Sunday, January 1, 2017

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 17: DIAlah AHAD (Part AKHIR)

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 17 : Dia-lah AHAD

DENGAN NAMA MU (BISMILLAH), tertulislah...
       Jauhnya (lamanya) perjalanan belum tentu akan menemukan kamu dengan sesuatu yg diinginkan kerana takdir telah ditetapkan dan ditentukan sejak azali lagi (kehendak Allah) ke atas diri kamu walaupun kamu berusaha sehabis daya dan upaya. Pernahkah kamu bertanya kepada diri kamu? Kenapa kamu masih gagal setelah kamu berusaha? Ya... itulah TAKDIRmu. Maka, percaya dan yakinlah, itulah TAKDIRmu. Namun, dalam setiap perjalanan ada pengajarannya, ada pengalamanya, ada sesuatu yg tidak kamu inginkan tetapi itulah yg harus difahami, itulah yg dikehendaki Allah berlaku ke atas diri kamu. Untuk apa? Untuk diambil pengajaran yg ada di dalamnya. Itu juga adalah REZEKI. Rezeki untuk menjadikan kamu seorang diri yang mengerti. Hakikat sebuah perjalanan (kehidupan) adalah hanya untuk KEMBALI KEPADA ALLAH. Tetapi bilakah saat pengertian tentang hakikat itu akan tiba di hadapan pintu kehidupanmu? Apakah ianya telah menanti sekian lama di hadapan pintu kehidupanmu cuma kamu sahaja yg tidak menyedarinya? Menunggu pintu hati di buka? Sudahkah diri bersedia untuk dikembalikan kepada Allah? Bagaimana? Lihatlah air yang mengalir ke dalam lubang seperti gambar


Ke manakah air itu kembali? Bagaimana pula dengan pernyataan 'SEMUANYA AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH'? Semuanya.... Semuanya....

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 16...

Ouh tuhanku…
Izinkanlah aku berjalan lagi…
Untuk terus mencari...
Apa yg ada di dalam kehidupan ini...
Agar diri ini...
Lebih mengerti dan memahami...
Apa sebenarnya yg telah terjadi...
Di alam diri ini...

Apakah kisah yg seterusnya dalam perjalanan menuju Jalan Mim ini?

- bersambung...


60. Azan Membawa Sy Kepada 'Qul Huwa Allah Hu AHAD'
       Mencari. Itulah yang pasti berlaku di dalam sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dicari? Jawapannya ada pada pengalaman yg dilalui oleh masing². Banyak yg dicari. Dengarkanlah perbualan manusia, apa yg mereka cari? Ada yg mencari pekerjaan, mencari maklumat, rezeki dan sebagainya lagi. Terkadang, manusia disuruh / diarahkan / diperintahkan untuk mencari. Cari itu, cari ini, namun, apakah yang sebenarnya yg perlu dicari?
       Setelah aku mendengar Azan melaungkan  ‘Allah Hu Akbar’, aku mencari maknanya dan di dalam bahasaku, maknanya ‘Allah Maha Besar’. Lalu ku berkata kepada diriku, Apakah Allah ini? Siapakah Allah ini? Aku tidak tahu. Aku ingin tahu, ingin kenal. Aku cari maklumat / pengetahuan tentang Allah Maha Besar. Terdengar suara berkata, 'CARIlah...'. Aku bertanya, 'Apa yg hendak diCARI?' Suara berkata, CARIlah, Allahmu, Rabbmu, Ilahimu.

CARI - Carilah Allahmu, Rahsiamu(di dalam hatimu), Imanmu 

Lalu ku berjalan, mencari apa yang perlu dicari. Perjalanan ini terasa sungguh panjang. Namun setelah melaluinya, ianya terasa seperti sekejap sahaja melaluinya kerana ianya dekat di hati. Agaknya inilah yang dikatakan ‘Dunia ini hanya sementara sahaja’.

'Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui" '
[S23:A114]

Pelbagai maklumat / pengetahuan telah ditemui di dunia ini. Apakah perkara sebenar yg perlu diketahui? Ada yg masih diingati, ada yg telah dilupai. Tetapi kuasa siapa yg mengingatkan, yg melupakan?

Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya. Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
[S2:A106]

Perjalanan yg lalu telah membawaku kepada maklumat tentang Allah Maha BESAR, Allah Maha KUASA, Allah Maha ASA, Allah Maha Tunggal dan seterusnya pula tentang Allah Maha ESA (sehingga perjalanan setakat ini). Setelah ku amati, perkara sebenar yg perlu ku ketahui adalah tentang Allah kerana telah diberitahu kepadaku bahawa aku akan kembali kepada Allah. Bagaimana? Aku tidak pasti akhirnya nanti.

"Allah mengazab siapa yang dikehendakiNya dan memberi rahmat kepada siapa yang dikehendakiNya, dan hanya kepadaNya lah kamu akan dikembalikan".
[S29:A21]

      Dahulunya, kitab Al Qur An tidaklah kubaca dikeranakan aku sendiri pun tidak tahu kerana apa. Malas? Tidak faham bahasa Arab? Aku sendiri tidak tahu. Kenapa aku baca? Aku sendiripun tidak tahu. Apabila aku mula baca terjemahannya, rupanya terlalu banyak maklumat yang ada di dalamnya. Bila dibaca, dapatlah sedikit maklumat tentang apa yg perlu dibuat. Juga, telah ku temui ayat "Allah Hu AHAD (Bahasa Arab), Allah, Dia-lah Maha ESA (Bahasa Melayu) dalam Surat Al Ikhlas (Al Qur An). Bolehlah, aku katakan bahawa Azan telah membawaku kepada ayat ‘Qul Huwallah Hu Ahad’ kerana dari mendengar Azanlah, perjalananku ini bermula.

AHAD (B.Arab) = ESA (B.Melayu).
 
ESA = "Engkau-lah Sesungguhnya Allah"
ESA = "Engkau-lah Satu-satunya (tunggal) Allah"
ESA = "Engkau-lah Sebenarnya Allah"

AHAD?

61. Kesendirian Menghayati
      Satu ketika dahulunya, telah aku larikan diri ini dari urusan dunia. Duduk di dalam lingkaran kesendirian dan diselubungi oleh kesepian, ditemani pula oleh kesunyian. Lalu ketakutan, kerisauan, kebimbangan sering mengancam. Terputus hubunganku dengan dunia ini. Dikala itu, terdengar suara berkata, 'dalam kesendirian kamu ini, kamu fikirlah tentang KE-BESAR-AN ALLAHKE-KUASA-AN ALLAHKE-ASA-AN ALLAHKE-TUNGGAL-AN ALLAH dan KE-ESA-AN ALLAH'. Setelah sekian lama ku berfikir, suara datang kembali dan bertanya, 'Setelah kamu berfikir, siapakah yang paling hampir dengan diri kamu sekarang ini?'

"dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan MENGETAHUI APA YANG DIBISIKKAN OLEH HATINYA, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
[S50:A16]

      Setelah berfikir, datanglah rasa² yang menguasai jiwaku. Setelah rasa² menguasai jiwaku, hati mula berbisik dan diri ini mula mengetahui bahawa Allah mengetahui apa yg kubisikkan. Lalu aku berbisik, "Hanya Engkau ya Allah, Engkaulah, tiada lagi yg lain seperti Engkau ya Allah, hanya Engkau ya Allah, yg besar, yg kuasa, yg asa, yg tunggal. Hanya Engkau... Allah... Allah... Allah...". Suasana terus sunyi sepi kerana yg berbicara hanyalah hati.

HATI - Hanya Allah Tahu Isinya 

62. Kisah Bilal bin Rabah menyebut 'AHAD.. AHAD.. AHAD..'
Terjemahan Surat Al-Ikhlas
      Di dunia ini ada banyak kisah yang telah disampaikan. Siapakah yg sebenar yg menyampaikannya? Aku tidaklah tahu, namun kisahnya telah disampaikan oleh orang-orang yang mengetahui dan kisahnya ada untuk dibaca. Antara kisahnya adalah kisah tentang orang² kafir yang menyeksa Bilal bin Rabah agar Bilal meninggalkan agama Islam. Ketika Bilal diseksa, Bilal tiada berhenti menyebut, "AHAD... AHAD... AHAD... (bahasa Arab)". Kenapa Bilal menyebut "AHAD... AHAD... AHAD... (bahasa Arab), ESA... ESA... ESA... (bahasa Melayu) dan tidak menyebut Allah, Allah, Allah? Apapun setelah mengetahui, AHAD pun adalah DIA (Allah) juga. Pemilik nama AHAD, ESA itu adalah tuan yg samaSudah pasti ada sesuatu di dalam kisah itu, yg dapat ku ambil untuk dijadikan pelajaran di dalam kehidupanku ini.

Terbayanglah di hadapanku, maksud di sebalik sebutan AHAD yg Bilal sebutkan.

63. Disebalik Perkataan AHAD
      Ketika Bilal diseksa oleh orang-orang kafir, yg memaksa beliau untuk meninggalkan agama Islam, ketika beliau merasai seksaan itu, beliau menyebut AHAD... AHAD... AHAD. Kenapa Bilal menyebut 'ahad' tidaklah aku ketahui. Apa yg aku perhatikan pada Bilal, ada sebuah kekuatan di dalam dirinya. Kuatnya DIRI (HATI) Bilal. Kuatnya PEGANGAN Bilal. Kuatnya TAUHID Bilal. Hatinya tidak berganjak daripada pegangannya kpd Allah walaupun diseksa oleh orang² kafir untuk meninggalkan agama Islam. Ketika Bilal diseksa untuk meninggalkan agama Islam (keadaan yg dialami oleh Bilal), Bilal hanya menyebut AHAD (ESA).. AHAD (ESA).. AHAD (ESA).  Namun, apakah ianya hanya sekadar sebutan di mulut sahaja? Seperti mana yg ku ketahui bahawa Allah melihat apa yg ada di dalam hati bukannya di mulut.

AHAD (Bahasa Arab) = ESA (Bahasa Melayu)

Ketika Bilal diseksa, Bilal menyebut 'AHAD... AHAD... AHAD'

"AHAD = Allah, Hanya Allah, DIA
(DIA = Dia-Itulah-Allah)"

Sebutan mulut : AHAD
Rasa di hati : Allah, Hanya Allah, DIA

Sebutan mulut : ESA
Rasa di hati :
"Engkau-lah Sesungguhnya Allah"
"Engkau-lah Satu-satunya (tunggal) Allah"
"Engkau-lah Sebenarnya Allah"


Soalan: Dapatkah kamu merasai kesakitan yg Bilal rasai ketika beliau diseksa agar meninggalkan agama Allah (Islam)?
Jawapan: TIDAK. Sebab bukan kamu yang diseksa.

Soalan: Dapatkah kamu merasai kesakitan pada jiwa kamu ketika kamu diseksa oleh godaan dunia, godaan syaitan untuk meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah?
Jawapan: Ada pada diri kamu. Diri sendiri tahu jawapannya.

"dan ingatlah akan hamba Kami, Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya; "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan"
[S38:A41]


Suara berkata:
'Apakah kamu sudah dapat merasai / mengerti apa yg ada di sebalik sebutan Bilal itu yakni AHAD (bahasa Arab)? AHAD = Allah, Hanya Allah (tunggal), DIA (Dia-Itulah-Allah). Dalam bahasa Melayu pula ESA, ESA = Engkaulah Satu-satunya (tunggal), AllahKamu sebutlah beserta RASA.... RASA apa? Seperti makanan, jika tiada rasa yg sedap, tiadalah sebutan 'sedap'. Rasailah sendiri kata² "ESA = Engkaulah Sesungguhnya, Allah" atau AHAD = Allah, Hanya Allah (tunggal), DIA (Dia-Itulah-Allah). Bagaimana nak rasa? Semoga Allah memberikan rasa² itu kepada kamu'.

Itulah yg dapat dipelajari di sebalik perkataan AHAD.

62. Pengajaran Dari Kisah Bilal bin Rabah
      Kamu amatilah kisah Bilal dan lihatlah di dalam kisah itu, walaupun Bilal diseksa oleh orang² kafir agar meninggalkan agama Islam, Bilal (hatinya) tetap kuat berpegang teguh kepada Allah. Buktinya, Bilal tetap menyebut "Ahad.. Ahad.. Ahad.." ketika diseksa. Begitulah, kuatnya cubaan dan ujian yg dihadapi oleh Bilal, Bilal tetap mengESAkan (mentauhidkan) Allah (menyebut AHAD... AHAD... AHAD...)Tidak berganjak Bilal dari tauhidnya (pegangannya). Ambillah pelajaran dan katalah kepada diri,

'Kamu hendaklah berpegang teguh kepada Allah walaupun kamu diseksa teruk oleh godaan² dunia, hasutan² syaitan. Janganlah kamu lepaskan pegangan (keyakinan) kamu daripada Allah. Peganglah kuat² sehingga nyawa diambil.


"Walaupun begitu kuatnya cubaan dan ujian yg kamu hadapi di dunia ini, kamu semestinya terus bergantung kuat kepada Allah (berpegang) dan yakinlah kepadaNya"


"AHAD = Allah, Hanya Allah, DIA (Dia-Itulah-Allah)"
"ESA = Engkaulah Satu²-nya (tunggal), Allah"
"ESA = Engkaulah Sesungguhnya Allah"

**Hakikatnya; AHAD pun Allah, ESA pun Allah.

Sabda Nabi s.a.w untuk difikirkan maksud tersiratnya;

Nabi s.a.w bersabda “Aku adalah Ahmad tanpa Mim (m)”


      Apakah maksud yg ada di sebalik sabdaan Nabi Muhammad s.a.w itu, "Aku adalah Ahmad tanpa Mim (m)"? Apakah yg ada pada "pandangan" kamu terhadap penyataan "AHMAD tanpa Mim(M) = AHAD"?

Sy perlu meneruskan perjalanan menuju Jalan Mim kerana di hadapan sana ada sesuatu. Semoga dapat berjumpa lagi....

~TAMAT~

ALLAH MAHA BESAR !!!
ALLAH MAHA BESAR !!!

------------------------------
Seterusnya....

- Apakah cerita² yg ada di dalam sebutan Azan yg seterusnya di bawah...?


BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM".. - TAMAT - 


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar