Saturday, June 18, 2011

Tulisan 'Allah' di pokok

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

...Assalamualaikum...
Pokok Rendang di tepi surau, Hentian R&R, Maran, Pahang
Saja mencatatkan kenangan di sini. Kejadian ini berlaku ketika sy dalam perjalanan pulang ke kampung pada 17 Julai 2010, tahun lepas. Kejadian ini berlaku di laluan LPT (Lebuhraya Pantai Timur). Ketika dalam perjalanan azan Zohor berkumandang di radio kereta. Sy singgah di Perhentian R&R, Maran untuk menunaikan solat Zohor. Sampai di situ, pandangan mata sy tertarik kepada salah satu pokok rendang yg terdapat di tepi surau.
Sy menghampiri pokok itu, utk merasai keredupannya. Biasanya, duduk bawah pokok ini ada satu rasa yg sukar nak bagitau macamana. Hehehe.. Masing² punya rasa. Apapun, pokok itu Allahlah yg menumbuhkan juga. Sy perhatikan pokok itu dari bawah sampai atas. Terlihatlah sy satu tulisan yg terdapat pada batang pokok itu. Diamati, aik? Ada tulisan Alif Lam Lam Haa kat batang pokok tu. Ya Allah, gembiranya bila terpandang nama tu, nama yg bukan ditulis oleh 'manusia' tetapi oleh makhluk-makhluk Allah yg lain. Terus amik gambar tapi guna henset saje. Kualiti gambar takdelah tinggi sangat, tapi bolehlah kalau nak tengok. Gambar ini sy amik pada pukul 1.45 petang. Yang penting, dapat tengok lagi untuk hari-hari yang lain...
Tulisan 'ALLAH' di batang pokok
Lihatlah tulisan dalam kawasan bulatan merah tu. Inilah potret-potret yang jarang kita dapat lihat. Yang semulajadi orang kata. Yang penting, inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Kekuasaan-Nya yang tiada dapat dibandingkan dengan apa sahaja di dunia ini. Apabila melihat perkara seperti ini terutamanya ianya berlaku di hadapan mata kita, bertasbihlah memuji Allah. Dalam Al Quran ada mengatakan Allah-lah Pembentuk Rupa makhluk-makhluk-Nya menurut apa yang dikehendaki-Nya, termasuklah wajah kita sendiri:

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
■ Al-Hasy-r, 24 ■

Begitulah.. Sebab itu ada orang-orang tua berpesan, janganlah menghina pokok-pokok atau binatang-binatang kerana manalah tahu semasa kita menghina itu 'mereka' sedang bertasbih kepada Allah dengan bahasa yang kita tidak akan faham. Kita cuma faham bahasa yg kita faham sahajalah, kan? Lihat firman Allah di bawah :

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
■ Al-Israa', 44 ■

Semoga diri kita semua, sentiasa ingat pada Allah pada setiap masa... Semoga suatu hari nanti sy disempatkan lagi untuk kongsi bersama kisah² yg lain dan ini sebenarnya adalah untuk bakal generasi sy akan datang. Manalah tahu sy tidak sempat untuk menceritakan kepada mereka, mungkin blog ini akan ditemui mereka satu saat nanti. InsyaAllah.. Maaf, sekiranya ada sesuatu yg tidak menyenangkan..

 PERINGATAN

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
■ At-Taghaabun, 1 ■

* Nukilan : Kun Musafir Maya *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar