya jua utk mempraktikkannya serta kenampakkan mata kalian jua utk membaca artikel ini juga ditentukan oleh Allah utk membacanya. Segalanya yang berlaku atas ketentuan ALLAH dan atas izin-Nya. Kerana apa ? Kerana HANYA ALLAH BERKUASA ATAS SEGALANYA. Kalian lulus peperiksaan atas dunia ini sekalipun, masih juga dalam KETENTUAN ALLAH. Oleh itu, janganlah terlalu leka dengan kejayaan dunia yang SEMENTARA itu.
     Macam akulah, aku belajar dalam bidang elektronik juga telah ditentukan oleh-Nya (secara hakikat) walaupun pada mata kasar kalian bahawa aku yang pilih kursus itu. Itulah bagi aku, semua apa yang terjadi telah ditentukan oleh Allah swt. Jikalau kita dapat menerima semua kejadian yang berlaku pada diri kita dengan tabah dan sabar, dari situlah akan wujudnya ketenangan dalam diri kita. Tetapi persoalanku, mengapa hanya angka 0 dan 1 yang wujud dalam CPU secara permulaannya? Dimanakah terselindungnya hubungkaitnya dengan KEBIJAKSANAAN Allah ? Hhmmm.... Apakah ada sesuatu yang tersirat di sebalik sistem angka ini ? Orait.. Mari kita lihat..

* Digit 0111 tampakkan KEKUASAAN ALLAH ? *

      Perhatikan dan amati huruf nama Allah itu satu persatu. Perlahan-lahan, tenang, jangan gopoh. Perhatikan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Bukan perhatikan sekeliling kalianlah, perhatikan tulisan nama Allah kat depan kalian tu. Kat SKRIN nie.. Cuba perhatikan bagaimana digit 0111 muncul dari tulisan huruf nama Allah (dalam tulisan Arab / Jawi). Dan scroll kan mouse kalian kembali ke atas dan berhenti pada yang aku taip ' TEKAN 7 - CPU BACA 0111 - PAPARKAN 7 ' tu. 
     Dalam susunan digit 0 dan 1 (sebanyak 4 formasi), semasa aku mempelajari Ilmu Dunia yaitu Ilmu Elektronik, aku fikir kenapa angka 7 memiliki paling banyak digit 1 iaitu 3 digit sedangkan angka 9 lebih besar nilainya dari 7? Angka 9 hanya memiliki 2 digit. Maka dengan itu ;

Angka 7 = 0 1 1 1 (ditulis dalam digit 0 dan 1)

Apakah kaitan 0111 itu dengan huruf nama Allah? Lihat gambar di sebelah yang aku ilustrasikan dari tulisan huruf nama Allah, munculnya 0111. Waaahhh... andainya begitu, maka benarlah segala Ilmu tidak kiralah Ilmu apapun semuanya datang dari Gedung Ilmu Allah dan benarlah lagi bahawa kita semua ini tiada DAYA dan UPAYA. Semua ilmu itu berlaku dengan izin Allah. Kenapa pulak ? Ye lah kan semua Umat Manusia Islam berdoa "Yang Baik Dari Allah, dan yang buruk dari kami" TETAPI yang buruk juga dari Allah dan ada hikmah disebalik yg buruk itu bagi akal yang berfikir. 'Buruk' di sini maksud aku MUSIBAH YANG MENIMPA KITA. Tetapi dimanakah kaitannya 0111 ini dengan tulisan huruf nama Allah ? Kalian sudah mengetahui bahawa 0111 = 7 kan ? Sekali lagi kalian telah menjadi SAKSI dengan mata yang melihat untuk membaca Firman ALLAH di bawah ini :


Surat An - Naba', Ayat 12 :
"Kami bina di atas kamu 7 buah langit yang kukuh"

Surat Ath - Thaalaaq, Ayat 12 :
"Allahlah yang menciptakan 7 langit sebegitu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu"

Surat Luqman, Ayat 27 :
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta ditambah kepada 7 laut lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimat Allah"

Surat Al-Hijr, Ayat 44 :
"Jahannam itu mempunyai 7 pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."

Surat Al-Hijr, Ayat 87 :
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al qur'an yang agung"

Waaahh.... indahnyaaaa, Ilmu Allah ni, kat mana-mana tertera aje tulisan huruf nama Allah tapi tersembunyi kan kalian kan dalam bentuk yang lain? Syukur kerana Allah telah mengurniakan AKAL kepada kita semua. Kalian, kita bertuah kalian. Gunakanlah AKAL kita sebaik yang mungkin. Dunia untuk dunia, akhirat untuk akhirat. Susulan itu aku nak pendekkan artikel ni. Hehehe..., Allah telah mencipta 7 langit yang bertingkat, 7 bumi yang berlapis, 7 lautan, 7 tingkatan neraka, 7 tingkatan syurga, 7 hari dalam seminggu, 7 ayat yang dibaca berulang-ulang itu adalah Surat Al-Faatihah yang dibaca dalam solat harian kita dan sebagainya yang banyak lagi dengan kaitannya dengan angka 7 ini.
     Dan lagi mungkin jugalah, kenapa elektronik begitu penting dalam kehidupan kita seharian. Dimana-mana ada peralatan elektronik baik di dalam masjid, surau, bilik kuliah, di depan kalian dan di mana-mana sajalah. Rupa-rupanya ada yang tersirat iaitu jelmaan tulisan huruf nama Allah. Yang ada dalam penggunaan kehidupan kita seharian yang telah banyak membawa kebaikkan kepada kita tanpa kita sedari. Misalnya blog ini juga merupakan salah satu cabang elektronik, tiada elektronik tiadalah komputer. Ramai Umat Manusia yang telah menggunakan kemudahan elektronik dan komputer untuk menyampaikan buah fikiran mereka tidak kiralah apa jua pangkat sekalipun, apa jua panggilan sekalipun, apa jua pekerjaan sekalipun. Elektroniklah yang telah membolehkan apa yang aku ingin sampaikan pada hati yang membaca disamping keizinan Allah terhadap diriku. Lihat dan saksikanlah KEHEBATAN ALLAH, TUHAN KITA. Lihatlah !!!
     Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Umat Yahudi kerana telah mengwujudkan ciptaan yang bakal binasa ini. Samada mereka sedari atau sebaliknya aku pun tidak pasti. Selicik-licik tipu daya mereka terhadap Umat Manusia Islam, Allah lagi hebat. Lihat saja disebalik digit 0111~ALLAH ('~' bukan bermaksud menyamai ALLAH) ini yang penuh dengan maklumat tersirat yang mana pabila kalian melihat sudah pasti kalian teringat kepada Allah @ ter'sebut' nama Allah dan dapat menerangkan kpd yg memerlukan penerangan. Harap begitulah.
     Akhir kata, maafkan aku andainya terlahir kata-kata dari hatiku melalui jari-jemariku yang menyentuh hati kalian semua. Dan masih ada satu lagi yang ingin kusampaikan dari jelmaan tulisan huruf nama Allah ini iaitu dalam artikel yang seterusnya sekiranya diizinkan oleh Allah dan sekiranya aku masih bernafas lagi.

Nukilan : Kun Musafir Maya 

Saturday, February 6, 2010

Digit 0 & 1 menulis nama Allah


Assalamualaikum...

     Wahai hamba Allah yang sentiasa ingin mengetahui kehebatan ALLAH dan mengenal ALLAH. Sebenarnya artikel ini adalah sambungan dari perjalanan '911 jelmaan nama Allah ?' dan mari ikut aku meneruskan perjalanan ini hingga ke akhirnya kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan pada kalian, itupun kalau aku masih hidup lagi.
     Aku masih bernafas lagi. Alhamdullillah. Masih disempatkan oleh-Nya untuk aku menukang kata² di blog ini. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Cuba kalian renung kembali, baca kembali ALLAH tadi. Ye.. berhenti pada nama Allah tu. Ok. Renungkan bagaimana kalian dapat membaca nama Allah pada SKRIN komputer di hadapan kalian ? Secara kasar, memang BENAR, jawapan yang tepat adalah kerana nama Allah ditaip pada KEYBOARD dan dipaparkan pada SKRIN tapi kalau SKRIN rosak, tak dipaparkan jugak kan ? Persoalannya, Apa yang terjadi DI ANTARA selepas nama Allah yang ditaipkan itu dan sebelum dipaparkan pada SKRIN komputer ? Cuba kalian amati sedalam-dalamnya seolah-olah kalian melihat air sungai sehingga nampak akan dasarnya. Tapi boleh ke nampak dasar sungai tu, kalau sungainye cetek dan airnya jernih, mungkin boleh kot tapi kalau sebaliknya ? Ingat, tiada apa yang mustahil kat atas dunia ini untuk berlaku sesuatu itu, semuanya boleh berlaku atas izin Allah dan dengan kehendak-Nya. Hanya akal yang memikirkan tentang kejadian Allah.

* Huruf A-L-L-A-H tidak wujud dalam CPU *
      Kalian semua, sebelum itu perhatikan 3 perkakasan asas sebuah komputer dalam gambar di atas iaitu KEYBOARD, CPU dan SKRIN. Selepas kalian menaip nama Allah pada KEYBOARD, apa yang kalian taip itu akan di hantar ke CPU terlebih dahulu dan selepas pengesahan CPU, barulah apa yang kalian taip itu dipaparkan pada SKRIN.  Haah ! Macam nie.. Aku lukislah senang. Cuba tgk ilustrasi perbualan antara KEYBOARD, CPU DAN SKRIN kat bawah ni apabila nama Allah hendak ditaip.

Keyboard : "CPU, aku taip 'A-L-L-A-H'"
CPU : "Tunggu !! Biar aku check dulu apa yang keyboard taip. Ooo... 01000001-01001100-01001100-01000001-01001000. Ok. Skrin paparkan apa yang keyboard taip".
Skrin : "Baik CPU, aku papar huruf 'A-L-L-A-H'".

Jika kalian taip A-L-L-A-H kat KEYBOARD tu, kat SKRIN akan terpapar nama ALLAH kan? Tgk bahagian CPU. Dalam CPU tu terdapat hati komputer iaitu Mikroprossesor (Microprocessor is the HEART of CPU - Electronic Engineering). Sekali lagi aku ulangi pertanyaan ini; Tahukah kalian semua bahawa apa yang berlaku dalam CPU selepas kalian menaip nama ALLAH itu dan sebelum nama ALLAH dipaparkan pada SKRIN? Memaaang, bila kalian taip, terus terpapar kat SKRIN akan perkataan nama ALLAH tu tapi antara MENAIP nama ALLAH dan MEMAPARKAN nama ALLAH pada SKRIN tu, apakah yang berlaku di dalam CPU ? Kalian, sebenarnya, CPU tidak mengenali apa itu A, apa itu L dan apa itu H. Yang WUJUD dalam CPU itu hanyalah angka² atau digit² 0 dan 1 iaitu CPU tidak kenal A tetapi CPU kenal A sebagai 01000001, CPU tidak kenal L, tetapi CPU kenal  L sebagai 01001100 dan CPU juga tidak kenal H, tetapi CPU kenal H sebagai 01001000. Bagaimana ? Mari ikut aku.

* 0100000101001100010011000100000101001000 *

Hhmm.. begini, katakan kalian menekan kekunci A pada KEYBOARD, CPU (hati komputer) akan membaca apa yg kalian tekan iaitu A sebagai 01000001 (sekiranya semua peranti komputer berfungsi dengan baik lah). Digit² '01000001' ini akan dihantar kepada SKRIN. Dan SKRIN akan menerima digit² '01000001' ini dan memaparkan kepada kalian huruf A, maka barulah kalian boleh membaca apa yg kalian taipkan melalui KEYBOARD komputer. Kalian tak nampak digit² 01000001, maksud aku jika kalian taip 'A' tak akan keluar 01000001 kat SKRIN. Tidak kalian, tidak kecuali ada software tertentu. Itulah prosesnya sebelum kalian membaca nama ALLAH pada SKRIN komputer. Maka, persoalannya, di manakah huruf A di dalam CPU ??? Wujudkah huruf A ? Huruf A itu sedikitpun tidak wujud kalian di dalam CPU, yg wujud hanyalah rentetan digit 0 dan 1 iaitu 01000001 yg mewakili huruf A. Digit² 0 dan 1 itulah yang memfungsikan komputer sebagai mana yg kita gunakan sekarang ini. Lihat ilustrasi di sebelah kiri atas ni, yg aku sediakan utk kalian. Secara ringkasnya macam tu lah ye.
     Jadi, CPU tidak mengenali huruf A sebenarnya tetapi CPU hanya mengenali A sebagai 01000001 atau dalam bahasa kejuruteraan elektronik digit 0 dan 1 itu dikenali sebagai Binari Digit. Susunan angka² itulah (01000001) yang mewakilkan diri mereka sebagai A. Jadi pendek kata, panjang duduk diam sahaja, bahawa CPU hanya mengenali digit 0 dan 1 dan bukannya abjad. Dan di dalam CPU sebenarnya hanya DIGIT 0 dan 1 lah yg WUJUD pada secara dasarnya untuk apa jenis taipan bahasa sekalipun, untuk apa jenis programme sekalipun. Yg lain tu hanyalah jelmaan dari rentetan digit² 0 dan 1. Lihat gambar biru tu. Itulah yang berlaku di dalam CPU, penuh, padat dan teratur dengan tarian digit 0 dan 1 tetapi ianya TIDAK DAPAT DILIHAT dengan mata kasar. Tapi nampak ke huruf A, B, C dan seterusnya ? Tidakkan ? Alahai... kira macam Alam Ghaib jugaklah. Hehehe...
     Kalau aku menaip perkataan A-L-L-A-H komputer akan baca sebagai 01000001 - 01001100 - 01001100 - 01000001 - 01001000. Satu rentetan angka 0 dan 1 yang panjang atau ;

ALLAH ~ 0100000101001100010011000100000101001000


      Aku faham ini pun pasal aku dalam bidang elektronik. Cukuplah 8 tahun aku melibatkan diri aku dalam bidang kejuruteraan elektronik. Tapi ingat, komputer tidak sama dengan mesin taip @ typewriter. Typewriter, taip dan terus nampak pada kertas. Macam kita menulis atas kertaslah guna pen. Tapi komputer, selepas kita taip, perkataan yg kita taip tu masih nampak pada skrin (masih sementara), bila dah dicetak baru nampak di atas kertas. Baru nampak macam ditulis, baru KEKAL di atas kertas, KEKAL sahaja tapi tak ABADI ye..
     Maka dgn itu, CPU tidak mengenali perkataan huruf nama ALLAH tapi mengenali digit² 0 dan 1 seperti mana yg telah aku tunjukkan kat atas tadi tu. Aku pun tak pasti sebab pengetahuan aku terhad. Apa sahaja yg ditaip atas KEYBOARD, yg WUJUD dalam CPU hanyalah digit² 0 dan 1. Apakah dengan hanya penggunaan digit² 0 dan 1 ini telah ditentukan Allah ? Apakah dgn hanya kewujudan digit² 0 dan 1 sahaja dalam CPU adalah juga dari ketentuan Allah ke atas manusia yang dipilih sebelum ini ? Kalau ya, rahsia apakah yg terdapat atau wujud dalam digit² 0 dan 1 ini ??? Kerana disebalik kejadian yang Allah jadikan itu ada rahsianya sebab itu diberikan akal kepada kita, untuk berfikir, untuk membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk secara khususnya.

* Kaitan Huraian Di Atas dgn Sejarah Dulu-Dulu *
     Apa yg aku cuba sampaikan ini sebenarnya adalah dasar fikiranku mengenai sejarah orang dulu². Aku kaitkan, apa yg berlaku di dalam CPU adalah jelmaan dari kisah perbuatan orang zaman dahulu kala yg menukarkan ayat² Suci Al-Qur'an dengan nombor² tertentu untuk tujuan tertentu dan juga Umat Manusia zaman sekarang menamakannya sebagai MATEMATIK AL-QUR'AN. Sesebuah tamadun akan berubah dari masa ke semasa.
     Misalnya ayat Bismillahirrohmaanirrohim telah digantikan dengan nombor 786. Bagaimana itu terjadi ? Bagi aku secara peribadi, ada tujuan disebaliknya yg berlaku tapi apakah kejadian itu juga ketentuan Allah swt ? Bagi aku apa yg terjadi adalah ketentuan Allah swt yang menyuruh kita terus berfikir tentang kehebatan-Nya. Bagi Umat Manusia yang tahu dan yakin dengan Ilmu yg dimilikinya kerana setiap Ilmu itu datang dari Allah swt, apabila mereka melihat ayat 'Bacalah 786' sudah tentu mereka tidak akan membaca secara sebutan ''tujuh lapan enam... tujuh lapan enam... tujuh lapan enam...'' tetapi sebaliknya terus membaca 'Bismillahirrohmaanirrohim.. Bismillahirrohmaanirrohim.. Bismillahirrohmaanirrohim'.
     Itu bagi yang tahu, bagi yang tak tahu, mati mati pergi baca 786 tu. Ada maksud ke 786 tu ? Mana ada maksudnya. Maksud yang ada hanyalah pada bacaan 'Bismillahirrohmaanirrohim' yang bermaksud 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang' dan bukannya pada bacaan 786. 786 hanyalah nombor semata-mata. Bila sebut '786' ianya tidak membawa maksud apa-apa pun secara KEHAKIKATAN AYAT itu, yang hanya keluar dari mulut secara lisan adalah HANYA TUJUH, LAPAN ENAM atau dalam Bahasa yang lebih tinggi sikit, TIDAK ADA BUAH AMALAN DALAM BACAAN 786. TETAPI bagi yang tahu, bila mereka tengok 'Bacalah 786', sudah tentu mereka akan baca 'Bismillahirrohmaanirrohim'. Baca 'Bismillahirrohmaanirrohim' barulah ada maksudnya. Haa.. begitulah. Oleh kerana tentang 786 ini dilahirkan oleh Umat Manusia yg ingin melahirkan tentangnya, maka terbawa-bawalah ia hingga ke zaman sekarang nie dan bermacam gaya rupa bentuk kepercayaan yg lahir darinya. Wollohua'lam. Apapun, kita yakin dgn Allah.
     Itu berlaku secara penggantian dengan tulisan tangan pada zaman dahulu kala tapi yang aku terangkan ini adalah melalui sistem komputer yang diciptakan oleh Umat Manusia yang nak tak nak hanya angka² 0 dan 1 yang wujud dalam CPU untuk apa perkara sekalipun, game, movie, tulis², kira² semuanya berdasarkan digit² 0 dan 1 ini. Jikalau aku nak gantikan perkataan huruf nama ALLAH melalui tulisan tangan dengan nombor, ianya menjadi 66. Bagi aku lebih baik kalian tampal nombor² ni pada kereta daripada kalian tampal kalimah² pada kereta. Sebab APA TUJUAN NAMA ALLAH ITU DITAMPAL PADA KERETA ? APA TUJUAN ? Cuba katakan. Tapi itu masing² punya niatlah. Kembali, ALLAH ~ 66 itu adalah dari tulisan tangan, tetapi apabila ditaip pada KEYBOARD, tekan A, tekan L, tekan L, tekan A dan tekan H, CPU akan baca apa yg ditekan tadi iaitu huruf² perkataan ALLAH sebagai 0100000101001100010011000100000101001000. CPU tak baca huruf² perkataan ALLAH sebagai ALLAH.

* Kenapa Orang Zaman Dulu Guna 786 ? *
     Nah.. Oh ya satu lagi, mengenai nombor 786 tu, orang² zaman nabi dulu tak adalah nak tulis 786 tu tapi 786 tu ditulis dalam bentuk nombor ARABlah. Ya habibi Ya habibi Ya Maulana.. :), Mungkin mereka takut untuk menulis kalimah Bismillahirrohmaanirrohim tu pada pintu rumah mereka dan mereka gantikan dengan nombor 786 tu tadi dan apabila mereka tgk 786 tu mereka terus baca Bismillahirrohmaanirrohim sebelum masuk ke dalam  rumah mereka untuk keselamatan sebab pada masa itu musuh Islam ramai. Kalau mereka letak kalimah Bismillahirrohmaanirrohim atas pintu rumah mereka mungkin mereka dibunuh oleh Umat Yahudi kerana Umat Yahudi tahu bahawa di dalam rumah itu ada orang yang menganut Agama Islam. Begitulah secara kaitannya. Dan nak menulis 786 yg ber'isi' ini, bukan main tulis sesuka hati macam tu je. Ada aturan² dia. Macam orang nak buat kontrak lah. Lebih kurang macam tulah. Aku pun tak tahu sgt yg lebih mengetahui Allah SWT.
      Jangan terus menghukum sesuatu itu, kita kena tgk pada sejarah, kita kena kaji dulu, bila kaji, kena sabar, bila sabar kena banyak minta tolong pada ALLAH supaya sabar itu ada kemenangan pada kita dan ALLAH itu MAHA PENGHUKUM atas setiap HUKUMAN yang kita HUKUMKAN atas sesuatu itu. Orang sekarang je guna nombor² ciptaan Umat Yahudi nie pamer kat kedai² iaitu 786. Nombor² bagi Umat Manusia Melayu yang sebenarnya adalah dalam bentuk tulisan ARAB tapi sekarang dah takde guna lagi dah. Banyak rahsia di sebalik huruf ARAB / JAWI nie. Macamana nak tahu ? Buatlah Solat Tahajjud. Habis macamana nak faham ini semua ? Hhmm... Sebab tu orang kata, jangan lupa pada SEJARAH yang mengajar kita semua. Berterima kasihlah pada orang-orang dulu.. Ilmu ada pada orang² dulu, carilah selagi mereka belum pulang ke tempat asalnya (MATI)... :), tetapi Ulamak telah mengharamkan kepercayaan kepada angka 786 ini.

* Kesudahannya ? *
    Jadi, apa kesudahannya dengan A L L A H ~ 01000001 01001100 01001100 01000001 01001000 itu ? Ok, kalian, di sini aku hanya untuk menampakkan pada kalian bahawa huruf-huruf yang membentuk perkataan ALLAH TIDAK WUJUD DI DALAM CPU. YANG WUJUD HANYALAH DIGIT² 0 DAN 1. Jadi, digit² 0 dan 1 inilah yg menulis huruf nama Allah. Sekarang selepas membaca artikel ini, pasti kalian sentiasa teringat-ingat akan digit² 0 dan 1 ini kan ? Di sini, secara ringkasnya boleh aku katakan bahawa perkataan ALLAH ditulis oleh digit² 0 dan 1 di dalam sistem komputer yg kalian sedang gunakan sekarang dan dalam artikel yg seterusnya akan aku katakan bahawa nama ALLAH WUJUD DALAM DIGIT² 0 DAN 1 YANG TELAH MEMBAWA SELURUH KEBAIKAN DAN KEMUDAHAN SERTA KECEPATAN KEPADA UMAT MANUSIA DALAM PENULISAN MEREKA SEHARIAN bagi yang berfikir.
     Akhir kata, maafkan aku andai ada susunan perkataan yang mampu membingungkan kalian semua. Akan kucuba huraikan satu persatu dari pengalaman perjalananku mencari Allah dan aku akan terus mencari-Nya, mencari kehebatan di sebalik kewujudan apa yang aku telah lihat. Apa maksud MENCARI itu kalian fikirkanlah ye... Setahu-tahu aku pun, yang Maha Mengetahui adalah ALLAH SWT. Kita jumpa seterusnya dalam ARTIKEL :  'Disebalik Digit 0111' nanti.. :), juga ada kaitannya dengan digit 0 dan 1 nie.

Nukilan : Kun Musafir Maya    

Wednesday, February 3, 2010

911 jelmaan nama Allah ?

Assalamualaikum... Wahai jasad yang meminta tolong kepada Allah swt...

     Aku masih mampu menaip, yang masih diizinkan oleh Allah untuk menaip. Tapi untuk blog yang ini aku tak huraikan panjang sangat, cukuplah sekadar untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan sebelum ini pun sudah ada yang membicarakan apa yang aku nak taip ni, tapi itu mereka, aku dengan cara aku sendiri yang diizinkan oleh Allah (sangka baik kepada Allah). Yakin bahawa Allah sentiasa menolong hamba-Nya samada pertolongan itu secara tidak sedar atau tidak sahaja. Walaupun sahabat aku yang menolong aku sekalipun, tetap aku ingat bahawa pertolongan itu datang dari Allah jua kerana aku ini tiada daya upaya untuk melakukan segalanya. Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku dapat menyiapkan kerja-kerja aku seharian.
     Aku tak nak taip panjang-panjang nie. Hehehe... Banyak rancangan televisyen yang menunjukkan sikap tolong menolong antara pelakon sendiri. Ada yang berlakon dan ada yang ditayangkan yang nyata berlaku. Apapun, pertolongan yang paling BESAR adalah dari ALLAH swt. Kalian semua akan menjadi saksi sebentar lagi dengan hati kalian yang membaca Firman Allah dalam Surat Al-Faatihaah, ayat 5 :

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
 
     Pernahkah kalian tengok atau dengar tentang Rancangan RESCUE 911 di negara Barat? Aku ni jenis yang anti Yahudi, apa yang diorang buat aku akan fikir. Dan aku juga tahu, mungkin juga kalian juga tahu yang bahawasanya Umat Yahudi tahu kewujudan Allah tapi mereka TETAP tidak mahu mengaku yang Allah itu adalah Tuhan Yang Berhak Disembah. Dan apa yang aku nak terangkan kat sini hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Aku hanya mengkaitkan sahaja. Ok. RESCUE 911. Di dalam perkataan RESCUE itu terselindung perkataan SECURE dan juga perkataan 'ESC' yang membawa maksud ESCAPE. Cuba tengok kat keybord komputer/laktop kalian. Hujung atas belah kiri. Apa maksud ESCAPE ek ? Betul ke kalau aku taip 'membebaskan dari kesusahan' yang aku kaitkan dengan RESCUE nie ?
     Hehehe.. Aku kurang sikit pandainye dalam English nie, faham sikit-sikit je. Ok, kembali kepada RESCUE 911 tadi. Jadi RESCUE bermaksud "pertolongan, penyelamatan, membebaskan, menyelamatkan" dan SECURE pula bermaksud "aman, sejahtera, selamat". Cuba lihat sekejap cara aku baca ayat nie yang akan menampakkan sesuatu. Begini;

RESCUE 911 is SECURE. 

Baca semula ayat di atas dari kanan ke kiri :
SECURE is RESCUE 911.

Baca lagi ayat di atas dari kanan ke kiri :
911 RESCUE  is SECURE. 

     Nampak macam ada sesuatu di dalam ayat itu kan ? Siapakah 911 itu ? Hhmm.. tapi kenapa mereka menggunakan nombor 911? Mengapa mereka tidak menggunakan nombor 999 macam kat Malaysia nie? Rancangan TV gak kan? Yang menunjukkan polis menyelamatkan keamanan dari terus diceroboh oleh anasir-anasir yang kurang sihat dan kurang khasiatnya untuk akhirat. Bila keamanan ada, banyak perkara² yg bermanfaat dpt dilaksanakan dgn izin Allah jua. Mari kita lihat dari mana datangnya nombor 911 itu dan bagaimana ianya muncul dalam perkataan RESCUE 911. Rancangan yang dipelopori oleh masyarakat barat nie.
     Cuba lihat gambar di sebelah tu. Nama ALLAH yang ditulis dalam tulisan Jawi dari kanan ke kiri, ALIF, LAM, LAM, HAA. Lihat bagaimana licik dan halusnya pemikiran Umat Yahudi nie. Mereka nak guna nama Allah, mereka takut Umat Islam memberontak. Lihat sahaja ketika isu Kartun Nabi Muhammad SAW dulu, satu dunia marah. Tahu takut. Tapi bagus jugak Umat Yahudi nie, menyatukan hati Umat Manusia Alam dalam menjaga imej Islam. Aku faham sangat pemikiran Umat Yahudi nie. Dia asyik kalah je dalam peperangan, jadi nak tak nak terpaksa cari jalan lain untuk terus menyerang Umat Manusia Islam secara serangan minda melalui akal pemikiran mereka yang licik dan yang begitu halus itu. Ok. Lihat 4 anak panah merah itu dan perhatikan perbezaan di dalam kawasan berbulatan garisan kuning itu.
      Dari nama Allah yang ditulis dalam tulisan Jawi, mereka pisahkan antara huruf Jawi itu satu demi satu dan akhirnya terbentuklah, 9_1_1, mereka upgrade sikit, jadi 9-1-1, dari segi penglihatan mata memang tak cantiklah, jadi mereka tukar lagi akhirnya wujudlah 911 ! Jadi 911 itu adalah jelmaan dari nama ALLAH. Apakah ini juga ketentuan Allah ? Wollohu a'lam.
     Maka aku kembali kepada ayat 911 RESCUE  is SECURE, tadi. Aku terjemahkah dalam Bahasa Umat Manusia Melayu yang membawa maksud kepada > 911 PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN. Naahh.. kalian lihatlah sendiri cara mereka menyembunyikan sesuatu itu !! Lihatlah !! Bukankah rancangan RESCUE 911 itu sendiri menjuruskan kepada perkhidmatan pertolongan ? Yang menunjukkan mereka itu adalah penolong kepada orang-orang yang sedang dalam kesusahan ? Rancangan RESCUE 911 bukannya satu rancangan yang tidak elok, ianya adalah rancangan yang menunjukkan satu sikap iaitu SIKAP TOLONG. Jadi, secara terkaitnya, begitulah. Bukankah Allah adalah PENOLONG kita semua ?? Tadi telah aku katakan bahawa nombor 911 ini adalah jelmaan dari nama Allah yang telah dijelmakan oleh Umat Yahudi dan sekarang aku gantikan 911 itu. Lihat 911 ~ ALLAH.

ALLAH PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN atau diEnglishkan ;



 ALLAH RESCUE IS SECURE !

     Nah..!! Apalagi yang mahu dikatakan ?! Kembali kepada tafsir surat Al- Faatihaah tadi, ayat 5 tu, bukankah Allah menyuruh kita meminta tolong kepada-Nya ? 
     Itulah.. Ok, itu salah satu daripada jelmaan nama Allah yang dijelmakan oleh Umat Yahudi dalam bentuk nombor yang nyata dapat dilihat oleh mata kalian sendiri. Ada lagi yang lebih tersirat, lebih hebat daripada 911 ini yang telah dijelmakan oleh mereka dalam bentuk yang lain. Aku akan publishkan dalam masa terdekat ini kerana aku rasa ianya amat menarik.
     Akhir kata dari aku, mintalah tolong kepada Allah swt, jikalau kalian berada dalam kesusahan dan serulah gelaran Allah iaitu Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff jikalau kita ingin memahami sesuatu perkara yang sulit. Insyaallah dengan izin-Nya kita dapat memahami sesuatu yang sulit itu dengan mudah dan tenang. Maafkan aku kalian semua, andai ada salah tatabahasa dalam perjalanan jari jemariku ini. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian semua.

Nukilan : Kun Musafir Maya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar