Seterusnya....
- Apakah cerita seterusnya di sebalik ALLAH-lah HARAPAN?
- Mencari pengertian harapan dan bukti Allah Maha Asa...
- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?
... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 8...
DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
Dalam perjalanan hidup ini, saya telah mendapat mesej dari perkataan 'KUASA'. Mesej tersebut telah memberitahu kepada saya bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN). Seterusnya, saya mencari apa pula pengetahuan yang ada di dalam perkataan "Harapan". Semoga di dalamnya ada mutiara untuk diri saya. Apa yg ditulis hanyalah untuk catatan peribadi dan dikongsi dan bukanlah diminta untuk diikuti. Sesungguhnya, Allah s.w.t lah yg menguasai dan memiliki diri manusia itu. Semoga Allah memberi kefahaman atas apa yg dibaca. Mohonlah perlindungan kepada Allah atas sebelum membaca, mudah-mudahan syaitan tidak meracuni pemikiran kalian semua. Ameen.
Sy gunakan HARAPAN apabila merujuk kepada Allah.
Sy gunakan Harapan apabila merujuk kepada Manusia.
Sambungan...
30. Kisah Harapan Kamu
Sepanjang perjalanan hidup kamu, mungkin kamu ada mendengar kata² seperti
'Kamulah harapanku...',
'Dialah harapan kita...',
'Harapanku agar....',
'Kamu telah hancurkan harapanku...',
'Terima kasih kerana tunaikan harapan kami',
'Harapan saya agar saya dapat rezeki yg banyak hari ini',
'Saya harap awak dapat penuhi harapan saya',
'Ya Allah, Engkaulah harapanku'...?
Barangkali kamu sendiri pun pernah mengucapkan kata² seperti di atas.
Jawapannya ada di dalam Pengalaman hidup kamu.
Dalam pengalaman hidup kamu, kamu telah mengalami satu keadaan di mana kamu pernah menggantungkan harapan kamu kepada manusia. Kamu menggantungkan harapan kamu kepada manusia yg kamu percaya padanya ada 'kuasa kemampuan'. Kemampuan yg dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan. Misalnya, dahulunya kamu gantungkan harapan kamu kepada manusia yg kaya dgn harapan manusia yg kaya dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan. Kamu gantungkan juga harapan kamu kpd manusia yg gagah, manusia yg pandai, manusia yg berkuasa, dgn harapan yg gagah / yg pandai / yg berkuasa dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan dan sebagainya lagi. Begitu juga dgn manusia yg dicintai, dgn harapan manusia yg dicintai itu dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan. Namun, pengalaman telah mengajar kamu bahawa ada harapan yg kamu gantungkan kpd manusia itu, tidak menjadi kenyataan. Harapan kamu tidak menjadi kenyataan. Masih ingatkah kamu? Kenapa kamu gantungkan harapan kamu kepada manusia seperti itu?
Sebabnya, hati kamu percaya (setelah melihat dan mendengar) bahawa manusia yg ada KUASA yakni manusia yg ada 'kuasa kemampuan' (seperti kaya, pandai, bijak, pandai berubat, merawat dan sebagainya), disangka dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan. Namun sekali lagi, pengalaman telah memberikan pengajaran kepada kamu bahawa ada manusia yg kamu harapkan itu tidak dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan walaupun pada zahirnya kamu percaya bahawa manusia yg ada 'kuasa kemampuan' itu dapat membuatkan harapan kamu menjadi kenyataan. Di manakah keterhubungan antara harapan dengan kuasa?
31. Hubungan Harapan (Asa) dan Kuasa
Cuba renung kembali kisah hidup kamu yg dahulunya. Kebiasaannya, sesebuah harapan kamu itu, kamu gantungkan kpd yg ada kuasa kemampuan kan? Maka dengan itu, perasankanlah diri kamu bahawasanya sebuah Harapan (Asa) itu ada terhubung secara langsung dengan yg Kuasa. Bagaimana? Bukankah kamu dahulunya menggantungkan harapan kamu kpd manusia yg dipercayai ada 'kuasa kemampuan'? Di situlah keterhubungannya antara Harapan dan Kuasa. Kamu gantungkan harapan kamu kepada manusia yg ada kuasa (kemampuan).
Misalnya, kamu gantungkan harapan kamu kepada manusia yg kaya (ada kuasa kekayaan) agar manusia yg kaya itu dapat memberikan kamu sedikit wang. Apabila kamu diberi wang oleh manusia yg kaya itu, maka harapan kamu telah menjadi kenyataan. Kelihatan di situlah adanya kecontohan hubungan antara Harapan (Asa) dan Kuasa. Kesimpulannya,
"Hanya yang ada Kuasa (kemampuan) dapat membuatkan Harapan manusia menjadi kenyataan"
Di manakah terhubungnya Harapan dengan Kuasa itu?
"Di dalam perkataan 'KUASA' ada perkataan 'ASA'.
ASA tiada berpisah dari KUASA.
ASA membawa maksud HARAPAN.
Bermakna penyataan HARAPAN hanya boleh dibuat oleh yg ada KUASA.
Bermaksud hanya yang ada KUASA sahaja dapat memenuhi Harapan manusia. Itulah keterhubungan antara HARAPAN (ASA) dan KUASA yakni hanya yang ada KUASA dapat membuatkan Harapan manusia menjadi kenyataan"
"Hanya yang ada Kuasa (kemampuan) dapat membuatkan Harapan manusia menjadi kenyataan"
Apakah kamu sedang cuba mencari pengertian Harapan?
32. Mencari Pengertian Harapan (ASA)
32. Mencari Pengertian Harapan (ASA)
Maka, apakah sebenarnya Harapan yg disebut itu? Cuba kamu fikirkan sekejap dan cari pengertiannya.
Cuba kamu sebutkan sebuah Harapan kamu.
Sudah sebut? Ok.
Cuba kamu perhatikan apa yg ada di dalam Harapan kamu.
Sudah semak? Ok.
Cuba kamu lihat, kepada siapa kamu hendak gantungkan Harapan kamu itu.
Sudah digantungkan? Ok.
Cuba kamu bayangkan, siapa pula yg disangka akan membuatkan Harapan kamu itu menjadi kenyataan.
Sudah tahu siapa? Ok.
Itulah gambaran Harapanku, Harapan kamu...
Maka, Harapan kamu adalah sebuah kehendak / keinginan / kemahuan / hajat kamu, yang kamu gantungkan kepada sesuatu yang ada kuasa dan diyakini bahawa yang ada kuasa itu dapat memenuhi / menunaikan kehendak / keinginan / kemahuan / hajat kamu.
Harapan(ASA) dan KUASA tidak dapat dipisahkan. Dengan kata lain,
Harapan adalah Kebergantungan kamu kepada yg berkuasa.
Siapa yg berkuasa sebenarnya?
33. Siapa Yang Menimbulkan Harapan Kamu?
Pernahkah kamu berfikir, bagaimana Harapan kamu itu tertimbul / ditimbulkan di hati kamu? Apakah kamu sendiri yang menimbulkan Harapan kamu itu? Jika kamu katakan kamu yg menimbulkan harapan itu, bagaimana pula dgn kata² 'Hanya Allah yang Berkuasa, Makhluk tiada kuasa apapun'? Sukar hendak dijelaskan bagaimana kan? Maka, siapakah yg sebenarnya menimbulkan Harapan kamu itu? Contoh jawapannya ada di dalam Al Qur'an;
DIA-lah Tuhan (yakni Allah) yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan Ketakutan dan Harapan, dan DIA mengadakan awan mendung. [S13:A12], 1719/6236
Lihat contoh yg benar di dalam ayat di atas. Apabila kamu melihat kilat yg memancar, apakah ada pada diri kamu, Ketakutan dan Harapan yg timbul dari hati kamu? Ada? Allah-lah yg menimbulkan ketakutan dan Harapan kamu itu. Kamu sudah mengetahui tentang Harapan.
Perkataan 'KUASA' telah membawa mesej 'KU ASA'. ASA bererti HARAPAN. Dalam perkataan 'KUASA' ada satu mesej yg memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah ASA (Mesej di dalam perkataan KUASA: KU ASA [HARAPAN]), Allah adalah HARAPAN (Mesej: KU HARAPAN [ASA]) dan Allah-lah Sumber Segala Harapan. Apabila dikatakan 'sumber', maka segala Harapan kamu adalah datangnya dari Sumber Segala Harapan iaitu dari HARAPAN (Allah). Allah-lah ASA. Allah-lah HARAPAN. Pemilik Harapan adalah HARAPAN (Allah).
Setelah kamu mengetahui bahawa Allah adalah HARAPAN dan Allah-lah yg menimbulkan Harapan kamu di hati kamu, maka disimpulkan bahawa HARAPAN (ALLAH) menimbulkan Harapan kamu (manusia).
Sebenarnya (benar pada saya), tertimbulnya Harapan kamu itu adalah ujian untuk diri kamu. Ujian apa? Yakni apabila Harapan kamu itu tertimbul / ditimbulkan di hati kamu, kepada siapakah kamu akan gantungkan Harapan kamu itu? Kamu gantungkanlah Harapan kamu itu di tempat Sumber Segala Harapan iaitu pada HARAPAN yakni ALLAH. Setelah kamu mengetahui, janganlah lagi kamu gantungkan Harapan kamu pada manusia yg ada 'kuasa kemampuan', yg kamu sangka manusia itu ada kuasa untuk membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan tetapi hakikatnya manusia tiada kuasa apapun kerana yg berkuasa hanyalah Allah.
34. Tempat Sebenar Mengantungkan Harapan Kamu
Setelah kamu mengetahui tentang Harapan, maka sedarkanlah diri kamu, selama ini kamu telah menggantungkan Harapan kamu di tempat yang salah. Bila digantung di tempat yg salah, kamu akan mudah kecewa, hampa dan sebagainya yg menyedihkan diri kamu. Allah-lah HARAPAN yg sebenarnya. DIA-lah HARAPAN yg sebenarnya. DIA-lah SUMBER SEGALA Harapan kerana DIA-lah HARAPAN yg sebenarnya.
Allah (HARAPAN)-lah yg menimbulkan Harapan di hati kamu. Sumber segala Harapan adalah datangnya daripada HARAPAN (Allah). Setelah kamu mengetahui sumbernya, hendaklah kamu gantungkan Harapan kamu itu kepada HARAPAN (Allah) dan janganlah lagi, kamu gantungkan Harapan kamu itu kepada makhluk ciptaan Allah. Sebabnya, makhluk tiada apa-apa daya dan upaya untuk membuatkan Harapan kamu menjadikan kenyataan melainkan pertolongan Allah jua kerana yg sebenarnya ada KUASA adalah Allah. Allah Maha Kuasa-lah yg sebenarnya membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan walaupun kamu gantungkan Harapan kamu kepada makhluk ciptaan Allah. Tertunainya Harapan kamu itu adalah dengan kehendak Allah dan bukannya kehendak kamu walaupun zahirnya kamu merasakan itulah kehendak kamu. Semoga kamu tidak mengatakan bahawa Allah mengikut kehendak kamu walaupun Harapan kamu itu menjadi kenyataan.
Maka tenangkanlah hati kamu. Usahlah resah dan gundah kerana kamu sudah mengetahui kuasa sebenar yg membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan walaupun kamu gantungkan Harapan kamu itu di tempat yg salah. Hanya Yang Berkuasa, Yang Dapat Memenuhi Harapan Kamu. Siapa? DIA-lah ALLAH (HARAPAN). Allah-lah ASA. Allah-lah HARAPAN. Allah-lah tempat sebenar untuk kamu gantungkan Harapan Kamu bukannya pada makhluk ciptaan Allah. Walaupun kamu telah merasai bahawa manusia yg disangka ada kuasa dapat membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan, tetapi hakikat sebenarnya Allah-lah yg membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan. Sebab? Sebabnya Hanya Allah Yang KUASA, makhluk tiada KUASA apapun. Hanya Allah Yang Maha KUASA lah yg boleh membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan kerana DIA-lah HARAPAN yg sebenarnya. DIA-lah yg menimbulkan Harapan kamu dan DIA-lah juga yg membuatkan Harapan kamu menjadi kenyataan. Kepada DIA-lah hendaknya kamu gantungkan Harapan Kamu. Hendaklah kamu berharap (bergantung) kepada Allah sahaja.
"dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap". [S94:A8], 6098/6236
Maka, setelah kamu mengetahui, katakanlah "ALLAH-LAH HARAPANKU".
Tempat sebenar untuk kamu gantungkan Harapan Kamu adalah kepada HARAPAN (ASA) iaitu Allah kerana hanya Allah Yang Maha KUASA yg dapat membuatkan Harapan Kamu menjadi kenyataan.
Kini, kamu sudah mengetahui bahawa Allah-lah HARAPAN. Di sinilah kamu perlu mengerti bahawa kamu mesti gantungkan Harapan kamu kepada Allah Yang Maha KUASA kerana ASA (HARAPAN) ada pada yg KUASA. Allah-lah HARAPAN kamu yg sebenarnya kerana Dia-lah HARAPAN.
Gantungkan segala harapan kamu yang timbul di hati kamu itu kepada Allah kerana harapan kamu itu sendiri ditimbulkan oleh Allah. Untuk apa ditimbulkan? Hanyasanya untuk menguji diri kamu sahaja yakni kepada siapakah kamu akan gantungkan Harapan kamu itu.
Perjalanan ini sedang menuju ke JALAN MIM. Apakah Jalan MIM yg dimaksudkan?
------------------------------
Seterusnya....
- Perjalanan mencari bukti nyata bahawa Allah itu Maha Asa (HARAPAN)...
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...?
BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..
Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Kisah Rekayasa :
No comments:
Post a Comment