Thursday, March 12, 2015

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 10: Putuskan Harapan Dari Makhluk.

Gantungkan segala harapan kamu yang timbul di hati kamu itu kepada Allah kerana harapan kamu itu sendiri ditimbulkan oleh Allah. Untuk apa ditimbulkan? Hanyasanya untuk menguji diri kamu sahaja yakni kepada siapakah kamu akan gantungkan Harapan kamu itu.

Perjalanan ini sedang menuju ke JALAN MIM. Apakah Jalan MIM yg dimaksudkan?

------------------------------
Seterusnya....
- Perjalanan mencari bukti nyata bahawa Allah itu Maha Asa (HARAPAN)...
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 9... 

DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
      Masa yg diberikan adalah modal untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Dengan masa yg diberikan, banyak perkara yg kita akan buat / mungkin buat.

35. Bukti Nyata Bahawa Allah itu Maha ASA
      Melalui perkataan KUASA, kamu telah mendapat tahu bahawa Allah adalah ASA (HARAPAN). HARAPAN adalah Allah Yang Maha Berkuasa Memberi dan Yang Maha Berkuasa untuk memenuhi Harapan kamu. HARAPAN (ASA) adalah Allah (Yang Maha Kuasa) yang berkuasa untuk memenuhi Harapan kamu (yakni keinginan, kehendak, kemahuan dan hajat kamu mengikut kehendak Allah). Benarkah HARAPAN (ASA) itu adalah Allah juga?
      Dalam perjalanan ini, dalam pencarian saya ini, saya menemui terjemahan Surah Al-Ikhlas yg menyatakan bahawa ALLAH ITU ADALAH MAHA ASA (HARAPAN). Kerana ianya nyata di hadapan saya, saya katakan ianya adalah bukti yang nyata dari segi pemberitahuan bahawa Allah itu Maha ASA. Dari segi RASA, diri masing² akan merasainya samada Allah itu adalah Maha ASA atau sebaliknya. Cuba lihat terjemahan Surah Al Ikhlas (tahun 1971) yang saya temui.

Terjemahan (tahun 1971): "Katakanlah bahawasanya Allah itu adalah Maha ASA. Allah tempat memohon, tidak Ia beranak dan tidak juga Ia diperanakkan. Sesungguhnya tidaklah ada tara bandingannya satu apapun"
      Jelas, telah diberitahu melalui Surah Al Ikhlas bahawa "Allah itu adalah Maha Asa. Allah tempat memohon". Kini kamu telah mengetahui bahawa ALLAH TEMPAT MEMOHON. Bila dikatakan "Allah tempat memohon" maka Allah-lah tempat untuk kamu memohon, Allah-lah tempat untuk kamu menggantungkan Harapan kamu. Allah-lah yg memenuhi Harapan kamu mengikut kehendak Allah kerana Allah telah beritahu bahawa Allah-lah HARAPAN. Kamu katalah begini, 'Allah Harapan saya... Ya Allah, Engkaulah Harapan saya... kerana saya telah mengetahui bahawa Engkau-lah Yang Maha KUASA juga adalah ASA (HARAPAN) yg dapat memenuhi Harapan saya mengikut kehendak Engkau ya Allah'.
      Di dunia ini banyak urusan yg perlu kamu selesaikan dan kerjakan. Setelah selesai segala urusan yg kamu kerjakan, hendaklah kamu menggantungkan Harapan kamu (Harapan-ku) kepada Allah dan bukannya kepada makhluk kerana makhluk tiada kuasa apapun. Telah diberitahu di dalam Al Qur'an; 

Maka, apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh² (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu BERHARAP. [S94:A7-8]


HANYA ALLAH YANG MAHA KUASA DAPAT MEMENUHI HARAPAN KAMU KERANA ALLAH-LAH MAHA ASA(HARAPAN). ALLAH-LAH TEMPAT MEMOHON. ALLAH-LAH TEMPAT MENGGANTUNGKAN HARAPAN (PERMOHONAN) KAMU.

Namun begitu, kamu tidaklah boleh berharap sahaja semata-mata tanpa berbuat apa² (tanpa ada usaha). Kamu perlu kerjakan sesuatu urusan itu dengan sungguh² dan gantungkanlah Harapan kamu kepada Allah agar Harapan kamu terpenuhi.

Maka, apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh² (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu BERHARAP. [S94:A7-8]

36. Ayat² Al Qur an tentang ASA (HARAPAN)
      Telahpun kamu mengetahui tentang ASA, yakni tentang HARAPAN (ASA) (berhuruf besar) dan Harapan kamu (Asa). Melalui teks Al Qur an, Allah beritahu bahawa "Tidak ada orang yg berputus ASA dari rahmat Allah kecuali orang² yg sesat".

Ibrahim berkata : "Tidak ada orang yang berputus ASA dari rahmat Tuhannya, kecuali orang² yang sesat". [S15:A56]

      Allah memberitahu bahawa orang² yg berputus Asa (Harapan) dari rahmat Allah adalah orang² yg sesat. Kenapa sesat? Itulah orang² yg TIDAK NAMPAK bahawa Allah-lah HARAPAN. Allah-lah ASA. Maka, janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah kerana hanya Allah Yang Maha KUASA dapat memenuhi Harapan kamu.

      Jika kamu ingat tentang dosa yang telah kamu buat, kemungkinan kamu berputus asa, berputus harapan daripada Allah untuk mendapatkan Rahmat (belas kasihan) daripada Allah. Apabila kamu berputus asa, kamu akan terus menerus melakukan dosa. BERHENTI sekarang dari melakukan dosa lagi !!! Allah Maha ASA (HARAPAN) sentiasa memberi Harapan (Asa) kepada kamu. Allah telah beritahu kepada kamu;
     
Katakanlah: "Hai hamba²-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus ASA dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa² semuanya. Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [S39:A53]

     Benar.. Allah beritahu melalui Al Qur an bahawa orang² yg melampaui batas (buat dosa) hendaklah 'jangan berputus asa dari rahmat Allah untuk mendapatkan keampunan kerana Allah Maha Penyayang' dan diberitahu lagi kepada kamu melalui Al Qur an;

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). [S39:54] 

      Ada sinar baru dalam hidup kamu setelah terbitnya kata² HARAPAN. Kamu perlu kembali (taubat) kepada Allah dan serahlah diri kamu kepada Allah sebelum datangnya azab kepada kamu. Bila azab sudah datang, tiada lagi pertolongan dari Allah terhadap diri kamu kerana peringatan telah diberi.
      Melalui perkataan 'ASA', kamu mendapat tahu bahawa Allah Maha ASA (HARAPAN) yakni hanya Allah yang dapat menunaikan Harapan kamu, hanya Allah yang dapat menunaikan Harapan sekalian manusia. Setelah mengetahui, Allah itu Maha ASA;

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA(HARAPAN) DARI YANG MAHA KUASA KERANA JIKA KAMU BERPUTUS ASA DARI YANG MAHA KUASA ITULAH TANDANYA KAMU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG² YANG SESAT

Ibrahim berkata : "Tidak ada orang yang berputus ASA dari rahmat Tuhannya, kecuali orang² yang sesat". [S15:A56]

Dan kamu juga telah mendapat faham dari kejadian yg telah berlaku ke atas diri kamu bahawa Allah-lah HARAPAN kamu (tempat kamu berharap dan menggantungkan harapan) dan bukannya manusia yang memenuhi harapan kamu walaupun zahirnya kamu nampak seperti manusia yg memenuhi harapan kamu.

ALLAH.
Allah Maha KUASA.
Allah Maha ASA.
Allah Maha HARAPAN.
Allah memberikan Harapan kepada kamu melalui kata²Nya di dalam Al Qur an.
Allah tempat sebenar untuk kamu menggantungkan Harapan kamu kerana sememangnya Harapan akan kembali kepada HARAPAN.

Allah juga telah berwasiat kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Nabi diIsrakkan / diperjalankan, antaranya;

"PUTUSKAN harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada KUASA di tangan mereka"
"PUTUSKAN harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada KUASA di tangan mereka"

Putuskanlah harapan kamu dari semua makhluk. Jangan diharap kepada makhluk (manusia) yang sememangnya pada tangan² mereka, tidak ada kuasa sedikitpun....

Sebaliknya, berharaplah kepada Allah Yang Maha Kuasa. Pemilik Kuasa yang tunggal.

------------------------------
Seterusnya....
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...


Kisah Rekayasa :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar